BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, September 06, 2009
Cerpen : Jendela Duka
Nama Pena : Marmus

Malam itu cantik sekali. Langit diselubungi bintang-bintang yang berkerdip gilang-gemilang. Mata yang menatap dan menghayati, pasti tidak lari memuji keagungan ciptaan Allah itu. Apalagi, bulan seperti seorang ibu, yang sedang menemani jutaan anak-anak bermain di taman angkasa. Ibu yang penuh tabah dan perihatin. Dengan keindahan itu juga menerangi malam di bumi Allah yang dihuni manusia-manusia. Sama ada mereka menyedarinya, terpulang kepada mereka. Tetapi, aku sentiasa ingin menatap kepada kanvas gelap yang dititik cantik oleh bintang-bintang. Dan seolah-olah ada warna berkilau tertumpah pada lembaran itu, membentuk bulan yang bersinar indah.

Tetapi, aku juga begitu tertarik dengan sesuatu yang lain. Setiap malam, aku akan duduk di kerusi malas, di beranda kecil bilikku. Memandang ke seberang jalan, ke sebuah rumah agam yang gagah berdiri, seperti penakluk yang merajai taman Permata Park. Bayangkan sahaja, rumah itu terbina di atas dua lot banglo sedang setiap satu rumah-rumah lain, yang boleh dikatakan mewah jug, kelihatan kerdil dan biasa. Rumah agam itu bernama Vila Kasih.

Bukan Vila Kasih sahaja yang menjadi tarikan kepada mataku, tetapi sebuah tingkap besar yang menghiasi dinding ungunya. Tingkap yang seperti mata, mendedahkan isinya yang disimbahi warna oren klasik. Langsirnya bertiup halus, lembut dan mesra, menampakkan perhiasan bilik mewah yang indah. Kemewahan yang bukan boleh aku miliki dalam masa terdekat. Aku masih di permulaan kerjaya sebagai doktor. Mungkin sepuluh tahun lagi, setelah menjadi seorang pakar, bilik seperti itu adalah bilikku. Dalam keindahan yang melambangkan kekagumanku, ada lagi yang membuat aku sungguh teruja menatap tingkap itu, semenjak dua minggu aku berpindah ke rumah baruku ini.

Seorang kanak-kanak perempuan akan sentiasa ditingkap itu, ketika ia dibuka luas-luas. Kanak-kanak yang berusia lingkungan 7 tahun yang berbaju tidur comel berbunga ungu, padan dengan warna dinding vila. Di dakapannya adalah sebuah patung beruang gebu yang sangat besar, sebesar anak itu mungkin. Matanya memandang ke garaj kereta vilanya yang kosong, dan kadang-kadang ke langit luas. Kadang-kadang, dia memandang ke arahku dengan pandangan yang susah diertikan. Pandangan itulah yang menarik aku untuk sentiasa menatap anak manis itu. Mata berwaran hazel itu, walau jauh dariku, jelas sedang menggodaku kepadanya. Menarik aku untuk menuju kepadanya. Mata yang juga seperti sedang mendamba aku membantu. Namun aku menolak jauh kemungkinan itu sebagai erti pandangannya. Masakan anak kecil dari keluarga berada meminta sesuatu dari insan biasa seperti aku.

Ketika aku memandang tepat kerahnya yang sedang leka berbicara manja pada patung beruang besar yand didakapnya, pagar vila terbuka, membenarkan sebuah kereta mewah meluncur cermat ke isi perut garaj kereta. Sewaktu itu juga anak kecil itu berlari pergi dari jendela. Seketika kemudian, lampu terpadam, membiarkan jendela kaca itu gelap bersinar, menampakkan bayang samar aku sedang menatap hairan. Hairan walau memang itu kebiasaan, tatkala kereta BMW atau Mercedes Benz menyusup masuk, lampu akan tertutup. Kehairanan kerana kenapa keadaan begitu. Adakah anak itu turun ke tingkat bawah menyambut orang yang turun dari kereta atau memerapkan diri di dalam kegelapan?

Hatiku membayangkan, anak itu sedang menyelimutkan diri sepenuhnya diatas katil, bersama teman matinya, si beruang. Cepat aku menolak jauh itu. Buruk sangka yang memakan diri cuma. Tapi, aku teringat jelas, pada mata yang menatapku penuh mengharap. Aku tetap ingin menolak jauh fikiran itu. Sudahlah, anak orang kaya sememangnya istimewa dengan sikap unik mereka. Dan dia mungkin seorang daripada anak-anak itu.

Aku tidak mengedahkan bila sebuah lagi kereta mewah menerombos masuk ke garaj. Jarang berlaku, untuk dua buah kereta itu sama-sama sebumbung di dalam garajnya. Ini pertama kali sejak aku di kediaman baruku ini. Tiba-tiba, bunyi barang pecah menguasai senyap yang daripada tadi. Barang dibaling kuat. Diiringi dengan suara melaung-laung dan menjerit-jerit. Semua pun dari vila itu. Aku tidak begitu teruja menafsir siapa punya angkara, tetapi begitu asyik melihat jendela bilik kanak-kanak perempuan dan patung beruangnya.

Lampu tiba-tiba terpasang. Aku melihat, anak itu berlari laju kearah satu sisi biliknya. Jendela besar itu masih lemah membenarkan mata aku merentasi ruangan indah biliknya, untuk meneliti ke mana tuju susuk comel kanak-kanak dan beruangnya. Hatiku meronta dalam pertanyaan. Apakah yang terjadi? Ke mana anak itu pergi? Apa kebisingan tadi? Aku berendam dalam persoalan itu, sebelum aku mendengar pintu utama bangloku dibuka. Aku cepat menuju ke tingkat bawah. Satu-satu anak tangga aku langkah cepat. Sebelum sampai ke lantai utama tingkat bawah, aku sudah didedahkan dengan pintu yang terbuka luas, dengan seorang kanak-kanak yang biasa ku tatap hari-hari. Tangan kanannya sedang mengesat mata yang berair. Tangan kiri mengenggam kuat tangan lembut si beruang, membiarkan tubuh patung itu menyapu tanah.

Isteriku, terkelu disitu. Terpaku. Terkejut mungkin. Tidak tahu siapa tetamunya itu. Tidak pula seperti aku, yang telah biasa dengan susuk comel kanak-kanak itu. Aku mempelawanya masuk. Membiarkan dia duduk di sofaku. Membiarkan dia bertenang. Membiarkan dia terus menangis. Mebiarkan dia begitu dalam jangka masa yang lama.

"Lisa sakit". Anak itu mula berbicara. Sendu masih ada, tapi tidak seperti tadi lagi. Tangan-tanganya kemas mendakap patung beruangnya. Lisa seperti begitu biasa denganku. Tiada riak takut. Mungkin kerana selalu dia melihat aku di beranda aku, seperti aku sentiasa melihat dia di jendelanya.

"Lisa sakit apa? Beritahu pak cik. Pak cik doktor. Mungkin pak cik boleh bantu". Aku cuba menggali lebih jauh. Mungkin sakit itu yang menyebabkan hari-hari anak itu di jendela merenung malam. Sakit yang menyebabkan dia lari kepadaku.

"Lisa tahu uncle doktor. Bibik yang bagi tahu. Sebab itu, Lisa datang sini". Dia menerangkan. Aku hanya mendengar. Meminjamkan telingaku, agar dia bisa bercerita kepadaku. Tetapi perbualan yang baru tercetus itu terganggu bila isteriku mengetuk pintu rumah. Aku membukanya.

"Iran dah bagitahu kepada Datuk Kamal yang Lisa ada disini. Dia bagi izin, Lisa tidur sini malam ini. Dia minta maaf menyusahkan kita". Iran memberitahu, seperti seorang pesuruh yang balik melaporkan kerja. Iran tidak tunggu lama untuk ke dapur semula. Aku kembali ke sofa, duduk semula menghadap Lisa yang sudah tidak menangis lagi. Cuma mukanya belengas dan comot. Beruang putihnya juga ada kotor. Mungkin kerana diheret dari awal perjalanan Lisa ke rumahku.

"Lisa sakit telinga. Bila mama dan papa balik rumah, mesti bising. Lisa tak tahan dengar mereka jerit-jerit. Mama suka baling barang. Pecah semuanya. Lisa sakit telinga". Lisa menerangkan. Wajahnya cuba mengekspresikan kesakitan itu. Bekerut dahinya.

"Lisa sakit mata. Lisa selalu menangis bila papa dan mama bergaduh. Lisa tak tahu nak buat apa bila mama dan papa bergaduh. Jadi, Lisa boleh menangis sahaja". Lisa menambah. Rahsia keredupan seorang kanak-kanak di vila mewah itu sedikit demi sedekit terdedah. Aku sebak mendengarnya.Seorang anak kecil terperangkap dalam pegolakan orang yang bergelar dewasa. Seorang anak kecil yang tidak mengerti apa-apa, terpaksa berdepan dengan hiruk-pikuk masalah yang sepatutnya dihadapinya berpuluh-puluh tahun akan datang.

"Lagi, Lisa sakit dalam diri Lisa. Lisa tak tahu sakit apa. Tapi Lisa rasa sangat kosong. Macam, Lisa seorang sahaja dalam dunia ini. Lisa seperti tiada siapa-siapa. Lisa sendiri. Nasib baik ada Teddy. Tapi, Teddy pun tak pernah mahu bercakap dengan Lisa. Lisa sedih, tak ada orang dengar Lisa". Lisa sebak dengan ayat-ayatnya sendiri. Tangannya melepaskan Teddy. Patung itu jatuh ke lantai dan tangan Lisa kini sedang menekup kedua-dua mukanya. Dia sekali lagi teresak-esak. Aku juga kini dilanda hiba. Sedih yang pilu.

Aku melutut didepan Lisa. Memegang erat pada bahunya. Ku genggam kemas ia. "Lisa, jangan nangis, sayang". Anak itu masih dalam sendunya.

"Lisa, jangan macam ini, sayang. Tengok mata uncle. Tengok mata uncle". Aku bernada mengarah, tetapi anak itu tidak mahu mendengar. Aku memgeng lembut dagu kecilnya, mendongakkan sedikit. Terserlahlah wajah sembamnya yang menyedihkan. Mata yang menatap wajah itu, pasti akan segera mengalirkan air mata. Seorang kanak-kanak yang masih setahun jagung, menangung beban yang sebesar bumi. Apalah nasib dirinya.

"Lisa, uncle doktor, Lisa. Uncle janji.Uncle akan pastikan, lepas ini, Lisa tidak akan sakit lagi. Lisa tak akan sakit telinga, tak akan sakit mata, tak akan sakit apa-apa pun. Lisa jangan menangis lagi, ya". Aku mengesat mata Lisa yang basah dengan air mata,walaupun aku sendiri sedang mengalirkan air jernih itu. Lisa mendengarnya mengangguk. Matanya bersinar penuh harapan. Harapan agar aku bisa mengalihkan segala beban di pundaknya. Lalu dia tidak menunggu lama untuk memelukku. Kami kaku dalam pelukan, sebelum isteriku menyentuh bahuku lembut. Dan aku memandang ke arahnya. Tak ku sangka, dia juga menangisi anak itu.

"Kita tolong dia, ya abang?". Dia juga menyokongku. Aku mengangguk pasti. Iran kemudian menyertai kami. Berpelukan. Dan malam itu menjadi sejarah perhubungan aku dan isteriku, dengan seorang kanak-kanak bernama Lisa. Malam itu permulaannya. Aku dan Iran, yang baru sebulan mendirikan rumah tangga, mendapat cahaya mata kami yang pertama.

Sejak hari itu, Lisa sentiasa berkunjung ke rumah kecil kami. Berkongsi suka dan duka dengan kami. Bermanja dengan kami. Dia kadang-kadang datang dengan keramahan di muka pintuku.Dan kadang-kadang dengan tangisan seperti malam pertama kami. Tetapi, tiada lagi seorang kanak-kanak malang di jendela duka itu. Sehingga suatu masa, aku dan Iran ke United Kingdom semula, menyambung pelajaran kami demi masa depan. Lisa sangat berduka untuk itu. Dia merayu di bawa bersama kami. Aku memujuk Datuk Kamil untuk membenarkan Lisa bersama kami ke United Kingdom, melanjutkan persekolahannya di Negara itu, tetapi lelaki itu begitu sayang untuk melepaskan Lisa dari kurungannya.

Lelaki kaya dan sombong itu menolak mentah permintaanku itu. Memandang aku seperti aku seorang pengemis yang sedang meminta sedekah daripadanya. Dan sedekah yang aku minta adalah anaknya Lisa. Seperti Lisa itu harta paling berharga yang dia ada. Seperti Lisa itu lebh penting daripada harta dan wang ringgit yang dikejarnya. Ingin sahaja aku menyumpahnya, mengutuk dan mmandang jijik kepadanya. Kalau benar Lisa itu harta terulungnya, mana kasih sayangnya kepada Lisa. Adakah wang ringgit itu kasihnya? Justeru kenapa Lisa lari kepadaku dan Iran, mendamba pertolongan dan kasih sayang kami? Di mana Datuk Kamal ketika Lisa benar-benar memerlukan dia? Di mana?

Itu baru Datuk Kamal. Tidak lagi Datuk Kamilah, yang memeluk erat pada Lisa, walau anak itu begitu mengharapkan dia dilepaskan. Wanita itu menagis teresak-esak walaupun aku mendengar seperti dia sedang ketawa mengejek kami. Tidakkah dia melihat wajah Lisa yang ingin dilepaskan? Tidakkah dia tahu, betapa gelaran Datuk yang ada di pangkal namanya sungguh tidak menarik Lisa untuk menyayanginya?

Aku dan Iran tidak mampu melakukan apa-apa. Kami berlalu dari Vila Kasih itu. Kami menguatkan semangat kami untuk tetap berlalu walaupun Lisa kuat meronta minta dilepaskan untuk bersama kami. Masih terbayang jelas di mataku, Lisa sepeti disampuk hantu, meracau-racau dan menjerit histeria. "Lepaskan aku. Lepaskan aku. Mama, papa. Tunggu Lisa."

Hati aku bagai dirobek belati.Iran apa lagi, sudah berendam air mata. Kami tidak menoleh lagi selepas itu. Tidak tertanggung untuk melihat Lisa tidak sedar diri. Kami terus berlalu pergi. Pergi dan terus ke negara orang. Sedetik pun tidak aku dan Iran melupakan anak pertama kami itu. Tidak sekali. Malahan, aku selalu bercerita kepada anak-anakku tentang kebaikan dan kepintaran kakak pertama mereka itu. Lisa permata hati kami yang pertama.

Aku telah cuba sedaya upaya menghubungi Lisa. Melalui e-mail. Surat dan apa sahaja. Bahkan, aku menghantar seorang kenalan ke vila itu bertanya khabar, tetapi dia dihalau oleh Datuk Kamal dan Datuk Kamilah. Perhubungan kami terputus begitu. Doa dan harapan cuma penghubung kami. Juga malam, bintang-bintang dan bulan. Aku pasti, Lisa akan sentiasa d jendelanya,melihat kepada gelap malam. Menatap pada bulan. Dan bertanya pada bulan tentang aku sekeluarga. Lisa,ketahuilah bahawa kami sangat merinduimu. Oh bulan, sampaikan salamku kepada Lisa. Oh bintang-bintang, tarikan tarian sayang aku kepada Lisa. Oh Allah, lindungi Lisa selalu.

Aku dan Iran tamat pengajian kami dan telah bergelar pakar perubatan selepas dua tahun. Kami melanjutkan masa kami di perantauan dengan bekerja menimba pengalaman di bumi United Kingdom. Lima tahun kamu di situ, dengan Lisa kekal sebagai memori. Dan tibalah hari aku pulang ke bumi Malaysia.

Tiada tempat lain menjadi destinasi pertama kunjungannku. Banglo kepunyaanku di depan vila Kasih. Aku tiba di malam hari ke banglo itu. Bersama dengan Iran dan dua anak-anakku, kami menuju ke beranda kecil, tempat perjumpaan pertama aku dengan Lisa. Seperti yang kujangka, Lisa disitu, di jendelanya yang masih seperti dulu. Dia sedang menatap pada langit yang dsimbahi bintang-bintang. Aku dan Iran menangis.

Lisa sudah besar. Sudah bergelar gadis kini. Cantik parasnya, dengan baju kurung yang menambah keayuannya. Teddy masih lagi bersamanya. Itulah sahabat baik Lisa. Lisa masih kaku memandang langit tanpa menyedari kehadiran kami. Aku tidak mahu memekik memanggilnya untuk melihat ke arah kami. Biar Lisa sendiri memandang kami. Biar dia sendiri memandang kami. Biar dia sendiri memandang kami. Dan matanya di alihkan kepada beranda tempat aku sekeluarga sedang berdiri. Aku dan Iran, juga anak-anakku melambai kepadanya. Namun tiada reaksi. Dia seperti membatu. Tidak nampak kehadiran kami. Dia tidak nampak kami. Lisa tidak nampak kami. Aku dan Iran berpandangan sesama kami.

Aku tidak tunggu lama disitu, berlari turun menuju ke rumah agam itu. Tangisan sayu yang tiba-tiba terlafaz di wajah Lisa, tak aku hiraukan. Tangisan itu bukan untuk kami. Tangisan itu sedang meratap nasib dirinya.

Aku mahu lebih dekat kepadanya. Aku berlari ke arah Vila Kasih. Pagarnya tertutup. Aku menggoncangnya kuat.Menjerit nama Lisa dengan Kuat. Aku telah mengejutkan pengawal yang sedang tidur tadi. Pintu pagar masih belum mahu dia buka. Aku memanjatnya. Meluru laju ke pintu yang terbuka luas, menampakkan Datuk Kamal dan Datuk Karimah. Aku melanggar mereka dan terus meluru ke bilik Lisa. Dan aku menuju ke arah bilik Lisa. Aku masuk ke bilik itu tanpa salam. Meluru ke arah Lisa. Tapi aku terpegun ditengah jalanku. Lisa masih membatu walaupun aku telah membuat pelbagai kebisingan tadi.

"Lisa" Aku memanggil lembut dari jarak jauh. Lisa masih belum memandang.

"Lisa". Masih kaku, Lisa tidak mahu memandang. Tahulah aku, Lisa tidak sahaja hilang penglihatannya, tetapi juga pendengarannya. Aku meluru kepadanya. Memegang tangannya, dan membawa tangan itu ke muka ku. Membiarkannya meraba pada wajahku yang telah basah dengan air mata. Tiba-tiba wajah Lisa berbunga bahagia.

"Papa! Papa dah balik. Lama Lisa tunggu, papa baru balik". Dia memeluk aku erat. Tangannya kemudian meraba pada poket baju kurungnya, mencapai alat bantuan pendengaran. Namun, aku tiada apa ingin diperkatakan. Perasaan aku terlalu berkecamuk untuk meluahkan apa-apa. Aku terlalu beemosi untuk mengatakan apa-apa.

"Papa. Hari papa dan maam pergi, semua ini pun berlaku. Dua orang itu bertengkar lagi. Lisa tak tahan. Lisa hantukkan kepala Lisa ke dinding. Lisa hantuk kuat-kuat. Kuat-kuat. Sakit itu lagi ringan dari sakit yang Lisa tanggung mendengar mereka terpekik-pekik waktu itu. Lisa jatuh pengsan, dan bila Lisa bangun, Lisa tidak lagi mendengar. Lisa tidak lagi melihat. Lisa tak sakit lagi, papa. Lisa diam-diam tunggu di jendela seorang diri, melihat kepada tempat papa selalu merenung Lisa dulu. Lisa sentiasa menunggu papa. Menunggu mama. Kenapa Papa tak hantar khabar berita? Mana mama?" Lisa beceloteh manja dalam suara yang cukup tabah dan tenang. Matanya tidak mengalirkan air mata waktu itu. Sudah habiskah air matamu, sayang?

"Lisa, mama di sini sayang. Kami hantar surat, sayang. Kami hantar e-mail". Iran melangkah kea rah kami. Dia menggosok-gosok bahu Lisa. Dia juga dilanda hiba. Mungkin dari tadi dia melihat aku dan Lisa berpelukan. Aku memandang ke arah pintu. Dua anakku sedang menatap kami. Juga Datuk Karim dan Datuk Kamilah. Entah kenapa mala mini mereka seperti terpaku.

"Sudahlah, mama. Mungkin mereka punya angkara, tak benarkan Lisa baca surat mama dan papa. Lisa sudah tak boleh buka e-mail selepas malam itu, maafkan Lisa, mama. Papa, maafkan Lisa". Lisa menyambung.

"Sudahlah, Lisa. Yang lepas, biar berlalu. Papa dan mama dah ada sekarang. Adik-adik Lisa pun ada. Alisa dan Arisa. Mari anak-anak mama". Iran memujuk Lisa, sambil mengajak anak-anakku kearah kami, membiarkan mereka mencium kakak mereka itu. Lisa berbunga bahagia.

"Adik-adik kakak." Lisa meletakkan kedua-dua tangannya ke pipi Alisa dan Arisa. "Mama, papa. Lisa nak balik rumah kita. Lisa tak mahu di vila Kasih ini.vila ini Cuma ada kebencian, bukan kasih seperti namanya. Lisa tak mahu di sini."

Aku mengangguk lalu mula bangun. Mereka semua pun begitu. Kami berlalu pergi dari vila itu. Datuk Kamal dan Datuk Karimah tidak menghalang seperti hari terakhir kami berjumpanya dahulu. Kini, mereka menangis teresak-esak. Terpaku pada tempat mereka berdiri, membiarkan kami berlalu bersama Lisa. Dan Lisa, kini kau tidak perlu lagi menatap kami di jendela dukamu. Kami sentiasa akan berada di sisi kau, selama-lamanya. Biarkan pergi masa silammu. Bersama kita melangkah ke depan. Engkau anakku tersayang.
posted by Penulisan2u @ 3:03 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
11 Comments:
  • At 6/9/09 6:48 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    x suka cite nie... mcm x kna jer..

     

  • At 6/9/09 1:36 PTG, Anonymous balkis said…

    cerita bentuk baru....unik & kreatif.

     

  • At 6/9/09 3:35 PTG, Blogger Pujangga Sinis said…

    Assalamualaiku,

    Saya mohon maaf kalau penulisan kali ini agak menghampakan..mungkin cubaan pertama ini gagal untuk menulis dengan gaya penerangan orang ke-3 yang juga satu watak dalam cerpen ini..komen-komen membina anda amat saya hargai

     

  • At 6/9/09 7:54 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    suka sgt cerita ni sebab byk nilai-nilai yang di terapkan. kekayaan dan pangkat xblh beli kasih sayang. tahniah kepada penulis.

     

  • At 7/9/09 1:03 PTG, Blogger syasya said…

    cerpen ni memberi pengajaran betapa kasih sayang itu amat berharga di mata seorang anak macam lisa..

    tahniah kepada penulis sbb berjaya membuat pembaharuan...sbb kebanyakan cerpen sekarang cuma berkisar tentang cinta yg membosankan je...

    keep it up!

     

  • At 9/9/09 1:36 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    suka cerita ni...bagus...menyedihkan tapi best. lg pun ayatnye sumer cantik2...sedap je baca sbb tak bercampur2..

     

  • At 14/9/09 4:56 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bagus....dan teruskan lg usaha anda....

     

  • At 1/10/09 10:34 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best..
    wat aku tsntuh...

     

  • At 5/10/09 11:35 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    EEmmm... setelah 2 minggu saya baca ruangan ini..
    hari ini dlm sejarah saya boleh menangis setelah habis membaca nyer..
    syabas kepada penulis..

     

  • At 11/10/09 12:35 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    waaa... apsal aku leh nangis bler baca crita ni?? aku xleh bayangkan mcm ne hidup seseorang anak tu tanpa kasih sayang parents. aku, even kami x semewah mana, parents aku tetap bg kasih sayang kat aku, melimpah ruah, smpaikan aku study 2 3 bulan x nampak muke dorang, leh bbuatkan aku hmpir gla..so pity kalau mmg ade yang masalah mcm ni.

     

  • At 30/5/12 12:13 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tahniah kpd penulis..

    terharu bca nya...

    :D

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group