BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Sabtu, September 12, 2009
Cerpen : Cintaku berputik di Petronas
Nama Pena : komie aroon

"Arghh…tak boleh start pulak kereta nih..!" Aku cuba menghidupkan enjin sekali lagi namun perkara yang sama juga berlaku. Aku tidak berpuas hati dan mencuba lagi, lagi dan lagi.


"Adoi…cepatlah wahai kereta. Aku ada presentation pagi ni nih…Ish, sakit hati betul la." Aku tekan lagi dan kali ini, akhirnya enjin berbunyi.


"Yes…yes…" dengan terujanya aku menjerit tapi tak lama…Eeekkkk, bunyi enjin makin perlahan dan mati...


"Siiyoot…nak main-mainkan aku ye kereta. Aku humban kau dalam sungai baru kau tahu!," ugutku pada kereta yang tak berperasaan itu. "Shit!," aku menghentak tanganku pada stereng. ‘Macam mana ni? Dah la ada presentation hari ni. Karang lambat kena marah pulak. Aduh…pening kepala aku. Kereta ni pun satu, semalam elok je kenapa hari ni nak buat hal pulak?.’ Aku mencuba lagi dan berharap agar kali ini berjaya.


"Uhuk…kereta tolonglah aku. Tolonglah hidup. Aku nak pergi kelas ni. Ya Allah, bantulah hambaMu yang hina dina ini." Aku sudah merengek-rengek seorang diri di dalam kereta.


"Alah kereta, kau hiduplah. Aku gurau je nak humban kau dalam sungai tadi tu. Hiduplah, kalau kau tak hidup macam mana aku nak pergi kelas ni?," aku memujuk-mujuk pula keretaku itu. Tiba-tiba aku teringat pada seseorang.


"Hah, Along!." Segera aku mencapai telefon bimbitku dan menelefon nombor abangku itu. Setelah beberapa deringan, aku mendengar suara Along memberi salam. Bunyi macam baru bangun tidur je. Hik…hik, aku tergelak.


"Waalaikumussalam…Along!...Along kat mana ni?"


"Along kat rumahlah. Kenapa?"


"Aik, tak kerje ke?"


"Along cuti hari ni. Why?," tanya Along lagi.


"Good. Lepas ni datang kat kolej adik ye. Ni, kereta adik buat hal lagi. Tak boleh nak start macam hari tu."


"Oh…bateri weak lagi ke?"


"Entah, ye la kot."


"Habis tu adik pergi kelas ke tak ni?"


"Ni adik nak pergi la ni. Hari ni dah la ada presentation, hari ni jugak kereta ni nak meragam. Hampeh betul." Aku mengadu pada abang kesayanganku.


"Pergi dengan apa?."


"Jalan kaki lah. Nak naik bas sure dah ramai giler ni. Malaslah nak berhimpit-himpit."


"Kalau nak suruh Along hantarkan tunggu situ. Dalam 40 minit Along sampai."


"Tak apalah Along. Time tu kelas adik dah start dah pun. Kalau jalan kaki dalam 20 minit sampailah ni."


"Kalau macam tu bila adik dah habis kelas nanti bagitau Along. Along pergi ‘hidupkan’ enjin kereta adik yang hampeh tu." Aku mencebik, bajet mekanik la abang aku tu. Sempat lagi kutuk kereta aku…hampeh tul...Tapi, memang hampeh pun…haha…Gelakku dalam hati.


"Ok, bye Along. Assalamualaikum."


"Waalaikumussalam."


Aku keluar dari perut kereta. Dengan pandangan yang marah aku menyepak tayar keretaku itu. Nasiblah hari ni kena jalan kaki, aku membebel-bebel seorang diri. Aku menarik nafas yang panjang. Nak kena ada stamina yang kuat untuk ke fakultiku itu, mana taknya nak kena daki bukit dulu baru sampai. Jangan semput tengah jalan dah. Aku mula membuka langkah, berjalan dengan laju. Harap-harap dapat sampai on time.


Dalam perjalanan, aku melihat begitu banyak kereta menyelusuri jalan ke fakulti. Jealous lah pulak tengok dia orang semua rileks je dalam kereta. Serta-merta aku teringat pada kereta Myvi ‘kesayanganku’ itu. Nasib kau baik kereta. Kalau aku betul-betul naik angin dah lama kau jadi besi buruk. Hahaha, aku gelak jahat. Tiba-tiba, baru aku tersedar yang aku tergelak kuat pula di tengah-tengah jalan ni. Semua mata memandangku termasuk yang tengah memandu. Alamak, malunya. Aku menyembunyikan wajah dengan sengaja melihat ke arah lain. Mak aiih, malunya.


Sekonyong-konyong, aku terdengar bunyi guruh di langit. Awan berarak mendung.

"Oo..oo…kamu ketahuan," sempat lagi aku menyanyi resah sambil melihat ke atas...awan yang berarak ke arah kegelapan. ‘Ah, apa aku merepek nih!’, monologku dalam hati.


"Sabar, jangan hujan lagi. Tunggu aku sampai dulu," pandai-pandai pula aku ingin mengatur takdir Allah itu.


"Jangan hujan lagi. Tak bawak payung ni" aku mengomel seorang diri lagi. Dan…titik-titik halus mula kelihatan. Oh, tidak…Aku berlari-lari anak melintas jalan untuk ke Cempaka. Sambil menutup kepala dengan fail yang di bawa aku meneruskan larian 100 meter ini. Banyak betul dugaan hari ni. Akhirnya, sampai juga aku di hadapan bilik kuliah C3 B05. Waa, aku basah kuyup dah ni. Macam mana nak masuk? Kalau tak kerana ada presentation hari ni, dah lama aku balik ke bilik. Tak sanggup malukan diri sendiri.


Dengan langkah lemah aku melangkah masuk juga ke kelas itu. Suasana yang tadi sedikit gamat menjadi sunyi sepi. Aku memandang kiri dan kanan. Sah, diaorang semua tengok aku.


"MasyaAllah, basah kuyup. Kau mandi hujan ke?," soal Hawa yang tak berkelip memandangku.


"Ha, ah. Tak sempat mandi kat kolej tadi!!!," jawabku marah. Tak nampak ke hujan kat luar tu.


"Kau kan naik kereta. Apahal pulak boleh sampai basah kuyup macam ni?". Uhuk, aku berharap sangat time macam ni ada orang boleh sedekahkan aku tuala ke kain ke, tapi tak nak kain buruk. Tapi, ada ke orang bawak kain tuala pergi kelas. Karut betul.


"Oi mak cik. Aku tanya ni, kau kan bawak kereta. Kenapa boleh basah sampai macam ni sekali. Boleh mengelamun pulak dia ni."


"Kereta aku rosaklah, so aku jalan kaki."


"Jalan kaki? Alahai keciannye…"


"Rosak sebab apa kereta kau tu?"


"Entah, abang aku cakap bateri weak kot. Hampeh punya kereta. Mentang-mentang aku sayang dia, dia boleh buat hal dengan aku ya."


"Sorry class. Saya lambat. Hujan, so jalan jammed." Encik Mahadzir masuk ke kelas dan menuju ke hadapan.


"Its ok encik," sambut pelajar-pelajar lelaki yang duduk di belakang. Hampeh betul. Encik Mahadzir tersenyum menampakkan barisan giginya yang teratur. Nasib baiklah Encik Mahadzir ni dah berkahwin, kalau tak mahu cair pelajar-pelajar perempuan yang memandangnya.


"Saya tahu kalau lagi lambat, lagi kamu suka kan," ucapnya disusuli anggukan dan kata iya dari pelajar-pelajar yang sama. Encik Mahadzir hanya menggeleng kepala.


"Baiklah. Kita jangan buang masa lagi. Mana group yang nak kena present pada hari ini?". Hawa mengangkat tangan.


"Okey, Hawa dengan ahli-ahlinya yang lain boleh ke depan."


Aku, Hawa dan Adilla bangun sambil menuju ke depan diiringi tepukan gemuruh pelajar-pelajar lelaki di belakang. Perli akulah tu. Memang nak mati! Aku melihat Encik Mahadzir seperti terpegun melihatku. Aku buat-buat selamba dan memasukkan pendrive ke dalam port usb komputer tersebut kemudian mencari slides powerpoint kami.


"Kejap. Awak mandi pakai baju ke, Risya? Basah semacam je ni?," soal Encik Mahadzir di susuli gelak ketawa para pelajar. Macamlah kelakar sangat. Encik Mahadzir ni pun satu, nasib baik encik ni lecturer saya, kalau tak dah lama encik kena cili tau. Aku hanya tersengih seperti kerang busuk. Rasa macam nak menangis pun ada sebab terlalu malu. Ni semua kau punya pasal la kereta!!!


"Pelajar-pelajar semua. Nasihat saya, kalau nak pergi mana-mana bawaklah payung. Sediakan payung sebelum hujan."


"Baik…" seia sekata pula semua pelajar kelas itu menjawab. Kemudian, Encik Mahadzir menunjukkan isyarat menyuruh kami memulakan pembentangan.


Hawa memulakan pembentangan dengan memberikan kata-kata aluan. Bila tiba giliran aku untuk membentang, aku lihat pelajar lelaki tergelak-gelak sambil bercakap-cakap di belakang. Bukannya nak fokus pada apa yang aku cakap pun. Tak kurang ada mata-mata galak yang sibuk duk main ‘scanning’ body aku yang montok ni. Kurang ajar punya jantan. Kalau aku buat naik angin ni dah lama aku sekeh kepala sekor-sekor. Nasib baik pakai baju warna hitam, tak adalah nampak sangat. Huish.., kalau pakai putih tadi gerenti bernanah mata dia orang tengok aku. Hampeh.


**********************


"Hello Along!. Adik dah habis kelas dah ni. Adik tunggu dekat kereta ye."


"Ok, kejap lagi Along sampai. Adik…" Along memanggilku dengan penuh teruja.


"Apa dia?"


"Kak Mazuin dah selamat beranak," beritahu abangku penuh teruja.


"Hah? Ye ke? Eii…seronoknya. Baby boy ke girl?"


"Anak sulung mestilah boy," jawab abangku, bangga.


"Wah, dah jadi papa dah Along sekarang ni."


"Tapi bukan due datenya minggu depan ke?," soalku hairan.


"Alah, apa nak hairannya. Baby Along tu dah tak sabar nak tengok muka papa dengan mamanya ni."


"So macam mana? Kak Mazuin kan kat Kedah nun."


"Along dah mintak cuti 5 hari. Along nak balik Kedah la ni. Tapi sebelum tu Along pergi kat Adik dulu."


"Ok…Adik tunggu kat kereta tau."


"Baik…,"balas abangku. Wah, dah jadi papa abangku itu, bermakna aku dah jadi mak su lah ni?. Best, best, best.


"Dah boleh start dah…," ucap abangku bila enjin sudah hidup.


"Yes!," aku menjerit riang.


"Bateri weak ni. Sebab tu tak boleh hidup. Air bateri pun macam dah nak habis tu. Adik pergi beli air bateri."


"Air bateri? Air biasa kan?", maksudku air paip ke?


"Tak adalah, air bandung cincau," tempelak abangku. Kelakarlah tu. Dah lah sebut nama minuman kegemaran aku. Memang sengaja nak perli.


"Haha, kelakarnya." Aku gelak tak macam gelak.


"Nak beli kat mana?"


"Adik carilah kat Petronas ke, Shell ke. Tempat isi minyak."


"Owh…"aku terangguk-angguk dungu.


"Oklah, Along dah tak sabar nak balik Kedah ni. Kak Mazuin dah sibuk tanya bila Along nak sampai."


"Dia rindu kat Along la tu. Sedih tau beranak suami tak ada kat sisi."


"Wah, pandainya. Macam dia dah pernah beranak je."


"Instinct, Long…instinct" Along ketawa.


"Tak apalah, Along beransur dulu." Aku mendapatkan Along dan menyalami tangannya.


"Kirim salam kat Kak Mazuin tau. Ciumkan baby Along tu untuk Adik. Bawak kereta baik-baik. Jangan pecut. Ingatlah orang yang tersayang." Banyak pula pesanan penajaku untuk Along. Along hanya tersenyum sambil menggeleng-geleng. Kami kemudian saling melambai mengucapkan selamat jalan dan selamat tinggal.


"Hmm…nak cari air bateri…nak cari air bateri…"


Aku memecut kereta menuju ke stesen minyak yang berdekatan. Stesen minyak Petronas terpampang di depan muka. Stesen minyak ni baru sahaja di buka 2 bulan yang lepas dan setiap kali aku ingin mengisi minyak, di sinilah tempatnya. Tak sesak dan tak ramai orang. Pekerjanya pun ramah. Siap tolong isikan minyak lagi. Aku masih ingat seorang pakcik sebaya abah ku bertanyakan masalahku apabila melihat aku terkial-kial mahu membuka penutup tangki minyak. Dialah yang membantuku membukanya. Setelah selesai, dia siap bagi nasihat lagi kat aku supaya belajar baik-baik. Aku hanya tersengih mendengar nasihatnya itu dan berterima kasih atas keprihatinannya. Tapi sekarang, pak cik tu dah tak ada. Tak tahu pulak aku ke mana dia pergi. Mungkin dia berehat di rumah kot. Dah tua tua buat apa nak kerja lagikan. Sepatutnya di usianya itu dia dah di tanggung oleh anak-anaknya sahaja.


Aku memarkirkan kereta dan melangkah ke dalam Mesra Mart itu. Kedatanganku di sambut dengan ucapan ‘Selamat Datang’ oleh pekerja yang bertugas. Aku hanya tersenyum dan cepat-cepat ke bahagian minyak pelincir. Aku mencari-cari air bateri. ‘Yang mana ya?’. Berkerut seribu wajahku mencari air bateri dan akhirnya aku menjumpai botol bertulis ‘Air Bateri Petronas’. Yang ni kot. Aku terus membawa botol tersebut ke kaunter dan membuat pembayaran.


Keluar dari mart tersebut aku terus menuju ke kereta. Air bateri dah beli tapi yang menjadi permasalahannya di sini, macam mana aku nak isi air bateri ni? Huhu. Aku melihat kelibat sesiapa sahaja yang berada di situ. Ada seorang bangla sedang mengemop lantai. Paham ke kalau aku panggil ni?. Ah, cuba sendiri jelah. Kalau tak cuba macam mana nak berjaya kan? Kan? Kan?.


Aku membuka pintu depan. First thing first, buka bonet depan. Hmm, yang mana satu ni?. Yang ni? Aku menunjuk pada punat dibawah tempat duduk bertanda tangki minyak. No…Yang ni? Ku tunjuk pada yang kosong. Hmm, yang ni bonet belakang punya. Hampeh betul aku ni, nak buka bonet pun tak reti ni. Pandai bawak kereta je. Yang ni kot. Aku tunjuk pada batang yang terjulur di bawah stereng. Aku tarik dan ‘tap’. Yes, terbuka jugak akhirnya. Aku menepuk tangan tanda berpuas hati dengan diri sendiri. Nampaknya dah ada sedikit kemajuan. Yalah, daripada tahu bawak kereta je, sekarang ni dah pandai bukak bonet kereta. Hehehe. Aku keluar sambil memegang botol air bateri lalu ke depan dan menarik bonet tersebut.


"Iyak…" Tak bergerak.


"Aik, bukan dah terbuka ke tadi?." Aku cuba menarik sekali lagi tetapi tetap tidak boleh. Ish, kereta ni. Cepatlah bukak. Aku tarik lagi sambil memandang sekeliling. Tak ada seorang pun yang hendak menolong. Aku duduk mencangkung untuk mengintai celah bonet tersebut.


"Kenapa tak boleh ni?." Aku mengetap bibir.


"Kenapa ni cik? Boleh saya tolong?," ujar seseorang secara tiba-tiba membuatkan ku terduduk.


"Ya Allah, terkejut aku," aku beristighfar kemudiannya sambil mengurut dada. Aku lihat lelaki di hadapanku ini tersengih. Ish, mat bangla ni. Buat terkejut aku pulak. Lelaki berbaju seragam Petronas tersebut menghulurkan tangannya untuk membantuku tapi aku menolak dan bangun sendiri. Pegang tangan mat bangla? Tak naklah aku. Kalau kena pukau tak ke naya. Dia masih tersenyum sambil mengangkat bahu.


"Kenapa dengan kereta ni? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?," soalnya penuh berhemah. Aik, betul ke mat bangla ni? Fasih je cakap Bahasa Melayu. Tiba-tiba aku menjadi musykil sendiri. Aku tengok lagi wajahnya. Hidung mancung tapi kulit tak adalah gelap sangat. Emm, kening lebat. Apa lagi ya? Aku masih membanding-bandingkan wajahnya dengan rakan-rakan banglanya yang lain.


"Kenapa cik tengok saya macam tu? Saya orang melayu asli cik. Orang Selangor lagi," ucapnya membuatkan aku jadi malu sendiri. Macam mana dia tahu aku ingat dia bangla?. Orang Selangor? Entah-entah orang asli Gombak.


"Cik tak percaya? Nak tengok I/C saya ke?"


"Eh, takpe, takpe. Saya percaya awak orang Malaysia." Aku tergelak kecil.


"Kenapa dengan kereta ni?," soalnya lagi sambil meninjau-ninjau keadaan keretaku.


"Entah kereta ni. Rosak kot so saya nak isi air bateri la ni,"jawabku bodoh-bodoh alang. Ada hati nak baiki kereta sendiri. Masalahnya nak isi air bateri pun aku tak tahu ni.


"Bonet dia tak boleh bukak pulak. Tersangkut kot,"aduku padanya. Dia mengangguk-angguk dan mengangkat bonet tersebut. Sekali tarik dia sudah dapat mengangkat bonet itu. Aku terlopong. Macam mana dia buat? kenapa aku buat tak jadi tadi?.


"Kalau nak buka bonet ni kena tekan kat bawah ni tau." Dia mengajar cara-cara mengangkat bonet kepadaku. Aku tersengih malu dan mengangguk-angguk. Patutlah…


Dia kemudiannya melihat-lihat ke dalam enjin dan cuba untuk memutar lubang yang pada perkiraanku adalah bateri kereta. Dengan yakin aku membuat kesimpulan.


"Bawak kunci jap." Aku menghulurkan kunci kepadanya. Dia cuba memutar menggunakan kunci keretaku itu. Satu lubang dapat di buka dan dia mengambil air bateri lalu di isi ke dalam lubang tersebut. Aku hanya memerhatikan dengan penuh tekun. Kali ini, dia memutar lubang yang kedua, ketiga dan keempat dan prosedur yang sama dilakukannya.


"Dah check minyak hitam?." Tiba-tiba dia bertanya.


"Hah? Minyak hitam?," soalku sambil memandangnya kosong. Minyak hitam kat mana pun aku tak tahu. Aku tersengih lagi.


"Entah," jawabku. Dia turut tersengih. Ish, handsome pulak kalau tengok lama-lama mamat nih. Hatiku berbisik nakal.


"Air?,"soalnya pula. Ish, banyak pulak soalannya. Tak payah tanyalah, kalau ada exam pasal enjin kereta ni pun gerenti aku fail punya. Manalah aku tahu semua tu. Yang aku tahu cuma bawak kereta je dan kalau rosak aku jadi kalut macam nilah. Aku tersengih malu lagi. Dia hanya menggeleng-geleng kepala sambil terus-terusan tersenyum.


"Emm, ada screwdriver tak? Susahlah nak bukak yang ni. Ketat sangat. Lubang ni kenapa macam kena makan tikus je?," dia berbuat lawak pula. Aku melihat lubang yang dimaksudkannya dan ketawa. Memang dah macam kena makan tikus. Dah banyak kali di buka kot. Dia memandangku.


"Emm, nak screwdriver? Ada ke ha?,"tanyaku pada diri sendiri.


"Cuba check kat dalam bonet belakang ke,"usulnya. Aku segera membuka bonet belakang. Ish, berselerak betul bonet ni. Semua ada, kotak buku, tong sampah, kasut aku, payung. Memalukan betul. Aku menyelongkar dan akhirnya menjumpai bungkusan berisi spanar dan screwdriver. Segera aku mengunjukkan kepadanya. Dia mengambil screwdriver dan meneruskan kerjanya.


"Bateri kereta ni dah berapa tahun?,"tanyanya lagi. Aku tergamam. Berapa tahun dah ye? Ish, pernah ke aku ambil tahu sebelum ni?.


"Bukan apa, kalau bateri dah lebih dari 2 tahun dah patut kena tukar dah."


"Ye ke? Habis tu kalau kereta tak boleh start?"


"Tak boleh start?"


"Ha ah. Pagi tadi tak boleh start so saya suruh abang saya baiki. Dia cuma cakap kena tambah air bateri je pastu oklah."


"Eh, tak boleh macam tu sebab kalau bateri dah lemah, tambah air bateri pun dah tak jadi apa-apa. Lepas ni kereta tak boleh nak start balik dah."


"Hah! Yeke?." Habis tu macam mana aku nak pergi kelas lepas ni. Aku sudah buat muka cuak. Dia masih meninjau-ninjau ke dalam enjin keretaku lagi. Aku lihat dia menarik satu batang yang panjang dari dalam enjin.


"Ni minyak hitam." Dia menunjuk kepadaku. Aku mendekatinya untuk melihat dengan lebih jelas. Dia menjolok batang tersebut dan mengeluarkannya lagi sekali.


"Nampak tak tanda F dan L ni?." Aku mengangguk-angguk.


"Kalau macam ni masih elok lagi sebab tak sampai L lagi. L untuk low tau." Dia memberi ceramah tentang kereta kepadaku pula. Aku mengangguk lagi. Dia meletak kembali batang tersebut dari tempat asalnya.


"Yang ni ‘air’." Dia menunjukkan ‘balang air’ tersebut. Aku tersengih.


"Dah, selesai," Dia menepuk-nepuk tangannya yang sedikit kotor. Air bateri di hulurkan padaku.


"Simpan air bateri ni baik-baik. Jangan sampai tumpah. Boleh menghakis. Nanti berlubang pulak body kereta."


"Oh yeke?." Aku cepat-cepat mengambil botol tersebut dan dengan penuh berhati-hati, aku menyimpannya di dalam bonet belakang.


"Err, terima kasih ya encik. Terima kasih banyak-banyak." Aku mengucapkan terima kasih padanya atas bantuan dan ceramah tak berbayarnya itu. Dia mengangguk dan membalas ucapanku.


"Sama-sama. Sila datang lagi."


Aku hanya membalas ucapannya dengan tersenyum. Of course. Hari-hari pun boleh. Bisik hati nakalku.


***********************


"Hello…Abah, ni Adik ni." Mendengarkan suara abah di sebelah sana aku terus menerjah. Tak sempat nak bagi salam pun.


"Ya Adik. Assalamualaikum." Salam dari abah membuatkan aku jadi malu sendiri.


"Waalaikumussalam bah," jawabku.


"Ada apa Adik? Macam tak sabar-sabar nak bagitahu sesuatu kat abah je ni."


"Tak ada. Adik nak tanya ni. Bateri kereta Adik tu dah berapa tahun dah abah?," soalku terus kepada tujuan asal aku menelefon abah.


"Emm, rasa-rasa abah dah dekat 2 tahun lebih dah kot,"jawab abah.


"Ye ke?. Bukan abah baiki semua kereta Adik sebelum hantar ke sini hari tu ke?. Takkan abah tak tukar sekali baterinya?."


"Eh, tak adalah. Abah cuma suruh makenik tu angkat enjin dan potong block je." Ah, sudah. Abah dah mula cakap benda-benda yang aku tak faham.


"Lagipun masa baiki hari tu bateri dia elok lagi jadi abah tak tukarlah baterinya."


"Owh…" aku melopong mendengar penjelasan abah.


"Habis tu macam mana ni bah?. Pagi tadi Adik jalan kaki pergi kelas sebab kereta tak nak hidup," aduku kepada abah dengan rengekan manja. Maklumlah anak tunggal perempuan, bongsu pulak tu. Hehe.


"Tak mintak tolong Along ke?."


"Along ada datang pagi tadi. Dia guna jumper hidupkan kereta adik. Bolehlah hidup tadi. Lepas tu dia pesan isi air bateri sebab air bateri dah nak habis."


"Ish, isi air bateri? Kereta dah tak nak hidup tu maknanya bateri dia dah lemah. Nak kena tukar baru tu dik. Dah tak guna dah adik isi air bateri tu. Pagi esok kalau adik nak pergi kelas dia jadi balik." Huish, sebijik macam yang mamat Petronas tu cakap.


"Ye ke bah? Habis tu macam mana ni?. Adik nak kena pakai kereta nak pergi kelas," rungutku lagi.


"Macam mana tak macam mana, adik kena pergi tukar bateri barulah."


"Manalah adik pandai semua tu bah."


"Mintak tolong Along."


"Along tak ada kat sinilah bah. Along balik Kedah tengok Kak Mazuin dah selamat bersalin."


"Aah… Abah lupa pulak. Baru je tadi Along telefon abah." Abah tergelak menyedari kesilapan sendiri.


"Macam manalah agaknya rupa cucu sulung abah tu. Kalau tak ada aral, abah pergi ke sana lepas Kak Mazuin kau balik nanti."


"Yeke bah. All right…" aku teruja mendengar perkhabaran abah itu.


"Tapi bah, berbalik pada perkara asal tadi. Minggu depan Adik betul-betul nak kena pakai kereta bah. Nak kena buat research ni. Macam mana nak buat kerja ni. Nak tunggu Along balik lambat lagi."


"Kalau adik nak kereta tu hidup Adik cuba tolak."


"Beratlah bah."


"Nak tak nak kena pergi baiki jugak. Tapi Adik jangan pergi sorang-sorang. Bawak orang yang pandai sikit pasal kereta ni. Nanti abah takut adik kena tipu je."


"Kena baiki ek bah?," soalku dengan bodoh lagi.


"Ye,"jawab abah sepatah.


"Okeylah kalau macam tu. Tak apalah abah, Adik nak buat kerja pulak ni. Kirim salam kat mama tau. Tolong peluk cium sekali," gurauku.


"Tak payah pesan, yang tu abah dah selalu buat dah," balas abah sambil ketawa diiringi tawaku juga. Ada-ada aje abah ni.


"Okeylah abah. Bye…Assalamualaikum."


"Waalaikumussalam…"


**************************


Aku berbaring di atas katil sambil memikirkan pada siapa untukku mendapatkan bantuan. Serba tidak kena aku jadinya. Siapa yang pandai selok belok kereta ni?. Hawa dengan Dila bukan boleh harap sangat. Nanti dengan aku dengan dia sekali kena tipu. Aku menggigit bibir sambil berfikir-fikir siapa lagi yang boleh di harap. Tiba-tiba aku teringat pada mamat Petronas itu tadi. Dia nampak macam expert pasal kereta ni. Tapi, takkan nak mintak tolong dia pulak?. Ish, dah la tak kenal pun siapa dia tu. Nama pun tak tahu apa. Setakat mengaku rakyat Malaysia aku pun boleh.


Emm, tapi mamat tu pun boleh tahan handsome jugak. Apalah muka boleh tahan macam tu kerja kat stesen minyak je. Tak ‘grand’ langsung. Aku ketawa sendiri. Macam mana ya? Nak mintak tolong dia ke? Boleh ke? Kalau dia tak layan aku jugak yang malu sendiri nanti. Aku mengeluh kecil. Dengan siapa lagi aku nak mintak tolong ni?.


Tapi…belum cuba belum tahu. Aku cakap jelah aku perlu sangat bantuan dia sebab dah tak ada orang lain yang boleh tolong aku. Hmm, pandai tak aku berlakon? Kalau nak lagi real buat-buat la muka nak menangis depan dia. Aku ketawa seorang diri. Yes, aku dah nekad nak mintak pertolongan dari mamat Petronas tu.


*******************


Keesokan harinya aku menaiki teksi mini atau Kenari untuk ke stesen minyak Petronas tempat mamat semalam bekerja. Tiba-tiba aku rasa berdebar. Takut pula untuk berhadapan dengan mamat itu. Sampai di stesen minyak tersebut, aku terus keluar dan mencari-cari kelibat mamat semalam tetapi tiada. Aku berasa hampa. Aku memandang seorang pekerja di salah sebuah tangki minyak yang terdapat di situ. Dia tersenyum kepadaku dan aku teragak-agak membalas senyumannya itu. Aku menuju ke arahnya untuk bertanyakan tentang mamat semalam.


"Emm, tanya sikit. Mamat yang semalam tu kerja hari ni?."


"Hah?." Dia terpinga-pinga.


"Emm, mamat yang tolong saya baiki kereta semalam?," soal aku lagi.


"Sini nama Mamat juga tada…lagi mau isi minyak juga ada." Cit, bangla ni tak paham apa aku tanya rupanya. Hampeh. Aku tersengih memandangnya. Dia masih nampak seperti ‘confuse’. Lantak kaulah.


Sia-sia saja usaha aku ke mari. Ingatkan adalah orang yang boleh di harap. Aku sudah berkira-kira untuk pulang ke kolej sahaja. Saat aku berpaling dan melangkah, seseorang melanggar bahuku membuatkan aku mengaduh sakit. Aku baru ingin marah tapi…


"Eh, awak…" ucapnya. Aku tak berkelip melihat wajahnya. Mamat semalam. Yes, dia datang juga akhirnya. Aku tersengih-sengih sambil masih memegang bahuku.


"Err, sorry. Tak sengaja langgar awak tadi. Sakit ke?,"soalnya penuh cakna.


"Eh, tak, tak. It’s ok. Tak apa." Tergagap-gagap aku membalas kata-katanya. Handsomenya dia hari ni, dengan t-shirt hitam lengan pendek, berseluar jeans lusuh dan memakai cap. Nampak santai sangat. Tapi, kenapa tak pakai uniform hari ni?.


"Nak isi minyak ke? Keretanya mana?," tanyanya pula.


"Emm…emm…sebenarnya…sebenarnya…" Aku teragak-agak untuk memberitahunya tujuan kedatanganku. Rasa malu bersarang di hati. Kenapalah aku boleh buat keputusan bodoh ni.


"Kereta cik tak boleh start lagi?". Eh, macam mana dia boleh tahu ni?


"Ha ah." Aku mengangguk-angguk mengiyakan.


"Nak mintak tolong saya ke?." Aku mengangguk lagi sambil menundukkan wajah. Malunya. Terasa seperti terbakar kulit mukaku ini.


"Kalau macam tu tunjukkan kat saya kat mana keretanya," usulnya pula. Aku berkelip-kelip tidak percaya. Dia yang volunteer bagi bantuan ke atau aku salah dengar ni?. Aku memandang wajahnya. Dia tersenyum sambil mengangkat kening.


"Saya tak ganggu awak kerja ke ni?. Nanti kalau bos awak marah macam mana?." Dia ketawa.


"Owh, kalau macam tu kejap ye. Saya pergi jumpa bos saya kat dalam, mintak cuti hari ni." Dia kemudian berlalu ke dalam dan keluar beberapa minit kemudiannya.


"Jom…" ajaknya ke sebuah kereta. Eh, kereta dia ke ni? Aku memandang sepi pada Nissan Sunny yang kelihatan agak uzur itu . Kemudian, aku mengambil tempat di sebelah pemandu.


"Sorry lah. Kereta buruk je." Dia berbasa basi sambil berusaha membuka tingkap kereta. Berbunyi-bunyi tingkap tersebut.


"Aircond rosak." Tambahnya lagi. Aku sengih lagi. Dah tak tahu untuk kali ke berapa.


"Its ok,"balasku. Entah ikhlas ke atau tidak. Aku tergelak di dalam hati.


"Kereta awak kat mana?"


"Kat dalam kolej,"jawabku.


"Dah cuba start?"


"Dah tapi tak boleh jugak. Itu yang saya cari awak. Encik…" soalku untuk bertanyakan namanya.


"Hisham…panggil Sham pun boleh. Awak?," soalnya pula.


"Batrisya…panggil je Risya." Aku tersenyum padanya. Dia hanya mengangguk-angguk.


"Sebenarnya, abah saya suruh saya pergi kedai mekanik tukar bateri yang baru tapi saya tak berapa pandailah pasal kereta ni. Abah saya takut saya kena tipu jadi saya nak mintak tolong Encik Hisham la." Aku membuang rasa maluku dan memberitahu perkara asal kepadanya.


"Tak takut ke kalau saya ni penipu jugak?,"soalnya tiba-tiba. Aku tergamam.


"Macam mana kalau saya tipu dan bawak lari awak.?" Ah, sudah. Biar betul dia ni. Aku sedikit cuak. Tapi bila di fikir balik takkanlah penipu nak cakap awal-awal macam ni kan?.


"Saya tak rasa yang Encik Hisham ni penipu. Encik dah tolong saya semalam dan naluri saya mengatakan saya boleh percayakan encik." Aku harap kata-kata aku ni betul. Dia ketawa kecil.


"Awak senang sangat percayakan orang ni. By the way, tak payahlah panggil saya encik. Saya ni bukannya kerja pangkat besar pun, setakat jadi atendan stesyen minyak je. Panggil Hisham je,"ujarnya merendah diri. Aku tersengih malu. Dia sudah membelok ke dalam kolejku dan bertanyakan tempat aku meletak kereta. Aku menunjukkan arah kepadanya.


Dengan menggunakan ‘jumper’ kereta aku dapat dihidupkan sekali lagi. Tapi tak lama tu, esok dia tak boleh ‘start’ lagi. Takkanlah selamanya nak guna ‘jumper’ je. Nak tak nak terpaksa juga aku menukar bateri yang baru. Dengan menaiki keretaku, kami berdua pergi ke workshop yang berdekatan. Katanya dia selalu ke workshop ini sekiranya keretanya bermasalah. Hmm, kereta Nissan Sunny nya itu dah layak di buang pun, buat apa nak baiki lagi? Aku hanya mampu berkata sedemikian di dalam hati sahaja.


"Hello bos. Mau apa datang sini? Kereta lu baru baiki rosak lagi ka?." Seorang lelaki cina menegur kami yang baru keluar dari kereta. Rasanya lelaki cina tersebut tauke workshop tersebut.


"Ni saya bawak kereta kawan saya rosak. Lu boleh baiki tak? Dia mahu tukar itu bateri punya," jawabnya pada tauke tersebut. Aku hanya menjadi pemerhati pada sesi perbincangan mereka itu. Mahu menyampuk pun bukannya aku tahu apa-apa.


"Ooo…boleh ma…Lu punya awek punya keleta wa kasi gini punya," ucap tauke tersebut sambil menunjukkan ‘thumbs up’. Aku tergelak. Ada pulak dia cakap aku ni makwe Hisham. Entah apa-apa je.


Hisham menyuruhku duduk di kerusi yang disediakan sementara dia turut mengikut tauke cina tersebut melihat keretaku. Entah apa yang dibincangkan mereka berdua, aku pun tak tahu. Bosan pulak duduk sendirian di sini, aku membelek majalah-majalah yang terdapat di meja. Semuanya pasal motor dan kereta. Bosan betul, kalau ada Majalah Wanita ke Cleo ke okey jugak. Tiba-tiba aku ternampak Majalah Midi di celah-celah majalah Top Gear membuatkanku tergelak. Hisham dan Tauke Cina tersebut berpaling melihatku. Aku hanya tersengih malu. Hmm, Midi pun Midi lah.


Beberapa jam kemudian, Hisham mengejutkanku. Laa, aku boleh tertidur rupanya. Buat malu je bila melihat Hisham yang sedang tersengih memandangku. Bukannya aku mengantuk sangat tapi sebab menunggu terlalu lama aku boleh tertidur pula.


"Jom, kita balik,"ujarnya.


"Hah? Dah siap ke?." Hisham mengangguk. "Berapa semua?," soalku.


"Tak apa saya dah bayar," jawabnya.


"Eh, kenapa pulak macam tu. Itu kan kereta saya. Mana boleh awak yang bayarkan."


"Its ok. Saya ada duit so saya tolong bayarkan."


"Eh, tak naklah saya. Saya bawak duitlah. Saya mintak tolong awak temankan je bukannya bayarkan sekali," marahku. Aku cukup pantang berhutang duit dengan orang lain.


"Okeylah kalau macam tu awak bayar lima puluh ringgit dekat saya." Dia membuat keputusan.


"Semua sekali lima puluh ringgit?." Dia mengangguk. Aku mengeluarkan not lima puluh ringgit dan memberikannya padanya.


"Dah, tak payah nak marah lagi," ujarnya sambil senyum. Macam mana aku nak marah lagi bila melihatkan wajahnya yang tenang itu. Sejuk terasa hatiku.


"Jomlah kita balik," ajaknya untuk kali kedua. Aku membuntutinya ke kereta.


****************************


Sejak dari hari itu, aku dan Hisham menjadi baik. Pada setiap hujung minggu aku pasti akan ke stesyen minyak tersebut untuk mengisi minyak atau secara tersiratnya aku sebenarnya ingin berjumpa dengan Hisham. Pernah sekali aku pergi ke stesyen minyak itu pada hari biasa tetapi dia tiada. Dipengaruhi rasa ingin tahu, aku bertanyakan pekerja lain di stesyen tersebut tetapi pekerja itu mengatakan bahawa Hisham balik awal pada hari biasa, hanya pada hari minggu dia akan berada di stesyen tersebut sepanjang hari. Jadi, untuk menghilangkan rasa rindu ini aku akan pergi ke stesyen tersebut pada setiap hari minggu dengan alasan ingin mengisi minyak.


Setiap kali aku ke stesyen tersebut dia pasti menegurku dan tolong mengisikan minyak untukku. Bahagianya aku tatkala itu. Kadang-kadang aku berasa seperti perasan seorang. Entah kenapa aku boleh terpikat dengannya sedangkan dia hanyalah atendan stesyen minyak sahaja. Bukannya berharta pun. Aku pelik. Di mana hilangnya angan-anganku sebelum ini yang hanya mahu bersuamikan lelaki kaya?. Kan best kalau Hisham tu orang kaya. Bukannya pekerja di stesyen minyak itu. Aku selalu membayangkannya memakai kot dan menaiki kereta mewah. Berjalan penuh bergaya dan menjadi Prince Charmingku. Ah, angan-angan kosongku menjelma lagi.


"Esok saya nak ke satu tempat. Awak nak ikut?," tanyanya ketika aku sedang leka memerhatikannya mengisi minyak ke keretaku. Dia memandangku sambil tersenyum. Dia ada lesung pipit rupanya. Kenapa sebelum ni aku tak pernah sedar. Tiba-tiba aku terdengar lagu Hindustan berkumandang. Lagu kegemaranku, Are Re Re dari filem Dil To Pagal Hai membawaku kepada angan-angan yang bangang. Aku hanya tersedar apabila Hisham melambai-lambaikan tangannya di depan mukaku. Ya Allah, malunya tetapi aku masih mendengar lagu tadi berkumandang lantas aku mencari-cari dari arah mana lagu tersebut datang. Rupanya lagu tersebut datang dari sebuah kereta yang dinaiki seorang lelaki India yang turut berhenti mengisi minyak di situ. Hampeh.


"Berangan ye?," soalnya yang ketawa melihatku seperti terawang-awang itu. Kalaulah Hisham tahu apa yang kubayangkan tadi alangkah malunya aku.


"So, boleh tak esok?,"tanyanya lagi.


HHHhhhh

"Esok?," soalku untuk menghilangkan gugup. Sebenarnya apa yang dia cakapkan tadi pun aku tak dengar.


"Ya, esok kalau boleh saya nak ajak awak ke satu tempat. Itu pun kalau awak sudi."


"Emm…" sukar untukku membuat keputusan. Kalau aku cakap ya nanti nampak sangat yang aku ni senang nak dapat. Tapi kalau aku cakap tak, hati ni suruh cakap ya pulak. Macam mana ya?


"Kenapa? Awak ada hal ke esok?"


"Eh, tak ada." Laju aku menjawab. Bibir ni, tak boleh nak control langsung.


"Kalau macam tu esok saya ambil awak kat kolej ya." Aku hanya mengangguk. Apa lagi yang boleh aku katakan.


"Bos…" jerit seorang pekerja wanita dan menuju ke arahku dan Hisham. Pekerja tersebut sedikit gugup bila melihat wajahku.


"Err…Sham…Bos panggil," beritahunya kepada Hisham selepas berada di depan kami.


Hisham kelihatan mengangguk pada pekerja wanita itu dan dia terus berlalu masuk ke dalam Mesra Mart itu semula. Hisham berpaling ke arahku dan tersenyum manis.


"Bos saya panggil tu. Mungkin dia nak suruh buat sesuatu. So, kita jumpa esok ya," usulnya. Aku mengangguk sambil membalas senyumannya.


"Assalamualaikum."


"Waalaikumussalam," jawabku. Alahai, baiknya, siap bagi salam lagi. Wahai stesyen minyak Petronas, jadilah saksiku bahawa aku telah jatuh cinta!.


************************


Malam itu Along menelefon untuk bertanyakan tentang keretaku. Eh, Along ni dah dekat sebulan keretaku itu sudah dibaiki baru sekarang mahu bertanya?. Apa-apa ajelah Along. Hari itu nasib baiklah aku tidak menunggu Along dan meminta pertolongan Hisham kerana Along tiba-tiba menambah cutinya semata-mata untuk menemani Kak Mazuin di Kedah.


Sekarang mereka sudah pulang ke rumah mereka di Petaling Jaya dan Kak Mazuin masih dalam tempoh berpantang. Katanya mahu berpantang selama 100 hari. Oleh itu, dia sekarang sedang dikawal selia dengan ketatnya oleh mamaku. Kesian Kak Mazuin terpaksa meminum air herba setiap pagi. Aku hanya ketawa senyap-senyap melihat dia membuat muka seperti hendak menangis selepas dipaksa minum air herba tersebut beberapa hari yang lepas. Takut untuk ketawa kuat-kuat kerana gerun jika dimarahi mama. Tunggulah turn aku nanti, mesti lagi teruk daripada ini. Hish, takut aku memikirkannya.


Serta-merta aku teringat pada Aqif Hakimi, anak saudaraku yang comel itu. Pipinya yang gebu itu membuatku jadi geram dan gemar menggomolnya sehingga dia jadi tidak senang duduk dan menangis. Bila Aqif dah menangis, apa lagi, bisinglah mulut mama memarahiku.


Berbalik pada cerita Along yang menelefonku. Along bertanyakan samada keretaku itu meragam lagi. Aku menceritakan kesemuanya kepada Along bermula daripada cerita aku meminta pertolongan seorang pekerja stesyen minyak termasuklah peristiwa aku tertidur di workshop kerana menunggu berjam-jam untuk mereka menyiapkan kereta tersebut.


"Berjam-jam? Setahu Along kalau setakat nak tukar bateri tu dalam setengah jam dah siap. Kenapa sampai berjam-jam?,"tanya Along. Aku terkedu. Ya kah? Samada betul mereka membaiki keretaku berjam-jam atau aku yang tertidur dengan lamanya. Ah, mana satu yang betul ni? Aku pening.


"Berapa semua sekali adik bayar?"


"Kawan adik yang bayarkan dulu. Lepas tu adik bayar kat dia balik lima puluh ringgit." Along tergelak.


"Lima puluh ringgit? Biar betul adik ni. Adik tahu tak berapa harga sebiji bateri kereta tu?."


"Berapa?." Aku bertanya, dungu.


"Emm, adalah dalam seratus empat puluh ke seratus setengah macam tu. Kos upah baiki lagi adalah dalam dua ratus kot,"jawab Along.


"Hah? Ye ke?." Biar betul. Maknanya aku bayar pada Hisham kurang separuh daripada harga asal? Tapi, kenapa pulak Hisham nak menipuku?. Ish, peninglah.


"Entah-entah budak tu berkenan kat adik tak? Sebab tu dia sanggup bayarkan semua." Along tiba-tiba mengusik.


"Ish, tak adalah. Dah la kerja atendan stesyen minyak je kot. Tak naklah adik." Aku menafikan perasaan ini dihadapan Along. Malulah aku kalau semua tahu aku jatuh cinta pada atendan stesyen minyak.


Lagipun tak logik seorang pekerja stesyen minyak yang pendapatannya beberapa kerat sahaja mampu untuk membayarkan beratus-ratus ringgit untukku. Tengok sahajalah kereta Nissan Sunnynya itu, bukan main nazak lagi. Daripada dia baik hati menghabiskan beratus ringgit untukku, baik dia menyimpan duit untuk membeli kereta lain sahaja.


"Ish adik ni. Kerja kat stesyen minyak pun kerja yang halal jugak. Apa bezanya dengan kerja-kerja lain. Asalkan dapat cari rezeki yang halal cukup." Amboi amboi petahnya Along bercakap. Kalau bab nak mengenakanku memang nombor satu.


"Kalau macam tu Along berhentilah jadi engineer tu. Tukar profession jadi tukang isi minyak. Halal jugak kan," aku bersuara marah membuatkan Along ketawa kuat.


"Haha…adik Along ni. Along bergurau pun tak boleh. Lagipun hilanglah macho Along nanti kalau kerja kat stesyen minyak." Along masih ketawa membuatkan aku mencebik.


"Tapikan. Ada orang cakap, kalau marah-marah ni maknanya betul."


"Along…!," aku menjerit membuatkan Along ketawa lagi besar.


"Eh, tak apalah adik. Aqif menangis pulak, terkejut kot dengar Along gelak kuat tadi."


"Tu lah. Gelak tak ingat dunia. Kan dah nangis anak saudara adik tu."


"Yelah…yelah. Along tak gelakkan adik lagi dah. Okeylah ya. Along nak pergi tengok Aqif. Assalamualaikum."


"Waalaikumussalam. Kirim salam dekat Kak Mazuin."


"InsyaAllah."


***********************


Dari jauh aku sudah nampak kereta Nissan Sunny milik Hisham yang uzur itu. Aku pelik dengan diriku sendiri. Aku tidak tahu apa yang ada pada diri Hisham sehinggakan aku tidak teragak-agak untuk selalu berada di sampingnya. Aku teringat pada kata-kata Along semalam. Benar apa yang Along katakan itu, aku juga menyukainya tetapi aku malu untuk mengakuinya kerana bagiku kedudukan Hisham tidak seangkatan denganku. Beberapa bulan sahaja lagi aku bakal menghabiskan pelajaranku dan akan menggenggam segulung ijazah. Bukankah memalukan sekiranya pemegang ijazah bergandingan dengan atendan stesyen minyak?. Apa kata abah dan mamaku nanti. Sudah terang-terangan mereka akan menolak.


"Assalamualaikum," tegurnya. Satu kalimah yang tidak pernah lekang dari bibirnya tatkala menemuiku mahupun pada saat kami ingin berpisah. Kerana itulah jua aku terpikat padanya.


"Waalaikumussalam." Aku menjawab dengan sedikit gugup. Hish, kenapalah setiap kali aku berhadapan dengannya aku menjadi begini? Dadaku terasa berdebar-debar seperti ingin pecah.


"Shall we?," dia mengajakku. Eh, betul ke apa yang aku dengar ni? Dia ‘speaking’ kan?. Namun, pertanyaanku itu hilang apabila dia tolong membukakan pintu kereta untukku. Wah, romantiknya.


Dia mengambil tempat di sebelahku sambil tersenyum manis. Aku membalas senyumannya itu dengan lagi manis. Dia menarik gear reverse dan berundur keluar dari petak parking. Aku mengambil peluang itu untuk melihat wajahnya dengan lebih dekat. Kadang-kadang aku lihat wajahnya iras-iras Ashraf Muslim pun ada. Aku tersengih sendiri.


"Kenapa?," soalnya tiba-tiba.


"Err…tak ada apa-apa." Aku kalut sendiri. Macam manalah boleh terkantoi.


"Kita nak pergi ke mana ni?," soalku ketika kami sudahpun keluar dari perkarangan universiti.


"Kejap lagi awak akan tahu," ujarnya seperti mahu berahsia denganku.


Selepas beberapa minit di dalam perjalanan akhirnya kami tiba ke destinasi. Aku memandang Hisham apabila dia memberhentikan kereta di perkarangan Rumah Aman. Dia mengangkat kening sebagai isyarat bertanyakan kenapa kepadaku.


"Ini rumah anak yatim kan?," soalku kepadanya. Dia tersenyum seraya mengangguk.


"Kenapa bawak saya ke sini?"


"Saya nak bawa awak jumpa ‘adik-adik’ saya," balasnya. Adik-adik? Apa maksud dia? Adakah Hisham pun berasal dari sini? Dia ni anak yatim ke?.


"Boleh tolong saya bawakan barang-barang ni?," aju Hisham kepadaku. Aku segera ke bonet belakang dan melihat begitu banyak buku-buku, tin-tin berisi biskut dan buah-buahan.


"Banyaknya," ujarku yang sedikit terlopong.


"Awak bawak yang ringan-ringan je. Yang berat tu biar saya ambil lagi sekali nanti. Terima kasih," ucapnya. Aku segera mencapai plastic berisi buah-buahan dan mengikutnya dari belakang. Seketika aku terfikir, ‘banyaknya barang ni. Dia beli pakai duit sendiri ke?’


Tatkala Hisham memberi salam, kesemua kanak-kanak yang aku kira dalam lingkungan 7 hingga 10 tahun yang sedang menonton televisyen tadi menghampirinya dan berebut-rebut ingin bersalam dengannya.


"Abang Sham. Kenapa dah lama tak datang sini?." Seorang budak lelaki yang berbaju kuning bertanya kepadanya.


"Abang sibuk sikit. Tak ada masa nak datang jenguk kamu semua. Abang minta maaf ya." Hisham memjelaskan kepada budak tersebut berserta rakan-rakannya yang lain.


"Ni, abang bawakkan buku dengan biskut. Nah," Hisham menghulur kepada kanak-kanak tersebut. Kesemua mereka berkerumun untuk mendapatkan barang-barang yang berada di tangan Hisham.


"Jangan berebut. Ada banyak lagi kat dalam kereta abang. Pergilah ambik." Selepas dia berkata begitu, kanak-kanak yang lain segera keluar dari rumah itu dan mendapatkan barang-barang yang berada di dalam kereta Hisham. Aku terpegun seketika dengan layanan Hisham terhadap kanak-kanak itu tadi. Jelas sekali bahawa dia sudah lama mengenali kanak-kanak di rumah tersebut kerana kanak-kanak itu begitu menyayanginya. Mungkin inilah yang di maksudkan oleh Hisham dengan ‘adik-adik’ tadi


"Kak, saya nak benda yang kat tangan akak tu boleh?." Seorang budak lelaki bertanyakan kepadaku. Aku sedikit terkejut lalu menghulurkan plastik buah-buahan tersebut kepadanya.


"Nah, kongsi dengan yang lain tau. Jangan berebut-rebut." Sempat lagi aku menasihatinya. Budak lelaki tersebut mengangguk dan mengucapkan terima kasih kepadaku. Aku tersenyum dan apabila aku mengangkat wajah, aku lihat Hisham turut tersenyum memandangku.


"Abang Sham bawak makwe ke?." Budak lelaki yang berbaju kuning itu tadi bertanya. Aku tergamam. Budak ni, nak mengusik pulak. Aku lihat Hisham masih tersenyum kemudian tiba-tiba mengangguk. Aku sedikit terkejut.

"Cantik tak makwe abang?," tanyanya kepada kanak-kanak tersebut.


"Cantik…" kesemua kanak-kanak di situ bersuara. Aku jadi malu sendiri. Kulit wajahku terasa membahang.


"Cantiklah…Lagi cantik dari Fasha Sandha." Budak lelaki yang lain bersuara.


"Aah betul tu. Macam Erra Fazira." Amboi.


"Eh, macam Maya Karinlah." Masya Allah budak-budak ni, cukuplah tu. Malu aku. Aku sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk. Aku lihat Hisham. Dia seperti suka melihat aku di usik oleh budak-budak ini.


"Adik-adik. Dah lah tu. Kesian abang tengok muka Kak Risya dah merah padam tu." Akhirnya, barulah dia bersuara. Aku menarik nafas lega apabila mereka sudah membuat hal masing-masing.


Dua jam kami menghabiskan masa bersama-sama dengan kanak-kanak Rumah Aman dengan mengajar mereka dan berbual-bual tentang kehidupan mereka di sekolah dan di rumah tersebut. Tersentuh hatiku apabila mendengar cerita mereka yang mengatakan mereka di hantar ke situ oleh ibu atau bapa mereka kerana tidak mampu untuk menyara keluarga. Aku mengambil peluang itu dengan menasihati mereka supaya belajar bersungguh-sungguh dan menjaga keluarga mereka apabila sudah besar nanti. Walaupun kadang-kadang terasa seperti ingin menangis, aku tabahkan hati supaya tidak menunjukkannya di hadapan meraka. Aku tidak mahu mereka turut berasa sedih dengan tingkahku itu.


"Awak sedih?," soal Hisham ketika kami sudah berada di dalam kereta. Kanak-kanak Rumah Aman itu menghantar kami sehinggalah ke pintu pagar. Begitu kasihnya mereka kepada kami dan membuatkan aku sangat terharu. Aku seka air mata yang tiba-tiba menitis. Aku tergelak kemudiannya.


"Ter ‘emo’ pulak hari ni." Aku gelak lagi. Dia senyum tapi senyumannya tidak seriang tadi.


"Kalau saya tahu awak akan menangis, saya tak bawa awak ke sini tadi," ucapnya.


"Eh, saya bukan menangis sebab tak suka ke situ. Saya cuma terharu dengan layanan mereka tadi," ucapku pula membetulkan tanggapannya.


"Awak ada masa lagi untuk saya tak,?" soalnya tiba-tiba. Aku terpinga-pinga. Maksudnya?.


"Ikut saya ke satu tempat lagi?," pintanya. Aku diam. Memandang wajahnya dan senyum.


" I assume it as ‘boleh’," ujarnya membuatkan aku tertawa.


Hisham memberhentikan keretanya di tempat letak kereta dan kami berjalan bersama-sama menyelusuri tasik itu. Aku lihat ramai pengunjung tasik itu berjogging dan beriadah bersama-sama keluarga. Tiba-tiba seorang lelaki yang berjongging di laluan yang kami berjalan itu tidak sempat untuk berhenti dan melanggar badan ku membuatkan aku hampir-hampir terjatuh. Nasib baik aku sempat di tangkap oleh Hisham. Jika tidak pasti aku sudah tersungkur di situ juga. Kami sama-sama memandang ke arah lelaki tadi yang masih meneruskan lariannya sebelum mengucapkan maaf dari jauh. Kurang adab betul.


Apabila aku berpaling, rupa-rupanya wajahku hanya tinggal beberapa inci sahaja dari wajahnya. Cepat-cepat aku melepaskan peganganku begitu juga dia. Debaran di dada semakin kencang. Aku membetulkan rambutku yang sedikit kusut akibat tolakan tadi. Sebagai cara untuk menutup gugupku sebenarnya. Dia pula membetulkan cap yang dipakainya kemudian menyeluk kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar. Kami saling ketawa apabila berpandangan.


"Awak nak suruh saya pukul lelaki tadi ke,?" soalnya kepadaku membuatkan kami ketawa lagi.


"Its ok. Tak perlu," balasku dengan sisa-sisa ketawa yang masih ada.


"Jom kita duduk kat situ." Dia mengajakku ke sebuah bangku yang kosong. Kami sama-sama duduk menghadap tasik yang kelihatan mendamaikan itu. Lama kami duduk tanpa bicara sambil menikmati pemandangan yang indah itu sebelum Hisham berkata sesuatu yang tidak di sangka.


"Saya suka awak." Aku tergamam. Melihatkan wajahnya yang serius itu menambahkan debaranku. Dia menelan air liur sebelum meneruskan kata-kata.


"Saya suka awak sejak…sejak saya tolong baiki kereta awak hari tu. Saya tahu saya hanyalah pekerja stesyen minyak. Tak layak untuk bergandingan dengan awak pun. Saya tak berharta, hanya kereta yang buruk itu sahaja yang saya ada. Saya tahu saya tak mampu untuk membahagiakan awak. Tapi, saya hanya mahu awak tahu bahawa saya tetap sukakan awak sampai bila-bila."


****************************


"Tidak!," putus mama.


"Tapi mama," bantahku.


"Mama cakap tidak, maknanya tidak. Adik jangan jadi bodoh. Apa yang pekerja stesyen minyak tu boleh bagi kat adik? Nak makan pasir?. Adik sedarlah adik. Adik ada degree. Dia apa yang ada? Adik tak malu ke?," marah mama.


"Adik cintakan dia mama. Adik tak kisah semua tu."


"Hidup dengan cinta sahaja tak ke mana dik. Kita hidup perlukan duit. Setakat kerja dekat stesyen minyak berapa sangat yang dia boleh bagi kat adik? Takkanlah adik yang nak sara hidup dia pulak. Mama tak setuju."


"Mama tolonglah bagi adik pilih jalan hidup adik sendiri. Adik cintakan dia. Dia baik mama."


"Adik, adik dah pandai melawan cakap mama sekarang ya. Adik ingat mama pentingkan diri sendiri ke?. Mama fikirkan demi kebaikan adik tau. Mama tak nak anak mama menyesal di kemudian hari. Mama bukan nak hina dia dik. Tapi adik fikirlah dengan otak bukan dengan hati. Sekarang adik bahagia dengan dia. Siapa tahu satu hari nanti dia berubah? Masa tu adik yang kena tanggung dia sedangkan sepatutnya dia yang tanggung adik. Dia tak seangkatan dengan adik. Adik carilah orang lain dik. Mama tak setuju dengan dia."


"Mama…" Aku sudahpun menitikkan air mata. Aku tahu mama akan membantah keputusanku. Dari awal lagi aku sudah jelas dengan penolakan itu tapi aku degil. Aku tetap mahukan Hisham. Aku cintakannya sepenuh hatiku. Kenapa mama tidak faham itu semua?


"Kalau adik pilih dia, adik jangan balik jumpa mama lagi." Kata-kata akhir dari mama begitu mengejutkanku. Sampai hati mama berkata begitu. Salahkah aku mencintai seorang pekerja stesyen minyak? Kenapa mama sanggup membuat keputusan begitu hanya kerana tidak mahu aku bersama-sama dengan Hisham?. Sakitnya hatiku ini hanya Tuhan yang tahu.


"Mama dah buat keputusan. Orang yang pertama masuk meminang selain dari lelaki itu, mama akan terus terima. Tak kiralah samada adik setuju atau tidak. Mama tak boleh biarkan adik buat keputusan sendiri. Kalau adik nak jadi anak derhaka adik cubalah ingkar cakap mama."


***************************


"Maafkan saya Hisham. Saya tak nak jadi anak derhaka." Aku memandang wajah Hisham yang mendung. Dia juga sepertiku, bersedih dengan penolakan mama. Setiap masa aku menangis membuatkan aku letih untuk menangis lagi. Wajah Hisham ku pandang lagi.


"Saya tak ingin semua ni terjadi. Saya cintakan awak tapi saya tak sanggup lukakan hati mama saya, Hisham. Saya sayang mama saya melebihi segala-galanya. Tolonglah maafkan saya." Hisham berpaling dan menatap wajahku. Dia senyum tapi senyumannya sudah tidak seperti dahulu. Senyumannya tidak ikhlas.


"Saya faham. Saya terima keputusan awak dengan hati terbuka. Saya harap awak berbahagia dengan bakal tunang awak." Hatiku sangat tersentuh dengan penerimaannya itu. Kalau boleh aku ingin lari dari sini bersama-samanya, aku ingin hidup bersama-samanya tapi aku takut.. Aku takut dituduh sebagai anak derhaka. Aku takut di laknatiNya. Aku tidak mahu kehidupan kami tidak mendapat keberkatan dariNya. Lebih baik aku ketepikan perasaanku ini daripada aku terus diburu dengan perasaan bersalah terhadap mama seumur hidupku. Hisham menatap wajahku untuk kesekian kalinya. Dia mengesat airmataku yang menitis dengan jarinya.


"Awak jangan menangis. Kita kena terima ini semua dengan redha. Ini semua takdir Allah. Mungkin ini bukan jodoh kita. Mungkin kita akan dapat yang lagi baik dari sekarang. Yang penting, kita bersabar. Kalau ada jodoh kita, kita tetap akan bersama. Selebihnya kita berserah pada Allah." Sungguh tabah dia menerima dugaan ini. Aku menjadi kagum dengannya. Walaupun dia hanyalah pekerja di stesyen minyak tapi pemikirannya sangat matang. Mungkin pengalaman hidup mematangkannya.


"Walaupun saya bakal bertunang mahupun berkahwin dengan orang lain, saya mahu awak tahu bahawa saya tetap cintakan awak sehingga ke akhirnya." Aku mengetap bibir menahan tangis.


"Jangan Risya. Jangan buat macam tu. Anggaplah saya ni kisah lama sahaja dalam hidup awak. Lupakan saya. Jangan jadi derhaka pada suami awak pula."


"Jangan buat saya macam ni Hisham."


"Saya terpaksa Risya. Saya tak mahu awak lalai dengan tanggungjawab awak. Saya tak mahu awak berdosa kerana menduakan suami. Lupakanlah saya."


Hisham menatap wajahku untuk kali yang terakhir. Lama, sebelum dia kembali menyambung kata-kata.


"Selamat tinggal, sayang…Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Assalamualaikum." Dan dia terus berlalu meninggalkanku yang menangis keseorangan di tasik ini. Tasik yang pernah menyaksikan bermulanya episod cinta kami dan tasik ini juga yang menjadi saksi perpisahan kami.


*********************


"Risya, Saiful kirim salam," ucap Anis, sepupuku tatkala dia masuk ke bilikku. Aku hanya menjawab salam itu di dalam hati. Saiful adalah tunangku. Tunang yang tidak pernah ku kenali. Apa yang aku tahu dia merupakan pengurus sebuah syarikat pembinaan yang di usahakan oleh keluarganya. Pandai betul mama memilih calon menantunya. Memang sangat berbeza dengan kerja di stesyen minyak. Rasa marahku masih berbekas pada mama kerana membuat keputusan bagi pihakku. Sebagai balasannya, aku mengenakan syarat pada mama bahawa aku tidak mahu melihat wajah tunangku itu sehinggalah menjelang hari perkahwinanku.


Entah untuk apa pertunangan ini pun aku tidak tahu. Bukankah matlamat satu pertunangan itu untuk mengenali hati budi pasangan masing-masing, tapi aku tetap berkeras dengan syaratku itu. Biarlah apa orang mahu kata, aku tetap dengan keputusanku.


"Kesian kat Saiful tu, aku tengok. Bukannya tak handsome pun sampai kau langsung tak nak tengok muka dia." Anis berkata-kata sambil menilik hantaran yang sudah siap digubah. Aku hanya termenung di birai katil. Menjelang esok, aku bakal di nikahkan dengan Saiful. Bermakna, aku akan dipisahkan dari Hisham buat selama-lamanya. Terasa seperti hati ini disiyat-siyat. Tiba-tiba handphoneku mengeluarkan bunyi. Aku mendapat satu mesej dan dengan rasa sedih dan tidak berdaya, aku membuka mesej tersebut.


‘Selamat Pengantin Baru. Semoga Berbahagia Hingga ke Akhir Hayat. InsyaAllah saya akan hadir ke majlis perkahwinan awak esok.’ – Hisham.


Bibirku terketar-ketar menahan tangis. Sampai hati Hisham menghantar mesej ini kepadaku. Tidak tahukah dia bahawa aku sangat merinduinya ketika ini?. Kenapa dia perlu mengatakan bahawa dia akan hadir di hari perkahwinanku? Tidak sedihkah dia dengan berita perkahwinanku ini? Kenapa dia perlu mendera perasaanku? Dan yang lebih penting, tidakkah dia tahu bahawa perkahwinanku ini adalah kerana terpaksa dan bukan dari keinginanku sendiri?.


"Risya. Kau sepatutnya gembira tau dapat suami macam Saiful tu. Dia terima je bila kau cakap tak nak jumpa dia langsung sampailah korang kahwin. Dahlah baik, sabar, handsome, kaya pulak tu." Anis masih membebel-bebel seorang diri. Aku tidak dapat membendung kesedihan ini lagi. Esak tangisku mula kedengaran dan mengejutkan Anis yang sedang leka berbicara seorang diri.


"Risya…kenapa ni? Kenapa kau menangis pulak ni?," soal Anis yang gelisah dengan esakku yang tiba-tiba itu.


"Anis…" aku memeluk Anis. Dia cuba menenteramkanku dengan mengusap-usap belakangku. Kalaulah mama mengerti perasaan anak gadisnya ini. Anis mengambil handphone di tanganku dan membaca mesej tersebut.


"Risya, kau kena lupakan dia. Mesti. Kau kena sedar yang kau dah nak jadi isteri orang Risya."


"Aku tak boleh. Aku cintakan dia. Sangat sangat Anis. Sangat sangat cintakan dia."


"Kau pasti boleh Risya. Kau kena yakin. Tuhan dah tetapkan dia bukan jodoh kau. Kau kena terima semua tu." Anis dengan tegasnya berkata sedemikian kepadaku.


"Kenapa semua orang nak aku lupakan Hisham?. Mama nak aku lupakan Hisham, kau nak aku lupakan Hisham, Hisham pun nak aku lupakan dia. Kenapa?," jeritku.


"Sebab kau dah ada Saiful, Risya. Sedar tu!. Dia selayaknya lelaki yang kau cintai. Bukan Hisham mahupun lelaki lain sebab dia tunang kau Risya. Bakal suami kau!." Anis menyedarkanku akan hakikat itu. Aku terdiam. Ya, Saiful memang tunangku tapi aku tak cintakan dia.


"Kau kena terima semua ni dengan hati terbuka Risya. Inilah jodoh kau yang sebenarnya. Kau tak boleh lari dari takdir. Mak Lang buat semua ni pun sebab nak tengok kau bahagia, Risya. Tak ada seorang pun ibu kat atas dunia ni yang nak tengok anak dia hidup menderita. Setiap yang datang tu ada hikmah di sebaliknya. Kau cubalah terima Saiful dalam hidup kau. Mana tahu dia lagi baik dari Hisham kan. Allah itu Maha Kaya. Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya." Panjang lebar Anis menasihatiku. Aku terdiam. Dalam hati, aku mengakui kata-kata Anis itu.


"Dah, jangan menangis lagi. Nanti tak cantik dah bila atas pelamin esok. Tengok tu, mata dah bengkak. Esok kena letak sepuluh inci bedak baru dapat hilangkan bengkak tu," Anis memujukku pula.


"Kau nak aku nyanyi ke untuk hiburkan kau.?"


"Tak nak. Kalau kau nyanyi nanti guruh berbunyi."


"Owh, sempat lagi kutuk aku." Kami ketawa bersama-sama. Terima kasih Anis. Terima kasih kerana menyedarkan aku.


*******************************


Dengan sekali lafaz, sahlah akad nikah aku dengan Saiful. Aku masih tidak dapat melihat wajahnya kerana dia membelakangiku. Yang aku pasti, susuk tubuhnya sedikit menyerupai Hisham. Aku mencari-cari Hisham yang dikatakan mahu ke majlis perkahwinanku namun aku langsung tidak nampak kelibatnya. Ah, mungkin Hisham hanya bergurau. Takkanlah dia sanggup melihat aku dinikahkan dengan lelaki lain. Hisham, semoga awak dapat menjumpai wanita yang lebih baik daripada saya dan berbahagia bersamanya. Maafkan saya kerana tidak dapat mencintai awak lagi.


Anis mengiringiku masuk ke bilik kerana Saiful mahu bersembahyang sunat dahulu sebelum menyempurnakan upacara membatalkan air sembahyang. Aku menghadiahkan senyuman kepada Anis yang mengusap bahuku, juga kepada mama yang hanya memerhatikanku dari pintu bilik. Aku tahu mama berasa bersalah kerana memaksa anak gadisnya ini. Risya redha mama, sekiranya ini yang sudah disuratkan untuk Risya.


Aku menunduk apabila melihat pengantin lelakiku memasuki bilik. Terasa debaran yang kuat di dada. Aku seakan tidak dapat bernafas. Lensa kamera berkelip-kelip merakam saat kami bakal membatalkan air sembahyang. Dia memberi salam kepadaku dan aku menjawabnya perlahan. Saat dia memberi salam, aku berasa sesuatu tapi ku keraskan hati untuk tidak memandangnya. Tanganku dicapainya lalu cincin disarungkan. Aku turut melakukan perkara yang sama kepada suamiku itu, cincin disarungkan ke jarinya. Saat aku ingin menyarungkan cincin tersebut tanganku terketar-ketar. Tidak tahu kenapa. Sempurna upacara menyarungkan cincin aku mencium tangannya dan di balas dengan ciuman hangat di dahiku.


"Terima kasih sayang. Sayang tak nak tengok muka abang langsung ke?," soalnya padaku perlahan. Suaranya mirip seseorang membuatkan aku segera mengangkat wajah.


"Hisham?". Aku sangat terkejut dengan wajah yang berada dihadapanku ini. Mana Saiful?


"Apa awak buat kat sini.?" Terbit soalan bodoh itu dari bibirku.


"Kan saya dah cakap yang saya akan hadir ke majlis perkahwinan awak. Kalau saya tak hadir macam mana awak nak kahwin?," ujarnya yang segak berbaju Melayu berwarna putih gading berserta samping sedondon denganku.


"Maksud awak?," soalku, masih tidak faham dengan situasi di hadapanku ini.


"Saya Hisham dan saya juga Saiful. Nama saya Mohd. Saifulhisham Zahari,"terangnya kepadaku sambil tersenyum. Rindunya aku pada senyuman itu. Tapi…


"Stesyen minyak? Pengurus? Saya tak faham."


"Saya pengurus di syarikat construction pada hari bekerja dan juga pengurus di stesyen minyak itu pada hari minggu. Got it?."


"Awak tipu saya? Awak bukan kerja sebagai atendan kat stesyen minyak tu kan?" Patutlah banyak kali aku mendengar orang memanggilnya bos. Aku ingatkan mereka hanya tersasul atau sengaja tapi rupanya dia memang majikan mereka. Terlalu banyak perkara yang dirahsiakannya padaku rupanya.


"Saya buat macam tu sebab saya nak cari seseorang yang betul-betul mencintai saya kerana diri saya sendiri dan bukan kerana harta saya. Dan saya dah jumpa orangnya iaitu awak," ucapnya. Tanganku digapai lalu dikucupnya. Ku lihat mama sedang tersenyum memerhatikan kami dari jauh.


"Mama tahu semua ni?."


"Semua orang dah tahu kecuali awak."


"Semua? Maksud awak termasuk Anis?." Hisham @ Saiful mengangguk. Aku lihat Anis sedang tersengih diluar bilik sambil menunjukkan ‘thumbs up’ kepadaku. Pandai betul kau berlakon ya Anis. Jaga kau.


"Sampai hati awak…"


"Janganlah marah sayang. Sekarang ni kan ramai orang. Kita tunggu malam ni abang pujuk ye," ujarnya sambil mengenyit mata kepadaku. Sungguh mendalam maksud kata-katanya itu menyebabkan aku menolak dadanya lembut. Dia hanya ketawa dengan ulahku itu.


"Terima kasih Hisham. Atau…Saiful," aku tergelak kecil.


"Hmm, No. Dah tak boleh panggil Hisham atau Saiful lagi. From now on, you must call me ‘Abang’." Aku tersenyum membalas pandangannya yang mengandungi seribu erti itu. Pandangan yang penuh dengan cinta yang menggebu. I will always love you forever…Abang.


Ya Allah kau berkatilah perkahwinan kami ini dan kurniakanlah kebahagiaan dalam keluarga kami. Anugerahkanlah kami cahaya mata yang soleh dan solehah sebagai penghias hidup kami. Jadikanlah kami sebagai melengkapi antara satu sama lain dan peliharalah cinta kami sehingga ke akhir hayat kami. Amin…
posted by Penulisan2u @ 4:29 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
81 Comments:
  • At 12/9/09 6:56 PG, Blogger Bie Hassan said…

    best sngt...

     

  • At 12/9/09 9:01 PG, Anonymous oRkId eDyliYnE said…

    best...
    puas hati baca sampai habis...
    =)

     

  • At 12/9/09 9:53 PG, Anonymous eiya58 said…

    best2...
    tp bleh agak ending die....
    pape pn gud job....

     

  • At 12/9/09 10:15 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    so sweet..

     

  • At 12/9/09 11:28 PG, Anonymous lyna said…

    puas ati r baca cerita nie
    biar pn panjang ,,,ada 2 ciput j

     

  • At 12/9/09 11:41 PG, Anonymous mizd pEarl said…

    bez!!
    sweet sgt

     

  • At 12/9/09 11:43 PG, Blogger nurul afiza said…

    sweetnye cite...tp pnjg sgt la, mase 1st bce byk skip..huhu, sori penulis...tp best endingnye...

     

  • At 12/9/09 12:19 PTG, Blogger bidadari cinta said…

    nnt sy bace ye..
    panjang sgt..
    hihi..

     

  • At 12/9/09 1:16 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    jalan cerita ni dah selalu baca. tapi pengolahan, bahasa & tatabahasa baik sgt. writers lain pun patut belajar, cerita simple tapi ada sesuatu yg boleh buat org nak baca. senang hati nak baca, dan saya suka cerita ni. thumbs up!

     

  • At 12/9/09 1:23 PTG, Blogger Unknown said…

    besstttt.....!!!!!

     

  • At 12/9/09 4:01 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam komie aroon..
    nice story..cam da bese ngan cter cam niee...
    tp overall bes..
    keep up a gud work..!!
    niya1501@yahoo.com

     

  • At 12/9/09 10:16 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cter nyh best...
    tp terlalu panjang arr....
    penat ckit nak bacer..he3...
    nway good job!!!
    teroskan usaha....
    ganbatte kudasai!!!

     

  • At 12/9/09 10:16 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    assalamualaikum
    mcm boleh teka ending...pe kata cuba buat smthng new...org ssh nk teka.so far so good.

     

  • At 13/9/09 12:01 PG, Anonymous adaaa. said…

    best2.
    time bace yg dia dh d tunangkan ngan saiful,
    rase firasat mengatakan org yg sama.
    dh agak dh nama dia mesti saiful hisham.
    hehehe.
    anyway,
    good job.
    keep it up~~

     

  • At 13/9/09 7:19 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    haha
    best r cite nie...
    pelikkan org yg pndng harta bolh suke kat org biasa...
    tpi 2lah dunia...indh n pnuh brmkna...
    good job pnulis...

     

  • At 13/9/09 1:43 PTG, Blogger KomieAroon said…

    tq...sy pun rasa crite ni 'clishe'..dh slalu sgt baca..
    sbnrnya cite ni sinopsisnya lain tp tetibe je trlajak taip smpi jd camni..so da malas nk ubah...hehe..papepn njoy ur readin'..

     

  • At 13/9/09 3:59 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    setuju dgn yg lain2..jln cerita ni selalu sgt dibaca..
    dpt agak jln cerita & ending cerita..tp cara penulisannya membuat sy rs igin terus membaca walaupunsudah dpt mengagak kesudahannya (^_~) - su

     

  • At 13/9/09 4:09 PTG, Blogger hakif nasako said…

    besh gle crite nie..
    hope penulis cite nie dapt wat lagik cte2 besh cam nie..
    gud job writer...

     

  • At 13/9/09 4:46 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Bosan di sajikan dgn crite yg sama. kot ye pun isu sama...try la cuba cara penceritaan yg b'beza.

    -BUdak Bosan-

     

  • At 13/9/09 8:43 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kalo betoi2 jd mmg la besh...
    tp ader agie ker owg lgu tu...
    nway besh ugak citer...
    walaupun dh byk citer mcm nie..

     

  • At 15/9/09 9:03 PG, Anonymous azyan said…

    syok critanya.. kalau la perkara ni betul2 terjadi...huh~~

     

  • At 15/9/09 7:45 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    suka sgt citer ni...best2...tahniah kpd penulis.nnti wat cerpen yg lebih baik..penulis mmg berbakat.tahniah dari ita shin chan.

     

  • At 16/9/09 12:19 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    super-duper-bez..

     

  • At 16/9/09 1:09 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hmm..sweetnye..seperti biase..kehidupan dalam cerpen almost perfect..x same ngan kehidupan realiti..
    cetim..lagi..tetibe aku rse time kat tasik tu aku ngan die..huhu..indahnye rse..bagie ngan perasaan ini biarpun aku tahu..die xpernah tahu pun tentang rasa rindu ini.. semoga die sentiase berbahagie..bce cerpen je keje aku..esok test pun xbelek lagi..cerpen da nk masuk 8 tajuk khatam..huhu
    p/s - rindunye kat cetim.. thanks rumet2 ku yg sudi melayan angau aku ni..huhu
    -freesia_aya-

     

  • At 16/9/09 5:49 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sumpah besh!!!!!!!!!!!! pas ni aku g petronas la wat2 rosak moto....n jumpe pengurus yg ensem!!!!!!!!!!

     

  • At 16/9/09 6:20 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hisyam cam ashraf muslim???
    kyahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh >_<

     

  • At 17/9/09 12:31 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhu..best2.tp npe cm ashraf muslim..2 yg x best..hoho..apepun, gud job writer..

     

  • At 17/9/09 4:00 PTG, Blogger Leeya Hezlin said…

    cite yg best..(^_^)
    keep it up writer..nnt tulis cite yg lg best k..

     

  • At 17/9/09 10:15 PTG, Blogger Sakinah said…

    best sgt...5 kredit tuk penulis...keep it up

     

  • At 18/9/09 3:50 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    wpun pnjang nye berjela..
    but aku memg bg thumb up la!!!
    bes

     

  • At 18/9/09 3:56 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    about cter yg org slalu ckp clishe...aku rase zmn skang nie memg byk yg clishe cz da byk sgt cerpen yg org wat..
    but if we think deeper, xrase ke sume pmbaca same je nk ending cter yg hepy ending??
    klu cter 2 tetiba jer ending die bnda yg kte x jgka t msti cter 2 da x bes...

     

  • At 18/9/09 8:42 PTG, Anonymous sweet princess said…

    sweetnya cite nie...
    cinta xpndg pada harta k'kayaan...
    ckuplah kita sling bahagia n saling setia'sling m'mahami antara satu sama lain..
    gud luck untuk p'nulis...

     

  • At 18/9/09 8:50 PTG, Anonymous ann93scorp@yahoo.com said…

    SO......SWEET...............
    BEST!!
    pandai hisham berlakon...hahaha..

     

  • At 19/9/09 8:07 PG, Anonymous akulah aku said…

    aku suka part pegi umh ank yatiim tu...penah pegi...sgt sedih hoho btuahnya dpt laki cmnih...jrg dah skang nk jmpa

     

  • At 21/9/09 5:05 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cliche lah, bukan clishe, eja pun salah nak komen org,
    tapi memang cliche pun, bosan jugak

     

  • At 21/9/09 5:41 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ekh x r...
    best pe cite ney...
    ok r...
    xbsn pown...
    walopon ending lbey kuang sma,,,
    part yg mla tu bza kn???
    so, ok wat???
    gud job!!!!!

     

  • At 22/9/09 3:40 PG, Blogger Leeya Hezlin said…

    nice story..keep it up..^_^

     

  • At 22/9/09 4:57 PG, Blogger deleted said…

    best sgt!!! sy bg A kat awk! hehehe... masa part dia kena pisah dgn syam tu, nak nanges lak bila baca. terbayang lak kalo my mum yg menentang percintaan kami. ar...tidak sanggup! huhuhu... nasib bek mak saya trima bf sy yg x kaya tu. huhuhu... niway tahniah to the writers, best citer nih. walah!!!

     

  • At 24/9/09 12:54 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bestnye~~

    sweet!

    =)

     

  • At 25/9/09 12:50 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    swwweeeet.....
    best bangat

     

  • At 25/9/09 9:13 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bestnye citer ni..aku suka

     

  • At 26/9/09 3:05 PTG, Anonymous lis said…

    citer ni best wlp dah dpt agak endingnya.. pe2 pn syabas utk citer yg menarik..

     

  • At 28/9/09 3:11 PTG, Blogger ~kiE~ said…

    like it!
    tp..susah la nk jumpe guy mcm 2 skrng ne..
    heh

     

  • At 28/9/09 9:19 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best.tapi lagi best klau heroinnya pakai tudung lagi cun melecun....semua orang suke

     

  • At 28/9/09 10:40 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kyahhh! best giler citer ni... menangis tau ketika saya baca citer ni... anyway .... tahniah kat penulis ...

     

  • At 1/10/09 8:42 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bab xnak tgk muka tu dah biasa dah...

     

  • At 4/10/09 3:59 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    haha sweet... best giler.... kalau dah jodoh x kn ke mana

     

  • At 6/10/09 8:21 PTG, Blogger masdila said…

    wa memang touching oo citer ni,,,,

    mengalir air mater oooo

    best sangat,,,,

    tahniah ek.....

     

  • At 10/10/09 2:46 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    COMELNYER..
    SWEET SGT...
    BEST GILLER HIHI...
    AKHIRNYER KLU DH JODOH PASTI X KEMANE..
    GOD LUCK 4 THE WRITER..

     

  • At 10/10/09 10:19 PTG, Anonymous sweet said…

    best sangat sangat sweet
    so touching
    gud luck to writer
    do the best

     

  • At 13/10/09 9:56 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best ny citez neh..
    romntik..best, truskn usaha anda..
    do the best..

     

  • At 17/10/09 11:14 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sumpah best giler larh.
    and xde ejaan yg slh
    susunan ayat bgus.
    the best larh!
    hope buat la novel best lgy oke.
    heheheh. :D

     

  • At 18/10/09 4:42 PTG, Anonymous kity said…

    sweet n best gler...

     

  • At 23/10/09 11:43 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best gle la cte nie...
    shuwit sgt2...
    huh,alngkh b'untgny dpt laki,
    cm hisym 2....adoyaii..nk angau jap la...
    ~myra~

     

  • At 23/10/09 11:46 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    pas nie nk wat2 kete rosk la kt ptronas...
    ne la taw jupe pngurus yg nsem n single..hehe
    brngan lbh je ak nie sx jupe mat bngla or mat indon,
    erghhh sudah....wawawawaw pape pon cte nie best, TANIAH...

     

  • At 25/10/09 4:26 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best sesangat.....
    kalu de org macam 2 skrang nie kan best,
    dapat lah temui cinta sejati

     

  • At 4/4/10 8:12 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    erm....best sgt2...

     

  • At 11/5/10 9:37 PG, Anonymous annies said…

    best sgt2.... ble dpat tahu mama risya tak stuju, pastu suruh lupekn. sy dh dpt agak pas ni mesti die kawin nagn hisyam tu. time pekerja dia panggil bos sy dh dpt agak. si hisham ni mesti kaya. dia tak nak orang tahu yang dia tu kaya. macm yang die ckp tadi nak cari wanita yang btl2 cintakn die. tahniah penulis. hasilkan lebih banyak cerpen ye.gud job

     

  • At 14/5/10 7:36 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bestnye..!!!!!!!!!!

     

  • At 4/7/10 12:03 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ok la..tpi da bleh predict lerr endingnye......

     

  • At 18/8/10 11:37 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best lh crite ni...hu3.
    good job...

     

  • At 5/9/10 4:33 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best...gud job.tp bese r cite heppy ending.tp sy suke.sweet....

     

  • At 18/9/10 8:32 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best sgt2.........sye suke....
    romantik.....hehehe...
    gud jobs......teruskan berusaha......
    =)

     

  • At 2/10/10 11:24 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best..thumbs up....

    macam dah tahu endingnye...saifulhisyam :D
    dah biasa ngan citer camni kot...

     

  • At 9/11/10 1:56 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    walaupon citer cm yg laen2.n kite dh leh agak ending dier..tp penulis bijak mengolah ayat..so it become sweet n interesting.
    thumbs up to the writer..keep it up!!
    i like it very much..klu la boleh post kat fb.kehehe

     

  • At 10/11/10 12:07 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    AWESOME ! AWESOME! BRAVOO................

     

  • At 21/11/10 9:24 PTG, Blogger ana syaza said…

    ana suke story nie...

     

  • At 23/11/10 11:16 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    suke ar cite nye..

     

  • At 28/11/10 11:55 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    YA ALLAH ini adlh citer yg plg best di antra citer2 yg laen. dr cerpen sy nmpk peluang yg cerah utk awk mnjd seorg penulis novel. cerpen awk ni mmg blh kate SEBIJI mcm penulis nvl yg ad skrg.. jln citer mmg bgs. CONGRATULATION!! sy suka sgt . sy doakan awk akn menjadi seorg penulis yg dikenali rmai kelak..sy yakin awk mesti boleh. dr segi cerpen awk pown dh nmpk dah. awk mesti pandai bm kan . mesti selalu dapat a. sbb 2 jln citer awk menarik. congrates sekali lg di ats cerpen yg tlh berjaya awk siapkan ni. sy hrp akn ad lg cerpen yg seterusnya. and sy ta kan lpskn peluang untuk membacanye..

     

  • At 20/1/11 11:22 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best sgt2 la.... giler suka..

     

  • At 24/2/11 1:56 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best giler!

     

  • At 8/3/11 10:31 PTG, Anonymous lyeza said…

    best sangat cite ni... nilai manusia pada ketulusan hatinya bukan kepada kebendaan... good job writer

     

  • At 17/3/11 4:49 PTG, Anonymous dyba said…

    best...

     

  • At 4/4/11 11:40 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bess sgt !!
    sweet jer...
    thumbs up!!

     

  • At 30/11/11 12:36 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Best la cite ni hahhahah.....
    sweet sgt...
    tahniah penulis :)

     

  • At 30/11/11 12:40 PTG, Anonymous princes taurusz said…

    Suke sangat2 hahahahahha
    sweet giler.....
    tumbs up!!!!

     

  • At 16/2/12 11:17 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best gile ..sweet je ..

     

  • At 3/6/12 8:42 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sweet sgt citer neyh...mmg best , thumb up

    ++ Miss Sue++

     

  • At 26/7/12 10:26 PG, Anonymous (~_~) cute gurlz said…

    best ar..pnjng jga crta nie,sweet lg...sukenyeee....
    (~|~)

     

  • At 19/8/12 3:09 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    BEST CERITA NIE..
    SWEET SGT..
    GOOD JOB...

    ~AYU~

     

  • At 21/9/12 4:17 PTG, Blogger maZe taufick said…

    Best la crite nie. . . .buat yg lebih cantik dari nie ya. . . .

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group