BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, Ogos 09, 2009
Cerpen : Janji Kita
Nama Pena : CoKeLaT

Senja mula melabuhkan layarnya. Mataku liar memandang manusia-manusia di sekelilingku. Hingar-bingar. Kecoh. Kepalaku mulai pening. Mataku juga rasa semakin kelam. Ah, sibuk! Tetapi yang peliknya, dalam suasana yang sibuk itu, aku hanya dapat rasakan sepi. Sepi dan sendiri…
"Jika kau rasa sepi, jika kau keseorangan atau sunyi, jangan kau lupa bahawa aku sentiasa berada disisimu. Ke mana saja kau pergi, walaupun jasadku tiada disitu, ketahuilah, aku sentiasa bersamamu."

Aku masih ingat lagi. Itu adalah ayat keramat yang pernah Amy ucapkan padaku. Amy. Nama yang tidak pernah luput dari ingatan. Wajahnya sentiasa segar di mata. Suaranya sentiasa bergema di kalbuku. Setiap waktu.
Dia merupakan insan yang paling aku sayangi. Kami berjanji akan sentiasa bersama-sama mengharungi pahit manis alam remaja. Aku dan dia mengangkat sumpah untuk bersama-sama menjadi insan berjaya, berjaya keluar dari Universiti Malaya sebagai pemegang ijazah sarjana undang-undang. Aku ingin melihat dia berkahwin, aku juga ingin berkahwin. Biasalah, semua orang mempunyai naluri sebegitu, bukan? Dan aku berjanji untuk menghadiri majlis perkahwinannya.
Perkahwinan alam fantasi. Itu yang kami inginkan. Amy kadang kala seperti kanak-kanak, mahukan gaun kembang pada hari perkahwinannya. Impikan seorang putera idaman yang akan menyelamatkan dia dari musuh yang jahat. Ah, alam remaja yang manis! Penuh impian. Namun, bisakah impian itu tercapai sama seperti yang kami inginkan? Itu aku kurang pasti.

" Ingat, kau jangan lupa untuk menjemput aku di hari perkahwinanmu nanti! Oh ya, apa agaknya baju yang akan kupakai di hari perkahwinanmu nanti?" Aku berkata pada suatu petang di padang sekolah kami. Aku dan Amy baring di bawah sebatang pohon semarak api. Amy tersenyum manis, mendongak ke langit yang panas terik. Sakit mata, dia tunduk semula. Aku hanya tersenyum melihat gelagatnya. Ah, pohon semarak api itu selalu menjadi saksi akan setiap janji dan impian yang kami bina.
" Apalah kau ni Nora, sudah tentulah baju yang selalu dipakai oleh pengapit pengantin. Kau akan jadi pengapitku pada hari itu. Promise me. Ok? " Amy tersenyum lagi, makin lebar senyumannya. Taringnya adalah pemanis wajahnya yang sedikit cengkung itu. Sepet matanya apabila tersenyum lebar.
" Tentu sekali. Kau juga berjanji ya? Kita berdua akan ke tingkatan enam bersama. Kata ibuku, baik kalau kita mengambil STPM. Memang ia agak susah, tapi ia menjamin kita masuk ke universiti. Tak mahukah kau masuk ke universiti bersamaku, Amy?"
" Tentu sekali aku mahu. Apalah kau Nora. Kan kita sudah berjanji untuk sama-sama belajar di Universiti Malaya? Fakulti undang-undang akan menjadi tempat kita ‘bermain’. Itu janjiku kepadamu." Kata Amy bersahaja. Namun, walaupun bersahaja, aku nampak ada cahaya dalam matanya itu. Cahaya merah dari bunga semarak api yang bertaburan di padang itu menyerlahkan lagi keazaman yang terpancar di wajahnya.
Itulah Amy. Rakanku, kawanku, sahabatku. Dialah yang memahamiku. Tetapi, setelah sekian lama menghabiskan masa, pahit manis bersama, aku sudah merasakan ada kelainan dalam perhubungan kami. Kami selalu bergaduh. Selalu saja ada perselisihan di antara kami. Mungkinkah aku sahaja yang terlalu sensitif? Selalu aku ingatkan diriku.
‘Sabar itu separuh daripada iman’.
Mungkin aku terlalu mengambil berat tentang perkara yang remeh-temeh. Namun, tidak dapat untukku menipu diri sendiri. Bukan aku yang terlalu sensitif. Memang bunga-bunga tahi sudah mula berputik di antara aku dan Amy.
" Jangan risau Amy, pernah aku terbaca dalam satu majalah. Katanya, jika sepasang sahabat itu selalu bergaduh, tetapi sentiasa baik semula setelah bergaduh, itu akan menjadikan perhubungan pasangan sahabat itu lebih utuh. Aku sayangkan kau, aku tahu kau juga begitu. Jangan risau."
Itulah ayat yang selalu kuucapkan kepada Amy setiap kali kami bergaduh. Dan setiap kali juga, Amy akan tersenyum kepadaku. Kami akan berpelukan semula. Namun dalam hatiku, aku tahu aku berbohong. Kami terlalu kerap bergaduh. Mana mungkin setiap kali bergaduh akan baik semula? Kalaupun kami berbaik semula, tentu akan ada terpendam perasaan tidak puas hati.
Dan aku tahu punca kami selalu bergaduh. Amy sering berkata bahawa aku tidak mempedulikannya lagi. Dia mempersoalkan tentang janji kami. Katanya, aku bukan lagi sahabatnya. Dia tidak lagi mengenali aku. Aku mula berubah arah, mula mendapat kawan baru. Ya, aku sedar bahawa aku telah mendapat kawan baru. Tetapi, bukankah itu perkara biasa? Semua orang mempunyai kawan lebih daripada seorang. Sering aku mengingatkan Amy bahawa kawan baruku itu hanyalah rakan untukku belajar bersama. Lagipun, dia mempunyai citarasa yang sama denganku dalam muzik, fesyen dan isu semasa. Aku rasa selesa menghabiskan masa bersamanya. Itu sahaja. Amy pula asyik sibuk sahaja, jadi aku perlu mencari seseorang untuk menggantikan tempatnya.
" Aku tidak mengenalimu lagi Nora. Di mana janji-janji kita? Aku kesepian, Nora. Di mana sahabatku?" Kata Amy kepadaku pada suatu hari. Hujan renyai-renyai menambahkan lagi kekeliruan hatiku ketika itu.
" Amy, kau juga sama sepertiku. Kau juga berubah. Jangan hanya salahkan aku. Kau juga punyai ramai kawan di sekolah. Aku tidak sepertimu yang boleh menerima semua orang, boleh berbaik-baik dengan semua orang. Kau ingat kawan-kawanmu itu baik sangat denganmu? Mereka mengambil kesempatan ke atasmu. Kau selalu membelanja mereka, bukan? Sebab itu mereka sukakanmu. Aku tidak suka sikap mereka."
" Aku juga tidak suka akan mereka. Tetapi, tanpa mereka, aku tak punyai sesiapa lagi. Mana kau di saat aku kesepian? Mana kau di saat aku perlukan seorang teman belajar? Kau dah mula melupai aku. Aku bukannya teman karibmu lagi. Kau sudah rapat dengan orang lain. Bukannya aku." Amy mulai menangis. Terhinggut-hinggut bahunya menahan tangisan.
Itulah kelebihan Amy, mudah mengalirkan air mata. Tidak dia tahu yang aku adalah insan yang paling menyayangi dia. Dia tidak perasan bahawa aku terlalu sayanginya sehingga aku cemburu akan kawan-kawan rapatnya yang lain. Dan benarlah kata orang. Sifat cemburu akan memakan diri. Disebabkan sifat cemburu itulah, bercambah perasaan marah. Akhirnya, hubungan kami renggang. Aku tak tahu siapa yang mula merenggangkan pertalian itu. Aku atau dia?
Itu bukan penghujung pergaduhan kami. Itu hanya permulaannya sahaja. Benarlah kata orang, dalam setiap perhubungan, tentu akan ada hujan. Panas tidak akan kekal hingga ke petang. Ah, seksanya menunggu pelangi tengah hari!
Selepas krisis tentang persahabatan kami, Amy sudah mula berjinak-jinak pula dengan teman lelakinya. Telah aku suarakan pendapatku padanya. Aku tidak suka melihat dia selalu bersama teman lelakinya itu. Keluar sehingga lewat malam. Aku tahu, aku sedikit konservatif, tidak seperti Amy yang lebih open-minded. Aku cuma tidak mahu Amy terlanjur, itu sahaja. Dia sudah begitu berani ‘ringan-ringan’ dengan lelaki itu. Aku kurang senang dengan sikapnya itu.
" Nora, apa yang cuba kau lakukan? Aku tahu, kau tidak suka akan Joe, tetapi perlukah kau berjumpa dengannya dan melarang aku daripada bersamanya? Apa masalahmu?" Sergah Amy kepadaku pada suatu petang yang redup. Aku terkesima. Panas terasa seluruh wajahku. Melopong mulutku. Bagaimana berita ini sampai ke telinganya? Oh, ya… Joe! Ah, lelaki itu!
" Amy, kau sudah mula liar, Amy! Kau mula keluar dengan Joe, pulang lewat malam. Di sekolah, kau mengantuk sahaja. Kita bakal menduduki SPM. Ingatlah sedikit." " Apa yang kau katakan ni? Dengar sini Nora, aku tidak suka orang ambil tahu akan diriku. Mengapa aku tidak boleh bebas seperti orang lain? Ah, sudahlah... Nora, kau sahabatku, kau sepatutnya berdiri disisiku, mempertahankan aku…. kau…"
Aku tidak boleh menangkap lagi butir-butir bicara Amy selepas itu. Jantungku berdegup kencang. Amy mula mengungkit-ungkit setiap kesalahanku sebelum itu. Aku tahu aku tidak sempurna. Tetapi, perlukah Amy mengungkit-ungkit setiap kesalahan yang aku lakukan sebelum ini? Apa kaitannya dengan pergaduhan kami ketika itu?
Aku cuba untuk menjadi rasional. Mungkin dia mengungkit-ungkit perkara lama kerana dia sedang marah. Tetapi, apa yang kumusykilkan, salahkan aku jika aku mula merapatkan diriku dengan sahabat yang lain? Katanya, aku sudah tidak sayangkannya lagi, aku tidak mempedulikannya di sekolah. Aku tidak lagi menganggapnya sebagai kawan rapat. Benarkah setiap tuduhannya itu?
Kata orang, cemburu tandanya sayang. Aku tahu Amy sayang padaku, tetapi apa ertinya cemburu jika ia mengguris hatiku? Amy tidak faham. Aku sayangkannya, cuma kini kami agak renggang kerana aku juga sama sepertinya, cemburu dan agak marah apabila dia berkawan rapat dengan satu kumpulan pelajar popular di sekolahku. Bukannya aku cemburu kerana mereka popular, tidak. Itu tidak penting bagiku. Namun, aku tidak suka sikap mereka yang suka berpura-pura. Menikam dari belakang, itu sikap mereka. Aku tahu mereka juga memburuk-burukkan namaku dan Amy di belakang kami. Apa tujuan mereka berbuat begitu, itu aku kurang pasti. Namun, Amy tidak percaya kataku. Ah, Amy… Amy!
Amy juga tidak mempedulikan aku lagi. Di sekolah, apabila aku ingin bersembang dengannya, dia sering menarik muka masam. Tetapi, dia akan tersenyum gembira apabila bercerita tentang teman lelakinya kepada kumpulan pelajar popular itu. Sakitnya hatiku, Tuhan saja yang tahu.
"….hei Nora, di mana kau ini? Nah, cuba kau lihat sekarang. Kan sudah kukatakan? Kau memang sudah tidak mempedulikan setiap kata-kataku. Dari tadi, aku macam bercakap dengan tunggul sahaja. Di mana fikiranmu melayang? Pada sahabat barumu itu? " Kata Amy pada suatu hari sewaktu kami berada di dalam pusat sumber sekolah. Beberapa orang pelajar yang sedang menelaah menjeling –jeling ke arah aku dan Amy. Amy menepuk bahuku dengan kuat. Ah, sakitnya! Bukan bahuku, tetapi hatiku yang sakit, bak dihiris sembilu.
Walaupun begitu, aku tidak tahu mengapa, aku masih sayangkan Amy. Aku juga yakin dia juga masih sayangkan aku. Jauh di sudut hatiku, aku yakin bahawa kami bergaduh hanya kerana kami masih remaja, fikiran masih tidak matang. Kami bergaduh disebabkan perkara-perkara kecil. Aku yakin, aku masih lagi sahabatnya. Aku yakin, kami akan membuka firma guaman bersama. Aku tahu, aku tentunya akan menghadiri majlis perkahwinannya suatu hari nanti. Aku pasti dia juga mahu menjadi pengapitku di hari bahagiaku nanti.
Namun, aku juga tidak pernah menolak takdir Tuhan. Aku tahu kita hanya boleh merancang, tetapi Dia yang menentukan segala-galanya. Dan mungkin Dia juga menentukan bahawa jodohku bersama Amy tidak panjang. Dan aku juga sedar bahawa aku adalah penyebab jodoh kami yang tidak panjang itu menjadi semakin singkat.
" Nora, aku tahu, walaupun kita selalu bergaduh, perhubungan kita tentu masih utuh dan akan semakin rapat. Betulkan, Nora? Kau yang selalu kata begitu. Kau masih sahabatku yang satu, bukan? Nora? Jawablah Nora... betulkan? " Kata Amy pada suatu hari, selepas kami bergaduh buat kesekian kalinya. Amy melemparkan senyumannya kepadaku. Senyuman yang sering mencairkan hatiku. Senyuman pengubat dukaku.
Namun, aku tidak tahu mengapa, ketika itu, hatiku sedih benar. Amy baru sahaja menuduhku sengaja merosakkan perhubungannya dengan Joe. Dia menuduhku tidak setia padanya. Aku langsung tidak tahu menahu. Katanya, aku tidak sukakan Joe. Dia takut Joe akan meniggalkannya. Dan kini, aku pula yang bersalah. Sebabnya adalah satu : Joe mengesyaki bahawa aku tidak suka padanya, dan Joe suarakan isi hatinya pada Amy. Amy takut hubungannya dengan Joe musnah disebabkan hal ini. Amy, adakah ini salahku juga, Amy?
" Sahabat sejati adalah sahabat yang sentiasa mempercayai setiap kata sahabatnya. Nora, aku akan sentiasa mempercayai kata-katamu. Kau juga perlu berjanji kepadaku. Kita akan sama-sama jujur dan saling mempercayai antara satu sama lain. Nora, aku menyayangimu. Aku tahu kau juga begitu." Pernah suatu ketika dahulu Amy mengucapkan kata-kata itu kepadaku. Itulah kata-kata Amy yang paling bermakna sekali bagiku. Itu adalah janji kami. Akan tetapi, kini aku tidak yakin lagi bahawa aku masih lagi boleh bersabar seperti dahulu. Amy sudah berubah. Aku juga. Sudah tiba masanya kami menuju haluan masing-masing. Aku perlukan ruang untuk diriku sendiri.
" Nora, jawablah, aku masih sahabatmu, bukan? Nora…" Amy memegang bahuku. Lembut sekali sapaannya. Terasa kasihnya padaku. Sudah lama aku tidak merasakan kasih sayang itu. Namun, hatiku seakan-akan sudah menjadi batu. Keras. Tiada perasaan.
Ah, Amy! Kau selalu menagih kasihku sewaktu kau kononnya kesepian. Namun, tidakkah kau tahu yang aku juga kesepian? Kau terlalu sibuk dengan duniamu… Kau terlalu sibuk dengan Joe, dengan rakan-rakan popularmu itu. Apa kau fikir aku tiada perasaan cemburu?
" Amy, aku…aku tidak pasti." Aku berkata perlahan. Embun-embun jernih mula menerobos keluar dari lubuk mataku.
" Apa maksudmu, Nora? Nora…" Mata Amy mula berkerut. Suaranya mulai menjadi serak, seakan-akan menahan tangisan.
" Di sinilah penghujung persahabatan kita. Aku letih, Amy. Kau sentiasa menyalahkan diriku, namun kau juga tidak tahu yang aku sayangkanmu. Aku juga ada masa-masanya mencemburui perhubunganmu dengan Joe, dengan kawan-kawanmu yang popular di sekolah. Siapalah aku, Amy? Aku juga perlukan kawan yang rapat denganku, yang menghargaiku. Apabila aku menagih perhatian daripada sahabat yang lain, kau mula menuduh aku melupai janji kita. Apabila aku menasihatimu, kau menuduhku mengongkongmu. Aku tidak boleh bernafas lagi, Amy. Kata-katamu yang penuh amarah sering melemaskan aku. Maafkan aku, Amy."
Itulah kali terakhir aku bertentang mata dengan Amy. Aku tidak sanggup lagi untuk bertentang mata dengannya. Aku tahu, pasti dia juga sedih mendengar kata-kataku. Amy adalah sahabatku. Dia sayangkan aku. Aku juga. Cuma ego kami terlalu tinggi. Tak mungkin akan mengaku kesalahan sendiri. Perasaan amarah juga terlalu kuat, menyemarakkan lagi rasa cemburu di hati remaja kami yang sering saja bergelodak.
Tuhan! Kakiku sudah mulai kebas. Kubuka mataku perlahan-lahan, melihat alam sekelilingku. Oh, aku masih lagi terlantar di atas atas jalan raya! Rasanya sudah hampir lima belas minit aku disini. Aku ada dengar suara-suara manusia ingin membantuku, namun mungkin mereka juga masih ragu-ragu untuk masuk campur dalam urusanku ini. Mungkin juga mereka takut melihatkan keadaanku yang masih berlumuran darah. Aku cuba bergerak. Sukar. Aku meraba-raba kakiku. Kaki kiriku. Di mana?
" Eh, apa tengok aja ni? Kenapa tak tolong orang ni? Nak tunggu polis jugak ke? Macamlah kami saja yang boleh tolong. Orang lain tak boleh ke? Cepat, cepat, cepat!"
" Hei, apa tengok aja, tolong angkat dia…masyaallah, habis kakinya hancur! Ya Allah, cepat bawa dia masuk kereta cepat! Tak ada masa nak berlengah!"
" Ok, ok! Mahmud, kereta tu jangan ubah. Mungkin diorang nak ambil gambar untuk bukti polis dulu…"
Aku sudah tidak dengar lagi kata-kata mereka selepas itu. Kakiku sudah hancur rasanya. Aku sendiri tidak begitu pasti apa yang terjadi kepadaku sebentar tadi. Apa yang kurasakan hanyalah badanku melayang, dan kepalaku terhentak. Pipiku panas, ada darah panas di pipiku. Tetapi hairan, mengapa sakitnya tidak begitu ketara? Cuma kebas sahaja.
Aku dapat rasakan tubuhku dicempung oleh seseorang. Dari jauh, aku nampak jubah konvokesyenku bersama topinya bertaburan di tepi motosikalku. Jubah yang akan kupakai kurang daripada sejam lagi itu kutenung dari jauh. Jantungku terasa semakin lemah. Badanku terasa sejuk. Tuhan, kasihanilah aku. Aku masih ada impian yang belum selesai. Impian untuk melangkah bangga dengan jubah itu.
" Amy, amy…" Hanya nama itu sahaja yang bermain-main dibibirku.
" Siapa Amy ni? Ahli keluarga dia ke? Nak contact macam mana, ha?" Aku terdengar orang yang mencempungku bercakap dengan rakannya dari jauh. Ingin aku membalas, namun aku terasa begitu lemah. Suaraku juga tersekat-sekat. Seluruh badanku terasa sejuk sekali.
Dalam kesejukan itu, aku seakan-akan dapat melihat Amy dari jauh. Aku teringat janji kami. Kami berjanji akan sama-sama menjadi peguam. Kami mahu jadi sahabat sejati. Aku masih belum menghadiri majlis perkahwinannya.
Hari ini, aku sepatutnya sudah layak bergelar peguam. Aku adalah pemegang ijazah sarjana undang-undang dari Universiti Malaya. Amy juga. Dalam tempoh masa empat tahun ini, kami belajar di universiti idaman kami berdua. Janji pertama kami sudah tertunai. Namun, walaupun berada dalam universiti yang sama, Amy sekarang bukan lagi Amy sahabatku. Kami renggang sekali. Aku kesal. Dan aku telah berjanji kepada diriku bahawa sebaik sahaja aku memegang gulungan ijazahku, akan kuhulur tanganku kepada Amy, akan kumohon kemaafan darinya. Aku mahu kami penuhi janji-janji kami yang masih lagi belum tertunai. Namun, sempatkah aku berjumpanya?
" Hassan, kita perlu banyak darah ni. Ya Allah, teruknya badan dia. Kakinya hancur!"
" Tapi dia masih sedarkan diri lagi, doktor. Kami dah cuba contact family dia. Ada nombor dalam handphone. So, nak masuk ICU terus right? Atau…."
Aku tidak dengar lagi perbualan mereka selepas itu. Aku di hospital rasanya. Biarlah. Kini, cuma wajah Amy sahaja yang berlegar-legar dalam otakku. Ah Tuhan, mengapa tidak kupohon kemaafan darinya sejak awal-awal lagi? Mengapa perlu kutunggu sehingga hari ini?
Badanku terasa kebas hingga ke dadaku. Sejuk tidak terkira. Amy, ingat janji kita. Amy, kau sahabatku.
posted by Penulisan2u @ 7:23 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
5 Comments:
  • At 9/8/09 1:51 PTG, Blogger syasya said…

    nilai persahabatan sangat tiggi harganya...

    thnx to writer i realize this earlier...

    best jgk cerpen ni...

    congratz writer..

     

  • At 9/8/09 11:25 PTG, Blogger suara sizuka said…

    tp cerita tergantung..nak tau gak kesudahan..anyway, cerita ni len dari yg len..slalo novel cinta. yg ni ttg persahabatan..bgus2...aku xde pn kawan rapat..huhu

     

  • At 10/8/09 12:02 PTG, Anonymous adoyai said…

    ok..tp cara pnulisan tu mcm zmn dlu je..
    nk tergelak pun de..tp pe2 bez..
    ubh ckit cra pnulisan tu ye..
    chaiyok2..

     

  • At 10/8/09 5:48 PTG, Anonymous MiSz_LoBeR said…

    selamat sejahtera...
    cerpen nie ok...
    agak lain sedikit daripada cerpen yang lain...
    umh,teruskan,teruskan.....
    heheheheheheh....peace

     

  • At 12/8/09 1:40 PTG, Anonymous bucuk said…

    elow.... okz but cam xde kesdahan jew hurm... slalu kisah cnta cnton jew but cta u unik about frnd..sya ska.. gud luck....

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group