BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, September 06, 2009
Cerpen : Milik Seseorang
Nama Pena : Eym

5hb September 2008

Seperti biasa, apabila tiba waktu rehat, pasti riuh-rendah satu sekolah, terutamanya di kantin. Barisan yang membeli makanan seperti nasi dan mi goreng pasti panjang berjela. Kerana itulah, aku lebih suka membeli makanan berbungkus seperti burger dan makan bersama seorang kawan aku yang bernama Azim di sebuah bangku berbanding makan nasi di kantin yang sesak.

"Zaki, aku ada perkara nak cakap dengan kau ni." Azim memulakan perbualan antara kami.

"Apa dia?" aku bertanya sambil mengerutkan dahi dan menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

"Aku tengok kau ni tak banyak bergaul dengan oranglah. Macam anti-sosial pula aku tengok kau. Kau tak bolehlah macam tu, kau kenalah pandai-pandai bergaul dengan orang. Bukan nak berlagaklah, tapi setahu aku, aku seorang ajelah kawan kau, kan?" bebel Azim panjang lebar.

Aku mengeluh "Bukannya aku tak nak, tapi aku tak pandailah nak bergaul. Segan. Lagi pun, aku lebih selesa bersendirian atau punya kawan seorang dua aje."

"Sampai bila kau nak macam ni? Macam nilah. Setahu aku, kau tahu kan yang aku ada seorang awek kat sini. Nanti, aku kenalkan kau dengan dia, nak?"

"Awek kau? Yang bernama Emma tu?" aku bertanya kehairanan. Hairan apabila ada lelaki yang mahu perkenalkan kekasihnya kepada lelaki lain.

"Eh, taklah. Yang ada hidung tu." Azim menyindirku.

"Kau tak kisah ke aku kawan dengan dia?" aku bertanya meminta kepastian.

"Alah, kalau setakat kawan aku tak kisahlah. Tapi, kalau aku dapat tahu kau ada apa-apa dengan dia, kau tahulah nasib kau." Azim memberi amaran kepadaku dengan niat mahu bergurau. Kami bergelak ketawa.

******************

Bunyi loceng menandakan waktu pulang. Aku seperti biasa mengemas barangku dan sesudah itu, menunggu Azim yang selalu terhegeh-hegeh mengemas barangnya.

"Cepatlah sikit, Zim." aku mendesak.

"Tunggulah sekejap.Tak sabar-sabar nak kenal dengan awek orang." Azim menyindir dengan niat mahu bergurau sambil tangannya masih lagi bekerja mengemaskan barang-barangnya. Aku cuma tersenyum melayan gurauan tersebut.

"Baiklah, beres!" Kami berdua beredar dari kelas setelah memastikan kipas ditutup.

Aku dan Azim jalan bersama-sama menuju ke sebuah pondok yang terletak di kawasan depan sekolah. Seseorang telah pun menunggu kami di situ.Orang itu tidak lain dan tidak bukan adalah kekasih Azim yang bernama Emma.

"Dah lama tunggu?" tanya Azim sebaik saja kami sampai di pondok tersebut.

"Tak juga. Hai, Zaki." Selamba saja Emma menegur aku setelah dia perasan aku ada di situ. Aku pula hanya menundukkan kepala tanda segan dan malu. Ah, aku mesti menegurnya kembali!

"Hai, Emma." berjaya juga aku menegurnya.

"Emma, kenalkan ini Zaki. Zaki, ini Emma." Azim menyindir aku. Kononnya memperkenalkan aku dan Emma. Padahal telah lama ku sedar tentang kewujudan Emma di sekolah ini dan aku yakin begitu juga sebaliknya dengan Emma. Emma pula cuma tersenyum dan tergelak kecil melihat gelagat pakwenya.

Selepas itu, kami bertiga berbual dan dalam perbualan itulah aku dapat mengenali Emma dengan lebih dekat lagi. Emma datang dari keluarga yang kaya, tapi aku melihat dia hanya merendah diri saja dan tidak menunjukkan sikap bangga yang keterlaluan atas apa yang dimiliki. Bermula dari saat inilah aku mula rasa tertarik padanya. Patutlah Azim pikat dia untuk dibuat makwe. Pandai juga Azim ni memilih. High taste!

******************

6hb September 2008

Pagi ini, seperti biasa aku mengayuh basikal ke sekolah. Basikalku diletakkan di tempat letak basikal yang susun aturnya membuatkan sedap mata memandang. Aku kemudiannya mengunci basikal kesayanganku. Aku terus mencari di mana duduknya Azim dan menjumpainya sedang duduk bersama makwenya, Emma. Hari ini agak berbeza berbanding hari-hari sebelumnya. Kerana kalau hari-hari sebelumnya, aku hanya akan berjumpa dan berbual dengan Azim. Tapi hari ini, kami bertiga. Emma termasuk dalam perbualan kali ini. Aku berasa senang hati.

"Jadi apa minat awak?" Emma bertanya padaku.

"Saya ni suka membaca, terutamanya komik dan novel. Selain tu, saya juga berminat dalam menghasilkan karya komik atau novel sendiri." jawabku panjang lebar.

"Wah, bestnya minat awak. Nanti kalau karya awak dah terbit, beritahu saya tau. Nanti boleh saya beli!" gurau Emma. Azim hanya diam saja sambil mendengar perbualan rancak antara kami berdua. Kenapa ya? Barangkali dia cemburu agaknya! Tapi dia yang beria-ria sangat nak kenalkan awek dia ni padaku. Tak mengapa kot.

"Awak pula? Apa minat awak?" tanyaku pula pada Emma.

"Saya suka juga baca komik. Selain tu, saya suka mendengar muzik dan mempunyai angan-angan untuk menjadi seorang DJ radio." jawab Emma.

"Minat dan cita-cita awak pun best! Nanti kalau suara awak nak keluar kat radio, jangan lupa beritahu saya tau!" aku pula bergurau demikian. Emma hanya ketawa kecil. Azim pula seperti tadi, hanya diam saja. Apa yang difikirkan agaknya?

"Zim, kenapa aku tengok kau ni senyap aje? Ada masalah ke?" tanya diriku yang kehairan.

"Tak ada apa-apalah. Cuma bosan aje." jawabnya ringkas.

******************

Malam itu, aku menghantar SMS ke nombor yang baru ku perolehi pagi tadi. Nombor itu tidak lain dan tidak bukan adalah kepunyaan Emma. Mesej yang sungguh ringkas ku hantarkan padanya.

"Assalamualaikum. Awak tengah buat apa?" beberapa lama menunggu, dia pun membalas.

"Waalaikumussalam. Saya tak buat apa-apa. Tengah mengulangkaji. Awak pula?"

"Saya tak buat apa-apa pun. Tengah bosan. Sebab itu saya SMS awak. Saya nak berbual dengan awak. Tapi kita berbual guna jari ajelah, tak boleh nak guna mulut!"

"Pandailah awak buat ayat. Patutlah nak jadi penulis!

"Biasalah tu!"

Perbualan menggunakan jari jemari itu berlanjutan sehingga lewat malam sehingga Emma tidak lagi membalas SMSku. Barangkali dia tertidur agaknya. Aku pun berasa mengantuk lalu terlelap.

******************

5hb Oktober 2008

Akhirnya telah sebulan aku berkenalan dengan Emma. Hubungan kami bertambah baik daripada hanya kawan biasa kepada kawan baik. Jadi, ini bermakna aku sudah mempunyai dua orang kawan baik.

Namun hatiku seperti mahukan sesuatu yang lebih. Aku rasa aku sudah berasa angau pada Emma. Setiap malam, pasti dia yang terlintas di fikiranku sebelum aku masuk tidur. Aku tidak mahu hubungan kami hanya sekadar kawan baik. Aku mahukan hati dan kasihnya. Namun itu telah pun menjadi milik Azim. Apa yang perlu aku buat? Haruskah aku menunggu? Atau mencari saja pengganti?

Berfikir adalah lebih mudah daripada melakukan. Tatkala hatiku sudah melekat padanya, apakah aku sanggup mencari pengganti kepada apa yang tidak pernah hilang? Ya, apa yang aku mahu tidak pernah hilang, cuma ianya masih belum dapat ku miliki.

******************

Pada waktu rehat, aku berjalan berseorangan tanpa Azim. Katanya dia mahu rehat dengan Emma kerana ada hal penting yang mahu dibincangkan oleh mereka berdua. Hal penting apa agaknya? Mahu berkahwin? Aku tersenyum berseorangan, cuba menenangkan hati yang pasrah kerana hati yang diigini telah menjadi milik orang lain.

Aku duduk bersendirian di sebuah bangku. Termenung. Kemudian, aku membuat keputusan untuk berjalan-jalan dan ketika dalam perjalanan itulah aku terdengar dua suara yang menengking sesama mereka. Dua suara itu amat kukenali. Ya, itu adalah suara Azim dan Emma. Apa yang mereka tengkarkan agaknya? Aku membuat keputusan untuk mencuri dengar. Aku ni jahat, kan?

"Yang awak nak cemburu sangat ni, kenapa?!" suara Emma yang menengking Azim kedengaran.

"Awak tu, kenapa awak mesra sangat dengan Zaki tu? Saya rasa dengan saya pun, awak tak pernah semesra tu?" Azim pula menjawab. Mesra dengan aku? Nampaknya memang betul jangkaan aku bahawasanya Azim cemburu melihat persahabatan antara aku dan Emma.

"Awak dengar sini Emma! Baik awak jauhkan diri awak dari Zaki. Tak payahlah awak nak berbaik-baik dengan dia dah!"

"Kalau saya tak nak, macam mana?"

"Kita break-up!" Azim nekad dengan ugutannya.

"Fine!" Emma terus beredar dari situ. Aku lihat dia menutup mukanya dengan sebelah tapak tangan. Barangkali dia menangis!

Azim berjalan-jalan dengan keadaan yang frust dan ternampak aku yang mencuri dengar.

"Zaki!" dia terkejut.

"Azim, aku...sebenarnya aku..." aku tergagap-gagap untuk berkata sesuatu.

"Aku tahu. Kau dah dengar semuanya, kan? Jadi, kau tak perlulah nak jelaskan apa-apa! Belahlah, aku tak nak tengok muka kau! Menyampah aku!" Azim meninggikan suara pada aku.

Aku terus beredar dari situ dengan rasa bersalah. Rasa bersalah apabila memikirkan akulah punca pergaduhan dan perpisahan dua orang yang merupakan pasangan kekasih.

******************

Malam itu, aku memberanikan diri menelefon Emma. Ada sesuatu yang mahu atau perlu ku katakan padanya. Tut tut! Beberapa kali aku mendengar bunyi itu sebelum akhirnya panggilanku berjawab.

"Hello? Emma?"

"Awak nak apa, Zaki?" Emma bertanya dengan nada yang masih sedih.

"Saya... saya cuma nak minta maaf. Yalah, kalau-kalau saya yang menyebabkan awak dan Azim bergaduh."

"Awak tahu pasal tu? Tak perlulah awak nak minta maaf. Bukannya salah awak pun."

"Saya harap hal ini tidak menjejaskan persahabatan kita. Saya harap kita masih lagi kawan." Tut tut. Emma sudah menamatkan panggilan. Aku meletakkan telefon bimbitku di atas katil dengan rasa gelisah dan serba salah.

******************

12hb Oktober 2008

Persahabatan antara aku dan Azim berakhir begitu saja setelah apa yang berlaku. Namun, persahabatan aku dan Emma pula berjaya dikekalkan setelah apa yang aku lakukan pada minggu lepas.

Pada waktu rehat, aku berjalan berseorangan. Sudah seminggu aku begini namun akhirnya aku dapat menyesuaikan diri. Sedang aku berjalan-jalan, aku terlihat Emma duduk berseorangan di sebuah bangku. Aku pun mendekatinya.

"Hai, Emma." tegurku.

"Hai." Emma membalas perlahan.

"Dah makan?" tanyaku, sekadar mencari bahan bualan.

"Tak ada selera." jawabnya ringkas dan perlahan.

Aku kemudian duduk di bangku yang sama tapi jauh sedikit dari Emma. Aku sudah membuat keputusan. Aku mahu luahkan apa yang telah ku pendamkan selama ini; rasa suka padanya dan rasa mahukan kasihnya!

"Emma, saya ada benda nak cakap dengan awak ni."

"Apa dia?" Emma tertanya kehairanan dan memandangku dengan wajah yang muram.

"Kita couple, nak?" beraninya aku bertanya sedemikian.

"Apa yang awak cakap ni?!" Emma terkejut.

"Sebenarnya saya dah lama sukakan awak." aku berterus-terang.

"Zaki, awak jangan salah faham. Saya memang suka berkawan dengan awak. Tapi tolonglah faham. Saya baru saja break-up dengan Azim. Saya tidak terfikir untuk menjalin hubungan istimewa dengan sesiapa buat masa sekarang." setelah berkata-kata, Emma terus beredar dari situ. Aku mengeluh kecewa. Aku gagal!

******************

Waktu pulang telah tiba. Aku yang masih kecewa dengan apa yang berlaku pada waktu rehat tadi duduk berseorangan di salah sebuah kerusi yang mengelilingi sebuah meja batu. Tiba-tiba datang Emma mendekatiku. Tanpa berkata apa-apa atau dijemput, dia terus duduk di sebuah lagi kerusi di meja batu yang sama denganku.

"Sorry pasal pagi tadi." dia meminta maaf.

"Tak. Sepatutnya saya yang minta maaf. Yalah, sepatutnya saya faham awak baru saja melalui saat-saat yang sukar dalam hidup awak."

"Sebenarnya bukan itu sebabnya kenapa saya tak boleh terima awak."

"Habis tu, kenapa?" aku bertanya kehairanan.

"Yang sebenarnya keluarga saya akan berpindah ke luar negara." Emma memberi penjelasan dengan tenang.

"Betul ke ni?" aku bertanya dengan rasa terkejut dan tidak percaya.

"Ya, betul. Hari ini hari terakhir saya. Esok pagi, saya sudah mahu bertolak." aku hanya mendiamkan diri dan cuba mencari-cari ayat untuk katakan sesuatu.

"Kalau macam tu..." aku berdiri.

"Saya ucapkan selamat jalan kepada awak. Semoga hidup awak akan sentiasa bahagia dan selesa di tempat orang. Assalamualaikum." setelah aku katakan segalanya secara berterus-terang, aku terus beredar tanpa berpaling dalam keadaan yang tenang. Tapi rasaku pasti Emma memandangku dengan penuh kehairanan.

******************

Akhirnya aku sampai ke rumah. Ibuku yang sedang menyapu halaman ku berikan salam dan aku terus melangkah masuk ke dalam rumah dan seterusnya ke dalam bilik.

Hanya Tuhan yang tahu betapa kecewanya aku mendengar berita Irma tadi. Setelah memasang lagu jiwang, aku pun menangis berseorangan di atas katil. Sakit! Pedih! Perit! Itulah apa yang aku rasakan pada hatiku.
posted by Penulisan2u @ 2:45 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
13 Comments:
  • At 6/9/09 6:23 PTG, Blogger GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said…

    cerita ini kekurangan sesuatu...

    macam masak kari tapi terlupa letak garam...

    namun, tahiah pada penulis kerana bkn senang nk cari idea utk tulis cerpen...

    teruskan berkarya..

     

  • At 6/9/09 6:29 PTG, Anonymous ain said…

    knp ngh zaki 2??x sdh kew dye wat g2 kat azim...apew pon...best novel niew..tahniah wat penulis...trskan karya anda lagi...

     

  • At 7/9/09 2:38 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tergantung..

     

  • At 7/9/09 11:00 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    aslkm kepada penulis....
    cerpen yang awk hasilkan ini cukup menarik...
    " menyukai seseorang tidak semestinya memiliki... "
    hurm....tentag watak azim....mana dia menghilang???
    perhubungan yang diharapkan zaki kepada emma tidak ke sampaian....
    ap2 pun cerita ini sangt menarik...
    try the best k... :)

     

  • At 7/9/09 5:36 PTG, Anonymous syu90 said…

    mcm 2 je ke ending dia?
    bleh la thn....
    truskn lg usaha anda...

     

  • At 10/9/09 9:55 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cte ni dh menarik, tp tergantung lah plak, mungkin ksh benar yg tiada pnghujung lg, p dh kte cte kn, kte reka je lah...pe pun story yg menarik, god luck 4 writer..

     

  • At 10/9/09 6:30 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sdey cite nie.tapi npe tergantung?emm..gudluck 4 writer coz berjaya menulis cerpen nie.

     

  • At 14/9/09 7:17 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    gara2 awek persahabatan putus?cita pn agak t'gantung

     

  • At 2/10/09 7:03 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    blehla..btui2..kurg garm crpen ni

     

  • At 4/10/09 3:42 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ala ape ni mn ade org bg pinjm awek sndiri kt org laen... dh 2 ending tergantung la

     

  • At 5/10/09 8:07 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cm plik jer crpen ney..
    btw..still best........

     

  • At 16/10/09 9:55 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    boeh la harap setara dngn siti rosmizah

     

  • At 7/9/10 8:22 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam... pasal ending macam 2 mcm trgantung je! x bestlah ending mcm 2 mcm x de kesudahanya apa pun best tp smbunglah akhirannya 2

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group