BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Ogos 17, 2009
Novel : Ad + iz 12
Nama Pena : eury athena

"Nanti aku cium, baru ko tau…"

"Hmm… Cium! Macam ni…"

"Psstt… ! Adry…"

Lengan terasa di siku. Hilang dah muka Farriel dari anganku. Sibuk betul la minah sorang ni! Aku baru nak ulang tayang peristiwa hari-ini-dalam-sejarah kelmarin.

Aku toleh kiri. Kepala aku gerakkan. Kedua-dua belah kening ku angkat. Mengisyaratkan pertanyaan. Apahal?

"Ko dah start study untuk final exam? Paper En. Azfar ni ko dah study?"

Final exam? Dengar aje dah nak tercirit-birit rasanya. Erin, ko memang perosak day-dreaming aku!

"Ko ingat aku ni ‘hadap’ sangat ke dengan En. Azfar tu sampai nak study paper dia cepat-cepat? Final lagi sebulan la!" Perliku.

Erin mencemik. Wat la muka cipan tu selalu-selalu, nanti naik kedut kat muka mula la gaduh cari kedai facial, krim anti-penuaan la…

Erin, Erin… Minah ni muda 3 tahun dari aku. Tapi dia langsung tak hingin nak menghabiskan air liur memanggil aku ‘kakak’, ‘sis’ atau panggilan yang sewaktu dengannya. Aku pun tak harap sangat dia hormat aku sampai tahap macam tu. Rasa macam aku baya-baya dia aje. Rasa muda, jadi muda, memang muda… Eh, lain macam aje tagline tu… Katanya muka aku nampak macam budak-budak. Bila aku tunjuk IC, dikatakan pejabat pendaftaran salah cetak. Isk isk isk…

Tu belum lagi aku declare yang aku dah kawin dengan mamat Jepun celup tu. Masa aku cakap aku dah kawin, dia kata dia tak percaya. Dia cakap mati hidup semula pun dia tak percaya sebab aku tak ada gaya macam orang dah kawin. Agak-agaknya, gaya orang dah kawin tu macam mana, ek? Malas nak panjangkan cite, aku sua aje sijil nikah aku. 10 minit mulut dia ternganga. Nganga kecik tak pe, ni besar. Aku agak kalo tikus mondok masuk pun muat.

"Eh, En. Azfar tu tak la teruk sangat tau! Penerima anugerah lecturer paling hensem dan berkaliber tiga semester berturut-turut! Ko aje yang buta pancaindera…! Mana nak dapat laki yang ada pakej macam tu sekarang ni?"

Aku mencemik. Kalo dah suka tu, aku cakap apa pun akan di’tongsampah’kan. Baik aku diam… Jimat air liur, kurang dosa. Nota power point kat layar putih aku salin. Eh, dah berapa slide aku tertinggal ni? Farriel punya fasal la ni…

"Dah la hensem, baik, jujur…"

"Amanah, Cekap, Bersih…" Sampukku.

"Ha! Betul la tu! Pastu dia ada keje tetap, kereta pun besar, rumah besar…"

"Dia dah kawin, Erin!"

"Pembetulan! Dia duda. Isteri dia dah meninggal 2 tahun lepas."

"Tapi dia ada anak. Anak dia pun dah besar…!"

"Ha! Itu bonusnya… Anak already-made! Kalo ko kawin dengan dia, cuci kaki aje ko masuk rumah…"

Kawin? Berapa banyak kali pulak aku nak kawin?

"Banyak ko punya cuci kaki… Silap-silap, ko yang kena ‘cuci’ dengan anak dia…"

Erin ‘panjang’kan muka.

"Ala… Budak baru masuk tadika. Bukan susah mana pun nak handle… Aku penah jaga 5 anak buah sekali gus. Senang aje!"

Kelas yang tadinya hingar dengan soal-jawab antara classmates aku dan En. Azfar tiba-tiba jadi senyap-sunyi.

"Adrianna! Erin! Ada apa-apa yang kamu nak kongsi dengan saya atau classmates kamu?" Soal En. Azfar lantang. Berpuluh-puluh pasang mata tertumpu ke arah kami. Aku siku Erin. Erin siku aku balik. Ala… Kena gulai la aku!

"Atau mungkin awak nak ulas apa kaitan teori kapitalisme oleh Karl Marx dan kaitannya dengan ekonomi dunia?"

Aku mengeleng beberapa kali. Berdoa bukan nama aku yang dipanggil.

"Adrianna! Try your luck…" Dush! Macam tengah jalan atas red carpet kat Grammy Award aje bila semua orang menoleh ke arahku. Aku sengih, tunjuk gigi putih yang tersusun berbaris.

Aku? Humargh ai…! Tak khatam lagi baca teori mamat berjambang berdahi luas tu… Asal buka buku aje mengantuk. Asal mengantuk aje aku tengah buka buku. Hehe! Isk… Tak kan nak goreng! Fakta tu…

"Aa… Karl Marx tu…"

"En. Azfar, time’s up! Budak untuk next class dah tak sabar nak masuk tu!" Tegur Mifzal dengan nada rendah. Cara berhemah menegur.

Mifzal kenyit mata ke arah kami. Mamat ni memang mesra alam dengan semua orang. Asalnya dia nak mengayat aku. Bila aku jual mahal, dia tukar arah pada Erin pulak. Nampak macam playboy, tapi dia okey giler.

En. Azfar menoleh ke arah sekumpulan pelajar yang dari tadi kelihatan dah ter’over-excited’ nak masuk ke dalam dewan kuliah. Yes! Selamat aku…!

"Okey, kelas tamat! Adrianna dan Erin, kamu ikut saya ke pejabat!"

Ala… Kena jugak ke? Confirm-confirm kena bebel nih! Nasib cuping telinga aku tebal.

@~@~@~@~

"Akak dengan abang ni kenapa? Pandang-pandang. Jeling-jeling. Senyum-senyum. Lepas tu pipi masing-masing blushing aje! Kena sampuk dengan hantu mana masa kuar malam hari tu?"

Tret-tet-tet… Macam peluru machine gun Hana menyoal. Sepotong pizza masuk dalam mulutnya.

"Mana ada!" Jawab aku dan Farriel serentak. Mata kami bertentangan lagi. Segera ku larikan mata ke bawah.

Mushroom soup yang berbaki, aku hirup perlahan. Sesekali bila mata aku dan Farriel bertembung, ada rasa hangat singgah di hati. Kami tak pernah sebut apa-apa fasal malam tu. Malam tu habis macam tu aje. Lepas berkejar satu padang, strolling pulak kat taman, main kat taman permainan kejap, kami balik. Tido. Dan masih jadi anjing dan kucing bila bangun keesokkan harinya. Cuma kami masing-masing dah semakin hilang taring dan kuku. That kiss, no one ever mention it. Not even once. Anggap macam tak pernah jadi aje. Walaupun aku ada banyak benda nak tanya kat dia, tapi kadang-kadang lebih baik diamkan diri dari bercakap.

"Kak, abang Aril… Makan la pizza ni! Asyik Hana aje makan. Gemuk la Hana macam ni!"

Aku mengeleng. Sepotong dah lepas masuk dalam perut tadi. Cukup. Kang muntah, sapa nak jawab?

"Hana makan la. Kita keluarkan ni kan memang semata-mata nak gembirakan hati Hana. Supaya Hana tak tarik muka 14 sebab asyik kena tinggal sorang-sorang kat rumah aje." Pujuk Farriel. Hana sengih. Hana memang manja dengan Farriel. Aku rasa Akiha macam lebih independent berbanding Hana, walaupun dia anak last.

Ringtone lagu Happy Happy dari Ost My Girl riang melalak dari dalam tas tangan. Satu-satunya lagu yang boleh mendesak jariku untuk segera menekan butang menjawab. Sebab lagu ni boleh bagi degup jantungku cepat dua kali ganda dari biasa, emosi terganggu, lamunan direntap dan menimbulkan rasa cemas kalo tak dijawab dengan cepat. Kalo ringtone lain, aku wat bodoh aje sebab lagu mendayu-dayu tu wat aku bertambah syok nak dengar. Contohnya lagu Tercipta Untukku, Tanpa, Apologize… Lagu Afgan lagi aku malas nak mengangkat. Lemak berkrim sangat suara dia. Sudahnya jadi missed call. Kalo Farriel yang menelefon, alamatnya kena denda la aku gara-gara lambat angkat handphone.

Butang hijau aku tekan. Farriel dan Hana masih berbual sambil menghabiskan potongan terakhir pizza.

"Hello. Assalammualaikum…"

"Waalaikumsalam… Adrianna…" Jawab si pemanggil di hujung talian. Sapa ek? Sungguh aku tak cam suara si pemanggil.

"Ya, saya… Maaf, sapa ni?"

"Mama ni." Mama mana pulak ni? Mama mia? Mama Bosan?

"Tengku Khalidah. Mama Aril…" Ooo… Baru ku tau.

"Adry dengan Hana ke tu?"

"Haah."

"Kalo boleh, jangan sebut nama mama depan dia. Mama takut dia mengamuk pula bila tau mama call Adry fasal dia."

"Okey… Ada apa tu, tengku?" Soalku perlahan. Farriel dan Hana langsung tak hiraukan aku. Suasana Pizza Hut yang bising seolah-olah menenggelamkan perbualan aku dan mama Farriel. So, tak ada masalah...

"Adry, panggil mama dengan panggilan mama. Adry kan dah jadi menantu mama…"

Aku terkesima mendengar permintaannya. Rasa janggal pula dengan penggilan sebegitu, apatah lagi dengan kemesraan yang cuba diwujudkan ini. Selama ni, Tengku Khalidah bersikap dingin dengan aku. Dia tak pernah marah atau tegur aku kalo aku wat salah. Tapi tu tak bermakna dia suka aku kan… Ye la, sapa la aku ni di mata keluarga kerabat tu. Sekadar meminjam ‘latar belakang’ Marina Irriani untuk dipadankan dengan namaku yang sebaris itu. Kalo baik latar belakangnya, maka baik la penerimaan keluarga Farriel.

"Ya, mama… Ada apa hal tu?" Tiba-tiba aje call. Selalu aku balik ke banglonya, tak ada pulak dia teringin nak bercakap dengan aku.

"Begini. Mama dapat tau, Hana sekarang tinggal di rumah Aril dan Adry. Jadi mama nak minta Adry tolong pujuk Hana supaya balik semula ke rumah."

"Mmm… Adry akan cuba pujuk dia tapi Adry tak boleh janji la dia akan ikut cakap Adry."

"Tak ape. Janji Adry cuba." Pinta mama tegas.

"Baiklah." Jawabku.

"Kalo macam tu, terima kasih. Mama ada keje ni. Kita sembang lain kali aje, okey… Assalammualaikum."

"Waalaikumsalam." Butang merah aku tekan sebelum handphone ku simpan kembali dalam tas tangan.

"Sapa, kak? Skema aje bunyi ayat."

Aku angkat bahu.

"Jom kita pergi shopping lagi!"

Hana menjerit mendengar pelawaanku. Farriel dah garu kepala. Apa tak nya, semua perbelanjaan hari ni ditaja khas oleh kad kreditnya. Mau botak kepala kalo mengikutkan selera si Hana ni bershopping.

@~@~@~@~

"Persekitaran luar perniagaan terdiri daripada persekitaran, persaingan, politik dan undang-undang, ekonomi, teknologi, sosiobudaya masyarakat setempat, institusi kewangan dan keadaan global persekitaran antarabangsa. Persaingan bermaksud bla bla bla…"

"Woi, AD!"

Bacaanku terhenti. Wajah ku angkat dari buku. Aku toleh ke belakang. Ke arah muka bengang Farriel. Meja kerjanya yang tak sampai sedepa dari aku, bersepah dengan dokumen entah-ape-benda. Rambut lurusnya yang tadinya elok tersisir, dah serabut bagai dilanda dek Cik-Taufan-Cantik-Katrina.

"Ape?" Soalku kasar.

"Berapa banyak kali ko nak baca benda yang sama? Masuk ke tak masuk dalam otak ko tu bila ko baca benda tu berulang-ulang? I almost dozed off bila dengar those words berulang-ulang, tau tak!"

"Habis… Kata suruh belajar. Ni belajar la ni!" Sebelum teleng, kepala aku pusing ke depan semula. Belakang badan aku sandarkan ke sliding door. Kaki dah berlunjur di lantai balkoni kat master bedroom.

Ni la aku malas nak belajar. Nak-nak lagi depan Farriel. Ada aje nak dikomen, dikomplennya. Itu tak kena. Ini tak kena. Tension aku! Nasib Hana masih bermastautin kat rumah ni. Kalo tak, mati kena kerat 21 pun aku tak hingin masuk dan tido dalam bilik ni; walaupun bilik ni ada balkoni yang strategik tempatnya untuk nak menebeng.

Kepala ku dongak ke atas. Melihat langit malam. Cerah tanpa awan mendung. Mata mula mengira bintang yang berterabur.

"Kok iye nak belajar pun, biar la betul gayanya. Ni baca macam tu, bila nak ingatnya?"

"So, apa cadangan ko?"

"Cadangan ditutup!" Ejeknya.

"Bagus!" Mata jatuh pada perenggan di buku. Membaca semula apa yang tertera di situ.

Ktukk!! Kepala terasa diketuk.

"Woit! Ape main ketuk-ketuk kepala ni? Ingat tak bayar zakat ke?"

"Ko tak pernah belajar wat nota ringkas ke? Pernah dengar fasal peta minda? Kreatif la sket bila belajar tu, so tak ade la telinga aku ni sakit dengar ko ‘membaca’. Faham?"

Kepalaku diketuk lagi dengan pensel mekanikalnya. Kepala aku gosok perlahan.

"Bak kertas!" Tapak tangan aku tadahkan pada Farriel. Farriel agak terkejut.

"Wat pe?"

"Kata suruh wat nota ringkas." Mata kujengilkan.

"Kertas ko mana?"

"Tinggal kat bilik!"

"Amik la…" Farriel dah wat muka bengang.

"Malas. Nanti Hana nampak, masak aku nak kelentong dia. Bak la kertas!"

Farriel campak buku sketch ke lantai. Betul-betul sebelah aku. Bagi baik-baik tak reti agaknya.

"Iz, ni sketch book. Bukan kertas."

"Abis… Dalam sketch book tu tak ada kertas ke?"

"Kertas A4 biasa tak ada ke?"

"Kat almari. Amik sendiri!" Farriel mengarah jari ke rak buku di sudut bilik.

Alahai… Malasnya! Buku sketch Farriel aku buka juga akhirnya. Isk, betul kata Hana. Mamat ni memang pandai melukis la… Muka pertama, lakaran motor berkuasa tinggi. Muka kedua, lakaran kereta Ferrari. Muka ketiga, lakaran watak komik yang aku tak pasti apa namanya. Muka keempat, lakaran lelaki dan perempuan kat tengah padang tengah….

Sketch book dirampas. Farriel bangun dari kerusi. Terus menapak ke rak buku. Menyimpan sketch booknya. Se’bundle’ kertas putih A4 diambil dari rak dan dihulurkan padaku.

"Guna ni!"

Aku sambut pemberiannya. Angkat bahu dua tiga saat. Dan aku terus menulis di atas kertas. Dari ekor mata, aku lihat Farriel curi-curi pandang ke arahku dari meja kerjanya. Bila dilihatnya aku masih terkial-kial membuat ‘nota ringkas’, dia bangun dan duduk di lantai bilik. Buku dan kertas di tanganku dirampas.

"AD, wat nota bukan salin semula apa yang ada dalam buku. Tapi ko amik isi penting dan kaitan dengan apa yang ko belajar dalam bab sebelum atau seterusnya."

Aku angguk kepala, tanda faham akan kata-katanya. Farriel membenamkan muka ke buku rujukanku. Membaca seketika sebelum melakar sesuatu di kertas. Kemudian kertas dengan rajah di atasnya itu dihulurkan padaku.

"Macam ni kan ringkas. Tapi ko kena make sure la ko tau huraian setiap elemen-elemen persekitaran luar dan dalam perniagaan tu. Nanti blank pulak menjawab soalan esei."

"Ooo… Macam ni. Tau dah aku!"

Sehelai kertas aku ambil. Mula melakar peta minda untuk bahagian lain.

"Kalo ko nak lagi menarik, lukis gambar yang berkaitan dengan fakta ko nak tulis. So, bila ko ingat gambar aje, ko terus ingat fakta-fakta dia. Faham?"

Aku gerak kepala ke kiri dan kanan. Masih belum dapat tangkap saranan Farriel sebentar tadi.

"Macam ni. Contoh, ada empat jenis sistem ekonomi dunia, kan… Kita amik contoh sistem ekonomi terancang @ komunisme. Pengasas, Karl Marx. Ko lukis la muka dia. Kat rambut dengan jambang dia yang panjang tu, ko tulis la ciri-ciri sistem ni, pro & con dia ke… Bila dah macam ni, baru la ko rasa best nak belajar."

Lakaran wajah di A4 yang ada iras-iras Karl Marx sudah lengkap ditulis dengan fakta mengenai komunisme, siap dan dialih ke tepi. Farriel mula melakar imej lain pula. Aku pulak tuliskan fakta-fakta yang berkenaan, walaupun kadang-kadang rasa ‘bersalah’ sebab kena tulis atas lukisan Farriel yang superb tu. Memang seronok belajar dengan cara macam ni. Yela… Orang kata ‘two heads are better than one’…

"Okey, I’m off!" Ujar Farriel. Pensel di tangan diletakkan ke lantai. Dia mula menggeliat. Membetulkan urat sendi yang berselirat.

Ha? Dah nak tido ke? Muka jam dinding yang bulat, aku pandang. 3 pagi dah? Seperti malam-malam sebelumnya, acara tido ni memang bukan acara favorite aku.

"Ko tido kat sofa, aku kat katil." Perintah Farriel.

"Ei, tak gentleman langsung la ko ni, Iz…" Buku berterabur aku kemas.

"Gentleman tak gentleman. Aku gentleman dengan pompuan aku sayang aje."

Bibir atas aku naikkan sehingga mengenai bawah hidung. Merasai kesengalan dari kata-kata si-android-Farriel Izumi.

"Ahh…! Tak ade, tak ade. Tak aci la guna kuasa veto macam tu! Kita ‘osom’ dulu. Sapa menang dapat katil. Kalah tido sofa."

Farriel depa tangan. "Terserah…"

Aku gosok kedua-dua belah tapak tangan. Berharap nasib menyebelahiku malam ni. Dua malam berturut-turut aku dah tido kat sofa. Dua malam sebelumnya, aku ‘cop’ cepat-cepat katil. Tengok aku dah melingkar macam ular sawa batik atas katil, Farriel nak-tak-nak terpaksa bawa bantal dan badan-hangin-satu-macam ke sofa. Aku sengih dan berguling-guling atas katil, meraikan kemenangan merebut katil king size.

"Ooo…som!"

Batu. Batu. Seri.

"Ooo…som!"

Air. Air. Seri lagi.

"Ooo…som!"

Matahari.

"Oit, Iz… Mana bleh guna symbol matahari!"

"Aik, tu… Ko pun guna matahari. Apa kes?"

Tangan kanan aku tarik ke belakang badan semula. Begitu juga Farriel.

"Ooo…som!"

Batu. Batu. Seri lagi?

"Ala… Ape asyik sama aje ni?" Gerutuku. Farriel angkat bahu.

"Alaa… Dah la! Malas nak layan ko. Aku nak tido!" Kata Farriel. Cepat aje kakinya melangkah ke katil.

"Ei, tak adil la macam ni! Selagi tak ada ‘keadilan’, ko tak boleh tido."

"Lantak la dengan keadilan ko tu. Aku nak tido. Good nite!"

Farriel tarik selimut dan pejam mata. Aku geleng kepala. Malam ni aku tak nak tido atas sofa. Apa nak jadi, jadi la… Dia sedap-sedap melingkar atas katil, aku merengkot atas sofa. Tak adil! Aku panjat katil.

"BANGUN!" Jeritku sambil melompat-lompat atas katil. Farriel yang elok-elok baring, tercampak ke bawah gara-gara keanjalan spring katil.

"Woi! Gile hape?"

Aku jelir lidah dan tunjuk ‘peace’. Terbelalak mata Farriel tengok perangai aku yang dah macam spesis ungka mengamuk jam tiga pagi ni. Lepas bertekak dalam setengah jam, last-last kami capai kata sepakat. Tak sapa yang boleh tido atas katil, mahupun sofa. Dua-dua tido atas lantai. Senang cerita.

"Iz…" Panggilku. Mata masih terkebil-kebil menala ke siling bilik.

"Hmm…" Jawabnya yang berbaring di sebelah kiri kaki katil.

"Sampai bila Hana nak duduk sini? Aku bukan tak suka dia. Tapi, hari-hari macam ni, masak la aku!" Keluhku. Hari-hari kena berebut katil, berebut bilik air, berebut cermin. Nak pakai baju pun dalam bilik air. Tak best la…

"Entah. Ko pujuk la dia. Biar dia balik rumah papa cepat."

"Bukan aku tak pujuk. Masalahnya adik ko tu punya hati, limpa, jantung, paru-paru diperbuat dari batu."

"Rileks la… Tak lama lagi balik la dia tu! Hana mana boleh berpisah dengan mama lama-lama."

Ye la… Moga-moga betul la telahan si Farriel tu.

Diam. Selimut aku tarik paras dada.

"Good nite!"

"Nite!"

@~@~@~@~

Mata Farriel dan aku melekat pada skrin TV LCD 42 inci. Filem I’m Not Single. Ada hikmah juga Hana datang rumah ni. Dapat juga aku merasa tengok TV skrin rata ni. Dalam diam-diam, aku tergelak sendirian. Tak tengok cite Melayu konon. Sekali hari tu, aku bukak VCD cite Puteri Gunung Ledang. Dari mula cite sampai nak habis, tak bergerak-gerak dari tempat duduk. Lepas tu, terus kemaruk nak tengok cite Melayu. Kem salam je la kat Channel HBO Astro dengan vcd/ dvd berlambak kat rak tu.

Bila tengok cite I’m Not Single ni, aku teringat pulak kisah aku dengan Farriel; kami kawin pun atas sebab keluarga. Tapi ending filem ni, aku dah boleh agak; mesti happily ever after. Kalo tak, orang mengamuk, bakar panggung.Tapi ending cerita aku, aku masih tak tau lagi. Tak berani nak pasang angan-angan setinggi langit. Tak berapa berani juga nak hadapi kenyataan yang payau.

Bunyi kunyahan popcorn dari mulut Farriel membuatkan tumpuanku pada skrin terganggu. Bekas popcorn aku ambil darinya.

"You’re on diet!" Marahku. Baru aku nak seluk bekas popcorn tu, sepantas kilat Farriel merampas kembali ‘popcorn’nya itu.

"Hari ni hari Ahad. Orang bekerja pun cuti. So, diet off!" Selarnya seraya menjelir lidah.

Ei, aku potong lidah tu karang, padan muka! Diet off?

"Woi! Diet mana ada on-off? Kalo macam ni, bilanya ko nak kurus, ha hyppo?" Sengaja aku guna gelaran hyppo. Comel ape hypo…

Isnin sampai Sabtu dia ber’diet’. Tiba hari Ahad, di’bantai’nya melantak segala macam benda yang ada dalam peti ais. Kalo peti ais tu boleh dimakan, dengan peti-peti ais tu sekali dibahamnya agaknya! Say bye-bye pada target nak kurus dalam masa 6 bulan tu…

"Ala, AD… Rilek la! Aku bukannya gemuk lagi pun. Kan dah banyak kilo turun dah ni. Kasi la aku can nak enjoy sket!" Farriel masih menyumbat popcorn dalam mulut.

"Memang la. Tapi kalo ko buang tebiat macam ni setiap hari Ahad, alamatnya naik balik la badan ko tu!" Dah 10 kg turun bulan lepas. Tinggal 15 kg lagi nak capai berat ideal, sekali melaun ni wat perangai pulak.

"Syhhh… Orang tengah concentrate ni…" Farriel mengarah aku diam. Aku wat muka. Yelah, ikut aje la. Esok lusa, berat naik, target tak sampai, jangan berkompang memekak dekat telinga aku. Aku bagi backhand nanti! Jari-jemariku kembali berada di atas kepala.

"Atas kepala ko ada ape?" Soalnya dengan mulut penuh.

"Hah?"

"Atas kepala ko ada ape? Bapak kutu? Ke emas? Dari tadi busy aje tangan ko tu!"

"Ntah. Tapi gatal. Kelemumur kot…" Telahku. Mata masih pada muka Farid Kamil. Hensem lak mamat ni!

Farriel letak popcorn atas meja. Jari-jemari disapukan ke t-shirt.

"Meh aku tengok!" Aku berpaling memandangnya. Muka Farriel serius. Meroyan ke ape mamat nih?

"Meh aku tengokkan. Duduk depan ni." Jari telunjuknya lurus ke depan. Mengarahkan aku duduk di hadapannya; di atas karpet.

"Watpe?"

"Cepat la. Arahan veto suami ni!"

Aku diam.

"AD, dalam kiraan 30 saat…" Katanya lagi.

Aku masih berkira-kira kewajaran arahannya itu. Ikut, tak ikut, ikut, tak ikut, ikut… Alamak, tak cukup jari nak kira. Isk, kena jugak ke patuh?

"AD…" Panggilnya lagi. Tapi kali ni aku cepat-cepat bangkit dan duduk di hadapannya. Dah semacam aje bunyi suara dia tu.

"Ko ni kalo aku suruh wat ape-ape mesti lambat 9 saat. Macam 9-seconds delay machine. Hehe…"

"I’m no machine or robot, okey!" Duduk aku perbetulkan.

Jari-jemari Farriel mula ‘berjalan’ di segenap kepala. Mencari sang kelemumur, punca kegatalan.

"Oui! Besarnya!" Jeritnya beberapa minit kemudian.

"Apa yang besar?" Soalku cemas.

"Moyang kutu."

"Biar betul!"

"Dummy aje la. Kulit kepala ko kot ni…"

"Ooo…" Kembali menghayati cerita di TV. Popcorn aku capai. Satu-satu aku sumbat dalam mulut.

"Ko tau…" Aku mula buka cerita.

"Hmm?"

"Dulu, aku dengan Siti selalu wat pertandingan sapa punya rambut yang paling banyak kutu."

"Siti tu sape?" Soal Farriel dalam khusyuk menjelajah kepalaku.

"Jiran aku. Yang aku cite ada ayah penyayang tu…"

"Ooo… Then, sapa menang?"

"Ojai!"

"La… Ojai tu datang dari mana pulak?"

"Ojai tu anak tokei kedai makan, tempat aku keje dulu."

"I see… Ko mula keje start umur berapa?"

"10 tahun."

"Tak sekolah?"

"Balik sekolah aku keje la. Sampai malam. Sebab tu aku pandai masak sekarang. Hehe…"

"Ye la tu!" Jawab Farriel, menyindir.

"Sedap la aku masak. Kalo tak, tak kan ko selera aje nak makan!"

"Okey, okey... Sedap! Mak ayah tiri ko tak amik kisah pada ko ke?"

"Tak! Aku bukan darah daging diorang pun. Peduli ape diorang dengan aku."

"Diorang layan ko teruk. Tapi kenapa ko still nak duduk dengan diorang? Tolong sara hidup diorang semua…"

"Diorang aje la satu-satunya famili yang aku kenal. Walaupun diorang boleh masuk kategori kejam, tapi aku sayang diorang."

"Ooo…"

Diam. Hanya Intan Ladyana dan Awal yang berbicara di TV. Scene berganti scene. Masa aku tengok Farid Kamil tengah lapkan rambut Lisa Surihani, aku la baru perasan yang tangan Farriel masih berada di atas kepala, dan sudah bertukar rentaknya. Kalo tadi tango, sekarang dah jadi slow-dance. Leka dia mengulit dan membelai-belai rambutku. Sehelai demi sehelai rambutku dilurutkannya. Memang mengasyikkan. Sampai aku rasa nak terlena.

"Aaa… Ada ke kelemumurnya?" Soalku perlahan dan teragak-agak.

"Aaa… Tak ade!"

Farriel bagai tersentap. Tangannya beralih dari kepalaku. Aku bangun. Duduk semula ke tempat asalku tadi; di hujung sebelah kanan sofa. Tapi bila tengok Farriel pandang aku lain macam aje, aku terus bangun.

"Aaa… Nak tengok Hana kejap!"

Cepat-cepat aku melangkah keluar dari bilik. Lain kali aje la tengok cite tu. Tiba-tiba rasa seram sejuk pulak. Burr…! Minta-minta Hana bagi aku tido bilik dia malam ni…

posted by Penulisan2u @ 6:33 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
24 Comments:
  • At 17/8/09 8:36 PG, Anonymous reha88 said…

    bestnye..
    x sbar nk tnggu smbungan citer nie...
    hehehheehh

     

  • At 17/8/09 8:38 PG, Blogger Hani Yuhani said…

    haha...
    comey2!!!
    suke2!!!
    sambung cepat2 ye...

     

  • At 17/8/09 8:57 PG, Anonymous roiscyank said…

    best rrr..
    caring gak c android 2..
    sgup mbelek rambut c AD..
    cpt sbg ekh..x sbr tgu next n3..

     

  • At 17/8/09 11:27 PG, Anonymous hasnita said…

    best la cite nie

     

  • At 17/8/09 6:17 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best.....
    romantik....
    cpt sambg yek..
    x sabar

    < MassFDya >

     

  • At 17/8/09 6:24 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    seronok sangatttttttttttt

     

  • At 17/8/09 6:46 PTG, Anonymous pulutpanggang(ieda_20388@yahoo.com) said…

    haha..pape jer ad n iz..
    keep it up writer..jalan cter n ayat yg bagus...

     

  • At 17/8/09 6:51 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bez nyer..!!!!!!!!!
    waduh,..tak sabar niy..
    tunggu sambungannya..=)

     

  • At 17/8/09 10:10 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best ar..
    maken romantik si izumi tue..!!!
    love u IZUMI!!!

     

  • At 17/8/09 11:18 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    wah....best222
    cepat2 smbg ye penulis..
    jln cerita makin menarik..
    adry dan izumi...makin sweet..
    xpe2..slow2 ye izumi..heheh..
    anyway,keep up writing..
    ~nadz~
    wnmfarah_farisha@yahoo.com

     

  • At 18/8/09 11:29 PG, Anonymous rissell rehn said…

    sya rsa kekuatan penulis disini tletak pada kemahirnnya bermain dgn kata2...kpd penulis,u mmg tau betul cemana nk attract dn ikat pmbaca tahap kaw-kaw pnya...tp awas ckit...ada keslhn ejaan yg sya nmpk td...cthnya:'kahwin'bukannya 'kawin'...u mmg bnyak idea btul,pgunaan dn simbol kata u sgt menarik...cara u abiskn episod 12 ni mmg penuh kejutn......well done...keep up the good work...!! sya nntikn smbungn episod strusnya penuh romantis,segar dn humor...

     

  • At 18/8/09 12:41 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    BEST!!nanti letak part marina come back to the hero life..pastu heroin mengalah..hero sdr yg heroin yg dicintanya..pergh syok ooo..mmg best la cita neh

     

  • At 19/8/09 11:41 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best ngan romantik tul citer nie,tabik spring kat penulisnya,bila nak sambung lagi tak sabar nak tahu ending nye

     

  • At 19/8/09 1:58 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    SO SWEET...
    CEPATLE SAMBUNG BLIK...XSBAR NK TAU ENDING DIORG...

     

  • At 20/8/09 1:17 PG, Blogger syasya said…

    hye eury athena....ade blog x?? klu ade sng sikit...trus bce kat blok awk je...citer ni best giler la...

     

  • At 21/8/09 12:42 PG, Anonymous adoyai said…

    skenye!!!!!

     

  • At 21/8/09 3:47 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best thap cipan leeeeeeeeeeeee

     

  • At 21/8/09 4:29 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    erm...layanzzzzzz cter neh !!!!
    best2..huuhuh

     

  • At 21/8/09 7:25 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bez gilew cite nEh,,
    cpt l0r smbuNg

     

  • At 22/8/09 8:35 PTG, Blogger Unknown said…

    best ar...
    x sabar nak bca nex chapter...
    kta nak hubby seromantik Izumi...
    hehehe...

     

  • At 22/8/09 8:36 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mmg best gler cter nie..
    cpt la sambung...

     

  • At 24/8/09 10:36 PG, Anonymous emilhlovate@hotmail.com said…

    hurmm..makin lama, makin best citer nih..sweet sangat. Tak sabar nak tunggu next chapter...kpd penulis, teruskan memerah otak utk karya yg lbh gempak!!! Hehehee...

     

  • At 2/11/09 8:45 PTG, Blogger mystyle308 said…

    BEST sgt..isk2..makin suspen jew...

     

  • At 9/11/09 2:45 PTG, Blogger syasya said…

    writer,..nk blog awk...mmg best giler novel ni...plss...nk blog...sendkan kat email ni yea..

    lovecharr@gmail.com

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group