Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sham, aku harap kau dapat terima berita ni dengan tabah. Semua orang tak sanggup nak bagitau kau. Aku sebagai kawan baik kau rasa kau patut tahu. Hmmm, apa dia Kamal?, cakap la cepat. Aku nak keluar jumpa Nur ni. Kau nak jumpa Nur? Ya la, Nur. Kenapa buat muka terkejut macam tu plak? Nur dah tak ada Sham. Nur terlibat dengan kes langgar lari malam tadi dan mayat Nur baru dijumpai pagi tadi oleh tukang sapu kat longkang. Hey Kamal, kau nak bergurau pasal benda lain aku tak kisah, tapi jangan melibatkan Nur. Dia baru jer hantar mesej kata nak jumpa, macam mana pula boleh terlibat dengan kemalangan. Kau tengok tak mayat Nur dengan mata kau sendiri? Mengucap Sham. Aku tak tahu siapa yang hantar mesej kat engkau. Yang pasti memang Nur dah tak ada, aku sendiri pergi rumah mayat dan tengok dengan mata kepala aku sendiri. Dah Kamal, aku malas nak layan engkau. Hari ni bukan April Fool, so jangan buat lawak bodoh engkau kat sini. Sham…Sham, laung Kamal namun aku terus melangkah tidak mempedulikan Kamal.
Hai sayang, dah lama sampai? Namun hanya senyuman sahaja jawapan daripada Nur. Nur, tadi Kamal jumpa Sham. Nur tahu dia cakap apa? Dia cakap Nur terlibat dengan kemalangan dan terkorban. Tapi Sham tak percaya. Sham, lembut sahaja Nur bersuara. Kalau betul la Nur terlibat dengan kemalangan dan terkorban, apa yang akan terjadi kat Sham nanti? Sham tak tau nak jawab apa sayang. Yang pasti Sham tak boleh kehilangan Nur. Maafkan Nur, Sham. Nur tak dapat nak jaga Sham untuk selamanya. Kita dah jauh terpisah sekarang sayang. Tempat Nur bukan kat sini lagi. Nur harap Sham dapat jaga diri dengan baik. Teruskan hidup Sham dan jangan meratapi pemergian Nur. Nur takkan tenteram kalau Sham bersedih. Nur ada banyak lagi benda nak buat bersama dengan Sham, tapi Nur tak boleh berbuat apa, ajal Nur dah sampai sayang." Nur berkata sendirian. Sayang, jauh termenung. Teringat kat siapa tu? Cepat la pesan makanan, kesian adik ni lama tunggu pesanan Nur. Tak apa la Sham, Nur kenyang. Er, encik cakap dengan siapa? Encik cakap dengan saya, tanya pelayan restoren itu kehairanan. Sibuk la awak ni, mana ada saya cakap dengan awak. Saya cakap dengan kekasih saya, awak tak nampak ker? Saya nak mee goreng dan air sirap 2. Itu sahaja, awak boleh pergi sekarang. Pelayan itu terus berlalu sambil menggaru kepalanya yang tak gatal. Jasad aku dah berpisah dengan bumi sekarang. Semua orang dah tak boleh nampak aku, tetapi aku hairan mengapa hanya Sham yang boleh nampak. Sham, Nur nak balik sendiri boleh tak? Nur perlukan masa bersendirian. Aku terus berlalu tanpa menoleh ke belakang lagi. Bagaimanakah mama dan papa serta ahli keluarga ku yang lain menerima perkhabaran ini?
Dari jauh aku dapat melihat suasana sepi sedang menyelubungi rumah tempat aku telah membesar selama 23 tahun. Orang ramai sedang membaca yassin untuk aku. Aku melihat mama sedang menangis hiba di sebelah mayat yang telah siap dikafankan. Semua orang ada di rumah. Kak long balik bersama anak-anaknya, angah pun ada dan juga kawan-kawan ku. Air mata aku dah tak tertahan melihat semua orang sedang meratapi aku. Ingin ku bersuara tetapi suara ku tak terkeluar. "Mama, maafkan Nur. Tolong ma, jangan menangis lagi. Nur tak nak air mata semua orang menemani Nur ke alam barzakh. Nur nak semua orang menerima takdir dan ajal Nur. Bukan Nur minta semua ini, Allah lebih sayangkan Nur." Perlahan ku berkata di telinga insan yang selama ini telah memberi kasih sayang kepada aku dan ku hadiahkan kucupan terakhir seikhlasnya dari aku. Mama berhenti menangis sambil menyentuh pipinya, mungkin mama dapat merasa kucupan ku tadi. Perlahan aku melangkah dan mancari papa yang sedang duduk menyandar di satu sudut yang agak tersorok. "Papa, Nur tahu papa sedih. Papa harus kuat, papa ada orang lain yang papa kena jaga. Halalkan makan minum Nur selama ini papa dan maafkan la Nur tak sempat nak membalas jasa mama dan papa." Aku mengusap tangan papa dan aku rasa papa pun dapat merasa sentuhan terakhir aku. Akhirnya papa kalah. Papa kalah dengan perasaannya sendiri. Air mata yang dari tadi cuba dibendungnya akhirnya tumpah juga. Papa sedang menangis sehingga terpaksa ditenangkan. Tanpa dipaksa, kaki aku melangkah perlahan mengamati seisi tumah yng sedang berduka sehingga la sampai ke pintu bilik ku. Aku melihat kak long dan angah sedang ketawa riang melihat foto kami. Aku gembira melihat mereka dapat menerima kepergian aku dengan tabah. Perlahan ku mengucup kening mereka dan melangkah pergi. Dari luar aku mendengar kak long menangis diikuti angah. Aku dah bersedia untuk pergi sebelum aku secara tiba-tiba mendengar nama ku dipanggil oleh suara yang begitu aku kenal. "Nur…Nur, apa semua ini?" "Sham, apa yang kamal ceritakan kepada Sham itu semua betul. Ya, Nur dah tak ada dan Nur sendiri tak tau kenapa dan mengapa Nur ada kat sini dan hanya Sham sahaja yang boleh nampak Nur." Sham terduduk mendengar pengakuan aku. Semua yang ada terpinga-pinga. Tiba-tiba tubuh aku disentuh seorang lelaki berserban dan berjubah putih dan mengajak aku pergi bersamanya. "Anak, tempat ini bukan untuk kita lagi. Allah telah menyediakan tempat yang selayak-layaknya untuk anak di sana. Anak kena melepaskan semua yang pernah anak miliki di dunia ini untuk memiliki yang hakiki di sana." "Nur akan pergi pak cik tapi izinkan Nur mengucapkan selamat jalan kepada semu orang terlebih dahulu." "Pergilah nak, pak cik izinkan." "Sham, Nur terpaksa pergi sayang. Teruskan hidup Sham dan jangan sekali-kali pernah berputus asa dengan kehidupan. Sham, tolong sampaikan kepada mama dan papa yang Nur sangat sayangkan mereka. Nur minta maaf sebab tak dapat temankan mama pergi shopping lagi selepas ini. Nur minta maaf tak dapat kacau papa dan temankan papa buat kerja lagi. Nur minta maaf kat kak long sebab selalu kacau anak dia dan nur minta maaf kat angah sebab selalu tumpang bilik dia masa hujan. Nur minta maaf buat semua." Tiba-tiba aku melihat cahaya putih. Pak cik tadi sedang menunggu aku untuk berangkat ke alam seterusnya. Aku melihat ayah mengusung jenazah aku keluar daripada rumah bersama linangan air mata. Mama dan kak long serta angah mengikut dari belakang. Aku melihat Sham berkata sesuatu kepada mereka sehingga menambahkan lagi tangisan mereka. Perlahan aku menuju pak cik yang setia menantiku. Sebelum pergi, sempat ku menoleh dan mereka juga menoleh ke arah ku dan melemparkan senyuman sebagai bekal aku meninggalkan mereka. Ya Allah, cukupkah bekal ku menghadap diri-Mu?
cerpen ni memang mengisahkan tentang orang mati.. saya penah dengar org ckp orang islam bila meninggal dunia.. dia punya roh akan balik kerumah selama tujuh hari.. i think memang betul sebab ramai yang kata macam ni but i `m so sory saya tak ingat siape.. mybe they all ada baca penerangan tentang itu.. pandai awak buat ciruter ni.. saya pernah mimpi.. time tu saya dah mati n mayat saya dikampankan.. tapi.. saya menangis tak nak!! padahal jelas depan mata saya yang orang tengah kapankan jasad saya.. tapi.. syukur.. saya still hidup lagi.. selamat ARI RAYA.. to all.. best citer ni.. keep writing.. -fara-
hmmm...cita ni pendek je... n lebih kurang cam cita ghost whispers lak...sham tu leh tgk 'hantu' lak ye.. kalau boleh tolong letakkan tanda baca yang betul..cnthnya pada bhagian dialog... ayat kat ats tak da tanda dialog... pape pon..congrate coz brani mencuba wat cita camni...keep it up..gd luck 4 next story...
- oiit..ley lak mintak tangguh2..huhu - citer cmni ley konfiuskan org..harap writer lbey ati2..wat kajian dlu kalu nk tulis citer berat cmni..selitkan petikan quran o hadis bg kesahihannya.. -citer ni cm citer indon..yg irwansyah ngan acha..tajuk xingat la..huhu -gud luck..n salam aidilfitri..=) - -yipee..jap g balik umah..- -aya_um-
fuh...hmpir meleleh air mta aq... apesal x cter masa mula2 sham knal nur... pendek tp nice story... tengok nama sham teringat name bf mber aku..meck da hakhakhakaha.......
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cerpen ni pendek sgt kot..
blum pape dah mati...
teruskan berkarya!!