BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, September 23, 2009
Cerpen : Hanya Kamu
Nama Pena : sofi

Najwa memimpin tangan ibunya, berjalan beriringan menuju ke kereta. Dia merasa puas setelah keluar dari klinik Dr Linda tadi. Kata doktor, mak Nab hanya demam. Tidak ada tanda-tanda penyakit menular yang lain.

"Kita singgah makan dulu, mak. Lepas tu Ina hantar mak balik, k!" katanya sambil membukakan pintu kereta.

"Ina nak gi mana pulak lepas hantar mak nanti? Isy, anak dara ni tak lekat di rumah langsung!" Mak Nab kurang berpuas hati.

Najwa ketawa. "Nak gi relaks kat shopping complex. Nak cari buaya friend. Kan mak asyik tanya Ina bila nak kahwin?"

Untuk gurauannya itu, suatu cubitan hinggap di paha. "Asyik nak main-main!"

Ketika sedang memandu, telefon bimbit Najwa berbunyi. Tangan kiri sibuk meneroka ke dalam beg tangan, mencari alat itu. Keadaan itu menyebabkan Najwa kehilangan kawalan sebentar. Mak Nab mengucap panjang sambil menarik beg dan cuba menyelongkar isinya.

"Bawak kereta ni elok-elok. Biar mak carikan........"

Belum habis ayat, terasa kereta terdorong dengan kuat ke hadapan. Najwa pantas menekan brek. Nasib baik tidak berlaku kejadian yang buruk. Kereta berjaya diberhentikan.

Melalui cermin pandang belakang, Najwa dapat melihat sebuah kereta pacuan empat roda ikut berhenti di belakangnya. Hati serta merta jadi panas. Dia turun. Melihat bahagian belakang kereta kancil yang kemik teruk, semakin sakit hatinya. Tanpa berfikir panjang, lelaki yang baru turun dari kereta Rexton itu disergahnya.

"Wei, awak ni buta ke? Mentang-mentang bawak kereta besar, awak tak nampak kereta saya kat depan. Tengok ni! Habis kemik! Awak ingat awak tu sape? Samseng jalan raya?"

"Oi, sedapnya mengata orang! Cik adik, kalau saya buta, saya tak boleh memandu! Orang paling bodoh dalam dunia pun tau tu!" Lelaki itu membidas.

Amboi mamat ni, sesedap rasa dia gelarkan aku manusia paling bodoh dalam dunia? Memang nak kena dia ni! "Ah..kalau tak buta, maknanya lesen awak ni tentu lesen kedai kopi, kan?" Perlinya.

"Cik adik, saya punya lesen, ok aje. Lesen awak tu yang mungkin dari kedai mamak mana entah. Sape yang bawak kereta macam ular kena pukul? Bukan awak ke?" Lelaki itu sudah mengetap bibir. Geram!

"Salahkan orang, konon! Kalaupun saya bawak macam tu, yang awak ikut kereta ni rapat-rapat, nape? Ini, mesti tak tau undang-undang ni! Saya..."

"Najwa!" Mak Nab sudah berdiri di antara mereka. Dia tahu, kalau dibiarkan pasti perbalahan tu akan berterusan. Dia faham benar dengan sikap anak gadisnya yang seorang ini. Sentiasa hendak menang walaupun dia tahu dia silap. Wajah tampan yang masam mencuka ditatap sambil berkata, "Maafkan anak makcik ni, ya. Dia ni kalau marah bukan tahu nak mengawal. Ikut sedap mulut dia aje!"

Tegang di wajah tampan itu mengendur sedikit. Wajah wanita separuh abad itu ditatap. Buat pertama kali, bibir mengukir senyum. "Sebenarnya, saya turun ni nak mintak maaf. Memang salah saya melanggar kereta ni. Tapi bila kena amuk, tak tahan saya. Terpaksalah mempertahankan diri." Ujarnya.

Najwa menjegilkan mata. Menyampah benar melihat sikap ‘gentleman’ itu. Tadi berasap-asap marahkan dia, tapi di hadapan emak, boleh pulak mengaku salah. Tak tahan berlama-lama di situ, dia terus mengajak emaknya balik.

"Eh, nanti dulu! Awak, biar saya panggil mekanik saya, k! Lepas tu, saya hantar awak ngan makcik balik. Kos biar saya tanggung. Memang salah saya tadi." Tulus, lelaki itu menghulurkan bantuan.

Najwa berhenti melangkah. Tanpa mempedulikan deheman ibunya, dia merapati diri lelaki itu. Getaran suara penuh kemarahan tetapi perlahan masih dapat didengari oleh lelaki itu.

"Awak ingat, saya kisah sangat ke dengan duit awak tu? Hello! Saya pun ada duit dan boleh repair kancil saya ni, tau. Saya tak perlukan bantuan awak!"

....................

"Macam mana? Cantik tak baju ni? Dia yang pilih untuk aku, kau tau!"

Najwa tersenyum melihat gelagat Miza, kawan baiknya yang sedang beria-ia menggayakan baju untuk dipakai masa dinner nanti. Wajah ceria ditatapi. Jelas, Miza bahagia. Maklumlah, dia sedang dilamun cinta.

"Hai, tak lama lagi kahwinlah kawan aku ni!" Usiknya.

Miza tersengih-sengih. "Aku harap pun macam tu. Mak dan ayah aku dengan mak bapak dia memang dah tak sabar nak tengok kami bersanding. Cuma, dia aje! Bila aku nak bincang bab kahwin, mesti mengelak. Dia kata, dia tak ready lagi."

Najwa mengerutkan dahi. Tidak faham mengapa lelaki itu tidak bersedia sedangkan dia dengan Miza sudah lama berkenalan. Sudah lama bercinta.

"Tak sedia? Apanya? Duit banyak! Harta melimpah! Kenapa dia tak sedia lagi?" Soalnya tak puas hati.

Miza duduk di sebelah Najwa. "Entah. Aku pun tak tahu. Tapi, it’s ok. As long as kami jadi kahwin, aku sanggup tunggu dia sampai bila-bila! Kau pun tau kan, betapa aku cintakan Fikri?"

Najwa menjungkitkan bahu. Dalam hati bagaimanapun, dia mengkagumi Miza. Kasih sayangnya kepada Ahmad Fikri bin Azhan terlalu teguh. Tidak pernah tergugat walaupun lelaki itu sering bermain tarik tali dengannya. Walaupun lelaki itu bukan seorang yang setia. Sesekali, Miza menangis bercerita tentang Fikri menduakannya. Tentang Fikri dengan gadis lain. Yang dihairankannya, Miza pasti memaafkan setiap kali lelaki itu kembali ke pangkuannya. Sedalam manakah cinta?

Najwa tidak mengenali kekasih kawan baiknya ini. Setiap kali Miza menunjukkan gambar lelaki itu, dia hanya melihat sekali imbas. Mereka tidak pernah bersua. Sebenarnya, dia teringin juga menemui lelaki yang membuat sahabat baiknya gila bayangan. Tampan sangatkah? Hebat benarkah?

"Hari Ahad nanti, aku nak gi umah kak Nor. Kau nak ikut?" soalnya tiba-tiba. Kak Nor ialah kakak angkatnya.

"Rumah kakak cleaner tu?" Miza mencebikkan bibir.

Najwa mengeluh. Inilah sikap Miza yang dia tidak suka. Memandang rendah sesama manusia. "Dia kan kakak angkat aku? Ada majlis doa selamat sikit. Anak dia yang dapat 5A dalam UPSR ari tu dah dapat masuk ke MRSM Beseri."

"Malaslah. Kau aje le pergi."

................................

Pagi minggu. Suasana di sebuah rumah kayu, di Kampung Pandan agak sibuk. Kanak-kanak berlari-lari keluar masuk. Najwa tidak mempedulikan kesibukan itu. Dia sedang menikmati laksa Abang Man. Laksa abang Man memang terkenal enak. Hasil jualan laksa di gerainya terutama di bulan puasa memang lumayan.

"Assalamualaikum."

Satu suara memberi salam. Najwa merenung ke muka pintu. Seorang lelaki sedang berdiri dengan kedua-dua belah tangannya sarat membawa barang.

"Ina, kenapa tak dipelawa Fikri ni masuk?" Kak Nor yang baru muncul dari dapur menegur sikapnya. Mak Nab yang juga baru muncul mengamati seraut wajah itu. \"Eh, Ina! Dia ni kan?"

Najwa segera mengamati wajah lelaki itu. Sah! Memang dia. Memang itulah lelaki yang melanggar keretanya hari itu. Tapi, apa yang dibuatnya di rumah kak Nor ni?

"Mak Nab, kenalkan ini pun adik angkat Nor jugak. Fikri. Fik, ini mak Nab dengan anak dia, Najwa."

Melihat lelaki itu menyalami tangan ibunya, Najwa menjuihkan bibir. Amboi santunnya!

Fikri tersengih memerhati wajah yang sudah merona merah di hadapannya. Marahlah tu, detik di hati. Sengihan semakin lebar bila Najwa menjeling pula. Aduh, boleh jatuh cinta kalau dijeling begini selalu.

Takdir memang tidak dapat diduga. Fikirnya, mereka tidak akan berjumpa lagi. Hanya itulah sekali. Di tepi jalan Mahameru itu! Tapi lihatlah! Rupa-rupanya mereka berdua adalah adik angkat kak Nor. Pertemuan ini amat manis buat Fikri.

"Tak sangka jumpa awak kat sini." Bisiknya semasa mereka bermain kerusi beracun.

Tinggal mereka berdua sahaja. Untuk menentukan siapa pemenangnya. Najwa tidak sempat menjawab. Lagu sudah dimainkan semula. Dalam kepala, tiada perkara lain yang difikir. Dia ingin menang. Dan, bila lagu berhenti dia terus duduk. Bukan di atas kerusi, tapi di atas ribaan Fikri. Menyedari dia sudah kalah, dia bangun sambil menghentak kakinya bagai seorang anak kecil. Ketawa semua yang melihat.

.......................

Kini sudah hampir tiga bulan hubungan terjalin. Mulanya sebagai kawan, kini Fikri mahukan Najwa lebih komited dengannya. Bagi dirinya, dia tahu bahawa dia sudah jatuh cinta buat pertama kali dalam hidup. Hanya Najwa yang berjaya membuat tidurnya tak lena, mandinya tak basah dan makan pun tak kenyang.

"Ina, kita kahwin nak?" Soalnya pada suatu hari.

"Kahwin? Bercinta pun tidak, macam mana tiba-tiba nak kahwin dengan Ina ni?" Soalan dijawab dengan soalan.

"Jangan nak mengelak! Abang dah banyak kali curahkan perasaan abang pada Ina. Ina aje yang buat bodoh." Fikri membalas geram.

Najwa ketawa. "Kenapa, ya? Kenapa awak jatuh cinta pada Ina? Ina ni kan garang? Cakap ikut sedap mulut dah tu banyak sangat kekurangan. Peliklah awak ni." Ujarnya sinis.

Fikri menatap tajam seraut wajah itu. "Abang tak ada alasan untuk abang terangkan. Abang tak tahu macam mana abang boleh jatuh cinta pada Ina. Cuma yang boleh abang kata, abang rindu kalau tak jumpa Ina. Sehari tak dengar suara Ina pun tak boleh. Bisa demam, bah!" Bisiknya sambil memicit hidung kecil Najwa.

Najwa seronok melihat Fikri yang bahagia. Lelaki yang satu ini sebenarnya telah berjaya mencuri hatinya juga. Dia pun sudah jatuh cinta padanya. Cuma, Najwa belum lagi melafazkan. Masih mencari masa yang sesuai.

"Abang sebenarnya nak beritahu Ina satu perkara."

Najwa menjungkitkan kening.

"Keluarga abang sebenarnya dah ada pilihan dia orang, dah. Anak kawan baik ayah. Nama dia Miza. Dia.."

Najwa tergamam. "Miza?" Soalnya. Wajah Fikri ditenung lama. Diteliti. Akhirnya satu keluhan dilepaskan. "Jadi, awak ni Ahmad Fikri bin Azhan? Tunang Miza?" Soalnya perlahan.

Berkerut dahi Fikri. Tingkah Najwa bagai dia mengenali Miza. Benarkah?

"Miza kawan baik Ina." Najwa bagai tahu apa yang Fikri fikirkan.

"Jadi, tentu dia banyak bercerita tentang abang pada Ina, kan?"

"Hmm, tapi yang paling penting dia cintakan awak sungguh-sungguh."

"Abang tak cintakan dia. Abang cintakan Ina." Tegas Fikri.

"Kalau kita tak jumpa? Tak berkenalan? Tentu awak akan kahwin dengan dia jugak, kan?" Najwa membalas garang.

"Kalau dia pilihan abang, dah lama kami kahwin. Tanyalah dia. Berapa kali abang asyik bertangguh. Dia tak cerita pada Ina?"

Mata bertentangan. Najwa tahu, lelaki di hadapannya ini jujur dengannya. Titipan sepasang mata itu amat meyakinkan. Namun, tegakah dia menghancurkan hati Miza? Dia tak mahu kehilangan seorang kawan kerana Fikri. Tapi... dia juga tak mahu kehilangan Fikri. Aduh, pening kalau macam ni.

"Kalau abang tak kenal Ina pun, pasti abang akan terus-terusan menangguhkan semua." Bisik Fikri sepi.

"Kenapa tak berterus terang dengan dia orang? Kenapa tak bertindak tegas? Seorang lelaki mesti mempertahankan apa yang dia hendak. Mana boleh awak biarkan mereka terus berharap?" Marah Najwa tiba-tiba.

Fikri ketawa melihat telatah Najwa. Sikap tegas itulah yang menarik perhatiannya dulu. Malah dia senang bila mulut becok itu membebel. Terasa lucu melihat bibir yang merah itu pot-pet, pot-pet!

"Orang serius, dia gelak. Tapi, kan. Ina rasa awak ni pandai nak menjerat Ina, tau. Mula-mula ajak Ina kahwin. Lepas tu, konon nak jadi anak yang soleh, mesti awak kahwin ngan Miza pulak. Eh, macam gitu ke perancangan awak, encik Fikri?"

"Kalau abang jawab, ya?" Fikri menyoal balas sambil tertawa geli hati.

"Well, good bye!" Balas Najwa sambil berlalu meninggalkan Fikri terkedu.

.......................

"Kenapa tak berterus terang dengan dia orang? Kenapa tak bertindak tegas? Seorang lelaki mesti mempertahankan apa yang dia hendak. Mana boleh awak biarkan mereka terus berharap?"

Kata-kata Najwa itu terngiang-ngiang di telinga. Berputar-putar berkali-kali di ruang fikir. Kata-kata yang kini menjadi pembakar semangat untuknya mengatur pertemuan ini. Di Restoran Seri Melayu, segalanya akan terungkai nanti. Bersama-samanya kini, sedang riuh berbual-bual, ialah kedua-dua ibu dan ayahnya. Ibu bapa Miza juga ada. Malah gadis itu sedang leka menatap wajahnya.

"Hmm, dah lama kita tak makan sekali. Tak gitu, Mat?" Encik Azhan bersuara.

"Ya. Nampaknya, ada berita baik ni." Balas ayah Miza melirikkan senyuman kepada anak dan isteri.

Fikri menelan liur. Pahit rasanya tapi dia tetap akan meneruskan agenda. Tidak mahu bertangguh lagi.

Dia membiarkan sahaja keriuhan itu berterusan. Tidak mahu mematikan selera orang-orang yang amat dihormati itu.

"Kenapa you tak usik pun nasi tu?" Miza tiba-tiba bertanya. Semua orang kini memerhati dirinya.

Fikri tersenyum sumbing. Menarik nafas dalam-dalam, dia akhirnya berkata, "Fik ada perkara nak dibincangkan dengan ayah, mak, uncle, untie dan Miza."

Puan Saerah berbalas senyum dengan Puan Liza. Fikri yang melihat, rasa bersalah. Namun ini tentang masa depannya. Tentang perkahwinannya. Dia ingin sebuah perkahwinan yang dapat bertahan sehingga ke akhir hayatnya. Bersama-sama orang yang dia cinta. Najwa! Bukan Miza!

"Mak, ayah, Fik dah sedia nak kahwin. Tapi maafkan Fik, pilihan Fik bukan Miza."

Suasana hening ketika itu. Fikri memberanikan diri menatap wajah di hadapannya satu persatu. Ada yang marah. Ada yang kehairanan. Ada yang keliru. Ada yang kebingungan. Dan Miza? Dia sudah menangis teresak-esak.

"Fik, apa yang Fik cakap ni? Fik nak kahwin? Tapi bukan dengan Miza? Kenapa? Kenapa bukan Miza? Kalau bukan Miza, maknanya Fik ada calon lain? Apa maksud semua ni?" Soal ibunya berapi-api. Marah benar Puan Saerah nampaknya. Mungkin kemarahan itu semakin menjadi-jadi demi melihat Miza yang terus-terusan menangis.

"Mak, Fik tak cintakan Miza."

"Dah banyak kali mak cakap, cinta boleh dipupuk lepas kahwin. Mak dengan ayah kau dulu pun tak bercinta gak. Tengoklah! Kekal pun! Dah dekat tiga puluh tahun dah lamanya. Tak ada masalahpun!" tingkah Puan Saerah.

"Fik tahu, cinta boleh dipupuk lepas kahwin tapi masalahnya sekarang ni Fik dah ada kekasih. Fik nak kahwin dengan dia aje. Lagi pun, kalau mak dan ayah dah lupa, biar Fik ingatkan. Dah selalu, Fik bagi hint yang Fik tak nak kahwin ngan Miza. Macam-macam alasan Fik beri. Kenapa tak faham-faham?" Fikri cuba mengawal suara. Dia marah bila ibunya masih tidak mahu memahami hasratnya.

"Siapa dia? Macam mana dia berjaya rebut hati you yang selama ini I tak mampu buat?" Akhirnya Miza memberanikan diri untuk bertanya.

Fikri melemparkan pandangan ke arah pintu. Gadis idamannya sedang berdiri di situ. Gadis yang kelihatan begitu ayu berbaju kurung. Bila pandangan bertaut, Najwa melangkah perlahan tetapi yakin ke meja mereka.

"Ina? Kau? Kau dengan Fikri?" Soal Miza sebaik Najwa berdiri di hadapannya.

Puan Liza menggelengkan kepala. Tidak menyangka, gadis itu yang dipilih Fikri. "Sampai hati kamu, Ina. Rampas boyfriend kawan baik sendiri?" Dia memerli.

"Maafkan Ina, acik Liza. Ina pun baru aje tahu siapa Fikri." Beralih kepada sahabat baiknya, dia menuturkan, "Miza, kalau aku tahu lebih awal, aku sanggup lepaskan Fikri tapi malangnya, bukan begitu yang ditakdirkan."

Fikri segera berdiri di samping Najwa. Dengan tegas dia berkata, "Fik minta Najwa datang ke sini. Fik mahu kenalkan dia pada semua orang. Kalau Fik mengecewakan uncle, auntie, mak, ayah dan Miza, sekali lagi, Fik minta maaf banyak-banyak. Bukan niat nak kecilkan hati semua orang. Bukan nak melawan cakap mak dan ayah. Tapi, Fik rayu sekali lagi. Izinkan Fik cari bahagia bersama Najwa. Tolonglah. Restuilah hubungan kami ni, mak, ayah!"

...................................

Bukan mudah memenangi hati Puan Saerah dan Encik Azhan. Najwa hampir-hampir berputus asa. Namun menyedari bahawa dia telah merampas harapan dan impian pasangan suami isteri itu, dia mencuba sedaya upaya untuk menebus kesalahan.

Permintaan Fikri untuk berkahwin dengannya tidak diendahkan. Bagi dirinya, selagi ibu bapa Fikri tidak dapat menerima dirinya, selagi itulah dia akan bersabar. Dan dia sangat berharap agar Fikri memahami kehendaknya. Sekuat mana Fikri berkeras, sekuat itu jugalah dia menentang.

"Sabarlah......" Pintanya lagi bila Fikri merayu.

"Sampai bila? Ina tak kesian dekat abang ke?" Soal Fikri menduga.

"Kesian. Tapi, tak guna kita kahwin kalau makcik dan pakcik tak restu. Kita tak akan bahagia." Tukas Najwa.

"Ala...esok-esok bila kita ada anak, oklah dia orang tu." Balas Fikri nakal.

"Betul kata Fikri tu, Ina. Selalunya gitulah. Mak bapak ni, walau mulanya berkeras tapi nanti cucu akan mengeratkan semula hubungan." Kak Nor menyokong kata-kata Fikri.

Mak Nab diam tak berkutik. Dia tahu, tiada kata-kata pujukan dapat melembutkan hati Najwa. Hanya tindakbalas ibubapa Fikri sahaja yang bisa mengubah pendiriannya.

"Kita berpisah!" Tiba-tiba Najwa bersuara, mengejutkan semua orang terutama Fikri.

"What??" Soalnya dengan suara yang tinggi.

"Ina rasa itu yang terbaik untuk kita. Awak, maafkan Ina. Ina dah rosakkan hubungan awak dengan mak dan ayah awak. Sebab Ina, hubungan keluarga awak dengan keluarga Miza renggang. Ina rasa, kita terlalu pentingkan diri sendiri. Selfish! Ina tak mahu awak terus berdosa. Ina pun tak mahu terus rasa bersalah. So, lebih baik kita berpisah aje. Please!" Bisik Najwa dengan mata yang berkaca.

"Apa sebenarnya, Ina? Kenapa? Ina ingat, kalau kita berpisah, masa boleh patah balik ke? Kalau kita berpisah, abang akan ikut cakap mak? Kahwin ngan budak Miza tu? Macam tu?"

Pandangan semua orang kini tepat kepada Najwa. Menanti jawapan darinya.

"Mungkin!"

Geram sungguh Fikri. Hari ini, lain yang diharapkan, lain yang jadi. Begitu bersungguh-sungguh Najwa ingin memutuskan hubungan cinta mereka. Bagaikan cintanya tidak bernilai di mata gadis itu. Alasan diberi semua tidak masuk di akalnya.

"Baik! Kita putus!" Balasnya sambil berlalu pergi. Najwa ditinggalkan bersama tangisan dalam hati.

................................

Kad undangan yang diterima pagi tadi ditatapi. Cantik.

"Kau mesti datang, tau!"

Bisikan Miza menambahkan gundah.

..........................

Najwa terpaku bila Miza memeluk dirinya kemas. Semakin terpana bila titisan manik-manik kecil jatuh mengalir di pipi yang gebu.

"Maafkan aku, Miza. Aku..."

"Syyy....aku nangis bukan sebab aku sedih tak dapat kahwin dengan abang Fikri. Kau jangan salah faham, Ina. Aku dah cukup bersyukur ditemukan dengan Aizat. Dengan Aizat, barulah aku tahu nikmat bercinta yang sebenarnya. Indahnya perasaan bila cinta kita berbalas. Terima kasih, Ina. Kalau tak disebabkan kau...Eh, kau dengan abang Fikri bila lagi?"

Najwa tersenyum pahit. Fikri! Nama yang semakin jauh darinya. Lelaki yang sudah lama tidak ditemui. Sejak dia meminta mereka berpisah, Fikri langsung tidak menghubunginya. Nampaknya, marah betul lelaki itu dengan dirinya.

.............................

Najwa leka memerhati pasangan pengantin yang sama cantik dan sama padan di atas pelamin. Senyuman yang tidak lekang dari bibir menunjukkan keriangan hati Miza. Di sampingnya, Aizat kelihatan bahagia. Ahh...cinta. bisa membuat manusia gembira dan bahagia. Tapi cinta juga bisa merobekkan sekeping hati, seperti dia.

"Kamu dah makan, Najwa?"

Najwa terkejut bila melihat gerangan orang yang menyapa dirinya. Tambahan pula senyuman yang mekar sedang menghiasi wajah itu.

"Kenapa kamu datang sorang aje? Kalau datang dengan mak, boleh makcik berkenalan ngan dia." Puan Saerah menatap seraut wajah yang keliru di hadapannya. Wajah kegilaan anak tunggalnya.

Hampir setahun hubungan antara Najwa dan Fikri tergantung. Semua, gara-gara dia dan suaminya.

Pada mulanya, mereka tidak dapat menerima gadis pilihan Fikri ini. Mereka menganggap gadis ini buruk sikapnya sehingga sanggup merampas kekasih kawan baiknya sendiri. Selepas berpisah dengan Miza, bila gadis itu masih tidak mahu menerima Fikri, mereka seakan-akan tidak percaya. Bagaimanapun, bila hubungan diputuskan, barulah mereka sedar bahawa gadis ini baik orangnya. Gadis ini sanggup berpisah demi menjaga hubungan seorang anak dengan ibubapanya.

Fikri tidak pernah memberitahu mengapa mereka berpisah. Fikri malah tidak mahu langsung menyebut nama gadis ini. Marah benar anaknya dengan keputusan yang Najwa buat. Namun, sebagai seorang ibu, Puan Saerah tahu jauh di sudut hati, gadis ini masih dirindui. Masih dicintai.

Kini, dia dan suaminya redha. Sudah ini takdirNya, dia sanggup menerima Najwa sebagai menantu. Asalkan hati anak yang terluka, sembuh semula.

"Najwa, balik nanti, beritahu mak Nab, makcik dengan pakcik nak gi rumah kamu. Perkara antara kamu dengan Fikri ni dah lama sangat terbiar. Percayalah, makcik tak nak halang kamu lagi. Makcik terima kamu jadi menantu makcik."

Akhirnya pengakuan itu didengarinya. Menitis air mata gembira. Tapi...

"Antara kami, dah tak ada apa-apa, makcik. Abang Fikri dah merajuk ngan saya. Dia dah tinggalkan saya." Najwa berbisik seolah-olah kepada dirinya.

"Abang cuma memenuhi permintaan Ina masa tu. Tapi, dalam hati abang ni, Ina tak pernah jauh. Merajuk? Ya, memang abang merajuk. Tapi untuk tinggalkan Ina? Tak mungkin! Malah, lepas ni, Ina tak akan dapat lari dari abang lagi. Sebab, abang dah ada rantai untuk ikat Ina pada abang."

Dalam tangisan, sebuah senyuman tersungging di bibir. Ingin diri didamparkan ke arah Fikri agar Fikri tahu betapa rindu dirinya kepada lelaki itu. Ingin diberitahu kepada dunia betapa kini cintanya sudah kembali. Kali ini bersama restu ayah dan ibu.

"Abang cinta, sayang, rindu, bla, bla, bla, pada Ina. Banyak sangat!" Najwa ketawa mendengar kalimah itu. Dulu, Fikri selalu membisikkan begitu. Bla, bla, bla...membawa maksud ‘semua’ Kasih, manja, damba, aduhai...banyak lagi perkataan indah untuk diterokai.

"I love you too!" bisiknya tanpa suara. Yang pasti Fikri mendengarnya.

Pandangan redup sepasang mata Fikri mendebarkan jiwa. Senyuman itu mencairkan hati wanitanya. Resah hati menanti waktu bila nanti mereka akan bersatu. Hidup sebagai pasangan suami isteri. Yang pasti, rasa cinta ini tak akan terlerai lagi. Hanya kamu, Fikri! Cinta ini hanya untukmu!


p/s: harap mendapat komen dari anda yang membaca.

posted by Penulisan2u @ 3:15 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
21 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group