BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Ogos 10, 2009
Cerpen : Ikatan Sungai Liffey
Nama Pena : anjoi87

Bila naif akal ditapis emosi
Yang baik bisa dilihat jahat
Yang betul bisa ditopeng salah...

--------------------------------

Kapal terbang MH11 selamat mendarat di lapangan terbang KLIA. Kini, badannya yang panjang cuba bergerak dan bersatu dengan sebuah jejantas yang terpacul dari bangunan terminal. Setelah selesai bercantum lampu isyarat pun terpadam.

Dengan agak tergesa-gesa Zulhelmi lantas bangun dari tempat duduknya. Rakannya juga menurut. Beliau membuka boot diatas kepalanya dan menarik keluar sebuah beg putih berisi alat perubatan didalamnya. Tanpa berlengah dia segera menderaskan langkahnya menuju ke ruang legar terminal.

Sampai disana matanya terus meliar mencari seseorang. Setiap sudut ruang legar diimbasnya. Tidak ketinggalan satu sudut pun walaupun seinci. Matlamatnya hanya satu. Aisyah.

Asyik mengimbas Zulhelmi tidak pun menyedari ada seorang perempuan bertudung labuh menghampirinya sehinggalah tangannya terasa seperti di genggam oleh sesuatu. Suam.

Zulhelmi terkejut lalu berpaling. Rupa-rupanya perempuan itu ialah Aisyah. Tangan Zulhelmi dirapati ke muka Aisyah. Dikucup.

Zulhelmi hanya tersenyum.
--------------------------------
"Jangan dipeningkan sangat pasal jemaah ini. Tak boleh ke kalau dakwah kita buat sorang-sorang" Zulhelmi menaip sebaris perkataan di tetingkap YM.

"Tak salah buat macam tu tetapi bukankah dengan berjemaah gerakan kita akan menjadi lebih tersusun dan efektif. Awak rasa bolehkah Islam berkembang sekiranya hanya Rasulullah S.A.W sahaja yang menjalankan misi dakwahnya?"

"Itu lain, masa itu semua orang masih baik-baik lagi. Satu halatuju, satu matlamat. Sekarang nih lain. Awak tengok je la keadaan sekeliling kita. Jemaah demi jemaah wujud tetapi islam tetap terkebelakang!"
Aisyah tersentak.

Zulhelmi sperti memberi satu tamparan yang hebat kepada Aisyah. Dia tahu gadis genit yang berwajah manis bulat dan bermata biru itu tidak akan bersetuju dengan pernyataannya. Dia kenal sangat akan peri pekerti si Aisyah yang merupakan seorang naqibah di salah sebuah universiti di pantai timur semenanjung. Amat kuat berpegang teguh dengan jemaah yang disertainya.

"Awak tahu, jemaah itu hanya proses konsolidasi manusia. Satu lumrah manusia yang merupakan salah satu komponen asas dalam interaksi dan pembentukan society supaya nampak lebih utuh dan kuat." Zulhelmi seolah-olah cuba untuk mengumpan Aisyah.

"Ya, betul. Itu saya setuju. Tetapi bukankah itu tujuannya, menjadi kuat agar umat terbela dan dakwah dapat diteruskan?"

"Bukan kuat untuk bermusuh?"

Aisyah terhenti seketika. Ternyata umpan Zulhelmi mengena. Aisyah terkedu. Ingin sahaja dijawab persoalan itu tetapi dia khuatir lagi dijawabnya lagi banyak sindiran pedas akan dilontarkan oleh Zulhelmi. Dia mengalah.

Aisyah menghela nafas panjang. Entah kenapa, sejak Zulhelmi keluar dari sebuah persatuan Islam di pusat persediaan sebelum ke luar negara dia semakin berubah. Daripada seorang yang aktif melaksanakan aktiviti persatuan dia menjadi seorang yang alah kepada jemaah. Perangai ini dibawanya hinggalah meneruskan pengajian ke Ireland. Banyak persatuan Islam disana tetapi dia masih lagi degil dengan pendiriannya. Tetap enggan menganggotai mana-mana persatuan islam walaupun jelas akan kepentingannya.

Perkenalan Aisyah dan Zulhelmi pula ditakdirkan apabila kolej masing-masing berpakat untuk menganjurkan program memepersiapkan pelajar ke luar negara. Ketika itu, Aisyah ditugaskan sebagai pembantu Zulhelmi ketika dia masih lagi memegang jawatan sebagai setiausaha program. Ketika itu juga, Aisyah sempat mengenali sedikit sebanyak peribadi dan corak fikir Zulhelmi. Sebab itu, apabila perubahan sebegini berlaku pada pendirian Zulhelmi dia mengesyaki pasti sesuatu telah berlaku. Aisyah musykil.

"Baiklah, saya perlu sign-out untuk sambung belajar. Jumpa lagi di lain kali." Zulhelmi memutuskan perbualan di ruang YM lalu segera mencapai buku Clinical Medicine oleh Kumar and Clark.

"OK"

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

Tetingkap YM dimatikan. Kini screensaver vista yang berwarna-warni menghiasi skrin laptop kurus Dell milik Aisyah. Dagunya ditongkatkan sementelahan mindanya memikirkan kembali dialog perbualan diantara dia dan Zulhelmi. Lama memikirkannya Aisyah hanya mampu capai satu kesimpulan. Kepalanya digelengkan perlahan sambil di hatinya berbisik.

"Zul, kau dah berubah."
--------------------------------
"Wah tak sangka ya, baru aku tahu yang Xanax tak boleh diberi kepada semua pesakit " Zulhelmi berasa kagum dengan penyampaian Dr. Jones mengenai penawar anti-deperessant tersebut.

"Hah, tu la kau baru kau tahu. Lain kali jangan beri Xanax kepada pesakit yang ada myasthenia gravis. Takut-takut ACT receptor disangkanya GABA receptor." Thariq cuba menerangkan kesan ubat tersebut kepada pesakit yang ada masalah komunikasi antara sistem saraf dengan sistem otot.

"Nanti jadi muscular dystrophy, ya? Otot mengecut"

"Pandai pun. Untung kau datang kuliah kalau tak, alahai, melepaslah sebutir mutiara"

Mereka berdua tertawa kecil. Kuliah Dr. Jones memang menarik. Dua orang anak muda ini memang menggemari kuliahnya yang mudah difahami serta kaya dengan grafik terutama sekali Thariq, rakan rapat Zulhelmi yang dikenalinya sejak mula-mula sampai dahulu. Orangnya sederhana tinggi dan mempunyai susuk tubuh sederhana. Wajahnya putih bersih, bersikat kemas dan mempunyai perawakan yang dihormati. Oleh sebab itu, tidak mustahillah Thariq dipilih sebagai presiden MPMI untuk sesi kali ini di kawasan dimana tempat mereka belajar.

"Jom minum kopi. Aku belanja." Thariq cuba mengajak Zulhelmi untuk secawan kopi.

"Eh, kau ni! Buat susah-susah saja."

"Ala, sekali-sekali."

Thariq melilitkan tangannya ke leher Zulhelmi tanda memujuk. Zulhelmi akur. Mereka berdua melangkah menuju ke restoran INSOMNIA yang terletak di sebelah dewan kuliah. Zulhelmi mengambil tempat duduk sambil Thariq menuju ke kaunter untuk membuat pilihan.

Suasana di dalam restoran itu sungguh riuh sekali. Ramai berpusu-pusu untuk mendapatkan makanan tengahari sebelum kelas petang bermula. Pekerja restoran pula seolah-olah tidak cukup tangan melayan asakan kunjungan pelanggan. Namun begitu, pelanggan tetap beratur dengan penuh beradap sementara menanti giliran mereka untuk membayar.

Kopi merupakan minuman santai pilihan masyarakat Irish. Kandungan caffein didalamnya selain menyegarkan mampu menghilangkan kantuk. Ada bermacam-macam jenis kopi yang dijual. Cappucino, Frattucino, Mocha dan lain-lain. Tetapi, yang paling istimewa sekali ialah Irish Coffee yang dibuat daripada kopi bukat pekat yang dituangkan sedikit wiski dan dilapisi satu lapis krim diatasnya. Ya, ia mengandungi alcohol dan semestinya haram untuk muslim.

Selalunya minuman kopi diiringi dengan sajian makanan tengahari. Sandwich merupakan sajian yang terlaris. Bagel pula merupakan jenis sandwich yang menjadi kegemaran Thariq dan masyarakat Irish. Ia terdiri daripada roti berbentuk bulat seperti donut dengan lubang ditengah-tengahnya tetapi lebih besar sebesar telapak tangan dan setebal 1 inci. Sisinya dibelah dan boleh disumbatkan dengan pelbagai pilihan inti untuk dijadikan sandwich. Thariq memesan dua bagel yang berintikan keju, salad dan tuna dan dua cawan kopi Cappucina. Usai membayar dia membawa hidangan tersebut menuju ke meja makan dimana Zulhelmi duduk.

"Er...Biro MPMI ada buat program di Connemara esok. Kau mahu sertai sekali?" Thariq memulakan perbualan sambil meletakkan tray makanan di atas meja.

"Erm...tak pelah. Aku ada hallah hujung minggu ni." Kata Zulhelmi memberi alasan sambil mengucapkan terima kasih kepada Thariq kerana membelanjanya makan tengah hari.

Thariq mengambil tempatnya dihadapan Zulhelmi.

"Apa perkembangan terbaru persatuan, abang presiden?" Zulhelmi cuba berseloroh.

"Hehe...ada-ada sahaja kau ni. Biasa je, cuma masa ini kami masih lagi dalam proses memantapkan persatuan"
"Seperti...?" Zulhelmi pura-pura bertanya.

"Ala, tak kan kau tak tahu kot! Macam-macam kitorang tengah buat sekarang. Atur mesyuarat, buat kertas kerja untuk pelbagai program, cari ahli dan macam-macam lagi. Ko tahu kan kenapa aku buat semua ni..."

"Kenapa?" Zulhelmi menyoal lagak orang yang berpura-pura tak tahu.

"Aku mahu persatuan ini berkembang, Zul. Aku mahu khidmatnya dan faedahnya boleh dirasai bukan sahaja masyarakat disini tetapi oleh semua penduduk dunia. Aku sebenarnya bercita-cita ingin menubuhkan satu relief team.

Misinya ialah untuk menyumbang tenaga dalam membantu mangsa kejadian bencana alam dan perang. Kalau boleh bukan setakat di Palestin je tetapi ke China atau Afrika barangkali.

Yang penting , aku tak mahu menjadi sisa atau sampah dunia yang hanya selayaknya untuk dibuang." Bicara Thariq dengan penuh semangat dan yakin sekali sambil mengungkapkan kalimat hikmat oleh Syeikh Rafaie. Kopi panasnya dicicipkan sedikit.

Kalau Thariq memerlukan satu perkara untuk mendapat hormat Zulhelmi, dia berangkali telah melakukannya. Zulhelmi bukan sahaja menghormati rakannya yang berpandangan jauh itu tetapi juga rasa peduli kepada rintihan masyarakat dunia yang dikongsi bersama. Walaupun berbeza dari segi pendirian tentang jemaah namun dia merasakan dirinya dan Thariq masih lagi ada titik persamaan.

"Tapi kau tahu kan...cita-cita ini cita-cita yang besar" Intonasi Thariq tiba-tiba sedikit berubah.

"Sebenarnya, aku...err kami memerlukan ramai orang untuk menjayakannya. Dan bukan sahaja setakat tenaga kerja yang kami perlukan tetapi juga mereka yang memiliki kefahaman tentang islam. Kami mahu bantu dan sambil itu berdakwah." Sambung Thariq sambil matanya merenung tepat kearah Zulhelmi.

Zulhelmi yang cuba mengunyah bagelnya terasa sedikit kelainan. Bagaikan ada satu suara halis cuba memanggilnya.

"Kami betul-betul memerlukan orang macam kau, Zul. Kau ada potensi. Lihat sahaja artikel yang kau hantar minggu lepas mengenai peranan pelajar dalam memahami sejarah Islam. Amat bermutu. Erm...apa kata..."

"Masuk jemaah kau?" Zulhelmi memotong bual bicara Thariq. Dia seolah-olah seperti dapat mengagak sesuatu. Satu senyuman sinis terukir di bibirnya. Dicapainya sehelai tisu lalu dikesat mulutnya.

"Untuk pengetahuan kau Thariq, maaflah kalau tersinggung, tapi ramai orang macam kau dah ajak aku masuk jemaah mereka. Ajak buat itulah, buat inilah. Sampaikan kadang-kadang aku ni naik rimas kau tahu. Aku rasa macam tali didalam pertandingan tarik-tali pula. Takkan sampai perlu berjemaah baru kerja dakwah boleh dilakukan, kot" Nada Zulhelmi semakin meninggi.
"Bukan, Zul. Bukan itu maksud aku." Thariq cuba menenangkan keadaan.

"Bukankah lebih baik sekiranya kita bergerak dalam satu kumpulan. Kalau kau tidak mahu bersama jemaah aku pun tidak mengapa. Sekurang-kurangnya sertailah mana-mana jemaah pun. Kelebihan kau boleh digabungjalin dengan kepakaran ahli jemaah yang lain. Two Hands are better than one, you know.

Malah baginda S.A.W pernah bersabda dalam satu hadis riwayat At-Tirmizi bahawa barangsiapa yang meninggalkan jemaah walaupun sejengkal bererti dia telah merungkaikan Islam dari tengkuknya.

Allah S.W.T sendiri pun telah berpesan dalam firmannya:
Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah
Ayat ini boleh kau rujuk dalam surah Al-Imran ayat 103" Thariq cuba berhujah.

"Kalau begitu bagaimana pula hendak kau terangkan ayat ini dari surah Al-An’am no 159:
Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka dan mereka menjadi bergolongan-golongan, tiadalah engkau (Wahai Muhammad) terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Dia akan menerangkan kepada mereka (pada Hari Kiamat kelak) apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya).

Cuba kau bandingkan dengan keadaan sekarang. Bukankah umat sudah berpecah. Wahhabilah, Sufilah, Tablighlah. Macam-macam ada kat dunia ni sekarang.

Tak payah tengok luarpun kita dah nampak dah. Lihat sahaja disini. Ada GII lah, MPMI lah, IPPSI lah dan lain-lain. Pening tahu. Sebab itu aku tak mahu sertai sebarang jemaah sebab aku risau aku tergolong dalam kumpulan yang dikaitkan dengan ayat tadi.

Aku pun tak fahamlah kenapa kita tidak boleh bergabung sahaja dan wujudkan satu jemaah iaitu jemaah muslim. Kenapa perlu berselerak begini?" Keadaan mula menjadi panas apabila Zulhelmi cuba membidas hujah Thariq.

"Fanatisme"

"Mungkin itu apa yang dimaksudkan oleh ayat diatas! Zul, sebenarnya tidak salah untuk berjemaah dalam Islam. Cuma yang jadi salahnya ialah apabila budaya fanatisme itu mula berputik dikalangan ahli jemaah. Itulah penjenayah sebenar kepada permasalahan ini. Bila kita merasakan hanya kita sahaja yang betul dan orang lain salah maka itulah yang mengakibatkan perpecahan dan membibitkan benih permusuhan sesama muslim. Malah Yusuf Qardhawi didalam bukunya, Fiqh priotiti ada menjelaskan akan bahaya fanatisme ini.

Hujahnya adalah berdasarkan sebuah hadis daripada Baginda S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang berbunyi:
Barangsiapa memisahkan diri dari ketaatan dan meninggalkan jamaah, kemudian dia meninggal dunia, maka dia mati dalam kejahiliyahan. Dan barangsiapa berperang di bawah bendera kebutaan, marah karena rasa fanatik, atau menganjurkan orang untuk fanatik, dan mendukung fanatisme, kemudian dia terbunuh, maka dia terbunuh dalam keadaan jahiliyah.
Hadith ini bisa kau ketemu dalam periwayatan Muslim no.1848"

"Habis tu, kenapa tidak dibendung sahaja masalah ini dengan amaran keras dan bentukkan sahaja satu jemaah yang dikepalai oleh seorang khalifah. Bukankah cara ini lebih berkesan dalam menyelesaikan pergeseran umat. Cuba kita ambil contoh peranan Umar r.a. ketika beliau menangani isu perkahwinan dengan ahli kitab di kalangan para sahabat di tampuk pemerintahannya."

"Bukannya islam tak menganjurkan konsep satu jemaah, Zul. Agama ini agama fitrah. Islam mengerti yang manusia itu bukan robot dan dilumrahkan dengan kreativiti. Mungkin kau lihat berjemaah ini sebagai pecahan-pecahan agama tetapi sebenarnya ianya adalah cara islam meraikan kepelbagaian corak fikiran, adat, budaya dan juga keadaan manusia disekelilingnya. Jemaah-jemaah yang wujud sekarang hanyalah cabang-cabang wasilah. Pokoknya tetap satu iaitu jemaah muslim. Kau mesti faham akan ini. Kalau tidak, masakan Saad ibn Waqsh diizinkan Baginda S.A.W untuk membibitkan jemaah di Negara China"

"Huh, jika begitu dimanakah kedamaian. Mengapakah berjemaah yang kau katakan diizinkan menjadi punca perbalahan antara sesetengah umat islam. Apakah kau dah lupa tahun 1980, dimana puak Sunni Iraq melancarkan perang keatas Puak Shia iran?"

Thariq tergamam. Penyataan Zulhelmi itu amat pedas sehingga mematikan bicaranya. Serentak dengan itu juga, panorama masjid yang hancur di bom di Khorramshahr serta visual mayat yang bergelimpangan di Halabja akibat penggunaan gas saraf ketika sengketa perang Iran-Iraq bersilih ganti di benaknya.

Adakalanya hati kecilnya menggetus akan kebenaran isi yang dinyatakan oleh Zulhelmi itu.
Namun begitu, rasionalnya masih waras. Baginya bukan konsep berjemaah itu yang salah tetapi yang salah ialah apabila konsep suci ini dicemari oleh unsur-unsur jahiliyah seperti fanatisme dan asabbiyyah.

Sampah inilah yang mengotori kebaikan berjemaah sehingga ia dipandang jelek oleh sesetengah individu.
Walaupun begitu, dia tidak cepat melabel Zulhelmi sebagai anti-jemaah. Dia percaya masih lagi wujud sisa ingin bersama dalam satu ukhuwwah yang mantap dalam diri Zulhelmi. Cuma dia perlu memahami sesuatu. Ya, memahami sesuatu yang menyebabkan Zulhelmi hanya melihat kelemahan jemaah sahaja sehingga mempengaruhinya untuk meninggalkan jemaah. Tidak cukup dengan itu, dia juga perlu berani. Ya, dia perlu berani untuk mencungkil rahsia ini dari Zulhelmi walaupun dia sedar perbuatannya bisa menceroboh daerah privasi dalam memori Zulhelmi.

"Zul, aku tidak bermaksud untuk menceroboh privasimu cuma kalau ada apa-apa masalah, apa kata kau ceritakan kepada kami."

"Masalah?" Wajah Zulhelmi kian berubah. Sudahlah persoalannya tidak terjawab kini perihal peribadinya pula cuba dikorek. Anak matanya dijegilkan tepat ke arah raut wajah Thariq.

"Aku mana ada masalah. Aku ok je!" Ujar Zulhelmi bernada sedikit tinggi lalu bingkas bangun dari bangku restoran dan segera menderaskan langkah ke pintu keluarnya. Kopinya ditinggalkan tidak terusik. Bagelnya pun masih lagi ada separuh belum dihabiskan.

Thariq hanya mampu memperhatikan sahaja tingkah laku rakannya itu. Dia berasa sedkit terkilan dan kecewa. Sambil menghela satu nafas yang panjang dia menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Mulutnya terkumat-kamit beristighfar.

Selepas pemergian Zulhelmi, telephone bimbit Sony Xperia milik Thariq berdering dengan satu kiriman mesej. Dia lantas memicit punat ‘Read’. Sesaat kemudian, kandungan mesej terpampang diatas skrin telefon bimbitnya.

"Bagaimana dengan Zulhelmi?" Sayu bunyi mesej tersebut.

Thariq hanya menggeleng-gelengkan sahaja kepala apabila membaca mesej tersebut yang diterimanya jauh dari Malaysia. Dari Aisyah.
--------------------------------....................
"Maafkan daku". Itu adalah bunyi mesej yang engkau terima pagi ini. Ringkas tapi penuh makna.

Kau bangun agak lewat. Matahari sudahpun meninggi. Engkau lihat ke luar tingkap dan mendapati sebiji bas putih parkir dihadapan masjid. Manusia-manusia yang terdiri daripada sahabatmu satu persatu memenuhi perut bas itu. Kau lihat Thariq berada di belakang sekali untuk memastikan semua ahli rombongannya sudahpun memasuki bas. Sempat juga dia memalingkan mukanya kearah rumahmu. Wajahnya redup. Kau terkesima. Sejurus selepas itu, bas putih itu sayup-sayup hilang dari pemandanganmu dan bergerak menujuk ke Connemara.

Dengan pemergian sahabatmu maka kini kau kesunyian. Tiada teman untuk kau mengharungi hujung minggu ini. Tapi, kau ada rancangan lain.

Persis pelesit kau segera menukar pakaian beradumu ke pakaian kasual. Kau menarik beberapa buku dari rak. Destinasimu: Taman Drimnagh Castle yang indah dengan harapan ia mampu menerbitkan idea untuk penulisanmu seterusnya.

Dari rumahmu engkau bergerak menaiki bas ke pusat bandar. Sebelum sampai ke perhentian yang ingin dituju, bas sempat melalui jambatan yang menyeberangi Sungai Liffey. Lantas memori engkau bersama Abang Marwan berjalan-jalan menyusuri sungai ini sewaktu engkau mula-mula tiba disini bermain di minda.

Engkau ingat ceritanya mengenai sungai ini. Dia memberitahumu yang dahulunya sungai ini menjadi sempadan diskriminasi yang memisahkan golongan kaya dan golongan miskin di Dublin. Engkau mengeluh. Tidak puashati mendengar cerita tersebut. Bagimu, haruskah manusia dipisah dan dipecah-pecahkan walhal hanya berbeza dari segi kekayaan, warna kulit, mazhab dan juga corak fikir. Abang Marwan hanya mampu tersenyum. Fikiranmu melayang.

Engkau tidak sedar yang bas sudahpun sampai ke tempat yang engkau perlu turun. Nasib engkau baik. Pemandu bas itu sudi menunggu engkau terkocoh-kocoh turun dari tingkat atas bas double decker itu untuk keluar darinya.

Engkau berjalan ke stesen Abbey St untuk menaiki tren LUAS persis KL Monorail di negaramu. Bezanya cuma trennya menggunakan landasan yang terbina di atas jalanraya berbanding KL Monorail yang landasannya terapung di udara. Kau membeli tiket ulang-alik ke Drimnagh. Harganya 3.80 euro. Selesai membayar harga tiket engkau pun memasuki tren. Hari ini tidak ramai orang fikirmu lalu mengambil tempat duduk berdekatan dengan seorang lelaki berumur yang berbadan gempal dan berjambang tebal bagaikan orang timur tengah.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

"My name is Hassan. What is your name?"

"Err...my name is Zulhelmi. Zulhelmi Akhyar. Where are you from?"

"I’m from the land of promised, Palestine"

"Owh. What are you doing here, working...?"

"No. I’m a refugee. An asylum seeker."

Pelarian.

Engkau rasa kasihan melihat pak cik Hassan. Terpaksa melarikan diri daripada tanah airnya sendiri. Dalam pada masa yang sama engkau juga berasa geram. Muak dengan percakaran sesama sendiri antara FATAH dan HAMAS kerana menjadi pelakon drama saduran sutradara-sutradara puak Zionis. Hatimu terbakar. Lebih-lebih lagi bila engkau cuba mengingati peristiwa larangan di daerah mindamu.
--------------------------------
"Mana boleh."

Mas’ulmu melenting mendengar cadanganmu. Dia tidak suka mendengar cadangan ingin mengagihkan wang lebihan yang diperoleh ketika menganjurkan kursus persiapan pelajar ke luar negara kepada persatuan Aisyah.
"Tetapi bukankah elok sekiranya wang itu diberikan sedikit kepada mereka. Sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka. Lagipun apa salahnya menolong?" Engkau cuba memohon simpati bagi pihak Aisyah. Kata ganti diri mereka digunakan untuk menyembunyikan niat sebenarmu.

Engkau merasa kasihan melihat Aisyah yang terpaksa menanggung kos kerosakan kereta persatuannya akibat terbabas ketika menghantar salah seorang panelis jemputan pulang selepas tamat program tersebut. Niatmu baik. Ingin menolong tetapi...

"Zul kau harus faham. Bukannya kita tidak mahu menolong. Tetapi, bukankah kesilapan itu hasil daripada kecuaian mereka. Kenapa harus masalah ini dibahukan kepada persatuan kita?"
Engkau mula berasa sedikit tidak puas hati. Masakan mas’ul mu sanggup meluahkan bicara yang sedemikian. Hatta dalam membantu saudara semuslim.

"Walaupun silap mereka, apa salahnya kita menolong? Lagipun mereka kan saudara kita dan kita pula berkongsi satu matlamat yang sama dalam perjuangan." Engkau cuba berhujah.

"Silap Zul nampaknya kau masih tak sedar lagi." Kata Mas’ulmu sambil membongkokkan sedikit badannya kedepan cuba merapatkan wajahnya ke wajahmu. Kemudian, sebutir demi sebutir perkataan keluar dari mulutnya dengan nada tegas.

"Mereka itu ‘orang’ lain, kita ‘orang’ lain. Matlamat kita mana sama."

Engkau terkejut dan marah. Tidak sangka ayat itu terbit dari Mas’ulmu sendiri. Nadimu berdegup kencang. Nampak gaya, elemen nista politik dilibatkan sekali dalam pergerakan persatuanmu.

Namun, engkau masih lagi boleh bersabar. Sifat wala’mu mengatasi desakan nafsu ingin memberontak. Engkau pendam sahaja rasa marahmu selama mana mesyuarat itu berlangsung.

Maghribnya engkau menuju ke masjid berdekatan. Hasratmu agar bara ingin memberontak dapat dipadamkan dengan beribadat kepadanya. Usai bersolat kau duduk berzikir. Kalimat istighfar kau ulang-ulangi spertimana yang diajar oleh Rasulmu untuk menjirus bara taghdob. Tatkala asyik berzikir engkau melihat seorang ustaz mengambil tempat duduknya di tempat imam. Engkau gembira. Fikirmu mungkin kalimah hikmah dari ceramahnya mampu membuatkan engkau lupa kejadian petang tadi. Kau bergegas ke saf depan.

Tetapi sangkaanmu meleset. Ustaz yang engkau harap bicaranya mampu meleraikan kusut di mindamu terbabas. Engkau harapkan kalimah penghibur jiwa tetapi diberinya caci nista terhadap orang lain. Orang politik. Benakmu meribut menghampiri histeria. Tidak tertahan, engkau bingkas bangun melangkahkan kaki keluar dari situ. Pandangan jelek jemaah lain seolah-olah menjerit memarahi sifat biadapmu. Pedulikan. Telingamu pedih hatimu kembali mendidih. Bergelojak.

Esoknya engkau menerima SMS daripada rakanmu suruh bertandang ke sebuah restoran berdekatan dengan tempatmu. Engkau bertanyakan kenapa. Jawap rakanmu ada majlis bersempena dengan peralihan tanzim lama ke tanzim yang lalu.

Restoran?

Jamuan makan?

Engkau mula meradang. Lantas saat itu juga amarahmu menguasai diri. Persatuan yang selama ini engkau tabur bakti sudah kelihatan tidak bermakna lagi bagimu. Engkau bertekad. Engkau bukan sahaja bertindak memboikot jamuan makan malam tersebut malah terus meletakkan jawatanmu sebagai setiausaha. Engkau memprotes dan mula membenci jemaah. Sejak hari itu, engkau mulai menyendiri. Kata jemaah menjadi racun. Yang kalau disuntik bisa mencetus radang mu.
--------------------------------

"Tetapi, pak cik tak menyalahkan HAMAS keatas apa yang berlaku di Palestin, nak. Yang pak cik kesalkan ialah tindakan FATAH mengambil puak zionins dan konco-konconya menjadi rakan rundingan. Tindakan inilah yang mengundang padah. Mereka alpa akan amaran Allah dalam ayat 118 Surah Ali Imran."

Lamunanmu terhenti. Matamu terkebil-kebil. Engkau berasa hairan bagaimana pak cik Hassan dapat membaca fikiranmu. Namun, engkau tidak mengendahkannya dan cuba memahami ayat yang dimaksudkan pak cik Hassan:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang, di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya."

"Dengan kesilapan pihak FATAH, pihak zionis dapat mencapai dua objektif sekaligus. Pertama mereka tidak perlu mengotorkan tangan mereka untuk melakukan kekejaman dan pembunuhan. Cukup sekadar FATAH menjadi proksi mereka. Kedua, mereka dapat menunjukkan yang umat Islam telah berpecah dan bergaduh sesama sendiri. Ini yang pak cik takutkan sekali, nak. Apabila umat Islam bergaduh sesama sendiri ia mengundang persepsi yang negatif terhadap Islam. Islam akan dilabel sebagai agama yang huru-hara. Malah hendak berjemaah pun semakin susah kerana umat Islam diracuni fahaman yang berjemaah itulah punca perbalahan. Itu salah nak. Jemaah itu amat penting khususnya dalam menghadapi jemaah yang lebih besar."

"Jemaah lebih besar? Apa maksud pak cik?" Engkau mengerut dahi. Tidak faham.
Walaupun pendirianmu sedikit tercalar, engkau menjadi teruja dengan perbincangan yang sedang berlangsung. Pak cik Hassan bukan orang sebarangan, fikirmu.

"Masyarakat, nak. Jemaah masyarakat. Itulah maksud pak cik. Jemaah yang menghimpunkan orang kebanyakan. Anak mahu membantu masyarakat?"

Engkau mengangguk.

"Tetapi, bisakah anak terjun ke laut tanpa mengetahui ilmu berenang?"

"Err...mustahil"

"Betul. Itulah sebahagian daripada keperluan berjemaah ini, nak. Jemaah merupakan satu majlis ilmu dan tarbiyah. Satu perkumpulan manusia yang saling mendidik, betul-membetulkan, nasihat-menasihatkan antara satu sama lain. Jemaah mempersiapkan diri kita dalam menghadapi masyarakat. Dalam berjemaah ada orang tua dan ada orang muda. Orang tua boleh menyampaikan pengalaman dalam bermasyarakat dengan orang muda boleh mengambil pengajaran daripada pengalaman tersebut dalam mengerah kudrat segar menjadi agen pembaikan masyarakat. Lagipun nak kerja di luar sana bukan senang, nak. Lumrah manusia apabila ditekan pasti diperlukan pujukan dan kata-kata semangat. Nah, dengan berjemaah kita bisa memperoleh semua itu. Apatah lagi daripada rakan-rakan yang sudahpun tahu hati budi kita dan berkongsi matlamat yang sama."
Engkau tunduk. Mengiakan tidak menggeleng pun tidak. Entah kenapa buat pertama kali kata jemaah tidak membuatkan engkau membara. Sebaliknya engkau menjadi tenang. Tenggelam dalam lontaran hikmah dari seorang hamba Allah yang sedang diuji.

"Lagi satu nak. Berjemaah juga merupakan asas dalam menyampaikan dakwah. Cuba anak lihat Sungai Liffey itu. Ada anak berfikir bagaimana ia menuju ke muara?"

Engkau membuka mulut untuk memperkatakan sesuatu tetapi tidak sempat kerana pantas dipintas oleh Pak Cik Hassan.

"Sungai Liffey itu pasti menemui banyak halangan di sepanjang perjalanannya. Tetapi, acapkali halangan itu ditemu, ia tidak berhenti. Kenapa? Kerana aliran baru dari belakang akan mengalir dan menghakis halangan itu. Inilah yang berlaku, nak. Saban saat, hari dan tahun. Prosesnya berulang-ulang sehingga tercapai matlamatnya iaitu bertemu dengan lautan yang luas di muara.

Begitu juga dengan kerja dakwah, nak. Setiap hari, orang tua pasti akan pergi. Sebab itu orang muda perlu disiapkan agar gerakan dakwah ini dapat terus dijalankan tiada terhenti. Hanya dengan berjemaah sahaja ini boleh dicapai. Jangan sesekali anak fikir yang kerja dakwah ini boleh dilakukan berseorangan. Kerja tersebut umpama lopak-lopak air yang statik. Tidak kira banyak mana pun kuantitinya, lama-kelamaan lopak-lopak air itu bisa menjadi busuk dan berbau. Akhir sekali ia juga bisa kekeringan ditelan terik mentari.

Oh ya, anak seperti ingin berbicara sesuatu tadi."
Engkau menggelengkan kepala cuba menidakkannya. Sebenarnya engkau ingin meluahkan perasaan gerammu terhadap ideologi berjemaah yang engkau lihat membinasakan. Tetapi, entah kenapa hatimu tertunduk menjadi sayu mendengar manisan jiwa dari Pak Cik Hassan. Engkau rasa seperti seolah-olah dibelai oleh sesuatu yang tidak boleh digambarkan. Pak Cik Hassan telah memberikanmu perspektif yang berbeza terhadap sistem jemaah secara berhikmah.

Kebencianmu terhadap berjemaah mula meretak. Memang selama ini pun hati kecilmu terkambus keinginan untuk berjemaah. Tetapi, disebabkan keadaan persekitaranmu yang kucar-kucar menjadikan engkau seorang yang anti kepada jemaah. Engkau terpaksa mengenepikan, memendam rindu untuk kembali bersama dengan rakan seperjuangan yang lain. Namun, engkau tetap punya keinginan serta semangat juang untuk menjadi seorang daie, menjadi agen pembaikan masyarakat.

Pap!

Tiba-tiba engkau merasakan ada sesuatu yang kuat menggenggan bahumu. Kuat genggamannya sehingga terasa tenaganya mengalir ke kalbumu. Engkau menoleh. Kelihatan tangan Pak Cik Hassan mendarat diatas bahumu.

"Ayuh, nak. Usah ragu-ragu lagi, gerakkan tenagamu. Di luar sana ramai yang memanggilmu untuk berjuang bersama-sama. Mereka amat memerlukanmu. Apakah anak ingin mengecewakan mereka yang merayu bantuanmu?"
Engkau menggelengkan kepala sebagai isyarat menidakkannya. Bahumu terasa sedikit kejang.

"Lagi satu pak cik ingin berpesan. Umat ini ibarat satu tubuh badan, nak. Kesempurnaannya bergantung kepada kesempurnaan anggotanya. Apa akan jadi sekiranya yang ini hilang."

Pak cik Hassan menggenggam pula tanganmu sambil menggoncang-goncangkannya.

"Cacat?" Engkau menjawap sambil berdebar.

"Ya. Umat akan jadi cacat, nak. Umat akan dihina dan yang paling sedih sekali umat akan jadi gagal. Tertewas. Kegemilangan Islam hanya akan jadi satu angan-angan manakala ustaziatul alam hanya akan jadi satu dongeng yang diceritakan berulang-ulang. Anak ada tenaga, ada upaya. Apakah anak mahu mengkhianati nikmat ini? Jangan, nak. Jangan!"

"Tapi..."

"Ini bukan soal tapi, nak. Tetapi ini soal kemahuan."
Dalam hatimu rasa takut dan bersalah bercampur baur. Memang pun engkau akui jemaah itu mesti cuma...cuma...

Wajah Thariq, yang engkau telingkahi semalam ligat berpusing di minda. Wajah Aisyah pun sama. Terimbas raut wajahnya yang kecewa dengan pendirianmu yang sarat dengan emosi.

Ding!

Tiba-tiba bunyi dentingan loceng tren memenuhi segenap ruang koc. Sedikit demi sedikit Tren semakin hilang lajunya dan akhirnya berhenti. Beberapa orang penumpang yang ingin keluar mula berdiri dihadapan pintu koc. Begitu juga dengan Pak Cik Hassan. Mungkin ini destinasi yang ingin ditujunya lantas mengalihkan tangannya dari bahumu. Engkau berasa sedikit lega.

Dia berdiri dan bergerak meninggalkanmu mengikuti penumpang lain yang ingin keluar. Lampu merah menyala. Pintu koc dibuka dan pertukaran penumpang pun berlaku. Pak Cik Hassan bergerak keluar. Langkahnya terhincut-hincut. Luka perang mungkin.

Sebelum Pak Cik Hassan berlalu pergi dia sempat memalingkan wajahnya dan merenung wajahmu. Diwajahnya penuh harapan. Harapan yang melebur keegoanmu. Harapan agar engkau berjuang atas jalan dakwah secara efektif dan membebaskan dirinya dan muslim yang lain dari belenggu kezaliman.

Sejurus kemudian pintu koc terkatup semula.

Tidak lama kemudian, Tren perlahan-lahan mengumpul kelajuan lalu beredar pergi. Kelibat Pak Cik Hassan pun sedikit demi sedikit hilang dari pandanganmu. Engkau bersandar semula sambil menghela nafas yang panjang.

Engkau merenung jauh ke luar tingkap tren. Kata-kata Pak Cik Hassan masih lagi terngiang-ngiang di kepalamu. Sedikit demi sedikit engkau cuba menghadam bicaranya, sedikit demi sedikit jugalah timbul rasa keinsafan dalam hati. Engkau mulai sedar. Dirimu sebenarnya tiada upaya untuk membawa tugas dakwah ini berseorangan. Ia amat berat lagi membebankan. Engkau cuba mengingati kembali perbualanmu dengan Thariq semalam. Betul kata Thariq. Dakwah mesti dilakukan berkumpulan. Berjemaah.

Engkau teringat pula peristiwa engkau meninggikan suara di hadapan Thariq, meninggalkannya sambil terkejut dan terkebil-terkebil memahami letusan amarahmu. Engkau menyedari yang engkau telah mengguris perasaan rakan karibmu itu.

"Astaghfirullah, Thariq. Maafkan emosiku..." Gerutu hatimu. Rasa bersalah mula menyelinap menyelubungi kalbumu.

Sesuatu perlu dilakukan. Segera.

Engkau harus memberitahu Thariq kekesalan dirimu bermusuh dengan ideologi berjemaah dan dalam masa yang sama memohon maaf atas kebiadapanmu semalam.

Tanpa membuang masa engkau terus menyeluk saku seluar denim biru untuk mencapai telefon bimbitmu. Tetapi, belumpun sempat engkau menekan sebarang punat, satu mesej baru diterima. Engkau berdebar kerana sekali baca, mesej itu bernada cemas. Kau membaca mesej itu kali kedua untuk kepastian.

"Kemalangan bas di Connemara...semua selamat kecuali..."

Pandanganmu gelap. Peluh mula memercik.

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Thariq baru sahaja dijemput Ilahi...
--------------------------------....................

" Lepas ni jangan sergah dari belakang, terkejut abang dibuatnya." Adu Zulhelmi sambil mengurut dadanya.

"Ala, gurau sikit je. Tak kan tak boleh." Aisyah mencebik. Mukanya sedikit dimasamkan.

Serentak, Zulhelmi dan Aisyah ketawa kecil melihat telatah masing-masing. Suasana hening di balai menunggu dipecahkan oleh mempelai dua sekoli ini yang baru sahaja mendirikan rumahtangga. Ketika itu di KLIA, fajar baru sahaja menyinsing. Tidak ramai orang ketika itu. Mungkin tidak banyak penerbangan dijadualkan untuk berlepas dan mendarat pada waktu awal pagi ini. Kedai-kedai pun tidak banyak yang beroperasi.

"Lepas ni relief mission kemana pula bos." Aisyah cuba mengusik suaminya.

Zulhelmi hanya tersenyum sahaja diusik Aisyah sambil menyerahkan first aid kit yang dibawanya kepada Aisyah.

"Nak kemana lagi? Abang kan baru sahaja balik?" Balas Zulhelmi.

"Mana la tahu kan, orang dah mula bersemangat macam abang ni bukan senang nak duduk rumah"

"Eh, awak ni ke situ pulaknya...semangat semangat juga tetapi tanggungjawab kepada masyarakat akan abang imbangkan dengan tanggungjawab abang sebagai suami sedaya upaya. InsyaAllah." Zulhelmi cuba memberikan kepastian kepada Aisyah menyedari lumrah Aisyah yang kini sudah bergelar isterinya.

Aisyah hanya tersenyum. Manis.

"Hehe...By the way macamana keadaan disana?"

"Xian? Owh, teruk Aisyah! Teruk sangat. Hampir menjadi padang jarak padang terkukur akibat gempa bumi yang melanda kawasan itu...apabila abang mula sampai disana, abang pun tidak tahu hendak mula dari mana sebab semuanya derita belaka. Nasib baik ada petugas tempatan yang membantu kami membawa kami ke kawasan yang sepatutnya. Alhamdulillah, akhirnya sebuah khemah dapat didirikan dan kami mula memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa yang memerlukan. Tetapi, ada lagi menarik yang abang nak ceritakan. Aisyah nak dengar?"

Aisyah mengangguk.

" Satu hari abang didatangi oleh seorang perempuan muda memapah ayahnya yang tua dan cedera ke khemah kami untuk mendapatkan rawatan. Kesian, terdapat pendarahan yang teruk di bahagian kakinya. Apa lagi, kami yang ketika itu tertidur keletihan terus cuba sedaya upaya untuk menyelamatkannya...lepas tu..."

"lepas tu apa?"

"lepas two, three...hehe."

"Isk...main-main pula dia ni."

"Hehe takdelah. Lepas tuh keesokannya perempuan muda itu datang kembali ke khemah abang. Dia datang untuk mengucapkan terima kasih sambil bertanya kenapa abang sanggup susah-susah datang ke kawasan bencana ini. Abang pun terangkankanlah yang tujuan kedatangan abang dan rakan-rakan adalah untuk membantu selari dengan kehendak Islam yang menggalakan umatnya untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.

But, the best part was, bila abang cakap macam tu dia semacam rasa tertarik dengan Islam dan ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut lagi. Abang pun cubalah sedaya upaya menerangkan kepadanya apa itu Islam dan keindahannya. Lepas habis abang cakap pasal Islam dia pun beredar pergi. Abang tak tahu pula apa yang terjadi selepas itu. Wallahua’alm."

Aisyah hanya mampu tersenyum. Tertarik dengan pengalaman yang diceritakan oleh suaminya.

"Tapi satu perkara paling penting yang abang belajar daripada misi ini ialah faedah kerja berkumpulan ataupun berjemaah. Apabila kita berpadu tenaga dalam melaksanakan perkara yang dituntut oleh Islam, insyaAllah, ianya akan menjadi lebih mudah dan hasilnya akan menjadi lebih baik dan sempurna berbanding melakukannya berseorangan. Malah, seperti misi ini, keindahan dan kecantikan itu lebih terserlah lagi sehingga orang sendiri datang untuk bertanyakan tentang formulanya...Cuma."

"Cuma apa, bang."

"Cuma...kalaulah Thariq masih..."

"Shhhh..." Aisyah bergegas menutup mulut Zulhelmi dengan dua jari tangannya apabila mendengar nama Thariq disebut.

"Sudahlah tu, bang. Jangan fikirkan pasal Thariq lagi. Sesungguhnya ajal maut itu ditangan tuhan. Yang lepas tu biarlah berlalu. Lagipun misi ini buah fikirannya. Legasinya. Aisyah yakin dirinya tetap beroleh pahala walaupun sudah menemui yang Esa." Aisyah cuba memujuk. Cuba menyental sisa-sisa memori hitam yang masih lagi melekat di benak Zulhelmi.

Thariq mengukir senyuman. Separuh lega mendengar pujukan syahdu penuh hikmah dari sang bidadarinya. Lantas dia mengangguk tanda setuju. Aisyah pun turut sama tersenyum.

"Aisyah dah sarapan?"

Aisyah menggeleng walaupun dia tidak begitu lapar.

"Kalau macam tu jom kita kesitu. Abang dengar mereka ada jual bagel. Murah lagi. Dah lama tak makan bagel. Rindu pula." Kata Zulhelmi sambil mengarahkan jari telunjuknya ke sebuah restoran.

"Ok, jom."

Aisyah menyambut first aid kit yang dihulurkan suaminya dan mengapitnya disisi kiri. Tangan kanannya dipautkan kepada tangan kiri Zulhelmi. Kemudian, dua pasangan muda ini pun mula berjalan beriringan menuju ke sebuah cafe yang baru sahaja memulakan operasinya.

Di sepanjang perjalanan hati Aisyah dibanjiri dengan kalimah syukur. Syukur kerana gembira dengan kepulangan suaminya dalam keadaan yang selamat. Syukur kerana bahagia disatukan bersama Zulhelmi. Dan akhir sekali, syukur kerana Zulhelmi kembali menyedari semula peri pentingnya berada dalam sebuah ikatan. Ya, ikatan sebuah jemaah. Kerana sejak Zulhelmi memprotes keperluan berjemaah Aisyah sering berdoa kepada Allah agar membimbing Zulhelmi ke jalan yang benar kerana bagi Aisyah,

Bila naif akal ditapis emosi
Yang baik bisa dilihat jahat
Yang betul bisa ditopeng salah...




Glossari:
Mas'ul - Ketua
IPPM –Ikatan Pelajar Perubatan Muslim
GII- Gabungan Ikwah seluruh Ireland
MPMI- Majlis Permuafakatan Mahasiswa seluruh Ireland
posted by Penulisan2u @ 4:42 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
6 Comments:
  • At 10/8/09 8:07 PTG, Blogger N.A said…

    assalamualaikum...

    suka sangat cter ni...
    penuh pengajaran...
    bagi kesedaran...
    harap ramai lgi yg hasilkan karya begini...
    teruskan hasilkan karya begini ya...
    terima kasih berkongsi karya awk yg menarik ni dgn semua...

    wassalam...

     

  • At 11/8/09 2:22 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Boringnya

     

  • At 11/8/09 11:26 PTG, Anonymous mizanthepewter said…

    alilmu kassiraj..ilmu itu bak chy..penulisan anda jauh sekali menyelami mata hati pembaca..bg yg menyatakn ia boring,mknanya fahaman jemaah tiada dlm hatinya..dia bertindak sendirian dan terpinggir itu kenyataan dia membaca dgn ejekn,maka bosanlh jd nya...anda menulis dgn niat menergkn..tahniah! tapi awas,di lai kesempatan jgn dinyatakn ayt "kalau" krn ia seperti menyalahi dn menangisi tkdr...terima kasih ats ilmu anda.

     

  • At 13/8/09 12:01 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam...
    bg sesiapa yang bg komen no2 yg ckp boring tu..
    tolong la bc semule crite di ats..
    sy xtau la anda phm @ x ape yg penulis tulis 2..
    rsnyer x
    sbb bnde 2 bnyk pengajaran...
    ctr2 cmni mnnjkkan kbnrn yg berlaku
    blh plak kau ckp boring..
    kang sy ckp awk 'pandai' bngge plak...
    fahami n dalami lah ape yg penulis 2 cter..
    klau x phm,xyh commment

     

  • At 13/8/09 1:15 PTG, Anonymous ara said…

    salam..
    pnh isi tersirat tp mudah difahami..
    byk pngjaran n tnpa pglm ssh utk mmbuat crite sbgini..
    pe2 pn crite yg bgs n truskn usaha utk brkarya..

     

  • At 15/8/09 12:52 PG, Blogger syasya said…

    saya ingin menerangkan disini umur sya baru mencapai 14 thn...boleh saya bertanya? apakah maksud jemaah seperti yang dinyatakan dalam cerpen di atas?

    mohon penulis menceritakan di alamat e-mail saya:

    lovecharr@gmail.com

    terima kasih...

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group