BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Sabtu, September 12, 2009
Cerpen : Dimana Silapnya?
Nama Pena : Dell_zs

Malam ini aku rasakan seolah-olah aku keseorangan. Entah mengapa aku tiba-tiba berperasaan sebegitu. Ah, mungkin hanya perasaanku sahaja. Kedinginan malam membuatkan aku mengimbau kembali kenangan lalu. Kenangan yang sama sekali aku tidak akan lupakan. Kenangan bersama insan bergelar sahabat yang banyak memberi kesan dalam hidupku.

*******************

"Hoi budak! Bangun lah. Kau tahu tak sekarang ni dah pukul berapa hah?" sergah Azie apabila aku menyahut panggilannya. Azie adalah merupakan sahabat yang paling rapat denganku. Selama tiga tahun kami bersahabat, tidak pernah sekalipun dia menyakiti hatiku.

"Ala Zie, jap lagi lah. Aku baru je nak lelap. Semalam aku tido lewat la. 5 minit lagi kau kejutkan aku ek," balasku. Sudah menjadi rutin harian Azie untuk mengejutkan aku ke kelas setiap pagi. Maklumlah, aku ni memang ‘liat’ bangun pagi. Nak harapkan jam loceng, alamatnya tak menapak lah aku kat kelas.

"Eh.. eh.. budak ni. Aku tolong kejutkan pun kira ok tau. Ni nak demand pulak dia. Bangun la cik kak oii.. Kelas Puan Siti la pagi ni. Nanti tak pasal-pasal kena jadi VVIP pulak kalau lambat. Kau bukan tak tau perangai dia tu".

Pelajar-pelajar yang mengambil subjek Pengurusan Kempen memang sedia maklum akan sikap pensyarah yang satu itu. Pantang kalau ada yang lambat masuk kelas daripada dia, pasti akan disindir sepanjang masa kuliah.

"Yelah.. yelah.. Aku bangun la ni.. Nanti lepas aku bersiap aku jumpa kau kat bilik ek", ujarku mengakhiri perbualan. Takut lambat punya pasal, mandi burung lah aku gamaknya. Tidak sampai 10 minit aku sudah pun bersiap untuk ke bilik Azie.

"Morning geng!! Lama tunggu?" pertanyaan ku ajukan kepada Azie.

"Aii.. cepatnya kau bersiap. Kau tak mandi ek?" Azie tersenyum melihatku.

"Eleh, tolong sikit.. ni Sue lah.. 5 minit pun aku boleh siap.. tak macam orang tu.. bagi masa setengah jam pun belum tentu lagi nampak batang hidung".

"Jangan nak eksyen la geng. Kau tu yang lambat. Nor dah berkali-kali call aku tau. Dah lebih 15 minit dia tunggu kat kolej. Nanti tak pasal-pasal plak muncung dia tu panjang". Aku hanya ketawa mendengar kata-kata Azie. Nor adalah sahabatku yang setia menemaniku kemana sahaja selain daripada Azie. Kemana saja kami pergi sentiasa bersama. Bukan sahaja di kalangan pelajar tahu akan hal itu, malahan dalam kalangan pensyarah juga tidak ketinggalan.

"Jom la Zie. Kesian plak aku kat minah sorang tu. Nanti merajuk plak dia payah aku nak pujuk".

"Hah… sedar pun kau. Dah tu, tak reti-reti lagi nak cepat.. jalan pun macam mak datin. Ni belum lagi bawak kete lepas ni. Mesti macam siput".

"Yelah… yelah… aku cepat la ni", balasku kepada Azie.

********************

Dari jauh lagi aku sudah dapat mengenali kelibat Nor. Pantas aku memandu ke tempat yang menjadi kebiasaan Nor menunggu kami datang mengambilnya. Aku dan Azie menginap di satu kolej yang sama tetapi berlainan tingkat. Aku di tingkat 3 manakala Azie di tingkat 2. Namun, itu tidak menghalang kami untuk menjadi lebih akrab lagi. Nor dan Azie sudah ku anggap seperti keluargaku sendiri. Kesenangan yang ada padaku akan ku kongsikan bersama mereka.

"Huh.. muncul pun korang.. korang tau tak dah berapa lama aku terpacak macam tiang elektrik kat sini ah?" ujar Nor dalam nada marah.

"Ala Nor, kau bukannya tak tahu minah sekor ni.. liat nak bangun pagi.. kalau aku tak call jangan harap la dia nak bangun", jawab Azie.

"Tahu sangat-sangat. Kalau bangunan terbakar pun belum tentu dia sedar Zie. Entah-entah belum sempat apa-apa, dia dulu yang rentung", Nor masih belum puas menyindirku.

"Jangan la marah geng.. nanti tak pasal-pasal kena jual", gurauku membalas usikan Nor sambil ketawa. Selama tiga tahun mengenali Nor dan Azie membuatkan aku mengenali hati budi mereka. Aku tahu, marah dan rajuk mereka tidak berpanjangan. Gurau senda sebegitu sudah menjadi kebiasaan dalam perhubungan kami.

"Banyak la kau punya jual.. dah la datang lambat.. bukannya reti nak minta maaf", rajuk Nor kembali.

"Ok la… aku yang salah.. jangan la marah lagi ek.. maafkan kami.. maafkan kami.. maafkan kami, maafkan kami", nyanyiku mengikut rentak lagu dendangan seniman P. Ramlee suatu ketika dulu.

"Haa… macam tu lah.. ok, apologies accepted!" senyum Nor kemudiannya.

"Korang berdua ni kan, ada-ada je tau.. Eh, Sue.. kan Nor dah maafkan tu..nak tunggu apa lagi.. jalan la.. kita dah lambat ni.." Azie kembali mengingatkan aku.

********************

"Anak mama ni kenapa tak tido lagi?" pertanyaan mama mematikan lamunanku.

"Emm… Sue tak ngantuk lagi la mama. Nanti kalau ngantuk Sue tido ye. Mama pulak kenapa tak tido lagi ni?"

"Mama dahaga Sue. Masa nak ke dapur tadi mama nampak Sue sorang-sorang duduk kat luar. Jauh benar menungnya. Ingatkan buah hati ke?" Mama mengambil tempat di sisiku.

"Eh..eh… mama ni.. ada-ada je tau. Mana ada orang yang nakkan Sue ni mama".

"Anak mama ni takde pun cacat celanya. Takkan tak de yang tersangkut. Entah-entah Sue je yang jual mahal", gurau mama sambil tersenyum.

"Mama ni tak habis-habis nak menyakat Sue tau", kataku sambil merebahkan kepalaku di ribaan ibunda tercinta. Mama mengusap rambutku dengan penuh kasih sayang. Aku tahu mama dapat mengesan perubahan pada diriku kebelakangan ini, tetapi aku masih enggan mengakuinya.

"Sue…..", mama memanggilku lembut.

"Ye ma…", jawabku sambil memandang wajah mama.

"Kebelakangan ni mama tengok Sue macam ada masalah je. Sue tak nak kongsi masalah Sue dengan mama ke?"

"Sue ok je ma. Lagipun Sue dah besar. Pandai la Sue jaga diri. Mama jangan la risau ye", balasku dengan senyuman yang hambar.

"Mama tahu Sue dah besar. Malah mama percaya anak-anak mama pandai jaga diri. Tapi Sue, hati ibu mana yang tak risau kalau tengok anaknya dilanda masalah". Tersentuh hatiku mendengar luahan hati mama. Baru aku sedari yang aku telah banyak membuatkan mama susah hati memikirkan keadaanku.

"Mama, Sue minta maaf kalau selama ni Sue banyak menyusahkan mama. Sue takde niat pun nak susahkan hati mama. Mama jangan risau ye. Sue ok je ni. Mungkin penat sikit tu yang tak bersemangat", kataku ingin menyenangkan hati mama.

"Betul Sue tak apa-apa ni?"

"Yup! Mama jangan risau ek".

"Yelah mama percayakan Sue. Tapi Sue kena janji dengan mama, kalau Sue ada masalah, jangan pendam sorang-sorang. Takut nanti memakan diri", mama mengingatkan aku.

"Yes madam!" kataku dan terus memeluk mama. ‘Terima kasih mama’, desis hatiku.

"Mama nak masuk dah ni. Nanti tercari-cari pulak ayah Sue kalau mama takde. Sue tak nak masuk lagi ke?"

"Mama masuk la dulu ye. Karang sikit Sue masuk. Sue nak ambik angin kat luar ni jap".

"Yelah.. Jangan duduk lama sangat kat luar ni. Nanti demam pulak. Mama masuk dulu ye sayang".

"Ok ma". Aku memerhatikan langkah mama hingga hilang dari pandangan mataku.

********************

Hujung minggu begini memang biasanya aku tidak keluar kemana-mana. Aku lebih selesa duduk di rumah berehat. Abang dan kakakku seperti kebiasaannya memang panas punggung duduk di rumah. Mereka lebih suka menghabiskan masa keluar bersantai bersama rakan-rakan mereka. Kebetulan mama dan ayah juga tiada di rumah. Mereka keluar menghadiri kenduri di rumah kenalan ayah. Maknanya aku sendirian di rumah. Aku menghabiskan masa terluangku mengemas rumah dan memasak. Selesai sahaja semua kerjaku, aku duduk di ruang tamu melepaskan lelah. Sendirian begini membuatkan aku mudah hanyut dalam duniaku sendiri. Kenangan lalu kembali bermain di ingatanku.

********************

"Wei geng! Busy nampak atau buat-buat busy ni", terjahku kepada Nor dan Azie.

"Eh…. eh budak ni… bukannya reti nak bagi salam dulu. Main terjah-terjah je. Nasib baik aku takde penyakit lemah jantung tau", marah Nor kepadaku.

"A’ah la kau ni Sue. Kot ye pun rindukan kitorang ni bagi la salam dulu", sambung Azie.

"Opss.. sorry geng. Hehe.. aku terover excited la tadi. Maklumla, cuti dah nak mula", ujarku membela diri.

"Banyak la kau punya cuti. Sepatutnya masa yang ada kita gunakan untuk study. Kan seminggu lagi final
exam", Nor kembali bersuara. Aku hanya mendiamkan diri.

"Eh, Sue.. apa cite? Tadi beria je SMS aku cakap nak jumpa. Pe hal?" celah Azie.

"Emmm… macam ni… dua tiga hari lagi family aku nak berangkat ke Sabah. Ada urusan sikit kat sana. Aku tak dapat la nak ikut sebab aku ada banyak assignment nak kena siapkan." ujarku memulakan bicara.

"Habis tu, apa kaitannya dengan kitorang?" Nor terus memotong percakapanku.

"Ni yang aku malas nak cite ni. Baru je mukadimah kau dah potong jalan", kataku dalam nada seolah-olah merajuk.

"Eleh… merajuk la tu. Tak luak nya pun cite kau kalau aku potong jalan", Nor enggan mengalah.

Belum pun sempat aku hendak menjawab, Azie terlebih dahulu bersuara. "Dah la wei.. korang berdua ni macam anjing dengan kucing betul la.. bising… sakit telinga aku ni dengar tau. Hah Sue, kalau family kau semuanya pergi sana, habis tu sapa yang nak jaga rumah korang nanti?"

"Ni la yang aku nak mintak tolong kat korang berdua ni Zie, Nor. Masa family aku takde nanti, ayah aku amanahkan aku jaga rumah tu. So, aku nak ajak korang berdua temankan aku. Aku bukannya takut dok sorang-sorang, just aku bosan la nanti kalau sorang-sorang je. Korang kan sahabat sejati aku dunia akhirat", pujukku dalam nada kasihan.

"Sahabat sejati dunia akhirat kepala hotak kau! Tak payah la kau nak melebih-lebih Sue. Kalau setakat muka seposen kau tu, bagi free pun belum tentu ada orang nak temankan tau", ujar Nor dengan niat bergurau denganku.

"Kalau kau tak nak aku pun tak sudi la Nor. Sebenarnya aku nak ajak Azie sorang je temankan aku. Tapi aku kesiankan kau nanti takde member kalau Azie ikut aku balik," sambungku membalas gurauan Nor.

"Korang berdua ni memang lah… baru je 5 minit berdamai, sekarang dah mula balik perang. Hah Nor, jangan nak mengada-ngada. Kau pun ikut sekali tau". Kata-kata Azie itu ku sambut dengan senyuman.

"Yelah… yelah… aku ikut. Hah Sue, kau patut berterima kasih tau pada Azie. Kalau tak disebabkan dia yang beria ajak aku ikut sekali, jangan harap aku nak temankan kau tau. Kalau penakut tu mengaku je lah. Bosan konon", Nor masih lagi enggan mengalah. Aku hanya membalas kata-katanya dengan senyuman kemenangan kerana akhirnya aku berjaya memujuk Nor dan Azie untuk menemaniku di rumah.

********************

"Nor, Zie… korang buat la macam rumah sendiri ye… kalau nak makan ke minum ke, semua ada kat dapur tu. Pandai-pandai la korang ambik sendiri ek", ujarku kepada kedua sahabatku itu setibanya kami di rumah ku.

"Apa la kau ni Sue. Sepatutnya kau la yang layan kitorang ni. Kan kitorang tetamu. Kau tu tuan rumah. Takkan tak reti-reti nak layan tetamu. Anak dara apa namanya ni", getus Nor kepadaku. Aku tahu Nor sekadar ingin menceriakan suasana. Disebabkan itu tidak sedikit pun aku terasa hati dengan guraunnya.

"Ye la tu. Macam la kau tak biasa kat rumah ni. Kau tu kan tak tau malu", kataku terus berlalu ke dapur.

Sedang aku berkira-kira untuk menyediakan bahan masakan, Nor dan Azie turut sama ke dapur untuk membantuku. Aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat sebaik mereka. Dan aku sentiasa berdoa semoga hubungan persahabatan kami akan berkekalan hingga akhir hayatku. Aku bukan sahaja menyayangi mereka sebagai seorang sahabat, malahan mereka sudah ku anggap seperti saudaraku sendiri.
Setelah beberapa hari berada di rumahku, Nor dan Azie meminta izin untuk balik semula ke kolej kediaman mereka atas alasan hendak menyiapkan tugasan yang banyak. Pada mulanya aku keberatan melepaskan mereka pergi. Akan tetapi mereka memberiku alasan yang mereka memerlukan bahan-bahan rujukan yang terdapat di perpustakaan bagi menyiapkan tugasan tersebut. Pelbagai cara telah aku gunakan untuk memujuk mereka agar terus menemaniku sehingga kepulangan keluargaku dari Sabah, namun hampa kerana mereka tetap bertegas. Akhirnya, aku terpaksa melepaskan mereka kerana aku tahu aku tidak seharusnya mementingkan diriku sendiri. Keesokannya, aku sendiri yang menghantar mereka balik walaupun pada mulanya mereka enggan.

"Sue, kami minta maaf ek sebab tak dapat temankan kau sampai family kau sampai", Azie memohon maaf dariku sesampainya mereka di kolej.

"Ya… it’s ok", balasku pendek tetapi ikhlas. "Oklah geng, aku chow dulu. Nanti lewat pulak aku sampai rumah", sambungku sebelum berlalu meninggalkan mereka.

********************

Lamunanku terhenti setelah mendengar deruan enjin kenderaan di luar rumah. ‘Ah, dah pukul 1.00 petang. Lamanya aku mengelamun’, bisik hatiku. Beberapa saat kemudian, terdengar suara ayah dan mama berbicara. Entah apa yang dibincangkan pun aku tak tahu. Mungkin masing-masing berbicara mengenai majlis yang dihadiri sebentar tadi.

"Assalamualaikum", ayah memberi salam setelah melihatku duduk di ruang tamu.

"Waalaikumsalam", jawabku ringkas. Ayah dan mama lantas mengambil tempat berdekatan denganku.

"Macam mana majlis tadi? Sue tengok mama dengan ayah bukan main rancak lagi berbual masa masuk tadi", senyumku kepada mama yang berada paling hamper denganku.

"Emm… biasa-biasa je Sue. Saja mama dengan ayah borak-borak kosong", mama membalas sambil mengelus lembut rambutku. Aku rasa tenang apabila mama berbuat demikian. Terasa kasih sayang mama menyerap dalam diriku.

"Sue buat apa hari ni? Kenapa tak keluar jalan-jalan?" tanya ayah kepadaku.

"Takde buat apa pun ayah. Kemas-kemas rumah sikit lepas tu masak. Malas la nak keluar. Sue nak rehat kat rumah je", jawabku ikhlas.

"Sue ni ayah tengok asyik terperap je kat rumah. Sekali sekala tu, keluar la dengan kawan-kawan hujung minggu macam ni. Bukan maksud ayah keluar melepak tak tentu hala, tapi sekadar release tension. Ayah tak nak anak ayah ni rasa terkongkong", ayah menasihati aku.
Ayah seorang yang tegas tetapi penyayang. Ayah tak pernah sesekali menghalang anak-anaknya keluar asalkan anak-anaknya tahu menjaga diri dan maruah keluarga. Begitu juga dengan mama. Mama walaupun lembut tetapi penuh dedikasi dalam mendidik anak-anak.

"Sue faham ayah. Sue akan ingat pesan ayah dan mama setiap masa. Ayah dan mama jangan la risau. Sue lebih selesa menghabiskan masa di rumah macam ni", akui aku dengan jujur.

"Bagus lah kalau Sue ingat pesan ayah tu. Mama pun tak nak tengok anak mama ni terkurung je kat rumah ni", mama pula menasihatiku. Aku hanya membalas dengan anggukan tanda memahami nasihat mama dan ayah kepadaku. Akan ku pahat dalam ingatanku segala nasihat dan pesanan yang diberikan itu sampai bila-bila.

********************

Kenangan lalu bertandang lagi. Entah untuk keberapa kalinya aku sendiri kurang pasti. Namun apa yang pasti, aku amat merindui masa lalu bersama insan bergelar sahabat… Nor dan Azie… Dua nama yang masih kekal melekat dalam sanubariku. Tak mungkin nama itu akan terpadam dari kamus hidupku. Masih ku ingat
dengan jelas apa yang berlaku ketika itu.

********************

"Nor… Zie.. kenapa aku tengok sejak balik dari rumah aku hari tu korang macam dah lain ek?" tanyaku pada sahabatku pada suatu petang. Ketika itu, aku telah mengajak mereka berjumpa denganku di tepi tasik.

"Erm… takde lah Sue. Perasaan kau je tu. Kitorang biasa je", balas Nor. Azie turut mengiakan kata-kata Nor.

"Entahlah Nor, Zie.. aku rasa macam korang mula menjauhkan diri dari aku je. Aku ada buat salah ke kat korang?" tanyaku masih tidak berpuas hati dengan jawapan mereka.

"Kau jangan la terlalu turutkan perasaan kau tu Sue. Kau takde buat salah pun kat kitorang. Just sekarang ni kitorang busy sikit dengan assignment. Tu yang takde masa sangat nak melepak macam dulu-dulu. Ni pun kitorang tak dapat lama-lama. Ada banyak lagi assignment nak kena buat", Nor kembali bersuara. Azie hanya diam memerhati.

"Kalau macam tu, aku minta maaf la ek sebab fikir yang bukan-bukan. Aku ingatkan korang dah tak sudi nak berkawan dengan aku lagi".

"Dah la tu Sue. Jangan fikir yang bukan-bukan lagi tau. Kitorang tetap anggap kau sebagai sahabat kitorang. Oklah Sue, kitorang nak blah dah ni. Ada discussion jap lagi. Sorry ek tak dapat lama-lama", ujar Azie mengakhiri pertemuan kami petang itu.

Aku hanya mengangguk dan menghantar pemergian mereka dengan hati yang sebal. Aku tahu itu hanyalah alasan mereka sahaja untuk menjaga hatiku. Masakan mereka lupa aku juga mengambil subjek yang sama dengan mereka. Jadi sudah tentulah aku tahu sama ada mereka betul-betul mempunyai tugasan atau sekadar dijadikan alasan semata-mata. Lagipun aku seringkali nampak mereka selalu keluar bersama ke mana sahaja. Aku tidak cemburukan kemesraan persahabatan mereka, cuma aku sedikit terkilan apabila tanpa aku mengetahui punca dan sebabnya, aku telah diketepikan dalam hidup mereka. Entahlah, biar masa sahaja yang menentukan segalanya.

********************

Setelah berfikir selama beberapa hari, akhirnya aku membuat keputusan untuk menitipkan sepucuk warkah kepada Nor dan Azie. Keputusan untuk bersemuka beberapa hari lepas tidak berjalan lancar seperti yang aku harapkan. Jalan terakhir yang aku ada hanyalah melalui penulisan. Mungkin dengan cara ini mereka lebih mudah untuk berterus terang denganku. Ku ambil sehelai kertas dan tanganku laju sahaja mencoretkan isi kandungan warkah tersebut. Akhirnya, warkah untuk kedua orang sahabat ku yang tersayang telah selesai kutitipkan.


Assalamualaikum…

Nor… Azie.. pertama sekali aku nak minta maaf kat korang kalau selama ni aku ada buat salah atau terkasar bahasa kat korang. Aku takde niat pun nak buat camtu. Tapi kalau betul ada perbuatan aku yang membuatkan korang terasa hati, aku betul-betul minta maaf.

Nor… Azie… aku tau aku bukanlah seorang sahabat yang baik. Antara kita bertiga, korang berdua terlebih dahulu kenal antara satu sama lain. Aku hanyalah pihak yang ketiga hadir setelah beberapa ketika korang berdua kenal. Selama ni aku dah anggap korang berdua bukan je sebagai sahabat, tapi aku dah anggap lebih dari tu. Korang macam keluarga aku sendiri. Aku sayangkan korang dan aku sayangkan perhubungan kita. Kalau aku disuruh untuk memilih seorang antara korang berdua, percayalah aku takkan pilih sesiapa sebab aku sayang dua-dua. Aku tak pernah membezakan kasih sayang aku terhadap korang berdua.

Korang tau tak selama aku kenal korang, banyak yang aku dapat pelajari. Aku belajar erti sebenar persahabatan. Aku belajar menilai erti keikhasan dan kejujuran dalam perhubungan. Korang tak pernah sekalipun menyakiti hati aku selama kita bersahabat. Aku tahu apa juga nasihat dan teguran yang korang berikan pada aku semuanya untuk kebaikan aku sendiri. Sebab tu aku tak pernah anggap korang sengaja menjatuhkan aku walaupun ramai di kalangan rakan-rakan kita yang lain memburukkan korang dihadapanku.

Nor… Azie… koranglah sahabat dunia akhirat aku. Korang pendengar yang setia. Setiap masalah yang aku hadapi korang lah yang banyak membantuku. Korang setia mendengar luahan hatiku. Korang jugalah pembakar semangatku. Selama aku mengenali korang, aku sedikit pun tidak pernah merasai kekurangan dalam persahabatan kita. Aku amat bersyukur kerana dikurniakan sahabat seperti korang.

Tapi Nor… Azie…. Kenapa kini hubungan kita mulai retak? Di mana silapnya? Adakah aku telah menyakiti hati korang berdua? Seandainya akulah puncanya, aku mohon seribu kemaafan dari korang. Aku tak nak hubungan kita putus begitu sahaja lebih-lebih lagi tanpa aku ketahui apa dan dimana silapnya…aku buntu memikirkan apa sebenarnya yang terjadi sehingga menyebabkan korang mula menjauhkan diri daripadaku. Salahkah aku? Aku mohon seandainya benar aku yang bersalah, sedarkanlah aku. Aku tak sanggup kehilangan sahabat sebaik korang berdua. Sesungguhnya hati aku benar-benar terseksa dengan apa yang berlaku pada persahabatan kita. Tanpa angin tanpa ribut tiba-tiba sahaja kita tidak bertegur sapa. Teguran yang kuberikan tapi cemikan yang ku dapat sebagai balasan. Senyuman yang kuberikan tetapi jelingan yang kuterima. Pedihnya hatiku kala itu.

Nor… Azie… aku tak sanggup lagi derita begini. Dan aku juga tidak sanggup melihat kesedihan dan wajah bermasam muka korang apabila terserempak denganku. Sungguh, aku sayangkan persahabatan kita. Namun, seandainya korang lebih bahagia dan gembira tanpa kehadiran aku sebagai salah seorang sahabat korang, izinkan lah aku mengundur diri. Tiada paksaan dari pihakku supaya korang menerimaku sebagai sahabat. Cuma pintaku, janganlah hanya berddiam diri sahaja. Maklumkan lah aku di mana silapnya agar aku dapat memperbaiki kesilapan diriku. Aku tidak mendesak korang untuk memberikan jawapan pada saat dan ketika ini. Ambillah sebanyak mana pun masa yang korang perlukan. Aku akan setia menanti jawapan dari korang. Seandainya korang memilih untuk memutuskan persahabatan kita, aku pasrah. Keputusan terletak di tangan korang. Aku sentiasa sayangkan korang dan anggap korang sahabatku dunia akhirat.

Akhir kata dariku, maaf seandainya kedatangan warkah aku ini mengganggu kehidupan korang. Aku harap korang sanggup meluangkan masa sedetik untuk membaca warkah yang aku titipkan ini. Aku sentiasa menanti huluran persahabatan korang dan jawapan korang. Ketahuilah bahawa aku amat berbahagia dan bersyukur kerana diberi peluang memiliki sahabat sebaik korang. Terima kasih untuk segalanya….


Salam sayang dari sahabatmu,
– Sue –


Warkah itu ku baca untuk kesekian kalinya. Setelah berpuas hati dengan kandungannya, aku lipat dengan kemas dan berhati-hati. Segalanya kini terserah kepada kedua sahabatku untuk menilai erti perhubungan persahabatan yang telah dijalankan suatu ketika dulu. Bukan bererti aku telah mengaku kalah dan berputus asa, tetapi aku hanya ingin memberikan mereka kebebasan untuk memilih sama ada mahu meneruskan lagi persahabatan ini ataupun membiarkannya terhenti di tengah jalan. Aku nekad untuk memberikan warkah tersebut kepada Nor dan Azie esok. Biar apa pun yang bakal terjadi, aku telah bersedia menghadapinya.

********************

Kini telah beberapa bulan berlalu sejak aku memberikan warkah tersebut kepada Nor dan Azie. Namun hampa, sehingga kini aku masih belum menerima sebarang keputusan dari mereka. Pabila kami berselisih, kami tidak ubah seperti tiga orang insan yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Walaupun aku cuba untuk menjernihkan keadaan, namu ia tidak memberikan apa-apa perbezaan. Mereka masih lagi begitu. Aku tidak tahu sampai bila aku mampu menghadapi dugaan ini sendirian. Namun aku percaya, Allah tidak akan memberikan hambaNya ujian seandainya hambaNya tidak mampu menanggungnya. Dan percayalah sahabatku, aku masih lagi seperti Sue yang korang kenal dulu ketika hubungan persahabatan kita masih lagi utuh. Hanya satu persoalan yang masih lagi bermain di fikiranku…. DIMANA SILAPNYA?


*** End ***

P/s: ini merupakan karya pertama saya. comment please supaya saya boleh memperbaiki lagi kelemahan saya. TQ!! XOXOXO
posted by Penulisan2u @ 4:17 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
7 Comments:
  • At 12/9/09 12:06 PTG, Anonymous nurindah said…

    Salam Ramadhan,

    Kesiannya Sue. Benar,persahabatan ialah suatu yang tidak ternilai. Sambung lagi yer. buat adegan face to face..

     

  • At 13/9/09 9:58 PTG, Anonymous butterfly05 said…

    smbung la...
    cm tergntung je...
    nk tau gak npe ttbe jdi cm 2...

     

  • At 14/9/09 12:21 PTG, Anonymous dell said…

    butterfly05...
    insyaAllah pas dpt jwpn nant dell sambung ek..

     

  • At 16/9/09 3:27 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sy pnye kisah pon lbh kurg mcm ni..
    rse tsisih je..
    huhu
    skt ati, sdih, mrah sume pon ade..
    tp hdup kne truskn, btl x?
    cpt2 smbg ye, writer..

     

  • At 22/9/09 11:29 PTG, Blogger Leeya Hezlin said…

    hmm cite ni sedih la..smbung la cite ni k..

     

  • At 27/9/09 1:27 PTG, Anonymous gee said…

    best sangat citer ni...
    sedih ngat...
    sambung la lagi citer ni sampai habis...
    lepas ni ape lagi yang akan jadi ngan sue?????
    adakah sue dapat jawapan dari sahabatnye tu???

     

  • At 12/7/11 11:57 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    wei... apa nih! smbg lah.... tergantung le.... dah le tgh sedap-sedap bace...

    sebab aku pun mengalami nasib yang same cam sue....

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group