Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kata orang, cinta itu bagaikan kaca, indah andai kita dapat menggapai sinarnya, parah andai ia pecah dan kita bakal terluka digurisnya. Ada benar kata-kata pujangga itu. Aku kini terguris luka akibat terkena serpihan kaca cinta itu. Mengenali seorang Alwan cukup membahagiakan hari-hariku. Bagai namanya yang bermaksud warna-warni begitu jugalah yang terlukis di kanvas hatiku. Penuh warna-warni kebahagiaan. Mencorak percintaan mengikut selera kami. Sehingga terjalin ikatan pertunangan. Namun warna-warni pelangi cinta musnah dengan kehadiran taufan yang dicipta Alwan. Lelaki itu tega memutuskan ukhuwah yang sudah terjalin, menyentap rantai silaturrahim kedua belah pihak. Cukup memilukan. Menghenyak aku ke sudut penyesalan. Alwanku ditangkap khalwat dan telah selamat bernikah dengan pasangannya.
"Hey!"
Aku tersentak. Menoleh ke kiri. Sebal menjulang di hati melihat sengihan Naufal yang sudah melabuhkan punggungnya di sisiku. Dia satu-satunya teman sepermainanku dari kecil.
"Kau termenung ke berangan?"
"Apa bezanya?"
"Tentulah berbeza. Berangan ialah memasang impian yang belum tercapai. Termenung pula mengingati kisah-kisah lampau yang penuh penyesalan."
Aku mencebik. Bersama Naufal aku sering hilang kata-kata. Kepetahan yang keluar dari bibir berkumis nipis itu cukup membuat aku geram dan terhibur. Ya, Naufal memang baik. Sering menghiburkan di saat laraku. Namun sering juga aku bertikam lidah dengannya.
"Kau teka?"
"Hmm.. melihat muka kau yang keruh ni, tentulah kau sedang termenung bukan?"
Aku jeda.
"Apalagi yang kau menungkan? Pasal Alwan?"
Tidak menyahut. Kadang-kadang mendiamkan diri lebih pintar dari mengeluarkan kata-kata yang lahir dari emosi.
"Wafa, kau tahu tak? Dalam dunia ini, tidak ada kesilapan atau ketidaksengajaan, semua yang mendatangi kita adalah untuk kita mempelajarinya. Jadi jangan kau menyesal dengan takdir yang menimpa kau." "Naufal, kau juga tahu bukan? Hati yang terluka umpama besi yang bengkok. Walau diketuk, sukar sekali kembali ke bentuk asalnya."
Naufal ketawa. Wajahnya ku renung tepat. Aku geram diketawakan oleh teman baikku sendiri.
"Apa yang lucu sangat?"
"Wafa, andai hati hanya retak, masih boleh dicantum biar pun parut menguntum."
"Maksud kau?"
"Masih ada yang sayang padamu Wafa. Percayalah, suatu hari nanti kau akan ketemu cinta sejati, cinta yang memandu kau ke destinasi kebahagaian yang kau idamkan, Wafa."
Ah, Naufal. Berterus-terang sajalah. Suka sangat menzahirkan kata-kata yang samar. Kadang-kadang teramat sukar untuk aku memahaminya. Walau bait bicaranya mudah tetapi bila ianya keluar dari bibir Naufal bagai ada maksud yang tersirat.
"Kenapa kau diam?"
Matanya yang redup itu menikam tepat ke mataku. Aneh, entah mengapa debaran mula melanda sanubariku. Mata kami bertaut.
"Naufal, kadang-kadang manis kata-kata untuk tidak menyinggung sebuah perasaan adalah satu pembohongan yang terlalu pedih."
Aku bingkas meninggalkan Naufal bersama kata-kataku yang terakhir. Aku tidak betah lagi terus-terusan di situ. Bertikam lidah dengan Naufal sampai ke subuh pasti tidak akan habisnya.
--------------------
Hampir setahun aku kehilangan Alwan. Mengapa begitu payah sekali ingin aku melupakannya? Adakah Alwan sudah melupakanku?
"Dia sudah lama bahagia. Wafa juga harus mencipta kebahagianmu sendiri sayang."
Aduhai ibu. Lembut tutur katamu terkesan di hati. Aku telah mencuba ibu. Tapi aku tak berdaya. Melupakan seorang Alwan begitu rumit. Kenangan demi kenangan datang bertamu. Mengetuk kamar hati yang mendung ungu menanggung rindu.
"Sesekali belajarlah melarutkan diri dalam dunia ciptaanmu sendiri, Wafa. Kerana ada waktu ungu rindu terhadap seseorang menjadikan kita terlalu naļf dan sangat bergantung kepada orang lain untuk hidup."
Itu kata-kata Naufal sebelum dia pergi berkursus selama tiga bulan di Sabah. Malah sejak ketiadaannya aku begitu sunyi sekali. Tiada lagi usikan dan debat yang keluar dari mulutnya. Aku jadi rindu pula. Seungu rindu yang beransur-ansur menjalar di kalbu. Poskad di tangan ku baca lagi. Kiriman Naufal dari Sabah.
‘Jangan bersedih. Lantaran kesedihan itu akan menakutkanmu untuk menghadapi masa depan. Dan kesedihan itu tidak akan kembalikan yang hilang dan yang pergi. Dan tidak juga menghidupkan yang mati. Dan kesedihan itu juga dari syaitan.’
Naufal! Kau memang pakar memujukku dari kecil sehingga kini. Namun sedikit lucu bila mengenangkan Naufal mengirimkan poskad untukku. Bukankah SMS lebih senang?
--------------------
Pulang dari kerja lewat petang itu aku terkesima. Menerima khabar dari ibu bahawa aku dilamar orang lagi. Begitu cepat? Puas ku risik-risik dari ibu. Siapakah gerangannya yang ingin memiliki diri ini?
"Wafa, jangan risaulah sayang, mereka dari keluarga baik-baik. Kita pun dah kenal lama."
Dah kenal lama? Siapa? Tidakkah mereka tahu hatiku ini masih berparut? Menyingkirkan Alwan dari hatiku saja begitu payah, masakan ingin menambah cinta baru? Tidakkah mereka tahu cinta itu tunasnya pesona jiwa? Jika tunas itu tidak tercipta dalam sesaat, ia tidak akan tercipta bertahun-tahun malah berabad sekalipun. Aku menitipkan berita itu ke Naufal. Ingin ku minta pendapat teman karibku itu.
"Alangkah mulianya hati yang sedang bersedih tetapi dapat menyanyikan lagu kebahagiaan bersama hati-hati yang gembira."
Aduhai Naufal. Mengapa mesti berbicara tentang maksud yang aku tidak fahami. Alangkah bagus jika Alwan ada. Lelaki itu tidak pandai bermadah kata seperti Naufal. Kata-katanya jelas dan padat. Mungkin sedikit tegas. Tapi itu hanyalah tinggal kenangan. Jika kau ada di sisiku Alwan, mana mungkin lelaki lain berani merisikku hari ini. Semuanya gara-gara kau Alwan. Kau bahagia tapi aku yang sengasara!
"Wafa, bersiap-siaplah. Lepas maghrib nanti bakal mertua nak datang."
Aku melongo. Bakal mertua nak datang?
"Untuk apa ibu?"
"Nak tahu keputusan Wafalah sayang. Kalau setuju, malam ni juga kita akan berbincang pasal tarikh."
Hah? Naufal di mana kau? Tolong aku Naufal. Pulanglah. Tolong aku!
-----------------------
Aku menarik tangan Naufal ke satu sudut halaman rumahku.
"Bila kau balik?"
"Semalam."
"Semalam? Baru hari ni kau datang jenguk aku?"
"Surprise!"
Aku cemberut. Tetapi tidak lama. Aku perlukan pertolongannya.
"Kau tahu tak bakal mertua aku tu nak datang sekejap lagi."
"Kenapa?"
"Entah. Ibu kata kalau aku setuju nak terus tetapkan tarikh."
"Jadi kau setuju?"
Aku mendongak melihat wajahnya yang tampan itu dalam kesamaran lampu jalan.
"Entah!"
"Wafa, hidup sebenarnya mudah. Jangan fikirkan kesusahan, itu akan mematikan semangat dan membunuh kejayaan."
"Naufal, tidak semudah itu tahu?"
"Tahu."
Dia ketawa. Entah mengapa hati ini sedikit cair mendengar tawanya. Pastilah ungu rindu yang menggangu jiwa, itu pun kerana sudah lama tidak berjumpa.
"Err, kenapa kau datang malam ni? Nak ketawakan aku depan diorang nanti ya?"
Naufal tersenyum penuh makna. Aku tidak mengerti maksud senyumannya itu. Apakah? Aku bagai dapat menebak apa yang sedang berlaku. Adakah Naufal yang datang melamar aku? Jadi di dalam rumah sekarang orang tua Naufal sedang berbincang dengan ibuku?
"Naufal.. kau.."
"Aku mencintai kau Wafa. Aku tak mahu kau terlepas lagi. Biar aku yang baluti luka di hatimu itu."
Mutiara jernih terasa hangat dipipiku. Tidak ku sangka, selama ini Naufal memendam rasa. Menyimpan perasaan untukku buat sekian lama.
"Naufal.. aku benci kau!"
"Tapi, kau juga sayang pada aku bukan?"
Aku gesit tersipu bersama sendu yang bersisa. Bagaimana harus ku jawab soalan semahal itu?
"Kau umpama paku-pakis Naufal. Nampak biasa tapi unik."
Ku lihat senyumannya makin melebar. Dan ku kira itu adalah jawapan yang sebaik-baiknya. Ya benarlah, kebahagian itu tidak datang bergolek, yang manis hadirnya tidak melayang. Ada harga yang perlu dibayar. Ada duri yang sakit yang perlu dipijak sebelum keindahan didakap dan nikmati selamanya. Jemari kami bertaut lalu beriringan masuk ke dalam rumah bersama harapan dan impian.
sungguhpun ringkas tp cukup mdalam mknanya krn pggunaan ayt yg begitu puitis...inilah sastera yg sebenar..tahniah the owner idea... sush nk jmp karya mcmni..so touching even pn cite pndek jer...
sukidesSu!! aku terpana.. sungguh halus bahasamu bagai mutiara yg tselit d celah batu!!aha~ anyway..ade g tak?
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
mmm, begitu bermadah dan puitis kata-kata penulis ni, overall ok, tp agak ringkas, anyway gud luck to you
-tni_ktn-