Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
SUASANA di dalam disco seperti biasa, bingit dengan lagu-lagu rock yang berkumandang menghiburkan para pengunjung. Lampu yang berkelip-kelipan menyuluh ruang bilik menjadikannya sebagai medan tarian yang mengasyikkan. Siapa tidak tergoda dengan tarian dan lenggokan para penarinya… hampir semua pengunjung yang kerap datang telah mahir dengan beberapa tarian, terpahat di minda mengikut beat muzik yang berkumandang. Rata-rata pemuda dan pemudi yang memenuhi hampir setiap ruang dewan tarian, terkinja-kinja menari melepaskan gian. Terdapat juga dua tiga orang lelaki yang telah berumur masih lupa diri menari memeluk pasangan. Inilah dikatakan dunia alaf baru. Entah bila manusia mahu insaf dan tahu menghargai kehidupan anugerah Tuhan, mula menuju arah lurus serta membetulkan kesilapan sebelum terlambat.
Muzik semakin rancak, pengunjung ligat menari, suasana pula makin hangat dan godaan bertambah hebat! Kamal , Aman, Amin dan Sara sedang berbual kosong di meja sudut. Seperti biasa jika Aman ke disco, dia pasti bertemu dengan pasangan Amin dan Sara yang menjadi pengunjung setia. Pasangan yang masih muda ini telah berkawan selama hampir lima tahun namun hanya teman tapi mesra. Kali ini Aman dengan gembira memperkenalkan Kamal dengan kedua merpati sejoli itu dan mereka berempat kini kelihatan selesa bersama.. Lagu demi lagu berkumandang dan Aman leka menari bertukar-tukar pasangan. Kamal cuma melihat kerana masih kekok lagi setelah lama tidak memasuki dunia gila-gila itu. Amin dan Sara menemani Kamal di meja untuk beberapa minit sahaja dan mereka juga turut berligar menari bertukaran pasangan. Kini tinggal kamal keseorangan di meja memerhati beberapa orang gadis yang agak menarik sedang menari sesama mereka. Manis, dalam lingkungan umur belasan tahun. Pandai mereka menari, mungkin telah mengikuti kelas tarian; adat dunia Kota ni biasalah semakin maju peradaban liar mereka ini.Kamal melemparkan senyuman kepada salah seorang dari mereka yang asyik mencuri-curi pandang dari tadi. Tiba-tiba gadis itu menghampiri Kamal dan menarik tangannya, Kamal mampu menggelengkan kepala namun tangan Kamal tidak dilepaskan lalu Kamal pun menurut kehendaknya. Dunia gila-gila itu telah meuk Kamal dan kini dia turut serta dalam golongan yang hidup tanpa pendirian.Hampir tiga pagi barulah masing-masing mengangkat punggung dari disco itu dan Kamal yang sudah lama tidak menjejaki tempat berhibur macam tu kini sudah lupa pada dirinya yang sebenar, lupa pada isteri yang baru dikahwini, hanya kesilapan kecil berupa takdir menimpa telah mula mengubah pendirian Kamal… baginya kehilangan telefon bimbit bermakna kehilangan masa silamnya, kehilangan dirinya sebagai suami Liza…!
Malam berikutnya, Kamal mengikuti Aman ke disco yang sama. Kali ini Aman mengajak Devi dan Kamal yang enggan pada mulanya terpaksa akur bila Devi muncul dengan begitu seksi sekali. "Cantik Devi, saya hampir tak kenal tadi." Kamal memuji ikhlas. Matanya berasa senang memandang Devi yang begitu menarik berpakaian blouse biru laut ketat paras peha melekat di badan berukuran 36-24-36, menampakkan dadanya yang bidang. Sesuatu yang indah itu tidak mudah dikecapi dan ruginya kalau dia tidak menjamu mata menghargai keindahan ini. Devi memberikan senyuman manis sebagai tanda terima kasih atas pujian yang diberikan. "Terima kasih, saya harap Encik Kamal tak buli saya nanti. Di pejabat tak pe lah…" Devi mengusik manja. Hatinya berlagu riang kerana sentuhan pertama mengena. Haa… of course… I’m dress to kill! Dia membetulkan kolar bajunya dengan spontan mendedahkan yang hampir terdedah.Aman menjeling melalui cermin depan dan tersenyum nakal "Don’t worry miss, saya ni em… quite gentleman." Kamal berdehem dan menepuk belakang Aman yang membisu dari tadi. "Hei geng, aku tengah memandu ni." Aman menegur mengingatkan, "Aku tak nak mati lagi… tak kawin lagi…"guraunya menambahkan lagi humor pada suasana yang ceria. Kereta CRV hitam meluncur laju di jalanraya yang agak sibuk membelah kepekatan malam Kota yang sentiasa sibuk. Seperti biasa mereka bertiga menuju ke meja Amin dan Sara yang sentiasa menanti. Devi diperkenalkan dan mencukupi kuota berempat melainkan Aman yang suka ‘stay single’. Sekali lagi malam itu dihangatkan dengan lagu-lagu rancak dan memanaskan. Kamal kini sudah mula berasa hangat ponggong dan menunggu dengan sabar, tidak mahu dikatakan lawan tauke. Devi tanpa malu terus menarik tangan Kamal tidak sabar. "Jom Kamal!" sambil merapatkan dirinya, dia memberanikan diri merenung ke dalam anak mata lelaki pujaannya. "Jangan beritahu saya, you tak tau menari."Dia menarik lagi tangan Kamal dengan manja kali ini. Kamal bangun dan mengikutnya ke ‘dance floor’. Dia agak terkejut juga dengan keberanian gadis comel ini mendesaknya. Ini dirasakan kelainan dan menjadi satu cabaran kepada egonya, sekaligus menariknya kearah satu permulaan perhubungan…
Kamal dan Devi menari mengikut rentak, selepas dua lagu rancak mengiringi langkah tarian, mereka berasa ingin mengambil angin dan menuju ke balconi sisi. Kamal menyalakan rokok setelah meminta izin pada Devi, asap rokok memenuhi ruang udara dan hilang begitu saja, cuma Kamal yang tahu makna kesedapannya. Devi berdiri di sisi kamal sambil tangannnya berpaut pada lengan sasa Kamal. "You tau tak? I admire you at first sight and I really am afraid of this feelings." Devi meluahkan perasaannya secara tiba-tiba dan membuat Kamal terpana seketika. "You tak suka ke?" "Oh…" Kamal kehilangan kata-kata. Dia merasakan Devi terlalu berani dan dia takut satu hari nanti keberanian ini akan mengorbankan dirinya. Apakah dia perlu mengambil risiko? Akhirnya dia terpaksa mengalah,"… it’s okey… at least you berterus terang." Katanya perlahan. Devi memaut lengan Kamal dengan kuat. "I lemah dengar suara you ni… kita duduk dulu Kamal, I can’t stand this heart beat of mine! My legs are getting soft." "Begitu ke? Rasanya you yang goda I dari mula lagikan?" Kamal memberitahu sambil tangannya memimpin Devi ke kerusi berdekatan. Egonya semakin tinggi bila mengetahui gadis sudah dalam genggaman. Kalau dia jenis yang liar pasti malam ini hancus! Kamal bermonolog sendirian. Matanya mengerling gadis di sebelahnya sekali sekala. Aaah… Aku masih tahu harga diri, tak akan menyambar sekali-kali. Jika sudah di hadapan mata, walau terhidang jua, tidak rakus merosak dara. Satu perhubungan akan tercemar bila cinta dirosak dek nafsu melanda.
Beberapa minit berlalu tanpa kata-kata dan Kamal memimpin semula tangan Devi menuju meja teman-teman yang sedang berpesta ria. Kelihatan Amin dan Sara berbual dan ketawa mesra. Malam semakin larut dan menghampiri pagi. Kamal terus terleka dalam kesesatan nyata. Fikirannya bercampur gaur dengan kemeriahan dunia dan hatinya mulai lalai untuk mengingati diri. Apakah ini permainan dunia yang mudah dikecapi?
Dewi semakin galak mengusik Kamal dan hatinya semakin tersentuh melihat senyuman manis lelaki itu. Betapa kacaknya dia. Apakah aku sudah jatuh cinta sekali lagi? Mana mungkin secepat ini..Kalau tidak silap, pernah aku terbaca satu artikel menyatakan bahawa bila cinta datang, hati akan bergetar dan darah menyirap panas..macamana agaknya tuu..? Dewi memerhati lagi wajah kesayangannya yang berada di sisi. Rambut yang hitam berkilat itu amat tebal dan beralun bila terselak ditiup angin yang lalu. Ingin sekali dia melarikan jejari halusnya menguruti rambut Kamal. Matanya…amat hitam dan tajam bila melontarkan pandangan. Dewi dapat merasakan panahan matanya yang menikam kalbu. Aduh! Aku semakin rawan. Dewi tiba-tiba memegang tangan Kamal. Kamal menoleh memandang Dewi yang semakin erat memaut lengannya. Hatinya turut berdebar kencang menahan gelora.Mana tahan bila seorang wanita cantik yang amat seksi menggoda bertalu-talu. Bukankah aku ini lelaki sejati? Menerima apa yang diberi… "You tak tergoda dengan I ke?" Dewi bertanya sambil tersenyum manis.Mata galaknya tetap memandang Kamal tanpa berkelip.Memang lelaki ini seorang yang sempurna. Kata-katanya menarik dan tegas .Tingkah lakunya menggoda, menawan sekali. "I tak cantik ke?" Dewi menambah lagi. "You cantik, cuma I kena menjaga diri I agar tidak melepasi batas nanti. Tengah terbakar ni ha..ha.." Kamal segera menarik tangannya dan menarik nafas lega dapat melepaskan perasaannya yang membara tadi. Dia patut berhati-hati di masa akan datang agar tidak terperangkap dengan wanita dan nafsu.
best juga citer ni....mungkin ada pengajaran bg mereka yg lalai,terus berkarya.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
jarang ade cite macam ni... sambung la cepat