BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Julai 15, 2009
Novel : Virus Vs. Shuji 4
Nama Pena : Inua Itis

BAB 4

VIRUS segera keluar dari bilik selepas menendang Shuji tadi tanpa sedikitpun perasaan bersalah yang bersarang dihati. Senang hati lagi adalah kerana sudah berjaya mengalahkan Shuji. Dengan bernyanyi-nyanyi kecil, Virus turun ke ruang tamu dengan baju kurungnya. Dia memasang TV dan playstation lalu meniarap di situ bermain game.

Buat masa sekarang, mereka menetap dirumah Virus dahulu memandangkan Datin Rosmah yang berkeras. Selepas ini Virus akan cuba memujuk mamanya supaya mereka dapat pindah keluar. Bukan senang mahu memujuk orang tua itu sekiranya rancangan yang teliti tidak dibuat. Bukannya boleh pakai sangat mamanya itu. Orang tua itu lebih banyak muslihat dan lebih teliti dari Virus sendiri. Payah, payah! Keluh Virus dalam hatinya.

"Ida! Apa Ida buat kat bawah ni?" teriak Datin Rosmah apabila dilihatnya anak perempuannya itu sedang leka bermain playstation. Datin Rosmah yang baru sahaja masuk ke rumah itu terus duduk di sofa berdekatan. Sangkanya Virus sudah beradu didalam bilik pengantin.

"Ala, habis tu Virus nak duduk mana lagi mama? Nak main game kejap aje!" cebik Virus sambil matanya terus-menerus memanah ke kaca TV. Khusyuk betul dia bermain playstation.

"Hish, budak ni! Mana lagi kalau bukan bilik Ida dengan suami Ida!" Datin Rosmah sudah menggeleng-geleng kepala melihat Virus yang seakan tidak mempedulikan kata-katanya.

Mulut Virus seakan terbuka ketika mendengar kata-kata mamanya. Tidak mahulah dia tidur sebilik dengan Shuji. Memang mamanya sudah gila agaknya menyuruhnya tidur sebilik dengan Shuji. Takkan dia kena tidur sekatil dengan Shuji juga kot? Sebilik pun dia tidak ingin, inikan pula sekatil! Virus cuba untuk tidak ambil pusing kata-kata Datin Rosmah tadi.

"Apa lagi ni, Mah?" soal Dato' Sharif yang baru masuk. Dia duduk disebelah isterinya yang sedang menggeleng-geleng kepala. Keluhan demi keluhan juga kedengaran dari mulut isterinya itu.

"Ni, anak abang ni la..tengok sikit budak ni, malam pertama dia boleh duduk main game kat sini? Tak sedar diri tu dah kahwin, nak jadi mak orang dah pun!" bebel Datin Rosmah.

Dato' Sharif menggeleng-geleng pula selepas itu. Isterinya dengan anak perempuannya ini kalau tidak bertekak satu hari memang tidak sah!

"Habis tu kenapa mama kahwinkan Virus awal sangat? Virus ada banyak lagi benda nak buat la, ma..masa enjoy belum cukup.." suara Virus seakan merajuk namun matanya masih tepat ke kaca TV. Tangannya sibuk mengawal permainan yang sedang dimainkan olehnya.

"Ida, cuba pandang muka mama dengan papa ni bila kami bercakap!" Dato' Sharif bersuara tegas membuatkan Virus tersentak.

Virus akur. Dia memang takutkan papanya itu sekiranya orang tua itu sedang serius. Jaranglah Dato' Sharif mahu serius begini. Dia terus menoleh lalu duduk menghadap mama dan papanya yang sedang duduk di sofa. Mulutnya memuncung sahaja sepanjang masa semasa mendengar ceramah dari kedua orang tuanya.

"Kenapa muncung-muncung mulut? Cuba dengar sikit kata-kata mama dengan papa ni.." ujar Datin Rosmah. Dia mengharapkan Virus akan berubah selepas berkahwin.

Memang dia sengaja menyuruh Virus berkahwin dengan Shuji memandangkan terdapat peluang begini. Jika dia nak, dia boleh sahaja membayar denda yang dikenakan kerana tangkapan itu. Tetapi, tindakan sebaliknya pula diambil selepas dia berfikir panjang. Bukan senang untuk anaknya itu berubah kalau bukan dengan cara berkahwin.

Datin Rosmah amat yakin bahawa Shuji sahaja yang dapat mengubah Virus menjadi perempuan normal semula. Daripada pengamatannya juga, Shuji itu bukanlah seorang yang jahat walaupun berasal dari keluarga yang sederhana. Lelaki itu amat menghormati orang tua dan mudah mesra dengan orang.

Shuji memang seorang yang baik hati hasil dari keseluruhan pemerhatiannya ke atas lelaki itu. Pekerjaannya juga boleh tahan iaitu sebagai seorang Jurutera Komputer. Datin Rosmah merasakan, Shuji adalah calon yang paling sesuai buat Virus.

"Alah, bagilah Virus tidur dengan mama malam ni!" rengek Virus sambil menghampiri Datin Rosmah. Lengan mamanya itu dipaut manja.

"Habis tu papa kamu nak tidur mana?" bidas Datin Rosmah.

"Papa pergilah tidur dengan Shuji dalam bilik Virus tu!" ujar Virus selamba. Mata Datin Rosmah sudah terbeliak ketika itu. Dato' Sharif pula menahan ketawa melihat perangai kebudak-budakan anak perempuannya itu.

"Kamu ni dah gila agaknya? Takkan papa kamu yang kena tidur dengan Shuji?" Datin Rosmah sudah mengomel marah.

"Alah, satu malam aje..mama ni berkiralah!" rengek Virus lagi.

"Dah, tak payah nak mengada-ngada! Mama cakap, Ida tidur dalam bilik Ida. Papa tidur dengan mama! Titik!" Datin Rosmah bersuara tegas.

"Ala mama ni, satu malam pun tak boleh berpisah dengan papa ke? Peluk la Virus pulak malam ni, ma..asyik peluk papa aje!" kata Virus seakan mengusik Datin Rosmah. Senyuman nakal meniti di bibir gadis itu.

Wajah Datin Rosmah tiba-tiba bertukar merah padam ketika itu. Dato' Sharif pula sudah ketawa mendengar kata-kata usikan selamba dari mulut Virus itu tadi. Virus juga ketawa kecil saat itu.

"Abang diamlah! Ketawa pulak dia?" gerutu Datin Rosmah dalam nada marah. Lengan suaminya dicubit lembut.

"Sakitlah, sayang! Opss.." Dato' Sharif menutup mulutnya apabila terlihat jelingan tajam isterinya.

"Kantoi! Depan Virus tak pernah nak bersayang-sayang pun, ya? Rupanya mama tak mahu papa tidur luar sebab nak beromantik dalam bilik, eh?" Virus menekan perutnya. Senyuman nakal terus terukir dibibir mungilnya.

"Diamlah, kamu ni jangan nak masuk campur hal orang-orang tua. Memang betul pun cakap kamu tu, memang papa tak boleh tidur dengan orang lain. Dengan mama aje. So, pergilah tidur bilik kamu, ya?" ujar Datin Rosmah sambil tersengih.

"Alamak!" perlahan kata-kata itu terkeluar dari mulut Virus. Sekali lagi dia terkena dengan mamanya. Dengan orang lain, bolehlah dia buli. Tapi kalau dengan mamanya, asyik dia sahaja yang terkena balik. Mama..mama! Keluh Virus.

"Jom, bang! Kita beromantik dalam bilik kita..biar Ida beromantik dengan suami dia dalam bilik dia.." Datin Rosmah berkata seraya bangun. Lengan Dato' Sharif dipautnya erat. Mereka lalu berjalan beriringan naik ke bilik tidur mereka meninggalkan Virus yang terkebil-kebil.

"Haa..mama lupa pesan! Kalaulah mama nampak Ida tidur kat mana-mana yang selain dari bilik Ida, tahulah mama nak ajar Ida!" gertak Datin Rosmah dari jauh lalu terdengar pintu bilik ditutup.

Virus sudah gelisah. Ini yang dia malas mahu bertekak dengan mamanya. Memang selalunya dialah yang akan kalah. Hebat betul mamanya. Kadang-kadang sahaja orang tua itu akan beralah dan bertimbang rasa dengannya. Tetapi, dalam kes ini tidak mahu pula mamanya bertolak-ansur dengan dia. Mama..mama..! Keluh Virus lagi dalam hatinya.


"YO, fish!" ucap Virus apabila ternampak Shuji yang sedang duduk di sofa dalam biliknya. Shuji buat tidak tahu sahaja apabila mendengar ucapan Virus itu. Baginya, buang karan sahaja jika dia melayan si Virus itu. Dengan muka bosannya, dia mengeluh. Peristiwa yang berlaku tadi terngiang-ngiang semula dibenak Shuji. Sakit di celah pahanya masih terasa menggigit-gigit. Serta-merta hatinya menjadi panas. Virus itu perlu diajar.

"Tak dengar aku ucap apa kat kau tadi? Yo, fish!" kata Virus lagi sambil berdiri berhadapan dengan Shuji yang sedang bersantai diatas sofa. Tangannya diletak ke bahu Shuji lalu dengan pantas tangannya ditepis oleh lelaki itu.

"Shujing, kambeng..lepas tu, fish pulak? Dah la, weh..insaf la.." ujar Shuji acuh tak acuh. Riak muka seperti malas melayan sudah tergambar. Kalaulah Virus ini bukan perempuan, sudah lama dibelasahnya.

"Rilex la.."

"Apa rilex? Kau dah belasah aku tadi, kau suruh aku rilex?" Shuji sudah naik berang. Kata-kata Virus sekarang baginya ibarat suatu beban yang asyik menghempap dirinya.

"Hmm..ok..ok..I am really sorry, okay? Puas?" ujar Virus sambil melepaskan nafas yang berat. Mukanya muram tiba-tiba.

"Hah?! Senangnya kau mintak maaf? Hidup aku yang jadi pertaruhan, tau tak?" Shuji memeluk tubuh sambil menjeling Virus yang sudah duduk di sofa berhadapan dengannya. Mengapa pulak tu muram semacam aje? Nak meraih simpati aku? Sorrylah! Desis hati Shuji.

"Aku ikhlas ni..dahlah weh..jom kita berdamai.." getus Virus. Malas dia mahu membuli Shuji lagi. Hatinya lebih pedih kerana mamanya.

"Damai kepala otak kau! Hati aku sakit, kau tau tak?" bentak Shuji penuh perasaan. Dia sudah bangun menuju ke tingkap bilik. Matanya terarah keluar tingkap, cuba mengamati keindahan malam. Namun, suasana malam itu langsung tidak dapat menampung gelodak hatinya ketika ini.

"Hmm..ikut suka kau la..tapi, aku betul-betul mintak maaf dengan kau..zettai ne(benar-benar)! Memang aku bersalah dari awal lagi tak berterus terang pada kau. Memang aku pembawa masalah dalam hidup kau. Aku mintak maaf.." Virus bersuara dengan jujur. Airmatanya bergenang ketika ini.

Memang sudah lama dia ingin meminta maaf dari Shuji kerana hal ini. Cuma dia sahaja ego sebelum ini. Kalaulah dia mengaku bahawa dia adalah perempuan sejak mula lagi, tentu perkara ini tidak akan berlaku.

Tentu dia, Shuji dan Ikmal masih bergelar kawan baik. Ya, kawan baik buat selama-lamanya. Tetapi sekarang, semuanya bukanlah seperti yang diharap-harapkan olehnya. Entah apalah kata Ikmal apabila mendapat tahu tentang ini. Tidak nampak pun batang hidung Ikmal ketika majlis akad nikah tadi. Marahkah dia setelah mendapat tahu?

Shuji kaget melihat airmata Virus yang menitis satu-satu dari mata gadis itu. Inilah kali pertama dia melihat Virus mengalirkan airmata. Rasa simpatinya tiba-tiba hadir untuk gadis itu. Ya, bukan salah Virus seorang sahaja dalam hal ini. Hatinya bagai menjadi selembut kapas apabila mendengar ucapan ikhlas Virus itu. Nampak sekali kejujuran gadis itu meminta maaf. Tiba-tiba rasa bersalahnya kerana membuatkan Virus menangis datang menerpa dihatinya.

"So, kau tidur di sofa, aku tidur atas katil!" tiba-tiba Virus bersuara dengan selamba. Airmatanya sudah lama diseka. Kini dia tersengih panjang melihat Shuji yang melopong.
Haih?! Tadi bukan main feeling habis. Siap nangis-nangis! Sekarang datang balik mood dia nak membuli aku? Gumam Shuji dalam hatinya.

"Kenapa pulak? Tak nak!" bantah Shuji dengan keras.

"Tak ada sebab! Ni katil aku..aku dah tidur sejak dari kecik lagi atas katil ni! Mana boleh orang lain kongsi-kongsi!" kata Virus dengan muka bersahaja. Dia sudah berjalan lalu duduk di birai katil. Dengan muka senang hatinya, dia terus menghempaskan tubuh kecilnya diatas katil itu. Virus bergolek-golek pula kali ini sambil diperhatikan oleh Shuji.

Dengan pantas, Shuji melangkah lalu menghempaskan juga dirinya di atas katil tersebut. Virus sudah terbangun apabila menyedari Shuji juga turut berbaring dikatil itu.

"Woi! Tidur kat sofa, la!" Virus menolak tubuh Shuji kuat sehingga lelaki itu terjatuh dari katil.
"Sakitlah, bodoh!" marah Shuji lalu bangun.

"Tak mahu sakit, kau pergi tidur kat sofa tu! Nah ambik bantal ni!" Virus melemparkan bantal pada Shuji.

"Kalau aku tak nak?" duga Shuji sambil merenung nakal wajah Virus yang comel sekali pada pandangannya ketika ini. Ah! Apa yang aku fikir ni? Comel? Beruk lagi comel kot! Detik hati Shuji keseorangan.

"Kalau kau tak nak, aku cepuk muka kau yang tak handsome tu!" gertak Virus sambil menunjukkan penumbuknya.

"Macam aku takut? Setakat penumbuk kau, aku tak hairanlah! Macam semut gigit aje!" kata Shuji dengan penuh yakin. Bangga dia sebagai lelaki manakala Virus hanyalah seorang perempuan yang lemah sahaja baginya.

Dengan pantas, Shuji duduk dikatil itu tanpa mempedulikan Virus yang mula mencebik bibir. Oh, kau ingat kau kuat sangat, ye Shuji? Gumam Virus sendirian.

"Adoii!" Shuji mengerang apabila terasa Virus sudah mengepit kepalanya. Virus menyekeh kepala lelaki itu sekuat-kuat hatinya. Kau ingat, perempuan tak kuat? Rasakanlah!

Dengan sedikit kudrat lelakinya, dia melawan. Sekejap sahaja tangan Virus sudah dikuncinya kemas-kemas lalu tubuh Virus ditarik ke dalam pelukannya. Mereka berdua terbaring diatas katil kali ini dengan keadaan Virus dipeluk kuat oleh Shuji. Virus meronta-ronta dengan kuat. Mereka bagaikan sedang bergusti ketika ini. Masing-masing tidak mahu mengalah.

"Woi, sakitlah! Lepaskan aku! Dahlah ketiak kau ni bau busuk!" marah Virus.

"Diamlah..kalau suami nak bermanja, isteri kena layan!" Shuji ketawa nakal. Wajah Virus sudah merah padam. Inilah kali pertama dia dipeluk begini oleh seorang lelaki selain dari papanya. Bagai ada suatu perasaan halus yang sedang bersemi dalam hatinya tetapi dia tidak pasti apakah perasaan itu.

"Banyaklah kau punya isteri! Lepas la, bongok!" maki Virus.

"Copp, copp! Kau tak boleh kutuk suami, neraka jawabnya nanti!" Shuji ketawa lagi sambil menguatkan pelukannya kerana Virus yang meronta kuat.

"Ahh! Suami apa yang mengasari isteri macam ni? Bodoh!" marah Virus. Sakit hatinya diperlakukan begitu oleh Shuji.

"Diamlah..syhh..diam.." ujar Shuji separuh berbisik. Hatinya bagai diragut oleh sesuatu. Perasaannya sekarang berdebar-debar. Baru dia sedar yang dia sedang memeluk seorang perempuan. Inilah kali pertama juga bagi Shuji memeluk perempuan sebegini rupa.

"Lepas!!!" Virus menyiku kuat perut Shuji lalu pelukan dilepaskan oleh lelaki itu. Shuji kelihatan sedang berguling-guling. Senak dirasakan perutnya akibat disiku kuat begitu oleh Virus.

"Sakitnyaaa.." gerutu Shuji sambil terus berguling.

"Padan muka kau! Dahlah, aku aje yang pergi tidur kat sofa..kau tidur sini!" ujar Virus lalu pergi berbaring di sofa. Malas dia mahu berebut lagi. Matanya juga sudah mengantuk sangat. Shuji hanya terdiam sambil memeluk perutnya yang perit. Virus..Virus..keluhnya.
posted by Penulisan2u @ 5:50 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
4 Comments:
  • At 15/7/09 6:37 PTG, Anonymous miss_sya said…

    akulah peminat setia novel ni!
    huahuahuahuahuahuahuaaa..

     

  • At 16/7/09 9:20 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    oremo!~
    tsuki desuuuuuuu..
    suka bangat crita ni..
    xsangka ada kat penulisan2u..hahaha
    yg aku tau, kat blog penulis ni,,dah byk 'peristiwa'..
    hahaha kelaka crita ni..
    aku suka sangat..

     

  • At 17/7/09 1:17 PTG, Anonymous syazrini said…

    ur story rocks, sis Zazz!~ ;)
    truskan post disini..
    chapter sterus2nya memang amat menarik..
    sy dh abs bca kat blog sis...
    hahahahaa bile dorg bebaik mmg syuweeett bangat, sis..
    keep it up! ;)

     

  • At 18/2/12 5:51 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Ape nm blog penulis nie?

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group