Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Cik Alia Kartina. Bagiku sebaris nama itu amat unik…dan nama yang unik inilah yang telah menjadi penyambung kepada lakaran sejarah kehidupanku. Namun sayangnya aku tidak mengerti akan percaturan yang di aturkan oleh Ilahi. Sehingga kini, sebaris nama masih bermukim di hati ini dan biarlah ia kekal bersemadi di situ.
Kupandang ke kanan, ke kiri, ke depan, dan kebelakang. Set!! Dengan penuh perasaan kepura-puraan, aku menyelitkan buku-buku di tangan ku itu ke dalam beg sandang yang kubawa itu. Bukannya apa, kad perpustakaan yang dibekalkan oleh pihak sekolah kepadaku hilang. Sampai sekarang aku masih belum membuat kad perpustakaan yang baru.
Dan sesungguhnya ianya telah memberi kesan yang amat mendalam kepadaku yang amat tergila-gilakan buku sains fiksyen dan juga beberapa jenis buah novel. Aku amat tertarik pada buku yang memaparkan pelbagai warna yang cantik dan berwarna-warni. Perhatianku akan tertumpu sepenuhnya pada buku, malahan jika aku sudah mendapat sesebuah buku, makan minumku sudah tidak kuhiraukan lagi.
"Kamu…yang pegang beg sandang warna hitam, berdiri di situ!!!" Zappp!!! Aku tersentak. Akukah itu? Perlahan aku pusingkan badanku. Kulihat seorang perempuan asing menuju ke arahku. Dan terus kian menghampiriku. Dan aku pula hanya menunggu saat dan waktunya.
"Kamu mencuri buku perpustakaan ye…" Perempuan itu berbisik keras ke arahku. Hanya cukup untuk didengari oleh kami berdua sahaja. Sekali lagi…aku…huh kelu lidah untuk kuberbicara. Kali pertama aku "tertangkap". Dalam usaha aku menyusun petah bicara, otakku masih mampu bergerak memikirkan siapakah gerangan perempuan ini. Ataupun lebih tepat, wanita ini sudah ada yang punyakah? Cis, dalam diam aku masih mampu bergurau walaupun diriku sudah berada di dalam mulut buaya saat ini.
"Cikgu tanya, kamu mencuri buku perpustakaankah?" "Errr..sebenarnya cikgu, saya…saya…sebenarnya…errr…." "Sebenarnya…sebenarya…apa?" Oo cikgu baru rupanya. Terkejut aku apabila dia berbisik keras menagih jawapan daripadaku. "Siapa nama awak?" "Nama saya Tengku Alia Zafrina Tengku Hamid, cikgu." Dalam getarnya aku masih mampu menjawab. "Terus terang saya katakana saya nampak apa yang awak buat tadi. Kali ini, cikgu lepaskan awak. Jangan sampai cikgu tangkap kamu lagi buat kali kedua. Bye Tengku Alia Zafrina Tengku Hamid."
Aku ditinggalkan terpinga-pinga. Biar betul cikgu ni? Baiknya dia. Tapi aku benci cikgu tu. Inilah kali pertama nama aku disebut dengan penuh. Bencinya!!! Huh…betul-betul benci!
Itulah pertemuan yang pertama aku dengan cikgu baru itu. kami berjumpa kerana aku membuat perangai. Kali pertama aku merasakan serba salah. Dalam diam, aku meletakkan kembali buku itu ke tempat asalnya.
Malam itu, seperti biasa aku "online" . Aku "chatting" bersama rakan lamaku. Sehingga lewat malam. Banyak perkara yang kami borakkan. Itupun sebab telah lama kami tidak "bersua" di alam siber ini. Jam 4.30 pagi, aku menutup suis komputer. Selepas itu, aku berjalan terus menuju ke arah katil kesayanganku.
Nah itu dia! Natijahnya aku terima pada pagi itu juga. Aku ditahan kerana lewat sampai di sekolah pada pagi itu. Yang hairannya, boleh pulak aku seorang sahaja yang lewat. Memang dah nasib agaknya.
"Alia, jom saya bawa awak jumpa cikgu yang bertugas hari ni. Ini adalah arahan dia."
Dan aku mengeluh lagi. tanpa bersoal jawab, aku mengekori pengawas yang bertugas pada pagi itu. Ha, cikgu ini lagi!! aduh! Sudah jatuh ditimpa tangga…
"Awak lagi, Tengku Alia Zafrina Tengku Hamid? Kenapa lewat pagi ini? Ni kali kedua saya tangkap kesalahan awak. Apa alasan awak?" "Saya..saya..eerrr.."
"Errr…errr…itulah jawapan awak ye Tengku Alia Zafrina Tengku Hamid? Sebagai hukuman, cikgu nak awak kemaskan meja cikgu masa rehat nanti. Bolehkan Tengku Alia Zafrina Tengku Hamid?" Bencinya aku! Cikgu itu berterusan memanggilku dengan nama penuhku. "Boleh tak cikgu jangan sebut nama penuh saya? Masuk ni kali ketiga dah cikgu sebut nama penuh saya" aku membentak keras.
Sesaaat… Dua saat…
Suasana menjadi sepi. Aku dapat lihat air mukanya yang berubah. Aku terlalu keraskah…namun seketika selepas itu…
"Kenapa? Tak bolehke saya sebut nama penuh awak? Ala baru 3 kali. Manala tahu, ini kali terakhir saya panggil nama penuh awak dan tidak ada orang yang memanggil nama penuh awakkan? Jadi biarla saya yang panggil, biar saya jadi yang teristimewa sikit. Baru awak ingat dekat saya. Okla…dah lewat ni, pergila masuk ke kelas. Maafkan cikgu ye… cepat-cepat masuk kelas"
Aku pantas bergegas meninggalkan ruang bilik guru itu. Aku sudah terlewat benar untuk menhadiri kelas ekonomi. Habisla, nanti kena marah oleh Miss Tan. Aduh, habisla. Hari itu berlalu dengan lambat sekali aku rasakan. Dan seperti yang diarahkan, aku membersihkan tempat Cikgu Alia. Selepas itu, aku meneruskan waktu pembelajaranku.
Perutku sudah berbunyi, lantaran aku tidak sempat untuk membeli makanan pada waktu rehat. Aku bergegas keluar dari bilik darjah. Aku ingin segera pulang ke rumah.
Tanpa aku sedari, sewaktu melintas jalan…
"Alia…tepi cepat, kereta tu!!! Cepat! Alia!!" Aku terpaku. Aku menoleh ke arah suara itu. benarkah dia yang memanggilku dengan panggilan itu. Aku melihat dia yang menjerit-jerit. Akhirnya… akhirnya dia memanggil namaku dengan panggilan yang pendek.
Namun itu semua hanya untuk seketika…hanya seketika. Pandanganku mula kelam… Saat aku membuka mataku…aku melihat umi dan abah setia berada di sampingku. Aku mula mengingati kembali apa yang terjadi…
"Umi, ada tak cikgu adik datang? Perempuan? Yang cantik manis itu?"
Umi tidak menjawab pertanyaanku. Air matanya mengalir tanpa dipinta.Dan segalanya terjawab…segala-galanya, sehingga aku tidak punya ruang untuk bertanya lagi…tidak lagi..
Rupa-rupanya Cikgu Alia merempuh ke arah aku, kerana aku masih tidak berganjak sewaktu dia memberi amaran padaku. Dan rupanya, dia yang menyelamatkan aku…sedangkan dia sendiri…Arghhh..sukarnya untuk kuperkatakan. Kata umi, Cikgu Alia baru sahaja selesai dikebumikan. Rupanya Cikgu Alia hanya menunggu waktunya sahaja. Dia mengalami penyaki jantung berlubang. Dan mata ini adalah pemberiannya. Aku disahkan buta kerana serpihan kaca yang memasuki ke kornea mataku.
Cikgu…apa yang telah kau lakukan ini. Aku bersalah padamu cikgu. Maafkan aku. Mata ini…atau lebih tepat matamu ini adalah pemberian yang tidak terhingga. Terima kasih cikgu.
"Kenapa? Tak bolehke saya sebut nama penuh awak? Ala baru 3 kali. Manala tahu, ini kali terakhir saya panggil nama penuh awak dan tidak ada orang yang memanggil nama penuh awakkan? Jadi biarla saya yang panggil, biar saya jadi yang teristimewa sikit. Baru awak ingat dekat saya. Okla…dah lewat ni, pergila masuk ke kelas. Maafkan cikgu ye… cepat-cepat masuk kelas"
Aku bersalah padamu cikgu..aku bersalah padamu. Sungguh, aku yang bersalah. Benarlah katamu itu cikgu…itu adalah panggilan yang pertama dan yang terakhir. Benar – benar yang terakhir. Sehingga kau tidak memberi peluang kepadaku untuk berterima kasih kepadaku.
"Tengku Alia Zafrina Tengku Hamid. Sila masuk. Sekarang giliran awak untuk ditemuduga." Aku tersenyum. Sudah lama aku tidak mendengar orang memanggil nama penuhku. Tengku Alia Zafrina Tengku Hamid. Itu adalah peristiwa 5 tahun yang lalu. Terima kasih cikgu. Jika tidak keranamu, aku tidak mungkin berdiri di sini…kerana matamu ini…kerana pengorbananmu ini, aku mampu berdiri di sini.
Dengan lafaz bismillah…aku melangkah masuk ke bilik temuduga. Cikgu, semoga aku berjaya…
tanpa nama kat ats tuh... sume cikgu cm2 setiap kesilapan die akn mntak maaf walau kadang2 kesilapan 2 brmule pd ank murid 2 sndr awk kne sdr 2.. saya bakal mnjd guru 1 hari nnt harap dpt mnjd sorng guru sebaik die insya allah...
cite nie menyentuh perasaan..teringat plak arwah pn noly..cikgu disiplin aq yg baNyak sgt bantu aq sampai aq berjaya skunk nie...cikgu maafkan sy cikgu..sy x sempat jumpa ckgu wat kali terakhir
Wah bagus jadi tertarik saya dengan tulisan Cerpennya, tapi alangkah bagusnya jika sang penulis ditampilkan, jadi kita kenal wajah sang penulis By Zein-karas@blogspot.com Trims . .
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
simple but nice..