BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Sabtu, Ogos 29, 2009
Cerpen : Mencintaimu
Nama Pena : RON APILZA

Aku berlari-lari mengejar Qayyum yang begitu laju di hadapan meredah lalang yang tinggi melangit. Dia yang sudah biasa dengan keadaan kebun di belakang rumahnya semakin pantas meninggalkanku. Apabila kelibat Qayyum sudah tidak kelihatan, aku menjadi takut. Tidak semena-mena aku meraung sekuat hati dek ketakutan. Mana Qayyum? Kenapa tinggalkan Sofia sendirian dalam semak samun ini. Tolong Sofia, Qayyum…tangisku semakin menjadi-jadi. Fia takut…

"Fia, kenapa dengan awak ni? Saya kejar arnab ni tadi, takut dia pergi jauh, jadi saya lari kuat-kuat. Jangan nangis ya. Saya ada ni hah…Dah. Jangan nangis. Nanti emak awak marah saya…"

Aku berlari mendapatkan Qayyum yang sedang tersengih memeluk seekor arnab berwarna putih. Kemudian aku ikut ketawa dalam mata yang masih basah. Hilang segala ketakutan yang sebentar tadi menyelubungiku.

Kami bermain bersama-sama, mengejar arnab putih itu yang begitu lincah dan kadang kala kami jatuh bersama di atas busut jantan yang banyak semut api. Terjerit-jerit kami seketika, hinggakan emak Qayyum tertinjau-tinjau di tingkap dapur mendengar jeritan kami.

Ketika bersama Qayyum, aku sangat gembira, rasa dilindungi dan Qayyum selalu mempertahankanku sekiranya kawan-kawan di tadika mengambil barang-barangku. Qayyum selalu memboncengku di atas basikalnya ke kedai Pak Cik Leong untuk membeli gula-gula. Kemudian kami akan makan bersama di pangkin di belakang rumah Qayyum yang memang disediakan oleh ayahnya untuk kami berdua.

"Awak besar nak jadi apa, Qayyum?"

"Saya nak jadi arkitek. Nak buat bangunan tinggi-tinggi, nanti dapat duit banyak boleh kita pergi luar negeri sama-sama."

Aku ketawa suka. Dia cakap begitu membuatkan fikiranku melayang terbang di langit biru.

"Awak nak jadi apa, Fia?"

"Fia pun nak belajar pandai-pandai, nak ikut Qayyum jadi arkitek. Nanti kita boleh pergi universiti sama-sama."

Kami berbaring di atas rumput sambil mengunyah gula-gula. Tiba-tiba seekor arnab menerpa ke atas kami membuatkan kami terkejut dan berlari lintang pukang sambil ketawa. Qayyum ketawa gelihati hingga menahan perut melihatkanku yang terkejut di terpa arnab tadi.

"Qayyum…Sofia…balik! Dah masuk Maghrib tu ha…pergi mandi. Lepas tu pergi mengaji." Emak Qayyum menjerit dari arah dapur.

***

"Baca betul-betul Fia. Dengungnya tak betul, sabdu pun kamu pakai langgar aje. Dah berapa kali pak cik ajar surah yang sama. Kenapa tak faham-faham lagi. Tengok Qayyum, sekali ajar terus ingat, faham…Kamu kena ikut macam Qayyum. Jangan banyak main!" Pak Cik Ali memarahiku.

Qayyum yang menunggu giliran mengaji duduk di sebelahku. Dia menunduk sahaja ketika mendengar aku dimarahi, sedangkan aku sudah mula menangis.

"Itulah kamu Fia, cakap sikit nangis. Kalau macam ni, macam mana nak pandai. Belajar tak boleh putus asa, kena kuat semangat. Bukan sikit-sikit nangis, asyik nangis. Dah…nanti esok baca lagi, pak cik nak dengar lagi."

Aku mengesat mataku dengan tudung yang disangkutkan ala kadar sahaja di kepala. Semasa Qayyum mengaji, aku menunggunya sehingga tamat kemudian kami balik bersama.

"Kenapa Fia nangis tadi? Fia kena kuat. Saya tak suka tengok awak selalu menangis. Saya suka kalau awak ketawa. Macam anak patung…"

Aku ketawa kerana Qayyum cakap dia suka kalau aku ketawa. Qayyum menghantarku sampai ke pintu rumah. Begitu aktiviti kami setiap malam sehinggalah keputusan peperiksaan UPSR memisahkan kami!

***

"Saya nak masuk asrama kat Perak. Minggu depan dah nak pergi. Awak nanti tinggal sorang kat sini, awak dah tak ada kawan lagi. Yati dengan Leha pun tak suka kawan dengan awak sebab awak baik dengan saya, kan. Dia orang jealous tu…sebab saya suka awak sorang. Tapi awak jangan risau, kalau cuti sekolah kita jumpa ya…"

Aku tidak mahu memandang muka Qayyum kerana aku takut air mataku tumpah. Qayyum tidak suka aku menangis, dan aku bertekad tidak akan menangis di hadapan Qayyum. Aku gagahkan diri untuk ketawa dan terus ketawa dihadapannya. Biarlah sebelum berpisah, dia melihat kegembiraanku.

Hari Qayyum berangkat, aku tidak menemuinya. Emak memanggil-manggil namaku kerana Qayyum hendak berjumpa. Tetapi aku menolak dengan alasan kepalaku sakit. Akhirnya aku melihat Qayyum melangkah longlai menuju ke rumahnya di sebelah dari cermin tingkap. Aku menangis semahu-mahunya. Habis basah langsir tingkap aku gunakan untuk mengelap air mataku.

Aku sudah kehilangan kawan dan sahabat yang selalu melindungi. Aku kehilangan kegembiraanku, dibawa pergi oleh Qayyum. Siapa nanti yang menemaniku ke kedai Pak cik Leong, siapa akan menemankan aku memberi makan arnab di belakang rumah, siapa yang akan memboncengku di belakang basikalnya, kerana semuanya kusandarkan kepada Qayyum sebelum ini.

Rutin harianku berubah semenjak Qayyum masuk asrama. Aku bersendirian pergi dan balik sekolah, aku sudah tidak mengunjungi kedai Pak Cik Leong lagi dan basikal Qayyum yang tersandar di dinding di belakang rumah pun aku tidak tunggangi lagi. Aku berseorangan memberi arnab makan dan duduk berseorangan di atas pangkin sewaktu petang.

Surat pertama dari Qayyum menjengah ke pangkuanku setelah hampir dua bulan dia di asrama. Aku berlari laju membawa surat Qayyum itu ke belakang rumahnya, dan duduk di atas pangkin seperti kebiasaan.

"Saya sibuk dengan minggu orientasi, aktiviti pelajaran dan juga kelas malam. Waktu di asrama tidak sama macam waktu di kampung. Di sini terpaksa bersaing dengan rakan-rakan lain yang bijak pandai. Saya terpaksa bekerja kuat sekali ganda lebih daripada orang lain. Kadang-kadang saya tidur jam dua pagi kerana menelaah pelajaran. Saya minta maaf kerana lambat menulis surat kepada awak, Fia. Saya harap awak boleh menjaga si Putih sama seperti ketika kita menjaganya dulu. Tolong jagakan basikal saya supaya bila cuti sekolah nanti, saya boleh membonceng awak semula.

Macam mana pangkin di belakang tu? Awak masih duduk di situ lagi? Kebun tempat kita bermain masih ada tak? Atau dah semak membukit? Awak tunggulah nanti sampai saya balik, ada banyak benda yang saya nak ceritakan pada awak."

Selepas habis membaca surat dari Qayyum itu aku menangis sepuas-puasnya. Lihatlah Qayyum, aku sedang duduk di atas pangkin ini sewaktu membaca suratmu. Akan ku tunggu detik itu, menunggu kau bercerita seperti selalu. Air mata semakin laju merembes keluar dari kelopak mataku. Ya Allah…apakah perasaan yang datang ini? Mengapa aku merinduinya? Aku sendiri pun tak pasti…

***

"Qayyum kirim salam, dia kata tak dapat tengok kau buat persembahan. Dia ada perlawanan bola sepak antara fakulti. Nanti kalau cepat habis, dia akan datang. Kau okey kan kalau dia tak datang." Hakim memujukku.

Entah mengapa semenjak aku rapat dengan Hakim, Qayyum sering menjauhkan diri. Qayyum asyik mengelak dari bertemuku. Sebenarnya aku amat mengharapkan dia hadir, bukannya Hakim. Aku perlukan semangatnya, aku perlukan sokongannya, bukannya Hakim. Kenapa kau tak faham, Qayyum?

Akhirnya kumpulan kami memenangi pertandingan teater antara fakulti. Selepas tamat acara penyampaian hadiah, aku nampak Qayyum di pintu dewan sedang memberikan tepukan ke arah ku dan aku melambainya. Belum sempat dia sampai ke tempatku, Hakim terlebih dahulu memelukku kerana kegembiraan.

"Tahniah Fia, kau berjaya. Kumpulan kita berjaya. Aku bangga dengan kau. Sayang kau!"

Hakim masih memegang tanganku ketika Qayyum mampir. Aku lihat wajah Qayyum berubah, kolam matanya berkaca. Tak tahu mengapa, mungkin terlalu gembira melihat kejayaan kumpulanku.

"Congrats Fia. You’re the best! Aku harap kau berjaya dalam semua bidang yang kau ceburi."

Qayyum sekadar menyalami tanganku. Sejuknya tangan dia, usikku nakal. Qayyum hanya tersenyum kelat. Biasanya dia akan memelukku jika aku berjaya di dalam menyelesaikan sesuatu, tetapi sekarang tidak. Aku ternanti-nanti pelukan semangatnya, tetapi hampa. Aku menunggu dia menyatakan sesuatu di saat ini, tetapi nampaknya harapanku hanya anganan kosong. Dia meninggalkan aku dan rakan-rakan yang lain meraikan kemenangan kami.

***

Aku menangis semahu-mahunya di hadapan Qayyum ketika Hakim memutuskan perhubungan kami. Hilang segala rasa malu, aku buangkan segala keegoan di hadapan Qayyum. Aku ceritakan segala sakit perit dan kecewa kerana perpisahan ini. Qayyum hanya tersenyum dan kelihatan tenang.

"Setiap kejadian ada hikmahnya, Fia. Mungkin Tuhan nak bagi seorang lelaki yang lebih baik untuk awak. Saya doakan awak akan menemuinya. Jangan sedih lagi, janganlah menangis, Fia. Saya tak suka tengok awak sedih."

Akhirnya aku tersenyum kerana Qayyum suka aku tersenyum. Kami menyusuri tepi pantai dengan ditemani lembayung senja yang amat indah. Aku ingin menyatakan sesuatu kepada Qayyum tetapi tidak jadi. Aku juga merasakan Qayyum ingin memberitahu sesuatu kepada ku, tetapi entah mengapa dia pun tidak jadi membuka mulutnya. Hari yang indah itu berakhir tanpa kenangan, tanpa impian.

***

"Sabar Fia. Tak semua projek yang kita kendalikan akan berjaya. Awak kena mengkaji semula dimana kelemahan dan kekurangan promosi awak. Kaji semula kos dan untung rugi. Sejauh mana awak letakkan komitmen awak tu…okey. Rilekslah…saya pun sama, tak semua projek yang saya kendalikan berjaya. Yang penting kita bangun semula."

Qayyum yang aku kenali sedari kecil hingga sekarang, tidak berubah. Sentiasa ada ketika aku mengharapkan nasihatnya, tidak putus asa melihatkan aku yang mudah lemah semangat dan sentiasa memberikan perangsang.

"Awaklah kawan yang amat memahami, Qayyum. Awaklah sahabat terbaik yang saya ada, awaklah…"

"Apa dia?" Qayyum mencuit hidungku.

Aku terasa berdebar-debar setiap kali dia mengusikku begitu. Namun aku lihat Qayyum bersahaja dan tenang sekali. Agaknya aku seorang sahaja yang berperasaan begitu. Fikirku.

"Tak ada apa…saja nak buat awak suspen."

Kami ketawa bersama-sama akhirnya.


***

Sewaktu umurku menjangkau 29 tahun, aku mengambil keputusan menamatkan zaman bujang dengan rakan sekerjaku. Itu pun setelah sidia bersungguh-sungguh menunjukkan komitmennya. Itu pun setelah Qayyum menyatakan dia percaya kepada Hariz, bakal suamiku itu.

"Awak bila nak kahwin, Qayyum. Takkan saya jalan dulu, sepatutnya kita kahwin sama-sama. Kemudian serentak dapat anak, nanti anak-anak kita boleh jadi kawan baik macam kita…"

Qayyum hanya merenung kad jemputanku di tangan. Dia mengangkat wajahnya lalu merenungku. Aku jadi serba salah. Sekali lagi aku lihat kolam matanya berkaca.

"Hei…awak nangis ya?" usikku.

"Tak adalah. Saya gembira sebab akhirnya awak jumpa lelaki yang awak cari. Selamat pengantin baru, Fia."

Itulah kali terakhir aku bertemu dengan Qayyum, kerana setelah berkahwin aku mengikut Hariz berpindah ke Brunei.

***

Kini aku kembali ke kampung dengan perut yang sedang membesar. Aku meminta izin dari suamiku untuk melahirkan bayi ini di rumah ibu bapaku. Hariz mengizinkan kerana dia mahu aku mendapat penjagaan yang sempurna selepas bersalin nanti.

"Lama tak dengar berita Qayyum, mak. Ada dia balik kampung tak? Saya ada hantar poskad pada dia beberapa kali…tapi tak pernah balas. Kenapa yek?" soalku pada emak yang sedang menggoreng sayur.

Aku lihat emak berhenti seketika sebelum menyambung memasak lauk pula. Sesekali emak mengesat matanya dengan hujung baju. Aku pelik juga melihatkan kelakuan emak, apa yang tak kena, bisikku.

Aku menjenguk rumah Qayyum di sebelah pagar yang sunyi sepi. Menurut emak, ibu bapa Qayyum dan adik beradiknya sudah lama tidak balik. Berkemungkinan mereka berpindah ke rumah emak Qayyum di kampung sebelah.

"Qayyum dah tak ada, Fia."

Betulkah apa yang emak cakapkan ini?

"Apa mak?"

"Qayyum dah tak ada, dia dah meninggal. Dah lama…selepas tiga bulan kamu kahwin."

"Betul ke mak? Kenapa tak bagitahu Fia. Apa salah Fia sampai dia sorokkan masalah dia dari Fia. Apa salah Fia mak…"

Aku jatuh terjelepok di kaki emak. Air mataku berjuraian di pipi dan lama kelamaan esakanku semakin menjadi-jadi. Aku rasakan dunia ku gelap serta merta. Emak turut sama menangis sambil memapahku ke bilik. Kenapa Qayyum, kenapa? Apa yang kau rahsiakan sebenarnya? Benci sangatkah kau padaku?

"Dia kena demam panas. Selepas kamu kahwin dia demam teruk, Fia. Banyak kali dia pesan dengan semua orang, jangan bagitahu Fia yang dia sakit. Qayyum tak nak Fia susah hati. Puas keluarga ubatkan dia, tak sembuh juga. Akhirnya dia meninggalkan kita…Fia."

Aku menangis untuk kesekian kalinya di pelukan emak. Entah apa yang aku sedihkan sangat, aku pun tak tahu, tetapi air mataku terus turun dengan laju tidak berhenti-henti.

Lama kelamaan aku tertidur dengan mata yang masih basah.

***

Perlahan-lahan aku labuhkan punggung di atas pangkin yang penuh kenangan ini.

Aku merenung diari merah di tangan, diari yang telah lusuh peninggalan Qayyum. Keluarganya memberikan dairi itu kepada emakku agar dapat diserahkan kepadaku. Getaran di dada semakin kuat sewaktu aku menyelak halaman pertama diari itu.

Gambar aku dengan Qayyum ketika sambutan harijadiku yang ke enam tahun. Aku amat menyukai gambar tersebut yang memotretkan aku duduk di pangkuan Qayyum, muka kami nampak seiras benar. Orang kata jodoh kuat, tetapi jodohku dengan Hariz nampaknya. Aku mengusap perutku yang seperti bergerak-gerak, tanda kasih antara aku dengan Hariz.

- Ayyum terkejut dengar suara Fia menangis, Ayyum cepat-cepat lari dapatkan Fia semula. Rupa-rupanya Fia takut sorang-sorang. Ayyum cakap jangan takut. Ayyum

ada dekat Fia. Kalaulah Ayyum boleh peluk Fia waktu itu, tentu Fia tak rasa takut lagi. Ayyum janji tak akan tinggalkan Fia sorang-sorang.-

Helaian pertama Qayyum tulis tentang kami, sekitar usia kami enam tahun. Aku tersenyum membacanya. Kemudian aku menyelak halaman lain yang penuh dengan contengan tangan Qayyum, gambar kartun, gambar orang lidi dan macam-macam lagi.

Tiba-tiba mataku tertancap pada satu tulisan tangan yang elok sedikit. Mungkin masa itu kami telah berada di sekolah rendah.

- Ayyum nak pergi asrama dah. Tapi Fia tak nak jumpa, Fia tak nak tengok Ayyum pergi. Ayyum cuma dapat jumpa emak Fia, emak Fia kata Fia tak sihat badan. Kalaulah dapat jumpa Fia masa tu, taklah Ayyum rindu kat dia masa kat asrama. Ayyum rasa Fia macam tak sayang Ayyum…kalaulah Fia tahu yang Ayyum sebenarnya sayang kat Fia, sedih terpaksa tinggalkan Fia sorang-sorang…-

Aku teringat peristiwa berpuluh tahun itu, aku sedih untuk melihatnya pergi. Rupa-rupanya Qayyum juga berperasaan sama. Ya Allah…kenapa kami tidak mengakuinya?

Kini semuanya hanya tinggal sejarah.

- Aku lihat dia gembira, aku ingin memeluknya, mengucapkan tahniah atas kejayaannya. Aku ingin memberitahunya, yang aku…oh! Aku tak sempat. Hakim telah mendekatinya terlebih dahulu. Aku lihat Fia gembira, aku ikut gembira. Kalaulah aku sempat mengucapkan ‘Aku sayang padamu Fia’, tentu sekarang kami bahagia. Tentu Fia tidak menerima Hakim dalam hidupnya…-

Aku menutup dairi merah itu sekejap, menyapu air mata yang tumpah. Kenapa kami bodoh sangat, saling menyayangi tetapi tidak berani. Aku ingatkan Qayyum hanya menganggap aku sebagai sahabat karibnya sahaja, rupa-rupanya lebih dari itu. Aku ingatkan aku bertepuk sebelah tangan, tetapi tidak! Kami saling mengasihi…

- Fia menangis di hadapanku. Hakim telah meninggalkannya. Aku sangat gembira, aku ingin mengesat air matanya, menyapu sedihnya dan memberitahu yang aku sayang padanya. Tetapi entah, aku tidak jadi menyebutnya. Aku takut dia anggap aku hanya kawan. Kalaulah aku sempat berterus terang…Fia, I Love You, jeritku dalam hati sahaja.-

Kenapa kau pendam sahaja, Qayyum. Aku selalu menantikan kata-kata keramat itu, aku ingin dipeluk dan dibelai olehmu, tetapi kau tidak berani. Akhirnya aku yang merana, mencari-cari cinta lelaki sejati, rupa-rupanya ia ada di depan mata. Air mata semakin laju membasahi bumi. Segala benda yang aku pandang sudah berlapis-lapis dek pandanganku diganggu oleh titisan jernih tersebut.

Apa lagi selepas ini, Ya Allah. Aku membuka helaian dairi seterusnya.

- Fia mahu berkahwin. Aku ingin menghalang. Aku cinta kamu, Fia. Aku mesti halang dia, aku lebih berhak. Aku mesti memberitahunya, tetapi…Fia telah membawa kad jemputan perkahwinannya. Bermakna Fia anggap aku tidak wujud, jadi aku berikan jaminan bahawa Hariz lelaki yang baik, dan Fia yakin akan kata-kataku. Kalau dia juga cintakan aku, mesti dia tidak memilih lelaki lain sebagai teman hidupnya.

Selepas itu aku tidak menemuinya lagi. Aku kembali ke kampung, mencari emak untuk meluahkan segala yang terpendam. Emak ikut menangis mendengar ceritaku. Emak kata, kalau sayang kena cakap, kalu tidak kita tak tahu orang itu sayang kita juga atau sebaliknya.Aku demam teruk, Fia. Aku kehilangan nyawaku, sebelum sempat Tuhan menjemputku. Kau bawa segala impianku selama bertahun-tahun bersamamu, Fia. Kalaulah aku berterus terang…-

Diari merah Qayyum yang telah lusuh itu semakin lencun dengan jejeran air mataku yang mengalir laju. Aku semakin tidak larat untuk bangun dari pangkin tersebut. Kakiku terasa kejang dan tidak boleh bergerak. Mungkin kesan tekanan perasaan yang menyerang secara tiba-tiba dan rasa terkejut yang teramat sangat selepas mengetahui isi hati sebenar seorang lelaki bernama Qayyum.

"Mak… mak…"

Sekuat tenaga aku menjerit memanggil emakku. Selepas itu aku lihat dunia menjadi berbalam-balam dan hitam.

***

"Abang, maafkan Fia. Fia tak tahu dia…"

"Abang faham Fia, abang dah baca semuanya. Jodoh ajal dan maut ketentuan Tuhan. Kalau Fia tahu, abang tak ada chance kahwin dengan Fia. Inilah takdir namanya."

"Mana diari tu, bang?"

"Ada…abang simpan, untuk anak-anak kita. Bila dewasa, mereka akan faham semua ini. Jika suka kata suka, berterus terang lebih baik, kalau tidak menyesal di kemudian hari. Tak kisahlah orang itu membalas perasaan atau kasih sayang yang kita luahkan itu atau sebaliknya. Ini semua pengajaran untuk kita, Fia…" Hariz menuturkan kata-katanya dengan tenang.

Aku melemparkan senyuman tanda memahami maksud yang dituturkan oleh suamiku itu, sambil dia memeluk perutku dengan penuh kasih sayang.
posted by Penulisan2u @ 12:09 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
30 Comments:
  • At 29/8/09 3:05 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bes...

     

  • At 29/8/09 5:47 PTG, Anonymous nadiah_abdllah said…

    wa...
    sedih sungguh cerita ni..
    good job writer

     

  • At 29/8/09 8:49 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    pergh!! seorang lelaki yang sungguh2 berhati mulia...!! cayalah Qayyum!! cayalah penulis!!

     

  • At 29/8/09 11:19 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tahnia kepada penulis....
    cerita ini sedih...

     

  • At 30/8/09 2:58 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    copy ehhh,,,huhuhu..
    same cm when rainbows end by cecilia aherns..
    kantoi...wawawa

     

  • At 30/8/09 9:13 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    waaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
    sdihnyeeeeeeeeee......
    but sweettttttttttttttt.....
    gud job writer....A.1

     

  • At 30/8/09 9:14 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cite dah ok dah...
    tp yg x bestnye...bole plak peluk2
    spoil betul r...
    mtk penulis take note ek...even cerpen pun bg kesan kt pembaca...
    jgn rendahkan nilai2 Islam...

     

  • At 30/8/09 9:20 PTG, Blogger bidadari cinta said…

    best betul la..
    sedih baca citer ni..
    kalau dh suke, kena lah terus terang...
    tak lah sakit hati di kemudian hari..

     

  • At 31/8/09 2:08 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mmg best cite nie...klu suke org mmg kene gtaw..
    xkesah lah klu org tue terima o tolak..
    t makan hati...congretz penulis!!!

     

  • At 1/9/09 4:02 PTG, Anonymous Azzrinsha said…

    sedihnya.........sebijik mcm kisah yg terjadi dalam hidup saya...huhuhu....

     

  • At 2/9/09 2:08 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    2 la cite dah best dah
    de la scene peluk2
    tp memang sedih..
    best..

     

  • At 2/9/09 3:14 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    interesting.....
    jalan cerita yg menarik
    biasalah bukan senang nak hasilkan karya
    yg bermutu....
    anyway keep up the gud work...
    -nurani-

     

  • At 2/9/09 5:43 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best2..mmg sdih..tp part peluk2 tu sensitif skit la..gud job writer..

     

  • At 2/9/09 8:54 PTG, Blogger ~~StOrY TeLLeR~~ said…

    nanges...
    terkesan seketika..
    tetiba nak layan feeling bulan2 puasa ni..
    heheheheh....

     

  • At 3/9/09 2:27 PTG, Anonymous syu90 said…

    bes la jgk...
    tp part plok2 yg x besnya....
    huhu....

     

  • At 3/9/09 2:52 PTG, Blogger emica said…

    touching~
    klu la saye ad seseorang mcm qayyum tuh,,
    takan saye diam cmtuh ja,,

     

  • At 4/9/09 12:31 PG, Blogger Sakinah said…

    peluk2 ni cm xbest la
    citer dh best
    citer ni patut djdiksn pngajaran
    dlm khidupan

     

  • At 4/9/09 11:39 PG, Blogger Leeya Hezlin said…

    hmm best cite ni..qayyum korbankn segala2nye utk fia..cinta,perasaan..hmm well done..keep writing..

     

  • At 6/9/09 12:59 PTG, Anonymous aisyah humairah said…

    sedey nyeee...huhuhu...
    saya pn dh cm fia bile bce citer nih...
    sume yg dipandang jd berlapis lapis...
    erkk...emosi tol...
    tp mmg terkesan ngn citer nih..
    tahniah...

     

  • At 7/9/09 7:00 PG, Anonymous RON APILZA said…

    Pembaca yang dikasihi,

    Selamat berpuasa.
    Terima kasih dengan semua komen yang sangat positif. Saya akui kesilapan tersebut dan maafkan kerana saya tidak sedar akan hal tersebut. Sewaktu menulis pun saya seperti anda semua, sedih...

    Anyhow, thank you very much!!

     

  • At 8/9/09 8:42 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sdey sgt2 crita ni..ble bace crpen ni sy trigt kt my xbf..die pn brcita2 nk jd arktek..tp syg, die bru saje ptuskn hubungn kami..alasannye die nk fokus plajarannya, nk capai cita2 nya dlu..ya, sy trime kputusnnye dgn doa die akn jd arktek yg brjaya n x akn lupekn sy..i realy hope dat..doakn jodoh kami brdua..hope da writer wil create another hapy ending luv story tuk para pmbace..tq

     

  • At 9/9/09 9:40 PTG, Anonymous Azura said…

    sedih wei....hukhukhuk!!!

     

  • At 23/9/09 7:46 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mmg best r citer nie...
    sentimental giler...
    keep it up!!
    gooodluuccck for writer!!!
    lps nie,bwtlh novel plak eh....he3

     

  • At 25/9/09 10:33 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Cerita ni saya baca sambil dengar lagu Khatimah Cinta-Sixth sense....memang meleleh air mata!
    Tahniah!
    Kalau buat novel comform laku!
    Sekali lagi,tahniah!

     

  • At 29/9/09 1:00 PG, Blogger Unknown said…

    waaaaaaa...sdeynye cite ni..btol la kate orgh.kalu ati dh syg kt org 2..bek luahkn..cian qayyum..

     

  • At 29/9/09 11:52 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedih cite nih...thumbs up utk writer..

     

  • At 2/10/09 9:48 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best giler dan good job

     

  • At 4/10/09 6:14 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhuhuhu........
    sdih nye..
    ingt kan dia ngan qayum..
    alih qayumm meninggal plak...
    bes cite ni..

     

  • At 8/10/09 5:14 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedih la ctew nie npe la qayum x nk luah perasaan sobsobsob

     

  • At 11/10/09 8:04 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sdihnyer
    ksian qayyum
    good job

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group