Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Telefon bimbit Fikri berdering minta diangkat. Siapa yang telefon malam-malam macam ni? Kacau orang nak tidur sahaja. Namun begitu, dia menggagahkan juga dirinya untuk mengangkat telefon itu. Manalah tahu ada masalah di syarikat.
"Assalamualaikum," ucap gadis itu sebaik sahaja talian disambungkan.
Matanya terus segar sebaik sahaja mendengar suara gadis itu. Dia segera bangun dari pembaringannya. Rafiqa? Ada apa telefon malam-malam ni? Hatinya tertanya-tanya. Dadanya diserang debaran tiba-tiba tetapi dia cuba mengawal gelodak di hatinya itu. "Waalaikumsalam. Ada apa, Iqa?"
"Maaflah, kalau saya ganggu awak malam-malam macam ni. Dah tidur ke?" soal Rafiqa lembut. Sejuk hati lelakinya mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut Fiqra.
"Baru je tidur," ujar Fikri.
"Maaflah, kalau saya buat awak terjaga."
"Tak ada apa-apa. Saya tak kisah," jawab Fikri.
"Sebenarnya..."
Fikri menanti bicara gadis itu dengan sabar. Dia teramat pasti bahawa gadis itu sebenarnya ingin berbicara mengenai pelawaannya. Cuma dia tidak pasti dengan jawapan gadis itu. Harapannya Rafiqa akan bersetuju tetapi jika gadis itu tidak mahu menerima, dia tidak memaksa.
"Pasal pelawaan awak tu, saya terima," ujar Rafiqa lambat-lambat.
Fikri tersentak. Aku tak mimpi, kan? Aku dah sedar ni. Betul ke apa yang Iqa cakap tadi? "Betul ke, Iqa? Awak dah fikir habis-habis?" tanya Fikri inginkan kepastian. Bibirnya menguntum senyuman. Macam tak percaya sahaja yang Rafiqa akan tinggal dengannya.
"Ya," jawab Rafiqa pendek.
"Awak kemas barang awak. Esok lepas office hour, awak pindah sini," arah Fikri. Dia sudah tidak sabar lagi untuk membawa Rafiqa ke mari.
Rafiqa terkejut. Nak pindah esok juga ke? Tak boleh tunggu hujung minggu? Papa dan mamanya pun tidak diberitahu lagi.
"Boleh tak, Iqa?"
"Saya tak beritahu papa dan mama saya lagi. Hujung minggu tak boleh ke? Lagipun dah malam sangat ni. Mana sempat nak kemas barang," Rafiqa cuba mencipta helah.
"Awak bawa untuk minggu ni je. Hujung minggu nanti, kita ambil lagi."
Senangnya Fikri merencanakan program untuknya. Apa kata uncle Faizal dengan aunty Sofea? Pelawaan tempoh hari ditolaknya bulat-bulat. Tiba-tiba, esok dia muncul di banglo itu bersama beg pakaian.
"Uncle Faizal dan aunty Sofea tak terkejut ke kalau saya datang esok?"
"Ayah dengan mak lagi suka kalau awak tinggal kat sini."
Rafiqa diam sebentar. Memikirkan kewajaran tindakan Fikri. Sebenarnya hatinya begitu berat sekali untuk mengatakan ya. Tetapi, melihat kesungguhan Fikri, dia tidak sampai hati untuk mengatakan tidak. "Okeylah."
"Macam tulah. Iqa siapkan barang tau," pesan Fikri sekali lagi.
"Okey. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."\'
Fikri tersenyum lebar. Esok, Rafiqa akan pindah masuk ke dalam rumah ini. Dia akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk mengambil tempat di hati Rafiqa.
*****
"Masuklah, Iqa," pelawa Puan Sofea. Hatinya berbunga riang melihat Rafiqa tiba di rumahnya bersama Fikri.
"Terima kasih, aunty."
"Fik bawa beg Iqa masuk bilik dia," arah Tuan Faizal.
Fikri menurut arahan ayahnya. Dia terus mengangkat beg pakaian Rafiqa naik ke atas.
"Kenapa Iqa tiba-tiba ubah fikiran? Uncle terkejut bila Fik beritahu pagi tadi." Tuan Fadli mula menyusun kata sambil tersenyum memandang anak gadis itu.
Rafiqa tersenyum malu. "Iqa rasa takut tinggal sendiri."
Serentak itu Tuan Faizal dan Puan Sofea ketawa. Takut rupanya tinggal sendirian. "Aunty ingat Iqa berani nak tinggal seorang. Baru semalam dah takut?"
Rafiqa tersengih. Kalau bukan anak bujang aunty yang takutkan aku, tak adalah aku kat sini. Demi keselamatan, aku gagahkan juga kaki ini melangkah ke dalam banglo aunty yang besar ini.
"Jom, aunty tunjukkan Iqa kawasan dalam rumah ni," ajak Puan Sofea gembira. Rafiqa hanya menurut langkah Puan Sofea yang sudah ke bahagian belakang.
"Ruang makan ada dua bahagian. Untuk kegunaan harian dan untuk tetamu. Dapur, kat bahagian belakang sekali. Tugas memasak, semuanya aunty uruskan sendiri. Aunty tak suka orang gaji buat kerja rumah."
"Aunty memang tak ada orang gaji?" tanya Rafiqa pelik. Selalunya, golongan berada seperti keluarga aunty Sofea mempunyai pembantu rumah. Memasak, mengemas rumah, mencuci pakaian diuruskan oleh pembantu rumah.
"Tak. Aunty dah biasa buat kerja rumah ni. Dulu, masa anak-anak aunty kecil pun, aunty buat semua kerja sendiri. Sekarang ni, budak-budak dah besar, lagi senang kerja aunty."
Rafiqa hanya menganggukkan kepalanya.
"Jom, ikut aunty naik atas pula."
Rafiqa mengikut sahaja. Matanya terpegun melihat susun atur perabot di sudut bacaan dan ruang tamu. Nampak simple tetapi membuatkan mata yang memandang aku terus terpaku. "Cantiknya. Siapa yang hias ruang ni?"
"Kerja siapa lagi, kalau bukan Fikri."
Fikri? Dia yang design semua ni? Kreatif juga lelaki itu dalam bab menghias ini. Biasanya, kaum Hawa yang lebih berminat menghias rumah.
"Depan ni, bilik aunty. Sebelah kanan bilik Fariz, sebelah kiri pula bilik Farah," Puan Sofea menunjukkan Rafiqa barisan bilik di bahagian hadapan.
"Bilik Iqa yang tengah ni. Sebelah kanan bilik Filda dan sebelah kiri tu, bilik Fikri," jelas Puan Sofea lagi.
Wanita itu terus berjalan menuju ke arah bilik yang telah dikhususkan untuk Rafiqa. "Bilik ni, aunty dah kemas sejak minggu lepas. Masuklah."
Rafiqa teragak-agak untuk masuk. Aunty Sofea menyiapkan segala keperluannya di sini dengan begitu sempurna sekali, seperti mama. "Terima kasih, aunty."
Rafiqa mengangguk perlahan dan masuk ke dalam bilik yang telah dikhaskan untuknya. Sebuah katil bersaiz queen, meja solek, almari pakaian, bilik air. Semuanya lengkap. Betapa dia bersyukur kerana insan-insan di sekelilingnya terlalu baik padanya.
Terlalu banyak jasa keluarga uncle Faizal pada dirinya. Ketika papanya tidak dapat menerima kenyataan bahawa mummynya sudah tiada lagi di dunia, uncle Faizal dan aunty Sofea yang membelanya sehingga mama mengambil alih tugas itu. Fikri telah menyelamatkan maruah dirinya yang hampir tergadai di tangan Hazrik. Kini, keluarga ini sudi menumpangkannya sekali lagi, mengecapi kebahagiaan hidup dalam sebuah keluarga di kala keluarganya jauh di mata.
harap dapat post lebih panjang lagi... rse mcm x berbaloi tggu beberapa hari untuk penulis post tp bila dah di post mcm x puas baca... anyway...nice novel....
da lame msh lom xd sambungan.... cte mmg best. x sabar nak tau kesudahannye
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
apa terjadi selepas nie?dapat ke fikri pikat ati rafiqa? cepatlah sambung lagi..