Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Bab 3 Malam itu bermula orientasi mereka selama tiga hari. Dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah. Kemudian diteruskan dengan bacaan Yasin dan selawat ke atas nabi junjungan. Bagi yang uzur dan bukan Muslim diarahkan berkumpul di Dewan Pusat Islam mendengar ceramah dan pengetahuan moral oleh Pengurus Asrama. Mereka selesai lebih kurang jam 10.00 malam dan semua pelajar dan staf kolej dijemput makan malam sebelum dibenarkan pulang ke asrama. Mereka diminta supaya tidak berjaga hingga lewat malam kerana keesokan harinya terdapat banyak aktiviti yang perlu dihadiri. Farisya dan rakan sebiliknya bersalam-salaman dengan pelajar lain yang baru mereka kenali pada malam itu. Semasa berjalan pulang bersama rakan-rakan sebilik, Farisya terasa seperti dirinya diperhatikan seseorang. Namun apabila ditoleh, tiada siapa pula. Dia hairan bercampur takut. Namun dikuatkan semangat dengan berfikiran pada zaman moden begini mana ada hantu yang wujud. Tambahan pula mereka jalan beramai-ramai. Masa kan ada hantu yang mengganggu. Farisya lalu membuang jauh-jauh perasaan takutnya itu. Jalan dan jalan sambil berborak, akhirnya mereka tiba di asrama. setibanya di bilik, Farisya mencuci muka dan kaki sebelum menukar pakaian tidur. Matanya tidak mengantuk setelah tidur lama petang tadi. Beberapa orang yang lain sudah nyenyak kecuali Laila dan Rini yang juga telah tidur pada waktu petang. Jam baru menunjukkan pukul 11.30 malam. Setelah memaksa matanya untuk lelap dan tidak berjaya, dia lalu ke katil Laila yang juga sedang cuba untuk tidur. Dilihatnya Rini sedang membaca majalah. Mungkin itu caranya untuk melelapkan mata. "Kau juga tak boleh tidur ya?" tanya Laila apabila Farisya melabuhkan punggung di tepi katilnya. Farisya menggangguk. "Nak buat apa ni?" Tanya Laila lagi. Farisya menjungkit bahu.
"Itulah kita ni. Waktu disuruh rehat, kita bantai tidur lama-lama. Waktu tidur sudah tak dapat tidur lagi. Padan dengan muka kita," kata Laila geli hati. Farisya juga turut tergelak kecil. "Laila, Tanya sikit boleh?" Farisya mengubah topik. "Apa? Tanya sajalah. Bukan kena bayar," Laila menjawab selamba. "Emmm..ibu kau meninggal sebab apa?" Farisya memberanikan diri bertanya. Bukan dia mahu menjaga tepi kain orang, tetapi hanya sekadar bertanya tentang apa yang membuatkan diri Laila kuat sehingga nampak sentiasa riang. Laila terdiam sejenak. Air mukanya tiba-tiba berubah. Farisya serba salah. Mengapakah soalan itu yang ditanya Farisya. Bukankah soalan itu sensitif bagi Laila. Farisya menyesal. "Sorry Laila. Aku tak sengaja tanya kau begitu. Tak apalah. Tak perlu jawab. Kita tidur ya," kata Farisya yang cuba menyedapkan hati sendiri yang terasa bersalah. "Mak aku kemalangan semasa jemput aku dari asrama pada hari lahirku yang ke 14 tahun," tba-tiba Laila menjawab dengan nada perlahan dan sayu. Farisya yang baru mahu mengangkat punggung untuk beredar ke katilnya tersentak mendengar. Betapa sedihnya dia jika berada di tempat Laila. Tidak semena- mena air matanya mengalir di pipi. Farisya dapat membayangkan perasaan Laila walaupun dia tidak pernah menunjukkan riak sedihnya di hadapan kawan-kawan. Laila sangat cekal dan tabah menghadapi dugaan dan tohmahan sehinggalah dia membesar seperti sekarang. Menurut Laila, dia dituduh oleh kakak-kakaknya dan saudara mara sebagai anak yang sering menyusahkan emaknya. Ayahnya pula yang semakin lama semakin tertekan setelah kematian emaknya kini telah terjebak dengan najis dadah dan dibuang keluarga. Menurut Laila lagi, ketika kejadian, emaknya mahu menjemputnya pulang dari asrama untuk meraikan hari lahirnya. Laila memaksa emaknya membelikan kek dan hadiah terlebih dahulu sebelum menjemputnya. Memandangkan Laila anak bongsu dan manja, maka dituruti sahaja kehendaknya. Namun, hasratnya tidak kesampaian. Yang datang menjemputnya pada hari itu ialah kakak sulungnya dengan wajah suram. Semasa di hospital barulah dia tahu bahawa emaknya sudah tiada. Laila hilang arah selepas itu. Tidak mahu ke sekolah. Tidak mendengar kata kakak-kakaknya. Selama ini hanya emaknya sahaja tempat dia mengadu dan bermanja.
Hanya seutas rantai tangan emas yang ditinggalkan kepadanya iaitu hadiah hari lahir yang terakhir dari emaknya. Rantai tangan itu dipakai sehingga ke hari ini. Dengan pemberian emaknya itulah yang mengembalikan semangat Laila untuk meneruskan kehidupan dan berjaya ke kolej pada hari ini. Dia berjanji akan belajar bersungguh untuk mencapai kejayaan demi emaknya. Laila hanya mampu tersenyum kelat semasa menunjukkan rantai tangan pemberian emaknya itu kepada Farisya. Kini Farisya mengerti apa yang membuatkan Laila kuat semangat. Dia sudah tiada tempat bergantung memandangkan ahli keluarganya tidak mempedulikannya lagi. Jika dia terus bersedih meratap pemergian emaknya, masa depannya pasti musnah pada usia yang masih muda. Farisya memberi kata-kata semangat kepada Laila, "Takdir Allah Laila. Tiada siapa dapat menghalangnya. Bersabarlah," Farisya menggosok-gosok bahu Laila. Hari sudah jauh malam tanpa disedari. Farisya kembali ke katilnya lalu menarik selimut sambil berdoa sebelum tidur. Dia lena sehingga ke pagi. Hari kedua dan ketiga orientasi sangat memenatkan. Tiada masa untuk berehat seperti dua hari lepas. Banyak panggilan tidak berjawab di telefonnya kerana dia terlalu sibuk dengan aktiviti-aktiviti yang telah diatur oleh pihak kolej. Kebanyakan panggilan tersebut adalah dari rumahnya. Barangkali mama atau papanya yang menelefon. Lega rasanya apabila sudah tamat sesi orientasi yang meletihkan itu. Hari Orientasi diakhiri dengan ucapan dan doa dari Pengetua Kolej Daerah Rawang. Setiba di asrama, seperti biasa mereka merebahkan diri ke katil tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Farisya memeriksa telefon bimbitnya. Terdapat dua panggilan tidak berjawab dari papanya dan satu panggilan dari nombor rumah. Juga ada satu mesej dari mamanya berbunyi, ‘Eisya..sibukkah ? Call mama semula ya.’ Farisya melirik jam di tangan. Sudah jam 12.00 malam. Lalu dia mengambil keputusan menghubungi mamanya pada keesokan hari sahaja. Dikhuatiri jika mengganggu mamanya yang sudah tidur tengah malam begini
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan