BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Ogos 28, 2009
Cerpen : Rundung Duka Di Tubir Hati
Nama Pena : Kyra Akira

Aku masih berteduh dibawah pohon ketapang ini sambil tanganku menari-nari menulis ayat diatas pasir laut itu. Usai menulis aku memadamnya dengan tapak tanganku, kemudian aku akan menulis lagi ayat yang sama. Aku melakukannya berulangkali entah untuk kali ke berapa tidak aku ketahui. Sudah dua jam aku disini, sesekali airmataku rebah ke lantai pipi. Aku biarkan ia kering disapa oleh lembut bayu laut. Terasa diriku kerdil dengan kuasa tuhan yang maha Esa. Aku terus mengeluh. Benarkah keputusan yang telah aku lakukan ini.

"Ya Allah, bantulah hambamu ini...." seraya aku mengangkat punggungku dan berlalu pergi.

--------------------------


"Busu yakin ke dengan keputusan busu ni?" soal emak tiba-tiba lantas melabuhkan duduknya disisiku. Aku diam membisu sambil mengemas bagasi-bagasiku. Tanganku terus cekal melipat semua baju-bajuku yang berselerak terpunggah itu.


"Busu dengar tak kata mak ni?" bicara emak lagi lantas memegang tanganku kedap ke pahanya. Aku masih menunduk. Titis-titis airmataku gugur jua ke bumi. Dan aku jua mendengar esak tangis ibu kandungku. Ku tarik nafas sedalam-dalamnya dan ku lepaskan perlahan.


"Mak, usahlah mak tanya lagi keputusan busu ni mak. Biarlah kali ni busu yang buat keputusan tentang arah tuju hidup busu. Selama ni busu ikut kata mak, kali ni biarlah busu ikut kata hati busu. Usahlah mak rayu-rayu busu lagi mak. Kemana pun busu pergi, busu tetap anak mak. Takkan busu lupa pada mak. Biarlah busu pergi ye mak." bicaraku agak panjang dalam nada memujuk sambil sesekali disampuk oleh seduku yang juga ingin menyumbang kata pada emak.


"Bukan mak risau kau lupa pada mak, busu, tapi macam mana pula dengan azlan. Dia masih kecil lagi busu. Kamu tu dah bagai mak kandungnya. Dari kecil dia hanya tahu kamu ibunya. Takkan kamu nak tinggalkan azlan begitu sahaja, setelah kamu raih dia. Dah tuh macam mana pula dengan Muhammad? Dia suami kamu, tegar kamu nak belakangkan suami dalam membuat keputusan kamu ni. Janganlah bertindak terlalu tergesa-gesa busu. Nanti makan diri. Mak sayangkan Busu, takkan busu sanggup tinggalkan kami. Busu tak sayangkan kami kah?" panjang bicara emak padaku. Lantas derai tangis dan sedu sedannya makin kuat. Aku peluk emak kuat. Hanya itu yang mampu ku lakukan. Kemudian aku seka derai airmata emak yang kian berkurang. Aku peluk semula tubuh tua ibuku itu. Bagai tidak mahu ku lepaskan lagi. Ikutkan kasihku pada tubuh tua yang ku peluk kemas ini, tidak sanggup aku pergi membawa diri jauh ke rantau orang, namun luka dan calaran di hati ini membuatkan aku tegar membawa diri.


"Huish tok mak dengan mama ni dok peluk-peluk. Kang tok mak dapat baby lagi kang. Janganlah peluk-peluk." Keletah mulut Azlan menghamburkan kata. Sambil dileraikan peluk kami anak beranak. Aku dan emak pantas ketawa. Jika tadi kami menangis menitis air mata kini ketawa kami pula menderaikan titis airmata. Bezanya tadi kami dirundung senandung duka kini kami diasak hiburan tawa.


Azlan berhimpit untuk duduk diatas pangkuanku. Kemudian Azlan meraih tengkukku dan memeluk ku kuat. Dalam hati aku masih tekad meninggalkan mereka semua. “Maafkan mama sayang. Biarkan mama ubati dahulu rundung duka di tubir hati mama ini," bisik hati kecilku. Seraya itu aku membalas pelukan si kecil ini. Emak hanya memandangku sayu.

--------------------------


Penat dadaku melayan si kecil ini. Ada sahaja yang ingin dibuatnya. Tidak betah melihat aku duduk bersenang lenang. Sebentar tadi mengajakku bermain upih, kemudian bermain sorok-sorok dan kini bermain police entry. Lelah diriku biarpun dahulu aku adalah juara lari pecut di sekolah namun zaman itu sudah lama berlalu. Lebih dari sedekad. Hanya mungkin mampu aku kenang dan aku ingati memori-memori lama.


“Azlan, mama dah tak larat dah kejar kamu. Penat dah kamu buat mama. Sudahlah berhenti nanti lain hari pula kita main lagi. Jomlah masuk dulu kita minum air yer," aku lantas memimpin tangan anak kecil ini. Mukanya monyok lantaran telah ku potong mood bermainnya.


"Mama, Lan nak main kat umah tok ibulah. Ada Daniel. Ada kawan Lan nak main. Main dengan mama tak bestlah. Mama asyik-asyik mengadu penat," Rungut Azlan dengan mulut mungilnya yang keletah itu. Aku hanya menganggukkan kepala tanda setuju. Jika dibantah, kerenahnya bakal menjadi-jadi. Anak mataku hanya memandang gerak langkahnya menuju rumah tok ibu yang juga merangkap ibu mertuaku. Disaat si kecil itu sudah melangkah masuk ke dalam rumah ibu mertuaku itu, aku melangkah lembab masuk kedalam rumah. Aku masuk ke dalam bilikku, ku tutup pintu kayu itu dan terus duduk di atas katil bersaiz King ini. Aku termenung seorang memandang dinding kosong.


Biarpun Azlan bukanlah anak kandungku namun Azlan sudah ku anggap bagai anak yang lahir dari rahimku. Aku tatang, aku dodoikan, aku yang besarkan. Cuma satu sahaja yang membuatkan aku terkilan, aku tidak mampu untuk memberi susu badan pada anak manja ini. Impian aku untuk bergelar ibu dengan proses sebenar-benar ibu tidak mampu aku lalui. Aku hanya mampu untuk menjadi ibu ekspres kepada Azlan. Anak kepada seorang lelaki yang bergelar suami. Lelaki yang sangat aku cintai tanpa ada sedikitpun rasa belah bagi.


Tanpa aku sedari ada tangan mendarat di atas bahuku, mengejutkan segala angan dan menungku. aku memandang ke bahu kananku. Aku dongak separa ke atas. “Muhammad," bisik hati kecilku. Aku lantas menolak tangan itu ke tepi. Ada radang yang muncul di dada jiwa. Ada marah bertandang di lubuk sanubari. Namun aku tetap menahan rasa. Aku pantas bangun untuk beredar. Kedua-dua lenganku di pegang kejap dan kemas. Langkahku terhenti di situ. Dadaku berombak kuat. Seribu satu perasaan menyelubungi. Aku diam membisu, aku memandang lantai kosong. Ku ketap bibirku kuat-kuat asal airmataku tidak turun dengan laju. Aku tidak mahu menunjukkan kalah pada lelaki di hadapanku ini.


"Sya tak mahu bincang dulu ke dengan abang dengan keputusan Sya tuh? Abang tak tahu apa nak jawab bila abah tanya abang if abang bagi kebenaran untuk Sya pergi? Abang baru balik outstation from London dua bulan, tiba-tiba dah jadi macam ni. Abang nak Sya terangkan kat abang segalanya. Abang tak mahu kita suami isteri nampak pincang depan orang ramai," tegas bicara Muhammad. Perlahan-lahan di lepas pegangan tangannya yang tadi kuat. Aku menggosok-gosok lengan tanganku yang terasa sengal di pegang begitu.


“Abang nak tipu orang ramai ke pasal kita ni konon tak pincang. Nak suruh Sya berlakon berapa lama lagi depan mak abah Sya, Ibu ayah abang? Bang, Sya rasa semua dah tahu hubungan kita ni memang pincang dari hari pertama kita dinikahkan. Abang sendiri tahu hakikatnya hubungan kita ni. Sudah tak ada persefahaman, sudah tak ada hala tujuan. Biarlah Sya bawak jauh diri Sya ini. Selama ni Sya dok fikir pasal semua orang. Sekarang Sya dah tak peduli. Sya nak orang pulak fikir pasal Sya. Apa kehendak Sya. Abang tak perlu ambil pusing tentang Sya. Lagipun dah lama Sya minta cerai dengan abang, tapi abang tegas tak mahu. Kalau abang still berdegil tak mahu ceraikan Sya, tak apa. Biarlah abang pegang je tali perkahwinan ni. Jangan ganggu kehidupan Sya je yang Sya minta. Abang uruskanlah sendiri semua perkara mulai saat ini. Sya takkan ubah pemikiran Sya. Sya dah jelaskan semua kat abang dalam emel sya tempoh hari. Rasanya abang tahu tahap kenekadan Sya kali ni. Kita bawa haluan masing-masing," ujarku geram bercampur berang, marah, kesal, kecewa dan segala macam rasa yang tak mampu ku gambarkan. Ku lihat Muhammad tertunduk dan terduduk lemah di kaki katil. Aku biarkan dia begitu. Aku terus berlalu keluar dari bilik itu. Serasa neraka di situ dengan kehadiran Muhammad. Aku keluar dengan setitik tekad dan cekal. Noktah nekadku.

----------------------------------------------------


Muhammad diam di dalam rumah banglo 3 tingkat yang dibeli untuk didiaminya dengan Nasya. Nasya tidak sempat untuk merasa tinggal di rumah ini lantaran Nasya sudah tidak lagi wujud di dunia ini tatkala di jemput tuhan sewaktu memberi ruang kehidupan buat Azlan. Lalu tempat itu diganti dengan kehadiran Syakirah Azila. Namun, dia masih menyayangi Nasya sepenuh hati. Cuma akhir-akhir ini dia baru mampu menerima hakikat bahawa Nasya sudah lama pergi meninggalkan dia dan Azlan di dunia ini. Dan sejak itu juga dia mula nampak akan kehadiran Syakirah Azila dalam hidupnya. Biarpun Syakirah Azila sudah lama dia sunting menjadi isterinya. Entah mengapa selama ini hatinya batu terhadap Syakirah Azila. Mungkin kerna Syakirah Azila itu merupakan adik sepupunya. Dia tidak dapat menerima hubungan mereka yang selama ini telah dia anggap sebagai abang dan adik itu.


Diraup mukanya kasar. Dia masih terpisat-pisat membaca emel kiriman Sya yang entah untuk ke berapa kalinya dibaca.


Salam abang, moga abang baik-baik sahaja berada di Kota London itu. Semua orang termasuk abah mak, ayah, ibu dan Azlan sihat-sihat sahaja. Jangan dirisaukan tentang mereka, Sya masih bernyawa untuk menjaga mereka semua. Oh ya, Kak erna kirim salam. Dia ada datang ke rumah pagi tadi untuk menjenguk ayah dan ibu.


Abang, biarlah Sya berterus terang dengan abang atas gerangan apakah datangnya emel ini ke hadapan abang. Sya tekad kali ini abang, Sya tekad mahu abang meninggalkan Sya, atau jika abang tidak mahu, biarlah Sya sahaja yang meninggalkan abang. Hubungan kita ini tidak ada nampak lagi relevannya. Cukuplah Sya terseksa untuk 6 tahun ini. Biarkanlah Sya hidup tidak tertambat lagi. Apalah gunanya Sya ada disisi abang andai abang tak pernah langsung nampak kehadiran Sya disini. Sya ingin teruskan impian Sya yang telah Sya lupakan setelah Sya menjadi isteri dan seterusnya ibu ekspres kepada anak abang.


Untuk pengetahuan abang, Sya telah mendapat kenaikan pangkat di pejabat namun Sya harus terlebih dahulu menyambung pengajian Sya ke peringkat seterusnya jika Sya ingin menerima tampuk jawatan itu dan untuk pengetahuan abang telah pun Sya terima. Sya bakal menyambung pengajian Sya di Australia. Janganlah bimbang, segala pembiayaan Sya telah diuruskan oleh syarikat tempat Sya bekerja. Cuma Sya harap kali ni, abang lepaskan Sya secara baik. Jika abang masih mahu menyimpan tali perkahwinan ini, Sya benarkan namun jangan dihalang kehendak Sya. Itu sahaja.


Sya harap abang boleh pertimbangkan dengan sebaik-baiknya. Sya bukanlah wanita yang boleh terus bersabar lagi. Biarlah orang di sekeliling ingin membenci Sya hatta keluarga abang waima keluarga Sya sekalipun. Sya dah tak sanggup lagi nak hidup dengan abang. Izinkanlah diri Sya dilepas pergi janganlah tambat Sya lagi.


Disini Sya minta ampun banyak-banyak andai Sya banyak melukakan hati abang. Sya tak mampu untuk menipu diri lagi. Sungguh,hati ini, diri ini, batin ini sudah cukup terseksa. Sya rayu abang, untuk kesekian kalinya benarkanlah Sya pergi.


Sekian,


Yang benar,

Syakirah Azila binti Idham


Muhammad meraup lagi mukanya dengan tangan lelakinya yang kasar. Dia yakin insiden di atas ranjang tempoh hari itu yang telah menyumbang parah yang lebih memburukkan keadaan yang sudah sedia buruk itu. Masih terbayang segar di benaknya. Disaat dia sedang leka mencumbui pipi, bibir merah, leher Sya dengan ghairah sambil tangannya meraba-raba tangan serta dada gebu itu. Mulutnya ringan menyebut "Nasya, Abang cintakan Nasya. Abang sayangkan Nasya sepenuh hati abang," dalam nafasnya yang semakin memberat di bawa arus nafsu. Sepantas itu juga badannya di tolak ke tepi. Dia seakan baru sedar ke atas apa yang telah dia ucapkan. Dia melihat wajah manis putih merah yang mulus itu telah menghamburkan juraian airmata yang begitu deras mengalir.


“Ini Sya, ini bukan Nasya isteri abang yang dah lama mati itu. Kenapalah abang tak boleh terima hakikat yang ada di sisi abang sekarang ini Sya bang, Sya!! Isteri abang Nasya tu dah lama mati. M.A.T.I. Mati bang!" Sya bercakap separa menjerit. Satu tamparan hinggap di pipinya. Bibir merah itu kelihatan sangat merah dengan lelehan darah. Muhammad sendiri terpana dengan tingkahnya yang laju itu. Lantas dia mendekati Sya dengan lembut namun dirinya di tolak ketepi. Dada bidangnya di tumbuk bertalu-talu oleh Sya. Dia membiarkan sahaja. Sya dengan lajunya bangun dan memasuki bilik air. Di hempas pintu bilik air itu dan terus meraung di situ.


Muhammad masih teringat insiden itu. Bukan sekali di buatnya malahan sudah lebih lima kali. Tiap kali dia ingin bersama dengan Syakirah Azila, wajah Nasya juga yang muncul di benaknya. Dia tidak tahu mengapa boleh jadi begitu. Dia mengeluh sambil tangannya mengelus rambutnya yang hitam lebat itu. Perkahwinannya bersama Syakirah Azila itu berjalan tanpa kehendaknya. Perkahwinan mereka diaturkan oleh kedua ibubapanya dan kedua ibubapa Syakirah Azila. Dia telah pun cuba untuk menolak, namun setiap kali dia membicarakannya, ayahnya, Ahmad akan melenting, ibunya, Samsiah, akan mogok bisu dengannya. Malahan kali terakhir dia memberontak untuk menolak, ibu dan ayahnya langsung mengamuk dan mengatakan bahawa jika perkahwinan ini ditolak, maka, dia dianggap tidak pernah wujud dalam kamus hidup kedua orang tuanya itu. Dia pasrah, tersepit di antara dua. Di antara Nasya, isteri yang dinikahi secara diam-diam itu atau kedua ibu bapanya yang telah membesarkan dia. Lantas, disuarakan keadaannya kepada Nasya. Pada mulanya Nasya seperti tidak merelakan. Namun akhirnya dia menerima takdir bahawa dia akan dimadukan. Satu ayat yang takkan Muhammad lupakan keluar daripada bibir Nasya.


"Abang, Nasya tak mahu kita sama-sama tak ada mak ayah. Sudahlah Nasya ni anak yatim piatu, takkan Nasya nak tengok abang jadi anak yatim piatu gara-gara Nasya. Nasya tau orang tua abang tak berkenan akan Nasya, dan Nasya masih beruntung abang masih memilih Nasya dan membelakangkan kedua orang tua abang dengan menikahi Nasya secara diam-diam. Jadi kali ini abang pilihlah kedua orang tua abang. Nasya rela dimadukan asalkan abang jangan persiakan hidup Nasya dan anak yang sedang tunggu masa untuk menjengah ke dunia ini bang. Jika ini abang panggil pengorbanan, maka Nasya telah pun melakukan pengorbanan untuk abang. Abang pula lakukan pengorbanan untuk orang tua abang. Sampai bila harus kita bersembunyi sebegini tanpa pengetahuan keluarga abang, Nasya tak tahu. Namun, Nasya gembira abang sudi ambil anak yatim piatu ni sebagai isteri abang yang sah. Nasya doakan moga kita tabah lalui dugaan getir ni bang," ayat itulah yang sering menghantui dirinya tatkala dia ingin sekali menyentuh Syakirah Azila. Teringat akan pengorbanan Nasya melahirkan zuriatnya, dia jadi tidak mahu menyentuhi Syakirah. Dia takut melukakan Nasya biarpun Nasya sudah tidak wujud di dunia ini. Namun jauh di sudut hati, bahawa Syakirah Azila juga telah melakukan pengorbanan yang besar dalam menerima Azlan, anaknya bersama Nasya. Malah Azlan telah diraih elok oleh Syakirah Azila. Tidak pernah dia lihat Syakirah Azila meletakkan tangan ke atas anaknya hatta sekalipun jentik. Sayangnya, segala itu hanya dia sedari sekarang, dalam keadaan yang sudah terlalu jauh untuk dia perbetulkan.

----------------------------------------------------


"Sya jauh termenung aku tengok kau. Baru aku tinggalkan kau 5 minit untuk beli kacang, kau dah mengelamun besar. Apa kes nih my friend? Tell me lah...." tutur Sabrina rakan karibku sejak dari sekolah rendah. Dia lalu menghulurkan aku kacang kuda yang baru dibelinya di gerai tepi jalan itu. Sya hanya menggelengkan kepala. Dia hanya memandang jauh ke tengah laut. Dalam hatinya sedang memikirkan tentang keputusannya untuk terbang ke benua lain. "Adakah benar keputusanku," getus hati kecilnya.


"Hey, I’m talking to you. Why you keep yourself silent? Is there any problem?" ulang Sabrina bertanya sambil mulutnya tidak berhenti mengunyah. Maklumlah mak buyung, semuanya pun mengidam. Kacang kuda pun jadi.


“Sabby, what do you think if you’re still virgin after 6 years of marriage?" ujarku perlahan namun aku rasakan cukup untuk didengari oleh Sabrina.


Sabrina melopong. Kacang kuda ditangannya rebah di atas tanah pasir laut. Terkejut dengan tindakan Sabrina, Syakirah Azila pantas menekup mulutnya.


“Amboi, kalau pun kau ni terkejut tak payahlah sampai melopong besar begitu. Masuk dek langau baru kau tahu," lantas kedua mereka pecah tawa. Syakirah menekan-nekan perutnya yang sakit akibat ketawa yang berlebihan.


"Sya, what do you mean by your statement just now? I don’t understand. Bukankah selama ni perkahwinan kau dan Muhammad a.k.a lelaki pujaan kau dari kecik tuh bahagia je aku tengok. Ada anak angkat pun even kau beritahu aku dulu yang kau tak boleh mengandung," mata Sabrina berkerut. Kening lebatnya bersambung antara satu sama lain. Syakirah Azila yang memandang sekali lagi pecah perut. Sehinggalah kawannya itu berdiri dan bercekak pinggang, dia diam.


“Hey, I’m serious ok!" garang bicara Sabrina.


“OK! OK!" Syakirah Azila membetulkan duduk dan merapikan penampilannya semula. Sabrina masih memandang tanpa jemu.


"Sabby, everything that i told you was a lie. It was a lie," Sabrina terkejut. Dia memandang sekali lagi ke muka Syakirah Azila dengan penuh dalam. Syakirah memahami akan pandangan penuh makna yang mengharapkan dia terus berkata.


"Sabby, my marriage and Abang Muhammad was not like what i’ve mentioned to you before. It far more worst than what you could’ve imagine. Its not hell but inferno. Worst than hell."


“What have he done to you? Did he beat you? Did he sexually harassed you? Or what? Tell me fast" Sabrina menggoncang badanku laju. Mengharapkan reaksi daripadaku. Airmataku laju turun ke pipi.


“I rela dia sexually harassed I dari langsung tak sentuh I, as I mentioned before, I’m still virgin ok Sabby?"


“Ok keep on continue Sya,"


“Our marriage was planned by our respective family and I believed you already knew that but what am I going to tell you are gonna shock you,"


“Ok, Fast Sya, Fast!!" Sabrina bersuara separa menjerit. Sabrina kini bagai tidak boleh duduk diam dengan kenyataan panas Syakirah Azila itu.


“Waktu malam pertama kami, dia tak sentuh aku pon coz aku dah beritahu dia aku datang bulan so aku yakin maybe sebab tuhla dia tak sentuh aku untuk seminggu tuh. Tapi betul-betul cukup seminggu kami kahwin tiba-tiba dia kata kat aku dia ada kerja kena outstation, so aku pun fahamlah coz kami memang tak cuti lama tambahan aku yang baru je bertugas time tuh, so takkanlah nak cuti lama kan. Dia beritahu aku yang dia nak kene pergi outstation ke Penang untuk sebulan. As a newlywed couple, what to expect? I totally believe in him. Tak sampai 2 minggu dia kat sana, aku pulak yang nak kena pegi outstation ke Penang untuk tengok site for biological research development. Aku hairan juga coz untuk 3 hari aku kat sana dok asyik call-call dia, tak dapat-dapat. Pelik aku tapi aku buat don’t know jelah. Sampailah satu hari tuh aku pergi shopping kat Chao Rasta, ingatkan nak belilah jeruk sikit tuk bawa balik rumah. Time tuh aku pulak dok pegang handphone call dia tak dapat-dapat so entah macam mana aku terlanggar satu lelaki ni. Handphone aku jatuh, so dia cepat-cepat kutip handphone tuh bagi kat aku. Sekali mata bertentang mata, rupanya abang Muhammad aku. Tiba-tiba ada satu perempuan siap pakai baju mengandung datang sauk lengan dia and cakap ’Jom bang, Nasya dah laparlah’. Aku terkelu and kaku kat situ. Bila aku sedar je dia dah hilang. Lepas kejadian tuh aku jadi tak lalu makan, tak lalu tidur, asyiklah menangis. Sampai dia balik sini, dia ajak aku bincang face to face. Dia terus terang kata kat aku yang dia dah kahwin dengan perempuan tuh setahun lepas. Bila aku tanya kenapa dia terima nak kahwin dengan aku, dia kata dia terpaksa. Dan dia jujur katakan kat aku yang dia langsung tak ada sebarang perasaan terhadap aku. Can you imagine that. Aku sejak tuh menangis je. Remuk redam hati aku. Sampai kurus macam ni. Kau bukan tak tahu aku stady kat UMS Sabah dulu gemuk gedempul asyik makan seafood jer. Even time kahwin tuh pon aku masih gemuk. Tengok sekarang kering kontang. Dulu baju dalam cup C sekarang cup B dah. Makan hati my friend,"


“Oh my god…, I can’t belive this Sya. So all this while you were,"


“Yup, I was lying to you" aku menyambung katanya yang telah ku pintas.


“Then how about Azlan?" tanya Sabrina lagi.


“Azlan is his son with Nasya. Nasya died quickly after giving birth to Azlan. Dia tumpah darah. Bila abang Muhammad bawa je Azlan balik rumah ibu ayah dia. Bertalu-talu soalan keluarga dia bagi. Yalah waktu tuh aku baru 2 bulan kahwin dengan abang Muhammad. Teruk abang Muhammad kene belasah dengan abang-abang and ayah dia. Ibu mertua aku terus masuk hospital darah tinggi coz dapat tahu yang selama ni abang Muhammad dah kahwin dengan Nasya and dapat anak. Tak sangka yang abang Muhammad akan kahwin juga dengan Nasya. Ibu and ayah abang Muhammad malu gila dengan parents aku sampai datang menyembah minta ampun anak mereka buat macam tuh kat aku. Mak abah aku nak cakap apa, benda dah jadi. Tambahan ibu dia and mak aku adik beradik. Aku diam je. Time kalut-kalut kena belasah tuh aku yang selamatkan budak tuh. Aku jaga azlan tuh seminggu yang abang Muhammad sakit kena belasah. Lepas tuh untuk tutup malu keluarga kami, mak abah aku suruh aku tipu cakap yang azlan ni anak angkat aku. Suruh tipu orang cakap yang aku susah mengandung. So, mana tahu kalau bela anak orang nanti rezeki aku murah, dapat aku mengandung. Jadi sejak tuh kat semua orang aku tipu. Sakit dijiwa aku ni hanya Allah je yang tahu Sabby. Sampai satu ketika aku rasa kesakitan tuh dah jadi macam gula. Manis untuk di ambil. Hidup single atau married sama je bagi aku takde beza. Sabby, kau rasa betul ke keputusan aku minta cerai ni? Aku dah tak sangguplah Sabby. Selama ni duka aku, aku tanggung seorang. Sedihnya aku Sabby," airmata aku seka dengan blazer uniform kerjaku.


"Sya, jadi takkanlah selama ni dia tak pernah pegang kau pun langsung?" tanya Sabby ragu-ragu.


"Dia pernah cuba pegang aku. Baru je nak mula, dah berhenti. Asyik-asyik teringatkan arwah isteri dia yang dah meninggal tuh. Aku pun malas dah. Aku pun dah tak ada nafsu langsung dengan abang Muhammad. Cuma aku sedikit takut nak tinggalkan Azlan. Yalah, dia pun bukannya tahu apa-apa. Selama ni aku yang bela dia, jaga dia. Yang dia tahu, akulah mama dia. Namun kadang-kadang tercuit hati aku, kalaulah aku ni betul-betul mama kandung Azlan. Aku rasa bahagia gila. Kau untung Sabby,"

Aku mengembalikan pandanganku jauh ke tengah laut.


"Sya, tak patut dia buat macam tuh kat kau kan. Dia tak tahu ke kau selama hidup ni memang sangat-sangat mencintai dia? Semenjak kau kecil sampai kau dewasa?" tanya Sabrina lagi sambil tangannya mengusap-usap perutnya yang memboyot.


"Nope he don’t know and I wish that he will never know. Let keep them as a secret between you and I. Kalau dia tahu pun apa gunanya? Biarlah dia hidup di sebalik memori-memori indah yang dia cipta bersama arwah isterinya. And yang penting sekarang, kawan aku ni tengah bahagia nak sambut orang baru ni," ujarku menghabiskan kisah hidup yang terlalu pahit untuk di telan.


“Eh, kita sedang bercakap pasal dia. Dia tukar topik pulak," muncung mulut Sabrina yang terkenal dengan panggilan mulut itik di sekolah dahulu.


“Eleh, kalo tak happy takkan terjergul bulat perut kau tuh? Betul tak??" seraya aku mengangkat kening.

Kemudian kami sama-sama ketawa. Sabrina kemudian memeluk erat bahuku. Cuba memberi semangat baru untukku mulakan hidup jauh di tanah orang lagi sebulan.

----------------------------------------------------


Muhammad mencari-cari raket tennisnya. Tidak silap dahulu dia meletakkannya di dalam almari ini tapi ke mana pula perginya? Berpeluh-peluh dia mencarinya.

"Bibik, oh bibik!" kuat Muhammad memanggil. Segera mungkin seorang wanita berusia lingkungan 40-an berkain baitk atang menghampiri.


“Ya pak. Ada apa pak?" ujar pembantu rumah banglo 3 tingkat itu.


"Bibik ada nampak tak raket tennis saya yang saya simpan dahulu dalam almari ni?" soal Muhammad sambil menggaru-garu kepalanya gatal akibat berpeluh.


"Oh ya, bibik ingat bapak. Non ada simpan di bilik setor tingkat bawah sekali tuh. Bapak mahu bibik carikan ka?"


Muhammad menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu. Dia sendiri ingin mencari raket tennis kesukaannya itu. Bibik berlalu pergi meninggalkan Muhammad sendirian untuk melakukan tugasnya yang tergendala sebentar tadi. Muhammad laju turun ke tingkat bawah tanah untuk mencari raket tennisnya. Sewaktu mencari raket itu kakinya tertendang sebuah kotak sederhana besar lantas jatuh. Isi kotak itu terpunggah keluar. Dia cuba mengutip semula buku-buku yang nyata berhabuk dan terbuka isi-isinya.


"Diari," getus hati kecilnya setelah di belek-belek isi buku tersebut. Terniat di hati kecilnya untuk merempuh tembok privasi pemilik diari itu. Di lihat tarikhnya.


27 Disember 2008 11.45pm


Hari ini genap 5 tahun ulangtahun perkahwinanku bersama abang Muhammad. Namun hanya aku seorang sahaja yang mengingatinya. Sayang, jika hanya bertepuk sebelah tangan masakan akan berbunyi. Lara hati ini bilakah akan berakhir? Jika ku turut rasa hati ingin ku tinggalkan sebuah keluarga yang hanya termetrai dek kerana sebuah ikatan suami isteri yang hanya terletak di atas ijab dan kabul yang tak rela oleh seorang lelaki. Namun tegarkah aku meninggalkan manusia yang paling aku cintai ini? Ya Allah bantulah aku dan jangan biar aku rebah.


2 Januari 2009 1.45 am


Hari ni aku gembira sekali yang tak terhingga. Bagai pucuk di cita ulam mendatang. Keluargaku bagaikan lengkap sekali. Di saat aku ingin melintas jalan, abang Muhammad seraya memegang tanganku dan mendukung si kecil Azlan. Kami berdua di pimpin sehingga ke seberang jalan. Indahnya waktu itu hanya tuhan yang tahu. Ingin sahaja ku hentikan masa yang begitu mencemburui aku. Sampai di seberang jalan, tanganku di lepaskan. Abang Muhammad jalan laju ke hadapan. Meninggalkan aku termanggu berjalan seorang diri. Di kala ini aku sedar, aku hanya memadu kasih pada anganku yang tak sudah. Realiti sebenar? Aku adalah boneka halimunan yang duduk seperti parasit di sisi Abang Muhammad. Oh tidak!!!


7 April 2009 3.42 am


Di kala ini aku menangis keseorangan lagi. Abang Muhammad bermimpikan Nasya. Tidur malamnya kali ini hanya menyebut nama keramat itu. ’Nasya, Nasya dan Nasya.’ Beruntung sungguh manusia di sebalik nama Nasya ini. Biarpun ajal telah menjemput namun masih diingati oleh seorang lelaki yang bergelar suami. Indah bukan hidup sebagai insan bernama Nasya. Biarpun telah menghadap Ilahi, namun aku masih belum dapat menawan hati lelaki itu yang juga suamiku. Jadi mengapa masih lagi mahu menenggek di sisi orang yang tak sudi? Ah pedulikan. Aku sayangkan Azlan. Aku masih bertahan kerana Azlan. Biarpun si kecil itu lahir sebagai benih cinta antara Abang Muhammad dan Nasya. Tidak apalah jika tidak dapat memiliki hati lelaki itu. Sekurang-kurangnya kasih dari Azlan kepadaku jua tertumpah dari darah Abang Muhammad. Kan....


25 jun 2009 3.00 am


Abang Muhammad masih lagi belum pulang di kelewatan malam ini. Sudah 5 tahun kami hidup berumah tangga, namun dia tidak pernah ambil tahu pun akan tarikh lahirku yang jatuh pada tarikh keramat ini. Sedih dan sungguh sedih. Inikah nilai sebuah pengorbanan abang Muhammad lantaran terpaksa mengahwini aku dan inikah nilai seksaannya padaku atas kerelaan aku menjadi mangsa pengorbanannya? Aku tidak tahu. Asalkan dia masih mampu memberikan senyuman, mengucup dahiku setiap pagi sebelum ke tempat kerja dah cukup membahagiakan aku. Oppss!!! Kini aku dah berusia 28 tahun. Tidak berguna semua ovum-ovumku yang menunggu untuk di senyawakan. Jika di darab 12 dengan 5, sudah 60 kali ovumku dibiar layu tidak berguna untuk dicambahkan menjadi sebuah nyawa. Untung bukan Nasya? Dia dapat menggunakan ovumnya sebaik mungkin untuk membina sebuah nyawa bernama Azlan hasil perkongsian hidup bersama abang Muhammad yang hanya setahun jika dibandingkan aku yang sudah melalui 5 tahun ranjau perkahwinan bersama abang Muhammad. Indahnya jika aku di tempat Nasya.


31 Ogos 2009 4.08 am


Jika tarikh ini negara ini merdeka, maka ini pula tarikhnya aku gagal memerdekakan diriku dari masih menjadi seorang ’gadis’. Disaat abang Muhammad mula mencium pipiku, bibirku, leherku, tangannya melingkari dada montokku, pinggang rampingku. Aku tewas di sebalik nafsu halal ciptaan Allah. Namun ia gagal meruntuhkan benteng kegadisanku yang masih aku pertahankan setelah 5 tahun usia perkahwinan. Ini semua akibat Nasya. Mengapa kau mengganggu aku di saat aku enak dibuai nikmat indah? Nasya mengapa kau masih menjadi duri dalam setiap detik dunia perkahwinanku? Maafkan aku abang Muhammad jika aku melewati batasku dengan menjerit terhadapmu akan kewujudan Nasya. Namun aku terkelu dengan tamparan lelakimu keatas pipiku. Bukan tamparan itu yang aku sedihkan. Aku memang wajar ditampar atas kelancanganku. Namun aku kecewa kerna aku masih berada disisimu biarpun bayang-bayang Nasya begitu kuat menyelubungimu. Aku bodoh. Ya, aku memang bodoh!


7 September 2009 12.30 am


Tadi siang kami sekeluarga menghantar abang Muhammad ke KLIA untuk penerbangannya ke Kota London. Abang Muhammad outstation untuk 2 bulan kali ini. Sayu. Aku pasti akan merindui suamiku itu. Lelaki yang telah bertakhta di dalam hati ini sejak ku kecil lagi. Namun aku pelik. Mengapa dahulu sewaktu aku menunaikan solat istikharah untuk melihat jodohku dengan siapa dan yang timbul muka itu. Muka abang Muhammad. Nescaya hilang raguku. Kini, aku dihimpit segala sendu. Mengapa ditemukan jodohku dengan abang Muhammad jika ianya hanya membawa rundung duka yang terbit di tubir hati? Arghh... jahanam itu semua. Hah! Baru ku teringat. Aku dikhabarkan untuk naik pangkat oleh superior aku. Tapi dengan syarat aku harus menyambung pengajianku selama 2 tahun di Australia sebelum aku memegang jawatan itu. Aku harus memberi jawapan selewat-lewatnya hujung minggu. Haruskah aku terima atau menolaknya. Aku dalam dilema.


10 September 2009 3.30 am


Aku baru selesai menunaikan solat hajat dan tahajud. Aku meminta kekuatan agar aku dapat meneruskan tekadku kali ini untuk meninggalkan abang Muhammad dan Azlan. Biarlah mereka bahagia tanpa aku. Aku rela. Emel ke hadapan abang Muhammad juga telah ku beri. Entah kali ini untuk ke sekian kalinya aku meminta cerai. Cerai sudah selalu ku pinta dari abang Muhammad sejak akhir tahun lalu. Namun abang Muhammad diam membisu. Entah kenapa dia masih begitu? Aku tak faham. Jika aku tidak diingini buat apa disimpan aku? Boleh buat budu ke? Hurm diari... aku tekad. Hari ini adalah hari terakhir aku menulis disini. Aku tidak betah untuk melayani rundung yang terbit di tubir hati. Aku ingin memulakan hidup baru di tanah orang. Aku yakin ada sinar di tanah itu.


Muhammad menutup diari itu. Airmatanya bercucuran jatuh. Di peluk kemas diari itu di dadanya.


"Ya Allah, aku terlalu kejam. Aku kejam dalam menerima anugerah yang telah kau kurniakan untuk aku. Aku telah mempersiakan hidupnya. Maafkan aku..." Muhammad terkulai layu diatas lantai penuh habuk itu. Mampukah dia menghalang pemergian Syakirah Azila yang bakal berlepas esok.

----------------------------------


Syakirah Azila masih di luar pintu berlepas. Azlan memegang erat tangannya. Sesekali airmata naluri ibunya tumpah. Namun pantas di seka. Tidak mahu menampakkan kelemahannya sebagai seorang wanita.


"Mama, sampai hati mama nak tinggalkan Lan sorang-sorang. Mama dah tak sayangkan Lan lagi kah?" ujar si kecil sayu. Syakirah lantas mendokong Azlan. Dia memeluk anak kecil itu. Sendu tangisannya kuat kedengaran. Di lihat papan jadual. Sudah tiba waktu untuk dia masuk. Dia melepaskan Azlan yang nyata kuat merangkulnya. Dia kuat meleraikan pelukan itu. Lantas satu persatu tangan diciumnya. Tangan abah, mak, ibu, ayah, kak long, kak erna, abang Mahmud, abang Musa, abang Muzaffar, abang Mahathir, ipar-iparnya. Dia lalu cuba berjalan dengan pantas mendengar sedu sedan seluruh keluarganya.


Dalam pada itu sempat dia cuba mencari kelibat abang Muhammad. Suami yang sangat-sangat dia cintai. Namun hampa. Wajah itu tidak kunjung tiba. Dia melangkah laju sebelum dia bertukar fikiran. Raungan Azlan jelas kedengaran. Di saat sibuk melangkah. Dia terdengar satu suara yang sangat-sangat dia kenali. "Abang muhammad," getus sanubarinya. Syakirah Azila berpaling menghadap lelaki itu. Tangannya laju mencapai tangan lelaki itu. Dikucup kemas tangan itu lama lantas dia ingin terus pergi. Namun badannya tersentak dan terdorong ke arah badan abang Muhammad. Dada gebunya bertemu dengan dada bidang itu. Satu rangkulan yang sangat erat di badannya. Seluruh wajahnya dicium bertubi-tubi. Kemudian pelukan kemas itu di lepaskan.


"Abang relakan Sya pergi mengejar cita-cita Sya asal Sya tahu mnjaga diri Sya. Abang akan jaga Azlan dengan baik-baik seperti mana Sya jaga Azlan. Pulanglah cepat kerana abang tidak akan sekali-kali melepaskan Sya sebagai isteri abang yang sah. Abang akan tunggu Sya pulang ke pangkuan abang," lantas diambil tanganku. Sebuah kotak kecil beralih tangan.


“Sya carilah jawapannya disini. Abang doakan Sya berjaya. Doa abang senantiasa bersama Sya," senyumnya manis kepadaku. Ku lihat di tubir matanya berkaca. Aku juga tersenyum. Aku pantas mengorak semula langkah. Sebelum semua hilang dari pandangan. Ku hadiahkan sebuah lambaian tanda perpisahan.

----------------------------------------

Di dalam penerbangan, ku buka balutan kotak itu sebaik-baiknya. Inilah hadiah pertamaku selepas 5 tahun lebih perkahwinan kami. Ku lihat sebuah rantai emas bertakhta berlian dan disamping iu sebuah surat berwarna biru laut untukku. Ku tatap juga sebuah gambar perkahwinan antara aku dan abang Muhammad yang diselitkan sekali. Cantik gambar itu. Aku mengukir senyum sendiri.


Assalammualaikum,

Ke hadapan isteriku yang mithali, Syakirah Azila Bt Idham. Sesungguhnya abang sungguh bodoh dalam mencari cinta yang sesungguhnya telah pun lama hadir di hadapan mata. Abang bodoh tidak dapat menilai cinta suci Sya terhadap abang. Sya, abang minta maaf di atas kerakusan abang menjadikan Sya sebagai mangsa terhadap kehilangan Nasya.


Benar, tempat Nasya tidak ada galang gantinya. Dia menggantikan nyawanya untuk Azlan melihat dunia ini. Namun tempat Sya juga tiada galang gantinya. Sya wanita yang hebat. Sya sanggup menjadi lilin membakar diri untuk menerangi orang sekeliling. Sesungguhnya abang tidak mampu membayar segala nilai pengorbanan Sya tatkala Sya dicemuh kerna tidak dapat melahirkan zuriat abang sedangkan abang yang telah mensia-siakan lebih 60 ovum sihat sya untuk dicambahkan sebagai zuriat abang. Sungguh abang menyesal kerna tidak menghargai Sya sebelum ini.


Maafkan abang Sya. Andai kata masih terbuka pintu hati Sya untuk menerima abang, abang akan menunggu Sya. Abang akan pastikan kali ini ovum Sya tidak akan abang persiakan dan mahkota kegadisan Sya yang patutnya abang renggut dahulu pasti akan abang rungkaikan kali ini. Marilah kita bersama membina semula keluarga kita yang pincang ini. Abang cinta akan Sya. Sungguh, namun ego lelaki abang menidakkan. Bila perasaan ini wujud, abang tidak tahu. Namun ia wujud untuk Sya. Sesungguhnya doa Sya dalam istikharah untuk jodoh Sya, Sya ketemukan setelah hampir 6 tahun berumah tangga. Maafkan abang lambat sedar.


Sekian.

(Jagalah dirimu sayang, sesungguhnya kini dirimu adalah berlian dan permata hidupku)

Muhammad Bin Ahmad.


Di lekapkan surat itu ke dadanya. Dalam hatinya dia bersyukur ke hadrat ilahi kerna rundung duka di tubir hati di ganti sinar baru yang pasti berkilau di sudut sanubari. Dia ketawa sendiri. Pasti Muhammad telah membaca diarinya. Malu terbit di tubir hati. Muka merona merah menahan malu.


"Terima kasih kerana sudi menerima diri ini," ujar Syakirah Azila di dalam hati. Tekadnya untuk berjaya dan pulang sepantas mungkin adalah pasti.

---------------------------

Maaf, saya orang baru belajar dalam menulis cerpen ini. Ampunkan saya ya. Saya harap anda terhibur dengan karya yang tidak seberapa nih.
posted by Penulisan2u @ 6:00 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
14 Comments:
  • At 28/8/09 8:58 PG, Blogger syasya said…

    indahnya bait2 kata mamou menerbitkan suasana indah ketika membaca karya yang indah ini...

    tahniah penulis...susunan ayat sangat baik dan teratur..jalan cerita juga menarik perhatian saya untuk terus membacanya..semoga karya anda akan sentiasa mengambil tempat di hati pembaca..

    terus mencurahkan idea untuk menghasilkan novel pula ye..

    kalau ada blog, boleh emelkan ke lovecharr@gmail x??

     

  • At 28/8/09 3:15 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ahaha..ovum pown d kire ke?

    bez2..

     

  • At 28/8/09 9:12 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    emm..cerita yg sungguh menarik walaupun biasa di dgr..bahasa yg puitis dan tersusun..ada bakat utk jadi penulis baik..starting and ending yg best..terpukau aku baca..ha3

     

  • At 28/8/09 9:39 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    rse cam nk nangeh pown dew gak...
    hahaha...

     

  • At 28/8/09 10:29 PTG, Blogger qUETIm ThE wARRIOr said…

    tq for all ur comments... saya baru memulakan semula minat menulis ini. saya ada blog tp bru je di reka. singgahla jika sudi.

    http://akiramus.blogspot.com/

     

  • At 29/8/09 1:28 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    dear writer...
    sy kasi 5bintang....mmg awk berbakat
    tharu ble bc cerpen nih..mmg kasih wanita sgt bharga kan..sygnya kekdg llki xtau hargai..
    apa pn,slmt bkarya lagi...
    -tp rs cam pnh bc je novel kish cmni..????-

     

  • At 29/8/09 2:22 PG, Blogger qUETIm ThE wARRIOr said…

    kepada tanpa nama, tme kasih utk bintang itu. sy sgt2 mhargainya. saya rase xtawla novel mana yg sama cmni... kalau ada mgkin kebetulan... sy dapat idea ni pon secara tetibe je...

     

  • At 31/8/09 1:59 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    emm,not bad.tahniah kpd penulis coz dpt tlis cerpen ni dgn bagus. 5 bintang sy bagi

     

  • At 31/8/09 3:18 PTG, Blogger Unknown said…

    sy dh nangis dh bile smpai kt ending die tu.. masa die baca surat suami die.. ayat yg penulis gunakan mmg puitis.. x tinggal satu perkataan pn yg sy baca.. membawa perasaan saya menyelami cerita yg penulis sampaikan.. 5 bintang.. good job.. teruskan lah menulis..

     

  • At 5/9/09 11:22 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    writer,
    1 keja yg bagus.. memang cdey..
    teruskan..sangat cemerlang..

     

  • At 8/9/09 2:25 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cerita btol ke,cik writer?
    =p
    anyway...ayt anda mmg best..
    xbosan nk bace.
    hope bole wat yg lagi baik ye..
    congrats!!

     

  • At 9/9/09 6:39 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    setuju2..
    leh bagi lima bintang tuh..
    pade cik akira.. sy salute pd bahasa y anda gunakan..
    kalu dilihat, cik akira nih sentimental gak kan..
    sy kira, realiti msti x kan..
    huhuhu..anda tahu siapa sy..
    dan sy akan selalu myokong anda dr belakang..

     

  • At 9/9/09 10:15 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    em.....mantop...
    tangkap leleh lagi......bile da masuk separuh da mula sedih....tapi bila husband dia baca diari dan dia baca surat husband dia, ni lah part yang paling menarik dan membuatkan sy menagis tak berhenti2..malu plak kat anak hehehehe.....tetiba mama dia nangis
    apa pun cerpen ni memang bagus...cerita yang mudah dan dapat menyampaikan maksudnya.....good job.....
    harapan dapat baca cerpen/novel yg leh tangkap leleh lagi best........

     

  • At 12/9/09 1:39 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    suke sgt2 citer ni..
    ada kelainan dr cerpen lain..
    syok sgt ending nyer...
    tq pnulis nye...

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group