Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Cinta turun dari kereta ayahnya, betul-betul di hadapan pagar sekolah itu. Kemudian, kereta itu pun meluncur pergi. Dia memandang lama ke arah kawasan sekolah itu. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke situ. Terlalu rindu rasanya kepada suasana pembelajaran di sekolah itu. Selepas ini, banyaklah ulangkaji yang perlu dia lakukan kerana ketidakhadirannya selama lebih dua minggu itu. Dia mengerling jam di tangannya. Tepat jam 7.15 pagi. Masih terlalu awal untuk didenda. Inilah kali kedua dia datang awal ke sekolah pada tahun itu. Kemudian, sambil tersenyum, dia berjalan masuk ke kawasan sekolah itu dan berjalan menuju ke kelasnya. Sepanjang perjalanan, semua guru-guru yang bertemu dengannya akan bertanyakan khabarnya, sehingga dia sendiri terasa penat untuk menjawab. " Jauh lagi ke kelas aku ni, dah tak tahan nak jawab soalan orang," rungutnya sendiri. " Eh, Cinta.. Dah sihat ke?," sekali lagi soalan itu dituju kepadanya. Kali ini dari Pn. Hayati pula. Cinta tersenyum sambil menjawab," Dah sihat cikgu..,"katanya ringkas. Kemudian, dia terus berjalan menuju ke kelasnya. Dari jauh kelihatan pintu kelas ditutup. Perasaan aneh menerjah di fikirannya. " Takkanlah cikgu dah mula mengajar," Cinta tertanya sendiri. Lalu dia segera mempercepatkan langkahnya. Setibanya di hadapan pintu kelas itu, dia berhenti seketika. Cuba menarik nafas. Kemudian, perlahan-lahan dia membuka pintu itu. " Selamat Pulang!!!,"ucapan itu bergema sebaik sahaja pintu terbuka. Kemudian, rakan-rakannya silih berganti datang memeluk Cinta. " Selamat kembali ke sekolah," kata mereka. Di sekeliling kelas itu telah dihiasi dengan belon-belon dan sebuah sepanduk yang besar tergantung di hadapan kelas itu. " Selamat Kembali, Cinta. We Miss You..,"itulah yang tertera pada sepanduk itu. Di atas mejanya pula, telahpun tersedia sebiji kek coklat,memang kegemarannya sejak dulu lagi. Air mata Cinta mengalir tiba-tiba. Dia terharu dengan apa yang dilakukan oleh teman-temannya itu. " Terima kasih kawan-kawan semua.. Aku betul-betul menghargai apa yang korang semua buat ni.. Korang memang sahabat terbaik aku,"katanya lagi. Walaubagaimanapun, di satu sudut kelas itu, terdapat sekelompok pelajar perempuan yang enggan sama-sama meraikan Cinta itu. " Hah, baru dua minggu tak datang sekolah, dah diraikan macam anak raja, menyampahlah," kata Maria tidak puas hati. " Dia tu dah lama sembuh aku rasa, cuma saja tak datang lama ke sekolah. Ambil kesempatan malas belajar,"kata Julia pula, salah seorang yang berada di situ. Tidak lama selepas itu, muncul Khai pula yang tiba-tiba datang ke kelas itu semata-mata untuk berjumpa dengan Cinta. Semua pelajar yang lain mula berdehem. Cinta hanya menjeling mereka semua sambil tersenyum sebelum ke luar kelas untuk berjumpa dengan Khai yang sedang menunggu di situ. " Ada apa?," tanya CInta. " Ini untuk awak..," kata Khai sambil menghulurkan sebuah patung Teddy kepadanya. " Selamat kembali ," kata Khai lagi. Cinta kelu seketika, tidak terkata. " Khai bagi aku Teddy Bear??,"dia bermonolog sendiri. Saat itu hatinya melonjak kegembiraan. " Khai.. terima kasih.. Awak memang baik..," kata Cinta sambil tersenyum. Dari jauh, Airell yang sedang memegang sejambak bunga terdiam di situ melihat Cinta dan Khai. Kemudian, dia berpaling pergi sambil membuang bunga itu ke dalam tong sampah berhampiran.
Airell duduk di tepi kaki lima sambil memerhatikan ikan-ikan yang sedang berenang riang di dalam kolam di hadapannya itu. " Hoi.. termenung ke??," tegur Cinta tiba-tiba. Airell langsung tidak berpaling kepadanya mahupun menjawab. " Kenapa nampak macam muram je? Ada problem ke?," tanya Cinta hairan melihat reaksi Airell itu. " Tak ada apa-apa masalahlah.. Suka la kau ye dapat teddy bear dari orang tersayang," kata Airell. " Mana kau tahu? ," tanya Cinta. " Ish, ni Airell la.. I\'m the one who know everything la," kata Airell berlawak, lebih kepada untuk menghiburkan dirinya sendiri. Cinta tergelak mendengar kata-kata Airell itu. " Ye la tu..,"kata Cinta. Sebentar kemudian, Maria muncul di kawasan itu dan berjalan di belakang mereka sendirian. " Hei Airell, tu Maria tu..," kata Cinta. Airell segera berpaling. Kemudian, dia menelan air liurnya. Hatinya berdebar semula. " Taknak pergi masuk line ke? Dia sorang-sorang tu..," kata Cinta. " Habis tu kau?," tanya Airell. " Alah, just go la.. Lagipun aku biarkan kau pergi tackle dia, tak semestinya kau akan menang pun..," kata Cinta sambil ketawa. " Haha.. so funny ye? Ok, kita lihat siapa yang akan menang," lalu Airell segera mengatur langkahnya mengejar Maria. Dari belakang, Airell dapat lihat seorang perempuan telah melanggar Maria. Habis semua buku yang dipegang oleh Maria pada waktu itu jatuh bertaburan. Perempuan tingkatan lima yang melanggar Maria itu pula hanya menjeling kepadanya tanpa meminta maaf. " Hei, Iqah! Kalau ye pun, minta maaflah dulu.. Dahlah jalan tak pakai mata," Airell mula memarahi gadis sekelas dengannya itu. Gadis itu memang sudah lama dibenci oleh Airell dengan sikap sombong dan gediknya itu. Walaubagaimanapun, gadis itu hanya berlalu dari situ tanpa mempedulikan kata-kata Airell itu. Airell segera membantu Maria mengutip buku-bukunya yang jatuh bertaburan itu. " Terima kasih..," kata Maria. " Awak tak usahlah bela saya, memang salah saya. Saya yang tak tengok depan bila berjalan," kata Maria lembut. " Tak, perempuan tu memang sengaja langgar awak tadi. Saya memang nampak," kata Airell. " Awak nak ke mana ni?," tanya Airell. " Ke perpustakaan," jawab Maria. " Oh, kebetulan saya pun nak ke sana," kata Airell pula. Kemudian, mereka berjalan seiringan. Pelbagai perkara mereka bualkan sepanjang perjalanan mereka itu. Airell berasa sangat gembira. Dia merasakan bahawa Maria itu mudah serasi dengannya. Maria juga turut berasa gembira berborak dengan Airell, kerana lelaki itu sering berlawak. " Eh, hampir lupa saya.. Lama kita berborak, tapi kita masih belum berkenalan," kata Airell. Maria tergelak mendengar kata-kata Airell itu. " Saya Maria Nasuha, panggil Maria je," Maria memperkenalkan dirinya. " Saya Airell, Mohd Airell Ikhwan ," kata Airell pula. Kedua-dua mereka berpandangan. Kemudian, masing-masing tersenyum.
wahhh..!!besh cter ny..!!smbg r lg kak..!!!cty skola nk abs da ny..!neway,gud luck 4 u..!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
wahhh..!!besh cter ny..!!smbg r lg kak..!!!cty skola nk abs da ny..!neway,gud luck 4 u..!