Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
BICARA GUNUNG DAN BUKIT Di suatu pagi, ketika mentari memasuki waktu siang, bukit terjaga dengan dari lenanya. Dia menguap panjang. Kemudian dia mengerak-gerakkan seluruh badannya. Mengeliat. Tiba-tiba dia terhenti apabila terasa sesuatu benda menjalar di badannya. Dia melihat dari manakah datangnya benda itu. Oh, rupanya jentolak yang menjalar di badannya sejak tadi. serta merta amarahnya datang. " hoiii, manusia. Kenapa kau cabut bulu-buluku? Tak tahukah engkau bulu-buluku ini adalah pelindungku dari matahari dan rumah bagi kawan-kawanku???" teriak bukit. Tetapi jeritannya tidak didengari oleh manusia yang sedang asyik menjalankan kerjanya menebang hutan. Semakin lama bukit semakin gondol. Bukit menangis kesakitan dan kesedihan. Sekarang kawan-kawannya yang selama ini menemaninya sudah pindah di tempat lain. malah ada yang mati begitu sahaja apabila bulu-bulunya yang dicukur ini dibakar. Bukit menjerit kesakitan tiap kali api mengena kulitnya. Kemudian apabila badannya yang dulu cantik ini digondolkan bukit ditinggalkan begitu sahaja.bukit menunggu, sebulan, dua bulan tapi sampai sekarang tiada sebarang perubahan yang berlaku terhadap badannya. Semua ini membuatkan bukit sedih dan menangis tiap hari. Dia keseorangan kini. Kawan-kawannya banyak yang terkorban dijilat api dahulu. Banyak juga kawan-kawannya yang terpaksa pindah di tempat lain. bukit menangis sungguh-sungguh. Di suatu tempat lain pula gunung tersenyum bangga. Gunung dijaga dengan rapi sekali. tiap hari ada sahaja orang yang datang melawatnya. Gunung dijadikan sebagai tempat untuk melepaskan bosan dan menghilangkan tension. Hampir tiap hari gunung dikunjungi oleh orang ramai dari serata dunia. Gunung bangga bila ada orang yang duduk di kepalanya. Di atas kepalanya itu orang boleh merasa embun yang menyelimuti diri gunung, melihat pemandangan dan merasa kedinginan angin. Gunung juga mempunyai kawan yang sentiasa bertambah setiap hari. Gunung juga dijadikan mereka sebagai tempat perlindungan. " berehatlah kalian di badanku ini. aku pasti akan melindungi kalian…." Kata gunung kepada kawan-kawannya. " terima kasih gunung. Kaulah sahabat kami yang boleh member kami perlindungan daripada menjadi mangsa para manusia. Bukit sudah pun digondolkan. Tiada lagi tempat kami untuk mencari makanan di sana." Kata kawan-kawannya. " apa? bukit digondolkan. Siapa yang mengondolkannya. Kenapa kamu semua tidak melarang siapa yang mengondolkan sahabat karibku itu?" kata gunung dengan hairan. " wahai kawanku gunung, orang yang menggondolkan bukit adalah manusia. Manusia yang sering mendaki di badanmu itu. Sekarang bukit berasa sedih kerana kehilangan kawan-kawannya." Ujar salah seorang dari kawan gunung. Gunung terdiam seketika. dia memerhatikan manusia-manusia yang bersorak kegembiraan di atas kepalanya. " baiklah…bawa aku berjumpa dengan bukit. aku ingin berbicara dengannya." Ujar gunung setelah lama berdiam diri. " tentukan hari, waktu dan tempat wahai sahabatku gunung. Nanti kami uruskan pertemuan kamu berdua." Jawab salah seorang dari kawan gunung. " baiklah." Maka termetrailah perjumpaan antara gunung dan bukit dengan perantaraannya adalah kawan-kawan mereka.
Seperti yang dijanjikan gunung dan bukit berjumpa. Waktu perjumpaan mereka adalah waktu malam. kala itu bulan dan bintang bersinar indah di angkasa raya. " saya lihat kau sedih sahaja bukit, kenapa." Kata gunung memulakan perbualan. Bukit mengesat air matanya. " siapa yang tidak sedih gunung. Sekarang lihatlah badanku ini. kau sendiri Nampak bukan bahawa badanku sekarang menjadi botak. Sekarang saya tidak punya apa-apa untuk dibanggakan. Bulu-buluku yang dulu lebat dan cantik telah hangus dijilat api. Lihat juga badanku ini. hampir semuanya hitam legam gara-gara dijilat api." " bersabarlah sahabatku…"pujuk gunung kepada bukit. " sekarang aku tidak punya kawan lagi. kawan-kawan yang dulu tinggal bersamaku sudah mati dan pindah di tempat lain. aku sedih.aku keseorangan."kata bukit masih dengan linangan air mata. " mungkin manusia mahu menanam kelapa sawit atau pokok getah di badanmu ini nanti?" terang gunung. Bukit mencebik. " huh, tanam kelapa sawit…pokok getah…apa kau tak tahukah manusia sekarang ni mahukan kemodenan. Mereka mahukan pembangunan. Dan badan yang sesuai bagi mereka adalah aku. sebuah bukit. Tapi nah, sampai sekarang aku tidak melihat sebarang perubahan di badanku ini. aku dibiarkan terus menerus." Jawab bukit dengen cebikannya yang panjang. " nah kalau kau fikir begitu, mungkin tidak lama lagi mereka akan membina bangunan dan jalan di badanmu itu. Sabar sajalah." " kau hanya pandai bercakap sahaja gunung. Bukan kau yang merasai betapa seksanya menjadi tempat bagi bangunan. Masalahnya aku tidak suka bangunan ada di atas badanku. Panas tahu tak. Setiap hari aku akan kepanasan. Badanku akan berasa geli dengan manusia dan kenderaan yang berjalan di badanku ini. kau tak apa. kau dijaga dengan rapi. Kau dijadikan oleh manusia sebagai sumber pelancongan tapi aku dijadikan manusia sebagai sumber permodenan." Kata Bukit dengan nada suara yang rendah dan sedih. Gunung berasa kasihan dengan bukit. Tapi apalah dayanya. Dia tidak mampu menolong kawannya ini. " kau perlu berfikiran positif bukit. Mana tahu kau dijadikan sebagai tapak kelapa sawit bukan untuk pembangunan." " ahh, bagi saya kedua-duanya sama sahaja. saya bukan lagi seperti dulu. Kalau benar kelapa sawit, masih ada lagikah kawan-kawan kita yang mahu bersahabat denganku. Manusia sekarang memang tidak berhati perut. Tamak, pentingkan diri sendiri. Mereka hanya tahu membina bangunan tapi kemudian dibiarkan begitu sahaja. lihat kawan-kawan kita yang tinggal di celah-celah bulu kita ini. kawan kita yang kecil-kecil tu. Kau tengok berapa billion kawan-kawan kita mati dikambus tanah begitu saja dan mati dijilat api. Tidakkah kau kasihan dengan kehidupan mereka. sekarang kau masih pertahankan manusia sebabnya kau tak seperti kami semua gunung." " sahabatku bukit, inilah tujuan kita dicipta oleh Tuhan. Kita ke sini untuk memberi manfaat kepada manusia. Kau fikirkan bagaimana kalau bumi ini tidak ada bukit, gunung, pokok, haiwan. Sudah tentu mereka tidak akan mendapat apa-apa. sudah tentu mereka tidak dapat buat rumah dan tidak mendapat sumber makanan. Kau bersabarlah. Sebenarnya kita adalah ciptaan tuhan yang tiada tandingnya. Kita berjasa kepada mereka bermakna kita telah menunaikan tanggungjawab kita kepada Tuhan." " tapi bukan begini harga diri kita diperlekehkan. Saya tidak suka dengan cara mereka." kata bukit masih tidak puas hati dengan penerangan sahabatnya itu. Gunung menggaru badannya yang tidak gatal. Susah betul nak bercakap dengan bukit ni. bisik hati kecil gunung. " bukit….sebaik-baik ciptaan Tuhan di muka bumi ini adalah manusia. Mereka punya akal tapi tahukah engkau walaupun manusia berkuasa ke atas kita tapi mereka tidak berkuasa ke atas Tuhan. Kita dilahirkan untuk menyembah dan berzikir kepada Tuhan setiap waktu tapi manusia tidak. Ada manusia yang lalai dan leka dengan perjalanan hidup mereka. ada yang suka berzikir dan ada yang tidak suka berzikir. Di akhirat nanti kita termasuk dalam golongan yang baik tapi manusia belum tentu ada golongan yang masuk dalam syurga atau neraka. Percayalah di akhirat nanti kita termasuk dalam golongan yang baik. Manusia belum tentu. Jadi bersabarlah sahabatku. Terimalah kenyataan bahawa kita diciptakan untuk manusia." " hujah gunung. Bukit termenung mendengar kata-kata gunung. Sedikit sebanyak kata-kata sahabatnya itu menusuk di dalam kalbu. " tapi aku tidak suka cara mereka memerintah bumi." Ujar bukit sendu. Gunung memeluk kawannya itu. Air matanya juga menitis. Sebenarnya dia juga turut memprotes sikap tamak manusia tapi apakan daya dia tidak berdaya untuk menghalang manusia dari melakukannya. " percayalah, akan ada manusia yang baik. Tidak semua manusia itu kejam. Saya pasti akan ada manusia yang memprotes ketamakan manusia yang lain, bukit… percayalah…" Bukit mengangguk dan mengesat air matanya. Dia tersenyum memandang gunung. Manis sekali walaupun hatinya sedih dan pilu. " okeylah, saya balik dulu. Tidak lama lagi kawan kita matahari akan datang jadi saya perlu bersiap sedia menyambut kehadiran manusia yang datang kepadaku. Jangan bersedih lagi. ada masa kita jumpa lagi." ujar gunung lalu berlalu pergi. Bukit tersenyum. sedikit sebanyak dia mendapat kekuatan. " terima kasih gunung." Teriak bukit kepada gunung yang semakin jauh dari pandangan. " percayalah, di akhirat nanti kita termasuk dalam golongan yang baik…. percayalah, akan ada manusia yang baik. Tidak semua manusia itu kejam. Saya pasti akan ada manusia yang memprotes ketamakan manusia yang lain, bukit… percayalah…" Kata-kata gunung itu masih berbekas di hati bukit. Senyuman bukit semakin melebar. Esok akan ditanamkan azam yang baru untuknya.
Sekian....
Hak cipta terpelihara: S.Hana AK 040809 ( Selasa ) 8.12 malam Khar upsi
Assalamualaikum...terima kasih dengan komen anda semua. diharap anda semua seronok dan mendapat sesuatu dari cerpen saya ini. memang cerpen ini sarat dengan isi tersurat dan tersirat.. jika kita menghayatinya pasti kita akan dapat faedahnya..terima kasih sekali lagi...S.Hana AK
1st time baca cerpen cmni.. original sgt.. congrat penulis.. memang menusuk ke jiwa..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ok la...cerpen ni memberi kesedaran kepada manusia yang tidak tahu cara terbaik untuk memerintah bumi...