BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Ogos 21, 2009
Cerpen : Kembali Terjalin
Nama Pena : Nadiah Kamal

If I don’t need you then why am I crying on my bed?
If I don’t need you then why does your name resound in my head?
If you’re not for me then why does this distance maim my life?
If you’re not for me then why do I dream of you as my wife?

Entah mengapa pada tika ini, dalam suram dan pekat malam, lagu itu yang berdendang di jiwanya, susunan liriknya bagai menceritakan gelodak rasanya saat itu, melodinya bagai mengalunkan kesedihan yang beraja di hatinya kini. Matanya tidak mahu terpejam walau sepicing pun. Solat tahajud dan solat hajat yang ditunaikannya malah semakin menyegarkan matanya kini. Fikirannya menerawang. Bagai ada layar yang terpampang di hadapannya, memaksa dia terus mengingati detik-detik pahit yang meragut segala impiannya yang indah. Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah ini.

***

"Awak pasti?"sengaja Fitrah Hani Hani menekan suaranya, biar kedengaran tegas di telinga lelaki itu. Dia mahukan kepastian. Tiada yang pasti melainkan tadika PASTI! Eh, melalut pula aku ni. Fitrah Hani tersenyum namun snyumannya mati sendiri, menyedari dia kini terperangkap dalam gelombang cinta yang hebat. Alif di hadapannya tenang. Matanya memancarkan sinar. Fitrah Hani terkedu. Adakah sinar itu akan terus menerangi hidupku atau... .

Alif mengangguk. Halkumnya bergerak-gerak. Fitrah Hani tahu lelaki itu mahu bersuara dan dia akan mendengar apa jua yang akan disampaikan lelaki berambut ikal itu. "Cukup kalau saya katakan, saya dah berhenti berharap dengan awak, Nini," jawapan Alif hanya mengundang rasa geram di hati Fitrah Hani. Bagai terngiang-ngiang lagu ‘Berhenti Berharap’ dendangan Sheila On 7 di telinganya.

Nafasnya kian kencang, namun imannya membisikkan kata sabar. "Maksud awak?" Fitrah Hani mahu mendengar penjelasan lelaki itu sebelum melemparkan sebarang kemarahan. "Harapan dan impian saya dah hanyut dibawa arus penantian saya. Saya manusia biasa yang punya benteng kesabaran yang tak seteguh mana dan kini, benteng tu dah roboh," Alif menundukkan mukanya. Bersalah atau menyalahkan?

"Boleh perjelaskan dengan cara yang lebih mudah, encik Alif. Saya tak ambil jurusan sastera di UPM dulu," Fitrah Hani menyindir. Alif melemparkan senyuman. Hati Fitrah Hani kian berdarah.

"Saya mengimpikan sebuah kisah kasih yang tulus dan suci. Cinta yang unggul. Saling memberi dan menerima. Saling sayang menyayangi. Sentiasa bersama. Sehati dan sejiwa. Dan saya tidak menemui semua itu waktu saya bersama awak Nini. Saya sudah cuba untuk memahaminya, yang awak bukanlah seperti orang lain. Awak terlalu sensitif," Alif mengeluh. Aku sensitif? Fitrah Hani menggaru-garu kepalanya.

"Ya, awak sensitif dengan perhubungan kita. Awak seolah-olah mahu menyorokkannya daripada pengetahuan umum. No dating, no holding hands, no, no and no. Saya nak jenguk awak kat rumah pun awak tak bagi. Macam mana kita nak bina hubungan yang bahagia kalau awak sekat saya daripada segala-galanya. Hari ni pun, bukan main susah nak jumpa awak, sampai kena jumpa di pejabat, lunch hour pulak tu. What’s wrong with you? Dulu awak tak macam ni," Alif memandang Fitrah Hani. Fitrah Hani tunduk, terpaku. Matanya dirasakan hangat.

"Jadi awak betul-betul nak putuskan hubungan kita?"Fitrah Hani bertanya perlahan. Dirasakan tidak mampu untuk dia memandang wajah lelaki itu. Alif diam.
"Saya sayangkan perhubungan ni,saya nak perhubungan kita berjalan lancar, insyaAllah sehingga ke jinjang pelamin. Saya nak kita berubah, lebih dekat dengan Allah, dengan agama. Sebab tu saya buat semua tu," dan kini, air mata sudah menuruni pipi Fitrah Hani.

"Saya rimas dengan semua peraturan tu. Saya nak kita kembali macam dulu. Saya cintakan awak tapi saya belum bersedia nak kahwin. Saya nak mantapkan dulu kerjaya saya, so that bila kita dah kahwin, semua dah stabil," Alif meluahkan perasaannya.

Fitrah Hani menyapu air matanya. Menarik nafas dalam,"Sampai bila, Alif? Sampai bila awak nak hubungan kita macam ni?"

Alif memandang anak mata Fitrah Hani dalam-dalam, "Tiga,empat tahun lagi?" Fitrah Hani terduduk.

***

Nada dering ‘Untitled’ di telefon bimbit Fitrah Hani berbunyi nyaring menandakan ada panggilan yang masuk. Fitrah Hani mencapai telefonnya, namun sebelum punat hijau ditekan, dia memandang sekilas nama yang tertera. Mama? Bukankah baru semalam aku berbual-bual dengannya di telefon, hampir sejam pula tu. Ehm, mesti dah rindu ni. Fitrah Hani berbisik nakal.

"Assalamu’alaikum Ma," dia bersuara manja. Terdengar suara menjawab salamnya. Fitrah Hani memandang skrin telefonnya. Sah, nombor mama tapi...

"Hello," dia menekap kembali telefon ke telinganya. "Hello," satu suara garau menyapanya. Bukan suara ayah ni. "Fitrah," suara itu menyapanya. Fitrah Hani terjerit. Bibirnya mengukir senyum lebar.
"Fir balik tak bagitau. Kalau tak, boleh Fit jemput di airport," Fitrah Hani membuat muka masam. Merajuk konon.

Firhad tersenyum. Fitrah Hani menampar lengan lelaki itu, "Orang serius la." "Ye, abang tau. Saja abang nak buat surprise untuk Fitrah. Hei, rindunya kat makwe Fir ni," Firhad menyekeh kepala Fitrah Hani. Fitrah Hani menjerit kesakitan. Mama dan ayah menjeling lembut. "Sorry, ma. Nini tak buat lebih-lebih dah," Fitrah Hani tersengih.

***

Wajah Fitrah Hani yang berseri-seri dua tiga hari kebelakangan ini menimbulkan tanda tanya di benak rakan-rakannya. Sudah berbaikkah dia dengan Alif?

"Nini, aku nampak kau dua tiga hari ni, ceria je. Kau dengan Alif dah ok ke?" Atikah, sahabatnya yang paling rapat dengannya menegur. Fitrah Hani menggeleng-geleng. "Habis tu? Gaji naik?" Atikah menyerkap jarang lagi. Fitrah Hani masih menggeleng. "Ok,sekejap, kau start nampak ceria sejak balik dari kampung. Kau...dipinang orang ke?"Atikah memandang wajah sahabatnya, lama. Fitrah Hani hanya membalas dengan senyuman.

Atikah yang geram dengan reaksi sahabatnya itu membaling Fitrah Hani dengan bantal-bantal kecil yang tersusun di atas katilnya. "Kalau kau datang bilik aku setakat nak senyum-senyum macam ni, baik kau berambus. Sebelum aku naik angin," Atikah membuat muka marah, mengacah sahabatnya itu.
"Eleh Tik, kau nak buat-buat marah,eh? Tak menjadi lah,"Fitrah Hani mengusik. Atikah tersengih. Memang rakan-rakannya selalu berkata begitu, malah adik-adiknya di rumah pun tidak berasa gerun jika dia naik angin. Huh, nasib badanlah!

"Firhad dah balik!" Fitrah Hani menjerit perlahan. Meluahkan rasa gembiranya dengan kepulangan lelaki itu. Atikah melopong. "Firhad balik? Huh, dah bertahun-tahun, baru jejak balik tanah Malaysia ni. Macam mana dia sekarang?" Atikah bertanya. "Makin kacak, makin besar," Fitrah Hani tergelak besar. Benar, lelaki itu dilihatnya semakin tinggi dan agak berisi. Mungkin kerana pengaruh makanan dan cuaca di luar negara.

"Dia nak cari kerja di KL. Lagipun, kelayakan dia, fuhh, aku pun takut nak tengok," Fitrah Hani mengutip bantal-bantal yang berselerak di lantai. "Dia ambil accounting kan? Dia lambat balik sebab kerja di sana ke?" Atikah membantu sahabatnya itu menyusun kembali bantal di atas katil. "Yup, adalah dalam dua tahun," Fitrah Hani mengiakan.

Atikah duduk di birai katil. Kelihatannya seperti sedang memikirkan sesuatu. "Syarikat tempat Iqbal kerja nak buat interview terbuka minggu depan untuk cawangan diorang yang akan dibuka di PJ. Apa kata kau suruh Firhad pergi? Nanti aku suruh Iqbal bagi alamat laman web syarikat dia. Suruh Firhad tengok sendiri iklan tu," Atikah mengusulkan. Fitrah Hani menjabat tangan sahabatnya itu. "You’re my best buddy," dia tersenyum.

***

Pelawaan Atikah dan Farah untuk makan di KFC petang itu Fitrah Hani sambut dengan senyuman. Sudah terlalu lama dia tidak makan di situ, tergerak rasa hati untuk kembali menikmati ayam goreng kegemarannya dalam suasana santai restoran itu. Selalunya dia lebih senang memesan melalui rakan-rakannya sahaja. Restoran makanan segera terkemuka itu agak lengang tika ini.

Farah memilih tempat duduk yang terletak di tepi dinding cermin, membolehkan mereka menikmati pemandangan luar restoran sambil menjamu selera.
Fitrah Hani terpaku. Meja itu, meja di mana dia dan Alif makan berdua buat kali terakhir sebelum dia mengambil keputusan untuk membina jarak dalam hubungan mereka. Jarak yang turut semakin memisahkan hati mereka kini.
"Nini," Farah menepuk-nepuk bangku di sebelahnya. Mengisyaratkan agar Fitrah Hani duduk.

Ketawa Fitrah Hani mati. Farah juga begitu. Atikah terpinga-pinga namun apabila dia menoleh ke belakang, matanya tertancap pada wajah seseorang. Atikah kembali menghadap Fitrah Hani. Dilihatnya Fitrah Hani menunduk, menguis-nguis coleslaw di pinggannya. Bagaimanakah Fitrah Hani menghadapi saat-saat ini? Atikah berbisik sendiri. Fitrah Hani mengangkat muka, memandang Atikah kemudian Farah. Matanya dilihat sudah digenangi air panas. Menunggu masa untuk gugur.

"Nini, tu mungkin adik dia," Farah memujuk. Fitrah Hani menggeleng. Alif tiada adik perempuan. Dia yakin dengan itu.

"Patutlah aku call dia dua tiga minggu ni, dia tak berapa layan. Sibuklah, mesyuaratlah, dah ada orang lain rupanya," Fitrah Hani menyeka air mata yang hampir gugur. Dia tidak mahu menangis lagi kerana lelaki itu. Cukuplah selama ini dia berusaha mempertahankan hubungan mereka berdua. Jika lelaki itu benar-benar mahu hubungan ini berakhir, itulah yang akan dilakukannya.

"Mungkin perempuan tu client dia," Atikah mencuba pula. Iyalah, kerjaya Alif sebagai pegawai pemasaran semestinya memerlukan dia sentiasa berhubung dengan pelanggan. Fitrah Hani mencebirkan bibir. Takkanlah sampai berpegangan tangan.

***

Fitrah Hani menyenduk nasi tambah ke pinggannya. Diceduknya pula gulai lemak nanas dan udang. Mama tersenyum memandangnya. Dia tahu anak perempuannya yang seorang ini memang sukakan lauk ini, jadi bila mengetahui yang Fitrah Hani akan pulang berhujung minggu, dia sibuk mencari nanas dan udang segar di pasar.

"Nini, Alif apa habor?" ayah bertanya anak bongsunya itu. Fitrah Hani hampir tersedak. Terasa udang yang baru dijamahnya terlekat di tekak. Pantas diteguknya air limau nipis yang sejuk itu.

Ayah masih memandangnya, meminta jawapan. Fitrah Hani mengangkat bahu. Ayah dan mama saling berpandangan. "Kami dah lama tak contact ayah. Dia sibuk dengan ghoje dia, Nini pun sibuk dengan ghoje Nini," Fitrah Hani memberi jawapan selamat. Dia tidak mahu mereka tahu tentang hubungannya dan Alif yang bagai retak menanti belah, lagipun dia dan Alif belum benar-benar berpisah lagi. Sebal juga dia memikirkan tentang lelaki itu. Lansung tidak menghubunginya selepas mereka berbincang tentang hubungan mereka tempoh hari. Bosankah dia dengan aku?

"Kamu berdua ni pun, sibuk dengan ghoje, jangan sampei lupa nak kahwin. Umur dah makin meningkat,esok dah tua baru sibuk dengan anak, penat tau. Tengok ayah ni, baru pencen, dah ghamei cucu," ayah bersuara.

Mama di sisinya mengangguk, mengiakan, "Betui kata ayah tu Nini. Kamu tu perempuan, jangan lambat sangat kahwin,esok dah tua, anak-anak kecil lagi, kamu yang penat, dengan ghoje ghumoh lagi. Kalau kahwin awei ni, tenaga banyok lagi." Aku hanya menadah telinga.

"Nini, cepat! Kecemasan!" laungan Atikah mematikan lamunan Fitrah Hani. Segera dia membuka telekung putih yang membalut tubuhnya. Sudah beberapa malam dia bersolat istikharah, memohon Tuhan menunjukkan jalan terbaik buatnya. Dia tergesa-gesa keluar bilik. Atikah dilihatnya sedang memeluk Farah yang menangis. "Kenapa?" dia kaget melihat keadaan Farah. Jarang Farah begitu. Dia seorang yang ceria, pasti ada sesuatu yang buruk berlaku.

Atikah menoleh dengan wajah yang keruh,"Ayah Farah sakit tenat." Demi mendengar kalam itu, dia bergegas ke bilik Farah, menyumbat beberapa pasang pakaian pakaian rakannya itu ke dalam beg biru beroda kemudian mengambil beberapa persalinan buat Atikah dan dirinya sendiri dan menyumbat kesemuanya ke dalam beg lain. Barangan peribadi tidak dilupakan. Kelam kabut dia mencapai apa yang perlu dia atas meja solek dan bilik air. Fitrah Hani menarik Farah dan Atikah yang siap bertudung ke keretanya. Malam yang gelap diredah penuh hati-hati.

Farah bersandar di dinding rumah batu dua tingkat itu. Matanya bengkak, bibirnya pucat. Kehilangan ayah yang sangat disayangi memberi kesan yang cukup besar pada Farah. Fitrah Hani tahu, dan Atikah juga cukup tahu, Farah begitu rapat dengan ayahnya semenjak ibunya meninggal dunia ketika dia berusia sepuluh tahun akibat kemalangan jalan raya.

Ayahnya yang memberi semangat untuk bangkit daripada kesedihan. Ayahnya yang berjanji akan sentiasa berada di sisinya, menemaninya tika susah dan senang. Ayahnya yang setia memegang cinta ibunya, itu yang paling disanjungnya daripada sekian banyak pekerti luhur ayahnya. Ayahnya yang selalu berkongsi cerita dan idea bersamanya, yang tidak pernah kering dengan jenaka untuk membuatnya ketawa kini telah pergi meninggalkannya. Ayahnya tiada lagi, meninggalkannya bersama kenangan yang tidak mungkin akan dilupakannya.

Farah bersyukur,dia masih sempat berbicara dengan ayahnya buat kali yang terakhir, menatap wajahnya, menyaksikan senyuman terukir di bibir keringnya, mencium tangannya, mengucup dahinya.

"Ayah, Farah rindu," Farah mengesat air matanya yang sedari tadi masih belum kering. Fitrah Hani dan Atikah memeluk Farah. Mereka turut mengalirkan air mata. Benarlah kata orang, jika orang yang kita sayangi sakit, kita turut merasakan sakitnya, waktu dia gembira, kita berasa bahagia melihatnya ketawa dan apabila dia menangis, hati kita turut merintih melihat air matanya.

Fitrah Hani dan Atikah menemani Farah ke tanah perkuburan yang masih merah. Mereka bersama-sama menyedekahkan bacaan surah Yaasin sambil memohon keampunan dan rahmat Allah ke atas roh ayah Farah. Farah mengusap-usap tanah yang menimbus jasad ayahnya bagai dia mengusap tubuh ayahnya buat kali terakhir sebelum dia bangkit untuk berangkat pulang, meninggalkan pusara ayahnya untuk kembali meneruskan tugas yang menantinya di pejabat.

Mujurlah cuti Tahun Baru Cina baru berlalu, jadi dia tidak mengambil cuti, begitu juga dengan Fitrah Hani dan Atikah. Farah memandang sahabatnya itu. Dia terharu dikelilingi orang-orang yang menyayangi dan sanggup berkorban untuknya, menemaninya sehingga hari terakhir dia di kampung halamannya ini.

***

Sejambak mawar merah menyambut kedatangannya dia atas meja. Fitrah Hani menikmati haruman yang terbit daripada bunga-bunga yang segar itu. Siapa yang menghantarnya? Matanya tertancap pada sekeping kad yang terselit di celah jambangan itu. ‘Call me.’ Itu sahaja yang tertulis bersama satu nombor telefon bimbit. Fitrah Hani menggaru-garu kepalanya, hairan dengan arahan itu.

Tanpa membuang masa, dia pantas memicit-micit butang di telefon bimbitnya. Terdengar panggilannya bersambut. Dia berdebar menanti suara dari sana namun keadaan masih sepi. "Hello," Fitrah Hani bersuara. "Assalamu’alaikum sayang," satu suara kedengaran perlahan.

Fitrah Hani berdebar-debar. Siapa pula ni? "Sayang dah tak kenal dengan abang ke?" suara itu kedengaran lagi. Fitrah Hani mencerna otaknya, cuba mengingati suara itu. "Nak merajuk lah macam ni," dan Fitrah Hani tiba-tiba ketawa terbahak-bahak. Tidak ada lelaki yang akan merajuk dengannya kecuali...

Pandangan Fitrah Hani lekat pada lelaki di hadapannya. Kelihatan segak berkemaja lengan panjang biru cair dengan seluar hitam. Tali leher berona perak menambah gaya. "Janganlah pandang abang macam ni. Malu tau," Firhad berseloroh. Menutup mukanya dengan kedua-dua tangan.
Fitrah Hani mencubit tangan lelaki itu. "Buruklah Fir," dia ketawa perlahan. Firhad tersengih. Makanan mereka sampai. Fitrah Hani memandang Firhad, "Pandai Fir, macam tahu-tahu je Fit suka apa."

Firhad tersenyum nipis, "Abang belanja sebagai tanda syukur abang dah dapat kerja." "Di syarikat Iqbal kerja?" Fitrah Hani bertanya. Firhad mengangguk.

Alif terpaku. Dia menoleh sekali lagi ke arah pasangan yang sedang duduk di bangku taman itu. Matanya digenyeh-genyehkan. Fitrah Hani dengan siapa? Boleh tahan juga lelaki itu, hatinya berbisik. Dia mengambil tempat di salah sebuah bangku yang ada di situ,membuka akhbar yang sedari tadi dikeleknya. Pura-pura membaca, sedangkan matanya asyik memerhatikan pasangan itu. Mesra lagak sepasang kekasih. Di hatinya terdetik sekelumit rasa cemburu.

***

‘Saya nak jumpa awak.’ Mesej yang baru diterima Fitrah Hani dibacanya berkali-kali. Apa tujuan dia mahu berjumpa aku? ‘Di mana? Bila?’ Fitrah Hani menekan butang Send. ‘Malam ni, pukul 9 di Mak’s Kitchen.’

Fitrah Hani dan Atikah menapak masuk ke dalam restoran Mak’s Kitchen. Mata mereka melilau mencari kelibat Alif. Seorang pelayan menghampiri mereka, "Cik Fitrah Hani?" Fitrah Hani mengangguk. "Sila ikut saya," pelayan itu membawa mereka ke satu sudut. Alif yang sedang memandang ke luar tingkap menoleh setelah Fitrah Hani memberi salam. Dia menjawabnya perlahan.

Alif mempersilakan Fitrah Hani dan Atikah duduk. "Ingatkan awak datang dengan orang lain," Alif mengerling Atikah. Fitrah Hani memandang Alif, "Orang lain? Farah? Farah ada hal malam ni." Alif menggeleng-gelengkan kepalanya. Pelayan datang membawa minuman yang dipesan. Fitrah Hani menolak untuk makan walaupun dipelawa Alif. Atikah hanya mengikut rentak sahabatnya itu.

Alif menyedut minumannya perlahan, "Orang lain yang sama jantina dengan saya." Fitrah Hani memandang Atikah. Kenapa dengan mamat ni? Tak faham aku! "Siapa pulak ni? Awak cakap terus-terang boleh tak?" Fitrah Hani panas hati. Mujur juga suaranya masih dikawal.
"Aku tunggu kau di luar," Atikah bangun. Dia tidak mahu mengganggu pasangan itu. Biarlah mereka menyelesaikan masalah bersendirian. "Aku tak lama," Fitrah Hani menghantar Atikah dengan matanya hingga ke muka pintu restoran.

Dia kembali menatap Alif di hadapannya, menanti jawapan. "Saya nampak awak dengan seorang lelaki di taman hari tu, bukan main mesra. Berdua-duaan pulak tu. Siapa dia? I bet he’s not your brother. I know them all. Kalau dengan saya, banyak betul pantang larang awak, tapi..." Alif mendengus. Fitrah Hani ketawa kecil. Tahu pula kau cemburu! Alif mengerling Fitrah Hani, "Tell me, Nini. I should know."

Fitrah Hani memandang Alif tajam. "You should know who is that guy? Then, you should tell me what’s going on between us right now. You have somebody else, right? I saw you at the restaurant," Fitrah Hani menempelak Alif.

Alif terpana. "Apa yang awak cakap ni?" dia membalas. Fitrah Hani mencebirkan bibir. "Saya nampak awak berpegangan tangan dengan seorang perempuan di KFC hari tu. Sudahlah Alif, kalau awak betul-betul dah tak mahukan saya, kita berpisah saja," Fitrah Hani memberi kata putus.
Alif menggeleng-gelengkan kepala, "That was my client. There was nothing happened between us."
Fitrah Hani tidak mahu percaya.

"Takkan dengan pelanggan pun sampai pegang tangan, Encik Alif?"

"Yeah, that was my fault. She was just...ahh,so adorable. It happened suddenly."

"Kalau itulah sikap awak dengan pelanggan awak, saya tak boleh yakin dengan awak. Awak cepat tergoda."

"No, saya tak bermaksud. Lagipun...lagipun dia manja sangat. Saya tak sampai hati."

"Huh, tak sampai hati! Sudahlah Alif, itu satu hal, lepas tu, saya call awak tak angkat, saya mesej awak tak balas. Saya dah bosan diperlakukan begini. Awak punca saya buat macam tu. Awak!"

Fitrah Hani berlalu meninggalkan Alif. Dia tidak mahu mendengar penjelasan lelaki itu. Cukuplah dia bersabar selama ini. Sebulan menyepi dan tiba-tiba hadir menyatakan rasa cemburu? No way!

Alif meraup muka. Kesal. Tindakan bodohnya menyambut genggaman tangan Lissa yang manja itu nyata memakan diri. Bukan dia tidak mahu menolak, tetapi nafsu lebih dulu memandu hati sebelum sempat akal membuat keputusan.

***

Fitrah Hani mengelap habuk yang berkumpul di celah-celah ukiran yang terdapat pada jam dinding itu. Digosoknya besi yang meliputi ukiran itu penuh hati-hati, biar nampak berkilat. Bunyi detik minit yang berlalu bagai memainkan irama yang indah di hatinya. Matanya menatap tulisan emas di permukaan dalaman jam itu. ‘Khas untukmu’.

"Nini," Farah menghulurkan sebuah kotak kepada Fitrah Hani. Fitrah Hani menatang kotak yang agak berat itu ke meja makan. "Bila dapat?" dia bertanya. "Pagi tadi. Dah kita takde di rumah, kak Ros tolong terima bagi pihak kau. Bukalah," Farah menggesa. Fitrah Hani terfikir, siapalah yang baik hati nak bagi aku sesuatu ni. Berhati-hati dia membuka kotak merah jambu bercorak hati itu. Jam dinding? Fitrah Hani hairan.

Farah menggamit Atikah yang sibuk memasak menghampiri mereka. Fitrah Hani memejamkan matanya. Jam itu seperti pernah dilihat sebelum ini tetapi dia tidak dapat mengingati di mana. "Tea Time!" Atikah tiba-tiba berteriak. Spontan, dia dan Farah menoleh memandang Atikah. Atikah menekup mulut. "Nini, kedai Tea Time. Kau terpegun masa tengok jam ni di kedai tu. Masa tu kita berdua temankan Alif tukar bateri jam dia. Kau terpaku depan jam ni sampailah aku tarik kau keluar kedai, baru kau berganjak," Atikah mengingatkannya pada peristiwa tidak lama dahulu. Ah, Alif...

Fitrah Hani kembali menggantung jam itu di dinding kamarnya yang bercat merah hati. Warna jam yang putih bersih menjadikannya tarikan di dinding itu. Alif, inikah kesudahan kita? Hanya kenangan?
Alif berjalan perlahan-lahan. Menikmati kesegaran udara taman yang menenangkan. Ramai juga orang yang bersiar-siar petang itu. Di satu sudut taman, kanak-kanak riang bermain permainan yang disediakan.

Alif mengambil tempat di salah satu kerusi yang tersedia di situ. Dia memejamkan mata. Fikirannya kosong. Sungguh, itu yang dia inginkan sekarang. Dengan kerja yang menimbun semenjak dua bulan yang lalu, ditambah dengan masalahnya bersama Fitrah Hani yang masih belum nampak penghujungnya, dia inginkan secebis ketenangan menghuni hatinya. Alif membuka mata perlahan-lahan. Tasik yang terbentang di hadapan mata ditenungnya dalam. Seolah-olah dia dapat melihat hingga ke dasar tasik itu, mengetahui rahsia yang terkandung di dalamnya.

Sepasang suami isteri yang berjalan di tepi tasik menarik perhatiannya. Mereka berpimpingan tangan. Si isteri kelihatannya sedang berbadan dua. Dia mengamati pasangan yang nampak mesra itu. Si lelaki ialah dia dan si perempuan ialah Fitrah Hani. Dia memimpin Fitrah Hani berjalan menyusuri tasik yang luas itu. Sesekali dia memeluk pinggang isterinya itu. Fitrah Hani tidak lekang dengan senyuman, menggambarkan jiwanya yang bahagia dengan hidupnya kini; bergelar seorang isteri dan bakal menjadi ibu tidak lama lagi.

"Abang," Fitrah Hani memanggilnya. Dia menoleh, tersenyum. "Abang ni nakallah," dan Fitrah Hani menepis tangannya yang sedari tadi mengurut lembut jemari Fitrah Hani. "Kenapa pulak?" Alif kehairanan. Apa yang telah dilakukannya tadi? " Kata nak bawak pergi rumah mak, ni kenapa ajak dating kat sini pulak? Saje cari alasan eh?" Fitrah Hani mencubit lengannya. Alif ketawa besar.

Upp, dia menutup mulut. Memerhatikan sekeliling. Mujur tiada siapa yang memandangnya tika ini. Ketawa dalam angannya sebentar tadi bertukar menjadi realiti. Dia tersenyum-senyum. Membayangkan semua itu menjadi kenyataan. Hatinya membisikkan sesuatu.

***

Firhad mengetuk-ngetuk stereng keretanya. Sudah 10 minit dia menunggu, tetapi insan yang dinantinya masih belum muncul. Dia menekat punat pada radio.

I know they say if you love somebody - you should set them free
But it sure is hard to do
It sure is hard to do
I know they say if they don\'t come back again then it\'s meant to be
Those words ain\'t pulling me through
Cos I\'m still I love with you
I spend each day here waiting for a miracle
But it\'s just you and me going through the mill climbing up a hill

This is the long goodbye
Somebody tell me why
Two lovers in love can\'t make it
Just what kind of love keeps breaking our hearts
No matter how hard I try
You\'re gonna make me cry
Come on baby it\'s over let\'s face it
All that\'s happening here is a long goodbye

Sometimes I ask my heart did we really give our love a chance
I know without a doubt
That would turn it inside out
And if we walked away it would make more sense
But it tears me up inside
Just to think we still could try
How long must we keep riding on this carousel
Going round and round and never getting anywhere on a wing a prayer

The long goodbye
The long goodbye
This is the long goodbye

Someone please tell me why
Are you ever coming back again
Are you ever coming back again
Are you ever coming back again
Guess I\'m never coming back again

Fitrah Hani tunduk menekur lantai. Lirik lagu itu begitu menyentuh hatinya. Firhad menoleh, terperanjat. "Bila Fitrah masuk? Dengan tak bagi salam,terkejut abang," Firhad memandang Fitrah Hani yang masih tunduk. "Hey, what’s wrong baby?" Firhad mencuit dagu Fitrah Hani. Fitrah Hani mengangkat muka, "I need your help."

Tisu di tangannya diramas-ramas. Air matanya masih lagi mengalir. Firhad menepuk lembut bahu gadis itu. Dia memahami kini mengapa sejak beberapa minggu ini, Fitrah Hani tidak seriang selalu. Kadangkala termenung, kadangkala dilihatnya gadis itu seolah-olah sedang menanggung masalah yang berat.

"Fitrah masih sayangkan Alif?" Firhad bersuara setelah lama sepi menyelubungi mereka. "Sayang je tak cukup Fir, kalau kejujuran dan kepercayaan dah tiada dalam hubungan kami. Apa guna bersama kalau sudah tidak sefahaman?" Fitrah Hani menjawab perlahan. Sayu hatinya masih mempengaruhi. Firhad mengeluh. Dia juga lelaki, dia faham apa yang Alif rasakan. Pertemuannya dengan lelaki itu seminggu lalu sudah cukup buatnya menilai apa yang terjadi kini.

Matanya menatap mesej yang ditujukan kepada Fitrah Hani. ‘Nini, biarpun beratus panggilan saya yang awak tidak terima, biarlah beribu mesej saya yang tak dibalas, saya masih menanti di sini. Saya ingin pertaruhkan kembali cinta saya agar awak kembali bersama saya. Tolong sayang, saya perlukan kepercayaan awak. Alif perlukan Nini. Tiada siapa yang dapat menandingi awak di hati saya. Bukankah awak mengimpikan kita bertakhta di singgahsana indah? Saya sudah bersedia untuk itu. Saya sanggup memikul segala tanggungjawab yang bakal tiba. Yang saya perlukan kini cuma awak untuk saya terus berdiri di bumi Allah ini dengan hati bahagia. Saya cintakan awak. Ikhlas.’ Firhad meletakkan kembali telefon bimbit itu di telapak tangan Fitrah Hani.

"Berjumpalah dengan dia. Berbincang. Itu yang terbaik," Firhad menasihati. Fitrah Hani menoleh, memandang lama wajah lelaki yang sebaya dengannya itu. "Tiada masalah yang tak dapat diselesaikan dengan perbincangan. Lagipun kamu berdua dah matang, cerdik, jangan seksa diri masing-masing dengan membuat tindakan bodoh. Berbincang," Firhad meyakinkan Fitrah Hani. Dia mahu melihat gadis itu bahagia. Dia tidak mahu melihat lagi air mata kesedihan mengalir di pipi itu.

"Fir ikut?" Fitrah Hani mengusulkan. Entah mengapa dia rasa gentar saat itu untuk berhadapan dengan lelaki yang sangat dicintainya itu. Dia perlukan sokongan daripada orang yang disayanginya. Firhad menggeleng, "Not this time. Ajak Atikah atau Farah. Abang tak nak mengeruhkan keadaan."

Alif bangun daripada kerusinya tika gadis itu tiba di meja yang didudukinya seminit lalu. Fitrah Hani mengambil tempat berhadapan dengannya. Atikah meminta diri ke meja tidak jauh dari situ bersama Farah. Alif menggamit pelayan. Memesan dua gelas jus mangga bersusu,kemudian meminta pelayan mengambil pesanan Atikah dan Farah dan memasukkannya ke dalam satu bil. Fitrah Hani mengangkat muka. Jus mangga bersusu kegemaran aku, tapi Alif tidak suka. Alif menentang pandangan matanya. Dia tertunduk. Dadanya bergetar hebat tika panahan mata lelaki itu bagai menusuk terus ke jantungnya.

"Alif minta maaf," ayat pertama yang keluar daripada mulut lelaki itu ditujukan khas kepada Fitrah Hani. "Nini juga minta maaf," Fitrah Hani memandang lelaki itu. Bibirnya masih tidak mengukir seulas senyuman. Alif membuka kaca matanya. Fitrah Hani berdebar. Lelaki itu selalu membuka cermin matanya jika dia mahu makan atau jika dia mahu mengatakan sesuatu yang serius. Minuman yang dipesan masih belum tiba.

"Saya tahu awak masih marahkan saya, malah mungkin awak bencikan saya sebab saya dah banyak sakitkan hati awak. Tapi saya nak awak tahu, sampai sekarang, saya tak pernah bercita-cita nak kahwin dengan seorang wanita pun kecuali awak, Fitrah Hani binti Farid. Ingat tak kali pertama saya call awak tapi awak tak jawab,lepas awak tinggalkan saya di restoran dulu?" Farid memberi laluan kepada pelayan untuk meletakkan minuman di meja kemudian mengucapkan terima kasih. Fitrah Hani mengetap bibir. Terasa malu dengan perlakuannya sedikit masa dulu. Dia mengangguk.

"Masa tu, saya baru lepas balik dari taman. Masa kat taman, saya nampak satu pasangan husband and wife ni, saya terus teringatkan awak. Sampai melamun tau, siap gelak sorang-sorang lagi. Nasib baik takde orang kata saya ni gila. Sejak daripada tu, saya sedar, saya memang perlukan awak. I need you to be my wife, Nini. Saya tak kisah dah, kalau awak ajak saya nikah minggu ni pun, saya on je," Alif memandang Fitrah Hani lembut. Fitrah Hani tersenyum nipis. Benarkah apa yang dikatakan lelaki itu?

"Entahlah Alif, saya perlu cari kembali kepercayaan yang saya berikan pada awak dulu. Saya perlu lihat kembali bukti kejujuran awak pada saya. Saya perempuan Alif, dan perempuan bukanlah macam lelaki, sekali kami berkahwin, status kami berubah seratus peratus. Saya nak serahkan diri saya pada seseorang yang saya betul-betul percayai," Fitrah Hani bermain-main dengan napkin yang berlipat elok di atas meja. Alif mengangguk-angguk.

"Salah saya juga sebab hancurkan kepercayaan itu. Nini, ambillah sebanyak mana masa yang awak mahu. Saya sedia menunggu." Fitrah Hani mengalih pandangan ke luar tingkap. Gerimis di luar, dan hatinya basah dengan harapan yang berbunga.

***

Alif menapak tergesa-gesa mengejar lelaki yang segak berkot hitam itu. Langkahnya dipercepatkan apabila lelaki itu sudah hampir tiba ke lif. Lelaki itu yang perasan ada orang yang ingin turut sama menggunakan lif membiarkan pintu lif terbuka lebih lama. Alif melangkah masuk ke dalam lif sambil tersenyum. Segak lelaki ini, hatinya berbisik. Suasana dalam lif sepi. Hanya mereka berdua.

"Assalamu’alaikum, encik," Alif menyapa lelaki yang dilihat lebih muda daripadanya itu. Lelaki itu menoleh sambil menjawab salam bersama senyuman. "Saya Alif," Alif menghulurkan tangan, ingin berjabat. Lelaki itu pantas menyambut, "Firhad." "Boleh kita bercakap sebentar, Encik Firhad," Alif bertanya.
Dahi lelaki itu berkerut. "Berkenaan Fitrah Hani," Alif menyambung.

Firhad ketawa kecil. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Alif merenungnya hairan. Salahkah soalan aku tadi? Firhad memandang wajah Alif yang nampak tegang. "Saya bukan kawan istimewa Fitrah, apatah lagi teman lelakinya. Kami sepupu," Firhad menerangkan.

Kini giliran Alif pula yang menggeleng-gelengkan kepalanya, " Nini takkan semesra itu dengan sepupunya. Lagipun dia sekarang dah banyak berubah. Dah banyak jaga batas adab dan perlakuannya, dan saya pasti dia tahu yang sepupu adalah orang yang boleh dikahwininya. Lebih baik awak berterus-terang, Encik Firhad," suara Alif kedengaran keras.

"Panggil saja saya Firhad. Kan tak lama lagi kita nak bersaudara," Firhad ketawa lagi, " Kami sepupu sesusu. Masa kecil saya menyusu dengan mama Fitrah sebab ibu saya sakit. Saya pun dah macam adik-beradik dengan dia dan abang-abangnya, sementelah rumah kami selang sebuah saja di kampung tu. Saya pun tak ada adik perempuan, dialah adik saya yang paling manja walaupun kami sebaya. Lahir pun selang beberapa hari je." Alif memandangnya takjub.

Saudara sesusuan? Huh, tenang sungguh jiwanya mendengar pernyataan itu. Terasa segala beban di kepalanya terbang pergi. Ringan.

I don’t wanna run away
But I can’t take it
I don’t understand
If you’re not made for me
Then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I can stay in your arms?

Ketika dia cuba menidakkan kata hatinya terhadap gadis itu, Tuhan menunjukkan jalan. Di waktu dia hampir berputus asa untuk kembali menawan jiwa dan raga insan yang dicintainya itu, Tuhan menghulurkan bantuan. Terasa doanya yang tidak putus-putus selama ini telah dimakbulkan Tuhan. Terasa solat hajat yang ditunaikannya saban malam selama ini tidak dipandang sepi oleh Tuhan. Besarnya nikmat Tuhan, yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Tuhan,syukur.

***

Alif tercangak-cangak di ruang tamu. Keseorangan. Pakcik Farid dan isterinya sibuk di dapur. Hendak ditolong, awal-awal lagi dia sudah dilarang menjejakkan kaki ke situ. Lega hatinya apabila Pakcik Farid sudi menerima kunjungannya ke rumah lelaki itu hari ini. Sementelah dia di Ipoh atas urusan kerja,dia bercadang mengunjungi orang tua Fitrah Hani. Lantas dia menghubungi lelaki itu semalam, memberitahu akan kedatangannya.

Alif membelek-belek akhbar hari itu. Huh, sudah dibacanya pagi tadi.Sudahnya, dia mencapai novel yang bersusun di rak berkaca di sudut ruang tamu itu. ‘Ini mesti Nini yang punya,’ Alif berbisik dalam hati. Fitrah Hani memang kaki novel, daripada novel cinta sehinggalah novel bercorak thriller, semua disapunya.

"Alif, moh minum. Ni makciknye buatkan cempedak goreng. Paneh lagi," suara Pakcik Farid kedengaran. Alif menapak ke ruang makan rumah banglo itu. Kelihatan cempedak goreng berasap-asap di pinggan, kecur liur dia dibuatnya. Hai makcik ni, macam tau-tau je aku suka cempedak goreng!

Alif melabuhkan punggung berhadapan dengan Pakcik Farid. "Makcik mana? Marilah makan sekali," dia berbahasa. "Biorlah dia di dapur tu. Ade lah ghojenye tu," Pakcik Farid mengunjukkan teh susu panas kepada Alif.

Kedengaran bunyi kereta memasuki garaj rumah. Alif berpaling. Tidak nampak kelibat sesiapa yang masuk. "Fitri lah tu," Pakcik Farid bagai memahami pertanyaan yang terpacul di benak Alif. Alif mengangguk. Fitri, abang Fitrah Hani yang keempat, masih bujang dan tinggal bersama ibu bapanya. Alif menjamah cempedak goreng penuh berselera. Baru saja dia hendak menyuap cempedak gorengnya yang kelima, telinganya menangkap sesuatu.

"Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Alif, happy birthday to you," suara Fitrah Hani, Fitri, Firhad, Pakcik Farid dan isterinya bergema. Alif terpaku. Pantas dia mengerling kalendar di dinding. Benar, hari itu hari lahirnya yang ke 28 tahun. Dia tidak ingat!

Fitrah Hani meletakkan kek itu di tengah-tengah meja. Semua yang ada di situ mengambil tempat. Fitri menepuk bahu Alif, "Baca doa." Alif mengerling Fitri, kemudian Fitrah Hani di hujung meja. "Bismillah..."

Fitrah Hani menapak perlahan-lahan, membuntuti langkah Alif ke kereta. Masing-masing diam. Alif menggenggam erat kunci di tangan. Dia berpaling, menghadap Fitrah Hani. "Adakah ini maknanya awak dah terima saya?" Alif menatap wajah Fitrah Hani yang tenang. Fitrah Hani tersenyum nipis.

"Dengan syarat ," Fitrah Hani bersuara. Alif mengangkat keningnya, tanda ingin tahu syarat yang akan diletakkan Fitrah Hani. "Kita sama-sama jadikan perhubungan ini perhubungan yang diredhai Allah," Fitrah Hani mengunjuk ke langit. Alif mengangguk, tanda mengerti. "Kalaulah awak tahu," Alif menundukkan muka. "Saya dah tahu," Fitrah Hani tersenyum nakal.

"Apa yang awak tahu?" Alif membeliakkan mata. "Fir dah bagitau. Tak boleh sorok dah," Fitrah Hani ketawa besar. Alif menepuk dahi. Firhad ni memang tak boleh harap lah. Takkan kisah aku bercerita impian perkahwinan aku dengan Nini pada dia pun dia nak bagitau Nini. Malu,malu.
posted by Penulisan2u @ 6:06 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
9 Comments:
  • At 21/8/09 9:13 PG, Anonymous shasha81 said…

    boleh tahan juga cerpen nie...saya harap awak dapat buat yang terbaik lagi...good luck.....happppppyyyyyyy

     

  • At 21/8/09 7:25 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    emr..not bad !!!
    thniah...ksah yg mnrik.

     

  • At 22/8/09 10:26 PTG, Anonymous ayma yana said…

    mmg sweet sgt100x..
    hehe..
    well done writer!!
    no comment!

     

  • At 23/8/09 6:32 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    saya perasan most malay stories..nama watak selalu nak dkt sama
    perlu ker?
    it can be a bit confusing at times..at the beginning mostly
    realistically..couple taklah nama sama..
    adek beradek jer yg mugkin selalu sama..
    pls take note of this

     

  • At 24/8/09 2:50 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Wow best ar!!!

     

  • At 28/8/09 6:57 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best story..all d best.

     

  • At 9/9/09 12:12 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best...
    go0d luck!

     

  • At 13/9/09 9:28 PG, Blogger Unknown said…

    nice story...congrate 4 writer.jln cite y x mmbosnkan...keep it up!!

     

  • At 19/9/09 2:13 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    boleh juga lah citer nie...

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group