Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Puan Salmah menjengah bilik anak gadisnya, Syafira. Jam di dinding sudah menunjukkan angka 10, tetapi dia tidak nampak kelibat Syafira dari subuh tadi. Sudah bangun atau belum anaknya itu? "Ya Allah, apa nak jadi dengan anak dara sorang ni? Matahari dah tegak pun tak reti-reti nak bangun. Subuh tadi, entah solat ke tak," bebel Puan Salmah.
"Fira. Kamu tak reti nak bangun tidur ke?" Puan Salmah yang sudah duduk di sisi tubuh Syafira mula menepuk-nepuk bahu Syafira. Syafira yang menyedari tindakan ibunya hanya membiarkan sahaja. Dia masih belum puas menikmati tidur, ibunya sudah datang untuk mengejutkannya.
"Anak dara apa kamu ni, Fira? Jam dah pukul 10 pun tak reti nak bangun. Abang kamu tu pun tahu bangun pagi," ujar Puan Salmah lagi.
"Bu, along tu nak pergi kerja. Mestilah dia kena bangun awal," jawab Syafira sebagai tanda memprotes kata ibunya.
"Sebelum along kamu tu kerja pun, dia bangun awal. Kamu je yang tak reti bangun awal. Subuh tadi, bangun tak?"
"Bangunlah. Fira sambung tidur lepas subuh tadi."
"Cukup-cukuplah tidur tu. Bangunlah." Puan Salmah memujuk lagi. Syafira bukan boleh dibiarkan. Dia takut perangai buruk ini akan berterusan kelak.
Syafira menarik selimut yang membaluti tubuhnya itu, akur dengan permintaan ibunya. Puan Salmah tersenyum puas. "Pergi mandi. Ibu dah siapakan sarapan pagi." Pesan Puan Salmah sebelum meninggalkan gadis berusia yang 21 tahun itu.
*****
Selesai mandi dan siap berpakaian, Syafira terus sahaja menuju ke aeah meja makan yang terletak berhampiran dapur untuk bersarapan. Perutnya sudah berkeroncong lapar. Jam di dinding sudah menghampiri angka 11 pagi. Dia tersenyum sendiri. Orang dah nak makan tengah hari, aku baru nak sarapan. Memang patut pun, ibu memarahinya kerana bangun lewat.
Hidangan nasi goreng itu membuka seleranya pagi ini. Sudah lama dia tidak merasa air tangan ibunya. Memang sedap. Syafira terus sahaja menikmati nasi goreng itu.
Tiba-tiba, muncul seorang lelaki dari sebalik pintu dapur. Syafira yang sedang enak mengunyah makanan terhenti. Terkejut melihat lelaki asing berada di dalam rumahnya.
Lelaki itu juga terkejut melihat Syafira. Dia jadi terkejut melihat mulut gadis itu penuh dengan makanan. Nampak sangat tidak sopan bagi seorang gadis. Tetapi, seketika kemudian, dia hanya tersenyum sahaja. "Er... gas saya dah letak kat dapur. Harganya, macam biasa, 26 ringgit."
Syafira sedikit lega mendengar bicara lelaki itu. Budak penghantar gas rupanya. Ingatkan pencuri tadi. Syafira terus sahaja makan tanpa mempedulikan lelaki itu.
"Duit gas tu, tak nak bayar ke?" tanya lelaki itu memecah kesunyiaan.
Sekali lagi, Syafira terhenti makan. Segera dia memandang wajah lelaki itu. "Pergi minta dengan orang yang order gas tulah. Saya tak de duit lah nak bayar," jawab Syafira dengan perasaan geram. ‘Tak nampak ke aku tengah menikmati sarapan pagi ni? Mengacau aje,’ Syafira mengomel di dalam hati.
"Erk?" Terpinga-pinga lelaki itu mendengar penjelasan Syafira.
"Ibu! Budak hantar gas ni, mintak duit gas dia," laung Syafira kuat. Tidak sampai hati pula dia melihat budak itu terkulat-kulat memandangnya.
Puan Salmah yang sedang mengemas ruang tamu segera ke dapur apabila mendengar laungan Syafira. "Ada apa Fira jerit-jerit panggil ibu?"
"Budak hantar gas ni, mintak duit. Fira mana ada duit, sebab tu Fira panggil ibu,’ beritahu Syafira. Dalam masa yang sama, dia tetap menikmati sarapannya. Perutnya sangat lapar ketika ini.
"Sekejap ya, Syamil. Mak cik ambil duit," ujar Puan Salmah. Kemudian, dia terus masuk ke biliknya untuk mengambil duit bagi membayar harga gas.
Syafira sedikit terkejut mendengar nama yang disebut ibunya tadi. Syamil. Rasa-rasanya, dia seperti pernah mendengar nama itu. Syamil. Budak lelaki selalu menyakatnya semasa zaman sekolah rendah dulu ke? Tapi, wajah mereka tidak sama. Syamil yang pernah dikenalinya dahulu sedikit berisi badannya. Juga seorang yang banyak mulut serta rajin mengutuk orang. Syamil budak penghantar gas ni, badannya sasa. Tak nampak banyak mulut. Macam pendiam aje orangnya. Bukan. Tentulah Syamil ini tidak sama dengan Syamil itu. Dia membuat andaian sendiri.
"Lama kau cuti kali ni?" soal Puan Salmah sekembalinya dari bilik tidurnya. Dia terus menyerahkan duit gas kepada Syamil.
"Lebih kurang empat bulan, mak cik. Bosan saya kalau tak buat apa-apa kerja. Tu yang saya tolong abah kat kedai," jelas pemuda itu.
"Baguslah macam tu. Tak adalah macam Syafira tu. Cuti-cuti macam ni, bukannya ingat nak tolong mak cik. Setiap pagi, kalau tak berkejut, mana nak bangun."
Syafira tersedak. Pantas dia mengambil cawan dan menuang air teh yang telah sedia terhidang di atas meja. Dengan cepat, dia menyua bibir cawan itu ke mulutnya. "Adoi!" Syafira menjerit kuat.
Puan Salmah dan Syamil terus memandang Syafira. "Itulah, makan tak baca doa lah tu," tegur Puan Salmah.
"Ibu, air teh ni panas. Kenapa ibu tak beritahu Fira?" keluh Syafira. Sudahlah dia tersedak kerana ibu membuka cerita yang kurang enak didengar kepada lelaki yang bernama Syamil itu. Kemudian, air yang diminumnya untuk melegakan kesakitan ditekaknya pula panas. Terasa melecur lidahnya.
"Takkan Fira tak nampak air tu panas lagi? Dari sini, ibu dah nampak asap keluar lagi. Fira ni, gelojoh sangat. Tak malu ke depan Syamil?"
Syamil diam sahaja dari tadi. Dia memandang wajah Syafira. Berkerut seribu dahi gadis itu menahan perasaan. Sakit, marah, bengang... apa lagi? Akhirnya, dia mengukir senyuman. Wajah itu nampak comel begitu.
"Ibu ni," keluh Syafira. Dia terus bangun dan meninggalkan meja makan. Terbantut sudah seleranya. Semuanya gara-gara lelaki yang bernama Syamil itu. Kalau lelaki itu tidak muncul, semua ini tidak akan berlaku.
Puan Salmah tergeleng-geleng. Tidak tahu apa yang harus dilakukannya untuk mengubah perangai Syafira. Mungkin dia dan suaminya terlalu memanjakan gadis itu semasa kecil dahulu. Penyudahnya, beginilah.
"Er, mak cik. Saya balik dulu." Syamil berkata.
Puan Salmah mengangguk. "Hati-hati bawak motor tu." Sempat Puan Salmah berpesan kepada anak muda itu.
*****
Syafira membuka matanya perlahan-lahan. Sinaran sang suria yang menyapa wajahnya membuatkan tidurnya terganggu. Hendak atau tidak, dia terpaksa bangun juga. Setelah mengemaskan katilnya, Syafira terus menggeliatkan badan. Kemudian, dia mencapai tuala dan terus sahaja keluar menuju ke bilik air yang terletak di sebelah dapur.
Kira-kira lima minit kemudian, dia keluar dengan berkemban sahaja. Sudah menjadi tabiatnya begitu. Waktu-waktu begini, ayahnya yang merupakan seorang pengetua tiada di rumah. Jadi, dia tidak berasa malu untuk berkemban sahaja.
Sambil berjalan, Syafira bernyanyi-nyanyi kecil. Bukan selalu dia dapat bangun lewat seperti ini. Bukan selalu juga dia berehat sepuas-puanya. Hanya ketika cuti sahaja. Ibunya pula, tidak pernah merungut. Bertambah-tambah perasaan gembira di hatinya.
"Fira!" jerit Puan Salmah.
Lagu Happy nyanyian Amy Mastura terhenti. Dia memandang ibunya dengan perasaan terkejut. Siapa yang tidak terkejut sekiranya dijerit oleh ibu ketika sedang melayan perasaan gembira? Bukan wajah Puan Salmah sahaja yang berada di hadapannya kini. Ada orang lain bersama ibunya ketika ini. Lelaki yang menghantar gas ke rumahnya seminggu yang lalu. Ya, Syamil. Cepat-cepat dia berlari ke biliknya.
Syafira merasa sangat malu. Tentu Syamil sudah nampak sebahagian besar tubuhnya yang terdedah tadi. Dia harus melintasi ruang tamu sebelum sampai ke biliknya. Jarang sekali ibu menerima kunjungan tetamu pada waktu pagi. Manalah dia tahu, Syamil akan berkunjung ke rumahnya sebagai tetamu ibu pada pagi ini. Kalau dia tahu lelaki itu ada di sini, keluar bilik pun dia tidak sudi.
Apa pula kata ibunya nanti? Pasti ibunya akan memarahinya. Ah! Lelaki yang bernama Syamil itu selalu sahaja mendatangkan masalah kepadanya.
*****
Puan Salmah masuk ke dalam bilik Syafira. Sejak kejadian pagi tadi, anaknya itu tidak keluar-keluar dari bilik. Sebagai ibu, dia faham perasaan Syafira. Malu.
"Fira," panggil Puan Salmah.
Syafira yang sedang leka menulis di meja tulis menoleh. Dia jadi serba tidak kena. Puan Salmah terus mendekatinya.
"Syamil datang tadi tanya pasal Fira," beritahu Puan Salmah.
Sekali lagi Syafira terkejut. ‘Erk? Tanya pasal aku? Apa mamat tu nak?’ Hati Syafira diburu pertanyaan.
"Syamil kata, kalau Fira sudi, dia nak suruh keluarga dia datang nanti, merisik dan meminang terus," sambung Puan Salmah.
Dia juga terkejut apabila mengetahui tujuan kedatangan anak muda itu. Syamil memberitahunya bahawa lelaki itu sudah jatuh cinta pandang pertama dengan anak gadisnya. Sebelum Syamil berlepas semula ke Jerman untuk menyambung pelajarannya yang masih berbaki dua tahun, dia ingin mengikat Syafira sebagai tunang. Kalau Syafira bersetuju, barulah Syamil akan menghantar rombongan untuk merisik dan meminang Syafira.
Syafira menelan air liurnya berkali-kali. ‘Syamil nak kahwin dengan aku ke?" Serta merta soalan itu menerjah di ruang mindanya. Dia terus memusingkan badannya, menghadap Puan Salmah. "Syamil tu, serius ke ibu?"
"Fira ingat Syamil tu main-main ke? Kalau dia tak bersungguh nakkan Fira, tak ada dia jumpa ibu, minta kebenaran," balas Puan Salmah.
Syafira tersengih malu. Dia berfikir-fikir. Puan Salmah diam. "Tak maulah, Fira."
"Kenapa?"
"Ibu, Fira muda lagilah. Tak maulah kahwin awal-awal. Dengan budak yang kerjanya hantar gas pulak tu."
Puan Salmah hanya tersenyum. Syafira sudah lupa agaknya dengan Syamil. "Dia nak bertunang aje dulu. Lepas dia dah kerja nanti, barulah Fira kahwin dengan dia."
"Hantar gas tu? Buka kerja dia ke?" Syafira masih lagi memperlekehkan Syamil.
"Dia tolong ayah dia ajelah. Pak Rashid tu, ayah dia. Syamil tu belajar pun belum habis lagi. Dua tahun lagi dia kat Jerman. Sebab takut Fira kena kebas dengan orang lainlah, dia nak ikat Fira awal-awal. Lepas dia kumpul duit nanti, barulah fikir pasal kahwin," jelas Puan Salmah.
Syafira terlopong. Syamil anak Pak Rashid, adalah orang yang sama dengan Syamil yang pernah dikenalinya dahulu. Macam manalah agaknya Syamil boleh terfikir untuk berkahwin dengannya? Lelaki itu sudah tahu apa banyak keburukannya, bangun lambat, makan gelojoh, berkemban depan tetamu... apa lagi?
"Macam mana?" soal Puan Salmah.
"Nantilah Fira fikirkan," jawab Syafira acuh tidak acuh.
"Dua bulan lagi dia dah nak balik Jerman semula. Fira janganlah ambil masa lama sangat nak fikir, ya."
Syafira hanya mengangguk.
*****
"Fira, dah nak masuk waktu Zohor ni. Fira tak nak bangun ke?"
Syafira membuka mata. Dia tersenyum melihat wajah lelaki itu. "Malaslah nak bangun. Kalau Fira sambung tidur lagi, tak boleh ke?" Syafira berkata malas. Kalau boleh, dia ingin mengajak lelaki itu tidur sekali bersamanya.
"Cukup-cukuplah tu. Tak elok tidur lama-lama ni. Fira bangun, ya sayang." Pujuk Syamil.
Syafira akur dengan kehendak suaminya. Dia terus turun dari katil dan segera ke bilik air. "Jangan lupa bawak baju sekali. Sekajap lagi, kawan abang nak datang. Terkejut pulak kalau dia tengok Fira berkemban aje," pesan Syamil.
Bukan mereka tiada bilik mandi sendiri di dalam bilik tidur mereka, tetapi tangki di bilik mandi itu bocor. Sementara menungu tukang paip datang membaiki, mereka menggunakan bilik mandi yang terletak di tingkat bawah.
Syafira berpaling menghadap Syamil. Terkejut dia apabila mengetahui kawan Syamil akan datang hari ini. Mana sempat untuk memasak? Apa yang ingin dihidangkan kepada kawan Syamil nanti?
"Kenapa abang tak beritahu Fira awal-awal? Kalau Fira tahu, tak adalah Fira bangun lambat. Dah nak masuk tengah hari ni, mana sempat Fira nak masak apa-apa untuk kawan abang tu?" Syafira merungut-rungut.
"Abang tak sampai hati nak kejutkan Fira. Lena sangat abang tengok Fira tidur. Soal hidangan tu, Fira tak payah risau. Abang dah siapkan semuanya," beritahu Syamil.
Senyuman terus terbit di bibir Syafira. "Abang dah masak untuk tengah hari? Ada lauk kegemaran Fira tak?" soal Syafira teruja.
"Ikan pari masak asam pedas daun kesum? Mestilah ada. Fira jangan makan gelojoh sangat depan kawan abang tu. Terkejut pulak dia nanti."
Syafira menepuk manja bahu suaminya. Siapa sangka, Syamil akan jatuh cinta kepadanya. Pertama kali bersua setelah bertahun-tahun tidak bertemu adalah di dapur rumahnya. Ketika Syamil menghantar gas ke rumahnya. Terkejut agaknya Syamil melihatnya makan dengan begitu gelojoh sekali.
Bukan itu sahaja, daripada ibunya juga Syamil tahu bahawa dia tidak suka bangun di awal pagi, tidak tahu untuk menolong ibunya. Kalau hendak dibandingkan dia dengan Syamil, memang ibarat langit dengan bumi. Sikap Syamil amat bertentangan dengan dirinya.
Tetapi begitulah kebiasaannya. Mana ada pasangan yang memiliki sikap yang sama? Kalau begitu, tentu bosan. Kalau si dia pun jenis bangun lambat, tak ke haru? Siapa yang nak siapkan sarapan? Bangun-bangun dengan perut yang lapar, siapa yang susah?
"Fira oh Fira," tegur Syamil.
Syafira tersedar. Dia berkhayal rupanya.
"Pergilah mandi sekarang. Apa yang Fira duk fikir tu? Kawan abang sampai nanti, Fira tak mandi lagi." Syafira tersengih. Dia terus berlalu meninggalkan suaminya di situ. Bahagia dia bersuamikan Syamil.
Sebelum dia terlupa, budak penghantar gas yang meminangnya dulu itu merupakan seorang jurutera. Sekarang, Syamil bekerja dengan sebuah syarikat telekomunikasi di Subang Jaya.
so sweet... tapi kan, kalo dah nama pun cerpen, apa kata awk tambah sket dramatic konflik kat tgh2 citer tu... mungkin akan lgi gempak. niway tahniah, cerita yg manis dan mampu wat pembaca seperti sy ni tersenyum. gud lux!
btul ckap freesia_aya..alangkh indahnye kehidupan seindah dunia cerpen dgan novel...sbab tu lah aku suke sgt bce novel n berangan2 yg ak wtak kt dlam novel tu... cter ney best...pklaw dpnjangkn lg best..pendek sgtlah...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best....sweeetttt sgt...