BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Ogos 21, 2009
Cerpen : Hati Ice Man aku
Nama Pena : Eva

"Kenapa tak sambung sekolah?" suara lembut Puan Arisa menyapa gegendang telinganya.
"Mak saya tak mampu Puan. Lagipun saya tak sanggup menyusahkan mak lagi. Dapat habiskan tingkatan lima ni pun mak yang pujuk. Kalau tidak, dari tingkatan tiga lagi saya dah berhenti sekolah,"
"Kenapa boleh fikir macam tu?" Puan Arisa masih ingin bertanya meminta kepastian. Daripada apa yang dia dengar melalui Mak Miah, anaknya ini bijak dan kalau bukan kerana anaknya sendiri yang berdegil untuk tidak menyambung pelajaran, sudah lama dia mendaftarkan Dana Adea ke matrikulasi.
"Dah cuba ,minta biasiswa?"
"Bukan sekali dua puan. Tapi, rasanya mungkin rezeki belum sampai. Mungkin ada orang yang lebih memerlukan daripada Dana ni. Mak pun sakit-sakit macam tu, Dana tak sanggup susahkan mak," Dalam diam Puan Arisa terharu mendengar ungkapan tenang yang keluar dari bibir merah gadis manis ini. Dengan penampilan ringkas, dan sopan, Dana Adea masih tampak manis pada pandangannya.
"Tak apalah. Kalau itu sudah keputusan kamu, mamapun tak boleh komen apa-apa, cuma, rugilah kamu sia-siakan keputusan 5A kamu tu. Sejuk hati mama, kalaulah anak mama dapat result macam tu…Tapi, tengoklah, kalau mama tak paksa anak mama masuk universiti, surat tawaran tu dah jadi kertas bungkus belacan agaknya," Dana tersenyum cuma, mungkin kerana berasa senang dengan bakal majikannya ini yang selamba membahasakan dirinya ‘mama’ ataupun lucu dengan kisah ‘belacan’ itu. Walaupun peribadi wanita yang agak sebaya dengan ibunya ini kelihatan begitu dingin pada pertemuan kali pertama di rumah tempoh hari, namun aura keibuannya tidak pernah hilang dari mengiringi wajah yang cantik dengan solekan tipis ini. Jauh berbeza dengan ibunya di kampung yang lebih mengutamakan ‘kecantikan’ anak-anak pokok terung, dan pokok sayur-sayuran lain yang subur di kebun daripada kesihatannya sendiri. Apalagi mahu menjaga penampilan.
"Macam nilah Dana. Kamupun baru sampai, nanti berehatlah dulu dalam bilik. Esok-esok barulah mula kerja," Satu pesanan yang cukup menyentuh perasaan Dana. Bertuahnya dia dipertemukan dengan majikan sebaik ini. Dia berjanji akan memberikan perhidmatan cemerlang di rumah Puan Arisa ini sepanjang bekerja nanti.
Sampai di hadapan pintu bilik, Dana terpaku sebentar. Tadi sewaktu Mak Som, pembantu rumah ‘senior’ di situ menunjukkan biliknya, dia tergesa-gesa ke tandas. Perutnya begitu memulas sejak dalam perjalanan ke sini lagi. Bila wanita separuh baya itu menunjukkan secara lisan di mana biliknya, dia pula sudah lupa. Nah, di situ dia berdiri termangu-mangu.
"Sebelah kiri atau sebelah kanan?" Ujarnya. Entah kepada siapakah soalan itu dia tujukan, dia sendiri tidak pasti. ‘kiri, kanan, kiri, kanan…kiri,’ Dana berbisik dalam hati. Di hadapannya ini ada dua pintu bilik yang hampir serupa, dan dia tidak pasti mana satukan bilik yang dimaksudkan Mak Som. Hendak memanggil majikannya dia risau majikannya itu masih sibuk bertelefon dengan rakan kongsinya. Dana tercuri dengar perbualan Puan Arisa di ruang tamu tadi. Mak Som juga sibuk di dapur sewaktu dia masih berbual dengan majikannya lagi. Jadi hendak bertanya siapa? Hatinya melarang menyentuh mana-mana tombol pintu di hadapan. ‘Baiklah aku ke dapur,’ Dana memutuskan, lalu segera berpaling ke arah anak tangga hendak turun ke ruang tamu. Namun apa yang mengejutkannya adalah dinding penghalang yang tiba-tiba saja wujud di hadapannya. Malahan ‘dinding’ itu sedang mamancarkan aura yang menggerunkan.
"Err, mak kau," Dana melatah sedikit. Kemudian ditepuk-tepuk bibirnya perlahan sebelum menyembunyikannya dengan jari-jemari runcingnya.
"Kenapa dengan mak aku? Kau ni siapa?" soalan itu menambahkan rasa gerunnya dengan lelaki yang entah dari mana datangnya ini.
"Err, maaf, awak ni siapa?" Dana sekali lagi menepuk-nepuk bibirnya setelah menyedari kemungkinan bahawa lelaki ini adalah anak majikannya. Aduh, bodohnya aku!
"Aku tanya, kau jawab. Kau tanya balik kenapa?" suara dingin itu bagai menggaru-garu gegendang telinganya.
"Saya..err…saya Dana Adea,"
" Aku tak tanya nama kau,"
Amboi. Sombong tahap dewa! Dana mengata dalam hati. Kau ingat kaulah raja dekat sini? Tu, mak kau ratu dalam rumah ni tau!
"Err, pembantu rumah," Jawab Dana separuh hati.
"Oohh, nilah pembantu baru. Kau tahu peraturan dalam rumah ni?"
Kau ingat rumah kau ni sekolah menegah? Banyak sangat peraturan yang kau nak ingatkan aku? Dana menggumam dalam hati. Namun melepaskannya secara lisan bukan tindakan bijak baginya.
"Nak jadi pembantu rumah kena bangun awal pagi. Jangan malas. Lagi satu, jadi pembantu dalam rumah ni, jangan harap boleh goyang kaki. Mama pun satu. Cari yang tak berpengalaman. Nanti dua tiga hari dah buat hal," Lelaki itu mencarik-carik hatinya dengan tuduhan kurang berasas ini. Kau tak tahu aku bangun seawal jam lima di kampung?!Berlagak…
"Saya tahu apa yang saya patut buat," kerana kejengkelan hatinya makin memuncak, Dana terlepas perkataan yang tidak sepatutnya diluahkan sebagai seorang pekerja.
"Saya tahu apa yang saya patut buat…" Lelaki ini mengajuknya pula. Perasaan Dana bagai digilis, terus jadi serbuk lada yang hanya menanti masa untuk disembur ke wajah itu.
"Kalau awak tak puas hati dengan saya, bagitau mama awak, suruh dia cari yang lain," Dana menahan nada suaranya. Pesanan ibunya masih lagi mengawal fikiran warasnya. Jangan sekali-kali bertindak di luar batas dan sedar kedudukan dalam rumah ini.
"Mie, kamu ni kenapa?" Entah bila tiba-tiba Puan Arisa muncul dari arah belakang. Kedua-dua mereka terkejut dengan teguran itu.
"Mie, apa yang kamu merepek tadi?" Suara tegas puan Arisa membuatkan lelaki ini tertunduk. Namun jelingan tajamnya masih lagi tertuju kepada Dana.
"Tak ada mama. Aaa…abang tak balik lagi?"
"Not sure. Kamu balik hari ni tiba-tiba kenapa?"
"Eh, salahkah Mie balik rumah sendiri?"
"Tak salah, tapi patut call mama dulu. Mama boleh ambil dari sana,"
"Tak apalah mama. Tapi mama patut bagitau yang mama bawa pembantu baru tu hari ni,"
Dana berdiri mematung di situ. Rasa kekoknya memuncak, padahal baru sebentar tadi dia agak selesa dengan layanan Puan Arisa terhadapnya. Kini, kedatangannya seakan tidak disenangi oleh seseorang di dalam rumah itu. Adakah salah memijakkan kaki ke rumah itu atas niat untuk berkhidmat? Dana jadi kurang faham dengan watak antagonis yang ditunjukkan lelaki ini.
"What’s happen here?" Sejurus kemudian, satu lagi suara yang muncul entah dari mana, manambahkan kebuntuan Dana sebagai orang baru di situ.
"Ohh, so this is Mak Som’s new assistant, am I right mom?" Tersembul wajah seorang lagi lelaki yang bakal menyumbang bengkak di hatinya ini.
"Hope so. Otherwise, she’ll be the big supervisor,"
"O common, don’t tell me you dislike her. She’s too sweet to be a maid,"
Dana merasa telinganya panas. Hatinya membahang bila mendapati dirinya sedang dalam percaturan dua beradik ini. Tentunya yang seorang lagi itu si abang yang dimaksudkan sebentar tadi.
"Stop talking nonsence, my dear sons. You’re talking about a lady who can really understand english. She’s one of the best student in her school don’t you know that? Look at yourself, and please show some respect, unless you really have the point not to do so," Puan Arisa nampaknya kurang menyenangi gelagat kedua-dua orang anaknya ini.
"So, Dana, these is my sons, Hilmie, and Firdy. Maaflah, mama tak sempat kenalkan, pasal mama ingatkan diorang tak balik hari ni. Dah tahu bilik Dana?" Dana menggeleng. Dia mula merasakan dirinya dimanjakan wanita ini. Apa yang menjadi sasaran mindanya, keluarga ini nampaknya hidup akrab dengan dwi bahasa mereka. Maklum sajalah, wanita korporat seperti Puan Arisa memang biasa dengan penggunaan dwi bahasa. Kalau di bawa masuk kampung, tentu anak-anaknya ‘dicop’ berlagak!
"Maaf, Saya dah lupa yang mana satu puan,"
"Just call mama if you don’t mind. Okay, here’s your room. Dana pergi rehat dulu ya,"
"I see. Top student, but can’t remember such a small thing," Hilmie berbisik.
"Yes, because she prefers to remember big things," Ujaran Puan Arisa kedengaran sinis pada kedua-dua anak mudanya ini. Dana hanya tertawa di sebalik pintu yang sudah tertutup rapi. Padan muka. Sombong sangat. Dana jadi hairan mengapa wanita sebaik Puan Arisa memiliki anak-anak sesinis Hilmie dan Firdy? Atau apakah dia benar-benar tidak disenangi di rumah ini?
Awal pagi lagi Dana sudah siap membersihkan diri, dan terus turun ke dapur. Mencari Mak Som. Sekurang-kurangnya, sarapan untuk keluarga di rumah itu dapat dihidangkan tepat pada masanya. Jadi, tidak ada lagi tuduhan ‘buat hal’ seperti yang diutarakan Hilmie beberapa hari lalu.
"Awal Mak Som bangun," Dana menegur.
"Ohh, terkejut Mak Som. Kamu tu yang awal Dana. Mak Som tak pernah lagi nampak sesiapa dalam rumah ni bangun awal selain Mak Som,"
"Biasalah Mak Som, office hour. Kita ni Japanese\'s hour," Dana sekadar berseloroh.
"Hmm, apa-apalah yang kamu cakapkan tu, Mak Som tak faham. Oh, ya, jangan ambil hati dengan Hilmie tu. Lepas putus cinta, perangai dia dah makin susah nak faham,"
Oooo, penyakit putus cinta rupanya! Patutlah angin semacam. Dana kelucuan. Rupanya layanan dingin selama beberapa hari yang diterimanya daripada anak lelaki yang seorang itu adalah disebabkan ‘jangkitan kuman putus cinta’. Dia tertawa sendiri.
Selesai sarapan terhidang hari itu, Dana ingin kembali ke dapur membantu Mak Som, namun ditegah Puan Arisa.
"Sarapan dengan kami dulu. Kerja-kerja tu biar Mak Som saja yang uruskan," Begitu ujaran majikannya.
"Tak apalah mama, saya tak sedap hati tinggalkan Mak Som," Dana sekadar berbasa basi dan membiasakan dirinya memanggil majikannya ‘mama’ seperti yang diminta. Yang sebenarnya dia kurang senang bersarapan bersama dengan dua ‘orang ganjil’ di hadapannya ini. Yang satu asyik merenung, macam ayam mengintai cacing di sebalik daun reput, yang seorang lagi macam cerek yang ibunya selalu gosok di dapur. Muncung dan masam. Hai, macam-macam.
"Never mind. Dana sarapanlah dengan kami. Jangan kisah sangat dengan kerja sebagai pembantu rumah. Nanti ada pulak yang saman kami, anak pengsan buat kerja sebab tak bersarapan," Ujar Firdy.
Amboi, bila masa mak aku sekejam itu? Dana memberi komen dalam diam. Namun masih teragak-agak untuk bersetuju. Lagipula, Mak Som dibiarkan di dapur, dan dia senang-senang menikmati sarapan. Adilkah begitu?
"Mak Som dah biasa tak sarapan. Sakit perut. Itu yang kami tak paksa dia. Kalau kau pun macam Mak Som, bagitahulah. Jangan biarkan orang tertunggu-tunggu," Hembusan kata-kata yang keluar dari bibir Hilmie bagai hembusan angin laut yang hanyir. Cukup memuakkan Dana. Namun atas rasa hormat, dia turuti permintaan Puan Arisa. Saat itu juga, dia merasa sesuatu perasaan kurang enak, kurang selesa bila mendapati dirinya menjadi sasaran mata tajam Firdy. Entah apa yang bermain dikepalanya saat itu, Dana sendiri kurang pasti. Kalau Puan Arisa tiada, agaknya sudah lama dia berlari bersembunyi dalam Kabinet dapur, daripada menjadi buruan mata berpeluru ini.
"Enough, Mie. Just eat your breakfast. Dana, jom sarapan," Dana hanya menuruti perintah sang permaisuri. Dalam apapun keadaan, raja istana sekalipun, tidak harus begitu berani membuat murka Maharani timbul. Dan dia sebagai pekerja bawahan istana pula tidak boleh menderhaka. Ya, begitulah kelihatannya.
Rasanya sudah dua minggu selepas mereka bersarapan bersama-sama, Hilmie tidak pulang ke rumah. Dana tidak pula tercari-cari kehadiran lelaki dingin yang memiliki aura ais di kepulauan Antartika itu, yang sejuk, sunyi dan penuh misteri. Apalagi mahu membiarkan lelaki itu duduk di rumah menjadi mandurnya. Dana pantang kalau segala sesuatu yang diperbuatnya, diperhatikan dan dikritik setiap minit. Baginya yang membina masih boleh diterima, tapi bukan hal remeh temeh seperti kotoran sekecil kuman di lantai. Itu sudah cukup menguji kesabaran.
Dana bernyanyi kecil. Setelah hampir sebulan bekhidmat di rumah itu, dia sudah arif dengan beberapa perkara, termasuklah hal-hal yang boleh mengundang ‘angin taufan’ Hilmie. Ada saja yang dikutuknya. Terutamanya mengemaskan bilik.
"Cukup sapu lantai. Jangan alih barang!" Ujar si jejaka ‘ais kutub’ itu padanya suatu hari. Kalau bukan atas arahan Puan Arisa, tidak mahu dia menjejakkan kaki ke situ. Sesungguhnya kehadirannya cukup membuatkan Dana jadi beku dengan aura freezer yang dimilikinya. Ssyyt, kalau dia tahu Dana mengatanya, dia pasti akan benar-benar dibekukan lalu dijadikan arca di rumah itu!
"Jangan sapu keliling saja, angkat vas tu, sapu bawahnya…jangan letak kristal tu di sana, kau tak mampu ganti kalau jatuh…periuk tu jangan letak di situ…kasut jangan susun ikut suka hati…"
Arrgghh! Aku pantang ditegur lebih-lebih, Dana hampir mengamuk suatu hari. Padahal, Puan Arisa pernah mengatakan dia berpuas hati dengan kerja-kerjanya, dan menyarankan agar tidak perlu terlalu teliti mengemas. Dia rasa kekok melihat barang-barang perhiasan rumah terlalu berkilat. Kelihatan seolah-olah dia berada di dalam arkib. Tapi anaknya yang satu ini, entah sengaja entah tidak, begitu obses dengan kebersihan di rumah. Padahal, biliknya sendiri…macam sarang garuda yang anak-anaknya baru menetas.
"Dia saja kenakan kamu Dana. Biasalah, orang baru macam kamu ni dia tak kenal lagi. Angin dia selalu macam tu. Kamu buat saja apa yang kamu rasa patut. Selagi Puan tak komen apa-apa, pedulikan dia,"Usul Mak Ngah padanya selepas dia berjaya mencari peluang meluahkan keperitannya yang seolah-olah dijadikan hamba abdi oleh anak kedua Puan Arisa ini.
"Dulu dia pernah buat Mak Som macam ni?" Dana bertanya. Sambil tangannya ligat menyiram pokok-pokok bunga di halaman rumah.
"Dulu budak tu baik-baik saja macam abangnya Firdy. Tapi itulah sejak terjebak dengan cinta-cinta monyet ni, dia dah jadi macam tu. Biasalah Dana, takkan kamu tak faham, kamu kan cuma muda tiga tahun saja. Takkan kamu tak pernah alami benda-benda macam ni," Dana tersengih.
"Entahlah Mak Som. Saya tak pernah bercinta. Tak ada orang yang suka barangkali. Lagipun, mak di kampung selalu pesan, bercinta boleh, tapi kalau rasa itu jadi batu sandungan, baik jangan cuba," Dana menjawab penuh keinsafan. Kalaulah dia juga cuba-cuba bercinta waktu sekolah menengah dulu, entah apa akan jadi pada keputusan SPMnya. Lagi parah, itu bakal mengukir senyuman hampa ibunya, dia tidak sanggup, ya dulu dia pernah meminati seseorang sewaktu di tingkatan empat. Lainlah macam Rozyelah. SPMnya 6A1, walhal sepanjang tingkatan lima, dia asyik kemaruk cinta dengan Rudi, ketua kelas mereka. Rudi Cuma 4A, tapi masih berada di tahap selamat. Entahlah, bagi Dana sendiri, bercinta sambil belajar memerlukan niat dan disiplin yang bukan calang-calang tingginya. Ini barulah cinta membina. Macam si ‘freezer’ yang seorang ini, entah berapa kali putus cinta, sudah tunjuk perangai. Dia ingat orang simpati dengan ‘mogok’ yang dia tunjukan. Eleh, habuk pun tak ada!
Satu petang, Dana sibuk membantu Mak Som di dapur menyediakan minum petang keluarga ini, apabila Firdy tiba-tiba saja datang kononya mahu membantu, kerana bosan di rumah.
"Dana temankan kitorang minum petang," Firdy tiba-tiba bertanya. Dana merasa telinganya berdesing. Dia menatap wajah itu lama-lama. Anak sulung Puan Arisa ini tersalah makan ubat agaknya. Ataupun tertelan tahi cicak yang jatuh dari syiling. Itulah kalau makan, biar hati-hati.
"Dana…"
"Err, saya kena tolong Mak Som ni. Korang minumlah dulu," Dana menolak pelawaan itu dengan cara halus. Baginya Firdy saja mencari ruang untuk mengurungnya dengan pelbagai soalan peribadi. Macam aku ni bini dia. Dana mengomel dalam hati. Malah layanan Firdy terhadapnya begitu baik, malah teramat baik sehingga Dana sendiri rimas dengan sesetengah kelakuan yang saja dibuat-buat. Malah pernah lelaki ini meluahkan isi hati kepadanya. Geli geleman dibuatnya. Memang anak-anak Puan Arisa dua-dua pelik. Seorang sibuk dengan isi hati yang entah apa-apa, yang seorang selesa dengan kedudukan ‘ice man’. Tak mahu turun takhta! Dana jadi pusing. Tak cukupkah kasih sayang yang ibu mereka berikan? Perangaipun macam ketandusan kasih sayang. Tahulah, mereka ini anak yatim. Tapi, anak yatim di luarpun tidak sekritikal mereka berdua. Contoh terdekat adalah dirinya…
"Just for once in a lifetime please. Kita ni dah macam satu keluarga, Dana. Kalau rasa tak selesa dengan kami, bawa Mak Som sekali," dengan ujaran yang terakhir ini Dana dan Mak Som ‘terheret’ sama untuk menyertai mereka minum petang hari itu. Mak Som bukan jenis yang berpendirian teguh. Apalagi kalau sudah di sogok dengan aura ‘manja’ yang di buat-buat. Firdy memang pakar. Dana tabik padanya.
Buat pertama kalinya Dana melihat peribadi sebenar yang tersembunyi dalam diri kedua-dua anak majikannya ini. Ceria, matang, dan ramah. Buat pertama kalinya juga, Dana mendapati aura ‘freezer’ Hilmie hilang entah ke mana. Tiba-tiba dia tercari-cari ke mana hilangnya aura yang pernah membuat hidupnya di rumah itu sesak. Dan apa yang di rasakan kini seolah-olah sebuah mimpi yang datang hanya pada saban malam. Senyuman ramah, kata-kata yang cukup sesuai dengan usianya, malah dia seakan-akan merasakan kembali suatu perasaan yang pernah hilang sejak naik ke tingkatan lima. Dana lebih sesak bila terfikirkan hal itu. Mahu saja dia meminta agar Hilmie berubah kepada perangai sewaktu mula-mula dia mengenalinya dulu, kerana Dana begitu terasa terhimpit dengan rasa aneh dalam benaknya yang muncul tiba-tiba.
Selesai minum petang, Hilmie meminta Dana menemaninya berbual di perkarangan rumah yang cantik dengan kelengkapan kerusi keyu jati yang diukir teliti oleh si pengukir. Mak Som juga menasihatinya agar menuruti permintaan anak muda ini. Manalah tahu kalau-kalau dia mahu berbaik-baik dengannya, begitu kata Mak Som. Kalau betul begitu, seluas stadium negara Dana tadahkan.
"Kenapa berhenti sekolah?" Soalan itu yang ditujukan buatnya. Soalan inilah yang pertama kali diutarakan Puan Arisa padanya ketika hari pertama dia tiba di rumah itu.
"Saya memang nak berhenti sekolah. Kalau boleh saya nak cari kerja, tolong mak saya di kampung. Belanja adik-adik," Ringan mulut Dana bercerita.
"Tak cuba apply biasiswa?" Dana jenuh menjawab soalan itu.
"Nasib tak menyebelahi, Mie," Buat pertama kalinya dia selesa menyebut nama itu.
"Tak apply SPA8?"
Dana hanya menatap wajah itu. Kalau sebelum ini, dia pantang membiarkan anak matanya menyoroti wajah Hilmie, tapi kali ini dia selesa dan yakin memandang anak mata redup milik anak majikannya ini. Kata ibunya memandang wajah orang semasa bercakap itu tandanya hormat.
"Kalau mama berjaya uruskan pendaftaran Dana ke matrikulasi, Dana nak pergi?" Dalam rasa sedikit kurang yakin, Dana hanya membisu. Menggeleng tidak, mengganggukpun tidak. Dia cuma tidak mahu keluarga yang memberinya peluang mendapatkan pendapatan sendiri untuk keluarganya ini bersusah payah menguruskan hal dirinya pula.
"Dana,"
"ya…" suasana sunyi mula menguasai persekitaran mereka kini.
"Saya minta maaf kalau selama ini saya buat awak macam hamba abdi," Tahupun, lain kali buat lagi. Dana bermonolog. Bukan main suka lagi kau buat anak orang macam pekerja lombong batu. Kalau salah sikit, kau jerkah, lambat sikit, kau cambuk dengan kata-kata yang menggores gegendang telinga. Monolog Dana berterusan.
"Saya minta maaf juga sebab melepaskan geram pada awak,"
"Tak apa Mie, saya faham," Tentulah. Aku faham sangat dengan wabak ‘kuman putus cinta’ yang menjangkiti kau beberapa minggu ini. Gumam hati Dana.
"Awak faham apa?"
"Hmm, biasalah penyakit putus cinta memang susah dikendalikan. Kalau angkut sorang-sorang alamatnya jadi macam awaklah. Tengking orang tak tentu pasal, sekejap angin taufan, sekejap putting beliung," Dana berseloroh. Dalam keadaan Hilmie yang tercengang-cengang, dia sempat tersenyum. Barangkali baru tersedar dari kesilapannya.
"Awak jangan ambil hati, saya betul-betul tak bermaksud begitu. Saya cuma tak tahu macam mana nak lepaskan tension,"
"Memang dah terlepas, tapi tak kena tempat," Balas Dana. "Mama awak kan ada? Dia boleh tolong kaunselingkan awak,"sambung Dana lagi.
"Ya, sebab saya selalu dikaunselingkan mama lah saya jadi macam apa yang awak nampak sekarang ni. Mula-mula tu mama halang, tapi akhirnya, mama restui. Dengan syarat saya hentikan perangai saya macam ni. Kalau saya betul-betul nak sesuatu saya kena dapatkan dengan cara betul," Di hujung kata-kata ini terselit satu ungkapan yang tidak sempat dicerna olehnya. Dana mengerutkan kening, namun tidak bertanya lanjut selagi dia belum memahami maksud kata-kata itu sepenuhnya.
"Kenapa awak diam? Awak faham maksud saya?"
"Eh, saya…Ya, awak buat tindakan yang betul," Dana terangguk-angguk bagaikan kartun rancangan ‘Sesame Street’ mengangguk-angguk menyanyikan lagu kegemaran zaman kanak-kanaknya dulu. Rasanya inilah pengakuan paling tidak jujur yang pernah dibuatnya.
"Awak faham? Betul-betul faham?" Soalan Hilmie menguatkan andaiannya bahawa kata-kata tadi terlalu dalam untuk difahami.
"Err,eh, agaknya…tak, saya tak faham," Dana mengakuinya. Hujung jari telunjuknya digigit-gigit. Kali ini dia tidak lagi berani bersua wajah dengan Hilmie. Hai, baru sebentar tadi dia begitu bersemangat berbual.
"I mean that I want to know you more…I mean…I need a friend…no a sister, something like that," Entah apa yang Hilmie ungkapkan, Dana pula mendengarnya seolah-olah bahasa Jerman kuno yang Dana sendiri tidak pasti maksudnya.
"Pardon?"
"Awak tak kisah kalau awak tinggal sementara waktu dekat sini?" Lelaki itu tersenyum kecil, Kali ini Dana baru perasan akan kewujudan lesung pipit di pipi bersih itu.
"Kalau saya betul-betul tak jumpa peluang kerja yang lain, mungkin ya," Dana menjawab ringkas.
"No, I mean, you have to be here…no you need to be here, sebab, Mak Som perlukan awak dalam rumah ni…Selain saya," Dana mengerut kening mendengar ayat terakhir itu.
"Mak Som nak berhenti ke?" Dana bertanya bagai orang bodoh.
"Adduuhh, susah sangat nak buat awak faham. Saya kata saya sukakan awak, saya sukakan kerja awak, saya nak tengok awak ada dalam rumah ni, saya nak awak ada dengan saya di mana-manapun, bila-bila masa, faham?" Dana berasa telinganya panas semacam. Wajahnya jadi tebal seinci, dan lidahnya kelu. Dia terasa membeku seakan dijirus air bersuhu negatif 100 darjah celcius. Kali ini Hilmie benar-benar menjelma kembali menjadi ‘Ice man’ Pulau Antartika.
"Awak faham sekarang?" Wajah itu serius. Meminta jawapan pasti. Dana sekadar melayangkan pandangan ke persekitaran. Tiba-tiba saja dia teringat Firdy yang pernah meluahkan isi hati yang sama. Tapi yang ini lain dari apa yang dirasakannya terhadap Firdy. Tidak ada rasa geli geleman macam tersentuh kulit ular sawa, ataupun terpegang cacing yang kusyuk melingkar di kaki macam waktu kanak-kanak dulu. Ataupun rasa mual, terhidu bau bangkai tikus mati di celah bumbung rumah.
"Saya tak tahu sampaikan perasaan saya macam apa yang orang lain harapkan, jadi saya tak harapkan awak suka dengan cara saya. Saya cuma nak awak tahu, itu saja," Dana jadi bingung. Hilmie seolah-olah hanya sekadar berlatih meluahkan isihati. Hati Dana juga yang mendidih.
"Sekurang-kurangnya awak sampaikan dengan cara yang lebih ikhlas,"
"Saya dah kata, saya tak reti," Hilmie merenungi wajah itu. Dalam diam dia mengharap ada respon positif dari gadis yang asyik mengacau tidurnya sejak kebelakangan ini, yang akhirnya dia cuba menafikan perasaanya dengan bertindak ‘bijak’ membebani gadis ini hal-hal yang tidak disukainya.
"Saya tak fahamlah dengan awak ni, boleh tak sekurang-kurangnya awak sampaikan dengan jelas. Ini tidak, saya sendiri bingung dengan maksud awak yang sebenarnya," Perbualan mereka yang sebentar tadi berlangsung dengan tenang, jadi huru-hara kini. Dalam pada mereka saling bertentang wajah dan tidak mahu kalah, tiba-tiba Hilmie berbisik.
"Mata tu jaga sikit. Biasa tu. Nanti malam menggangu tidur orang,"
"Kenapa pula?"
"Jangan banyak tanya. Sudah, masuk dalam," Nah, anginnya kembali lagi. Dana jadi geram. Segala-galanya berlaku dalam sekelip mata. Keramahan lelaki ini lenyap begitu saja. Namun sebelum Dana meneruskan langkah, dia memberanikan dirinya bertanya.
"Awak serius dengan perkataan ‘suka’ yang awak sebut tadi?" Dana menunggu maklum balas yang masih liat untuk sampai kepadanya.
"Ya, saya sukakan awak, puas? Ketawalah kalau awak rasa lucu," Hilmie menahan hati. Namun sebaik saja melihat senyuman manis milik Dana Adea di hadapannya, dia jadi tidak keruan.
"Itu yang awak bagitahu mama awak?" Dana bertanya lagi. Hilmie mengangguk.
"Bodohnya awak. Macam tu, saya tak boleh selalu ada depan awak,"
"Kenapa?" Hilmie berdiri tetapi tidak mengejar Dana yang sedang berlalu.
"Awak fikirlah sendiri," Dana tersenyum dan terus mengatur langkah pergi. Kalau Puan Arisa sudah tahu, alamatnya dia harus meletakkan suatu batas penghalang agar anaknya, dan pembantu rumah ini tahu apa yang betul dan tidak, sungguhpun Puan Arisa merestui.
Di luar tingkap bilik, Puan Arisa yang baru kembali dari pertemuan dengan clientnya, tersenyum penuh makna. Dia cukup percaya dengan gadis bernama Dana Adea ini, dan dia juga mengharapkan sesuatu perubahan positif dari Hilmie. Namun, di sebalik perasaan hatinya yang tercuit dengan gelagat kedua anak muda ini, dia resah mengingatkan kata-kata Firdy semalam.
"Mom, I think I fall in love with her,"
Perkataan itu masih terngiang-ngiang di telinganya. Sebagai ibu tunggal kepada dua orang anaknya ini, dia cukup resah dengan gelodak perasaan remaja yang sedang di hadapi Hilmie dan Firdy. Dia menatap surat tawaran Matrikulasi Dana Adea. Hanya ini jalan keluar yang dia ada. Membiarkan masa menentukan jalan masa hadapan ketiga-tiga mereka ini. Janjinya kepada kakak angkatnya, Mak Miah, ibu Dana ini akan ditepati. Kasihnya terhadap Dana Adea juga semakin menebal. Apalagi, dia tidak punya seorangpun anak perempuan. Harapannya agar Hilmie, Firdy dan Dana tahu jalan yang betul untuk terus mengejar cita-cita mereka masing-masing. Tentang cinta tiga segi yang wujud di rumah itu, dia berharap masa akan menentukan penyelesaiannya. Ya, dia pasti waktu akan mengambil alih masalah yang cukup memeningkan kepalanya ini.



********TAMAT********
posted by Penulisan2u @ 6:20 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
23 Comments:
  • At 21/8/09 11:10 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bodoh..

     

  • At 21/8/09 11:26 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mule2 susah nk faham....nape tak terus terang jer...
    pening2...

     

  • At 21/8/09 2:16 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mmmm best gak cite nie hehe.....

     

  • At 21/8/09 2:50 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    lorrrr....abis dah ker....
    apsal pendek jer....
    citer tgantung la....

     

  • At 22/8/09 1:45 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tajuk mcm dia plih ice man(hilmie), tpi dlam cita tergantung lak.pelik la hilmei ke firdy?.n sush nk fhm apa yg nk dismpaikan.kalau pnjngkn sket n ada ending yg bley rungkaikn persoaln yg timbul msti lebih menarik..

     

  • At 22/8/09 4:29 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    napa suka guna perkataan bodoh, x baik tauuuu....

     

  • At 22/8/09 5:53 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hem...ape jadi sbnrnye.....hilmie or firdy her choice?? bingung lah

     

  • At 22/8/09 5:53 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ok la ceta nie...
    rasanya da smbungan kot....
    betul tak writer????

     

  • At 23/8/09 1:16 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    citer tergantung......!!!!!!!!!!!

     

  • At 23/8/09 2:45 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best...
    tapi,xde ending ke?
    xnak la sambung2..
    x besh...
    lame giler nak tunggu...

     

  • At 23/8/09 4:16 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    x paham cter neh. buat kepala ku pening jer.

     

  • At 23/8/09 4:20 PTG, Blogger Maryam Kamal said…

    ~citer majikan fall in love ngan pembantu rumah dah klise..
    tp yg ni laen sket..
    just okla..

    cerita ni tak tergantung..
    endingnya Adea tuh pi matrik.
    pastu dia kena pilih antr Hilmi ngan Firdy tuh..
    itu yg tersirat kot..
    wallahu'alam.

    just nice!
    =D

     

  • At 25/8/09 12:56 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hohohoh cite da besh..tp tgntung...

    nyesal aq bce..arghhh.....nyesal5.....

     

  • At 25/8/09 2:57 PTG, Blogger Gurl said…

    sya rasa mgkn helmie ( the ice man) alah le agak dah jln cite akhirnya ,(ermm cam sya plak yg wat cite hehe . sory writer )

     

  • At 25/8/09 9:21 PTG, Anonymous wada said…

    boleh tahan gak la cite ni tapi cam tergantung jer citenye..

     

  • At 27/8/09 12:03 PTG, Anonymous m00n said…

    ok jer..
    tahniah..
    jd gk 1 citer y xla mbosnkn...
    msh blh dipbaiki...

     

  • At 27/8/09 12:25 PTG, Anonymous arina_ayu2002 said…

    tak faham sgt citer nie dan mengapa kesudahan cerita nie cam tergantung ajer ataupun penulis ini menyambung citer nie lagi

     

  • At 28/8/09 5:31 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Honestly speaking.. klu org lbh dewasa akan faham apa yg writer cb sampaikan.. little bit simbolic, tak direct. tu yg reader byk tak faham..

     

  • At 6/9/09 2:35 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ni kira nk wat kezutan ke?ala ice man lak..cite dh ok tp byk perkataan bodoh..xsesuai.pahtu ending bg gempak sket..tahu le kalo slu gaduh nt jtuh hati tp xpyh2 nk selindung..angin tol le

     

  • At 10/9/09 6:44 PTG, Blogger iManAzRaf said…

    hm.. mule2 mcm dastart nk phm.. p last tuh mcm pusing2 sgt..nthla..aku yg xphm kot..xpe2, trskn usaha

     

  • At 13/9/09 9:23 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hmmm...xfhm pon..part kt tmn tu jer ak phm,.
    anyway god job..

     

  • At 14/9/09 3:13 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ntah, susah nk faham
    citernya tergangtung....
    ape2pun....
    good luck

     

  • At 18/4/11 12:58 PG, Anonymous leeAmanina said…

    what will happen to the cinta 3 segi nih??

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group