Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Malam dan kedinginannya.Nadya tunduk apabila ada cahaya lampu yang di suluh ke arahnya. Sandra yang duduk di belakang Nadya cuma melihat gadis itu terhendap-hendap tunduk sambil berundur. "Nadya,what are you doing here?" Sandra bersuara.Nadya terkejut besar. Langkahnya terhenti. "I tunggu trip yang terakhir. I tak suka balik dengan model lain.Macam biasalah.." Nadya senyum sedikit bagi menutup kejanggalannya berbicara bersama Sandra."You punya pasallah Nadya. Nanti kalau bos tanya I tak terlibat."Sandra terus berlalu. Nadya buat hal lagi.Gumam Yasmin,teman rapatnya yang sudah berada di dalam bas yang pertama di mana ia membawa 42 orang model dari Cleopatra Modelling Agency.Yasmin tahu feel Nadya,temannya yang berhati batu itu. Temannya itu berani membuat sesuatu yang bakal membuatkan seluruh tenaga produksi di bambu teruk oleh pengarah urusan,Cik Fira. Nadya memanggung kepala apabila terasa ada orang memanggilnya.Sandra yang berada di kejauhan memanggilnya supaya mendekati tenaga produksi yang sedang sibuk mengemas itu.Sandra menyuruh Nadya mengemas perkakas yang masih belum berada di tempat sepatutnya.Nadya akur sahaja daripada dia duduk berteleku tanpa berbuat apa-apa. Nadya mendekati perkakasan kamera yang belum teratur,dengan niat ingin mengemasnya.Nadya menyusun pantas tanpa tahu kedudukan sebenar cermin,kodak,dan kemasan lensa tersebut. Tiba-tiba Sandra mendekatinya."Nadya,you jangan kacau bahagian ini. Tuan dia tengah makan jadi dia tidak mahu you mengganggu barang-barangnya." Nadya mengangguk. Namun dia masih mengerti mengapakah perkakas tersebut di biarkan begitu jika ia ada kemasan khusus untuknya. Trip akhir tersebut tepat meninggalkan kawasan acara majlis pada pukul 1.00 pagi. Majlis yang mereka datangi tadi adalah majlis yang di anjurkan oleh Tre\'semme iaitu rangkaian produk penjagaan rambut yang terkenal di New York. Jadi,bagi menyempurnakan majlis model dari agensi Cleopatra tadi telah di tempah bagi memperagakan dandanan rambut yang telah di sempurnakan oleh Tre\'semme.
"Jangan ingat aku tak tahu apa yang berlaku semalam.Ada orang yang laporkan pada aku.Jadi jangan cuba nak berselindung dengan produksi bawahan!" Awal pagi,suara sergahan Cik Fira tegas,bergema ke seluruh pelosok agensi.Nadya yang pada mulanya tersengguk-sengguk kerana tidur lewat malam tadi,kembali cergas.Yasmin yang duduk di sebelahnya,memandang sahabat yang berhati tegar itu. "Kecoh la minah ni.."Nadya bersuara perlahan. "Sebelum aku panggil nama yang terlibat sila keluar!" Nadya meraup mukanya sebelum melangkah. Nadya bingkas bangun apabila di lihatnya Cik Fira seperti ingin menghambur lagi. Oleh kerana dia seorang yang berbuat salah,fikirnya maka Nadya melangkah lambat.Namun sebaliknya,ada tiga orang peragawan lain turut bangun seiring langkah kakinya."Kenapa kau bangun Nadya? Kau pun keluar dengan mereka semalam?" tanya Cik Fira.Yasmin lantas menariknya untuk duduk kembali. "Jangan Nadya,ini tak ada kena mengena dengan kau.Mereka tak tahu hal kau balik lewat semalam." Yasmin cuba menyelamatkan Nadya yang tidak tahu duduk perkara sebenar,di mana terdapat lagi satu kes yang melibatkan model lelaki. Nadya terselamat. Tiga peragawan tadi yang tidak mengikuti peraturaan agensi tidak akan di berikan sebarang panggilan pekerjaan selama seminggu.Peragawan juga di potong elaun sebulan. Nadya bersyukur kerana tidak terburu-buru tadi.Jika tidak,pasti dia akan menerima nasib yang sama.Petang ini mereka akan menghadiri majlis lintas lansung rekaan Prada dari PWTC.Ramai model terkenal akan menjadi tetamu vip di sana dan 10 model terlatih dari agensi ini akan menjadi jurucakap dan akan memperaga jenama antarabangsa itu nanti di karpet merah. Berprestij,fikir kesemua 63 model yang bernaung di bawah agensi itu namun sayangnya cuma 10 terbaik akan pergi mewakili agensi. Nadya membaca nama peragawati dan peragawan terkemuka tanah air yang akan berkolaborasi memeriahkan majlis nanti.Amber Chia,sudah tentu..Fadzlun Abbas,Mahmud Furaisha..dan artis Malaysia. Nadya menelan liur. Dia akan merasa rugi jika tidak menghadirinya.Pengumuman berkenaan model yang terpilih akan di maklumkan malam nanti.
- - - - - - - - - - - - - -- - - - - - - - - - -
Nadya menyembamkan muka pada bantal,air matanya menitis laju.Dia tidak dapat menahan gelodak hatinya."Antara model tersebut,tahniah saya ucapkan kepada Bea,Yasmin,Daniel,Chaira,Alfie,Nadya,Jimmy,Haider,Renee dan Safuan." Nadya tidak menyangka lansung bahawa dia akan tercalon. Nadya telah di arahkan untuk membawa pakaian koleksi sendiri kerana mereka akan tinggal di The Palace Of The Golden Horses selama dua hari bagi menjalani raptai penuh. Nadya juga merasa gembira kerana teman rapatnya,Yasmin akan ikut sama.Cik Fira sibuk menguruskan aturan pakaian,kemasan pentas dan bahagian liputan media memandangkan Cik Fira salah seorang ahli kesatuan media,maka dia itdak menang tangan menguruskan semuanya. Nadya bersandar di muka pintu berdekatan bahagian penyambut tetamu,bersama Sandra. Sandra ialah ketua produksi yang akan menguruskan perwakilan agensi di dalam liputan media.Jurumekap,Juzairi dan kumpulan dari Loreal akan menjadi penaja bahagian solekan sudah bersedia di bilik belakang.Nadya bertambah gemuruh meskipun tidak terlibat di dalam sidang pengurusan produksi di mana ia memerlukan kesempurnaan.Kelibat para pekerja yang lalu lalang membuatkan Nadya bertambah galau. Sandra mengajaknya ke pentas belakang.Sesak dengan tenaga kerja. "Apa yang you bakal lihat di hadapan pentas ialah kesempurnaan. You mana nampak kekalutan kami di belakang tabir bagi memastikan majlis berjalan lancar.Yang mereka tahu cuma memaki hamun sahaja apabila keadaan tidak seperti yang sepatutnya. Penat lelah kami bekerja keras di pandang remeh. Biasalah golongan kelas kedua kan jarang bersosial,kerana kami tetap dengan kerja kami." Nadya cuma mengangguk mendengar keluhan hati Sandra.Dia tahu Sandra bertungkus lumus memastikan kesempurnaan dalam kerjanya namun mereka adalah golongan yang selalu di pinggirkan.Namun Sandra masih bertindak profesional dengan membiarkan perasaan di sakiti sebagai satu penambahan ilmu. Satu-satunya perkara yang Nadya kagumi pada wanita cina berhati tegar itu. Kemuncak hari yang di tunggu menjelma jua ibarat menunggu bulan gerhana.Para peragawan dan peragawati bersiap sedia dengan padanan pakaian masing-masing bagi memberikan syot terbaik sewaktu di atas pentas nanti. Nadya tidak terkecuali membelek-belek pakaiannya sambil memerhati label yang menjadi kebanggaan kerabat di Raja Perancis itu. Rambutnya di dandan gaya avant garde yang ringkas. Yasmin juga begitu meskipun itu bukanlah kali pertamanya di majlis berprestij itu namun perasaan gemuruhnya sedikitpun tidak dapat di kurangkan. Acara yang sibuk dan mendapat liputan meluas itu bukanlah majlis yang teratur sebenarnya,di mana para model berasakan keluar masuk dan memenuhi belakang tabir. Cuma model vip sahaja akan mendapat barisan keluar yang tidak sesak seperti model lain yang akan di tolak bahu sahaja apabila telah sampai giliran.Tetapi ia bukanlah situasi yang tidak menyenangkan,cuma memang ia adalah kaedah apabila kesesakan berlaku,ia akan jadi lebih menarik. Sampai giliran Nadya,tepukan gemuruh bergema hebat,seiring gentakan hebat di dadanya. Langkahnya bergaya seperti selalu,bahunya di tegakkan dan di sasakan dada sebaik mungkin.Puluhan lampu denyar kamera berkelip terpancar sewaktu mengambil syot terbaik miliknya. Namun ada satu kamera yang betul-betul menarik perhatiannya,lansung membuat Nadya terpaku di atas \'runway\'.Lama Nadya berdiam diri di hujung \'runway\' tanpa menyedari ribuan mata yang melihatnya. Kelopak mata gadis itu seperti di perintah untuk turun. Nadya akur,lantas tubuhnya di datangi peluh dingin yang lancar di pelipis sebelum Nadya rebah perlahan.Wartawan yang pada mulanya rancak berpesta memancar lampu denyar,berhenti bersama kekagetan pengacara majlis yang cuba menyambut Nadya dari rebah terus.Tubuh Nadya di usung ke sebuah bilik rehat. Fadzlun Abbas,bekas pemain bola jaring kebangsaan yang beralih ke dunia peragaan itu agak terkejut apabila Nadya di bawa masuk ke bilik itu.Fadzlun bertindak memangku kepala Nadya kerana dia giilirannya memperaga tamat dua minit lalu. "Dia ambil ubat,mungkin.." terpacul ayat itu dari mulut peragawati terkenal itu. Di luar,para wartawan bersedia menunggu bagi mendapatkan duit poket mereka masuk.Nadya lansung tidak sedarkan diri walaupun wajahnya telah lenjun di basahkan dengan air.
"Betul,saya tak ambil dadah.." Nadya merayu pada Cik Fira sewaktu Cik Fira menyatakan untuk memecatnya.Nadya mengesat air mata yang melalui lekuk pipinya.Rakan model yang lain cuma memandangnya simpati,kerana mereka tahu rekod Nadya baik setakat ini.Nadya di jebak atas tuduhan mengambil dadah jenis heroin sebelum peragaan di mulakan tempohari. "Hukum saya atas kebenaran Cik Fira,bukan atas kata-kata fitnah orang.."Cik Fira yang selama ini tegas pun,sudah sepi seperti orang tuli.Nadya mendapatkan Yasmin,temannya tetapi wajah temannya juga seperti berbelah bahagi.Dia cuma ingat seseorang sahaja selepas puas membela diri seorang diri.Sandra! Kaki Nadya melangkah laju ke bahagian pejabat produksi,bersama saki baki air mata kehibaan.Merasakan langkah kaki yang lambat,Nadya bertindak untuk berlari."Demi karier dan periuk nasi aku,kau sajalah saksi aku.." Nadya mengongoi lagi tapi kali ini pada Sandra."Nadya,yang pertama sekali jangan bersumpah di atas nama rezeki you..I rasa mungkin selama ini you tak bersyukur dan ada menyakiti hati sesiapa" Sandra membantu Nadya membuat imbas muka. Namun kegelisahan hati gadis itu lansung tidak dapat di redakan. Nadya tetap buntu meskipun telah berusaha mengembalikan ingatan sewaktu hari peragaan tersebut.Pintu bilik Sandra di ketuk.Seorang lelaki masuk,bersama alatan kamera.Lelaki itu tersenyum melihat wajah gelisah Nadya.Sandra mempelawa lelaki itu duduk. "Dia Zackry Husaini,jurugambar agensi ini.Gambar yang di ambil dia jelas dan cantik. You boleh follow gambar dia sepanjang di tempat itu. I tinggalkan you berdua di sini." Sandra keluar dari pejabatnya sendiri.Lelaki itu mengeluarkan album gambar sebanyak empat buah bagi penelitian Nadya sendiri,seperti kata Sandra itu mungkin membantu. "Kau tu dahlah model,keding..lepastu tak nak makan pula.." "Selagi aku tak tidur,selagi itu aku tak makan..sudahlah Zack..tolonglah aku." sebaik menyebut nama Zack,Nadya lantas teringat sesuatu.Sebelum keluar dari belakang tabir dan naik ke \'runway\' Nadya sudah berasa pening dan Nadya perasan ada yang mengambil gambarnya.Wajahnya di alihkan pada Zackry."Kau ada tak masa aku di belakang pentas? Kerana aku perasan tanda \'Z\' pada kamera kau..sama seperti aku mula-mula nampaknya sewaktu naik trip akhir dahulu."Nadya mula curiga pada Zackry,jurugambar misteri itu. "Untuk makluman anda,Cik Nadya Stephanie Rahman..jurugambar di larang sama sekali masuk ke belakang pentas tapi hari tersebut kamera aku memang ada hilang sekejap kerana aku mungkin salah letak." Nadya bertambah pusing. Dia semakin buntu lagi. Akalnya di rasakan semakin tumpul,pembelaan dirinya mungkin berakhir di sini."Nadya,nampaknya orang yang menuduh kau ni betul-betul buta IT.." Nadya mengambil satu bukti yang di rasakan cukup kukuh untuk membela dirinya kelak.
- - - - - - - - - - - -
Memang susah bagi Nadya umtuk mempercayai perkara itu sehingga dia mengharapkan perkara itu tidak pernah berlaku. Satu eviden sudah cukup untuk membuka rahsia.Orang yang memfitnah Nadya lalai dengan tidak membuang gambar rosak yang telah di tangkapnya di mana orang itu telah menangkap gambar busana yang di pakainya sendiri. Sudahlah memakai kamera jurugambar,cuai pula dalam menyembunyikan identiti dari tertangkap. Cik FiRA membuat perjumpaan semula.Para peragawan dan peragawati yang bernaung di bawah Cleopatra Modelling Agency bakal menyaksikan pembohongan yang memakan tuan. Suatu kebodohan yang kelakar.Yasmin..teman rapat Nadya sendiri telah bertindak menikam rakan dari belakang.Akibatnya Yasmin di buang dan bukan di pecat.
lain dr yg lain... hee.. cite ok,xde r asek psl cinte je.. dunia neh, g ade manusia mcm tu.. hasad dgki ngn kjayaan org len.. hm, tp cume mcm png sket r nk phm.. pe pun, trskn berkrya..
ape sebenrnye yg nk disampaikan ni? cite pendek sgt ssh nk phm lorrrr...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
xfhm ler...