BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, September 06, 2009
Cerpen : Sasaran
Nama Pena : bakri79

Cerita ni aku dah lama simpan, dr thn 95, aku buat citer ni masa form 4, so kalau mcm bdk2 sket tu, biasa la hehehe (Aku dpt ilham buat cerita ni lepas tgk Under Siege 2 kat wayang)

SASARAN



Prang!!!
Sekali lagi guruh berdentum. Kilat sabung menyabung dia angkasa. Hujan mulai turun dengan lebatnya. Azam memerhatikan jam di tangannya, tepat jam 9 malam.

Memandangkan hujan terlalu lebat, dia mengambil keputusan untuk berteduh di deretan kedai-kedai sementara menanti hujan kembali reda.

"Adik, mari sini sekejap," kedengaran satu suara memanggilnya. Azam menoleh. Rupa-rupanyapengawal keselamatan sebuah kedai emas di situ yang memanggilnya. Dia pun lantas menuju ke arah pengawal keselamatan tersebut.

"Mengapa abang panggil saya?"

"Abang nak minta adik tolong belikan abang minuman dari peti mesin di kedai di seberang jakan sana, boleh tak?"

Oleh kerana kasihankan pemuda yang menjadi pengawal itu, Azam pun bersetuju. Dia terus menyeberangi jalan didalam hujan lebat itu. Keadaan di situ diselubungi kegelapan kerana kesemua kedai-kedai di kawasan itu telah ditutup.

Tiba-tiba kelihatan sebuah kereta hitam dipandu dengan amat laju. Kereta itu kemudiannya diberhentikan secara tiba-tiba di hadapan kedai emas tersebut, hampir-hampir melanggar sebuah pondok telefon yang berdekatan di situ.

Seorang lelaki keluar dari kereta itu. Dia berjalan dengan terhoyong-hayang. Terdapat darah mengalir keluar dari mulut dan hidungnya. Lelaki itu kelihatan begitu lemah sekali.
Pemuda yang menjadi pengawal keselamatan itu menjadi cemas melihat keadaan lelaki itu lalu bertanya,

"Encik, kenapa ni? Kenapa boleh jadi macam ni?"

"To... to.. tolong ambilkan ubat saya dalam kereta, cepat, tolong saya,"

Tanpa membuang masa, pemuda itu menuju ke arah kereta. Namun, sebaik sahaja dia membuka pintu kereta, dia terlihat sepucuk pistol dihalakan tepat ke arah mukanya dan \'Bang!\'.

Pemuda itu rebah ke tanah, menghembuskan nafasnya yang terakhir di situ juga.
Empat orang lelaki berpakaian serba hitam keluar dari kereta itu lalu menuju ke arah lelaki yang berpura-pura sakit tadi. Lelaki itu lantas memberikan arahan kepada orang-orangnya. Jelaslah lelaki itu merupakan ketua bagi mereka.


Azam yang masih menyorok di belakang sebuah tembok terkejut dengan apa yang dilihatnya. Dia tidak menduga akan terjadi rompakan pada malam itu. Dia memerhatikan lelaki-lelaki itu dengan lebih teliti. Kesemua mereka bersenjatakan senjata automatik M-16.

Aku harus berbuat sesuatu agar mereka tidak terlepas,bisiknya di dalam hati...

Azam lantas mengeluarkan pisau tentera miliknya dari dalam begnya. Perlahan-lahan dia menyusup di celah-celah kedai dan menuju sebuah kabel pencawang elektrik yang tidak jauh dari situ. Dia tahu ada sebuah lubang di pagar belakang kabel tersebut, yang dibuat oleh penagih yang pernah masuk untuk mencuri alatan-alatan dalam dalam kabel pencawang tersebut. mujurlah lubang itu masih ada dan tidak dibaiki lagi. Melalui lubang itu, Azam berjaya masuk kedalam kabel pencawang itu. Azam lantas menutup suis utama didalamnya lantas memotong beberapa wayar didalamnya agar lampu tidak lagi boleh dinyalakan.

"Jahanam, kenapa tiba-tiba tak ada lampu !" lelaki yang menjadi ketua rompakan itu mulai berang.

Dia lantas mengarahkan salah seorang dari anak buahnya memeriksa kabel pencawang elektrik tersebut. Namun sebaik sahaja dia sampai di situ. dia mendapati pagarnya berkunci.

"Macam mana aku nak masuk kalau berkunci?" katanya sendirian.

Pak! Kayu yang dihayunkan oleh Azam tepat mengenai belakang kepala lelaki itu. Azam telah menyerang lelaki itu secara diam-diam dari belakang. Lelaki itu lantas rebah ke tanah, pengsan. Setelah mengikat lelaki itu, Azam lantas menuju ke arah kereta perompak-perompak itu dalam kepekatan malam.

"Semuanya telah dimasukkan dalam beg, bos,"lapor anak buahnya.

"Bagus, kita bertolak sekarang,"tegas lelaki itu.

"Tapi bagaimana dengan Raju , bos? Sampai sekarang dia tak datang lagi?"

"Ah, pedulikan dia, kita bertolak sekarang," kata lelaki itu, serius. Keempat-empat mereka lantas memasuki kereta, tanpa menyedari mereka sedang diperhatikan oleh Azam dari jauh.

Dengan menggunakan senjata M-16 yang dirampas dari salah seorang perompak tadi, Azam menetapkan sasaran pada tayar-tayar kereta tersebut. Ketika kereta itu mula bergerak dengan laju, Azam lantas melepaskan tembakan demi tembakan yang tepat mengenai tayar-tayar kereta tersebut. Akibatnya, kereta itu tidak boleh dikawal lagi lantas merempuh masuk ke sebuah kedai.

Booom!! Satu letupan kecil terjadi dan kereta itu mulai terbakar. Walau bagaimanapun, keempat-empat perompak itu berjaya keluar dari kereta tersebut.


"Apa yang harus kita buat sekarang, bos? Kenderaan kita sudah tiada."

"Ini mesti kerja si Raju keparat tu. Aku tau, sejak dulu lagi dia memang dengkikan aku," kata lelaki bergelar bos itu.

"Sekarang, kamu semua pergi cari Raju sampai dapat. Tangkap dia hidup-hidup, biar aku yang mengerjakannya," arah ketua mereka dengan nada yang begitu tegas dan serius sekali.

"Tapi bos, bagaimana dengan Roy? Dia cedera parah ni"

Lelaki yang digelar bos itu tidak menjawab. Tiba-tiba, dia menghalakan pistolnya ke arah anak buahnya yang bernama Roy itu lalu....

BANG!!!

Tembakan itu tepat mengenai dahi Roy. Dia lantas rebah, tidak bernyawa lagi.

"Aku buat begitu supaya dia tidak akan menyusahkan kita. Sekarang, ikut arahan aku jika tak mahu menerima nasib yang sama," lelaki itu mengugut anak-anak buahnya yang tinggal dua orang itu.

Azam memerhatikan mereka dari jauh. Dia tidak dapat melihat dengan jelas disebabkan keadaan ynag amat gelap di situ. Azam bercadang untuk meninjau kereta perompak itu, sama ada masih ada ornag atau tidak. Azam lantas menghampiri kereta itu perlahan-lahan. Setelah meninjau dengan teliti dari jarak yang tidak begitu jauh dari kereta itu, Azam ternampak masih ada seorang perompak di situ. Dia pun bergerak menghampiri kereta itu dengan niat untuk menawan perompak tersebut. Malangnya, Azam terlanggar satu botol minuman kosong dan menyebabkan perompak itu menyedari kehadirannya. Perompak itu terlihat suatu bayang hitam melarikan diri lalu melepaskan tembakan secara membabi-buta ke arah bayang itu.

"Trat, trat, tat, tat, tat, tat,

"Arghh!!!," kedengaran satu suara dari arah yang ditembak oleh perompak itu. Tanpa membuang masa perompak tersebut lantas berlari menuju ke arah suara jeritan itu. Namun, dia tidak menjumpai sesiapapun di situ. Dia lantas berjalan meninggalkan tempat itu. Sewaktu dia sedang berjalan, cahaya kilat menerangi jalan di hadapannya dan terlihatlah sesusuk tubuh remaja yang bersenjatakan M-16, merenung ke arahnya dengan suatu pandangan yang tajam.

"Hieyahh!!!," jerit Azam lantas memukul muka perompak itu dengan belakang senjatanya. Darak memercik keluar dari muka perompak itu. Dia memegang mukanya menahan kesakitan. Azam melepaskan satu tendangan ke arah perut perompak itu sehingga ia tertunduk. Apabila melihat perompak itu sudah tidak berdaya lagi, Azam pun melompat ke atas lalu memusingkan badannya, melepaskan suatu tendangan kencang yang tepat mengenai kepala perompak itu. Perompak itu jatuh ke tanah, tidak sedarkan diri lagi.


Masih tinggal dua orang lagi, bisiknya di dalam hati.
----------------------

Perompak itu merenung ke arah Raju yang tidak sedarkan diri dan kemudian beralih ke arah ketuanya pula.

"Nampaknya ini kerja orang luar , bos," jelas perompak itu.

Ketuanya kelihatan semakin geram. Nampaknya ada orang yang cuba nak menghalang rompakan mereka.

"Kita tak tahu berapa orang yang menyerang kita, mungkin seorang, dua orang, mungkin juga lebih. Oleh itu, aku mahu kau sentiasa bersama aku. Jangan berpecah, faham Aznil?,"

"Faham, bos," jawab perompak yang bernama Aznil itu.

Lelaki yang digelar bos itu lalu membuka beg hitam yang dibawanya. Dia mengeluarkan dua butir bom tangan dan menyerahkannya kepada Aznil seraya berkata,

"Sekiranya kau terlihat sesuatu yang mencurigakan, jangan teragak-agak untuk menggunakannya."

Aznil mengangguk, mengiyakan kata ketuanya.

---------

Azam berjalan perlahan-lahan dalam kegelapan malam. Di tangannya tergenggam erat M-16 milik perompak yang ditewaskannya tadi. Dia masih lagi mencari kedua-dua perompak yang masih tinggal. Dia berjalan dengan penuh berhati-hati kerana dia tahu jika tersilap langkah, maut padahnya.

Sementara itu, Aznil dan ketuanyamasih lagi mencari \'musuh\' mereka. Kemudian, didalam samar-samar cahaya bulan,Aznil terlihat sesusuk tubuh remaja yang bersenjata sedang berjalan dengan penuh berhati-hati. Dia mengambil bom tangannya, mencabut kuncinya lantas melempar bom itu ke arah remaja tersebut.

Boooomm!!!!!!

Serentak dengan itu, kedengaran bunyi cermin pecah. Rupa-rupanya itu hanyalah imej Azam di dalam cermin di hadapan sebuah kedai. Azam tersentak mendengar letupan itu. Dia tersedar yang dia berada tidak jauh dari perompak itu. Namun ketua perompak itu juga telah ternampak kelibat Azam.

"Itu dia," jerit ketua perompak itu dengan lantang.

Tanpa berlengah-lengah lagi, Aznil terus melemparkan satu lagi bom tangan ke arah Azam. Melihatkan keadaan yang amat genting itu, Azam menghalakan senjatanya ke arah bom itu dan melepaskan tembakan bertalu-talu. Salah satu dari peluru itu mengenai bom itu lalu terjadi satu letupan yang kuat tidak jauh dari tempat Azam berdiri. Azam terjatuh ke belakang akibat letupan itu. Senjata M-16nya terlepas dan terpelanting jauh darinya.
Aznil mengambil kesempatan itu untuk menetapkan sasarannya ke arah Azam. Melihatkan tindakan Aznil, Azam bingkas bangun dan berlari sekuat hatinya. Tanpa membuang masa, Aznil lantas memetik picu senjata automatiknya.

Trat, trat, trat, tat, tat, tat, tat

Tembakan demi tembakan dilepaskan secara membabi-buta ke arah Azam. Nampaknya Aznil benar-benar ingin membunuh Azam.

"Arrghh, sakitnya!," jerit Azam.

Rupa-rupanya 2 butir peluru telah menembusi tangan kiri Azam. Darah berlumuran keluar dari tangannya. Dia merasakan keperitan yang amat sangat di tangan kirinya.

"Aznil, pergi cari dia dan bawa dia kemari."

Azam tersentak mendengar arahan ketua perompak itu. Dia tahu, sekiranya tertawan, peluangnya untuk hidup adalah amat tipis sekali. Kemudian, Azam terlihat terdapat longkangyang dalam tidak berjauhan darinya. Dia mengambil keputusan untuk masuk ke dalam longkang itu dan melarikan diri dari kedua-dua perompak itu. Perlahan-lahan, Azam merangkak menuju longkang itu.

Aznil meninjau di sekitar kawasan di mana Azam berada sebentar tadi bagaimanapun gagal menemui Azam. Dengan perasaan hampa, dia berjalan kembali ke arah ketuanya.

"Bos, saya tak dapat mencari dia. Tetapi saya terlihat ada kesan titisan darah dan menjumpai senjatanya."

"Bagus, mungkin dia sudah cedera. Dengan ketiadaan senjatanya, tidak mungkin dia berjaya menyekat kita. Sekarang, kita cari jalan untuk melarikan diri dari sini secepat mungkin," kata ketua perompak itu.

Sementara itu, Azam telah pun keluar dari longkang itu dan berada jauh dari kedua-dua perompak itu. Darah semakin banyak mengalir keluar dari tangan kirinya. Azam lantas mengoyak sedikit bajunya dan membalut tangan kirinya untuk menghentikan pendarahan. Setelah berbuat demikian, dia mula berfikir bagaimana cara untuk dia menyekat kedua-dua perompak itu dari melarikan diri. Kemudian, Azam teringat perompak kedua yang telah dipukulnya menggunakan M-16. Dia berharap agar senjata perompak itu masih ada di situ. Berbekalkan semangat yang kental dan hati yang cekal, dia pun mengorak langkahmenuju ke arah perompak yang ditewaskannya tadi.

Setelah beberapa minit berjalan, akhirnya Azam tiba ke destinasinya. Dia merasa lega apabila melihat senjata itu masih berada di situ. Senjata itu masih berisi lebih kurang 20 butir peluru.

"Pemburuan bermula!," kata Azam lalu bergerak mencari sasarannya.



-------------------------
Eryani memandu keretanya perlahan-lahan didalam hujan lebat itu. Dia memandu berhati-hati kerana ingin selamat sampai ke rumah ibu saudaranya.

"Sudah lama aku tidak pergi ke rumah Makcik Faridah. Agaknya, Azam pun dah besar," fikir gadis berusia 20 tahun itu.

Sampai di suatu jalan, dia terlihat keadaan di sana sangat gelap-gelita.

"Elektrik terputus agaknya," dia meneka. Eryani pun meneruskan perjalanannya.

Didalam samar-samar cahaya lampu keretanya, Eryani terlihat ada suatu lembaga manusia berdiri di tengah jalanraya. Eryani menghentikan keretanya secara mengejut untuk mengelakkan dari melanggar lembaga itu. Sebaik sahaja keretanya diberhentikan, lembaga itu lantas menghampirinya.

Eryani berasa gementar. Siapa pula yang menahannya pada waktu begini?

Eryani terperanjat melihat seorang lelaki yang bersenjata datang menghampirinya. Dia mula menjadi panik.

"Keluar! Keluar! Cepat kalau nak selamat!," gertak lelaki itu. Eryani hanya menurut saja kata lelaki itu. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya ketika itu.

"Bos, kita dah dapat kenderaan!," laungnya kepada ketuanya. Ketua perompak itu lalu menuju ke arah kereta tersebut.

"Bagus, Aznil. Dengan kereta ini, dapatlah kita melarikan diri. Oh, ya, pergi ambil beg hitam berisi bom tangan itu di sana," arah ketua perompak itu.

Aznil pun berjalan menuju ke arah yang di tunjukkan oleh ketuanya itu. Sebaik sahaja dia berada hampir dengan beg itu, kedengaran bunyi tembakan dilepaskan ke arah beg itu.

K-BOOOOM!!!!

Satu letupan yang amat kuat terjadi. Aznil terpelanting jauh ke belakang. Seluruh tubuhnya berlumuran darah. Nyatalah Aznil telah cedera parah.

"Jahanam!!!!!!," jerit ketua perompak itu melihat apa yang terjadi kepada anak buahnya.

Dia tahu musuhnya pasti berada berdekatan di situ. Tanpa berlengah-lengah lagi, dia lantas menangkap Eryani lalu mengacukan pistolnya tepat pada kepala gadis itu.

"Hoi, pengecut! Keluar kalau kau mahu lihat perempuan ini bernyawa!," jeritnya dengan sekuat hati.

Azam lantas keluar dari kegelapan malam. Di tangannya tergenggam erat senjata M-16.

"Azam!," jerit Eryani. Dia terkejut melihat Azam dalam keadaan sebegitu, dengan tangan kirinya berlumuran darah.

"Buang senjata itu."

Azam tidak mengendahkan arahan ketua perompak itu. Sebaliknya dia terus menetapkan sasarannya ke arah ketua perompak itu.

"Buang senjata itu cepat!"

Azam masih tidak mengendahkan arahan lelaki itu. Namun apabila dia melihat lelaki itu ingin memetik picu pistolnya, dia tahu lelaki itu bersungguh-sungguh.

"Baiklah," kata Azam seraya melemparkan senjata itu ke hadapan. Sekarang, dia hanya berserah kepada takdir sahaja.

"Hoi, budak bodoh! Kenapa kau mesti menggangu urusan aku, hah!??! Kau tau tak apa akibatnya jika orang mencampuri urusan aku?!!," jerkah lelaki itu.

"Yang kau mahukan ialah aku, bukan dia. Lepaskan dia!," balas Azam dengan beraninya.

"Hei, budak! Kau ingat aku bodoh nak lepaskan dia begitu saja, hah! Kerana kau, aku kehilangan orang-orangku. Jangan harap aku nak bertimbangrasa dengan kau lagi!"

Azam terdiam. Keadaan seperti ini amat kritikal. Dia harus berbuat sesuatu untuk menyelamatkan kaka saudaranya, Eryani. Tiba-tiba, satu ide muncul di dalam mindanya.

"Hoi, budak bodoh! Tunggu apa lagi, cepat nyatakan permintaan terakhir sebelum aku bunuh kau," tegas ketua perompak itu.

"Mungkin kau anggap aku bodoh, tetapi aku tidak begitu bodoh untuk datang berseorangan. Cuba kau lihat di belakang kau," kata Azam dengan bersungguh-sungguh.

Ketua perompak itu tersentak mendengar kata-kata Azam. Dia memalingkan mukanya ke belakang. Inilah peluang yang ditunggu-tunggu oleh Azam. Dengan secepat kilat, Azam berlari ke arah ketua perompak itu lalu membuat satu tendangan terbang.

"Arrghh!!," jerit ketua perompak itu.

Tendangan Azam menyebabkan ketua perompak itu terjatuh ke belakang. Pistolnya pula terlepas dari genggamannya. Eryani lantas melarikan diri.

"Kak Eryani, pergi dari sini. Cepat, pergi dapatkan bantuan," kata Azam kepada kakak saudaranya. Eryani menganggukkan kepala lalu terus melarikan diri.

Azam melihat kakak saudaranya melarikan diri. Dia bersyukur kerana Kak Eryani tidak dicederakan. Kemudian, Azam mengalihkan pandangannya ke arah ketua perompak itu. Ketua perompak itu telah pun berdiri dan memandangnya dengan renungan yang tajam. Buat seketika, mereka bertentangan mata dengan rasa kebencian yang meluap-luap terhadap satu sama lain...

"Yahhh!!!," jerit Azam lalu melepaskan satu tendangan ke arah ketua perompak itu. Tendangannya tepat mengenai perut ketua perompak itu. Namun, tendangan itu tidak memberi sebarang kesan kepada lelaki yang menjadi ketua perompak itu. Sebaliknya, lelaki itu melepaskan satu pukulan dengan tangan kanannya yang tepat mengenai muka Azam. Sebelum sempat Azam berbuat apa-apa, lelaki itu menangkap kepala Azam dengan kedua-dua belah tangannya. Dia lantas menghentakkan lututnya ke muka Azam berkali-kali sehingga seluruh mukanya berlumuran darah. Apabila melihat Azam sudah agak lemah, ketua perompak itu pun melepaskannya. Azam berjalan dengan terhoyong-hayang kerana kepeningan. Melihatkan keadaan itu, ketua perompak tiu melompat lalu memusingkan badannya, mengenakan satu tendangan yang tepat mengenai kepala Azam. Azam gagal mengawal keseimbangan badannya lantas rebah ke tanah.

Azam cuba untuk bangun, tetapi dia jatuh semula. Pandangannya sedikit kabur ketika itu. Walau bagaimanapun, semangatnya masih lagi berkobar-kobar untuk menewaskan ketua perompak itu.

Apabila melihat Azam tidak berdaya untuk bangun, ketua perompak itu terus melepaskan satu tendangan ke arah wajah Azam. Namun, Azam berjaya menangkap kaki ketua perompak itu. Dengan sepenuh kekuatan, Azam menendang sebelah lagi kaki penjahat itu menyebabkan dia jatuh tersungkur. Tanpa membuang masa, Azam terus menendang muka lelaki itu. Selepas itu, satu lagi tendangan kencang dari Azam tepat mengenai leher ketua perompak itu, menyebabkannya sukar bernafas.

Azam mengambil kesempatan itu untuk berdiri. Dia hanya memerhatikan ketua perompak itu terbaring sambil memegang lehernya.

"Hei, bangun cepat. \'Permainan\' ini masih belum tamat," kata Azam kepada ketua perompak itu.

Ketua perompak itu bangun perlahan-lahan. seperti azam, wajahnya juga berlumuran darah.

Aku harus menyerang tangan kirinya yang cedera itu, desis hati penjahat itu.

"Nah! Rasakan!," jerit ketua perompak itu sambil menendang ke arah tangan kiri Azam. Walau bagaimanapun, Azam menunduk lalu menendang sebelah lagi kaki lelaki itu. Sekali lagi, ketua perompak itu jatuh tersungkur. Azam lantas melompat ke atas ketua perompak itu. Tanpa membuang masa, nengangkat tangannya, bersedia untuk memukul ketua perompak itu lalu.....

"Cukup!," jerit ketua perompak itu sambil menghalakan muncung pistolnya ke arah Azam. Rupa-rupanya, ketua perompak itu terjatuh berhampiran dengan pistolnya.

"Bangun, pergi berdiri di sana!," arah ketua perompak itu. Azam terpaksa menurut arahan ketua perompak itu walaupun dia tidak suka diperbudak-budakkan. Dia memandang ketua perompak itu dengan penuh kebencian.

"Hei budak! Kau telah banyak menyusahkan aku. sekarang aku mahu kau membayar kembali segala ganti rugi. Ini untuk keretaku yang rosak," katanya sambil memetik picu pistolnya.

BANG!
Azam lantas jatuh tersungkur. Tembakannya tepat mengenai tangan kiri Azam. Azam menjerit kesakitan. Darah semakin banyak keluar dari tangan kirinya yang sememangnya sudah cedera itu.

"Ini untuk anak-anak buahku," katanya lagi.

BANG! Azam lantas jatuh tersungkur. Tembakan ketua perompak itu tepat mengenai sasarannya, iaitu kaki kiri Azam. Semakin lama, Azam semakin lemah. Darah semakin lama semakin banyak keluar dari luka-lukanya.

"Dan ini khas untuk kau. Selamat tinggal, budak," kata lelaki itu sambil menghalakan pistolnya tepat ke kepala Azam.

Tak! Lelaki yang menjadi ketua perompak itu tersentak. Pistolnya kehabisan peluru. Azam telah terselamat! Sebelum ketua perompak itu sempat berbuat apa-apa, Azam menggenggam pasir dengan tangan kanannya lalu melemparkannya ke arah muka lelaki itu.

"Arghh!," jerit lelaki itu menahan kepedihan.

Pasir yang dibaling oleh azam telah memasuki mata lelaki tersebut. Dia menggosok-gosokkan matanya, cuba menghilangkan kepedihan yang dirasainya. Melihatkan keadaan lelaki itu, Azam telah nekad untuk bertindak sesuatu. Tanpa membuang masa, Azam mengeluarkan pisau tenteranya yang di sorokkan pada kaki kanannya.

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, bisik hati Azam. Sekiranya dia tidak bertindak tegas, mungkin dia pula yang akan dibunuh oleh ketua perompak itu.

"Nah, ambil ni!," jerit Azam.

"Arghh!!!!!," terdengar satu jeritan yang amat kuat. Pisau yang dilemparkan oleh Azam tepat mengenai sasarannya, menembusi separuh leher ketua perompak itu. Lelaki itu pun rebah ke tanah, tidak bernyawa lagi.

Azam bangun perlahan-lahan. Dia cuba berjalan, namun dia terjatuh kembali. Darah semakin banyak keluar dari tubuhnya. Azam menjadi semakin lemah. Pandangannya semakin kabur. Tiba-tiba, semuanya kelihatan gelap baginya. Dia lantas tidak sedarkan diri lagi kerana terlalu lemah.

----------*******--------------------*******----------------

Azam membuka matanya perlahan-lahan. Dia mendapati dirinya berada di dalam sebuah bilik yang serba putih. Dengan pandangan yang samar-samar, dia ternampak seseorang menghampirinya.

"Di mana saya sekarang?," tanya Azam kehairanan.


"Jangan takut, adik berada di hospital," balas jururawat itu. Rupa-rupanya dia berada di dalam hospital. Azam mendapati tangan dan kaki kirinya berbalut. Azam mula teringatkan peristiwa dia menentang perompak-perompak tersebut.

"Hai, apa yang dimenungkan tu?," kedengaran satu suara lembut menyapanya. Azam menoleh untuk memastikan siapa yang memanggilnya.

"Eh Kak Eryani. Saya ingatkan siapa tadi."

"Sebenarnya, Kak Eryani datang ni nak ucapkan terima kasih kepada Azam kerana selamatkan kaka pada malam tu. Oh ya, cuba Azam lihat akhbar ni," kata kakak saudaranya.

azam mengambil akhbar tersebut. Di muka surat hadapannya, terpampang dengan besar tajuk "REMAJA 16 TAHUN JADI WIRA". Di bawahnya tersiar cerita mengenai keberanian Azam menentang 5 orang perompak bersenjata.

"Wah, Azam dah jadi terkenal ya. Nanti jangan pula lupa pada Kak Eryani."

"Tak payahlah cakap mengenai perkara tu, Kak Eryani. Yang saya nak tahu, bila boleh keluar dari sini," balas Azam.

Kak Eryani tertawa mendengar pertanyaan itu. Kemudiannya, Dia dan Azam berbual dengan panjang lebar kerana sudah lama tak berjumpa.

Dua minggu kemudian, Azam pun keluar dari hospital dan bersedia untuk menempuh hidup baru!
posted by Penulisan2u @ 2:29 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
8 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group