BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, September 06, 2009
Cerpen : Ceritera Duka
Nama Pena : Ridhwan Zainudin

"AWAK tak boleh buat macam ni!" bentak ‘Atiqah seraya memandang raut wajah lelaki yang tiada sebarang reaksi itu.

‘Atiqah menanti jawapan yang bakal dimuntahkan dari mulut lelaki yang mengenakan baju kemeja jalur biru putih dan berseluar slack hitam dengan penuh sabar. Lelaki itu masih begitu. Diam tanpa kata. Wajahnya juga kaku, sedikit pun tidak menunjukkan sebarang tanda buat ‘Atiqah untuk cuba meneka apa yang bersenandung dalam hati lelaki berkaca mata itu. Dua minit menanti, ‘Atiqah mula diterpa amarah.

"Lidah awak tu dah kena potong ke? Dah bisu sampai tak boleh nak balas kata-kata saya?" sergah ‘Atiqah.
"Syazwan Fikri!" nada suara ‘Atiqah meninggi.

Perlahan-lahan lelaki itu mengeluh. Kali ini ada reaksi di wajahnya. Berkerut-kerut dahi lelaki itu seakan memikirkan sesuatu yang maha berat dalam tempurung kepalanya. ‘Atiqah terus-terusan menanti butir bicara yang akan dilemparkan oleh lelaki di hadapannya ini.

"Anggaplah kita tiada jodoh," ucap Syazwan.

Anak mata ‘Atiqah membuntang. Telinganya berdesing mendengar kata-kata yang diungkapkan oleh Syazwan tadi. Ikutkan hati, mahu sahaja dia menjerit namun memandangkan mereka berdua berada di taman komuniti awam yang rata-rata pengunjungnya terdiri daripada kanak-kanak yang datang bersama ibu bapa, menyebabkan ‘Atiqah segera membatalkan hasratnya. Masakan dia hendak menjerit di situ. Pasti dilabel sebagai sakit jiwa.

"Awak sedar tak apa yang awak cakapkan ni?" soal ‘Atiqah.

Syazwan menganggukan kepalanya. Kali ini giliran ‘Atiqah pula mengeluh. Apakah kesalahan yang telah dia lakukan sehingga lelaki di hadapannya ini tegar memutuskan ikatan pertunangan yang telah terjalin sejak setahun yang lalu? Begitu mudah lelaki ini melafazkan kata yang menghadirkan duka dalam hati. Sungguh, ‘Atiqah tidak mengerti. Apakah yang telah merasuk Syazwan sehingga tergamak melakukan kekejaman ini pada dirinya? Tidak cukupkah lagi sayang yang telah ditabur? Tidak memadaikah kasih yang telah dicurah? Tidak bernilaikah cinta yang telah dititip dalam sanubari?

"Saya perlu tahu apa alasan awak buat macam ni," ujar ‘Atiqah.
"Kan saya dah cakap tadi, anggplah kita tak ada jodoh," balas Syazwan.

‘Atiqah tersenyum sinis. Dia mengetap bibir tanda sedang mengawal kemarahan dalam hati. Dia tidak boleh menerima alasan yang diberikan oleh Syazwan tadi. Baginya itu alasan lapuk. Alasan yang sudah tidak boleh diterima pakai dalam zaman serba canggih ini. Mereka bukannya lagi manusia yang hidup di waktu penglipur lara melagukan syair indah atau bercerita kisah pahlawan gagah menyelamatkan puteri dari tangan pengkhianat negara.

"Saya tak bernilai pada awakkah?" akhirnya manik-manik putih yang berladung di kolam mata tadi mula pecah, lalu jatuh berjuraian membasahi pipi.

Hati seorang perempuan, tetap rapuh bila dirempuh gelora rasa yang mencengkam jiwa. Kata orang tua memang ada benarnya. Sekeras-keras kerak nasi, tetap lembut bila disimbah air. Begitulah hati seorang perempuan. Hatinya terlalu lembut.

"’Atiqah..." ucap Syazwan, sayu.

‘Atiqah tersentak. Sudah lama nama itu tidak meniti di bibir lelaki yang disayangi seikhlas hati itu. Dalam perkiraan ‘Atiqah, sudah hampir dua minggu lamanya sejak masing-masing mengambil keputusan untuk menjarakkan diri bagi menimbal semula hubungan yang terjalin setelah dicuit badai curiga sejak beberapa bulan yang lalu.

Syazwan memegang kedua-dua belah bahu gadis bertudung biru dengan blaus rona serupa di hadapannya, seakan memberi semangat. ‘Atiqah bergerak ke belakang, menjauhi Syazwan. Entah mengapa sentuhan lelaki itu kali ini dirasakan sungguh menyakitkan. Sama seperti jemari yang dicurah air panas.

"Apa istimewanya dia sehingga awak tergamak menodai hubungan cinta yang telah dijalin sejak kita di kampus lagi? Ingin sekali saya bersua-muka dengannya bagi melahirkan rasa kagum dalam hati saya. Ternyata perempuan itu seorang yang hebat. Awak baru mengenalinya beberapa bulan yang lalu, dan dia dengan mudah menyingkirkan saya dalam hati awak, sekelip mata!" bicara ‘Atiqah dalam esakan.
"Awak silap ‘Atiqah..."

‘Atiqah mengangkat wajahnya yang ditundukkan sejak dia menangis tadi, terkejut dengan ucapan Syazwan. Dia silap? Silap yang bagaimana? Syazwan yang bagai menyedari kekeliruan yang hinggap dalam diri gadis itu segera membuka mulut, memberi penjelasan.

"Saya dah kenal dengan Afizah sejak di bangku sekolah lagi. Kemudian, kami berpisah apabila masing-masing melanjutkan pengajian di universiti. Sebelum kami berpisah, saya sempat melafazkan cinta padanya namun ditolak mentah-mentah atas alasan dia belum bersedia. Dialah cinta pertama saya dan saya masih lagi mencintainya sehingga saat ini," terang Syazwan.

‘Atiqah merasakan bagai ada batu besar yang menghempap deras dirinya saat itu. Hatinya pula terasa seperti dipijak lumat. Kecewa dan derita saling berbaur menghasilkan satu perasaan yang perit. Andai benar seperti apa yang dikata, justeru untuk apa dibina hubungan istimewa ini? Untuk apa disemai benih cinta dalam ladang hatinya? Untuk apa disiram hujan kasih dalam kebun jiwanya? ‘Atiqah keliru!

"Maksud awak, saya ni hanya tempat awak merawat luka di hati kerana ditolak oleh perempuan itu?" duga ‘Atiqah.

Anggukkan kepala Syazwan sudah cukup menyentak tangkai hati. ‘Atiqah terjelepok di atas rumput yang hijau meliar. Dia meraup mukanya. Tidak percaya dengan apa yang dilihat dan didengarnya. Ah, ini pasti mimpi! Ya, dia sedang bermimpi. Namun mengapa rumput hijau yang digenggam ini terasa benar? Mengapa teriakan anak-anak kecil itu membingitkan telinga? Dia tidak bermimpi. Ini satu realiti. Realiti yang membuatkan diri diselubungi duka yang amat dalam.

"Awak seorang yang kejam Syazwan!" ucap ‘Atiqah sambil menggagahkan diri bangun semula.

Syazwan cuba membantu namun tangannya ditepis kasar oleh ‘Atiqah. Tajam renungan mata gadis itu, memandang lelaki yang berada di hadapannya. Mahu sahaja dia menerkam rakus lelaki itu, ditumbuk mukanya atau ditendang perutnya namun ‘Atiqah tahu semua itu hanya sia-sia. Keputusan lelaki itu tetap tidak akan berubah.

"Sekarang awak dah jumpa dia semula dan awak yakin dia mencintai awak sebagaimana awak menyintai dia?" tanya ‘Atiqah.
"Dalam sebulan dua ini, saya cuba menambat hatinya dan usaha saya tidak sia-sia. Dia telah pun menerima hasrat hati saya semalam. Pertemuan semula kami adalah satu petunjuk. Ternyata dia milik saya," jawab Syazwan.
"Dan awak tak takut andai hubungan itu nanti tidak seperti yang awak harapkan?"
"Kami saling menyintai dan itu yang paling penting,"
"Maksudnya selama ini awak tidak pernah menyintai saya dan oleh sebab itu hati awak dengan senang berubah?" tempelak ‘Atiqah.

Syazwan terkesima. Dia juga keliru. Bukannya tidak ada sayang untuk ‘Atiqah tetapi cintanya terhadap Afizah mengatasi segalanya. Selama ini ‘Atiqah selalu berada di sisinya kala dia perlukan seseorang dan oleh sebab itu mereka menjadi rapat. Syazwan cuba menyintai ‘Atiqah tetapi perasaannya pada Afizah tetap tidak mahu sirna. Walaupun sesudah dia mengikat tali pertunangan dengan ‘Atiqah, ingatannya pada Afizah tidak pernah sekalipun luput.

"Maafkan saya..." hanya itu yang mampu Syazwan ungkapkan.

Melafazkan kata maaf memang mudah tetapi hati yang menanggung keperitan itu amat terseksa. Mengapa dia diuji sebegini hebat? Dia telah silap membuat taruhan dalam episod cinta pertamanya ini.

"Awak dah nekad?" tanya ‘Atiqah, sambil cuba mengumpul sisa-sisa semangat yang ada.
"Ya, saya nekad. Lagipun..."
"Saya tak setuju! Saya cintakan awak! Saya sayangkan awak! Kenapa awak tak boleh terima saya?" desak ‘Atiqah bertalu-talu.
"Maaf ‘Atiqah. Saya amat hargai perasaan awak terhadap saya namun perasaan tidak boleh dipaksa. Apa gunanya kita terus menjalin hubungan andai hanya satu pihak sahaja yang menyimpan rasa cinta itu sedangkan pada pihak yang lain, hatinya telah dimiliki oleh kekasih yang menyintai dirinya setulus hati? Saya sayangkan awak, cuma sayang saya pada awak hanyalah sayang seorang sahabat, tidak lebih dari itu. Perasaan saya pada awak bukanlah cinta. Ia hanya sayang," panjang bicara Syazwan.

‘Atiqah terkedu mendengar bait-bait ayat yang dituturkan oleh lelaki itu tadi. Kata-kata Syazwan ternyata benar. Apa gunanya terus menjalin hubungan andai di akhirnya nanti tiada bahagia yang dikecapi?
‘Atiqah mengalihkan pandangannya pada gerombolan kanak-kanak yang riang bermain beberapa alat permainan yang terdapat di taman itu. Alangkah baiknya jika senyuman yang terukir di bibir kanak-kanak itu menghiasi wajahnya. Alangkah bagusnya jika kegembiraan kanak-kanak itu menyelubungi hatinya.
‘Atiqah memberanikan diri menatap wajah lelaki di hadapannya sekilas sebelum pandangannya dilontarkan semula pada gerombolan kanak-kanak tadi.

"Pergilan Syazwan, pergilah... Saya redha..." ucap ‘Atiqah dengan hati yang pasrah.

Syazwan memandang hiba wajah gadis di hadapannya saat ini. ‘Atiqah tidak seharusnya terluka begini namun tiada guna dia terus mengikat tali pertunangan andai hatinya tiada ruang untuk gadis ini lagi.

"Saya minta maaf..." ucap Syazwan sebelum melangkah pergi meninggalkan ‘Atiqah dengan lara di hati.

‘Atiqah termangu seorang diri. Tidak sedikit pun dia melirik pada tunang yang telah pergi meninggalkannya. Ah, bukan tunang tetapi bekas tunang. Dalam mindanya, diasak pelbagai persoalan. Apa yang hendak dijawab pada keluarga? Apa pandangan rakan-rakan nanti terhadap dirinya? ‘Atiqah kusut.
Namun, jauh dari lubuk hati, ‘Atiqah mengerti. Tiada guna lagi berharap pada yang tak sudi. Dia harus mulakan hidup baru. Hidup tanpa bayang-bayang lelaki itu lagi. lagipun, kumbang yang berterbangan bukannya seekor. Pasti suatu hari nanti akan ada kumbang yang baik pekerti hinggap di tangkai hatinya. ‘Atiqah hanya perlu berusaha mencari dan menanti.
Buat masa ini, usahlah dilayan rawan di hati. Esok masih ada untuk ditempuh andai nyawa masih belum berpisah dari badan. Maka, nikmatilah hidup ini sepuasnya dengan tatacara yang betul. Biarlah pintu hatinya ditutup buat sementara waktu sehingga ada hati yang sudi mengetuknya semula.
Benarlah... Perasaan itu sesuatu yang hidup dan sukar diramal. Hari ini benci. Esok menjadi rindu...

* * * * *

MEMANDANG ke halaman rumah, gerimis masih melanda membasahi tanah merah yang mula berbecak. Sebentar tadi awan menangis dengan lebatnya bercampur kilat memancar sabung-menyabung diikuti dentuman guruh laksana gendang yang dipalu kuat. Hampir setengah jam ‘Atiqah duduk di anjung, memerhati titis-titis hujan yang menujah dedaun manggis yang lebar-lebar bentuknya. Hatinya seperti daun-daun itu yang ditujah dengan duka dan sendu. Puas sudah dinilai diri, mana silapnya sehingga ikatan cinta yang termeterai itu dikhianati. Bukan sehari dua dia dan Syazwan menyulam kasih. Bukan seminggu dua dia dan Syazwan mengikat janji. Bukan sebulan dua dia dan Syazwan memadu rindu. Sudah lima tahun mereka menjalin cinta dan baru dua tahun mengikat tali pertunangan. ‘Atiqah amat memahami lelaki itu. Apa yang disuka, apa yang dibenci, apa yang diminat, apa yang ditolak, semua ‘Atiqah mengerti. Lima tahun perkenalan, walau pun bukan tempoh masa yang lama, itu sudah cukup buat ‘Atiqah menyerahkan hati dan perasaannya buat lelaki yang dicintai.

Namun, sekelip mata semuanya berubah. Seperti ombak ganas yang rakus menerjah gigi pantai, mengaut segala teritip dan kerang ke dalam pusarannya. Begitulah juga bagaimana cintanya dirampas orang ketiga. Atau, yang dipanggil orang ketiga itu adalah dia? Tidak, dia tidak pernah tahu yang Syazwan pernah menyimpan perasaan pada gadis lain. Dia hanya tahu hatinya terpaut pada keluhuran dan sikap budiman lelaki itu. Dia hanya tahu dadanya berkocak tatkala berada di samping lelaki itu. Dia hanya tahu jiwanya bergetar kala melihat senyuman lelaki itu. Bukankah itu semua tandanya yang dia sudah jatuh cinta?
Bunyi enjin kenderaan memasuki halaman menyentak ‘Atiqah dari terus digamit lamunan. Anak matanya dikecilkan. Seakan kenal dengan kereta Waja berwarna silver metallic itu. Enjin dimatikan lalu pintu hadapan ditolak. Seorang lelaki berpayung rona biru keluar dari perut kereta lalu melangkah menuju ke arahnya. ‘Atiqah dicengkam gelisah. Apa yang lelaki itu inginkan kali ini?

* * * * *

"KEMBALI pada saya, kita bermula semula?" pinta Syazwan, selamba.

‘Atiqah membulatkan anak matanya. Apakah dia tersilap dengar atau memang itu yang dikhabar menerusi telinganya? Pasti lelaki di hadapannya ini sedang bergurau. Masakan secepat ini lelaki itu berubah hati. Tidak sampai dua minggu mereka berpisah, kini lelaki itu menginginkannya semula. Tapi, bukankah ini yang dia impikan yakni bersama semula dengan lelaki yang dicintai?

"Awak jangan nak buat kelakar Syazwan..." tegur ‘Atiqah.
"Saya serius. Saya mahu bersama awak semula,"
"Bagaimana dengan Afizah?"
"Dia bukanlah ditakdirkan untuk bersama-sama saya," jawab Syazwan.
"Semudah itu?"
"Sudahlah, saya tidak mahu bercakap panjang tentangnya. Apa yang penting, adakah awak sudi menjadi kekasih saya semula?" pinta Syazwan sekali lagi.

Tanpa ragu-ragu, ‘Atiqah menganggukan kepala tanda bersetuju. Dia percayakan lelaki di hadapannya ini seratus-peratus. Bukankah dalam perhubungan, seharusnya saling percaya dan menghormati? Barulah hubungan sentiasa disulam bunga-bunga bahagia.

"Terima kasih Tiqah... Kalau macam tu, minggu hadapan saya hantar rombongan boleh?" Syazwan bertanya sekaligus menyebabkan mulut ‘Atiqah terngaga besar.

Syazwan tersengih bagai sudah mengetahui reaksi gadis berbaju longgar rona hijau dengan kain batik lepas itu. Dia tahu ‘Atiqah pasti terkejut menerima lamarannya. Dan dia yakin gadis itu tidak akan menolak. ‘Atiqah menyintainya setulus hati. Itu sudah cukup memberi keyakinan dalam diri bahawa gadis itu sama sekali tidak akan meninggalkannya...

* * * * *

‘ATIQAH dan ibunya ke butik pengantin di bandar untuk membuat tempahan persalinan raja sehari. Majlis persandingan akan diadakan dalam dua bulan sahaja lagi. Banyak persiapan yang perlu dilakukan. Riang di hati tidak perlu diteka. Seakan mahu meloncat keluar hatinya dek terlalu gembira. Saat dikahabarkan berita itu pada ibunya, wanita itu turut sama berkongsi ria. ‘Atiqah masih ingat bila diberitahu tentang pertunangan yang terputus di tengah jalan, hampir seminggu ibunya merajuk membawa hati yang lara. Ibunya menyalahkan dia atas kesilapan yang tidak dilakukannya. Kata ibu dia tidak pandai mengambil hati Syazwan. Oleh sebab itu Syazwan berpaling pada yang lain. Kala itu hatinya benar-benar pedih. Sebagai ibu, bukankah sepatutnya di mententeramkan anak yang sedang dilanda duka? Ini tidak, disindirnya lagi adalah. ‘Atiqah tahu ibunya sangat menyayangi Syazwan. Lelaki itu pandai menawan hati sesiapa jua.

Selebihnya, ‘Atiqah faham yang Syazwan itu anak tokoh korporat yang disegani di kampung. Dapat bermenantukan lelaki itu seakan memperolehi gudang berisi emas. ‘Atiqah bukan tidak kenal ibunya. Pantang nampak cincin atau emas yang berkilauan. Kadang-kadang sanggup bergolok-gadai semata-mata ingin menunjuk pada teman-teman sekampung. Ayahnya yang terpaksa mengikat perut, membanting tulang untuk melunaskan hutang-piutang ibunya itu. Bukanlah dia hendak mengata ibu sendiri tetapi kadang-kala sikap ibunya itu agak melampau.

"Yang ini cantik tak Tiqah?" soalan dari ibunya, Mak Melah mengusir pergi khayalannya tadi.
"Ish, tak mahulah ibu. Menyerlah benar warna merahnya. Tiqah suka warna lembut. Hah, yang biru cair ni sesuai..." cadang ‘Atiqah.
"Adoi!!! Tak bermaya ibu tengok... Kau tu nak berkahwin sekali seumur hidup, biarlah nampak cantik menawan. Ambil saja yang merah ni. Ibu tahu mana yang kau sesuai, mana yang tak," omel Mak Melah.
"Tapi ibu... mahal sangat ni..." ‘Atiqah cuba menolak apabila terpandangkan harga yang tertera di katalog pakaian itu.
"Ala, sesekali berhabis, apa salahnya. Laki kau tu banyak duit. Setakat baju harga seribu dua ni, apalah sangat..." balas Mak Melah.

‘Atiqah menelan liur. Dia memang selalu kalah bila berbicara dengan ibunya. Ada sahaja yang tak berkenan di hati ibunya bila dia mengutarakan sesuatu pendapat. Ibunya terlupakah? Yang nak kahwin dia, bukan ibu. Justeru, soal pakaian, biarlah dia sendiri yang uruskan. Dia memang punya hak. Ini majlisnya. Bukan selalu buat majlis begini. Seharusnya peluang itu diberi padanya. Ingin sekali ‘Atiqah meluah rasa hati namun semuanya tersekat di kerongkong. Dia tidak mahu berbalah dengan ibunya. Nanti dituduh anak derhaka pula.

Hampir dua jam mereka anak-beranak duduk menghabiskan masa di butik pakaian itu. ‘Atiqah sekadar mengiyakan sahaja setiap pilihan ibunya. Andai ditentang juga tiada gunanya. ‘Atiqah sudah faham benar perangai ibunya. Setelah berpuas hati dengan segalanya, Mak Melah mengajak anaknya ke sebuah restoran bagi mengisi perut yang sudah mula bergendang. Sampai di restoran, mereka mengambil tempat duduk yang agak terlindung, tidak mahu bersesak.

‘Atiqah melirik matanya pada jam yang dipaku di dinding. Jarum panjang menunjuk ke angka lima manakala jarum pendek menunjuk ke angka dua. Hangat mentari semakin berkurangan. Mak Melah memesan mee goreng berserta sirap bandung. Begitu juga dengan ‘Atiqah. Dia kurang berselera sebenarnya.
Jauh di lubuk hati, ‘Atiqah diterpa secebis curiga. Seringkali dia cuba mengusir curiga itu pergi namun seringkali juga ia hadir membuatkan ‘Atiqah sedikit resah namun tidak ditunjukan pada sesiapa. Mungkin ini hanya mainan perasaan. lambat-laun andai dibiarkan, hilanglah ia. Ketika sedang menunggu makanan yang ditempah tiba, ‘Atiqah mengambil peluang memerhati keadaan sekeliling restoran itu. Tiba-tiba matanya tertancap pada sesusuk tubuh yang baru sahaja melangkah masuk ke restoran. Serasa macam kenal dan matanya yang sedia bundar bertambah bulat apabila wajah Syazwan menyapa pandangan. Lelaki itu bersama-sama seorang wanita tinggi lampai, persis model cantiknya.

Syazwan dan wanita itu mengambil tempat agak jauh dari kedudukan ‘Atiqah dan ibunya. Mujur ibunya duduk membelakangi pintu masuk restoran. Jika tidak, parah akibatnya. ‘Atiqah memerhati lagak pasangan itu. Wanita berblaus hijau dengan jeans biru itu tampak murung. Rambutnya yang panjang dibiar bebas. Mungkin, inilah Afizah, cinta pertama Syazwan. Untuk apalagi mereka bertemu? Ah, pasti Syazwan ingin mengkhabarkan tentang berita perkahwinannya pada perempuan itu. ‘Atiqah bersuara di dalam hati sekadar membuang prasangka yang tidak enak.

Beberapa minit kemudian, pesanan yang ditempah tiba. Mak Melah makan dengan lahapnya. Tampak benar dia sedang kelaparan. Sambil menyuap, mata ‘Atiqah tidak lepas dari memandang pasangan yang duduk tidak jauh dari dirinya itu. Perempuan berambut panjang itu bangun tiba-tiba membuatkan ‘Atiqah tersedak ketika menyedut air sirap bandung dalam gelasnya. Syazwan duduk sebentar meraup mukanya sebelum mengikuti langkah perempuan itu. Pasti perempuan itu marah apabila mendengar yang Syazwan akan berkahwin. Terdetik di hati ‘Atiqah, mengapa mereka boleh berpisah sedangkan sebelum ini Syazwan amat menyintai perempuan itu?

* * * * *

MASA terasa pantas berlalu. Hari ini dia akan dinikahkan dengan lelaki pilihan hati. Lelaki yang dicintai sepenuh jiwa dan raga. Esok, mereka akan disandingkan di atas pelamin yang dihias indah. Berdebar pula rasa di hati mengenangkan dia akan diijabkabulkan sebentar lagi. Serasa sempit ruang dadanya dek kerana gemuruh yang melanda. Suasana di masjid berdinding putih dengan karpet rona biru berjalur kuning yang menutupi lantai, senyap-sunyi. Masing-masing menunggu ketibaan rombongan pengantin lelaki. ‘Atiqah sudah siap sedia duduk bersimpuh dengan persalinan rona pic pilihan ibunya. Mak Melah pula, tidak mahu kalah, cantik berkebaya hijau pucuk pisang dengan rambut yang disanggul ke atas. Sepuluh minit menunggu, rombongan dari pihak lelaki tiba. Debar di dalam dada semakin deras. ‘Atiqah menundukkan wajahnya, segan melihat bakal suami.

Syazwan mengambil tempat di hadapan tok kadi. Sempat dia menjeling pada ‘Atiqah yang kelihatan ayu di sisi ibunya. Gadis itu tidak mengangkat wajah. Malu barangkali.

"Semua dah sedia?" soal Tok Kadi yang berserban serta berkot hitam itu.
"Sudah," hampir semua tetamu yang ada di situ menjawab.
Tok kadi itu bangun menuju ke arah ‘Atiqah dengan menjinjing beberapa dokumen di tangan. ‘Atiqah semakin resah.
"Nur’Aiqah binti Izlan, kamu sudi dinikahkan dengan Syazwan Fikri bin Mohd Kamil?" soal Tok Kadi sejurus mengambil tempat di hadapan ‘Atiqah.

‘Atiqah menganggukan kepalanya. Kemudian, Tok Kadi meminta ‘Atiqah menandatangani helaian kertasyang terdapat di dalam dokumen yang dibawa. Selepas itu, Tok Kadi kembali semula ke tempat duduknya tadi.

"Syazwan Fikri bin Mohd Kamil, kamu setuju dinikahkan dengan Nur ‘Atiqah binti Ismail?" soal Tok Kadi pada Syazwan yang segak berbaju Melayu sedondon warnanya dengan ‘Atiqah.
"Setuju tuk!" ucap Syazwan.
"Baiklah, kalau macam tu, tandatangan di sini ya," arah Tok Kadi lalu menyerahkan sebatang pena bermata bulat pada Syazwan.
"Tunggu!!" belum sempat Syazwan menurunkan tandatangan, kedengaran suara seseorang menegahnya dari berbuat demikian.

Syazwan mengangkat muka. Begitu juga dengan ‘Atiqah. Kedua-duanya membuntangkan mata melihat sesusuk tubuh yang amat mereka kenali. Serta-merta ‘Atiqah menggigil!

* * * * *

"PERKAHWINAN ni tak boleh dilangsungkan! Saya bantah!" bentak Afizah.

Syazwan bingkas bangun lalu cuba menarik Afizah agar jauh sedikit namun perempuan itu tetap tidak mahu berganjak. Tetamu yang berada di situ mula berbisik sesama sendiri. Drama apakah yang sedang disajikan di hadapan mereka ini?

"Apa yang kau cuba nak buat ni Fiza?" bisik Syazwan di telinga Afizah.
"Lepaskan aku! Kau memang jantan tak guna!" teriak Afizah.

‘Atiqah hanya mampu melihat. Lidahnya kelu untuk berbicara. Sedikit pun matanya tidak lepas dari memandang pertengkaran yang berlaku di hadapannya. Serta-merta ingatan dahulu singgah di mindanya. Memang benar perempuan yang dia temui bersama-sama Syazwan di restoran tu dulu adalah Afizah. Apakah kedatangan Afizah ke sini untuk merampas Syazwan dari tangannya? Tidak! Dia tidak akan sesekali benarkan!
"Apa semua ni Syazwan? Hei, perempuan! Kau jangan nak rosakkan majlis perkahwinan aku!" bentak ‘Atiqah.
Entah dari mana dia mendapat kekuatan untuk bangkit melontarkan kata. Mungkin dia tidak mahu Syazwan jatuh ke tangan perempuan lain. Masakan dia tegar melihat perempuan lain di sisi Syawan bahagia sedangkan dirinya menderita.

Syazwan yang mendengar teriakan dari ‘Atiqah terus kaku. Afizah mengambil peluang ini untuk merentap pergelangan tangannya dari Syazwan lantas berlari menuju ke belakang ‘Atiqah. Tindakan Afizah membuatkan ‘Atiqah semakin keliru. Seharusnya Afizah membalas cercaannya tadi tetapi perempuan itu bersembunyi pula seperti meminta perlindungan.

"Err... err... kau ni kenapa?" soal ‘Atiqah, ingin tahu.
"Tolong, kita perlu berbincang. Tolong jangan berkahwin dengan lelaki tak guna tu..." rayu Afizah.
"Tapi kenapa?"
"Kerana saya sedang mengandungkan anaknya!"

Dup! ‘Atiqah jatuh terjelepok ke lantai. Mak Melah pula terus rebah tidak sedarkan diri. Ya Allah, bala apakah ini?

* * * * *

SEKALI lagi dia duduk di anjung rumah, memerhati titis-titis hujan yang beransur reda. Kali ini hatinya tidak lagi ditujah duka sebaliknya disimbahi lega. Lega-seleganya. Peristiwa yang berlaku dua hari lepas, walaupun pahit, tetap ada manisnya.’Atiqah masih ingat setiap detik yang berlaku kala itu. Mendengar pengakuan dari Afizah, sungguh mengejutkannya. Bukan sahaja dia tetapi semua hadirin yang berada di situ. Saat itu juga ‘Atiqah meminta agar perempuan berambut panjang berbaju kurung kedah rona biru corak bunga-bunga kecil itu memberi penjelasan. Syazwan cuba menyampuk tetapi dihalang oleh panahan mata ‘Atiqah yang tajam menyebabkan lelaki itu tidak jadi bersuara.

"Saya dan Syazwan dah terlanjur sewaktu kami bercuti berdua di Pangkor beberapa bulan yang lalu. Hasilnya, saya mengandungkan zuriatnya. Setelah mengetahui berita gembira itu, saya terus khabarkan padanya dengan harapan dia turut berkongsi kegembiraan itu dengan saya. Namun, sangkaan saya jauh meleset. Dia tidak mahu bertanggungjawab atas perbuatannya. Alasan yang diberikan, dia masih belum bersedia. Selebihnya, dia kata dia akan berkahwin tidak lama lagi," terang Afizah.

Penerangan Afizah membuatkan ‘Atiqah berasa tidak sedap hati. Mungkinkah apa yang sedang berlegar-legar di mindanya ini benar?

"Lalu dia minta saya gugurkan kandungan tu jika nak kami hidup bersama. Saya bantah! Saya tidak sanggup melakukan pembunuhan. Sudahlah terlanjur itu satu dosa, takkan saya mahu menambah lagi dosa yang sedia ada?" luah Afizah dalam sendu.

‘Atiqah menghampiri gadis yang tampak naif itu. Perlahan-lahan dia mendakap Afizah. Dia faham derita yang gadis itu rasakan. Sungguh tidak disangka, Syazwan lelaki yang sebegitu. Lelaki yang tidak punya hati dan perasaan. Lelaki yang busuk jiwanya.

"Syazwan, adakah benar awak berkahwin dengan saya semata-mata ingin mengelak tanggungjawab dan bukannya kerana mencintai saya?" usul ‘Atiqah.
"Jangan percaya kata-kata perempuan ni Tiqah! Saya cintakan awak! Sungguh!" ujar Syazwan.

‘Atiqah mengeluh. Dia kesal. Tampak sekali Syazwan berdusta. Mengapa dia masih mahu menegakkan benang yang sedia basah?

"Secara jujur Syazwan, saya mohon, pernahkah awak menyintai saya, setulus hati awak?" soal ‘Atiqah sekali lagi.

Syazwan diam seraya menundukkan wajah. Dia tahu, dia sudah terjerat kini. Dia juga terkejut menerima kedatangan Afizah. Sepatutnya dia singkirkan sahaja perempuan itu dari terus bernafas di muka bumi ini.

"Terima kasih Afizah. Awak telah membuka mata saya. Terima kasih kerana menyelamatkan saya dari berada di sisi lelaki yang busuk hatinya!" ucap ‘Atiqah.
"Syazwan, seharusnya sebagai lelaki, tugasnya amat berat. Lelaki diciptakan untuk melindungi wanita kerana lelaki itu khalifah. Perlu memberi bimbingan dan tunjuk ajar dan bukannya membawa kepada kemusnahan. Jika begini sikap awak, ternyata awak tidak layak bergelar seorang lelaki..." sambung ‘Atiqah.

Afizah masih menangis di sisinya. Syazwan terus keluar sejurus ‘Atiqah menoktahkan ayatnya sebentar tadi. ‘Atiqah memandang ibunya yang kaku tidak bergerak. Biarlah, mungkin ini satu pengjaran buat ibunya dan tidak terkecuali dirinya sendiri. Seharusnay dia bersyukur, dia masih diberi kesempatan untuk hidup bahagia. Walaupun bukan dengan Syazwan, ‘Atiqah yakin, di luar sana masih ada kumbang yang sudi hinggap di tangkai hatinya membawa bersama cintanya yang suci.
"Hujan, sirnakan segala duka di hati ini," ucap ‘Atiqah sambil terus memerhati titis-titis hujan yang terus mencurah ke lantai bumi...

TAMAT
posted by Penulisan2u @ 1:56 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
9 Comments:
  • At 7/9/09 3:00 PTG, Blogger syasya said…

    cerita ni macam x logik sikit..

    susah jgk nak percaya..ade ke perempuan yang sanggup terima semula lelaki yang dah lukakan hati dia dalam masa yang singkat tu?

    mcm pelik jer citer ni..

    to writer..i think you could do better..

     

  • At 7/9/09 7:53 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    pe yg x logiknye? kalau dah nama pun cinta, sume bleh jadi.

     

  • At 8/9/09 8:43 PG, Anonymous aNJe said…

    tah
    pe yg xlogik nya??
    aq sindri pernah terima ex-bf aq selepas seminggu kami putus disebabkan pompuan lain
    tp lama2 putus gak
    itu jekk

     

  • At 10/9/09 8:09 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sdey sgt cite nie.pe yg xlogiknyer.byk kes pe jd.xde pasaan tul ar sape yg ckp x logik nie....HATI KERING......

     

  • At 11/9/09 8:49 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    x ada yg x logiknye kt dlm dunia ni, aku sndri prnh merasai, p alhmdullah ok je, blm tunang p still couple lg ah...cte yg menariklah...

     

  • At 14/9/09 8:09 PTG, Blogger ~kiE~ said…

    ok la
    gud try!

     

  • At 16/9/09 12:07 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    boring ........

     

  • At 17/9/09 11:40 PG, Blogger Unknown said…

    ok la...tp mst pembaca tertanya2 ape y akn blku strusnya...lau d smbungkan lg kn best.

     

  • At 7/9/10 9:31 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best2... tp semua lelaki mcm2 ke bencinya aq lelaki mcm2... tp selalunya lelaki baik utk perempuan yg baik kan... good job to u...

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group