Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hari ni adalah hari ke tiga aku bekerja di kilang kerepek milik keluarga Zila. Memang agak janggal sebab aku tak pernah nak buat benda-benda tu semua. Mula-mula aku di bawa ke tempat packing. Itu memang kerja yang paling senang. Masukkan je kerepek yang dah siap di masak ke dalam plastik dan di timbang mengikut sukatan. Lepas tu seal. Memang senang. Patut la cuma ada dua orang je yang buat kerja ni.
Memang tak adventure langsung. Lepas merengek-rengek macam kucing Siam, baru Zila bawa aku ke tempat yang lebih adventure. Aku memulakan proses membuat kerepek dari awal iaitu mengupas kulit ubi, pisang, keledek dan keladi. Nasib baik aku pernah masuk dapur. Walaupun tak expert, tapi tak de la sampai kekok nak pegang pisau. Yang bekerja pula kebanyakannya makcik-makcik.
Aku pun buat la kerja tu dengan bersungguh-sungguh. Sambil mengupas, mulut kami riuh bersembang. Macam-macam yang di tanya. Aku ni pun rajin-rajinkan mulut bertanya itu dan ini. "Anak ni dah ada pakwe ke belum?" tangan ku terhenti. Terkejut dengan soalan yang di ajukan. Pandai pula makcik ni cari tajuk. Tajuk yang boleh buat kepala aku macam nak pecah. Memang pandai. "Ish…siapalah nak kan saya ni makcik. Masak pun saya tak tahu," aku berselindung. Sengaja ingin merendah diri. Memang tak reti masak pun. Masak gulai pun cair. "Eh..takkan tak ada. Muka lawa-lawa macam ni tak ada siapa yang nak? Mustahillah," tambah makcik yang masih inginkan kepastian. Aku dah tersenyum-senyum kambing. Satu sebab kena puji, dua sebab tak tahu nak jawab apa. Jadi aku senyum je la.
"Anak ni dari mana?" haaa….soalan ini tak pe. Aku tak kisah nak jawab. Tanya la apa pun. Sure aku tak kisah punya. Cuma jangan la tanya soal hati dan perassaan aku. Memang boleh buat aku pening kepala. "Saya asal Penang makcik. Semua saudara mara orang sana," tangan ku sudah kembali ligat mengupas kulit pisang muda. Habis bergetah tangan aku. Melekat-lekat. "Adik beradik berapa ramai?" dah macam rancangan wawancara pula. Ada saja yang ditanyakan pada aku. Sedar tak sedar, dah sebakul pisang muda aku kupas. Bakul besar pula tu. Punya la ralit. Bila dah kupas, kenalah basuh. Aku pun tarik la bakul plastik yang penuh dengan pisang muda yang sudah di kupas.
Lepas kupas, proses memasak la pula. Yang ini aku kena berhati-hati di jalan raya sebab aku pun bukan handal dalam bab-bab masak memasak ni. Aku mencuba perkara baru. Aku memerhatikan cara mereka menggesek pisang muda pada satu alat khas. Semua ini adalah cara tradisional. Itu yang Zila bagi tahu aku. Tak main mesin-mesin ni. "Nah, cuba la," aku tidak teragak-agak mengambil peluang untuk mencuba. Takkan aku nak tengok saja. Malu la. Takkan nak jadi anak muda yang tak berani mencuba. Aku terkial-kial menggesek. Dah la kena buat terus atas kuali panas. "Hai..macam tak pernah buat kerja je?" sindir makcik di hadapan ku. Aku tersentak. Sesedap mulut je nak mengata aku. Sound direct pula tu. Pedas je telinga aku dengar. Ingin saja aku menjawab. Bidas kata-katanya yang langsung tidak menghormati ku.
"Benda baru. Memang la perlahan sikit," suara Zila sekali lagi menyelamatkan aku. Dapat juga aku mengelak dari terus menambahkan dosa kering. Hehehe…ada pula dosa kering eks. Thanks my friend. Aku memberikan senyuman yang paling manis buat makcik yang menyindir ku. Dia mencebik. Apa kes agaknya dia nak angin satu badan dengan aku. Agaknya dia tengah datang bulan kot. Tak pun tengah datang bintang. Tu yang nak marah-marah. It’s ok. Aku faham.
Dalam dok menggesek tu tiba-tiba pisang yang ku pegang terlepas. Terus jatuh ke dalam minyak yang tengah panas. Apalagi, habis merecik minyak panas tu. Adus!...tangan ku terkena minyak. Nasib baik tangan aku je yang kena. Kalau tangan makcik-makcik tu yang kena, habis aku. Kecoh juga. Ada dua tiga orang makcik mengambil berat pada ku. Habis jatuh saham aku. Kurang duit hantaran. "Sakit tak?" soal Zila. "Tak….sedap," gurau ku. Mana tak sakit. Dah la minyak panas. Tapi aku cover sebab tak mahu susahkan hati dia. Kalau nak kata sakit, dalam hati ni lagi sakit. "Ish kau ni. Benda macam ni pun masih nak main-main lagi," marah Zila. Macam mak tiri pun ada aku tengok gaya dia.
"Main apa?" "Opocot mak kau!" latah ku kerana terkejut. Sesedap hati saja menyampuk. Memang tak sayang mulut betul. Zaki dengan Zila memang satu kepala. Suka sangat nak menyakat aku. Dia ingat acara tag team agaknya. "Macam mak nenek melatah," ejeknya sambil tersenyum nakal. "Suka hati kita la," aku membidas tanpa menoleh. Masih membelek tangan ku yang sudah kemerahan. Luka di tangan ku agak besar. "Suka hati kita la," ajuk Zaki lagi. Aku menoleh ingin memabalas, tetapi lidah ku kelu kerana mamat ‘bisu’ berdiri di belakang Zaki. Habis berterabur ayat yang sudah ku susun.
"Kenapa?" Zaki bertanya kembali. Aku menggeleng sedikit memberi isyarat kepada Zila supaya tidak membuka mulut. Aku tidak mahu membesarkan perkara seremeh ini. Aku melihat Zila sudah tersenyum sambil mengangkat kening. "Tangan Kasih terkena minyak panas," toink!!!... kan dah kata. Memang mulut kawan aku ni sama macam mulut abang dia si Zaki tu. Mulut tak reti nak cover. "La…kenapa tak cakap. Meh nak tengok," Zaki ingin melihat tangan ku. Teragak-agak untuk ku hulurkan. Namun belum sempat Zaki menjamah kulit ku, si mamat ‘bisu’ dengan pantas menarik lengan ku. Aku terkejut teramat sangat. Zaki ternganga, Zila terlongo. Bagus. Memang korang adik beradik sehidup semati.
Aku terpaksa menurut langkah kakinya menuju ke pili air. Pantas tangannya mencapai paip getah lalu dihalakan ke tangan ku. Di alirkan air paip ke atas kulit ku yang terkena minyak panas. Aku hanya menurut. Tak terdetik pun di hati ini untuk melawan. Selang beberapa minit, tangan ku di balut dengan sapu tangannya. Dan sekali lagi tubuh ku terdorong ke depan apabila ditarik olehnya.
"Abang nak bawa Kasih pergi mana?" jerit Zila. Zaki memeluk tubuh di sisi Zila. Muka dia nampak macam tak puas hati je sebab tak dapat nak pegang tangan aku. Apa tidaknya, si abang lebih dulu menyambar tangan ku. "Klinik," jawabnya pendek lalu membuka pintu kereta Satria GTinya untuk ku. Aku dah macam lembu kena cucuk hidung. Mana dia tarik, aku ikut je. Agaknya kalau dia tarik pergi rumah tok kadi pun aku ikut je. Hehehe…kahwin koboi.
*******
Hari Ahad macam ni biasanya aku bangun agak lewat. Tapi bila dah ada dekat rumah orang ni kenalah belajar bangun awal. Malu pula nanti kalau kena tegur dengan mak Zila. Lepas sembahyang subuh, aku tak sambung tidur. Aku terus mandi untuk segarkan diri. Zila jangan cakap la. Nama pun rumah dia. Paling kuat pun nanti terpaksa tadahkan telinga kena leter. Macam tu juga dengan arwah emak dulu. Anak perempuan cuma ada satu tapi macam bela lembu sekandang. Tu belum kira dengan abang aku. Abah lagi. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
"Wei Zila! Bangun la," bahunya ku goyangkan. Dah nak masuk pukul 10 pagi. Masih tak bangun-bangun lagi. Aku dah tak tahu nak buat apa dah. "Hhhmmmm.." itu je tindak balasnya. "Dah pukul 10 la. Kau tak nak bangun ke?" sekali lagi aku menggoncang tubuhnya. Kali ni tak balas langsung. Fine. Aku pun bangun mendekatinya. Bibir ku betul-betul berada di telinganya.
Ready……. Arrrgggghhhhhhh!!!!!!!! Aku terkekeh-kekeh ketawa melihat aksi Zila terjun dari katil Punyalah terkejut sampai terus terjun dari katil. Macam ni la kalau aku nak kejutkan dia masa di kampus dulu. Punya la liat. "Hantu kau Kasih. Nak pecah gegendang telinga aku," Zila mengosok-gosok telinganya. "Adik! Apa bising-bising tu?" soal Hajah Kalsom sambil mengetuk pintu bilik. Langsung tawa ku mati. Zila yang masih mamai turut tersentap. "Eh..tak ada apa-apalah mak," dalih Zila. Mungkin jeritan ku sedikit kuat sehingga mampu di dengari walau berada di luar bilik. "Dah turun. Ajak Kasih sarapan," ujar Hajah Kalsom lalu berlalu. Zila menjeling ku. "Hehehe…sorry," pohon ku. Aku membantu Zila untuk bangun. Akhirnya kami sama-sama ketawa.
Aku duduk di anjung rumah keluarga Zila. Sengaja ingin mengambil angin. Sayup-sayup ku terdengar petikan gitar dari salah sebuah bilik. Aku amati petikan gitar yang begitu mengasyikkan. Kalau tak silap petikan gitar itu memainkan lagu dalam filem Ayat-ayat cinta. Mana mungkin dapat ku lupa akan liriknya. Liriknya saja mampu membuat ku menitiskan air mata. Tanpa sedar bibir ku turut menyanyi perlahan menyaingi petikan gitar.
"Boleh tahan juga suara kau ni eks," Nyanyian ku terhenti. Petikan gitar turut ikut terhenti. Mungkin terdengar akan teguran Zila. Kacau daun betul. Aku baru nak felling-felling. "Biasa-biasa je. Kalau tidak, dah lama aku jadi macam Siti Nurhaliza tu," aku menidakkan. Merendah diri tu lebih baik dari meninggi diri. Lainlah dengan si mamat ‘bisu’ tu. Memang suara dia power. Aku rasa petikan gitar tadi pun dia yang main. Kalau Zaki, dah lama dia tunjukkan muka. Dah ada girlfriend pun masih nak mengurat aku.
Zila menghidangkan kerepek yang di perbuat dari tempe. Memang kretif betul. Aku yang pertama kali rasa pun dah jatuh cinta. Memang kalah la dengan keropok-keropok yang penuh iklan di tv. Di tambah pula dengan air kelapa. Memang masyuk! "Er..aku nak tanya sikit boleh tak?" Zila sibuk menuang air kelapa ke dalam cawan. Nama pun kampung. Benda-benda macam ni tak payah nak beli. Kait je dekat belakang rumah. "Tanya je la. Sejak bila kau kena minta izin dengan aku," ceh.. sempat juga dia perli aku. "Er… abang kau yang hantar aku pergi klinik tu, siapa nama dia?" Zila mengunyah kerepek tempe dengan rakus. Macam tak jumpa setahun. "Erm..kenapa? Kau dah berkenan ke?" Zila menjawab tanpa menoleh kepada ku. Aku tanya dia, dia boleh tanya aku balik.
"Aku nak tahu je la. Yang kau merapu benda lain tu buat apa," aku turut mencapai kerepek tempe di hadapan ku. Sambil menyandarkan tubuh pada kerusi rotan. Sejuk je mata memandang melihat kehijauan pokok-pokok. Kalau dekat rumah aku, pokok bunga dalam pasu adalah. Bukan kata sejuk, makin panas adalah. "Nama dia Zafri," macam tak ikhlas je nak jawab. "Zafri je ke. Kenapa nama Zaki panjang. Nama dia pendek je," ni yang musykil. "Tiba-tiba je berminat nak tahu nama penuh dia. Macam ada apa-apa je ni. Tak nak story ke?" Zila sudah menutup komik Pedang Samurai lalu merenung wajah ku.
"Tak adalah. Aku bukan apa. Suara dia kan sedap. Kenapa tak jadi penyanyi. Masuk Akademi Fantasia ke, Bintang RTM ke. Sure meletup," Zila menjungkit bagu. "Ntah. Aku pun tak tahu. Dia memang minat menyanyi. Tapi tak pernah pula dia cakap nak jadi penyanyi," terang Zila. Sayang. Bakat terpendam dibiarkan terus terpendam. "Dia kerja apa?" "Kalau aku cakap mesti kau tak percaya punya," apasal pula ni. Kenapa pula yang aku tak percaya. Takkan dia kerja model. Kalau ye pun memang dah padan la dengan wajahnya yang handsome. "Cakap je la," desak ku pantas. Zila tersengih memandang ku yang menanti. "Cikgu," Chop! Tweet! Stop! Memang tidak di sangka mamat yang ku beri gelaran bisu adalah seorang cikgu.
"Erm..quite impressive.Dia ajar apa? Sekolah menengah ke rendah?" bertubi-tubi soalan meluru bagaikan peluru menyerang Zila. "Amboi-amboi. Tanya sakan nampak. Apa kata kau tanya je dekat dia sendiri," erkkk…aku tercekik kerepek tempe. Ada ke dia suruh aku tanya sendiri. Kalau mamat ‘bisu’ tu ramah macam Zaki tak pe la juga. Ini tidak, bila depan aku je dia jadi bisu. "Cakap je la. Aku tak mampu nak beli suara abang kau yang mahal tu." keluh ku. Pedas juga sindiran ku. Nasib baik orangnya tak dengar.
"Ehermm!" aku tersentak. Satu suara yang mampu membuat jantung ku berhenti berdegup. Alamak! Agak-agak dia dengar ke tidak. Zila tersengih-sengih sambil memandang ku. Mengarahkan ku bertanya sendiri kepada empunya badan. Aku tidak mampu untuk mendongak. "Duduk la bang. Kasih ni sibuk nak tanya pasal abang. Siap tanya nama penuh abang lagi. Nak report dekat abah dia kot," aku dah agak. Saja nak bagi aku malu. Punya la baik aku kutuk, tiba-tiba je dia boleh muncul.
"Eh..tak de la. Saja je nak tahu," terketar-ketar suara ku. Sempat juga aku menjeling tajam kepada Zila. Boleh dia buat selamba je. Tunjuk gigi dia yang cantik tu. Mamat ‘bisu’ terus duduk di kerusi yang kosong. Betul-betul di hadapan ku bersama gitarnya. Betullah tekaan ku. Memang tidak syak lagi. "Pandai Kasih menyanyi," itulah ayat pertama yang aku terima darinya. Fuh! Bergetar jantung ku terdengar suara mu ah! ah !. Macam mana aku nak gambarkan ye. So romatic.
Kehadirannya betul-betul membuat diri ku terlupa akan Haiqal. Lelaki yang menghancurkan kesucian cinta ku. Setiap kali kami berdekatan, jantung ku tidak pernah berdetap perlahan. Aku menjadi gugup. Perasaan ku seolah-olah terkunci dan di kawal olehnya. Perasaan itu semakin kuat tatkala mata kami bertentangan.
"Kalau sudi, Zaf nak dengar Kasih menyanyi sekali lagi. Boleh?" tuturnya lembut. Cukup sopan. Macam mana la agaknya ketika dia berhadapan dengan anak-anak muridnya. Adakah sama seperti dia melayan ku. "Wei Kasih. Permintaan ni," tambah Zila. Pandangan dan renungannya masih tidak berganjak dari wajah ku. Menanti jawapan dari ku. "Er..aaa.. saya tak pandai nyanyi la," aku menolak dengan lembut. Mana mungkin aku mampu melakukannya. Aku tak mampu.
"Tak apa. Saya pun bukan pandai sangat," pujuknya. Pujukan yang mampu membuat hati ku cair. Tanpa menanti jawapan dari ku, jemarinya telah pun memetik tali gitar. Alunan dari petikan gitarnya begitu menusuk kalbu. Anggukan Zila memberi semangat kepada ku.
Bila keyakinan ku datang Kasih bukan sekedar cinta Pengorbanan cinta yang agung Ku pertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna Cinta ini tak mungkinku cegah Ayat-ayat cinta bercerita Cinta ku padamu
Matanya merenung ku. Merenung jauh ke dalam mata hitam ku. Seakan-akan sedang menyampai sebuah mesej yang tersembunyi. Tidak dapat ku tafsirkan akan mesej yang cuba di sampaikan. Adakah semua itu terkandung di dalam ayat-ayat cinta yang sedang ku alunkan. Aku sendiri tidak mengerti. Ayat-ayat itu ku biarkan tergantung tanpa noktah.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cepat sambung!!!!!
so sweet.......
romantik nya......
what happen yg tepi pantai kedai mkn yg ada karoke tu.....?