Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Rafiqa memerhatikan keadaan di sekelilingnya. Gelap dan sunyi. Ini bukan jalan untuk pulang ke UTM. Ke mana lelaki ini akan membawanya? Perasaan risau sudah mula bertapak di hatinya. Seakan ada satu rancangan jahat di dalam kepala lelaki itu. Dia harus melepaskan diri. Tetapi, bagaimana? Kereta sedang bergerak, tidak mungkin dia dapat melepaskan diri.
"Jauh lagi ke nak sampai UTM?" Rafiqa memberanikan diri untuk bertanya.
"Sekejap lagi, sampailah. I ikut jalan pintas ni. Sebab tu tak banyak kereta," Hazrik menjawab. Dia tahu gadis disebelahnya ini sedang risau melihat keadaan sekelilingnya.
Rafiqa mengangguk. Sekarang ni, dah ada lebuh raya. Mana ada jalan pintas lagi. Berani betul kau nak tipu aku?
Sebentar kemudian, Hazrik menghentikan keretanya di bahu jalan. Lelaki itu pantas mengunci kereta. Kenapa berhenti kat sini? Rafiqa memandang wajah lelaki itu. Senyuman nakal terukir di bibir lelaki itu. Perasaan tidak sedap hati terus menyelubunginya. Tak guna punya lelaki!
"Iqa, you tahu kan I cintakan you. Kenapa you tak terima I?" soal Hazrik.
"I masih belajar lagi. I nak tumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran I. Maafkan I, tak dapat terima you," Rafiqa menjawab tenang. Namun, hatinya tidak setenang jawapannya tadi. Jantungnya berdegup dengan kencang sekali, tidak keruan.
"As a friend?"
"Kalau sebagai kawan, I tak kisah."
"Tapi, you dah reject I, Iqa. I tak dapat terima bila you reject I macam tu je," tegas lelaki itu. Dia mendekatkan dirinya pada Rafiqa.
Rafiqa menelan air liurnya. Macam mana nak lari ni? Tangan Hazrik sudah mencapai tangannya. Perlahan-lahan lelaki itu menindih badannya. Rafiqa tidak dapat lari lagi.
"You jangan buat tak senonoh dengan I," Rafiqa sempat lagi memberi amaran.
"Inilah satu-satunya cara untuk membuat you terima I. Bila you dah rosak, tak ada siapa yang nak pada you," jawab Hazrik.
Nafas Rafiqa turun naik. "You jangan kurang ajar." Perasaan takut kini terus bersarang di jiwanya. Dia harus menyelamatkan diri daripada dibaham Hazrik. Dia harus berusaha untuk mencari jalan keluar.
"Semua ni berpunca dari you juga. Kalau you tak sakitkan hati I, I pun tak ada niat nak rasa badan you ni," balas Hazrik sambil ketawa.
"Tolong!!! Tolong!!!" Rafiqa menjerit. Hanya itu sahaja yang termampu dia lakukan. Menjerit meminta tolong walaupun dia sedar tiada siapa yang dapat menolongnya. Suaranya hanya kedengaran di dalam kereta ini sahaja.
"You tak boleh nak lari ke mana, sayang. Kalau you menjerit minta tolong pun, tak ada siapa yang dengar. Mana ada orang kat sini," bisik Hazrik ke telinganya.
Rafiqa meronta-ronta minta dilepaskan. Terlalu tipis harapannya untuk menyelamatkan diri. Nampaknya, malam ini, dia akan menjadi santapan lelaki ini. Air matanya menitis. Mahkota kegadisnya bakal diragut oleh lelaki durjana ini.
"Iqa, janganlah macam ni. It won’t hurt you. Duduk diam-diam, sayang."
"Lepaslah. Tak gunalah, kau ni," jerit Rafiqa dengan kasar sekali.
Lelaki itu tidak mengendahkan rayuan Rafiqa. Tudung gadis itu direntapnya. Baju gadis itu juga ditariknya, menampakkan hampir sebahagian besar tubuh Rafiqa.
"I beg you, lepaskan I. I akan terima you." Kali ini Rafiqa merayu pula, berharap agar Hazrik akan melepaskannya.
"Dah terlambat sayang. I won’t let you go," desah nafas lelaki itu kedengaran tidak teratur.
"Lepaskan I, Hazrik, I tak suka you buat I macam ni."
Kemarahan Hazrik memuncak apabila gadis itu masih lagi meronta-ronta. Pipi Rafiqa ditamparnya berulang kali. "I have told you to sit properly," ujar Hazrik kasar.
Rontaan Rafiqa semakin lemah. Tamparan berkali-kali di pipinya membuatkan dia terkulai. Senyuman penuh makna terhias di bibir Hazrik sebelum dia menutup mata. Dia pasrah dengan apa yang bakal berlaku selepas itu.
*****
Fikri hairan melihat kereta yang berhenti di bahu jalan itu. Rosak ke kereta tu? Tapi, kenapa tiada yang keluar untuk meminta pertolongan? Dia memerhatikan lagi kereta itu. Macam ada yang tidak kena. Pantas dia menghentikan keretanya di belakang kereta itu.
"Bukan boleh percaya budak-budak sekarang ni. Entah-entah buat kerja tak senonoh kat tempat gelap macam ni."
Dengan perlahan, dia berjalan menuju ke arah kereta itu. Kereta ni bergegar. Sahlah, ada orang buat maksiat dalam kereta kat tempat gelap macam ni. Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang? Di dalam kereta pun, sempat lagi bermadu asmara.
Fikri mengetuk tingkap kereta itu beberapa kali. Malunya melihat adegan yang kurang sopan ini. Tetapi, sebagai seorang umat Islam, dia harus mencegah perbuatan maksiat seperti ini. Mencegah maksiat adalah salah satu tanggungjawabnya sebagai umat Islam. Islam sudah menggariskan bahawa seorang umat Islam wajib mencegah maksiat dengan tiga peringkat.
Lelaki itu serta merta behenti bertindak. Terkejut melihat seseorang di luar keretanya. Dia segera keluar dari keretanya. Fikri sempat lagi mengerling ke arah gadis itu. Hampir sebahagian besar tubuh gadis itu terdedah. Terdapat kesan koyakan akibat direntap. Maksudnya, gadis ini dipaksa? Gadis ini dirogol oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab ini?
"Kau ni kenapa? Tak nampak ke aku tengah berseronok tu?" marah lelaki itu.
Fikri mengalihkan pandangannya pada pemuda di hadapannya. "Siapa tu? Isteri ke?"
"Yang kau sibuk ni, kenapa?"
"Saya pelik sebenarnya. Kalau isteri, takkan buat tepi jalan kot," bersahaja Fikri mengenakan lelaki itu.
Muka lelaki itu merah padam. "Tak guna!" Lelaki itu terus menyerang Fikri. Tetapi, Fikri sudah bersiap sedia. Setiap serangan lelaki itu ditepisnya dengan mudah. Malah, dia turut menghadiahkan beberapa tumbukan buat lelaki berhati binatang itu.
Selama beberapa ketika mereka bergelut. Ternyata lelaki itu tidak mudah mengalah. Serangan bertubi-tubi daripada Fikri akhirnya membuatkan lelaki itu rebah.
Fikri menarik nafas lega. Puas hatinya dapat mengajar lelaki itu. "Kalau aku tahu kau buat benda tak senonoh ni lagi, matilah kau aku kerjakan," Fikri memberi amaran sebelum berlalu ke arah gadis yang masih berada di dalam kereta milik lelaki tadi.
"Cik tak apa-apa ke?" soal Fikri lembut. Gadis itu sudah tidak sedarkan diri. Mata Fikri terpaku pada sebahagian badan gadis itu yang terdedah. Lelaki tadi tu dah tak ada sifat perikemanusiaan lagi ke? Golongan perempuan sepatutnya dilindungi bukannya dijadikan tempat pemuas nafsu.
Tanpa membuang masa, Fikri mengangkat gadis itu ke dalam keretanya untuk dibawa ke hospital. Risau hatinya apabila melihat gadis itu.
*****
"Macam mana dengan keadaan dia, doktor?" tanya Fikri.
"Quite bad. Dia terkejut tapi alhamdulillah, dia tak sempat diapa-apakan. Mungkin juga dia akan mengalami trauma."
"Syukurlah, macam tu."
"Saya terpaksa tahan dia di wad sehingga keadaan dia betul-betul stabil."
Fikri mengangguk.
"Encik tahu macam mana nak hubungi keluarga dia?" tanya Dr. Asrul.
"Saya tak kenal dia. Nantilah, saya cari dalam beg dia. Esok, saya datang lagi," ujar Fikri.
Dr. Asrul mengangguk.
*****
Seperti yang dijanjikan, awal pagi itu, Fikri datang melawat gadis yang diselamatkannya semalam. Dia terus menuju ke wad yang dihuni gadis itu. Pintu wad ditolaknya perlahan. Gadis itu sudah sedar.
"Assalamualaikum," ucap Fikri ceria sambil menghadiahkan senyuman buat gadis itu.
"Waalaikumsalam," jawab Rafiqa perlahan.
Fikri menghulurkan sejambak bunga, beg kertas yang berisi pakaian serta beg tangan gadis itu. Dia terus duduk di sisi katil gadis itu.
"Terima kasih," ucap Rafiqa sambil menyambut huluran lelaki itu. Sejambak bunga carnation. Mama pernah memberitahunya bahawa bunga carnation mampu mengelakkan perasaan sedih yang menimpa diri. Betullah tu agaknya. Sebab itu, lelaki ini menghadiahkannya bunga carnation, untuk menghilangkan rasa sedihnya di atas peristiwa yang menimpa semalam.
"Macam mana keadaan awak hari ni?" ramah Fikri bertanya.
"Okey. Terima kasih sebab selamatkan saya malam tadi. Kalau awak tak ada, tak tahulah apa nasib saya."
Fikri tersenyum. "Tak ada apalah. Awak kan dalam kesusahan, dah menjadi tanggungjawab saya untuk menolong awak."
Rafiqa turut tersenyum. Mujurlah, ada insan yang sudi untuk menyelamatkannya. Semasa dia sedar awal pagi tadi, Dr. Asrul telah memaklumkan segalanya. Tentang lelaki yang telah menyelamatkannya ini dan keadaan dirinya. Syukurlah, dia tidak sempat diapa-apakan oleh Hazrik.
"Awak nak saya tolong maklumkan pada keluarga awak tentang keadaan awak ni?" tanya Fikri apabila teringat kata-kata Dr. Asrul semalam.
"Tak payahlah. Nanti, saya beritahu mereka sendiri," pantas Rafiqa menjawab.
Fikri mengangkat bahu.
"Lagipun saya boleh balik petang nanti. Dr. Asrul beritahu saya."
"Saya hantar awak balik," pelawa Fikri.
"Tak payahlah. Saya boleh balik sendiri."
"Tak apa. Bukannya susahkan saya pun," Fikri masih tidak mahu mengalah. Dia tidak mahu kejadian semalam berulang kembali.
Rafiqa serba-salah. Dia tidak betah untuk bersama dengan kaum Adam lagi. Pengalaman semalam masih tidak dapat dilupakannya. Tetapi, sukar untuk dia menolak pelawaan pemuda yang telah menyelamatkannya ini.
"Awak tinggal kat mana?"
"Kat KL. Saya pelajar UTM."
"Bolehlah saya hantar awak. Petang ni saya nak pergi Skudai," Fikri masih lagi mencuba.
"Awak tak faham bahasa ke? Saya boleh balik sendiri. Awak tak payah hantar saya," marah Rafiqa.
Fikri terdiam. "Tak apalah kalau macam tu. Awak berehatlah dulu." Fikri terus bangun untuk meninggalkan gadis itu sendirian. Agaknya, dia tertekan dengan peristiwa semalam. Fikri membuat andaian sendiri.
'Quite bad. Dia terkejut tapi alhamdulillah, dia tak sempat diapa-apakan. Mungkin juga dia akan mengalami trauma.'
Kata-kata Dr. Asrul menerjah. Mungkin gadis itu mengalami trauma. Peristiwa semalam tentunya meniggalkan kesan yang amat mendalam buat gadis itu. Dia tidak seharusnya memaksa gadi itu.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
nice story!!
cpat smbgankan cite ni..