BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Ogos 19, 2009
Cerpen : Kasih bonda
Nama Pena : cik kasih

SEGALA-galanya berlaku terlalu pantas. Sepantas mata mengerdip. Tanpa disangka, segalanya berubah dalam sekelip mata sahaja. Dia sendiri tidak pernah terfikir, jauh sekali mengharapkan itu berlaku. Tapi, segalanya bukan diruang genggaman dia. Dia tak mampu untuk mengubah takdir.
Mak terbang ke Mekah bersama ayah dan Abang Long untuk mengerjakan umrah. Hampir dua minggu mak disana. 6 Jun 2007, sehari sebelum balik Malaysia, Abang Long telefon, memaklumkan ayah telah meninggal dunia di Masjidil Haram akibat serangan jantung seusai mengerjakan solat Subuh pagi itu.
Mak sangat terkejut. Mak jatuh pengsan. Apabila sedar, tubuh mak keras. Mak tidak boleh gerakkan anggota badan sendiri. Abang Long uruskan kepulangan mak ke tanah air. Tiga minggu pertama, semua orang bergilir-gilir menjaga mak. Masuk minggu ke empat, semua orang balik ke rumah masing-masing selepas sepakat untuk menggaji seorang pembantu untuk menjaga mak.
Mak menangis. Mak taknak. Mak kata, inilah takdir Allah untuk mak. Dari kecik, sepuluh anak mak, mak tatang sebaik-baiknya walaupun bukan bagai minyak yang penuh. Bila besar, sepuluh anak-anak mak langsung tak mampu nak jaga mak yang seorang. Semua orang jadi serba salah.
Saat dia sedang berhempas pulas untuk peperiksaan akhir semester, Abang Long telefon, suruh dia balik. Semua adik beradik berkumpul.
Kata Abang Long, semua orang tahu mak sakit. Semua orang tahu mak tak nak digaji pembantu untuk uruskan mak. Tapi, kakak-kakak dan abang-abang semuanya sudah bekerja, sudah berumahtangga, ada anak, ada isteri, ada suami.
Abang Long tambah lagi. Abang Long kata, hanya dia, Hirman dan Adik saja yang masih belum pikul sebarang tanggungjawab besar. Hanya belajar. Adik akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Hirman pula, baru tahun dua pengajian peringkat diploma. Dia, sedang dalam tahun dua di peringkat ijazah. Dia sudah ada sijil STPM. STPM sama taraf dengan diploma.
Saat itu, dia sudah faham maksud Abang Long. Dia tunduk merenung lantai bersama linangan airmata. Hatinya sangat remuk. Sampai hati Abang Long. Sampai hati Kak Nia, Kak Yan, Kak Ani, Abang Mie, Abang Lan. Sampai hati mereka buat dia begitu.
Ingin sekali dia menjerit, membantah dengan keputusan mereka semua. Walaupun dia sudah mempunyai sijil STPM, tapi, kakak-kakak dan abang-abang semuanya sudah mempunyai ijazah. Tapi, jeritannya itu hanya bergema dikerongkong.
Abang Long kata, mewakili adik beradik yang lain, mereka berharap, dia akan berhenti belajar, berkorban demi untuk mak. Sekali lagi dia ingin menjerit. Kenapa mesti dia??? Kenapa dia, yang masih muda, mesti korbankan masa depan dia demi untuk mak? Kenapa mereka, yang masa depannya sudah terjamin, hanya membatukan diri?? Tapi, suaranya enggan keluar.
Empat semester di universiti, segala impiannya hancur apabila surat berhenti belajar dihantar ke pejabat. Semua orang terkejut. Ada yang marah kerana adik beradik hukum dia begitu. Ada juga yang bersimpati, berdoa moga ada hikmah yang lebih besar menanti dihari muka.
Sewaktu jiwa remaja sedang menguasai jiwa, dia terpaksa berkurung dirumah untuk menjaga mak. Suapkan mak makan. Mandikan mak. Sikat rambut mak. Pakaikan mak bedak. Urut kaki mak. Urut badan mak. Dia selalu berdoa moga mak cepat sembuh. Jika mak sembuh, dia akan kembali sambung belajar.
Sudah sebulan dia jaga mak. Urut kaki dan tangan mak. Urut tubuh mak. Tapi keadaan mak masih tetap sama. Dia tetap redha. Walaupun hati pedih mengenangkan sikap kakak-kakak dan abang-abang yang meletakkan tanggungjawab untuk menjaga mak sepenuhnya dibahu dia, dia tetap redha. Sebab dia tahu pengorbanan mak untuk dia selama ini lebih besar berbanding apa yang dia lakukan sekarang. Mak hanya ada seorang ini saja.
Tapi mak tak faham dia. Mak marah dia. Mak kata, mak tahu dia tak ikhlas nak jaga mak. Mak hanya membebankan dia. Mak kata mak tahu dia jaga mak sebab abang-abang dan kakak-kakak 'gaji' dia untuk jaga mak.
Hati dia sangat terluka. Sampai hati mak kata dia macam tu. Memang kakak-kakak dan abang-abang ada memberi dia wang. Tapi, sesen pun tidak pernah dia gunakan. Dia sendiri tidak tahu untuk apa wang yang banyak itu kerana hari-harinya hanyalah dirumah itu, menjaga mak siang dan malam. Dunianya hanya rumah itu.
Setiap pagi dia akan mandikan mak. Dia sikatkan rambut mak. Dia sapu bedak dipipi mak. Kemudian dia akan cium mak. Selepas mendandan mak, dia akan buat senaman kaki dan tangan untuk mak. Walaupun rutin itu 'memenatkan', dia tetap cuba bertabah. Mak hanya satu.
Yang menggembirakan dia, mak sudah boleh baring mengiring. Azman kata, itu satu petanda yang baik. Jika diizinkan Allah, mak akan sembuh dalam tempoh enam bulan ini jika dia rajin membantu mak. Dia juga harapkan perkara yang sama.
Tadi,selepas suap mak makan, dia ke dapur. Dia mahu masak untuk makan tengahari. Dia kembali ke bilik mak kerana terlupa suapkan mak ubat. Belum sempat dia sampai ke bilik mak, dia dengar mak menjerit panggil dia. Dia lari ke bilik mak. Bilik berbau busuk. Mak buang air besar atas katil lagi.
Mak membebel. Mak marahkan dia. Mak kata mak buang air sebab sakit perut sebab bubur nasi yang dia masak untuk sarapan mak pagi tadi. Mak kata dia nak dajalkan mak supaya dia boleh mengadu kepada adik beradik bahawa perangai mak semakin lama semakin teruk.
Dia berpaling. Airmata dia meleleh lagi. Mak melukakan hati dia lagi. Sampai hati mak, kata dia macam tu. Sudah hampir tiga bulan dia mengabdikan diri untuk menjaga mak sehingga diri dia sendiri sudah tidak terurus . Tapi mak tidak pernah mengerti. Mak tega sekali mengucapkan kata-kata yang sangat kejam untuk dia.
Kalaulah mak tahu bahawa jauh disudut hati, dia sangat-sangat mengharapkan mak untuk kembali sembuh seperti dulu. Bukan bermaksud dia mahu cepat-cepat meninggalkan mak. Tapi, dia percaya, kesembuhan itu akan kembali membahagiakan mak. Tapi, mak tak tahu.
Tadi, sewaktu telefon bimbitnya berdering, dia baru mahu angkat mak dari katil untuk mandikan mak. Dia baru saja mahu minta izin dari mak untuk jawab telefon. Mak marah dia. Mak tengking. Mak kata, itu mesti panggilan dari jantan sehingga dia sanggup mengenepikan mak. Mak kata dia sudah pandai berkawan dengan jantan.
Hati dia semakin pedih apabila mak kata dia sudah gatal mahu menikah cepat sebab mahu tinggalkan mak, tidak mahu menjaga mak lagi. Mak sumpah dia. Mak kata, jika dia bernikah, mak doakan rumah tangga dia hancur sebab dia bencikan mak.
Mendengar kata-kata mak, dia terduduk. Hati dia hancur berderai. Airmata dia mengalir laju. Mak. Kenapa mak terlalu kejam? Sampai hati mak doakan dia seberat itu. Kenapa mesti doa itu yang mak lafazkan? Hati mak terlalu kejam. Adakah Allah sudah menarik kembali Nur kasih sayang dari hati mak?
Dia telah korbankan masa depan sendiri demi untuk menjaga mak. Dia sendiri tidak pernah terfikir untuk bernikah dalam tempoh terdekat ini semata-mata mahu menjaga mak. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk mak. Tapi mak, pintu hati seolah-olah sudah tertutup dari melihat kasih sayang yang telah dia curahkan buat mak.

****************************************************

10 Mac 2008
DIA sedang bersolat Maghrib ketika bunyi hon kereta menjerit dari laman. Selesai solat, dia terus tanggalkan telekung, berlari ke pintu. Dia terdengar suara kanak-kanak ketawa. Dia cam suara itu. Abang Long balik! Hati dia riang. Tolak hari raya puasa dan raya haji, ini kali ke empat Abang Long balik sejak hampir lapan bulan dia jaga mak.
Abang Long tersenyum ketika dia buka pintu. Dia cium tangan dan peluk Abang Long erat-erat seolah-olah mahu kesedihan yang bertapak dihatinya mengalir ke tubuh Abang Long melalui pelukan itu. Abang Long kata dia semakin kurus. Hati dia sayu. Kalaulah Abang Long mengerti.
Abang Long terus berjalan masuk ke bilik mak. Sambil menguak langsir pintu bilik mak, Abang Long tanya dia, kenapa lambat bukakan pintu. Pantas saja mak menjawab. Mak kata dia sedang tidur. Abang Long pandang dia. Berkerut dahi Abang Long memandang dia.
Hati dia cukup tersinggung. Dia beristighfar dalam hati. Tuduhan mak hanya dibiarkan. Tidak ada gunanya untuk dia menjawab kembali. Dia tidak mahu bergaduh dengan mak. Mak tidak pernah berhenti dari menyakitkan dan melukakan hati dia walau sudah berkali-kali dia berdoa supaya ianya tidak berulang.
Mak bagitahu Abang Long, mak lapar. Adu mak lagi, dia tidur dari sebelum Asar sehinggalah Abang Long sampai. Dia belum menyediakan makan malam untuk mak. Abang Long dan Kak Long pandang dia.
Dia menoleh memandang mak. Sebelum dia bersolat tadi, dia sudah suapkan nasi berlaukkan sup cendawan dan ikan tenggiri goreng untuk mak. Apa yang dia masak hari ini, atas permintaan mak juga. Dia tidak tahu apa tujuan mak mengadu begitu. Mak, cukup-cukuplah tu. Tapi, dia hanya bersuara didalam hati.
Dia bangun, kembali ke bilik. Wajahnya disembamkan ke bantal. Dia menangis lagi. Hanya itu cara untuk menenangkan hati selain dari bersolat, mengaji Al-Quran dan menangis didalam hati. Tapi, sejak memikul tanggungjawab untuk menjaga mak, dia sudah sangat jarang mengaji Quran.
Dari dalam bilik, dia dapat dengar derap tapak kaki Abang Long keluar dari bilik mak. Abang Long ketuk pintu bilik dia. Dia bersila sambil sapu airmata. Abang Long masuk tanpa disuruh. Abang Long berdiri depan dia. Tapi dia tak pandang wajah Abang Long. Tidak mahu Abang Long melihat kesan dia menangis.
Abang Long tanya dia, mahu sambung tidur lagikah? Tidak sembahyang,kah? Asar tadi pun ponteng juga?
Dia seperti mahu menjerit, mahu menampar pipi Abang Long. Tapi lelaki itu Abang Long. Dia tak salahkan Abang Long kerana Abang Long hanya dengar kata-kata mak. Tapi, Abang Long bersalah juga kerana tidak bertanya langsung kepada dia. Sebelum keluar, Abang Long pesan suruh dia masak untuk makan malam.
Dia bangun, mahu ke dapur. Tapi, kepalanya terasa berat tiba-tiba. Kepala dia sakit. Sangat sakit. Dia baring sekejap. Berdoa moga kesakitan itu hilang. Dia perlu siapkan makan malam untuk Abang Long dan anak-anak. Dia tahu jika dia tidak melawan rasa sakit itu, dia hanya akan semakin memburukkan keadaan, sekaligus melukakan hati sendiri. Mulut mak takkan berhenti.
Belum sempat dia bangkit, Abang Long ketuk pintu bilik. Abang Long masuk tanpa disuruh. Dia berdebar. Tapi, telinganya sudah diajar untuk pekak. Tidak mahu mempedulikan sebarang kata-kata yang mungkin bakal menghiris hati dari Abang Long.
Abang Long duduk tepi dia. Abang Long minta maaf dari dia sebab keluarkan kata-kata sinis pada dia tadi. Abang Long kata, Abang Long tak tahu mak tipu. Abang Long baru saja yang mak tipu sebab Kak Long kata, ikan tenggiri dengan sup cendawan masih terhidang diatas meja. Periuk nasi sudah ada kesan diusik. Mangkuk masih ada di sinki.
Dia diam saja. Tidak mahu menambah apa-apa. Memang pinggang mangkuk yang kotor selepas suap mak makan tadi masih belum dicuci. Lauk masih berbaki kerana dia masih belum menjamah hidangan makan malam.
Ketika dia mahu bangun, Abang Long tarik tangan dia. Abang Long suruh dia duduk kembali. Abang Long tenung anak mata dia. Abang Long ucap terima kasih. Abang Long kata dia budak baik. Anak yang baik. Adik yang baik. Kakak yang baik. Sebab sanggup korbankan masa depan demi mak, demi adik yang masih belajar, demi kakak-kakak dan abang-abang yang sudah berkeluarga dan sudah mempunyai tanggungjawab besar yang lain.
Ucapan penghargaan Abang Long tidak memberi sebarang kesan buat dia. Apa saja yang Abang Long kata, tidak akan pernah sesekali mampu mengubah takdir yang direncana Allah. Bahkan, ucapan Abang Long itu tidak lebih menyakitkan hati dia. Kalaulah semua orang tahu bahawa dia sangat terluka dengan sikap semua orang, dengan sikap mak.
Abang Long keluar dari bilik apabila dia tidak memberi sebarang reaksi. Dia juga langsung tidak bersuara. Lagaknya tidak ubah seperti patung bernyawa. Sewaktu Abang Long melangkah, dia tetap begitu. Seperti orang tidak berperasaan.
Selesai solat Isyak, dia keluar menuju ke bilik mak. Kaki dan tangan mak perlu diurut sebelum tidur. Walaupun sudah hampir lapan bulan dia berusaha, tapi mak masih belum tunjukkan perkembangan yang baik secara berkala, dia tetap tidak mahu jemu. Sebab mak dia hanya ada satu.
Belum sempat kaki dia melangkah masuk kedalam bilik mak, kaki dia jadi keras tiba-tiba. Abang Long. Kepulangan Abang Long bersebab rupanya. Bukan hanya mak, tapi, ada sebab lain. Abang Long. Kenapa mesti secepat itu?

**********************************************

ABANG Long dan Kak Long duduk menghadap dia. Abang Long kata, Abang Long rasa bersalah kerana telah mengorbankan masa depan dia demi kerana mak. Jadi, demi meringankan beban dia, hanya itu sajalah cara yang Abang Long mampu fikirkan.
Abang Long kata, anak Lebai Amin yang bernama Khairul Hakimi itu, baru saja tamat pengajian di Ireland. Baik budaknya. Akhlak terpuji walaupun menuntut ilmu di negeri orang putih. Abang Long kata lagi, Khairul Hakimi akan bekerja di Hospital Universiti Sains Malaysia.
Abang Long menambah lagi, tidak ada cacat celanya lagi pada Khairul Hakimi. Berasal dari keturunan baik-baik, keluarga yang baik-baik, akhlak yang terpuji, berilmu, ada rupa. Sejauh mana terpujinya sikap Khairul Hakimi, dia tak tahu. Tapi masa depan dia sudah terjamin jika dia bersama Khairul Hakimi, InsyaAllah. Itu kata Abang Long.
Abang Long kata, Abang Long terfikir itu adalah cara terbaik untuk 'melepaskan' dia dari terus terkurung bersama mak. Cukuplah apa yang telah dia korbankan untuk mak selama beberapa bulan ini. Abang Long kata, jika dia bersetuju menerima Khairul Hakimi, selepas dia bernikah dengan lelaki itu, Abang Long akan ambil mak, bawa mak tinggal di KL. Abang-abang dan kakak-kakak akan bergilir-gilir menjaga mak.
Dia hanya diam. Apa yang dikata Abang Long itu langsung sepi ditelinga dia. Pandangan mata Abang Long cukup jelas menggambarkan bahawa Abang Long penuh mengharap agar dia bersuara. Apabila Abang Long kata mak terpaksa telan juga sekalipun mak tidak mahu diuruskan oleh orang gaji, dia tidak boleh pandang wajah Abang Long. Tidak sanggup! Dia jadi sedih. Sungguh dia teramat sedih. Abang Long dia kah itu? Dia tidak tahu.
Kalau sesenang itu, kenapa tidak dari dulu lagi Abang Long paksa mak untuk telan keadaan dijaga orang gaji? Kenapa baru sekarang? Kenapa apabila dia sudah lepaskan masa depannya di univerisiti, barulah Abang Long memikirkan keputusan itu?
Abang Long. Sampai hati Abang Long. Dia merintih didalam hati.
Dia melepaskan keluhan berat. Terasa diri seolah bola, boleh ditendang, disepak. Terasa diri seolah tembikai yang mahu dihias cantik untuk hidangan makan beradat dimeja pengantin. Dihiris, dipotong dadu, dipotong bulat, semata-mata mahu hidangan dimeja pengantin itu nampak indah.
Semua orang kejam terhadap dia. Membuat keputusan tanpa berbincang dengan dia terlebih dahulu. Dia hanya tahu apabila keputusan telah diumumkan. Mahu atau tidak, keputusan itu tidak boleh ditendang sesuka hati.
Abang Long duduk sebelah dia. Abang Long pegang tangan dia. Abang Long kata, janganlah kecewakan Abang Long. Lebai Amin kawan baik arwah abah. Khairul Hakimi itu pula kawan baik Abang Lan sewaktu zaman sekolah dan masih berkawan baik sehingga sekarang. Abang Long minta dia supaya tidak kecewakan adik beradik.
Janganlah kecewakan abang Long dan Abang Lan. Gegendang telinganya seperti mahu pecah apabila ayat itu keluar dari mulut Abang Long. Terasa telinganya seperti sedang disimbah asid. Panas. Pedih. Perit.
Sakit hati. Terluka. Kecewa. Perit. Perit. Terluka. Terhiris. Semuanya bercampur baur menjadi satu. Tiada sebarang kata yang boleh dilafazkan untuk menggambarkan perasaan dia saat itu. Seluruh hatinya sedang hancur menjadi debu Pundaknya terasa sangat berat. Ya Allah, kenapa mesti begini aturannya? Kenapa semua orang mesti terlalu kejam terhadap dia?
Terima Khairul Hakimi? Kalaulah Abang Long tahu tentang sumpahan doa mak untuk dia tentang perkahwinan. Kalaulah Abang Long tahu Azman sudah bertahun menanti dia. Kalaulah Abang Long tahu bagaimana perasaan Azman yang tidak pernah berhenti meniupkan kata semangat dan ucapan cinta untuk dia walau tidak sepatah pun dibalas.
*****************************************
MAK marah dia lagi. Mak kata dia benci mak. Mak kata dia gatal nak bersuami sebab nak larikan dari mak. Sudah tidak mahu jaga mak lagi sebab mak itu orang tua yang sangat menyusahkan. Mak kata mak tahu dalam hati dia, dia tak pernah berhenti sumpah mak agar cepat mati kerana mak sangat menyusahkan hidup dia.
Mak kata, hidup dia akan dilanda sial kerana terlalu bencikan mak. Rumahtangga dia akan hancur kerana jadi anak derhaka. Mak tak izin dia bernikah dengan Khairul Hakimi. Mak tak restu. Mak doakan rumahtangga dia ranap sebab perkahwinan itu terjadi hanya kerana dia mahu melarikan diri dari mak.
Dia menangis lagi. Mak teramat menguji dia. Menguji kesabaran hati dia. Kewarasan akal fikiran dia. Mak. Kenapa mak sangat kejam? Kenapa mak mesti begini? Kalau mak tetap mahu melukakan hati dia? Mak. Dia hanya manusia biasa. Dia seorang perempuan. Dia anak perempuan mak yang mak lahirkan dari rahim mak sendiri 22 tahun dulu. Kenapa mak mesti begini?
Airmata dia gugur bertali. Mak. Dia sayang mak. Dia mahu berbakti kepada mak selagi termampu. Samada mak atau dia yang pergi dulu, dia tetap mahu berbakti kepada mak selagi diizinkan Allah. Tapi kenapa mak mesti kejam?
Dulu, kerana keputusan yang Abang Long putuskan, dia terpaksa ranapkan masa depannya di universiti. Dia terima apa saja yang Abang Long dan semua adik beradik putuskan. Kini, Abang Long balik, membawa 'jodoh' untuk dia. Tapi, mak 'hadiahkan' luka kerana jodoh yang cuba abang Long hadiahkan itu.
Abang Long tahu tak, dia rasa seperti sudah penat untuk hidup begini? Hidup dan masa depan diatur oleh orang lain. Rintihan hati tak siapa yang tahu. Luka dia tak siapa cuba rawat. Malah, semakin menambahkan hirisan sambil menuangkan garam. Abang Long, kenapa mesti begini? Adakah masa depan dia terletak ditangan Abang Long?
Ya Allah. Dia merintih dalam hati. Menyedari ketelanjuran emosi.
Ya Allah, dia tidak tahu kenapa mesti begini. Dia tidak tahu kenapa dia langsung tidak punya kekuatan untuk meluahkan apa yang dia inginkan. Dia tidak tahu kenapa dia mesti menurut saja apa yang ditentukan oleh orang lain sekalipun orang itu adalah Abang Long.
Ya Allah, ampunkan segala ketelanjuran aku terhadap mak selama ini. Ya Allah,aku hamba yang lemah, tapi aku tak kuat untuk hidup didalam nerakaMu kerana menjadi anak derhaka. Aku hanya manusia yang lemah dan hidup diatas fitrah yang Kau tetapkan. Kau hijabkanlah segala sumpahan mak terhadap masa depanku walau bila jodohku tiba walau sesiapa saja jodoh yang Kau tetapkan untuk aku.
Azman, maafkan saya kerana terlalu lemah.
*********************************************
KHAIRUL HAKIMI segak berjubah putih berkopiah. Abang Long duduk menghadap Khairul Hakimi. Abang Lan keluarkan cincin, hulurkan kepada Abang Long. Abang Long sarungkan cincin ke jari Khairul Hakimi. Khairul Hakimi cium tangan dan peluk Abang Long. Abang Long bisikkan sesuatu ke telinga Khairul Hakimi. Lelaki itu tertawa halus.
Kak Long masuk ke bilik dia. Kak Long suruh dia keluar. Kak Long kata, upacara sarung cincin. Kenal mengenal bakal ibu mertua dan saudara mara pihak lelaki. Kak Long senyum sambil pimpin dia keluar.
Kaki dia terketar-ketar melangkah. Khairul Hakimi. Wajah lelaki itu tidak pernah dilihat. Jauh sekali untuk ditatap. Walau Azman sudah hampir berjaya membuka pintu hati dia, dia tidak akan menolak jika Khairul Hakimi itu adalah takdirnya.
Dia pandang kiri kanan. Dia cuba cari mak. Gagal. Yang ada hanya adik beradik dia, beberapa orang saudara mara, dan beberapa orang tetamu yang tidak dia kenali. Dia pandang Kak Long, mahu tanya dimana mak. Tapi Kak Long angguk, suruh dia duduk dihadapan seorang wanita tua. Kak Long kata itu mak Khairul Hakimi.
Ketika dia hampir mahu duduk, seseorang terlanggar bahu dia. Dia gagal mengimbangkan tubuh. Dia terjatuh. Dia terdengar bunyi kaca pecah. Mata dia terpercik sesuatu. Dia menjerit kesakitan. Maha sakit. Ya Allah!

**************************************

DIA terasa tangan dia panas digenggam erat. Ketika dia cuba buka mata, kepala dia rasa sakit. Mata dia pedih. Dia cuba lagi. Berjaya. Dia pandang kiri kanan. Tapi pandangan matanya berbalam. Semakin lama semakin cerah. Dia nampak Abang Long, Kak Long, Abang Lan, Khairul Hakimi, Kak Nia, Kak Yan, Kak Ani, Abang Mie.
Ada seorang lelaki berjubah putih berdiri di kepala katil. Doktor. Dia dapat mengagak yang dia berada di hospital.
Dia cuba memerhatikan ke seluruh bilik itu. Mencari wajah mak. Hampa. Mak tiada. Sampai hati mak. Tidak mahu melawat dia. Mak bukannya tidak boleh duduk dikerusi roda. Bukannya tiada siapa yang boleh tolak mak yang berkerusi roda kerana mahu melawat dia. Tapi mak?
Kenapa tega benar hati mak berbuat begini? Benci sangatkah mak kepada dia? Dia pun anak mak juga. Tidak berbekaskah kasih sayang di hati mak untuk dia?
Dia pandang Abang Long. Dia tanya Abang Long, mana mak? Abang Long diam. Dia tanya, siapa jaga mak dirumah kalau semua orang berada dihospital untuk melawat dia? Semua orang diam. Dia tanya abang Long lagi, adakah orang gaji baru yang sedang jaga mak sekarang? Abang Long tetap diam. Dia pandang semua orang. Tapi semua orang diam juga.
Dia tutup mata. Kolam mata terasa panas. Mak. Dia sayang mak. Kenapa mak mesti begini? Kenapa mak mesti kejam? Mak. Dia merintih dalam hati.
*********************************************
SETIAP hari Khairul Hakimi menemani dia. Kadang-kadang lama. Kadang-kadang sekejap. Dia tidak bercakap walau sepatah pun dengan lelaki itu. Lelaki itu cuba bercerita. Tapi dia hanya memandang sepi. Dia bukan bencikan Khairul Hakimi kerana terpaksa menerima lelaki itu sebagai bakal suami dia. Cuma dia teringatkan mak. Dia terfikirkan mak.
Sudah seminggu dia di hospital. Tapi, mak tak pernah datang melawat. Mak tak pernah telefon. Mak tak pernah tanya khabar. Setiap kali Abang Long datang, Abang Long hanya sampaikan pesanan salam dari mak. Setiap kali dia tanya Abang Long pasal mak, kenapa mak tak datang, Abang Long kata jangan fikir macam-macam. Walau mak tak datang melawat dia, mak sayang dia.
Dia terpaksa terima jawapan Abang Long walaupun hati meronta kesedihan. Mak. Dia rindukan mak. Dia risaukan mak. Siapa yang jaga mak? Siapa suapkan nasi untuk mak? Siapa mandikan mak? Siapa bedakkan mak? Siapa basuh berak mak? Siapa yang masakkan makanan mak? Siapa urut kaki dan tangan mak setiap pagi dan malam?
Khairul Hakimi ketuk pintu bilik. Khairul Hakimi masuk sambil ucapkan salam. Khairul Hakimi senyum sambil menghulurkan sekeping sampul surat putih kepada dia. Dia sambut sampul itu. Dibaca isinya. Dia sudah dibenarkan keluar wad. Alhamdulillah. Dia sudah boleh balik. Dia boleh jumpa mak. Dia boleh peluk dan cium mak. Balik nanti dia nak tanya mak, kenapa tak pernah pergi melawat dia di hospital.
Abang Long masuk bilik. Abang Long senyum. Abang Long ucapkan tahniah kerana sudah sembuh walau bukan sepenuhnya. Khairul Hakimi sudah terlebih dahulu memaklumkan Abang Long tentang hal itu.
Dia terperasan sesuatu pada kerta yang menyatakan kebenaran untuk keluar wad itu. Tarikh masuk, 8 April 2008. Tarikh keluar, 23 April. Muka dia berkerut. 8 April adalah hari pertunangan dia dengan Khairul Hakimi. Jika hari ini sudah 23 April, ini bermakna, sudah lima belas hari dia berada dihospital. Tapi, kenapa dia hanya ingat tujuh hari sahaja. Bermula dari hari yang dia sedar sehingga hari dia dibenarkan keluar dari wad, hanya tujuh hari.
"Abang Long?"
************************************************

DIA termenung sambil menangis lagi. Kali ini dia menangis kerana mak lagi. Sekali lagi dia terluka. Juga berkait dengan mak. Mak tak bencikan dia. Mak sayang dia. Mak sangat sayangkan dia. Pengorbanan mak untuk dia lebih besar dari apa yang telah mak korbankan untuk semua adik beradik yang lain.
Abang Long genggam erat tangan dia. Abang Long sapu airmata dipipi dia. Abang Long cium dahi dia. Abang Long suruh dia bersabar. Abang Long minta maaf kerana pernah mengatur masa depan dia tanpa pernah dia berkata ya. Pada saat dia sudah bersedia, Abang Long buka lembaran penjelasan.
Dia jatuh ketika majlis pertunangan sedang berlangsung. Dia pengsan. Mata dia berdarah teruk terkena kaca gelas yang pecah. Dia dibawa ke hospital. Tiga hari dia tidak sedarkan diri. Doktor kata peratusan untuk dia buta adalah tinggi melihatkan kecederaan pada kornea matanya. Doktor syak sesuatu kerana koma yang terlalu lama bagi kes seperti dia. Doktor buat pemeriksaan rapi.
Doktor sahkan dia menghidap penyakit luekimia. Daya tahan tubuh yang semakin lemah menyebabkan sel barah semakin aktif. Mak jatuh pengsan mengetahuinya. Apabila sedar dari pengsan, mak kata, mak sudah bersedia jika Allah mahu ambil nyawa mak. Mak pesan, jika mak meninggal dunia, ambil mata dan sum sum tulang mak, hadiahkan pada dia. Mak kirim salam sayang peluk cium untuk dia.
Hari kelima dia koma, mak kembali ke sisi Yang Maha Esa. Wasiat mak dipenuhi.
Takdir Allah, kasih Allah terhadap hambaNya, kasih ibu, tulang sum sum mak sesuai dengan dia. Kornea mak beralih tapak. Pembedahan dijalankan. Alhamdulillah, pada hari kelapan, dia sedar dari koma. Mata dia sempurna.
Abang Long kata, semua adik beradik jadi sayu melihat mata dia. Sebab terasa mak ada sedang memerhatikan mereka. Walaupun hakikatnya mak sudah pergi. Tapi mata mak tetap ada.
Dia pegang nisan mak. Dia tak perlu jaga mak. Ada 'orang lain' yang sudah mengambil alih tugas dia. Tanggungjawab dia. Tapi, yang dia kesalkan, mak 'serahkan' tanggungjawab dia kepada 'orang lain' tanpa 'meminta keizinan' dari dia. Dia cukup terkilan tentang itu.
*************************************

DIA pandang semua orang. Walaupun hanya perhimpunan keluarga, Khairul Hakimi juga diminta hadir. Dia menarik nafas panjang. Walaupun berat, dia harus luahkan. Sesekali, biarlah dia belajar untuk buat keputusan sendiri. Kakak dan abang sudah berkeluarga, sudah punya tanggungjawab besar masing-masing. Adik akan ke universiti. Hirman masih tetap belajar dengan baik.
Sekali lagi dia menarik nafas panjang.
Dia berhenti belajar kerana tidak mahu mengecewakan adik beradik demi menjaga mak. Kini mak sudah tiada. Mak sudah pergi dengan aman. Jadi, tanggungjawab dia sebagai anak perempuan mak, sebagai kakak kepada Adik dan Hirman, dan sebagai adik kepada kakak dan abang dalam mewakili semua untuk menjaga mak, sudah selesai. Dia juga sudah berusaha untuk tidak mengecewakan Abang Long dan Abang Lan apabila menerima Khairul Hakimi sebagai tunangan dia.
Walau seperit mana pun, takdir tetap tidak boleh diubah. Dan sekarang dia harus kuat.
Apa yang berlaku ini diluar kehendak, perancangan dan kemahuan dia. Dia tidak pernah menyesali takdir dari Ilahi walaupun sesekali dia mengeluh. Cuma kini dia perlukan masa untuk menerima semua ini dengan baik walau segalanya telah berlalu.
Dia mohon maaf dari Abang Long dan Abang Lan kerana terpaksa menolak Khairul Hakimi. Hari itu dia akan lepaskan Khairul Hakimi. Cincin pertunangan dilurutkan dari jari manisnya. Dia letakkan cincin pertunangan dihadapan Khairul Hakimi. Dia kata, saat itu dia lepaskan Khairul Hakimi. Jika lelaki itu adalah jodoh dia, dia terima.
Dalam kuat, dia lemah juga. Airmata dia mengalir. Tapi saat itu, sungguh, demi Allah, dia penat. Terlalu penat. Dia perlukan masa untuk berehat.
Dia pohon kemaafan dari semua. Dia perlu pergi. Apabila ditanya haluannya, dia hanya mampu menggeleng. Memang dia tidak tahu kemana haluannya. Tapi, yang pasti, dia perlu pergi. Ditanya bila akan kembali, dia tidak punya jawapan. Khairul Hakimi bersuara. Lelaki itu tetap mahu dia menjadi suri. Tapi, rayuan itu tetap tidak mampu untuk mengikat hati dia yang sudah berdebu diuji. Dia berserah jika lelaki itu bukan untuk dia.
Walaupun kemaafan untuk semua sudah lama diberi, luka dihati perlu diubati. Tapi, yang pasti, dia sangat rindukan mak.
posted by Penulisan2u @ 5:01 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
7 Comments:
  • At 19/8/09 3:37 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhu sedey nye..
    sayangi lah mak anda

     

  • At 19/8/09 3:53 PTG, Anonymous dinda_z said…

    syurga di bwh tapak kaki ibu...bole lar jln cter nie..ada isi tp gaya penyampaian kureng...

     

  • At 19/8/09 4:10 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mak die jahat..
    xnk syg mak cm tu...

     

  • At 20/8/09 10:00 PG, Anonymous milakarmila said…

    x baik cakap cam tu..penyakit mak dia yang buat mak dia terlalu emosional...tetapi kasih- sayang ibu tetap sampai ke akhir hayat, sanggup berkorban segalanya..tengokla buktinya kan...

     

  • At 20/8/09 2:34 PTG, Anonymous aNJe said…

    SAKIT MATA
    ALLO BUAT PERENGGAN R
    CMNE NAK BACA KALO MATA DH NAK NAIK JULING

     

  • At 1/9/09 12:57 PG, Blogger Unknown said…

    ermm..
    cter yg sedih..
    menangis gak la..
    mak die bkn jahat.. die tertekan dgn penyakitnya.. sbb tu die keluar perkataan yg bkn2..

     

  • At 5/9/09 5:03 PTG, Anonymous irda said…

    jalan crita yg sgat menarik...............
    sedih sgat
    sayangilah mak anda

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group