Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Saat berganti minit,minit berganti jam,jam berganti hari dan hari berganti minggu.Tanpa Ain sedari tempoh tiga minggu yang tidak ditunggu-tunggukannya itu bakal menjelma.Lagi dua hari dia bakal diijabkabulkan dengan Ammar.Betapa dia tidak sanggup untuk menghadapi waktu yang sukar itu.Namun apa yang boleh dia buat?Hidup mesti diteruskan.Dia harus redha dengan ketentuan Ilahi.Ala dia hendak risau apa?Dia hanya akan berkahwin dengan lelaki itu dalam tempoh satu tahun.Satu tahun bukannya lama pun.Pejam celik,pejam celik dah setahun.Namun dia tidak boleh menipu dirinya sendiri.Dia benar-benar tidak boleh menerima kehadiran lelaki itu di dalam hidupnya nanti.Bagaimanakah hidupnya disamping lelaki yang lansung dia tidak kenali itu?Hanya Tuhan sahaja yang tahu.Ain mencapai telefon bimbitnya mendail nombor telefon Nurin."Assalamualaikum.Kau tengah buat apa tu?"Nurin menjawab salam Ain."Tak ada buat apa.Kenapa kau telefon ni? Kan lagi dua hari nak jadi pengantin.Selalunya masa-masa macam ni pengantin tengah sibuk buat persiapan di samping bakal suami tersayang."Perli Nurin diiringi tawa yang besar."Kau gelaklah.Nanti kau kena macam aku baru kau tahu.Aku telefon ni nak ingatkan kau nanti jangan lupa jadi make-up artist aku."Ujar Ain.Tidak mahu dia memanjang-manjangkan isu yang tidak disukainya itu."Iya aku ingatlah.Don't worry."Ain menarik nafas dalam."Nurin.Aku rasa aku tak boleh nak laluilah perkara ni.Aku takut."Ain meluahkan perasaannya yang kian merundum itu."Kau ni.Nanti sebelum kau bukak mulut nak cerita,aku nak siap nak pergi rumah kau.Kalau kau tengah cerita masalah aku buka boleh duduk sengap.Kejap lagi 15 minit aku sampai.Ya princess?"Ain menekan butang merah di telefon bimbitnya.Dia bersyukur kerana dikurniakan seorang sahabat seperti Nurin.Nurin itu sanggup melakukan apa sahaja untuknya.
Nurin tiba di 15 minit kemudian.Dato' Mukhriz dan Datin Suraya sudah kenal benar dengan teman Ain itu.Nurin pasti akan dilayan dengan baik sekali oleh mereka.Setelah Nurin berjumpa dan bersalam dengan orang tua Ain,Ain segera menarik tangannya melangkah ke tangga dan terus menuju ke bilik."Ish kau ni.Tak sabar-sabar.Aku ni kaki dua je.Lainlah kalau aku ni kaki lapan.Cepat sikit aku nak jalan."Ujar Nurin lalu duduk di sisi katil.Ain meninjau ke arah bawah tepi tangga rumahnya.Melihat-lihat kelibat ibu dan bapanya.Mereka sedang asyik menonton television.Baguslah kalau macam tu.Mereka tidaklah mengsyaki apa-apa.Ain melangkah masuk ke dalam bilik dan menutup pintu biliknya."Weyh kau jangan nak buat tak elok dengan aku.Aku masih suci."Kata Nurin membuatkan Ain ketawa."Kau ni.Boleh lagikan buat lawak?Aku tengah ada masalah besar ni."Ain mengambil tempat di sebelah Nurin.Dia meletakkan kepalanya di riba Nurin."Apa masalahnya?Kau kata hari tu masalah dah selesai.Perkara tu dia dah setuju.Apa lagi?"Ain membelek-belek kukunya dia seribu bahasa."Dia ubah fikiran ke?"Ain menggeleng."Dah tu?"Nurin tertanya-tanya."Aku je yang bermasalah.Aku takut nak hidup dengan lelaki yang aku lansung tak kenal.Macam-macam yang bermain dalam fikiran aku ni."Ain bangun dari baringannya lalu duduk bersila menghadap Nurin."Aku takut dia apa-apakan aku.Aku bukannya tahu perangai dia macamana?Entah-entah kaki perempuan ke?Kaki judi ke?Kaki arak ke?"Tergambar kerisauan di muka Ain."Berapa banyak kaki da?Kau ni.Dia tu kan pilot.Orang berpelajaran.Takkanlah dia perangai macam tu kot?Bila kau dah kahwin dengan dia nanti,kau just anggap dia tu tak pernah wujud dalam hidup kau.Kau cubalah sedaya upaya menggelakkan diri daripada dia.Tapi aku rasa…"Kata Nurin terhenti disitu."Kau rasa apa?Dia jahatkan?"Serkap jarang Ain."Ish kau ni.Ke situ pulak.Aku rasa apa kata kalau korang pupuk perasaan cinta tu? Kan bagus.Tak baik kita meruntuhkan masjid Ain."Air muka Ain berubah menjadi marah.Dia bingkas bangun."Berapa kali aku nak cakap dengan kau?Aku tak perlukan lelaki dalam hidup aku.Aku tidak akan pernah lagi bercinta kau faham tak?!"Marah Ain.Nurin memegang tangan Ain."Ain kau fikirlah perkara ni baik-baik okey?"Nurin merenung muka Ain.Dia dapat melihat mata Ain yang sudah pun berkaca.Segera dia memeluk Ain.Apa lagi?Air mata Ain pun turunlah macam air terjun."I'm sorry okey?Kau tak perlu paksa diri kau untuk cintai dia.Dahlah jangan nangis.Hilang seri orang nak kahwin ni."Ain ketawa kecil.Nurin hanya mampu berdoa agar sahabatnya itu akan bertemu dengan jodohnya.Dan biarlah lelaki itu,lelaki yang bakal dikahwininya dalam masa dua hari lagi ini.Amin.
"Apa kau nak kahwin?"Gelak besar Danial dan Farhan."Aku bukannya suka sangatlah dekat minah tu!Aku kena kahwin paksa okey?"Semakin besar gelak rakan-rakannya itu."Kahwin paksa bro?Hahaha!"Ammar membaling kulit kacang kepada mereka."Okey,okey.Sorry.Okeylah tu kan ?Dapat bini takyah cari kot?Senang-senang je kau boleh dapat.Baguslah kan ?Betul tak Dan?"Danial mengangguk dengan sisa tawanya itu."Malaslah aku nak cakap dengan korang ni!Menyusahkan hidup aku je!Sudahlah!"Ammar sudah hampir beredar dari situ tapi sempat ditahan oleh Farhan." Ala bro relax.Chill.Kau dapat badan dia free kot!Tu yang syok weyh!Boleh passing dekat aku kalau kau tak nak."Ammar kembali duduk di kerusi."Aku dengan dia dah ada perjanjianlah weyh.Dia tak bagi aku sentuh dia.Lansung.Except time majlis perkahwinan kami nanti."Ammar membuka ceritanya."Aduh.Kesian kawan kita ni.Haha!"Ujar Danial.Kali ni Ammar membaling straw kepada Danial."Haha.Okey,okey.Macam ni.Aku ada plan.Kita bet.Macam biasa."Farhan memandang ke arah Danial."Bet apa?"Farhan memerah otaknya."Oh maksud kau..?"Danial mengangguk berkali-kali."Yes!Kalau kau dapat tiduri dia,5K untuk kau!"Kata Danial kepada Ammar."5K je?"Danial dan Farhan berpandangan."Ok 10K!"Ujar Danial.Ammar memandang mereka silih berganti."Entahlah.Aku tak tahu.Aku kena fikir dulu."Danial dan Farhan mendengus."Ni ke Ammar yang aku kenal?Pengecut?"Ugut Danial."Aku ada perjanjian dengan dia iaitu kahwin selama setahun tanpa menyetuhnya.Manalah aku ada masa nak suai kenal dengan dia!Merepeklah weyh!"Ammar melihat skrin putih yang digantung di luar kedai mamak itu.Sukan tennis.Lansung tidak menarik perhantiannya.Lainlah kalau bola."Macam ni aku bagi kau tempoh 5 bulan untuk kau tidur dengan dia,kalau kau tak dapat maknanya aku akan ‘gantikan' kau.Amacam?"Cadang Danial.Ammar hanya membisu."Bro bukan ke mamat ni playboy dekat kawasan sini?Aduh tanyalah perempuan mana yang tak kenal mamat ni?Semua dah kena ‘tebus' dengan mamat ni."Ammar menolak bahu Danial."Hei!Aku mengaku aku playboy!Tapi aku bukan meragut kesucian perempuan!I do respect woman!Do you copy that?!"Danial dan Farhan melepaskan tawa yang besar."Poyolah kau ni.Dahlah Far cau la.Weyh Ammar kalau kau dah tukar fikiran kau telefon kami la.Peluang itu sentiasa terbuka untuk kau!10K weyh.10.Ingat tu?"Danial dan Farhan berlalu pergi meninggalkan Ammar.Ammar hanya melihat tubuh rakan-rakannya itu hilang dari pandangan.Dia tidak sanggup untuk melakukan itu.Dia bukan lelaki yang begitu.'Ala dia tu akan jadi bini kau.Suka hati kaulah nak buat apa dengan dia.Tak salah dari sisi agama.'Hati jahatnya berbisik.'Tidak kau tidak boleh buat begitu.Kau lelaki yang punyai maruah.Kau tidak akan melakukan perkara terkutuk itu!'Ammar runsing.Tidak tahu yang mana harus dia turuti.Dia bingkas bangun dan menyelitkan not berwarna hijau tua di tepi pinggan yang kosong dan berlalu pergi.
p/s:maaf kalau lmbat smbungannya.bz ckit.al maklumlah exam nk dkat owhh...huhuhu
best giler cite nie.. serious ak ckp.. cpt ar smbung.. x sbr nak bce nie.. ak hrp ending dy best gler.. ikmal zurin,smoge brjya hasilkan novel2 yg best.. sokong ikmal zurin!!!!!!!!!!!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best la...
jahat ammar nie...
lelaki dayus klu mcm 2...
juz nak duit je...
but still best...