BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Sabtu, Ogos 29, 2009
Cerpen : Jiwa Sekental Batu
Nama Pena : SHEDFZ SUFIEY

Suara kokok ayam sudah lama bersahut-sahutan memecah hening pagi itu. Dinginnya menyucuk tulang-belulang. Samad menarik kain pelikatnya ke paras kepala. Kelihatan Pak Hasan muncul dari muka pintu dapur, sudah siap berwuduk dan bersedia untuk menunaikan solat subuh. Dia berdehem beberapa kali. "Samad bangun sembahyang..sudah hendak siang ni!" Suaranya di tinggikan sedikit apabila melihat tiada respon dari anak bongsunya itu. Samad menggeliat perlahan. Kak Esah muncul dari dalam bilik dengan muka yang masih mamai. Terus dia ke dapur untuk mengambil wuduk. Mak Nab pula sibuk mengupas kulit ubi kayu untuk di rebus buat sarapan pagi seperti biasa. Hari itu tidak sekolah, maka sebab itulah Samad mahu memanjangkan sedikit waktu tidurnya namun gagal jua apabila di kejutkan ayahnya pagi-pagi lagi untuk solat subuh. "Tapi ayah hari ini Samad tak sekolah..tak payah kejut pagi-pagi, Samad mengantuk.." Melentok suaranya merayu-rayu. "Sembahyang mana boleh lengah-lengah!..sudah pergi ambik wuduk, sembahyang dulu, lepas tu kalau nak tidur..tidurlah kamu sampai ke tengahari!" Nada keras bapanya itu membuatkan Samad cepat-cepat bingkas bangun sambil membetul-betulkan pelikatnya. Pak Hasan tidak pernah berkompromi dalam hal ehwal solat terutama dengan anak-anaknya. Solat adalah tiang agama maka sebab itulah dia amat menitikberatkan soal sembahyang. Kak Esah juga sudah mula memakai kain telekung dan sudah bersedia untuk sembahyang. Hasan dan Zainab sudah hampir berabad menetap di kampung itu. Beranak pinaknya juga di situ dan hidup mereka sudah sebati dengan suasana kampung itu. Walaupun sudah ramai yang berhijrah meninggalkan golongan tua sahaja yang tinggal, mereka masih setia berumah di situ. Di kurniakan empat cahaya mata dua lelaki dan dua perempuan sudah cukup membahagiakan walaupun hidup mereka sekeluarga daif namun mereka masih bersyukur dengan apa yang ada. Masih lagi makan pakai cukup. Dua anak mereka kini sedang belajar di universiti tempatan dan itu sudah membuatkan orang kampung menghormati mereka sekeluarga. Seusai solat Pak Hasan berdoa dan mengaji seperti biasa. Kak Esah pula membantu emaknya di dapur membancuh teh cap bulan yang selalu di beli di kedai Harun. Teh itu menjadi minuman rutin mereka sekeluarga setiap pagi. Terus Pak Hasan ke beranda setelah selesai rutinnya di tikar sembahyang. Sambil mengasah pisau menoreh dia mengulum daun tembakau kosong. "Bang, makan dulu.." Seperti biasa Mak Nab memanggil dari dapur. Kak Esah sudah memasukkan beberapa ketul ubi kayu ke dalam bekas untuk di bawa bekal oleh mak dan ayahnya semasa menoreh nanti. Samad sudah turun ke tanah melepaskan ayamnya di dalam reban seperti biasa. Kain pelikatnya mula melurut turun, Samad menarik semula ke paras dada. Sambil mengusap-gusap ayamnya dia membebel bercerita dengan ayam tersebut seolah-olah ia mengerti dengan butir bicaranya. "Samad naik makan!" Kak Esah melaung dari arah pintu dapur. "Ayam Samad tu dah tua, tengahari ni kita sembelih lah buat lauk.." Pak Hasan memulakan perbualan sambil mengunyah ubi kayu yang dicecah dengan kelapa muda parut bersama gula". Samad yang sedang membasuh kakinya terus menguak pintu dapur. "Tak boleh!..ayam tu ayam Samad, mana boleh sembelih buat lauk!" Mata Samad mula memerah dan berair. "Sudah lama ayam tu kamu bela Samad, hari-hari kamu bagi makan beras, beras untuk kita makan pun tak cukup Samad..kita sembelih buat lauk hari ini, mak kamu nak masak tak ada lauk hari ini!". Pak Hasan membalas dengan bernada memujuk. "Tak boleh, Samad tak izinkan!.. terus dia kembali meluru ke tanah mendapatkan ayam itu. Terus rasa kantuknya hilang, Samad merenung jauh ke jalan berdebu yang tidak berturap itu. Air sembahyang Subuhnya pagi tadi masih melekat di muka, di sapunya dengan pangkal lengan. Pokok langsat itu mula bergoyang-goyang apabila Samad membetulkan duduknya. Setiap kali dia merajuk di pokok itulah dia selalu bertenggek. Di kelasnya Empat Alfa, Samad cukup di kenali ramai kerana sikapnya yang rajin dan menjadi kesayangan guru kelas iaitu Cikgu Rahimah. Namun kerap juga dia popular kerana di denda cikgu kerana gagal menyiapkan kerja sekolah. Samad terbawa-bawa kenangan di sekolah. Ayamnya yang dipanggil ‘Jonet’ setia menunggu di bawah pokok langsat itu sambil mematuk-matuk tanah. Ayam itulah yang di sebut-sebut ayahnya untuk di sembelih tengahari nanti. Samad mula mengingat kembali anak ayam yang baru di tetas dan masih lembik di tatang di tapak tangannya kira-kira 6 bulan lalu. Antara anak-anak ayam lain yang baru di tetas, Jonet yang paling lemah dan masih belum boleh berjalan. Samad mengusap-ngusap kepala anak ayam itu perlahan-lahan berharap agar semangatnya pulih dan mampu berdiri seperti ‘saudara-saudaranya’ yang lain. "Sudahlah tu Samad..anak ayam tu dah nak mati biarkan dia.."Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata ayahnya, Pak Hasan. "Tak..Samad akan usahakan supaya anak ayam ni terus hidup.." Samad bergegas naik ke atas rumah mencapai beberapa botol minyak panas yang selalu digunakan ayahnya untuk mengurut badan. Sejak hari itu, rutin harian Samad mula berubah, pulang saja dari sekolah dia akan mengurut-ngurut kaki anak ayam itu, memberinya makan dan memastikan anak ayam itu tidak kesejukan. Rasa sayang Samad tumpah kepada anak ayam itu sepenuhnya. Makin bertambah sayang Samad apabila melihatkan anak ayam itu sudah mula berdiri walaupun masih terhuyung-hayang. Akhirnya sehingga sekarang anak ayam yang digelar ‘Jonet’ itu sudah membesar dan gemuk mengalahkan ‘saudara-saudaranya’ yang lain. ‘Jonet’ juga seakan tidak boleh berenggang dengan Samad, ke mana Samad pergi dibontotinya melainkan jika Samad ke sekolah. Pernah juga abang dan kakaknya menggelarnya kembar si ‘Jonet’. Samad tersenyum-senyum sendiri bangga mengenangkan kisahnya dan ‘Jonet’ itu. Pagi ini pula tiba-tiba ayahnya mahu memisahkan dia dengan ‘Jonet’. Masakan dia mahu melihat saja ‘Jonet’ disembelih. Sehingga kini, ‘Jonet’ saja yang masih tinggal ‘saudara-saudara’ yang lain semuanya sudah disembelih buat lauk dan ada juga yang dijual. "Abang pun satu, dah tahukan si ‘Jonet’ tu kesayangan dia.." Mak Nab mengomel sambil menyusun bekalan mereka di dalam plastik. "Abang bukan apa, dah tua ayam tu..apa salahnya kita sembelih buat lauk, Samad tu pun dah besar takkan nak bermain dengan ayam tu lagi nanti tak berkembang otak budak tu..rakan-rakan sebaya yang lain main bola di padang, dia pulak main dengan anak ayam tu di rumah..tak berkawan dengan orang budak tu nanti.." Kebimbangan Pak Hasan selama ini di luahkan kepada isterinya. "Ish..awak ni ke situ pulak..Samad tu kan ke sekolah macam anak orang lain jugak..berkawan dengan orang jugakan..biarlah si ‘Jonet’ tu, tak payahlah sembelih nanti merajuk susah pulak.." Mak Nab cuba memberi kata putus. Faham benar dia dengan sikap Samad yang kuat merajuk dan susah dipujuk itu. Disebabkan hal itu juga, sampai dua hari Samad tidak bertegur dengan ayahnya. Rajuknya menjadi-jadi, puas ditegur ayah dan maknya, namun Samad hanya diam seribu bahasa. Tetapi hari ketiga Samad mula menyahut panggilan ayahnya tidak seperti dua hari yang sebelum. Masih terngiang-ngiang kata-kata Ustazah Rohani tengahari tadi sewaktu di kelas pendidikan agama Islam. "Menderhaka kepada ibu-bapa adalah berdosa besar, jadi anak-anak, berkata ‘umphh’ pun pada mak ayah sudah jatuh dosa menderhaka..ingat ye anak-anak jangan sesekali membuat musuh dengan ibu-bapa, tidak bau syurga nanti.." . Samad meneguk air liurnya yang serasa begitu pahit untuk di telan. Pulang saja dari sekolah dia terus mencari ayahnya. Terus dia menarik tangan kasar ayahnya lalu diciumnya perlahan, walaupun bau getah sekerap menusuk-nusuk hidungnya. "Ayah..ampunkan Samad..Samad tak mahu jadi anak derhaka, Samad nak masuk syurga…" Suara sayu Samad membuatkan jiwa lelaki Pak Hasan tersentuh. Perlahan-lahan dia mengusap ubun-ubun anak lelakinya. "Ayah dah lama maafkan Samad, ayah pun nak mintak maaf juga pada Samad, ayah janji, ‘Jonet’ tu Samad peliharalah..ayah tak mintak untuk buat lauk lagi.." Samad tertawa kecil.
******************************

Seminggu lagi semua umat Islam akan berpuasa. Samad yang paling gembira. Terus dia memasang angan-angan untuk mencari buluh di hujung kampung untuk dibuat meriam buluh. Suka benar dia dengan bulan puasa kerana bulan itulah makanan yang dimasak semua sedap-sedap, semua yang teringin ditekaknya akan dipenuhi. Bulan ini jugalah dia akan memperoleh baju baru.Samad juga suka ke masjid berterawih bersama ayah, mak dan Kak Esah. Suasana masjid terasa lebih meriah berbanding hari-hari biasa. Pak Hasan bermenung panjang di jendela. Sudah seminggu dia tidak turun menoreh. Hujan yang turun sejak Jumaat lalu masih berlarutan. Berfikir-fikir dia bagaimana mahu mencari duit untuk bekal bulan puasa dan hari raya nanti. Harga getah juga tidak pernah tetap selalu naik turun. Kedutan di dahinya makin bertambah. Begitu berat beban yang dipikulnya kini. Samad yang sedang tekun menghafal sifir memandang ayahnya pelik. Selalu ayahnya tidak begitu, dia perasan sejak dua tiga hari ini ayahnya sudah tidak mengasah pisau getah seperti selalu. Tetapi Samad dapat menangkap permasalahan yang sedang difikirkan ayahnya kini. Kak Esah ada berpesan kepadanya supaya berjimat cermat dengan wang belanja sekolah kerana ayah dan mak tidak dapat menoreh lagi. Semalam Kak Esah mengorek tabung wang belanja sekolahnya untuk wang belanja sekolah Samad. Kak Esah juga sedang buntu untuk membayar wang peperiksaannya. Samad kesian pada ayahnya tetapi dia juga tidak tahu bagaimana mahu meringankan beban ayahnya itu. Petang itu sebaik saja menongkat basikalnya di bawah rumah terus dia menapak ke reban ‘Jonet’. Ditenungnya plastik dedak ‘Jonet’ yang makin menyusut. Samad mengeluh perlahan, dibukanya pintu reban, seraya itu, ‘Jonet’ melompat keluar sambil mengisik-ngisik bulu kepaknya. Samad tersenyum melihatkan gelagat ayamnya itu. "Nanti aku tak tahu nak bagi makan apa lagi kat kau ‘Jonet’..dedak dah nak habis, beras pun cukup-cukup untuk kami makan je..ayah dah seminggu lebih tak turun menoreh..duit tak ada sebab tak dapat jual getah sekerap.., nanti pandai-pandailaa kau ‘Jonet’ cari makan ye.." Samad mengusap-ngusap ayamnya perlahan. "Samad salin baju sekolah tu..akak nak basuh ni!" Raungan Kak Esah dari dapur membuatkan Samad cepat-cepat bingkas bangun menaburkan dedak cepat-cepat kepada ‘Jonet’ dan terus dia naik ke atas rumah. Malam itu, Samad sukar untuk melelapkan matanya. Badannya berpeluh-peluh, dilurut kain pelikatnya ke bawah perut. Pandangannya tertancap pada jam usang yang tergantung di muka pintu bilik Kak Esah. Dia mengecilkan biji matanya untuk memastikan angka yang ditunjukkan oleh anak panah pada jam itu. "Sudah pukul satu.." Desisnya perlahan. Tiba-tiba dia seakan-akan terdengar suara ayahnya berdehem perlahan di beranda depan. Dia mengamati perlahan-lahan suara ayahnya. "Aku tak tahulah Nab, sudah dua minggu puasa ni, menoreh pun tak sekerap dulu, hujan memanjang..mana nak cari duit buat bekal puasa dan raya ni.." Pak Hasan meluahkan kerisauannya kepada isterinya. "Hmm..insyaallah bang, adalah rezeki kita tu nanti..anggaplah ini ujian dari DIA bang..adalah tu rencanaNYA..saya ada sikit simpanan bolehlah buat bekal puasa nanti..untuk hari raya entahlah bang cukup ke tidak..kita usahalah sedaya mungkin, kalau tak hujan kita turunlah menoreh.." Mak Nab cuba mengurangkan kebimbangan suaminya itu. "Macam mana Nab..hari ni turun menoreh, esok hujan..habislah susu getah tuu..dah banyak hari macam tu Nab..macam mana nak jual sekerap..aku risau betul si Esah dengan Samad tu perlukan duit untuk sekolah..wang peperiksaan Esah pun aku tak dapat bagi lagi ni.." Pak Hasan menarik nafas panjang lalu melepaskannya perlahan berharap agar beban dibahunya berlalu pergi bersama hembusan nafasnya itu. "Tok Ketua ada minta jualkan si ‘Jonet’ tu nak dibuat baka ayam kampung, berkenan benar dia dengan si ‘Jonet’ tu, baka baik katanya..katanya lagi dia nak bayar berapa aje..tapi aku tolak permintaan dia tu..kesian si Samad nanti.." Keluhnya lagi. Mak Nab hanya menoleh sekilas ke arah suaminya sambil memandang ke arah kegelapan malam. Betapa sukarnya hidup mereka sekeluarga ketika ini. Mahu mengadu pada anak sulungnya si Kamal dan Fatimah tidak berbaloi rasanya. Hanya menambah rasa bimbang mereka saja, sedangkan wang biasiswa mereka pun tidak cukup untuk membiayai pengajian mereka di universiti sana. Samad mula merebahkan badannya ke bantal. Terngiang-ngiang kata-kata ayahnya tadi. "Tok Ketua nak beli ‘Jonet’.."Getus Samad perlahan, sambil menggigit-gigit hujung kain pelikatnya Samad berfikir-fikir. Pagi itu, Samad bersiap awal-awal ke sekolah. Sahur tadi, mereka hanya menjamu selera dengan nasi dan telur goreng bersama kicap manis. Namun sudah cukup menyelerakan bagi mereka sekeluarga. Telur goreng dengan kicap manis adalah kegemaran Samad. Sampai menambah dua kali, kalau tidak ditegur ayahnya mahu dia menambah lagi. Setelah bersalaman dengan mak dan ayahnya dia terus mengayuh basikal dalam kegelapan awal pagi itu menuju ke sekolah. Seusai sampai di sekolah, matahari sudah mula meninggi. Samad terus mendekati meja Sufiah, anak kepada Tok Ketua. Sufiah mendongak memandang Samad kehairanan. "Aku nak tanya sikit, pasal bapak kau.." Terang Samad perlahan. "Kenapa dengan bapak aku?.." Sufiah menyoal pula. Bertambah hairan dia dengan permintaan Samad tadi. "Tadi ayah aku beritahu, bapak kau nak beli ayam aku tu..betul ke?" Samad bersungguh-sungguh. "Betul laa tu, tapi ayah kau tak nak jual pun.."Sufiah menerangkan perlahan tanpa sebarang syak. "Kalau aku jual ‘Jonet’ kat bapak kau, berapa agaknya bapak kau nak bayar ye?" Samad terus-terusan menyoal. "Tak tahulah pulak aku, kenapa pulak kau sibuk-sibuk pasal ayam tu..kan ayah kau dah tak nak jual?.." Sufiah cuba mendapatkan penjelasan. Suasana kelas makin hingar-bingar, kerana cikgu yang sepatutnya mengajar pada pagi itu masih belum muncul-muncul. "Aku perlukan wang sedikit..nantilah aku jumpa bapak kau petang nanti, aku bawak ‘Jonet’ sekali." Sesudah itu Samad beredar ke mejanya. Sufiah hanya memandang kosong ke arah Samad.
**********************
Pagi itu, Pak Hasan bersiap-siap bukan mahu menoreh seperti biasa tetapi mahu ke rumah Azman. Peraih getah yang selalu membeli getah sekerapnya. Harapannya agar permintaan untuk meminjam wang dapat ditunaikan Azman. Hari raya sudah makin hampir, baju raya anak-anaknya masih belum di beli terutama Samad. Teringat-ingat lagi permintaan Samad supaya membelikannya baju melayu yang berwarna hijau. Sesudah dimatikan enjin motor kapcainya yang uzur itu, Azman muncul dari balik pintu rumahnya menyambut kedatangan Pak Hasan. "Masuklah dulu pak Hasan..mahu di hidang air pun tak boleh.." Selorohnya sambil tertawa. Pak Hasan turut ketawa. Sudah biasa benar dia dengan sikap peramah Azman. Seorang anak muda yang punya wawasan tersendiri. Walaupun lulusan universiti dia sanggup meneruskan perniagaan warisan keluarga iaitu menjadi peraih getah sekerap. Dia pernah menerangkan kepada Pak Hasan, bahawa dia tidak sanggup melihat tenaga empat kerat orang-orang kampung seperti Pak Hasan di ratah peraih-peraih luar terutamanya yang berbangsa Tionghua. "Saya kalau ikutkan hati mahu saja bekerja makan gaji di bandar tapi berapa sangatlah gajinya kalau nak dibandingkan dengan taraf hidup di bandar tu..lagipun saya nak bela nasib orang-orang kampung.." Tampak jelas keikhlasan yang ditunjukkan anak muda dihadapannya kini. "Aku ni ada hajat datang ni Man.." Pak Hasan memulakan bicara. Azman mendengar penuh khusyuk. "Hajat apa Pak Hasan..cakap ajelah kalau boleh bantu saya bantu.." Kata-kata Azman membuatkan Pak Hasan sedikit lega. "Kau tahu sajalah kan..dua tiga hari ni tak dapat nak menoreh..hujan kerap sangat..kalau dapat menoreh pun, tak sempat beku susu getah tu..hujan turun..aku ni tak tahulah nak mintak tolong pada siapa lagi, Man..aku hanya nampak kau saja sekarang ni.. kau pahamlah kan si Samad dengan Esah perlukan wang untuk sekolah, raya ni pun aku tak buat apa-apa persiapan lagi Man.." Terasa segala perasaan malunya sudah tiada. "Saya paham Pak Hasan, macam nilah berapa yang Pak Hasan perlukan saya pinjamkan dulu, kalau dah dapat menoreh nanti Pak Hasan bayarlah sikit-sikit, lambat pun tak apa.." Pak Hasan mengeluh kelegaan. "Terima kasihlah Man..hanya tuhan saja yang balas budi kau ni..maaflah kalau aku dah menyusahkan kau Man.." Pak Hasan memandang Azman dengan wajah yang sukar ditafsirkan. "Tak apa-apalah Pak Hasan, bantuan saya ni tak seberapa lagi pun Pak Hasan akan bayar nanti..tak kisahlah selagi saya mampu saya akan tolong..susah Pak Hasan susah saya juga.." Azman menepuk-nepuk bahu Pak Hasan mesra. "Terima kasih banyak-banyak Man..nanti aku bayarlah kalau sudah boleh menoreh nanti.." Azman berlalu seketika ke belakang, seketika dia muncul lalu menyerahkan tiga keping not seratus ringgit. "Nanti kalau tak cukup, Pak Hasan jangan segan-segan jumpa saya ya.." Azman tersenyum mesra melihatkan anggukan kecil Pak Hasan. "Hari ni Pak Hasan susah, besok-besok mana tahu saya pula perlukan pertolongan Pak Hasan.."Tambahnya lagi. Hari itu, setelah pulang dari rumah Azman dia terus ke bandar tanpa pengetahuan sesiapa pun. Niatnya mahu carikan baju raya anak-anak dan isterinya. Samad pula sebaik saja pulang dari sekolah terus bergegas dia menyalin baju dan mendapatkan ‘Jonet’ dari reban. Mak Nab yang sedang menggentel tepung untuk dibuat kuih menegur Samad dari dapur. "Samad!..sudah balik ke?" Panggilannya tidak berjawab terus dia memanjangkan lehernya meninjau ke ruang atas. "Samad!..oo..Samad!" Panggilannya juga tidak berjawab. Cepat-cepat dia bingkas bangun menuju ke beranda. Melilau-lilau mencari kelibat Samad, di reban ayam juga tiada. Hatinya dipagut perasaan bimbang. Suaminya juga sejak keluar dari pagi tadi belum juga muncul-muncul. Samad memeluk erat ‘Jonet’ di pangkuannya. Sambil sebelah tangannya kejap memegang hendal basikal. Kakinya pantas mengayuh basikal menuju ke rumah Tok Ketua. Niatnya hanya satu mahu menjual ‘Jonet’ dan mendapatkan wang untuk ayahnya. "Maafkan aku ‘Jonet’..aku tak sanggup lihat kau berlapar..aku rela jual kau kepada orang lain asalkan kau tak berlapar..nanti aku kumpul duit aku ambik kau balik ye ‘Jonet’..kau jangan risau tuan baru kau nanti orang baik-baik.." Samad mengomel perlahan sambil memandang ‘Jonet’ sekilas yang hanya diam terpaku di pelukannya. Rumah Tok Ketua dirasakan begitu jauh pula, bahang mentari makin menyucuk-nyucuk kepalanya. Tiba-tiba dirasakan basikalnya dilanggar kuat dari belakang, badannya melayang, bunyi hon kereta memekik memenuhi gegendang telinganya. Pandangannya berpinar, pelukannya kepada ‘Jonet’ semakin erat. "Wei..ada budak kena langgar!!" Jeritan orang kampung mulai memecah kesunyian tengahari itu. Bergegas mereka menuju ke arah tubuh kecil yang sudah kaku di atas jalan, sambil tangannya erat memeluk seekor ayam. Darah membuak-buak membasahi jalan raya. Basikal Samad sudah terpelanting ke dalam parit. Suara hingar-bingar memenuhi ruang jalan raya itu kini. Kereta yang melanggar Samad juga telah menghilang. "Ya Allah!..ini anak Pak Hasan…" Azman muncul sambil memangku Samad yang sudah nyawa-nyawa ikan itu. Pada waktu itu dia baru saja keluar untuk mencari lauk buat berbuka puasa. "Panggil ambulan!!" Teriaknya kuat, air jernih mula memenuhi tubir matanya. "Kesian Samad…." Keluh hatinya. Tok Ketua juga muncul sambil beristighfar panjang lalu mengambil ayam yang dipegang erat Samad. Sufiah juga turut serta sambil teresak-esak seperti tidak percaya dia melihat Samad ketika itu. "Kereta yang melanggar tu dah lari Tok..tapi Harun dah ambik nombor plat kereta tu..budak-budak tu pun dah pergi kejar dengan motor tadi.." Beritahu salah-seorang daripada mereka yang berkerumun di situ. Samad terus di pangku ke kereta Azman menuju ke hospital. "Roslan pergi cari Hasan..beritahu dia.." Arah Tok Ketua cepat dan seraya itu dia terus mengiringi Samad ke hospital.

***********************

Petang itu juga, rumah Pak Hasan dipenuhi orang kampung. Van jenazah turut diparkir di bawah pohon langsat depan rumahnya. Suara orang membaca yasin juga memenuhi ruang tengah rumah. Mak Nab sudah beberapa kali pengsan melihatkan sekujur tubuh kecil anaknya yang dibalut kain putih. Seperti tidak percaya dia kerana baru pagi tadi Samad bersalaman dengannya sewaktu mahu ke sekolah. Pak Hasan juga memandang dengan rasa tidak percaya, sambil merenung bungkusan plastik baju melayu Samad, airmata lelakinya tumpah jua yang selama ini ditahannya. Beberapa kali Azman dan juga orang-orang kampung memujuknya supaya bersabar dan redha. Pak Hasan hanya melihat saja orang-orang kampung yang mengerumuni sekujur tubuh anaknya sambil dibacakan yasin. Dirasakan dirinya tidak kuat untuk turut serta membacakan yasin untuk arwah anaknya .Samad yang menjadi penghibur mereka kini sudah tiada. "Berat sungguh ujianMU ini Ya ALLAH s.w.t". Rintih hati kecilnya. "Ayah ingat, Samad yang akan mengusung jenazah ayah tetapi Samad yang pergi dulu…" Tangisannya di tahan-tahan. Kamal, Fatimah dan Esah menghisap hingus masing-masing. Setelah diberitahu Tok Ketua, Kamal dan Fatimah terus bergegas balik. Mujurlah universiti mereka hanya di negeri sebelah tidak begitu jauh. Hanya beberapa jam perjalananan. Kak Esah yang paling terasa kehilangan dan terkilan. Samad pernah minta untuk di masakkan bubur jagung untuk berbuka puasa tetapi tidak tertunai. Kak Esah meraung jua demi mengingatkan semua itu. Kini hanya tinggal ‘Jonet’ sebagai kenang-kenangan dari arwah. Akhirnya ‘Jonet’ diserahkan juga kepada Tok Ketua sebagai menyempurnakan hasrat terakhir arwah Samad. Namun tidak sampai seminggu ‘Jonet’ ditemui mati dalam reban, kata Tok Ketua sejak dibawa ke rumahnya, ‘Jonet’ enggan makan. Puas disuanya dedak, namun ‘Jonet’ tidak mematuknya walau sebiji pun. Mereka sekeluarga hanya beristighfar mendengarkan berita itu. Aidilfitri kali ini sudah tidak semeriah dulu lagi. Namun jiwa kental arwah Samad tetap melekat di sanubari keluarga Pak Hasan selamanya.

TAMAT
**********************
posted by Penulisan2u @ 10:41 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
12 Comments:
  • At 29/8/09 6:35 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    please lar buat perenggan yea..
    sakit mata nak baca...
    apa2 pun keep it out k..

     

  • At 29/8/09 9:44 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    waw.......terharu baca cerpen ni....tahniah penulis...ader nilai2 positif..

     

  • At 30/8/09 6:00 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    terima ksih atas komen-komen yg di beri..maaf lah first time hntar kt sini lenkali..buat perenggan..thanksss

     

  • At 30/8/09 12:10 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    waaa.. sedihnya
    sampai menitik air mata tak sedar
    best citer ni
    thanks penulis.. :)

     

  • At 30/8/09 3:41 PTG, Blogger Daniera said…

    best nyer citer ni. tahniah penulis. realiti hidup kt kg memg gtu. tq lah berkongsi kisah hidup y hanya sesetengah org jer tau nih.

     

  • At 31/8/09 2:03 PTG, Blogger Unknown said…

    menitik jgk la air mata ni setitik dua..
    best cter mcm ni..
    teruskan usaha k..

     

  • At 1/9/09 12:36 PTG, Anonymous nurindah said…

    salam Ramadhan. Alhamdulillah, cerpen ni ada juga unsur2 "hijau", yang tidak terdedah dgn pengaruh bandar. All the best.

     

  • At 3/9/09 3:58 PG, Anonymous inflowersz cute said…

    salam...
    menyentuh hati mengundang air mata.
    all d best writer...

     

  • At 5/9/09 3:38 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam...
    pertama kali sy 'terusik' dengan karya disini
    bukan setik dua airmata yang keluar.
    terima kasih dan tahniah pada penulis :)

     

  • At 5/9/09 9:59 PTG, Anonymous SHEDFZ said…

    TERIMA KASIH SEMUA KERANA SUDI MEMBACA..KOMEN-KOMEN ANDALAH YG MEMBERIKAN SAYA KEKUATAN UNTUK TERUS BERKARYA...SUKA MENZAHIRKAN SESUATU YANG BERLAKU DI SEKELILING..KARYA SAYA KARYA YANG JUJUR...

     

  • At 5/9/09 10:02 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    SAYA AKAN KEMBALI DENGSAN CERPEN SETERUSNYA..HARAPKAN SOKONGAN ANDA

     

  • At 26/9/09 7:10 PTG, Anonymous Maryam Kamal said…

    tak boleh baca..
    pening..

    tp bagus la penulis..
    anda berjaya menitiskan air mata pembaca anda..
    walopun bukan saya..

    =D

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group