BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Ogos 19, 2009
Cerpen : Hati Buat Cikgu
Nama Pena : iNtRiNsIk CiNtA

Kehadirannya sering menjadi bahan bualan. Kelibatnya sering menarik perhatian. Terkadang dia ingin lari daripada dunia asing itu. Namun, pujukan si bapa meleraikan segala gundah yang merantai jiwa.
"Lama-lama nanti, abah percaya Mega akan dapat menyesuaikan diri dengan mereka."
Waktu rehat telah bermula. Mega duduk di sebuah bangku kecil di hadapan kolam ikan buatan yang menghiasi laman sekolahnya. Tangannya pantas membuka halaman novel yang telah ditandanya. Dengan tenang, dia menghayati setiap bait dalam karya Sasterawan Negara yang menjadi idolanya itu.
"A. Samad Said, kau tak pergi rehat ke?" sapa satu suara.
"Dia dah kenyanglah tu. Kenyang makan novel." Sampuk satu suara.
Mega cuba menahan amarah yang mula menguasai diri. Dia tahu siapakah pemilik suara-suara itu. Suara-suara itulah yang sering memomokkan minatnya yang mendalam terhadap dunia sastera. Gelaran 'A. Samad Said' diberikan kepadanya dalam satu peristiwa yang berlaku setahun yang lalu.

"Kamu tahu tak sekarang ni waktu Kimia? Kamu tahu tak saya pantang kalau ada di antara pelajar-pelajar dalam kelas saya yang buka buku lain selain Kimia? Kamu tahu tak betapa pentingnya Kimia pada masa sekarang?"
Mega tidak berani mengangkat muka. Matanya hanya tertancap pada novel Salina yang berada di tangan Pn. Hasyimah. Dia menyesal kerana tidak sempat menyembunyikan novel tersebut sebelum kemunculan wanita yang bergelar guru itu. Nada suara guru Kimianya yang kian meninggi itu menarik perhatian warga sekolah yang kebetulan lalu lalang di hadapan Makmal Kimia.
"Saya nak kamu cintakan Kimia, baca buku Kimia, buat latihan Kimia. Bukannya cintakan A. Samad Said dan baca buku-buku orang tua ni. Kamu tu pelajar Sains. Sepatutnya kamu tumpukan perhatian dalam bidang Sains, bukannya sastera. Kamu ingat sastera tu boleh jamin masa depan kamu? Kamu ingat baca sajak, buat novel tu boleh bagi kamu makan?"
Mega ingin segera lari dari situ. Dia tidak betah untuk mendengar kata-kata yang termuntah daripada mulut insan yang dihormatinya itu. Namun, ada sesuatu yang merantai dirinya untuk terus berada di situ.
"Kamu nak sangat jadi A. Samad Said kan? Kelas... mulai sekarang, kamu semua boleh panggil dia A. Samad Said. Kalau dia marah, beritahu saya."
Suasana dalam kelas riuh seketika dengan gelak ketawa pelajar-pelajar 4 Sains 1. Masing-masing memandang sinis ke arah gadis penuh misteri yang menjadi penghuni kelas mereka awal bulan lalu.
"Selagi kamu tak dapat A dalam subjek saya, jangan mimpi nak dapat novel ni balik."

'Salahkah aku meminati bidang sastera? Bukan aku yang minta untuk berada dalam aliran Sains. Pengetua yang tidak meluluskan permohonan pertukaran aliranku.' Mega bermonolog sendirian. Masih segar dalam ingatan, ketika Mega bersua dengan Pn. Zahra di pejabatnya.
"Saya bukan tak bagi kamu tukar aliran. Tapi keputusan PMR kamu sangat cemerlang. Adalah menjadi satu kerugian bagi pihak sekolah jika menyerapkan kamu ke dalam aliran Sastera. Tidakkah kamu bangga berada dalam kelompok pelajar-pelajar Elit di sekolah ni?"
'Bangga? Banggakah aku berada dalam kelompok pelajar yang berlagak pandai, pentingkan diri sendiri dan mengamalkan sikap pilih bulu?'
"Tapi cikgu... jiwa saya hanya ada dalam bidang sastera. Saya tak berminat langsung dalam bidang Sains. Saya harap cikgu tak halang minat saya."
"Maaf, Mega. Jika saya luluskan permohonan kamu, pelajar-pelajar lain pun akan minta perkara yang sama. Kamu perlu tahu, pihak sekolah bertindak sedemikian bagi menjayakan Dasar 60:40 yang diperkenalkan oleh kerajaan. Saya harap kamu faham."
Mega buntu. Saat menunggu hari peperiksaan SPM yang bakal menjengah sebulan lagi, jiwanya dilanda resah. Dia tahu dia telah memilih jalan yang salah, jalan yang akan memusnahkan masa depannya. Namun, segala-galanya sudah terlambat. Dia harus terima hakikat bahawa dia adalah pelajar aliran Sains. Dia harus melupakan cintanya terhadap dunia sastera.
'Dasar 60:40 konon. Lihatlah apa yang dasar ini telah lakukan.' Mega merengus sendirian. Dia tidak tahu hendak meletakkan kesalahan ini di bahu siapa. Adakah salah kerajaan kerana melaksanakan dasar yang terlalu mengagung-agungkan dunia Sains hingga mengkesampingkan dunia sastera? Adakah salah guru yang terlalu ghairah mendesak pelajar-pelajar supaya lulus dalam peperiksaan tanpa mengambil kira perasaan mereka? Atau adakah salah Mega kerana membiarkan dirinya meminati mandala sastera yang sudah dianggap tidak relevan lagi dalam dunia masa kini?

"Hei A. Samad Said. Kau dapat berapa hah?" tegur Iza. Mega menyerahkan slip keputusan peperiksaan SPM yang baru diterimanya sebentar tadi. Tiba-tiba, Iza tergelak sambil memanggil rakan-rakannya yang lain.
"Betullah tekaan cikgu. A. Samad ni lah yang tak dapat kredit dalam Kimia. Nasib baik tak gagal. Kalau tidak, mengamuk besar cikgu nanti."
Slip keputusannya bertukar tangan. Seorang demi seorang menelitinya sambil tersenyum sinis. Mega sekadar mendapat 6A1 untuk subjek-subjek teras. Dia memperoleh 8E untuk subjek Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.
"Buang masa je didik budak yang tak makan diajar. Nasib baik tak gagal. Kalau tidak, cacatlah peratus lulus Kimia tu nanti," Pn. Hasyimah muncul sambil menjeling ke arah gadis di hadapannya.
"Kamu jangan jadi macam A. Samad ni. Buat malu cikgu je. Ingat lagi pesan cikgu?"
"Makan Kimia, tidur Kimia, mandi Kimia, cikgu!" serentak mereka menjawab. Pn. Hasyimah tersenyum.
"Kamu semua nak ambil kos apa di universiti nanti?"
"Saya nak minta kos Kimia Perindustrian, cikgu.'
"Saya pula kos Kejuruteraan Kimia, cikgu."
"Cikgu... saya nak ambil kos Pendidikan Kimia. Nanti boleh jadi macam cikgu."
Pn. Hasyimah tersenyum lebar mendengar impian bekas pelajar-pelajarnya itu. Kini, masing-masing tertumpu ke arah Mega.
"Err... saya belum berfikir nak ambil kos apa, cikgu."
"Tak payah beranganlah, A. Samad. Kau tak layak masuk universiti." Iza ketawa, diikuti oleh rakan-rakan yang lain.

Mega mencampakkan surat tawaran universiti yang diterimanya sebentar tadi. En. Zamri menggeleng-gelengkan kepala.
"Kenapa buang? Mega tak nak masuk universiti?"
"Mega tak nak aliran Sains!" tegas gadis itu.
"Habis, Mega nak buat apa sekarang?"
"Mega nak masuk tingkatan 6. Mega nak ambil aliran sastera."
En. Zamri terkesima. Anak tunggalnya itu memang keras kepala. Perangai itu diwarisi daripada arwah isterinya.
'Perangai mereka sama, tapi mengapa minat mereka berbeza?' Persoalan itu sering bermain di benak fikiran En. Zamri.

"Saya harap ada di antara kamu semua yang sudi menjalani ujian ini." Dr. Rahim memerhatikan satu-persatu wajah yang berdiri di hadapannya. Pesakit yang terlantar itu memerlukan hati yang baru dengan segera. Dek kerana wanita itu tidak mempunyai keluarga atau sanak saudara, agak sukar bagi pihak hospital mencari penderma organ yang sesuai. Kini, harapannya hanya mampu disandarkan kepada bekas pelajar-pelajar wanita itu.
"Err... aku tak bolehlah. Tahun depan aku dah nak naik pelamin. Nanti berparut pula badan aku kena bedah," bisik Iza kepada rakan-rakannya.
"Aku pun tak bolehlah. Aku baru dapat biasiswa belajar di luar negara." Syamil segera mencelah.
"Aku memang tak boleh. Aku takut jarum," sampuk Adilla.
Masing-masing sibuk memberikan alasan untuk mengelak daripada menjalani ujian tersebut. Sedari tadi, Mega hanya menjadi pendengar setia.
"A. Samad, kau dah nak konvo kan bulan depan?" soal Asyraff tiba-tiba.
Mega menganggukkan kepalanya. Berkat kesabarannya, Mega berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam jurusan sastera.
"Kau je lah yang buat ujian tu. Lagipun, kau bukan nak buat apa-apa kan lepas ni? Setakat bersajak dengan buat novel je. Kalau jadi apa-apa pada kau, aku rasa Malaysia tak rugi apa-apa. Lainlah orang-orang macam kami ni, pelajar-pelajar Sains harapan negara."
"Betul, betul, betul." Iza mencelah, diikuti pula oleh rakan-rakan mereka yang lain.
Meskipun kata-kata rakan-rakannya itu menyakitkan hati, namun buat pertama kalinya, Mega merasakan kehadirannya dihargai. Tanpa banyak bicara, dia melangkah mengikuti Dr. Rahim ke bilik pemeriksaan.

"Mega yakin dengan apa yang Mega lakukan?" soal En. Zamri untuk kesekian kalinya.
"Abah, berapa kali abah nak tanya soalan yang sama pada Mega?" Mega menggenggam erat tangan bapanya.
Jururawat yang bertugas telah bersedia untuk membawa gadis itu ke bilik pembedahan. En. Zamri menghadiahkan kucupan terakhir di dahi Mega.
"Alat ini akan buat awak terlena sepanjang pembedahan nanti. Bila awak sedar, semuanya dah selesai." Dr. Rahim memberikan penerangan sebelum memulakan pembedahan.
"Doktor... Walau apa pun yang terjadi pada saya kelak, tolong rahsiakan identiti saya daripada pengetahuan cikgu," pinta Mega sebelum dia tidak sedarkan diri.

Pn. Hasyimah tersedar daripada lena. Dia tersenyum tatkala matanya bertatapan dengan bekas pelajar-pelajar kesayangannya.
"Alhamdulillah, cikgu dah sedar," ujar Fatihah sambil menghulurkan tangan dan bersalam dengan bekas gurunya itu.
Ada sesuatu yang bermain di fikiran Pn. Hasyimah. Dilihat satu-persatu wajah yang memenuhi biliknya. Timbul tanda-tanya dalam diri. Kata-kata Dr. Rahim tempoh hari menerpa kotak ingatannya.
"Penderma adalah salah seorang daripada bekas pelajar puan. Tapi dia minta identitinya dirahsiakan."
Terbayang wajah bekas pelajar-pelajar kelasnya yang mendapat keputusan cemerlang dalam Kimia. Dia pasti salah seorang daripada pelajar kesayangannya merupakan individu yang berjiwa murni itu. Namun kini, kesemua pelajar kesayangannya sedang berdiri di hadapannya.
"Kalau bukan kamu... habis, siapa bekas pelajar yang menderma hatinya pada saya?" soal Pn. Hasyimah, tiba-tiba. Semua yang ada di situ hanya membisu sambil menundukkan kepala. Tiba-tiba, dia teringatkan sesuatu.
"Mana A. Samad? Selalunya, dia datang menyibuk di sini. Huh, nasib baik hari ni dia tak ada. Kamu tahu tak... panas je hati saya setiap kali tengok muka dia. Kadang saya rasa macam nak halau je dia berambus dari sini. Saya nak tengok, dia boleh hidup ke tak dalam dunia sastera dia tu."
"Cikgu... dia dah tak ada."
"Tak ada? Maksud kamu, budak tu dah mati? Kenapa dia mati?"
"Berlaku komplikasi dalam pembedahan tempoh hari. Arwah hilang banyak darah. Doktor gagal selamatkan dia."
"Pembedahan? Maksud kamu, A. Samad ni yang..."
"Betul cikgu. A. Samad yang derma hati pada cikgu, bukan kami. Kami pentingkan diri sendiri, cikgu. Selama ni kami cuma fikir pasal kami je. Kami tak pernah kisah pasal perasaan orang lain. A. Samad tak macam tu. Dia pentingkan orang lain berbanding diri dia sendiri." Panjang lebar Asyraff meluahkan perasaannya. Rakan-rakan yang lain hanya membisu.
Wanita itu merasakan dunianya bergegar saat ini. Siapa sangka, pelajar yang selama ini dianaktirikan dalam kelas adalah penyelamat hidupnya.
"Err... jururawat jumpa ni dalam bilik A. Sam... err, Mega. Bapa arwah minta kami serahkan pada cikgu. Katanya, arwah minta benda ni disampaikan pada cikgu kalau terjadi apa-apa pada dia."
Dengan tangan yang menggeletar. Pn. Hasyimah mencapai lembaran kertas daripada tangan Iza. Kertas yang mengandungi cerpen yang sempat dikarang oleh Mega, sehari sebelum pembedahan.
"Hati Buat Cikgu...."
posted by Penulisan2u @ 5:45 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
25 Comments:
  • At 19/8/09 1:24 PTG, Anonymous aNJe said…

    sedey nye..
    aq igt lg masa aq sekolah menengah dlu
    aq slalu ponteng klas math,lawan cikgu aq cikgu norliza, walo pon aq pelajar harapan,beliau sanggup sabar gan perangai aq malah pertahankan aq depan pengetua tp berkat kesabaran beliau akhirnya aq berubah disebabkan satu perkara...maafkan saya cikgu

     

  • At 19/8/09 3:48 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhuhu..sedihnyer..dulu aku pown cam mega gak..nasib menyebelahi aku ble aku dapat jurusan sastera...tp disebabkn masalah yg x dpt dielakkn..aku terpaksa lupakn niat tuk jd pengarang..-nua-

     

  • At 19/8/09 5:51 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    NOT BAD...GUD JOB 2 WRTER..mtk ampn n maaf kt sume ckgu ckgi ak dlu.............

     

  • At 20/8/09 10:16 PG, Blogger uu said…

    nice story...
    tp kenapa yerk org slalu pandag kat sastera/sains sosial???
    aku pun minat sastera tp amik sain.
    pastu, bila masuk u, aku amik s.sosial,
    cikgu2 aku cm perli2 aku jer..
    huuhu.
    salah ker kita amik ape yg kita suka???
    per2 pun, gud job

     

  • At 20/8/09 9:59 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sdihnya cter nie..
    x ptut sorang ckgu bersikap mcm tue..

     

  • At 22/8/09 10:59 PG, Blogger apLe dE gadiZ said…

    kejam gile babeng cikgu tuh ,,

    aisehmen!!

     

  • At 22/8/09 3:23 PTG, Blogger MiSs AnDrOpHoBiA said…

    Cerpen ni mrupakn cerminan kpd khidupan realiti sy sndiri.
    X bniat utk mguris hati sesiapa. Sekadar utk mbuka mata smua pihak yg slama ini mgkesampingkn dunia sastera.
    Apa2 pun, trima kasih atas komen yg diberi

     

  • At 23/8/09 12:14 PG, Anonymous clarabell said…

    sedihnya:(..kita pn mcm tu jugk x pernah lulus kimia.kita pn minat penulisan jg.kita suka bc novel2 atau apa2 buku la yg dfahami..layan btol la cite ni.jarang jumpa cerpen berkisar pengorbanan pljr kpd guru....good luck n good job 4 u

     

  • At 23/8/09 7:53 PG, Anonymous my girl said…

    cita ni mg best..sedihnyer..

    aku pn terpaksa ambik aliran sains tulen gk wlupn hakikatnya mg aku dgn sains x ngam lgsung..

    klu nm pn dh x minat result aku x yah tny la..kimia,fizik,biologi,a.math..result aku mg hampeh klu lulus pn cukup2 mkn ja..

    kimia la subject yg salu aku pyh nk score..tp nsb baik ckg kimia aku x mcm ckg kimia mega mg kejam la ckg dia 2..

    aku x minat sains sb minat aku lebih kpd membaca..

    tahun depan aku dh nk ambik spm..aku btl2 risau dgn result aku skrg..mgkin result aku pn bakal ikut jejak result mega kot..

     

  • At 23/8/09 9:39 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best la cite nie..
    tp cikgu dier 2 pilih kasih gler...
    x layak jd cgu laa!!
    dlu mse skola ada gak cgu ak cm tu..
    pilih kasih,. ska kat bdk kls sains..
    wlaupun ak dak sains,..
    tp ak x ska btl tgk cgu pilih kasih..
    wahai cgu2,. x elok pilih kasih,.
    x semestinya dak kls blkg2 2 xleh brjaya...

     

  • At 23/8/09 9:46 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cikgu dia bapak kejam..
    ak pown x suka chemistry,..
    tp cgu chem ak baik gler,.
    brkat kesabaran cgu ak ajar ak,..
    akhirnya ak ske gler chem..eheheh..
    sampai ak skrg ambik kos eng. chem.. heheeh..
    syg mis zu!!!

     

  • At 24/8/09 11:28 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sdeh sgt cte ni.,.
    smpai nanges td,,

    gud job,,
    tp,,kalo writer tliskn skali ulasan crpen yg mega tlis kt cgu chem die 2 myb lg bes kott,

     

  • At 24/8/09 10:16 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedih la...nape mati??isk..aku memang sedey ngan citer mati-mati nie..

     

  • At 25/8/09 11:08 PG, Anonymous ara said…

    dlu sy de gak cgu cm 2,tp cgu fizik r..
    last2 dr x minat akhirny msk U amik kos engnring cmferm r gne subjek fizik jg..
    de kala ny dr benci akan mmbakar semangat utk brjaya n brgne pd kita sbnr ny..
    cgu jg pernah mjd pelajar spt kita so dy jg diajar utk mgajar kita bkn utk mmahami prasaan seseorg pelajar..
    hakikat ny mmg pedih bila berlaku situasi cm ni tp e2 lh realiti,guru skrg bkn mcm guru dlu wlaupn x sume..
    dh lme x jmpe cgu2 expcly cgu fizik..
    wlaupn nk jmpe tp biar lh dgn maruah n bukti kejayaan even amik sastera skalipn..
    anywhre pd adik2 yg still kt high skool 2 jgn skit ati ngn cgu coz diorg bkn kisah pn yg pnting ti,jmpe dyorg,bukti kn pd dyorg kite bkn x pndai juz kreng usaha je..
    he..

     

  • At 28/8/09 2:51 PG, Anonymous bunga pujaan mekar mewangi said…

    nana...biasalah tu...aku ni. form 4..masuk sc tulen 3 bulan jap. pastu masok sek teknik...amik mekanikal. serabai je ngan kawan2 yg kononnyer terer fizik, kimia pe sumer tu. pandang la aku ni sebelah mata jek. result pon x ok. tp dpt form 6 sc. aku tobat xnak amik sc dah. amik form 6 sastera. tp aku amik pa,eko,sejarah n bm. mmg xde pengalaman amik kesusasteraan melayu. sekarang ni...bile kwn2 or sape2 tnyer aku amik kos pe kt ukm..aku ckp r sastera melayu. sumer tnyer..minat ke. aku jawab. ntah. xpernah belajar pon. diorg pelik. hahahha. aku minx persuratan melayu sebab aku main tibai je pilih utk cukupkan kuota 8 pilihan tu. mak aku suh minx u dkt2. aku pilih mention ukm. mak aku xbg. sumer xboleh. aku geram. aku pilih je persuratan, linguistik n bahasa kt ukm. last2 dapat persuratan. hahahhha. tp aku hepi je amik sastera. jiwaku berbunga-bunga. hatiku berlagu riang. chewah! hehehehhe. ala..xkesah bdk sastera ke bdk sc. yg penting..adakah ilmu yang dipelajari di universiti itu berjaya diaplikasikan dalam hidup ini? semata mata nak bangga dengan title SAINS...lupakan je. petua utk budak2 sastera khususnya kesusasteraan melayu@PERSURATAN MELAYU. kalau orang tnyer amik kos apa. jawab. MALAY LITERATURE. hahahha. betul kan??? kita x tipu kan. cuma sebut dalam bahsa inggeris. tp ramai kwn2 aku nyer respon bile dengar aku ckp amik sastera melayu.. fuiyooo...ni mesti jiwang. hahahha. jiwang ke jiwa aku??? xtaulah...hehehhe. nway nana, gud job.

     

  • At 28/8/09 3:34 PTG, Anonymous sha said…

    hallamak ai ..!pesal lh cikgu dye wat cam 2..?
    sestupid ne pon ank murid kite dye owg ttp generasi yg akn mbgnkn negara ni..
    len kali jgn dok wat can2 lg no..

     

  • At 31/8/09 12:16 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    haprak punyer cikgu...
    ader kew patut dyer
    ckap cam 2.. naseb baeq
    la ckg aq x derk y cam tue...
    syukur...
    ^_^isha^_^
    ishabalqis97@gmail.com

     

  • At 4/9/09 3:37 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedih lah T_T

     

  • At 5/9/09 12:22 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    saya pn penah je kn nie...
    form 4 n 5 amik pure sciece...
    further study kat u. course science...
    n then change course 2 what i like the most...
    my fren said that i am stupid...
    but now i'm happy...
    some of them even say that i had been dismiss by the university...
    but now here i'm...
    i'm going to be a teacher soon...
    and how bout them..
    still waiting for something that is not sure...

     

  • At 9/9/09 12:41 PG, Anonymous ummihurairah said…

    sedihnyeeee..
    tringat mse skolah2 dlu..
    rindu ngn cikgu2ku.....

     

  • At 9/9/09 9:31 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Insyaallah...
    aku takkan jd cikgu mcm tu....

     

  • At 12/9/09 9:39 PTG, Blogger Unknown said…

    cite nih..same cam daku la....my pengetua tak bagi join aliran sastera...seb bek aku leh g ngan maths ngan add maths....fizik kimia biol...mmg cukup2 suap je la..

     

  • At 12/11/09 8:22 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    apalah salahnya kalau pelajar cemerlang nak ambil jurusan sastera atau sains sosial? kalau semuanya nak ambil sains tulen, siapa yang nak jadi ahli sejarah, ustaz-ustazah, cendekiawan, ahli bahasa yang bijak? takkan semua pelajar cemerlang nak jadi doktor, jurutera dan saintis? huhu. buat penulis, idea yang menarik. jalan cerita yang segar. cuma, biasanya dalam organ transplant, penderma tidak mengalami komplikasi akut seperti yang diceritakan, sebaliknya lebih kepada yang kronik dan mengambil masa untuk dikesan. tetapi, Allah jua yang berkuasa atas segala sesuatu, kan? harap maklum. teruskan usaha. :)

     

  • At 10/5/10 11:34 PTG, Anonymous Miera said…

    fuuhhhhhhhhhhh,,,,,,,,,,,,,
    sdey sgat,,,,,,,
    xsgka ade jgak cikgu cm tue,,,
    hie,,
    terharu sgat kalo ade student mcm mega tue...
    hurmmm...
    TAHNIAH buat penulis krana berjaya mghasilkan karya yg amat mnyentuh prasaan!!

     

  • At 3/3/12 3:09 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedeyh ak bce kisah ney...aku pn slalu sgt dianaktirikan kt dlam klas sbab ak x mnat math...ak mnat bnde laen...stiap kli klas math ak msti kne mcam mega ney...skit ati aku...

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group