Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Gaya Chempaka merenung skrin komputer bagaikan nak tembus layaknya. Tangan yang memegang pen pun bagaikan ingin dipatah-patah saja. Marah di hati ditahan, kalaulah meletus mesti kalah gunung berapi.
"Kamu kenapa Chempaka? Itu bos marah lagi ke?" suara Anne mencecah telinganya.
Chempaka berpaling. "Itu la… mamat Serbia tu. Hari-hari nak marah. Tau la dia bos, salah sikit pun nak jerit sana-sini,"
Anne tersenyum. "Haiya… cool down dulu la Chempaka. Kamu pun jangan marah-marah, nanti cepat tua ooo…"
Chempaka tarik sengih. "Patutnya Anne cakap cam tu dengan bos. Dia kan selalu marah-marah…"
"Siapa yang selalu marah-marah?"
Suara garau itu membuatkan badan Chempaka tegak. Anne pun cepat-cepat menarik fail. Konon-konon membuat kerja.
"Chempaka…"
"Erm, tak ada siapa-siapa Encik Darius…" perlahan suara Chempaka menjawab.
Chempaka rasa nak tercekik. Hishh, telinga lintah betul bos aku ni!
"Buatkan saya kopi. One teaspoon sugar, two teaspoon creamer and no milk."
Chempaka mengangguk. Sebaik sahaja Darius menghilang dia segera menuju ke pantry. Anne yang berada di sebelah mejanya hanya tersenyum nipis. Mungkin kasihan melihat Chempaka, selalu sangat didera. Nasib la, bila jadi secretary si mamat Serbia.
-------------------------------------------------
"Chempaka, coffee please…"
"One teaspoon sugar, two teaspoon creamer and no milk." Jawab Chempaka laju.
"Good. Make it two."
Kening Chempaka bertaut. Butang off pada intercom ditekan. Dia ada tetamu ke? Tak nampak pun tadi? Hishh, fikir buat apa? Nanti datangnya angin monsun menanah telinga dengar dia membebel. Chempaka bingkas berjalan ke pantry.
Pintu bilik diketuk perlahan. Tangan Chempaka masih menatang dulang minuman.
"Masuk…"
Kaki Chempaka diatur menuju ke sofa berangkai tiga. Cawan kopi diletak dengan sopan.
"Cantik secretary kau ya Erl…"
Kaku terus pergerakan Chempaka. Seumur hidup tak pernah dipuji secara terang-terangan seperti itu.
"Hello… pekerja aku pun kau nak ke?"
"Why not?" Suara tetamu Darius menjawab.
"Your name please…"
Chempaka mengangkat wajah. Matanya jatuh pada raut lelaki di hadapannya yang tersenyum manis. Hatinya berkocak perlahan. Handsome juga mamat ni… hatinya berdetik.
"Chempaka…" suaranya perlahan saja.
"Wow, classic. Sesuai sekali dengan Chempaka," ujar lelaki itu sambil tersenyum.
Chempaka juga ikut senyum. Namun, sebaliknya yang kelihatan di wajah Darius. Mukanya kelat.
"Saya keluar dulu Encik Darius." Chempaka meminta diri bila melihat wajah masam Darius. Lagi lama di situ lagi sesak dibuatnya.
"Kot ya pun jangan la sampai tembus pintu tu Farid…"
Farid tersengih. "Ala, releks bro. Pandang je tak luak pun,"
Darius menggeleng. "She’s my secretary Farid,"
"So? Not your girlfriend Erl… kau tak perasan ke? Muka dia tu, cantik tau…"
"Cantik? Kau biar betul Farid…"
"Aduh, tu la kau. Tengok yang putih je. Cuba kau renung wajah dia tu betul-betul. Kecantikan yang dia ada tu asli. Susah nak cari tau, muka melayu tulen macam tu,"
Kening Darius bertaut. Asli?
"Hurm, susah kalau dah darah mat salih melekat kuat dalam tubuh kau tu. Nanti senang-senang kau usha dia ya. Baru kau tau…"
-------------------------------------------------
Chempaka menaip laju. Keyboard yang ditekan dah bagaikan nak tercabut. Sesekali matanya melirik pada jam di tangan. Hampir pukul 7 malam. Namun, kerjanya masih lagi banyak yang perlu disiapkan. Sedangkan ruang pejabat makin sunyi.
"Memang la… mamat Serbia tu. Sepatutnya kena bom je, kasi dia mampus. Hidup suka sangat menyusahkan aku…" Chempaka menggumam sendirian. Jemarinya masih berlari di papan keyboard.
Chempaka menarik mug ke mulut. Kosong… dia mengeluh lagi. Entah berapa kali hari ini dia mengeluh. Itu bukan sikapnya tetapi sejak bekerja di sini, segala prinsipnya ditolak tepi. Lantas dia berdiri, langkah diatur ke arah pantry.
Elok saja kakinya mencecah perut pantry, lampu yang tadinya terang-benderang tiba-tiba terpadam. Membuatkan Chempaka menjerit kecil. Mug di tangan terlepas. Perasaan takut mula menular. Bila berada dalam keadaan gelap-gelita rasa beraninya terbang melayang.
Suara Chempaka meleking kuat bila saja terasa bahunya disentuh lembut. Dia segera beranjak dari tempatnya berdiri. Langkahnya juga diikuti. Chempaka bertambah kecut. Takutnya hanya Tuhan saja yang tahu.
"Aw… Awak siapa?" suara Chempaka bagaikan tak mahu keluar.
"Chempaka…" panggil Darius perlahan.
Chempaka cepat memaut tubuh sasa Darius tanpa berfikir lagi. Di dada Darius, air mata yang ditahan tumpah. Rasa syukur bertindih-tindih di dalam hatinya. Nyata dirinya masih dilindungi.
Darius yang dipeluk terkedu. Terasa hangatnya tubuh Chempaka yang meresap ke tubuhnya. Perlahan tangannya membelai lembut rambut ikal Chempaka. Cuba untuk meredakan tangisan gadis itu. Namun, pergerakannya tiba-tiba terhenti bila Chempaka menolaknya perlahan.
"A… Apa ni Encik Darius?" Chempaka bertanya perlahan. Dia benar-benar malu. Entah apa yang merasuknya bila dengan mudah dia memeluk Darius.
Darius meraup wajah. Cuba merenung mata Chempaka walau dalam kegelapan. Dia sudah sehabis daya cuba menahan diri sebaik tubuh itu berada dalam dakapannya.
"A… Aku minta maaf. Tak sengaja. Lagipun, kau yang tiba-tiba je peluk aku tadi."
Chempaka menggigit bibirnya. "Saya nak balik."
"Kerja kau?"
"Tak pe. Esok saya masuk awal sikit. Saya janji akan habiskannya sebelum mesyuarat tu bermula."
Darius hanya mengangguk. Membiarkan Chempaka berlalu ke mejanya. Rasa bersalah masih merenggut jiwanya.
"Aku hantar kau balik."
Chempaka menoleh. "Tak payah la Encik Darius. Saya boleh balik sendiri."
"Aku hantar." Dari lembut nada suara itu telah bertukar. Chempaka lantas mengangguk. Faham benar kalau bosnya dah bersuara begitu janganlah sesekali kata tidak. Memang cari nahas nanti.
Chempaka menurut langkah Darius. Terkial-kial kakinya mengikuti langkah Darius yang panjang. Kakinya cepat-cepat berjalan, cuba menyaingi Darius.
"Kau dah makan?" soal Darius sebaik kereta bergerak meninggalkan kawasan pejabat.
"Belum…" sepatah Chempaka menjawab.
"Kalau cam tu kita singgah makan dulu. Aku lapar."
Mata Chempaka bulat. Aku salah dengar ke? Kita? Sejak bila mamat Serbia jadi malaikat?
"Kau dengar ke tidak ni?" suara Darius naik satu oktaf.
"Dengar Encik Darius." Chempaka menghela nafas. Kalau dah Serbia tu Serbia juga, tak adanya berubah!
-------------------------------------------------
Darius kusyuk memandang Chempaka di hujung batu. Bersama-sama Farid sambil gelak ketawa. Hatinya dipagut cemburu. Tak pernah dilihat Chempaka sebegitu. Murah dengan senyuman. Selalunya bila bersama dia, Chempaka boleh tayang muka toya. Manakan gelak, senyuman pun lokek benar nak diberi. Darius bingkas bangun. Lagi lama menonton adegan itu, rasa meluatnya lagi bertambah. Dia menuju ke arah khemah. Sebiji epal hijau diambil. Biar masam, seperti mana masam raut wajahnya kini.
"Kak Siti, bagi saya pembuang kulit," Darius meminta pada Kak Siti, ketua bahagian pentadbiran. Sememangnya dia tak akan makan buah yang masih ada kulitnya.
"Tak ada la Encik Darius. Erm, pisau boleh?"
"Boleh la Kak Siti,"
"Hati-hati ya tajam tu," Kak Siti terpaksa menjerit sedikit bila dilihat Darius sudah pun berjalan meninggalkan khemah.
Darius kembali pada tempatnya tadi. Bayang Chempaka dan Farid sudah hilang. Keningnya bertaut. Mata meliar mencari kelibat mereka berdua.
"Cis, asal lak aku kisah? Aku tak kisah la… lantak la dia, dengan Farid ke parit ke peduli apa…" laju tangan Darius memotong kulit epal. Sambil mulut tak henti-henti membebel.
"Argh…" terasa jari telunjuknya dihiris. Darah menitik-nitik. Darius panik. Suaranya memanggil Kak Siti namun sayang tenggelam dalam deru ombak laut.
"Encik Darius… ya Allah, darah!" suara itu menyebabkan Darius mendongak. Matanya jatuh pada Chempaka yang memegang sepiring makaroni.
Chempaka lantas meletakkan pinggan kertas di tepi. Dia mengambil tempat di sebelah Darius. Tangan menyeluk poket, gumpalan tisu dikeluarkan. Jemari Chempaka ringan mengelap darah yang mengalir.
"Ala… tak nak berhenti…" gumamnya perlahan. Tak ada jalan lain lagi, desisnya. Jari telunjuk Darius dibawa ke mulut. Dihisap perlahan.
Darius terpana. Memandang wajah Chempaka tak berkelip. Terasa cas-cas elektrik mengalir ke segenap ruang tubuhnya. Lidah menjadi kelu dan jantung seakan-akan berhenti. Tindakan refleks Chempaka membuatkan dia rasa sesuatu. Matanya tidak dikalihkan. Sebaliknya hanya merenung wajah Chempaka. Cantik.
-------------------------------------------------
Fail-fail yang bertimbun dipandang sepi. Minda Darius tak mampu berjalan. Yang ada di fikiran hanya satu, wajah Chempaka. Dan peristiwa di Port Dickson minggu lalu bagaikan pita rakaman yang berulang kali dimainkan. Nyata Darius tak mampu melupakannya. Perlahan keluhan dilepaskan.
"Why? What’s this?" Darius berkata perlahan.
"It’s called love Erl…"
Darius mengangkat wajah. Pandangannya melekat pada Farid di hadapan.
"Bila masa kau masuk?"
"Lama dah… sempat juga la dengar kau cakap sorang-sorang. Hishh, parah kawan aku ni…"
Darius menjungkit kening. "Apa kes?"
"Hello kawan… sudah terang lagi nak bersuluh. Kau suka kat Chempaka kan?"
"What? Secretary aku tu?"
"Ha iya lah, napa? Ada Chempaka lain yang aku tak kenal ke?"
"Please Farid. Kalau kau nak buat lawak bukan ni tempatnya…"
"Dah la Erl. Kau ingat aku buta ke? Aku kenal kau lama Erl. Dari kau berhingus sampai sekarang. Aku tau apa yang ada kat mata kau tu,"
Darius buat muka. "Please don’t get me wrong bro. Aku tak ada apa-apa dengan dia la,"
"Don’t deny it Erl."
"I’m not…"
"Tak salah kalau kau suka dengan dia…" lembut Farid menuturkannya.
"Farid, please. Aku dah kata aku tak ada apa-apa dengan dia. Asal dengan kau ni? Degil…"
"Kau tu yang degil. Tak rugi la kalau kau mengaku,"
"Kau jangan nak merepek Farid. Aku dah kata aku tak suka dia. I’ve never think that silly thing even once. Setakat Chempaka tu, berlambak lagi gadis kat luar sana… yang seribu kali lagi cantik dari dia… tinggal nak pilih je… Besides she’s not my type Farid…"
Kata-kata Darius terhenti. Chempaka berdiri di muka pintu dengan membawa kopi. Muka gadis itu pucat tak berdarah. Matanya menangkap anak mata Chempaka yang dingin.
Sampai di saat Chempaka berlalu keluar tiada sepatah pun kata yang didengar. Darius rasa bagaikan tercekik. Ingin ditarik tangan gadis itu, mahu memadamkan segala apa yang didengarnya. Tapi… dah terlewat. Hati Chempaka dah tentunya terguris.
"What I’ve done?"
Farid menepuk bahu Darius. "Tell her the truth Erl…"
Darius menghela nafas berat. Terasa ada sesuatu di kerongkong, yang menghalang dia untuk berkata-kata lagi. Melihat wajah Chempaka yang mendung meninggalkan kesan yang mendalam. Hatinya pedih bila melihat mata bundar gadis itu yang bergenang. Melihat Chempaka sedih, hatinya turut menangis. Inikah cinta?
-------------------------------------------------
Chempaka mengeluh. Hari ini masuk dua minggu dia menerimanya. Jambangan bunga dengan kad-kad comel memohon maaf. Matanya dilirik pada Darius yang berada di biliknya. Walau dihadang oleh pintu, dia bagaikan dapat melihat raut Darius.
"Wah, hari-hari ada bunga. Banyak untung la kamu Chempaka. Ni siapa kasi sama kamu?" Anne bertanya. Bunga mawar merah jambu ditangannya dibelek.
"Entah la Anne, itu orang gila,"
Muka Anne berkerut. "Orang gila pun tau kasi bunga ke?"
Chempaka tergelak. Sabar je la amoi sorang ni. "Anne, saya mau jumpa bos. Itu bunga kalau kamu mahu ambil saja ya,"
Anne tersengih. "Sungguh ya? Saya ambil…"
Chempaka menoleh. Matanya dikenyitkan. Anne tersenyum senang. Bunga mawar dibawa ke tempatnya.
"Masuk…"
Chempaka berdehem kecil. Darius mengangkat wajah. Melihatkan Chempaka di hadapannya menyebabkan senyuman terukir di bibirnya. Chempaka buat tak nampak. Walau hati bergetar hebat melihat senyuman Darius. La, sudah tau senyum rupanya mamat Serbia ni.
"Duduk Chempaka…"
Chempaka mengambil tempat. Jemari disembunyi di bawah meja. Memang dia tak betah di situ. Berhadapan Darius yang baru ini buat dia semput. Dia lebih rela berperang dengan mamat Serbia. Itu lebih baik dari mat romeo Darius.
"Ada apa Chempaka?" soal Darius bila melihat Chempaka yang terkebil-kebil.
"Erm, saya…"
"Awak apa?"
"Saya nak minta Encik Darius hentikan semua tu…"
"Apa dia?"
"Bunga-bunga tu la…" perlahan suara Chempaka. Selebihnya dia berasa malu.
Darius menghulur sebuah fail biru. Chempaka menyambutnya dengan teragak-agak. Hishh, syarat pun pakai fail ke? Haru…
Chempaka menyelak isi fail. Matanya terpaku pada halaman yang pertama. Segera matanya menangkap wajah Darius. Wajah itu tayang muka bodoh.
Permohonon Menjadi Suami Kepada Cik Chempaka Sari binti Tuah Zulkarnain
Jemari Chempaka beralih pada halaman kedua. Matanya bulat.
Resume Suami Pilihan
Nama calon : Erl Darius bin Erl Muhammad Derrick
Tarikh lahir : 12 November 1980
Tempat lahir : Sydney Hospital, Sydney, Australia
Status perkahwinan : Bujang
Pengalaman :
Zero. Belum pernah berkahwin dan tak pernah terfikir akan perkahwinan. Secara jujurnya saya tak pernah bermimpi akan ke tahap ini. Terima kasih pada kamu. Membawa saya sampai ke daerah ini. Di mana hati dan perasan itu lebih penting dari logik akal. Selama ini saya sering tercari-cari apa yang kurang dalam hidup ini. Dan kini saya sudah pun menjumpainya. Saya mencari seorang Hawa dan di sini saya telah bertemu dengannya. Mungkin saya terlalu memilih atau mungkin saja saya yang tak tahu menghargai akan diri kamu… yang selama ini setia menemani. Yang di samping saya saban waktu. Yang menerima setiap herdikan, yang sabar melayan karenah saya. Itulah awak yang saya jumpa. Manakan saya dapat mencari pengganti yang serupa denganmu. Saya tak tahu bagaimana mahu menjadi suami yang baik. Namun, saya berjanji akan terus berusaha. Saya akan menjadi suami yang seeloknya untuk seorang isteri, menjadi kekasih yang setia, menjadi teman yang memahami dan seterusnya menjadi seorang ayah kepada anak-anak saya nanti. Saya tak mampu menjanjikan intan permata, jauh sekali limpahan wang ringgit. Tetapi, saya berjanji selagi diri ini bernafas… isteri saya tidak akan dipersiakan. Untuknya saya akan korbankan segalanya. Saya ingin sekali mencari sebaik-baik pakaian. Di mana hadirnya isteri untuk melengkapi saya yang serba kekurangan ini. Saya inginkan sebuah perkahwinan yang mendapat redha Allah. Di mana ia bagaikan sebuah jambatan ke syurga. Dan saya inginkan cinta yang jatuh dari rahmat-Nya. Saya tak tahu bermadah… dan setiap apa yang ditulis ini adalah apa yang saya rasa. Dan seandainya awak sudi, menjadi tongkat buat si buta cinta ini… sayalah lelaki yang paling berbahagia sekali. Cik Chempaka Sari, sudikah kiranya menerima saya, Erl Darius sebagai sang suami? Mahukah Cik Chempaka Sari menjadi suri di hati saya?
I loved you from the start with every inch of my heart at first I’ve deny it but its make my life stuck thinking of you I know my love is true I know that we will be together from this day forward, forever now that I love you and I\'m afraid to lose you…
Terasa ada manik-manik halus yang berjuraian. Andai ini melodi cinta Darius, Chempaka nyata hanyut dibuai lagu cinta.
-------------------------------------------------
Chempaka terasa rambutnya dibelai lembut. Matanya dibuka perlahan. Dilihat suaminya yang ralit membaca. Hatinya berbunga. Senang dimanja begitu. Chempaka memejamkan matanya kembali. Cuba mengingati apa yang dibuatnya tadi. Automatik dia bangun. Dia belum masak lagi. Tadi, di bilik air… pandangannya gelap dan kemudian dia dah tak ingat apa-apa lagi.
"Napa ni?" Darius meletakkan Readers Digest di tepi. Memandang wajah isteri kesayangannya yang terpisat-pisat bangun dari tidur.
"Tak… Sari tak masak lagi…" Chempaka menjawab. Sari… nama itu lekat semenjak dia sah menjadi isteri kepada Erl Darius.
"Dah… sini…" Darius menghulur tangan. Lambat-lambat tangan kanannya disambut.
"Tapi abang tak makan lagi kan?" Chempaka menyoal Darius yang dari tadi tersenyum. La, sudah… hilang skru dah suami aku ni…
"Tak payah la… abang ingat nak makan sayang je…"
Mata Chempaka bulat. Darius ketawa kecil. Suka benar mengusik isterinya itu.
"Main-main je tau…"
Darius ketawa lagi. Perlahan tubuh kecil Chempaka ditarik dalam dakapannya.
"Abang tak nak makan. Dah kenyang pun. Lebih-lebih lagi dengar berita gembira ni..."
Chempaka yang dalam pelukan mendongak. "Berita apa?"
"Lepas ni sayang dah tak yah kerja lagi la. Duk rumah je…"
Makin keliru Chempaka dibuatnya. La, sudah… hari tu bilang tak senang duduk kalau tak tengok muka aku. La ni dia suh duk rumah pula. Napanya?
"Abang nak sayang rehat je. Jaga diri…" Darius mengusap lembut perut isterinya. Chempaka makin pelik. Tangan yang melekap di perutnya dipandang. Mindanya tiba-tiba terfikirkan sesuatu.
"Abang…" Chempaka memaku pandangan pada wajah Darius mencari kepastian apa yang difikirkannya tadi.
"Sungguh?"
Darius mengangguk. Chempaka berasa kolam matanya panas. Sesungguhnya tiada apa yang lebih membahagiakan dari menjadi seorang ibu. Ibu kepada anak-anak Erl Darius. "La… sapa suruh nangis ni?"
Chempaka tarik senyum. Terasa ibu jari Darius yang menyeka lembut air matanya.
"Eei… cengeng ni. Mesti baby girl…" Darius meneka.
Chempaka buat muka. Ada ke? Apa punya petua dia guna tu? "Hishh, ada ke?"
"Ada la… baby girl yang comel macam Mama dia…"
"Tak nak la… Sari nak jadi ibu,"
"Ha iya la… Ibu… Ibu…"
Chempaka tergelak. Kebahagiaan itu miliknya pasti. Tidak pernah menyangka bos sendiri menjadi suaminya. Dan jatuh cinta pada mamat Serbia yang dikutuknya selalu. Dia pasrah andai ini takdirnya. Dia rela. Sememangnya istana cinta yang dibina Darius membuatkan dirinya hanyut.
Perlahan kepala dilentokkan kembali pada dada Darius. Tangannya pula melingkar ke leher Darius. Terasa tangan Darius memaut pinggangnya kemas. Chempaka memejamkan matanya. Dia ingin terus begini. Bermimpi yang indah-indah, dihujani titik-titik kasih… yang pasti pelangi cinta Chempaka-Darius harus kekal abadi selamanya.
oit.. first komen.. syokk.. asal la assistant/setiausaha yg slalu kawen dgn bos?? klau mcm nie jd setiausaha la.. tentu dpt kawen dgn bos.. best sgt story nie!! cayok2..
citer nie common situation..tapi ayat dalam cerpen nie berjaya diolah dengan baik especially part pengalaman yang menerangkan apa yang terbuku dalam hati erl darius.. keep going on writing...all da best!!
1st: tertarik untuk mula membaca dek kerana tajuk cerpen yang catchy.
2nd: nama agak simple dan boleh diterima. terlalu ramai penulis sekarang yang menggunakan nama berbelit-belit sehingga membuatkan cerita terasa terlalu berbentuk fantasi. teruskan dengan watak-watak logik anda. ;)
3rd: jalan cerita ringkas, tidak meleret dan tidak terasa tergesa-gesa. pengolahan walaupun tidak menggunakan bahasa rojak remaja, masih menarik perhatian pembaca untuk terus membaca sehingga ke penghujungnya.
Writer i just realize ada part yang copyright jer...part masa blackout ...rasa mcm pernah baca dalam novel wording dia pun sama cuma nama jer different...but well congratz nice story
citer ni best... tapi macam x de uniknye sbb bos dgn setiausaha... dah bnyk citer pasal ni... and i think dia dgn farid lagi sesuai... sbb writer x ceritakan tentang perasaan sebenar chempaka ke darius masa tangan darius luka tu... mula2 sy igtkan dia dgn farid... sbb dah nampak sgt serasi lagipun dorg mesra. so, lain kali, detail kan lagi k?? especially bab perasaan the girl n the guy.. what so ever, be the best among the best!
sweetnyerr.... bestla klo dapat jadi cam deorang.. cerpen ni adr cikit2 cam cite kat tb 2..dari mata arissa.. tp dalam cite tu, secretary dia yang bagi resume kat bos die.. pe2 pn..cite ni best.. best sangat..!!
cerita nie macam ada ambil dalam novel. kalo tak silap ada 3 novel yang diambil.. yang bab resume tue dah macam dalam cerita kau sayngku. n ada lagi yang di copy dari novel. terasa baca novel punye cerite..
to writer :cerita neh mcm dlm novel kau sayangku ...y part resume 2 then the word ...dlam nvel kau sayangku arisa tjukn wat akif ..cma ubah la bkn ayat 2 .. by d way gud job n gud try .. gud luck k !!
saye kurang bace novel jadi saye tak tahu lah same ade cerpen ni copyright ataupon tak.. but still, i have to agree dgn pmbace2 yg laen, cerite mcm ni common..
tajoknye menarik tapi bile start bace first2 je, saye da bole predict wat will happen next..
dah agak dah bile chempaka dgn farid mesra, bos die akan jeles..
cube buat sesuatu yg laen, yg lebeh realistik.. ok? its typical.
awak boleh cube contohi penulis2 novel atau cerpen yang baik dalam berkarya, mcm ramlee awang mursheed.. epik thriller, mcm cerite cinta sang ratu..
cite ni best..tp klise..scene byk tiru dr novel..xde idea bru ka?? cube lg ye.. find real situasi then apply in ur writing..byk lg kisah kat dunia nie yg blm dicerpen kn or dinovel kn..
zarina wrote : tahniah kerana anda bjaya mnulis cerita yg best.. saye suka bila baca cerita2 yg boleh buat saye tergelak... rather than asyik layan rasa cinta, n kejiwwangan sepanjang reading..dan saye sgt menghargainye.... saye suke crite awak.. suke awak sebab buat crite yg meriangkn saye... heheeee
DARI AWAL SAYA BACA TAJUK DIA DAH TAHU,MESTI HERONYA EGO DAN HEROIN JENIS SUKA KUTUK DALAM HATI.APAPAPUN AWAK MEMANG HEBAT 10 STAR TOYOU WISH U GOD BLESS U................
nk jgak... msti ensem laki tue... so sweet cite nie ssh kite nak nmpk dr sudut realiti kn... alangkah bgus nye kalu perkara itu benar2 berlaku pd aku... hahax... lol... berangan plak...
dri novel ke drama,dari drama ke cerpen... cerpen ni mcm sinopsis la plak, anyway still happening, cuba hasilkan karya asli plak ye... dari cara penlisan,anda mampu jdi penulis terbaik.. good luck.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
haha.
comel la darius tu.mesti hensem :DD
best best :
tapi kalau boleh buat la lain daripada yg lain
:))