Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Apa salah aku?", kata-kata yang berlegar di ruang hati membiru terpacul keluar dari bibir. Nyata, apa salahku terhadap dia? Apakah layananku kurang cukup untuk membuat dia -sekurang-kurangnya- setia terhadap janji-janjinya? "Daniel, sudah-sudahlah tu. Takkan sampai sekarang pun masih berfikir perkara yang sama? Tengok, apa sudah jadi dengan tugasan kau!", tegur temanku sambil membetulkan kedudukan skulptur separuh siap agar tegak berdiri di hadapanku. Aku tidak mampu lagi untuk menumpukan pemikiran sekarang. Telingaku mengimbau kembali sejarah hidupku yang ingin aku lupakan; dialog aku dan dia.
"Daniel, secara jujurnya, saya mahu memutuskan hubungan antara kita." "Kenapa?", degup jantung masih jelas terasa deras. "Saya cuma hendakkan sedikit ketenangan."
Derai jernih suci mulai menitik satu persatu. Aku tunduk, memikirkan semula; apa dia ingin membuktikan bahawa tugasku kurang sempurna? Aku cuba melupakan dia dan segala kenangan bersamanya. Skulptur yang tadinya utuh meroboh, tempat melampias geram. Zamri segera menyentap tanganku,"Daniel, it’s enough already!" "Aku tidak faham, Zam.". Hatiku terlalu sedih diperlakukan sebegini - ditinggalkan tanpa sebarang sebab yang munasabah(?). Zamri membisu seribu, cuba mengempuk perasaanku seraya menepuk belakangku. Tangisan berjela-jela menguntai hiba sepanjang petang. Hati dan otakku tidak mampu menampan segala duka yang tercetus, mereka turut menitiskan air mata. *** Gontai kaki melangkahi batasan bilik kuliah dengan dunia luar disapa sergahan yang maklum. \"Kau menangis?", acu Zamri sambil merenung tajam ke arah mataku yang menyaga. "Tidak! Aaa, jangan pedulilah!", keliru samada patut diberikan jawapan sebenar. "Daniel! Tu! Ex kau!", kuis Zamri sambil menuding ke arah mantan kekasihku, Diana. Aku cuba alih pandangan ke sisi kiri dan memaksa Zamri untuk berjalan seiring denganku. Membuat tidak tahu dan tidak mahu peduli. Jarak 5 kaki sudah mencukupi, rasanya. Aku toleh ke arah Zamri sambil meluah persoalan jiwa menggundah, \"Amacam? Dia tengok atau tidak?\". \"Ya\", bersahaja, \"Dia tengok semacam saja. Toleh macam burung hantu!\", selorohnya. Tawaku diberhentikan oleh jelingan pedas daripada pacarku(?). Padan muka kau, Diana! Ini baru permulaan. Aku ingin dia terkilan mengapa perangaiku berubah sebegini. Jangan ada orang lain tahu, meski Zamri! Kawan tetap kawan, bukan peti berkunci yang bisa dipercayakan. *** Girang kaki membawa aku dan Zamri singgah di Restoran Sempelang. Lima belas minit perjalanan dari kawasan Universiti Malaysia Sabah melintasi Jalan UMS untuk tiba di dalam kawasan Ujana Rimba Kota Kinabalu. Setibanya kami, Zamri menoleh ke arahku. Sengihku sambil membunyikan gemercing syiling, \"Sorry, gaman! Belum ada kemasukan\". \"Jangan kau risau bah! Apa gunanya elaun ‘PaMa’ ni?\", bahaknya menggema menjawab. Gelisah tumit mengarah kami meredah lincah renik kristal tohor beribu. Belum sempat kuangkat kepala yang tadinya tunduk, Zamri memuncungkan bibirnya sambil menuding jari ke arah siapa yang tidak aku ketahui. \"Ada apa?",bentak memecah rentak rintik air, " Kalau mau mengurat pun, cari tempat duduklah dulu!\" Dia ulang kembali isyaratnya,\"Tu bah, kau punya ex, bongol!\". \"Ya ampuuun, itu!\", tuding telunjuknya. Aku amati perlahan-lahan segala perincian mengenai lembaga yang diisyaratkan. Sebentar, siapa pacal berada di sisinya? Selekas itu, mana mungkin? \"Dahlah Daniel, lain kali saja. Itu mesti boyfriend dia! Let\'s blah!\", Zamri pantas menarik tanganku. Longlai kaki dapat kurasa. Mataku tidak berpaling, begitu juga kaku hati. Tanpa disedari, kakiku melangkah sendiri. Kereta meluncur sedikit laju menuju ke Alamesra; kembali ke gagang. Kumandangan lagu tenggelam dek leteran Zamri yang tak kumengerti hujung pangkalnya. Kelu bisu lidahku dari getaran fitrah. Kosong hampa otakku dari sebarang fikrah. Spekulasi-spekulasi menebar busuk di segenap ruang hati. Mana mungkin? Itu abangnya, barangkali. Ah, kuperbangsat itu semua! Tak ketemu jawapan yang dapat menenangkan talu genderang jiwa! Aku lihat ke luar. Kelihatan bintik-bintik air kecil melepak di hadapan cermin kereta, segera disapu. Degup hati digomoli soal: Kenapa aku berasa sebegini? Kenapa aku perlu cemburu sedangkan aku tidak perlu kepadanya? Kudiamkan ia, biar. Setiap mangga pasti berkunci, bukan? Sekali lagi pandanganku beralih, ke arah seru angin penghawa dingin jelas kelihatan berkepul-kepul laksana berada di musim sejuk. Syaitan silih ganti menjenguk wadi fikrahku, meninggalkan palit-palit hasutan juga bekas tapak dan ekor, menggoyah iman terhadap diri sendiri. Apa salah aku? Apa tidak cukup pengorbanan untuk membuktikan diriku layak mengganding? Apa kurang jelas mesej yang aku cuba sampaikan bahawa aku amat cinta (?) padanya? *** Kesima waktu mendengar rengek hujan mengiringi debar hati yang dari tadi tidak mahu dinoktah. 8 malam, rasanya. Penonton kini ditonton, Zamri melayani sejuk kipas berbaur dengan sayup bunyi tontonannya tadi. Mandir dalam mencari erti ketenangan, telefon bimbit mulai basah dek peluh dingin. Kelibatnya bersama lelaki anonymous membuat aku sedikit gelisah. Aku tidak bisa duduk tenang tanpa mendengarkan suaranya membutirkan tiap apa yang patut dirincikan. Tetapi, aku tidak cukup kuat untuk mendengarkan pula setiap perolehan kata-kata yang bakal tersembur keluar dari bibirnya. Takut aku. Kecewa aku. Mengapa selekas ini? Oh! Ini mungkin taktiknya mahu mengumpan aku masuk jerat akal-akalan. Bingung membawa aku mendalami satu suasana, di mana aku tidak patut merasa aman - lantaran perbuatanku tadi pagi. Boleh jadi. Aduh, apa harus aku lakukan, ya Tuhan? Jenuh memegangnya, aku lempar sedikit kuat ke arah kusyen yang dari tadi setia memerhati. Hempap punggung seraya dengan keinginan tangan untuk menggapai. Jemari mulai menekan perutnya, nama \'DIANA\' terkangkang jelas di hadapanku kini. Baik, tarik nafas, tekan! Perlahan-lahan kutekapkan telinga ke bahagian kepalanya - telefon bimbit. Talian disambung, Alhamdulillah! Dering caller ringtone sejak lima saat yang lalu kemas berkumandang. Tiada tanda bahawa ada tukang jawab. Tidak kumatikan harapanku untuk menghubunginya. Lekas kuulang semua tindak kali kedua. Tiada lagi. Aduh, bagaimana? Kupersiap kali ketiga dengan doa dan selawat, moga menjadi. Fuh!
"Ada apa?", balas atas salamku. Dingin suara berbaur sejuk hawa mengundang resah. "Tidak, saya cuma nak berbual dengan awak.", olah tak bermaya. "Teruskan. Tapi kalau bab cinta kita, frankly saya ada terlalu banyak kerja yang lebih penting untuk dibuat." Apa yang harus aku perbualkan? Apa patut aku berterus terang atau cuba untuk membawa dia dan kataku berlegar sama? "Awak apa khabar?", soalan arketaip membuka cerita penuh mesra. "Saya baik sahaja. Puas? Okeylah, bye!", berdegar memecah speaker telefon kapcaiku. Sabar tangga kejayaan. "Tunggu! Ada lagi yang saya nak cakap." "Ada apa lagi ni?", rentak bual berubah. Memang beginikah perempuan? Sentiasa pernah takkan tenang. "Saya nak tanya awak. Awak ada pergi Restoran Sempelang tadi, kan? Dalam kawasan Asia City?", kepingin jawapan sebenar. Diamnya menambah getar debar yang sedia ada. "Yes, why?" "I am just asking, ma’am!", menimbang marah atas soal. "That is none of your business, boychick! Now, buzz off!", nyata marah lebih murah. Kukatup telefon. Ironi mempermainkan perasaan. Kubiar ia senyap. Kepastian sudah kukecap malam ini. Nyata perasaan cintanya memudar. Sengih sendiri, siap siaga meneran mata sekali lagi. Menakuk erat di tempat dudukku kini. Getap bibir tiada lagi mampu menyangga tiap keluhan punah dari ujungbenak. Apa salah aku, Diana? Apa salah aku? Deru hujan menyembunyi gegar suara, menghalang ego menapak. Aku manusia dulu, kemudian lelaki! *** "Nak ikut.", paksa Zamri nada pujukan. "Ikut saja. Janji, buatkan sandwich. Minuman, on me.", terimaku. Kaki kami gegas sedikit lekas, takut kesesakan memperkandas. Hari ini aku luangkan sedikit masa untuk diriku berehat, melepas berahi yang dieram buat berbulan yang lepas. Cuti mulai besok. Aku bercadang untuk balik hanya selepas sebulan menjelajahi Kota Kinabalu hatta tiada seurat jalan pun yang tidak kukenal. Kampung Gudon dan kota ini – sekadar itu jaraknya diriku dengan keluargaku. Kupasti mereka tidak kisah, aku anak hibrid desa yang terjebak dengan kota serta segala malamnya! Singgah di rumah sebentar. Agar rehat tercapai, persiapan harus diperteliti. Zamri sibuk mengelola bahagiannya. "Nak telur atau daging?", "Sardin?", candaku memperderai mulut kami dengan ketawa. Selesai persiapan, kami berganjak. Matahari menaungi kami - sekelian pencintanya. Kunci rumah kami percayakan Kak Timah untuk menjaganya. "Nak kata panas sangat, indak jugak.", sindir Kak Timah melihat aku memperagakan seluar pendek bermotif Hawaii-mungkin mencolok mata janda berhias ini. "Sekali-sekala kak, bukan selalu. Seksi?", jawabku terakhiri dengan soalan. "Asal kamu tau, Islam larang kita pakai seluar pendek. Ni, sudahlah membuka aurat, Nampak segala otot bulu, tak senonoh!", khutbah Kak Timah. Segera kuhulur salam dan beredar - taktik mengelak ceramah yang paling berkesan. *** Mencari perdu ru merendang bukan kerja yang tidak senang. Rindu pada pasir-pasir dan bau masin air dilunaskan oleh niat tatkala ini. Zamri siap dengan tikar dan bekalan, mewujudkan suasana perkelahan yang aku (kami) impikan. Dia faham, dan kerana itulah kami berada jauh sedikit dari orang lain; mencari ketenangan bukan kerja yang senang. Melepas segala tekanan ke arah lepas laut nun memantul cahaya balik kepada sang pemberi. Zamri dari tadi memujuk aku untuk bersamanya menikmati asin laut, tidak kupedulikan. Sambil menghirup dikit-dikit, mulai cetera hidup sendiri. Memang sunyi hidupku kini, tanpa ada siapa untuk dikasihi. Alhamdulillah, aku dapat meredah. Dan terlalu banyak perkara yang aku pelajari selepas dia melepaskan aku. Aku dapat mengerti apa itu bebas. Dapat memahami maksud berdikari. Dapat mengungkap setiap oceh yang dipersoal oleh hati bercelaru menggunakan logik akal fitriah. "Marilah Daniel, shiok! Kita lawanlah, sandcastle siapa paling cantik. Mau?", sungguhnya. Kini tenang. Bebanan tiada lagi kegalas kerana masing-masing tahu bahawa bercinta itu berat. Aku kurang ambil tahu pasal dia lagi. Nama Diana kelam dari persada jiwa. Aku tidak peduli, kerana jelas, dia tidak cinta aku lagi! Hegeh tiada guna, aku bukan anjing yang turut pada tuan sesiapa. Apatah lagi dia! "Kenapa? Masih ingat Diana?", Zamri ketuk tiba-tiba lamunanku. "Tidaklah, aku cuma fikirkan natijah peperiksaan nanti. Itu aja!", jelasku, memperhitung tiap tipu. *** Tiba di rumah. Pasir menuruti jejak tiap kami berdua. Kak Timah automatik tiba dalam keberadaan kami berdua. Senyum sinis mengiringi kerlingan matanya ke arah kakiku. Ada apa di kakiku? "Daniel, tolong tengok peti surat! Mana tau ada surat bapa aku sampai, biar aku buka pintu", pinta seraya bergerak ke stesyennya. "Tiada surat.", jelasku sambil lari anak-anak ke arahnya. "Daniel, look at this. No stamp, no name and just before the door." unjuknya. Kak Timah segera menyampuk perbualan antara kami, menyatakan ehwal pengirim surat itu. Naik berang kutahan demi penjelasan nan terang. Tapi, amanah apakah jikalau membenarkan pencerobohan? *** "Ke hadapan Daniel, moga awak dalam keadaan sihat sejahtera.
Tidak saya sangka, cinta awak memang tahan diduga. Mungkin awak berasa bingung ketika membaca surat ini, tetapi dengarkan penjelasan saya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Sebenarnya Zamrilah yang menentukan menang kalahnya perjuangan sia-sia awak. Sebagai manusia, awak tidak sepatutnya mempercayakan saya kepada dirinya. Kau tewas! -Diana-"
aku baca smpai stengah je. lps tu aku pun terus rasa BORING. and surat tu... fuuhh!!! mmg bjaya la buat aku keliru.
p/s:Kau sengaja mempermonyet aku, ASYFIQ HANNAN?
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
agak kurang paham bah ayat yang awak gn...menyebabkan sy pun boring nak bc