Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Kanda, jika dibandingkan wajah bulan dengan wajah dinda, mana lebih cantik pada mata kanda?" tanya Puteri Bulan Maharani dengan senyuman sambil memandang wajah Putera Darwan yang duduk di sisinya.
"Siapa bilang bulan lebih cantik dari wajahmu?" tanya Putera Darwan kembali sambil memandang wajah Puteri Bulan Maharani tanpa berkelip matanya.
Puteri Bulan Maharani hanya tersenyum sambil kembali matanya memandang wajah bulan penuh yang menghiasi dada langit malam itu.
"Tiada yang lebih cantik dalam dunia ini selain dirimu. Tiada yang bisa mengganti tempatmu di sisiku," ucap Putera Darwan rapat di telinga Puteri Bulan Maharani sambil dirangkulnya lembut tubuh yang masih lagi memandang dada langit. Gemar benar kekasih hatinya itu menatap bulan.
"Andai kata dinda pergi dahulu, apa yang kanda akan lakukan?" tanya Puteri Bulan Maharai tiba-tiba. Senyuman pada wajahnya tadi ditukarkan pada tenungan penuh kasih sayang. Wajah bersih suaminya itu ditatap terus meminta jawapan.
"Kanda akan menyusuli beberapa ketika selepas dirimu. Kanda mahu menemanimu di sini mahu pun di sana. Kanda tidak mahu bersedih dan tidak mahu dirimu bersedih kerana menanti di sana," jawab Putera Darwan lancar sambil dieratkan dakapannya. Sesekali tangannya jatuh pada perut bulat Puteri Bulan Maharani.
"Dari tadi dinda tanya pasal kanda. Dinda? Jika kanda dibandingkan dengan bulan, mana satu yang dinda pilih?" duga Putera Darwan dengan senyuman.
"Tentulah dinda pilih kanda. Bulan sekadar cantik dipandang dan tidak mampu dinda sentuh. Bulan sekadar dapat menghibur hati tapi tak mampu mengubat lara. Bulan sekadar benda yang tidak bernyawa dan tidak mampu menerima cinta dinda," jawab Puteri Bulan Maharani begitu lancar dia bermadah. Jari-jemari Putera Darwan di genggamnya erat.
"Jika kanda pergi dahulu?" tanya Putera Darwan lagi. Anak mata yang tepat menikam anak matanya itu ditatapnya sedalamnya. Sehingga timbul kasih sayang dibaliknya.
"Bagi dinda, tiada istilah kanda pergi dahulu kerana dinda akan pergi bersama-sama kanda. Tak lewat sedetik dan tidak cepat sedetik. Kerana dalam sedetik itu mampu membuatkan dinda merasa sakitnya ditinggalkan." Tubuhnya dipalingkan dan memmbalas pelukan Putera Darwan.
Kelainan suasana malam itu dapat dirasakan Puteri Bulan Maharani. Dalam hangat dia didakap suaminya itu, datang sekumpulan musuh menerpa istana tanpa mereka sedar.
Pintu kamar yang terkuak kasar membuatkan Putera Darwan dan Puteri Bulan Maharani tertumpu padanya.
"Sudah cukupkah waktu untuk kamu berkasih-kasih?" tanya seorang lelaki berperisai hebat yang berdiri di hadapan pintu kamar. Wajah Putera Darwan ditikamnya tajam dengan pandangannya.
Puteri Bulan Maharani sudah ketakutan dan bersembunyi di balik tubuh tegap suaminya meminta perlindungan.
"Apa alasan kau menceroboh istana beta?" tanya Putera Darwan kembali dengan kerutan di dahinya. Kakinya menapak masuk ke dalam ruang kamar dari beranda tempat mereka berdua menatap bulan tadi.
Mana perginya pertahanan istana yang begitu kukuh dibinanya dengan berpuluh-puluh pengawal ditempatkan di sekeliling istana untuk menjaga keselamatan seisi istana.
"Tiada alasan lain selain merampas kerajaan yang Tuanku miliki. Juga Puteri Bulan Maharani yang Tuanku miliki," jawab lelaki bersuara garau itu dengan senyuman sinisnya.
"Langkah mayat beta dulu sebelum apa yang kau hajatkan itu terlaksana," ucap Putera Darwan berani mempertahankan diri juga isterinya yang sedang sarat mengandung itu dan kerajaannya. Digapainya sebilah pedang yang tadi sekadar menghias dinding kamarnya itu.
Pedang berkilat itu diajukan pada lelaki tadi yang sudah menapak mendekati mereka berdua.
"Dinda pergi dahulu ke beranda dan nantikan kanda di sana," ucap Putera Darwan sambil menapak perlahan mendekati musuhnya.
"Dinda tak akan tinggalkan kanda. Dinda mohon jangan kanda titahkan dinda untuk berlalu meninggalkan kanda," balas Puteri Bulan Maharani dengan tangisan menghiasi wajahnya. Ketakutan yang dia alami bercampur dengan risaunya dia terhadap keselamatan Putera Darwan yang dikasihinya itu.
"Kanda pinta. Tinggalkan kanda di sini dan pergi," tegas Putera Darwan lagi. Matanya tidak lepas dari memandang musuhnya yang semakin menghampiri.
"Percayalah. Kanda akan temani dinda walau apa pun keadaannya yang mungkin berlaku selepas ini." Putera Darwan memberikan kepercayaan sepenuhnya pada Puteri Bulan Maharani.
"Dinda cintakan kanda," luah Puteri Bulan Maharani dan berlari anak menuju ke beranda dan bersembunyi di balik langsir yang menutupi ruang itu dengan ruang kamar.
Dadanya berdebar hebat memerhati kekasih hatinya itu yang hendak bertempur mempertahankan mereka. Perut yang besar disentuhnya lembut.
Bergema jeritan kasar Putera Darwan menaikkan semangatnya untuk menentang musuh yang dilihatnya kecil sahaja pada matanya.
Berkali-kali pedang yang disua Putera Darwan berlaga dengan pedang milik musuhnya membuatkan Puteri Bulan Maharani semakin gentar.
Disebabkan tersalah menyasarkan pedangnya, lengan Putera Darwan dikelar pedang musuhnya. Puteri Bulan Maharani yang tadi hanya memerhati turut mengalirkan air mata atas kesakitan yang mampu lagi ditahan Putera Darwan yang wajahnya lansung tiada riak kesakitan yang ditonjolkan walaupun baju kuning keemasan yang dipakainya sudah dicorakkan dengan percikan dan simbahan darah merahnya.
"Hamba akan dapatkan apa yang hamba mahukan sebentar lagi, Tuanku," ucap lelaki itu dengan nada riaknya melihat satu lagi sasaran pedangnya mengena pada tepi peha Putera Darwan.
Puteri Bulan Maharani sudah terduduk di beranda kerana sakitnya dirinya melihat Putera Darwan begitu.
Semakin hebat mereka berlawan dan akhirnya, libasan hujung pedang musuh tepat mengena pinggang Putera Darwan membuatkannya terjatuh melutut di hadapan musuhnya sendiri.
"Begitu mudahnya hamba melawan Tuanku sehinggakan Tuanku sendiri yang melutut di hadapan hamba. Dan sekarang, berilah kata-kata akhir untuk Puteri Bulan Maharani yang bakal menjadi milik beta," tawa lelaki itu galak melihat Putera Darwan yang melutut dengan menongkat dirinya dengan pedang besarnya itu. Hampir sahaja rebah kerana hamburan darahnya. Peluh yang merembes di dahinya diseka menggunakan hujung lengan bajunya.
Putera Darwan menggeleng dan tertawa tiba-tiba membuatkan musuhnya itu terperanjat.
Puteri Maharani di balik langsir mencabut cucuk sanggul yang tadi menyimpul kemas helaian rambutnya dan digenggam erat. Dia tidak mampu lagi berdiam diri dan hanya memandang suaminya itu berlawan demi mereka.
Dia berlari menuju ke belakang musuh mereka itu dan ditusuknya penyucuk sanggulnya itu tepat mengena leher lelaki itu dan ditariknya kembali penyucuk sanggul itu membuatkan darah merah melimpah di situ dan membasahi tangannya.
Disebabkan terkejut dan kesakitan, musuh menghayun pedang yang berada di tangannya memuatkan Puteri Bulan Maharani yang berada di belakangnya tertusuk pedang besar itu tepat di dadanya.
Membulat mata Putera Darwan begitu juga musuhnya itu.
Pedangnya ditarik dari menembusi tubuh Puteri Bulan Maharani membuatkan tersembur keluar darah dari tempat tusukkan dan Puteri Bulan Maharani terduduk menghela berat nafasnya.
Putera Darwan sekali lagi menjerit kasar dan mata pedangnya tepat melalui leher musuhnya itu sehingga bergolek kepalanya ke lantai.
Dalam kudrat yang masih berbaki, dia mendapatkan Puteri Bulan Maharani.
"Kita dah menang," ucap Puteri Bulan Maharani tersekat-sekat.
"Mengapa dinda begitu berani?" tanya Putera Darwan sambil digenggamnya tangan Puteri Bulan Maharani yang masih lagi menggenggem erat penyucuk sanggulnya.
"Kerana dinda sakit melihat kanda sakit." Air matanya dibiarkan sahaja mengalir di sisi wajahnya.
Tiba-tiba mulut Putera Darwan menghamburkan darah pekat. Kesakitan menusuk ruang belakang tubuhnya membuatkan dia berpaling.
Sempat matanya melihat seorang lelaki yang dengan senyuman lebarnya bersama pedang bersalut darah ditangannya sebelum Putera Darwan rebah memeluk tubuh Puteri Bulan Maharani yang juga matanya terkatup perlahan.
"Ulan. Nak pergi audition untuk pemilihan watak pementasan teater tak?" tanya Azwana yang asyik dia menekan papan kekunci komputer. Matanya tidak lansung memandang rakannya yang berbaring di katil membaca sesuatu.
"Bila?" tanya Bulan Syahirin kembali tidak menjawab soalan. Dia juga tidak memandang wajah rakannya itu. Dibelek terus majalah di tangannya menatap wajah kacak Olando Bloom.
"Petang ni dekat dewan teater," jawab Azwana sambil berpaling. Ditutupnya muka komputer ribanya itu.
"Aku tak minatlah," balas Bulan Syahirin lagi. Diselaknya pula helaian majalahnya itu kerana letih menatap wajah pelakon pujaannya itu.
"Habis yang kau tanya tu buat apa?" Azwana bernada geram. Dah tak minat bertanya lagi.
"Saja bagi respon apa yang kau tengah cakap. Nanti kau kata kau cakap sorang-sorang pula," seloroh Bulan Syahirin dengan senyuman. Dia berpaling membelakangkan rakannya itu membuatkan rakan sebiliknya itu semakin geram.
Memang dia sering dimarah Azwana kerana tidak memberi respon atas apa yang diperkatakan kerana dia malas hendak membuka mulut untuk menjawab. Kalau dia mengangguk atau menggeleng, nanti Azwana tidak memberi perhatian padanya dan tidak nampak responnya itu.
"Menyampahlah aku dengan kau ni," gumam Azwana sambil dibalingnya bantal bersarung merah jambunya kepada Bulan Syahirin membuatkan gadis itu berpaling perlahan.
"Sakitlah," ucap Bulan Syahirin dengan muka selambanya.
"Huh." Azwana mengeluh.
"Aku nak masuk. Kau temankan eh," tambah Azwana.
Bulan Syahirin mengangguk membuatkan Azwana mengukir senyuman.
Rakannya yang sorang itu memang pasif sikit kelakuannya. Kalau dekat dalam bilik, itu jelah yang dilakukan Bulan Syahirin. Berbaring. Membaca berbaring. Melayari internet meniarap. Makan junkfood pun kadang-kadang dia berbaring. Melekat sahaja dia dengan katilnya itu. Sudahlah kuat tidur. Sedang berdiri menunggu giliran pun dia boleh tertidur.
Turun lunch jom," ajak Azwana sambil bangun dari meja belajarnya dan menuju ke almari pakaian yang berada di belakangnya tidak berapa langkah.
"Penat," jawab Bulan Syahirin sambil digapainya keropok di atas meja dan berbaring kembali. Dimasukkan satu-satu keropok itu ke dalam mulutnya.
"Apa yang kau penatkan? Bergerak pun lambat macam tu. Jomlah aku lapar ni," sungut Azwana sambil mendekati Bulan Syahirin dan duduk di sisinya.
Memang pergerakkan Bulan Syahirin ni lambat kerana masalah komplikasi jantung yang dialaminya membuatkan dia memang pasif. Jika petang-petang orang berjoging atau melakukan aktiviti mengeluarkan peluh, dia hanya berjalan menyusuri tasik mengambil angin. Disebabkan dia datang dari keluarga yang sederhana, ibu bapanya tiada peruntukkan untuk menghantarnya bagi menjalani pembedahan. Jadi, Bulan Syahirin sering kali berasa penat. Bukan disebabkan dia malas, tapi disebabkan masalahnya itu. Tapi wajah gadis berumur 19 tahun itu ceria sahaja setiap kali. Tambahan lagi bila ke kelas, berjumpa dengan rakan-rakannya yang selalu membuatkan dia tersenyum sahaja walaupun tidak banyak bercakap.
"Jom cepat siap. Kau nak pakai baju tidur ni pun aku tak kisah. Aku bawa juga kau jalan sebelah aku," seloroh Azwana sambil ditariknya tangan rakannya itu supaya duduk.
"Aku belum mandi lagi," jawab Bulan Syahirin selamba sambil bersandar pula pada tubuh Azwana.
"Tak apa. Biar busuk, lari semua orang dekat cafe tu. Senang sikit kita nak cari tempat duduk. Nanti lambat sangat ramai orang, lauk habis," bebel Azwana. Memang dia suka membebelkan Bulan Syahirin walaupun dia tahu rakannya itu tidak menjawab banyak untuk bebelannya itu.
Bulan Syahirin mengangguk dan pergi menukarkan seluar pendek corak kartun Mr. Beannya kepada seluar jeans dan baju baby T tanpa lengan yang dipakainya dibiarkan sahaja kerana malas hendak menukarkannya. Dia berlalu menggapai sweater nipisnya untuk dikenakan dengan bajunya itu. Digapainya penyucuk sanggul plastik yang berada di atas mejanya dan digulung rambut beralunnya itu kemudian disanggul rapi. Helaian rambut yang jatuh menyapa dahi dan wajahnya dibiarkan sahaja.
Azwana menanti sabar memerhati pergerakkan lambat rakannya itu. Kalau melihat pergerakkan lambat Bulan Syahirin seperti itu, dia tidak akan memarahi Bulan Syahirin kerana pernah sekali dahulu, waktu pertama kali dia ditempatkan sebilik dengan Bulan Syahirin. Disuruhnya Bulan Syahirin bergerak pantas supaya mereka dapat makan awal. Sampai sahaja di cafe, Bulan Syahirin rebah di tengah-tengah orang ramai itu. Kelam kabut semua orang dan menghantarnya ke hospital bersama ambulan yang datang. Waktu itu baru dia tahu yang Bulan Syahirin ada masalah kesiahatan.
"Jom," ajak Bulan Syahirin sambil menghulur tangannya pada Azwana. Disebabkan masuk tahun itu sudah dua tahun mereka sebilik, mereka menjadi rapat bagaikan adik-beradik. Kesakitan dan kesedihan, juga kegembiraan dan tawa, mereka kongsi bersama.
"Kau belanja aku," kata Bulan Syahirin sambil memaut lengan Azwana setelah menyarung selipar putihnya.
Begitulah Bulan Syahirin kalau dia malas hendak berjalan. Azwana sudah masak dengan kelakuan rakannya itu. Dia akan memaut apa sahaja yang dekat dengannya untuk berjalan. Paling tidak pun dia labuhkan sahaja punggungnya di mana-mana yang dia rasa boleh duduk dan kemudian bersandar.
"Kenapa? Mak kau tak masukkan duit lagi?" tanya Azwana menduga. Rakannya yang satu itu memang jimat orangnya. Disebabkan dia begitu, jadi dia tidaklah membelanjakan duitnya untuk pergi bershoping atau berjalan.
"Jauhlah nak pergi ATM. Nanti esok baru aku nak ambil duit," jawabnya selamba.
"Tak nak belanja. Pinjam bolehlah. Aku pun tengah kopak ni. Nanti nak tampung duyung ni lagi. Mati kering aku," seloroh Azwana. Dia gemar menggelar Bulan Syahirin duyung kerana kecantikkan rakannya itu. Tambahan lagi dengan sifatnya yang suka melingkar dan menyandar itu. Disebabkan gelarannya itu, orang sering menggelar Bulan Syahirin sebagai ‘Ulan Duyung’. Melekat samapi mereka naik ke semester 3.
Bulan Syahirin sudah tersenyum. Satu-satu anak tangga diturunnya tidak seperti Azwana yang melompat-lompat di hadapannya. Dia seoronok melihat rakannya itu gembira walaupun dia tidak dapat melakukannya.
"Wana. Ramai oranglah," beritahu Bulan Syahirin seakan Azwana tidak nampak sahaja apa yang berada di hadapan matanya.
"Tulah kau. Kita bungkus makan ataslah," cadang Azwana.
Bulan Syahirin mengangguk dengan senyuman. Dia lansung tidak marah kalau orang menyalahkannya atas kelambatannya itu.
Mereka beratur untuk menanti giliran untuk mendapatkan kaunter yang diletakkan lauk-lauk makan tengah hari. Dalam asyik mereka beratur, Bulan Syahirin yang berdiri memeluk tubuh tiba-tiba sahaja menjadi senget dan terlentok pada orang di hadapannya. Tertidur.
Disebabkan dia hendak menahan dari jatuh setelah sedar, dia peluk sahaja tubuh orang di hadapannya.
"Ulan. Kau ok tak?" tanya Azwana cemas. Bukan boleh dibiar sangat Bulan Syahirin ni. Nanti lain jadinya. Sudahlah dia jauh dari keluarganya.
"Awak ok ke?" Satu suara yang agak garau menyapa pendengaran mereka berdua membuatkan mereka memanggung kepala.
Bulan Syahirin tersenyum dan melepaskan pelukannya. Dia tunduk sambil menyelak rambutnya yang menyapa bulu matanya.
"Sorry tertidur," jawab Bulan Syahirin selamba sambil membetulkan bajunya.
"Tertidur?" tanya lelaki itu dengan nada peliknya. Matanya tidak tertumpu pada wajah Bulan Syahirin dan Azwana, tapi lebih kepada orang yang memerhati.
"Sorry, kawan saya memang macam ni," jawab Azwana sambil dirangkulnya lengan Bulan Syahirin dan tersenyum pada lelaki itu. Tiada riak marah di wajah itu cuma kelihatan dia tersenyum. Mungkin geli hati dengan alasan Bulan Syahirin.
"Deni cepatlah," panggil rakannya membuatkan lelaki itu berpaling tanpa mengucapkan apa-apa dan tidak sempat pun wajahnya dicam Bulan Syahirin.
"Kau ni. Nasib baik dia tak kisah," kata Azwana dengan senyuman. Bukannya hendak marah, tapi lebih kepada menegur.
"Tak sengaja. Lambat sangat," jawab Bulan Syahirin sambil berjalan merapatkan barisan.
"Tak pasal-pasal orang tu dapat peluk free dari duyung," seloroh Azwana sambil membetulkan rambutnya. Bulan Syahirin tersenyum.
_________________________________________________
Azwana dan Bulan Syahirin berjalan menyusuri laluan berbumbung untuk ke dewan teater. Kelihatan ramai orang beriadah di petang-petang begitu. Seronok dengan gelak tawa.
Azwana sekadar berbaju t-shirt lengan panjang bersama jeansnya dan Bulan Syahirin seperti pagi tadi. Tapi dia sudah mandi kerana disuruh Azwana sebelum mereka hendak pergi tadi.
"Oi Wana. Ulan Duyung. Pergi mana? Korang pun nak masuk audition juga ke?" sergah Farah dari belakang. Dia kenal cara mereka berdua berjalan sebab tu dia menegur.
"Wana je. Kau?" tanya Bulan Syahirin setelah menjawab soalan.
"Tak. Cuma nak pergi tengok je," jawab Farah. Dibiarkan sahaja Bulan Syahirin memaut lengannya. Lali dah dia dengan rakan sebidangnya itu.
"Roommate kau mana?" tanya Azwana sambil matanya memerhati gelagat manusia yang kadang kala mereka lewati.
"Bersolek lama sangat. Aku tinggal je. Dia nak masuk ni kan. Nak jadi Tun Teja lah kononnya. Tu yang bersolek sakan," seloroh Farah letih dengan kawan sebiliknya itu. Nak diletak berapa tebal bedak dekat muka pun dia tak tahu.
"Tadi Wan kata yang pegang watak Hang Tuah, sinior Deni. Tu yang dia semangat tu," tambah Farah sambil membetulkan kedudukan selepang tudungnya.
"Eh macam mana Wan tahu?" tanya Azwana turut berminat.
"Biasalah my beloved boyfriend tu. Memang expert. Sebab tadi dia datang audition untuk watak lelaki lepas lunch tadi. Jadi dia tahulah," jelas Farah dengan senyuman bangga mendapat teman lelaki seperti Wan.
"Sinior Deni tu siapa?" tanya Bulan Syahirin tiba-tiba mencelah dengan nada malasnya.
"Astagahfirullah halazim budak ni. Aku bercerita macam nak rak. Dia boleh tanya lagi," sakat Farah sambil dipukulnya perlahan tangan Bulan Syahirin yang bergayut padanya.
"Aku tak kenal. Nak buat macam mana," ucap Bulan Syahirin kembali.
"Sinior yang power gila main basket tulah. Orang perempuan semua minat dia. Kau perempuan boleh tak tahu? Pelik aku ni. Wana. Kau tak didik ke roommate kau ni pasal orang-orang famous dalam kampus ni? Sampai hati kau." Farah sudah membebel hanya kerana Bulan Syahirin tidak mengetahui lelaki pujaan gadis kampus itu.
"Power. Tapi tak gila kan?" seloroh Bulan Syahirin masih lagi hendak bermain kata-kata.
"Yelah kak oi," jawab Farah geram dengan gelagat Bulan Syahirin. Bila dah datang kepalanya, ada sahaja dia menjawab.
Kaki mereka sudah sampai ke dewan teater.
"Kenapa ramai je budak lelaki lagi ni?" tanya Azwana ketika masuk dan mengambil tempat.
"Biasalah. Dah turn budak perempuan, mesti mamat-mamat ni datang nak cuci matalah tu. Macam tak faham," jawab Farah kembali dengan senyumannya.
"Wana. Yang kau pergi duduk lagi ni buat apa? Pergilah daftar," suruh Farah mula hendak membebel sambil disenggolnya lengan Azwana yang duduk di sebelah Bulan Syahirin yang sudah duduk menyandar.
Azwana tersenyum malu dan terus bangun dan berlalu menuju ke kaunter mendaftar. Tempat ramai-ramai orang berdiri dan kerumun sebab semuanya sudah teruja kerana Senior Deni yang pegang watak utama, Hang Tuah.
Asyik sahaja mereka tengok gelagat mereka. Lepas sorang-sorang lagi. Macam-macam ragamnya. Ada yang kalanya membuatkan dewan gamat dengan jeritan penonton, ada kalanya dewan menjadi sunyi sepi.
"Far. Aku nak pergi ladies kajap," pinta Bulan Syahirin sambil membetulkan duduknya yang dari tadi bersandar tak ingat dunia. Penat sangat agaknya.
"Kejap aku nak tengok Si Wana ni," balas Farah sambil memandang wajah Azwana di atas pentas dan wajah Bulan Syahirin di sebelahnya silih berganti.
"Tak apa. Aku pergi sendiri. Tak tahan dah ni. Sejuk," bidas Bulan Syahirin. Disebabkan duduk dalam aircond, dia jadi rasa nak terbuang air pula.
"Boleh ke?" tanya Farah kembali dengan nada risau. Bukan boleh percaya si Bulan Syahirin ni pergi sendiri. Nanti jadi apa-apa, tak ada siapa tahu.
Bulan Syahirin mengangguk dan terus bangun. Dia berlalu keluar dari dewan dan menuju ke tandas yang tak berapa jauh dari dewan.
Setelah selesai, dia pun keluar. Dalam perjalanan melewati pintu hendak keluar, rambut yang keluar dari simpulan dan menyapa wajahnya dikuak dan tersangkut pada anting-antingnya membuatkan ia tercabut dan jatuh.
Dirabanya telinga kirinya. Tiada anting-antingnya di situ membuatkan dia mencari di lantai. Melilau matanya mencari.
Bibirnya tersenyum ketika melihat anting-anting berhuruf B itu ada di tepi dinding berdekatan dengan pintu tandas lelaki.
Dia melulu hendak mengambilnya. Belum sempat tangannya menyentuhnya, satu tangan berjari kasar mengambilnya membuatkan dia menyentuh tangan besar itu.
Tangan itu membuatkan dia memanggung kepalanya. Disebabkan sanggul pada rambutnya longgar, simpulan rambutnya terlerai dan membuatkan rambut lembutnya beralun mengikut rentak kepalanya.
Tangannya masih kejap memegang jari-jemari kasar itu. Anak mata mereka bertembung.
Lama anak mata coklat cairnya berlaga dengan anak mata hitam pekat yang berada di hadapannya sehingga terasa hangat pada perasaannya. Seakan ada sesuatu di balik tenungan itu membuatkan dia rasa terbuai dengan perasaan. Dia seakan merindui tenungan itu tapi dia tidak kenal lelaki yang berdiri di hadapannya itu. Tiba-tiba pandangannya berbalam kemudian bertukar gelap.
"Ulan Duyung." Kedengaran suara Farah menerpa pendengarannya ketika dia membuka mata. Jelas wajah Farah di hadapannya membuatkan dia terkejut sedikit.
Kemudian dipandangnya sekeliling. Seakan bilik hospital. Tapi, kenapa?
"Kau pengsan depan bilik air. Kau ok ke?" tanya Azwana sedikit risau pada riaknya.
Bulan Syahirin mengangguk dan menyentuh cuping telinga kirinya. Ada anting-antingnya melekat kemas di situ.
Melilau matanya memandang dalam bilik itu dan tertacap pada satu wajah. Terkebil-kebil dia memandang wajah lelaki itu yang riaknya hanya tersenyum padanya.
"Nasib baik ada Sinior Deni masa tu. Dia yang tolong kau," beritahu Farah dengan senyuman pada lelaki itu.
"Disebabkan kau pengsan, kau tak tahu kan, aku dapat watak Tun Teja tu?" seloroh Azwana masih lagi hendak berseloroh membuatkan Bulan Syahirin tersenyum.
Sesekali, bibir Bulan Syahirin tersenyum melihat gelagat Azwana dan rakan sepementasannya berlatih. Dari tadi dia cari kelibat Deni. Tapi tiada di atas pentas.
Semenjak semingu lepas, dia menemani Azwana ke latihan pementasan dan pandangannya dan perhatiannya sering kali dicuri lelaki itu. Dia tidak tahu kenapa. Dia dalam hatinya terasa ada sesuatu yang hangat menyentuh ketika melihat lelaki itu.
"Cari apa?" sapa satu suara garau membuatkan Bulan Syahirin menoleh.
Bulan Syahirin memandang sahaja wajah lelaki itu.
"Ulan Duyung. Kenapa kawan awak gelar awak macam tu? Nama awak siapa sebenarnya?" tanya lelaki itu dengan senyuman. Berkias-kias hendak mengetahui nama Bulan Syahirin.
"Bulan Syahirin. Tak tahu. Diorang suka agaknya." Tidak lari anak matanya memandang segenap wajah bersih itu. Hatinya berkata dia rindukan diri itu. Tapi kenapa?
"Saya Deni. Awak minat pementasan ke? Kenapa tak masuk?" Denial Fariz Adi juga matanya tidak beralih dari memandang wajah yang setia menatapnya itu.
"Tak minat. Cuma temankan roommate."
"Hari-hari awak temankan dia? Rajin juga awak ni."
"Dia minta temankan."
"Nak air? Minum cincau?" tanya Denial Fariz Adi sambil menghulurkan satu tin yang berada di tangannya pada Bulan Syahirin.
"My favourite," jawab Bulan Syahirin dengan senyuman dan mengambilnya tanpa sebarang penolakkan membuatkan bibir lelaki itu tersenyum bertambah lebar.
"Sama," balas Denial Fariz Adi sambil melambung satu lagi tin cincau di tangannya.
"You like white?" duga Denial Fariz Adi lagi. Kerana dia lihat, seminggu gadis itu memakai serba putih. Kalau ada pun cuma corak-corak kartun kecil sahaja yang berada di bajunya yang ditutup di balik sweater nipisnya berwarna putih itu.
"The most." Bulan Syahirin seakan semakin berminat hendak berbaul kerana dia rasa selesa dengan lelaki itu.
"Same." Sekali lagi Denial Fariz Adi menjawab.
"Dekat anting-anting awak tu huruf B. Jadi saya nak panggil awak B. Boleh?" tambah Denial Fariz Adi bertanya.
"Suka hati," jawab Bulan Syahirin selamba. Apa yang orang nak panggil dia pun dia tak kisah. Asalkan boleh dipanggil.
"Did you like basket?" tanya Denial Fariz Adi setelah begitu lama mereka menyepi dan anak mata mereka bertaut.
Bulan Syahirin hanya tersenyum.
"Saya ada tournement hujung minggu ni. Boleh datang tengok saya lawan?"
"Dekat mana?"
"Gelanggang terututp. Start pukul 5."
Bulan Syahirin mengangguk. Dari tadi ditatap wajah itu tanpa jemu.
"Kalau macam tu saya tunggu awak dekat pagar pukul 4.45. Kita pergi gelanggang sama-sama. Boleh?"
"Boleh. Nak saya tolong bawakkan snek ke atau apa-apa?" tanya Bulan Syahirin bagaikan sudah lama dia mengenali lelaki itu.
"Nope. Tak perlu. Saya bawa sendiri. Awak datang bawa badan. Then duduk tepi gelanggang untuk jadi penyokong pasif saya." Denial Fariz Adi juga menatap wajah Bulan Syahirin bagaikan tidak mahu dilepaskan sahaja.
"Why penyokong pasif?"
"Yelah. Nanti awak sorakkan saya, awak yang jatuh. Sekurang-kurangnya, bila awak dah duduk tepi gelanggang pun dah cukup untuk naikkan semangat saya," seloroh Denial Fariz Adi dengan senyuman.
Bulan Syahirin tersenyum.
_________________________________________________
"Wana. Teman aku," pujuk Bulan Syahirin tiba-tiba dia rasa lain macam pula hendak pergi hanya berdua dengan Denial Fariz Adi. Walaupun sampai di gelanggang nanti dia akan ditinggalkan di tepi dan lelaki itu akan bermain di tengah-tengah gelanggang. Nanti apa kata peminat-peminat Denial Fariz Adi ketika melihat dia mendampingi lelaki itu sedagkan dia bukannya ada hubungan apa-apa. Cuma sekadar kenalan sahaja.
"Tak nak aku kacau first date kau. Dahlah kau ni baru je nak pandai benda-benda nak rapat dengan lelaki nikan. Nanti ada kawan aku punya first date huru hara sebab aku. Tak nak. Kejap lagi aku nak keluar dengan Ijal," bantah Azwana.
Memang itulah lelaki pertama yang berjaya mendekati dan mengajak Bulan Syahirin keluar. Sebelum itu, ada sahaja lelaki hendak mendekatinya, dia jauhkan diri. Tapi dilihat hari Rabu yang lepas di dewan teater, senang sahaja melihat dua makluk itu berkenalan dan tersenyum. Mata jangan katalah. Terus-terus bertaut je sampai tak ingat orang keliling.
"Nanti kalau aku pengsan macam mana?" tanya Bulan Syahirin mengeluh sambil membetulkan simpulan rambutnya.
"Kau pengsan, Sinior Deni tu kan ada. Dia kan hero kau. Lagi pun aku percaya dia dan aku ada nombor dia. Kalau kau jadi apa-apa dia nanti call aku." Senang sahaja Azwana hendak memberi alasan tidak mahu mengikut Bulan Syahirin.
"Aku pergi ni. Kau percaya dia?" tanya Bulan Syahirin meminta kepastian.
"Ye. Aku percaya dia. Dia baiklah," jawab Azwana dengan senyuman. Dilihatnya Bulan Syahirin sudah menyarung kasut sukannya.
"Aku pergi dulu," ucap Bulan Syahirin sebelum berlalu.
Dia melangkah untuk ke tempat yang dijanjikan Denial Fariz Adi. Dari jauh dia lihat kelibat lelaki itu memakai baju unifom bola keranjangnya berwarna putih berjalur hitam di tepi. Segak dengan rambutnya yang dipacakkan. Di tangannya membawa beg galas dan satu palastik 7 eleven.
Tenang dia melangkah. Seperti hari sebelumnya, wajah itu ditatapnya seakan orang memendam rindu. Begitu juga Denial Fariz Adi yang melebar senyumannya melihat Bulan Syahirin memakai baju baby T lengan pendek berwarna putih bercorak kartun dan seluar sukan berwarna putih dan kasut putih berjalur hitam.
"B. Sampai pun," tegur Denial Fariz Adi sambil menghulur tangannya seakan menyuruh Bulan Syahirin menyambutnya. Spontan tangannya itu terhulur setelah dia menegur gadis itu. Bagaikan teman wanitanya sahaja. Sedangkan sebelum itu, tiada seorang pun gadis yang berjaya meraih hatinya itu walaupun dia menjadi buruan.
"Sorry. Lambat ke?" sapa Bulan Syahirin kembali dan secara lansungnya meletakkan jari-jemari runcingnya itu pada tangan besar Denial Fariz Adi. Dia tidak sedar perkara itu dilakukannya.
"Nope. Panctual." Ditunjukkan pada jam tangannya membuatkan Bulan Syahirin tersenyum.
"B."
"Hmm."
"Saya nak terus jadi hero awak. Boleh?" tanya Denial Fariz Adi sambil mereka berjalan menuju ke gelanggang. Tiba-tiba dia menyarungkan satu cincin emas putih pada jari manis Bulan Syahirin pada tangan yang dipimpinnya tadi.
Bulan Syahirin terhenti melangkah dan dipandangnya terus wajah Denial Fariz Adi.
"Saya nak jadi tempat awak menyandar kalau awak tertidur waktu tunggu nak beli makanan dekat cafe. Saya nak jadi tempat awak bergantung kalau awak letih. Saya nak jadi penyelamat awak kalau awak susah. Saya nak jadi penghibur awak kalau awak sedih. Boleh kan?" tanya Denial Fariz Adi sambil ditautkan kedua-dua tangannya dengan kedua tangan berjari runcing dan halus milik Bulan Syahirin.
Bulan Syahirin mengangguk lambat dan perlahan-lahan mengukir senyuman.
Denial Fariz Adi tersenyum dan mereka kembali melangkah. Kini dengan lebih yakin bersama.
"Kenapa saya kena duduk sini?" tanya Bulan Syahirin apabila dirinya dibawa untuk duduk di tempat pemain akan duduk setelah selesai bermain.
"Senang saya nak tengok," jawab Denial Fariz Adi dengan senyuman. Pandangan dan bisikkan orang tentang mereka tidak dihiraukan. Biarlah mereka hendak mengata. Nanti bila penat, pasti mereka berhenti.
"Saya tak selesa."
"Selesakan. Sebab tempat awak sentiasa akan dekat sini kalau awak teman saya training. Boleh kan?"
"Deni. Kejap," panggil rakannya membuatkan dia mengangguk kepada rakannya itu.
"Saya pergi kejap. Nanti saya datang balik."
Bulan Syahirin mengangguk. Dipandangnya beg galas Denial Fariz Adi yang terbuka dan dibantunya untuk mengzipkan kembali. Tuala yang tersangkut pada penyandar tempat duduk di sebelahnya itu diambil dan dilipatnya. Dilihatnya dalam plastik yang dibawa Denial Fariz Adi tadi. Coklat, cincau, dan keropok kegemaran mereka. Bibir Bulan Syahirin tersenyum sendiri kerana ada satu rasa bahagia menyentuh tangkai hatinya.
Setelah lama duduk, perlawanan bermula dan tiba giliran team Denial Fariz Adi bermain. Bulan Syahirin hanya memerhati. Tidak seperti orang lain yang galak bersorak memggamatkan suasana gelanggang. Dia dapat tangkap setiap kali Denial Fariz Adi menoleh memandangnya kerana tubuh itu sahaja yang menjadi bahan tatapannya.
"Sorry lambat. Penat ke tunggu?" tanya Denial Fariz Adi sambil duduk di sebelah Bulan Syahirin yang hanya tersenyum sahaja menatapnya.
Bulan Syahirin mengangguk.
"Balik jom. Saya hantar," ajak Denial Fariz Adi sambil menghulur tangannya pada Bulan Syahirin untuk membawanya pulang.
Bulan Syahirin mengangguk dan menyambut tangan itu kemudian bangun.
Dalam mereka berjalan, tiba-tiba Bulan Syahirin memaut erat lengan Denial Fariz Adi membuatkan lelaki itu berhenti.
"Jalanlah. Kenapa? Saya nak tumpang," jelas Bulan Syahirin dengan senyuman yang cuba diukirnya walaupun jelas kepenatan pada wajahnya.
"Boleh jalan ke? Penat sangat ke? Biar saya gendong. Nak?" cadang Denial Fariz Adi sambil ditatapnya terus wajah itu.
"Tak apa. Saya masih boleh jalan," jawab Bulan Syahirin.
"Duduk tepi tu kejap. Nak?" cadang Denial Fariz Adi lagi sambil menunjukkan tepi pagar padang kampus tempat mereka lalu.
Bulan Syahirin mengangguk.
Dalam senyap duduk berehat, Denial Fariz Adi menyeluk poket seluarnya mengeluarkan telifon bimbitnya, nokia N93i berwarna putih dengan lingkaran tali earphone bersamanya.
"Awak nak dengar lagu yang saya suka?" tanya Denial Fariz Adi sambil memandang wajah Bulan Syahirin yang menyandar di tubuhnya dan matanya asyik memandang orang bermain bola sepak tidak jauh dari mereka.
Bulan Syahirin mengangguk dengan senyuman.
Disumbatkan satu hujung earphone ke telinga Bulan Syahirin dan sebelah lagi di telinganya membuatkan tali itu seakan menghubungkan dan merapatkan mereka.
Mereka sama-sama diam mendengar lagu yang dimainkan sehingga habis.
"Lagu apa ni?" tanya Bulan Syahirin setelah habis lagu itu didendangkan di corong telinganya.
"Jay Chou, Cai Hong. Maksud Cai Hong tu pelangi. Awak suka?"
Bulan Syahirin mengangguk.
"Sentimental."
"Saya suka lagu-lagu jenis slow macam ni. Menenangkan. What do you think?" tanya Denial Fariz Adi sambil mengeratkan genggaman tangannya terhadap jari-jemari Bulan Syahirin yang memang sejak dari gelanggang tadi dipimpin dan hangat di dalam genggamannya.
"Saya suka," jawab Bulan Syahirin sambil mengangguk.
"Mana handset awak?" tanya Denial Fariz Adi sambil menghulur sebelah lagi tangannya meminta.
Bulan Syahirin mengeluarkan telifon bimbitnya dari poket seluar sukannya itu dan diletakkan di atas tangan Denial Fariz Adi.
Denial Fariz Adi tersenyum. Telalu banyak persamaan dia dan Bulan Syahirin sehinggakan telifon bimbit mereka juga sama.
"Banyak duit?" seloroh Denial Fariz Adi sambil membukanya dan menekan sesuatu.
"Abang saya kerja dengan Petronas, jadi dia yang belikan. Masa birthday waktu cuti hari tu," jelas Bulan Syahirin dengan senyuman. Dibiarkan sahaja Denial Fariz Adi membelek telifon bimbitnya itu.
"Nah. Kata Denial Fariz Adi sambil memberikan kembali telifon bimbit itu pada Bulan Syahirin.
Dapat sahaja pada tangan Bulan Syahirin, telifon bimbit itu menyanyikan lagu yang mereka dengar tadi.
Dibukanya dan tertera nama ‘My Hero’ di skrinnya membuatkan dia memanggung kepalanya memandang wajah Denial Fariz Adi.
"Setiap malam saya nak call awak nak ucap ‘night B, sweet dream and dream of me’, setiap pagi saya nak call awak nak ucap ‘morning B, how are you today, how your sleep last night?’ Setiap petang saya nak call awak nak cakap, ‘B. Boleh saya nak ajak awak keluar jalan tepi tasik?’ or ‘B. Boleh jadi semangat saya untuk training basket petang ni’. Setiap tengah hari saya nak call awak nak tanya, ‘B. Nak ke makan lunch dengan saya?’," celoteh Denial Fariz Adi dengan senyuman dan diputuskan lagu itu dari terus menyanyi dengan menekan butang pada telifon bimbitnya.
"Tak bosan ke hari-hari buat macam tu?" tanya Bulan Syahirin kembali. Tangannya yang memengang telifon bimbitnya itu diletakkan di pangkunya.
"Selagi awak tak bosan, selagi tu saya tak bosan," balas Denial Fariz Adi.
"Saya takut nanti awak bosan dulu sebab nak melayan saya."
"Tak ada istilah bosan dalam hidup saya. Lagilah untuk melayan awak."
Bulan Syahirin tersenyum lagi.
"Lagu ni, lagu kita berdua. Jadi, jangan set ringtone ni untuk orang lain. Biar nanti awak tahu saya yang call," pesan Denial Fariz Adi sambil dikeluarkan earphone dari telinga Bulan Syahirin.
"Saya nak dengar lagi," larang Bulan Syahirin sambil menyentuh tangan Denial Fariz Adi yang hendak membawa lari earphone dari cuping telinganya.
"Tak nak balik ke? Langit dah oren tu."
Bulan Syahirin mengangguk.
"Tapi biar saya dengar lagu ni," arah Bulan Syahirin.
"Everything just for you, B," ucap Denial Fariz Adi sambil bangun dan mendorong tubuh itu untuk bangun juga.
Mereka berjalan menuju ke pagar tempat mereka bertemu sebelum ke pertandingan dengan dihiasi lagu mereka.
Kaki mereka berhenti untuk berpisah di situ membawa langkah masing-masing kambali ke asrama.
Denial Fariz Adi membuka beg galasnya.
"B. Nah," beri Denial Fariz Adi sambil dihulurkannya satu baju kebaya nyonya berwarna putih bersulam biru dikenakan dengan batik lipat depan dan juga ada satu penyucuk sanggul berukir nama ‘Deni love Bulan’ di hujungnya.
"Kenapa bagi saya?" tanya Bulan Syahirin terkesima sebentar dengan pemberian itu.
"Because you’re my princess. Saya nak awak pakai baju ni masa malam pementasan nanti. Awak datang tengok saya pakai baju ni. Saya dah book sit VIP untuk kita. Boleh kan?" Denial Fariz Adi tersenyum.
Bulan Syahirin mengangguk dan mengambilnya.
"Yang ni, saya gantikan dengan penyucuk sanggul awak yang saya terpatahkan hari tu masa nak bawa awak pergi hospital. Awak tak perasan agaknya penyucuk sanggul warna putih tu hilang sebab Wana kata awak ada banyak penyucuk sanggul dekat bilik," jelas Denial Fariz Adi merujuk kepada penyucuk sanggul yang diberinya.
"Mana tahu size ni muat untuk saya?" tanya Bulan Syahirin lagi sambil terus-terus ditatapnya wajah Denial Fariz Adi.
"Wana kata, awak tak perasan dia ambil kebaya putih corak bunga oren dalam almari awak untuk bagi pada saya untuk saya belikan baju ni. Saya pinjam sehari je lepas tu saya pulang balik pada Wana. Awak marah?" duga Denial Fariz Adi. Matanya juga tidak beralih dari wajah putih itu. Mulus sahaja riak wajahnya.
Bulan Syahirin tersenyum dan menggeleng.
"Ni lagi satu," beri Denial Fariz Adi sambil menghulurkan satu bekas berbentuk hati pada Bulan Syahirin dan disambut gadis itu.
"Apa ni?"
"Ear ring."
"Saya tak boleh pakai yang sebarangan. Nanti..."
"Tak apa. Ni saya tempah khas. Sebab saya tahu awak tak bolah pakai selain dari emas. Kan? Sebab tu awak beria-ia cari ear ring awak hari tu jatuh. Wana beritahu juga." Dia tersenyum melebar. Banyak dia belajar tentang gadis berumur 19 tahun kacukan Belanda itu pada rakan sebiliknya, Azwana.
Bulan Syahirin sudah tertunduk dan tersenyum. Rambutnya yang jatuh menyapa wajah dibetulkan.
"Dah nak Maghrib. Take care B. Boleh jalan sendiri kan?"
Bulan Syahirin mengangguk dan melambai perlahan juga melepaskan genggaman tangannya terhadap jari Denial Fariz Adi.
Lelaki itu hanya memandang langkah lambatnya itu untuk naik ke bangunan asrama. Dalam dia berjalan, bekas berbentuk hati itu dibuka.
‘For you my princess’. Tertera satu nota di dalamnya dan dialihnya kertas kecil itu. Dibaliknya, sepasang anting-anting berukir bentuk hati menjadi bingkai pada huruf ‘D&E’ di dalamnya. Kecil dan comel.
Bulan Syahirin berpaling pada tempat tadi. Kelihatan Denial Fariz Adi melambai kepadanya. Lelaki itu masih tidak berlalu.
"Bye. Sinior Deni. Jaga Ulan betul-betul. Duyung kesayangan kitorang ni jangan jadi apa-apa pada dia," pesan Azwana yang bersama Haizal di sisinya. Kedua-duanya kemas dan cantik dengan baju melayu dan kebaya warna sedondon.
"Pergi tempat yang sama kan?" tanya Bulan Syahirin tersenyum.
Cantik dia malam itu dengan kebaya nyonya pemberian Denial Fariz Adi yang betul-betul cantik pada tubuhnya. Rambutnya disanggul kemas dengan sanggul pemberian Denial Fariz Adi yang tidak pernah lekang dari rambutnya itu juga di telinganya, sudah digantikan anting-anting berhuruf Bnya dengan yang diberi kekasih hatinya itu.
Haizal mengangguk.
"Tapi korang macam nak pergi nikah," seloroh lelaki tinggi lampai itu sambil menepuk belakang Denial Fariz Adi yang dari tadi matanya tidak lepas menatap wajah Bulan Syahirin. Sudah seminggu menatap wajah Bulan Syahirin di hadapan matanya pun, masih lagi dia lakukan perkara itu seakan dia baru memandangnya.
Azwana tersenyum dan mengangguk. Betul kata teman lelakinya itu kerana mereka sedondon memakai baju berwarna putih.
"Dah nanti lambat," ajak Bulan Syahirin dengan senyuman kerana guruan rakannya itu. Genggaman tangan Denial Fariz Adi dibalasnya erat.
"Korang jalanlah dulu. Aku tunggu Farah dengan Wanda," kata Azwana memberi alasan untuk membiarkan ruang Denial Fariz Adi dan Bulan Syahirin berganding berdua.
"Ok. See you there," ucap Denial Fariz Adi sambil membawa langkah Bulan Syahirin bersamanya.
Haizal dan Azwana mengangguk serentak.
Mereka berjalan bersama menuju ke dewan teater. Sampai di situ, mereka mengambil tempat yang telah pun ditempah Denial Fariz Adi untuk mereka berdua.
"Kenapa depan sangat?" tanya Bulan Syahirin sambil memandang wajah Denial Fariz Adi.
"Senang nanti saya nak tengok awak kalau saya atas pentas," jelas Denial Fariz Adi. Tangan mereka masih lagi bertaut erat walaupun mereka sudah duduk dikerusi besar itu dan penghadang menjarakkan tubuh mereka.
"Bila pementasan?"
"Lepas ucapan Pengarah kampus untuk perasmian bulan teater ni," jawab Denial Fariz Adi begitu teliti.
Dewan teater semakin dipenuhi pelajar yang datang untuk malam perasmian bulan teater itu. Majlis dimulakan dan selepas pengucapan Pengarah kampus, Denial Fariz Adi berlalu meninggalkan Bulan Syahirin sendiri.
Pementasan yang dijalankan begitu lancar dan terserlah bakat-bakat mereka yang memegang watak-watak utama itu kerana memang dipilih dan dibuat latihan untuk mendapatkan hasil yang begitu memuaskan.
"Tak nak balik ke?" tanya Denial Fariz Adi sambil mengambil tempat di sisi Bulan Syahirin yang masih duduk di tempatnya.
Dia hanya menunjuk pada pintu utama dewan itu. Ramai orang menyerbu keluar dari situ membuatkan Denial Fariz Adi faham maksudnya. Dia tidak mahu bersesak-sesak.
"B. Nanti kalau mak awak call and talk about ada orang yang hantar pinangan, awak terima ye," ucap Denial Fariz Adi sambil diambilnya tangan Bulan Syahirin dan digenggamnya.
Bulan Syahirin yang memang memandang wajahnya itu mula terkebil-kebil mata bundarnya itu kerana ucapan Denial Fariz.
Denial Fariz Adi melepaskan genggamannya dan berlalu naik ke atas pentas dan perlakuannya ditatap Bulan Syahirin yang masih kebingungan.
Denial Fariz Adi berdehem membetulkan suara sebelum mendekatkan mulutnya pada mikrofon di hadapannya yang telah pun dihidupkan. Orang yang masih ramai berada di dalam dewan teater yang masih lagi berbual memberi parhatian padanya.
"Tiada benda yang paling indah dalam dunia ini selain dirimu. Tiada perasaan yang paling indah dalam dunia ini selain menyayangi dirimu. Tiada kata yang paling indah dari menyebut namamu. Dan tiada perkara yang paling indah dari menjadikan dirimu milikku. Bulan Syahirin binti Ahmad Sharul. Sudikah awak menerima saya menjadi teman di sini dan juga di sana," ucap Denial Fariz Adi lancar dia bertutur madah dan secara lansung melamar Bulan Syahirin.
Semua yang mendengarnya bertepuk tangan dan bersorak bagi pihak Bulan Syahirin.
Bulan Syahirin sudah terpaku di tempatnya dan tanpa dia sangka, kepalanya mengangguk lambat membuatkan keadaan dewan yang tadi hampir senyap menjadi gamat semula.
"Denial Fariz Adi bin Hafiz Mukriz." Tangan yang dijabat itu terus erat digenggam oleh lelaki awal 70-an yang berada di hadapan matanya.
"Ye saya."
"Aku nikahkan dikau dengan Bulan Syahirin binti Ahmad Sharul dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Bulan Syahirin binti Ahmad Sharul dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai," lafaz Denial Fariz Adi lancar sekali nafas.
"Alhamdulillah," ucap mereka yang memerhati dengan senyuman.
Doa dibacakan dan diaminkan. Semua yang hadir yang menjadi saksi penyatuan itu turut berdoa untuk pasangan itu.
Denial Fariz Adi menolak perlahan pintu biliknya setelah memulas tombol pintu.
Matanya tertacap pada tubuh Bulan Syahirin yang berdiri di beranda sambil kepalanya dipanggungkan. Asyik sahaja sehingga tidak perasan kehadiran suaminya itu.
Kemas isterinya itu hanya menyarung baju baby T dan seluar pendek bercorak kartun. Rambutnya tersanggul rapi dengan penyucuk sanggul pemberiannya 3 bulan lalu.
Denial Fariz Adi berlalu ke almari dan mengambil baju t-shirt dan seluar untuk dipakai setelah mandi nanti. Disebabkan terlalu asyik, bunyi yang dihasilkan Denial Fariz Adi lansung tidak mengganggu pendengaran Bulan Syahirin.
Denial Fariz Adi berlalu untuk mandi. Dan setelah mandi, dilihatnya isterinya masih berdiri di beranda. Dia menyarung bajunya dan pergi mendekati isterinya itu
"Apa yang B duduk termenung tu?" tegur Denial Fariz Adi sambil merangkul tubuh itu jatuh ke pelukannya.
Bulan Syahirin hanya menunjuk pada bulan penuh pada dada langit dan tubuhnya disandarkan pada tubuh Denial Fariz Adi di belakangnya. Semenjak bersama Denial Fariz Adi, tubuh itu setia menjadi tempat dia berpaut dan bersandar.
"B."
"Hmm."
"B suka sangat tengok bulan penuh. Kalau diberi B pilihan, mana yang B pilih? Sayang atau bulan," tanya Denial Fariz Adi sambil dieratkan pelukannya kerana tubuh yang menyandar padanya itu hendak disokongnya supaya tidak jatuh.
"Tentulah B pilih sayang. Bulan sekadar cantik dipandang dan tidak mampu B sentuh. Bulan sekadar dapat menghibur hati tapi tak mampu mengubat lara. Bulan sekadar benda yang tidak bernyawa dan tidak mampu menerima cinta B. Tapi sayang, sayang dekat dan mampu menyokong setiap kelemahan B. Sayang dapat mengubat hati dan mengubat kesakitan perasaan B dengan cerita-certa sayang yang mampu buat B ketawa. Sayang sentiasa membalas cinta dan sayang B pada sayang. Betul kan?" duga Bulan Syahirin setelah menutur madah penuh makna pada suaminya itu.
Denial Fariz Adi mengangguk.
"Kalau sayang pergi dulu? B akan cari yang lain ke?"
"Sayang tanya soalan apa tu?" tanya Bulan Syahirin kembali sambil memalingkan kepalanya menatap wajah Denial Fariz Adi.
"Saja. Tak nak jawab ke?"
"B tak akan cari yang lain sebab B akan pergi sama-sama dengan sayang. Tak lewat sedetik, dan tak cepat sedetik sebab sedetik tu mampu membuatkan B rindukan sayang dan membuatkan B sakit ditinggalkan," jawab Bulan Sahirin lancar sambil membetulkan dirinya dan berpaling kemudian mendakap erat tubuh Denial Fariz Adi.
"Sayang," panggil Bulan Syahirin yang masih lagi hangat memeluk tubuh Denial Fariz Adi yang setia memeluknya itu.
"Hmm."
"Kalau B pergi dulu, say..."
"Sayang pun tak nak B tinggalkan sayang dan apa yang B mahukan, sama apa yang sayang mahukan. Sayang tak nak B sakit dan sayang tak nak sakit menanggung rindu," pintas Denial Fariz Adi lancar sambil dieratkan lagi pelukannya.
"Sayang," panggil Bulan Syahirin lagi.
"Hmm."
Tiba-tiba Bulan Syahirin menggeleng membatalkan niatnya untuk berbicara.
"B nak cakap apa? Nak berahsia dengan sayang?"
Sekali lagi Bulan Syahirin menggeleng.
"B kena ingat. Semua pada sayang, untuk melengkapkan B. Dan semua pada B, untuk melengkapkan sayang. Telinga sayang ada nak dengar apa yang B nak luahkan. Lengan dan tubuh sayang ada nak sokong B dan tempat untuk B berpaut. Kaki sayang ada nak bawa langkah B untuk pergi menyusuri jalan menuju bahagia. Mata sayang ada nak lihat segala keindahan yang B perlihatkan sama ada yang terserlah mahupun yang tersorok. Dan macam tulah juga B pada sayang. B masih lagi tak percaya ke?" tanya Denial Fariz Adi yang memang gemar sungguh menutur dan menyusun madah untuk diperdengarkan pada kekasih hatinya itu yang juga turut menggemari setiap pengucapannya dan ada kalanya akan membalasnya kembali.
Bulan Syahirin mengangguk perlahan.
"Dah malam. B tak nak tidur ke? Esok B ada class kan?" tanya Denial Fariz Adi setelah lama mereka menyepi dan meninggalkan diri mereka hanyut dengan perasaan di kesunyian malam di tepi beranda itu.
Bulan Syahirin mengangguk.
_________________________________________________
"Tu Ijal dengan Wana kan?" tanya Denial Fariz Adi sambil ditunjukkan pada dua orang yang asyik memilih sesuatu di balik rak barangan bayi.
Bulan Syahirin memandang dan tersenyum.
"Wana," panggil Bulan Syahirin sambil melambai. Disebabkan selepas tamat pengajian mereka terpaksa berpisah, mereka sudah lama tidak berjumpa.
5 tahun Bulan Syahirin mengikut Denial Fariz Adi menyambung pelajarannya dan menguruskan perniagaan keluarganya di kota London sebulan selepas menamatkan pelajarannya. Di sana, banyak perubahan hidup mereka lalui membuatkan mereka kuat untuk terus meniti jalan kehidupan bersama.
Sewaktu di pejabat, Bulan Syahirin menjadi setiausaha dan cinta Denial Fariz Adi dan di rumah, dia menjadi isteri dan setia menguruskan kelengkapan lelaki itu. Sebulan duduk di rantau orang, Bulan Syahirin menjalani pembedahan kerana ada penderma yang sesuai jantungnya untuk digantikan dengan jantungnya yang lemah itu dan bila-bila masa detakkannya mampu berhenti.
"Ulan Duyung?" tanya Azwana begitu teruja wanita yang membawa perut itu bersuara dengan cahaya kerinduan yang dipancarkan di balik tenungannya itu. Tidak banyak perubahan pada diri Bulan Syahirin dengan gayanya seperti dulu. Cuma pada Denial Fariz Adi sahaja yang kelihatannya semakin berisi walaupun masih jelas ketulan tubuh itu dan semakin bermakna riaknya.
Bulan Syahirin mengangguk dan mendakap tubuh rakannya itu tanda dia rindukan diri itu.
"Lamanya menghilang. Dah berapa sekarang?" tanya Haizal sambil menepuk belakang rakan bekas sekampusnya dulu. Makin matang wajah itu berbanding dahulu. Mungkin masa merubah semua itu.
"Tak ada rezeki lagi sampai sekarang. Kau?" tanya Denial Fariz Adi dengan senyuman.
"Dua masuk dalam perut ni. Tak ada lagi, tapi kenapa masuk kedai ni?" tanya Haizal setelah menjawab. Mereka saling bertukar berita.
"Nak belikan anak sedara barang," jawab Denial Fariz Adi.
"Korang dah makan? Kita pergi makan sambil berbual. Terlanjur dah jumpa ni kan," cadang Azwana begitu gembira wajah ibu itu.
Denial Fariz Adi dan Bulan Syahirin mengangguk serentak.
Mereka makan dan bertukar-tukar cerita sepanjang mereka tidak berjumpa itu. Apa yang terjadi, apa yang berlaku, pahit manisnya. Semuanya dikongsi.
"Nanti jangan lupa contact. Aku dah stay Malaysia sekarang ni. Tak ada lagi balik sana," beritahu Denial Fariz Adi sebelum mereka berpisah ke destinasi masing-masing.
"Yelah. Kau pun. Ada masa datanglah rumah aku," pelawa Haizal sambil menepuk lembut belakang rakannya yang sama tinggi dengannya itu.
"Ni Wana. Selalulah telifon Bulan ni. Kesian dia asyik rindu dekat kau. Seminggu, mesti ada sekali dia tanya aku, apa jadi pada kau sekarang ni," seloroh Denial Fariz Adi membuatkan Bulan Syahirin tersenyum malu.
"Insyaalah. Dah ada nombor ni. Korang parking kereta dekat mana?" tanya Azwana kembali.
"Underground parking. Kau?"
"Dekat luar. Oklah hati-hati," pesan Haizal sambil menjabat tangan rakannya itu sebelum mereka mengambil haluan masing-masing.
Dalam berjalan ke tempat letak kereta, pelukkan Denial Fariz Adi terhadap Bulan Syahirin semakin erat. Dia tidak tahu kenapa dia rasa semacam sahaja. Dadanya berdebar hebat entah kenapa.
Alarm ditekan dan berdecit bunyi keretanya yang tidak berapa langkah lagi dengan mereka. Seperti biasa, pintu kereta akan dibuka dulu untuk isterinya itu.
Selesai Bulan Syahirin masuk, dia berlalu ke tempat pemandu. Belum sempat tangannya membuka pintu kereta, koler bajunya dicekak dari belakang dengan kasarnya. Tubuhnya didorong kasar merapati keretanya.
"Apa ni?" bentak Denial Fariz Adi sambil meronta.
Kelihatan seorang lelaki berbadan tegap lalu di sisi keretanya sebelah bertentangan dan membuka pintu kereta tempat Bulan Syahirin dan menyeret tubuh kecil molek itu keluar dari kereta. Jeritan dari mulut isterinya itu membuatkan perasaannya rasa terdera.
"Korang nak apa ni hah?" jerit Denial Fariz Adi sambil meronta dan berpaling. Sempat dia berbalah tumbukan dengan lelaki di belakangnya itu.
Mana perginya security yang menjaga parking lot itu. Kenapa tiada orang hendak membantu mereka kala itu.
"Apa yang kau ada termasuk perempuan tu," jelas lelaki itu sambil menyasarkan tumbukannya pada perut Denial Fariz Adi membuatkan lelaki itu terjatuh melutut menahan penumbuk keras itu.
"Lepas. Sayang," jerit Bulan Syahirin membuatkan semangatnya kembali membuak dan meledak. Tawanya pecah merubah riak wajah musuhnya itu.
"Jangan kau impikan," jerkah Denial Fariz Adi sambil bangun dari posisinya tadi. Matanya membulat menentang pandangan lelaki itu.
"Nak melawan? Kau nampak ni?" tanya lelaki bertopeng itu sambil disuanya pisau belati yang diambilnya dari belakang seluarnya.
"Kau ingat aku takut ke?" tanya Denial Faris Adi sambil menggalakkan matanya.
Dalam Denial Fariz Adi melawan lelaki di hadapannya, Bulan Syahirin masih lagi meronta untuk melepaskan dirinya dari lelaki bertubuh besar yang memeluk kasar tubuhnya itu.
Galak matanya menikam anak mata lelaki itu dan tangannya spontan mencabut penyucuk sanggul yang setia di atas kepalanya itu untuk mepertahankan dirinya.
Ditusuknya kasar penyucuk sanggul itu membenam leher lelaki bertubuh besar itu dan ditariknya membuatkan darah merah menghambur dari situ.
Disebabkan kesakitan, pelukkan dileraikan dan tempat tusukan dipegangnya menahan darah dari terus mengalir. Pisau yang tersusup di belakang seluarnya dikeluarkan dan tanpa berfikir, pisau itu membenam perut Bulan Syahirin.
"B!" jerit Denial Fariz Adi lantang memecah suasana sunyi di situ. Lelaki yang tadi sudah rebah kerana perbalahan tadi ditendangnya sekali sebelum berlari mendapatkan Bulan Syahirin.
Lelaki yang bersama Bulan Syahirin sudah terduduk menyandar di dinding dengan baju putih yang dipakainya dibasahi darah merah pekat dan Bulan Syahirin sudah terbaring lemah dengan helaan berat nafasnya.
"B. Ya Allah," ucap Denial Fariz Adi sambil memeluk tubuh itu dan digenggamnya jari-jemari yang masih menggenggam penyucuk sanggulnya itu.
"Sayang. I’m sorry," ucap Bulan Syahirin tersekat-sekat.
"B. Please do..." Belum sempat Denial Fariz Adi menghabiskan perngucapannya, darah merah menyembur dari mulutnya. Dia berpaling kerana dia rasakan kesakitan pada belakang tubuhnya.
Tawa lelaki yang memegang pisau di tangannya dengan darah yang menyelimuti tangannya itu pecah berderai. Tangannya yang memegang leher tempat tusukan Bulan Syahirin tadi dilepaskan sebelum tubuh besar itu rebah menyembah lantai.
Denial Fariz Adi yang sudah lemah dengan belakangnya bermandikan darah itu rebah memeluk tubuh Bulan Syahirin.
"B?" tegur satu suara lemah menyapa gegendang telinga Bulan Syahirin membuatkan mata yang tadi tidak mahu dibuka, ditegarkan juga untuk mencelikkannya.
"Ulan," panggil suara Azwana menyapanya.
"Sayang," balas Bulan Syahirin kembali setelah matanya luas terbuka dan melihat wajah suaminya itu dihadapannya. Terasa hangat jari-jemarinya digenggam tangan kasar suaminya itu.
"Alhamdulillah kau dah sedar. Dua hari kau terlantar macam ni. Nasib baik Ijal jumpa kau dengan Deni dekat parking lot hari tu. Dia nak bagi barang kau yang kau dengan Deni beli untuk anak sedara kau tu. Sebab aku terbawa sekali dengan barang aku. Syukur kau selamat," jelas Azwana panjang lebar dia menerangkan kejadian itu pada Bulan Syahirin yang masih lemah hendak memproses semua kata-katanya itu.
Denial Fariz Adi hanya mampu mendengar cerita yang dia sudah dengar semalam itu dengan senyuman. Belum masanya dia hendak meninggalkan alam itu dan belum masanya dirinya itu hendak ditinggalkan Bulan Syahirin.
"Dahlah mama ni. Orang tu macam tu dia boleh membebel panjang lebar," tegur Haizal sambil mengusap belakang isterinya itu. Risau bercampur sedih dia melihat rakannya itu.
Azwana tersenyum kegembiraan.
"Jom mama kita balik. Dani dekat rumah tu kesian dia tunggu kita," ajak Haizal lagi sambil dipandangnya wajah tersenyum Denial Fariz Adi yang asyik memerhati wajah Bulan Syahirin. Kawannya itu dilihatnya tidak jemu melakukan perkara itu. Semenjak bertemu bidadari hatinya itu, sehingga menikahinya, dan sampai jejak 7 tahun perkahwinan mereka, dia masih lagi begitu mencintai Bulan Syahirin.
"Jom. Ulan, Deni. Kitorang balik dulu. Korang jangan risau, penjahat tu, sorang dah masuk penjara, sorang dah tak ada," seloroh Azwana masih lagi hendak berlawak.
Denial Fariz Adi mengangguk dan Bulan Syahirin tersenyum.
Mereka berdua berlalu meninggalkan bilik itu.
Denial Fariz Adi bangun dari kerusi dan melabuhkan punggungnya dikatil kemudian berbaring di sisi Bulan Syahirin. Tubuh itu didakapnya erat.
"Blah puteri sayang, Blah maharani sayang, Blah bidadari sayang. Tak ada orang lain boleh ganti tempat B di sisi sayang. Love you B," ucap Denial Fariz Adi sambil mendakap erat tubuh itu. Kesakitan sedikit yang menyucuk di belakangnya diabaikan. Kehangatan pelukkan Bulan Syahirin terhadapnya mampu melenyapkan kesakitan itu.
"Love you too sayang," ucap Bulan Syahirin dengan linangan air mata sambil dikuatkan tubuhnya untuk membalas pelukan suaminya itu. Kehangatan pelukan Denial Fariz Adi mampu menyokong dirinya.
"Percayalah. Sayang akan temani B walau apa pun keadaannya yang mungkin berlaku selepas ini," balas Denial Fariz Adi sambil dikucupnya lembut kepala Bulan Syahirin.
"Love you sayang." Sekali lagi dia mengucapkan kata-kata itu dihisi tangisannya.
Ku inginkan hidupku hanya ada dirimu Menghiasi hariku dengan senyumanmu Menghiasi malamku dengan kucupanmu Walau beribu tahun mendatang Pasti dirimu yang ku dambakan Walau ada kelahiran yang akan datang Hanya dirimu sahaja yang ku inginkan
Disebabkan jodoh kita bertemu Disebabkan takdir kita berpisah Walau jauh beribu batu Walau tinggi beribu darjat Jika kita dituliskan untuk bersama Kita akan tetap bersama
Disebabkan masa berlalu Kita tidak sedar kita sudah lama bertemu Disebabkan masa tidak menanti kita Kita tidak sedar kita ditinggalkan Jauh ke belakang dan Tidak mampu lagi mengejarnya
Kau dan aku Adakah kita ditakdirkan bersama Kerana ada sesuatu yang seakan Mengikat kita untuk terus bersama
Keadaan memisahkan kita Keadaan juga menyatukan kita Dalam hatiku ada kamu Dalam hatimu ada aku Itu juga penyebabnya
Kamu dihati dan diminda Kamu di sini dan di sana Kamu sahaja yang menghiasi hariku Kamu sahaja yang menghiasi malamku Hanya kamu
Di sini kita disatukan Dan ku mahukan ia kekal sehingga helaan nafas terakhir kita Kau dan aku Memang ditakdirkan dan kerana itu
Kita ditemukan Jika mungkin takdir kita sampai di sini Akan ku tunggu dikau di sana Jika mungkin takdir hendak memisahkan kita Akan ku nanti pertemuan yang akan datang
Yang aku mahu hanya kamu Yang aku damba hanya kamu Sesungguhnya Hanya kamu sahaja mampu Merawat semua kesakitanku Menghiasi wajahku dengan tawa mesramu
nak tanya pada penulis.... cite yang mula2 tu ....yang wal tu....... die cite pe,,,,yang ada bulan maharani tu... tentanag cite ni yahuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu,,,,,,,,,,best gilr hiiiiiiii
mula2 malas nk bace bab kanda dinda tu..hehehe bila dah terus bace...pehh besh pulak citer nie.... so sweet bila dpt cinta sejati kan... to writer,keep it up....
touching gler2,....smpi nges aq,lg2 ble bulan maharani sggup berkorban untuk suaminyer,...nceb bek b tak mati,...caring sgt suami b...bestnyer!!!!!,...cinta sejati btol,..
yg permulaan cite tu cite ape??kan dinda?? tapi .. best gak cite tu... kpd penulis tlong sambung ek..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
very touching......
idea yg menarik berunsurkan klasik
keep up the gud work
-nurani-