Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Petang balik dari kuliah sengaja langkah ku ku atur menuju ke perpustakaan KUSTEM. Hendak mencari beberapa buku rujukan. Malas aku nak beli buku. Dari aku beli buku baik aku beli makanan. Memang begitulah pemikiran aku. Mana tak tembam di buatnya. Dari jauh aku lihat di luar perpustakaan di bawah pokok mataku menangkap sesusuk tubuh yang amat ku kenal. Nurliza? Tetapi nampaknya dia ttidak keseorangan. Itu yang aku muskil kan. Dengan siapa pula dia berbual. Kalau ikutkan dari gaya belakang macam pelajar lelaki.
"Shilaaa. mehlah sini"Teriak Nurliza sambil melambai ke arahku pabila melihat kelibatku. Aku sekadar menguntum senyuman. ‘Ko Tak panggil pun aku mesti datang punya" Bisik ku dalam hati
"Hisyam...Ni lah house mate aku merangkap kawan baik Fazlina. Shilaa"Terbeliak biji mataku mendengar seloroh Nurliza. Sengaja budak ini nak perli aku. Bukan dia tak tahu petapa antinya aku dengan Fazlina. Dalam rasa hati yang geram bibirku tetap menghadiahkan senyuman pada Hisham. . Mak aih!Luluh hatiku pabila Hisham membalas senyumanku.Perh!Baru hari ini aku tahu petapa hensemnya mamat sorang ini. Memang hensome giler mamat ini bila dia tersenyum. Padanlah ramai orang tergilakan dia. lesung pipit dia yang buat orang tidak tahan. Hendak bandingkan dengan Shahrul memang tidak boleh di buat perbandingan. Dua-dua ada kelebihan masing-masing. Bezanya Hisyam tampak lagi manis dengan lesung pipitnya. Ala-ala pelakon korea cerita MY girl. Shahrul pula nampak macho dengan kening dia yang lebat. Ala-ala pahlawan melayu...
"Ooo ni lah Hisyam. Memang hensemlah kau ni. Patutlah ramai junior sebut nama kau." Pelajar jurusan sains kejuteraan itu tersenyum lagi mendengar pujianku. Mesti dia kata aku muka tak tahu malu. Mana taknya dengan selamba badak aku duduk di sebelah dia. Memang aku jenis yang selamba. Padanlah Shahrul selalu kata aku tak ada ciri-ciri ketimuran.
"Hai Donat.....Kat sini rupanya kau. Abang Shahrul tunggu kat dalam tu!Sempat pula kau menggatal ye. Pantang nampak mamat hensem. Semua kau nak kebas."Ya Allah Bengangnya aku mendengar ayat Boroi.Malu betul aku depan Hisyam. Si boroi ni apahal. Bila masa aku ada date dengan Shahrul. Aku sepak juga anak orang ini. Getus ku sendirian. Hendak tak hendak aku mula angkat punggung.
"Tepilah!"Ku menepuk bahu Boroi dengan fail di tanganku. Tanpa menunggu masa aku menuju ke dalam perpustakaan. Rasa nak cekik je Boroi tu. Mataku melilau mencari kelibat Shahrul.
"Aik tadi kata tunggu aku. Sekarang dah keluar pula."Pelik aku melihat kelibat Shahrul yang baru sahaja keluar dari bilik perbincangan. Terus aku mendapatkan Shahrul di sudut rak beg di simpan.
"Wei pakcik!! Kau cari aku ke tadi?" Shahrul menggeleng kepalamenjawab soalanku. Itupun tanpa menoleh ke arahku. Semacam je dia ini. Tak pernah dia buat hal gini pun. Tiba-tiba telefonku bergetar. Sememangnya sudahku silent.
"Kenapa Ja?Apa?Hisyam nak belanja makan. Sekarang? Nanti kejap lagi aku keluar."Sebaik sahaja aku mematikan talian baruku perasan ada satu sms ku terima. Cepat-cepat aku membacanya. Laaa…Patutlah mamat ini monyok. Awal-awal lagi dia dah sms nak jumpa.
"Err…Shahrul aaku…Eh!Mana pula mamat ini?"Belum sempat aku berkata apa-apa aku lihat Shahrul sudah jauh membawa motor. Ternganga aku di buatnya. Marah ke mamat ini? *********************** Seharian hari ini aku duduk di rumah. Hujan di luar buat aku termenung sendirian menghadap televisyen. Dari tadi fikiran aku melayang mengingatkang sikap Shahrul yang berubah tiba-tiba. Macam cuaca juga. Siapa sangka panas terik tengahari tadi bertukar hujan lebat. Huh! Mengeluh aku sendirian di buatnya. Kalau aku tahu boring baik aku ikut Nurliza pergi makan tadi. Macam mana nak makan hilang selera aku di buatnya tengok Fazlina pun turut serta. Dah awek dia mestilah dia ada....Mataku melilau sekeliling. Sepinya rumah ini tanpa mulut murai Nurliza. Yusnita memang terkenal dengan sikap pendiamnya. Minah Sarawak yang berkulit hitam manis ini memang jarang melekat dekat rumah. 24 jam bersama dengan buah hatinya. Sudah dua tahun kami serumah. Pada mulanya hanya aku, Yusnita dan Nurliza menyewa rumah ini. Tiba-tiba pulak minah gedik itu join kami. Hendak aku membantah kena ikut suara majoriti. Terpaksalah aku mengalah. Yang penting bukan sebilik dengan aku.
Tin!Tin...."Segera aku bangkit mengintai di sebalik langsir. Yusnita baru balik agaknya. Silap!Nurliza rupanya.
"Mana kawan baik kau?" Tanyaku sebaik sahaja pintuku buka. Pelik gak. Tadi kan pergi bersama.
"Eleh...Kawan baik dia kata aku pulak...Apasal kau rindu kat dia ke?..Hehe...Dia ada tutorial....."Mataku mengikut gerak tubuh Nurliza yang berlalu ke dalam bilik. Lantas ku merebahkan diri di atas sofa.
"Eh!kau nak tahu. Faz dah cerai talak 3 dengan Hisyam tau." Laung Nurliza dari dalam bilik.
"Kau ni..Mulut teruk betul. Bila masa pulak diaorang kahwin. Tiba-tiba nak bercerai pulak?Lagipun tadi aku tengok elok je dia. "Soalku pelik. Tidak semena-mena peha aku di tampar kuat.
"Kau ni bengap betul. Cerai itu putuslah!Diaorang dah tak couple lagi. Ni Ha semua barang yang Faz minta aku pulangkan pada Hisyam. Tapi si Hisyam tak mahu. Dia kata buat apa dia simpan pun barang-barang ini...."Mataku melirik pada kotak kecil di tangan Nurliza.
"Dah tu budak tu berangan nak tackle Shahrul. Buah hati kau!" Terbeliak biji mata aku mendengar seloroh Nurliza. Rasa tidak puas hati buat aku mengubah kedudukanku duduk menghadap Nurliza.
"Bila masa pulak shahrul jadi buah hati aku. Kau ni mulut dah ada insuran belum. Meh aku koyakkan sikit."Aku mencubit pipi Nurliza. Terkekek dia ketawa. Rasa semacam pula hatiku tetiba mendengar cerita Nurliza. Betulke minah tu nak tackle Shahrul?
"Ha!takutlah tu. Tengok muka dah pucat. Habislah kau. Shahrul kena kebas dengan minah perasan tu. Memang sepadanlah diaorang. Seorang mamat perasan. Seorang lagi minah perasan. Kau pulak minah menonggeng..."Nurliza berlari terkedek meninggalkan aku. Sedapnya mulut dia mengenakan aku sahaja. Tetapi mungkinkah aku cemburu. Buat apa aku nak cemburu. Selama ini pun memang aku dah sedar aku takkan layak dengan dia. Bukan aku tidak pernah memikirkannya. Dari awal lagi aku perasaan aku rasa semacam bila dia duduk sebelah aku.Kalau di ikutkan memanglah tidak padan dengan aku yang berpipi bulat ini. Di bandingkan dengan Fazlina yang cun melecun tu..Jadi terpaksalah aku buang jauh-jauh perasaan yang mula bertapak di hati. Aku sedar aku hanya mampu bermimpi sahaja. Nampaknya harapan Shahrul selama ini jadi kenyataan. Aku juga yang frust menonggeng. Mataku merenung Skrin telefon. Kenapa Shahrul ye tadi. Takkan pasal sms ini dia marah. Tanganku ligat menekan punat-punat di telefon.
Soory, pasal tadi. Assignment Bussiness management nanti aku siapkan. Sms yang ku hantar tidak berbalas. Dahlah esok tiada kuliah. Jumaat pun cuti. Dua hari lagi baru aku jumpa dia. Harap-harap mood dia dah Ok time tu ************************************* Sakitnya hatiku mengenang perilaku Shahrul waktu kuliah marine management tadi. Boleh dia buat tidak tahu bila bertembung dengan aku. Lepas itu sengaja duduk depan aku sebelah Fazlina pula tu. Mesra je dia dengan Fazlina. Eloklah cinta dah berputik....Pujuk hatiku sendiri.
"Hey Donat, monyok je kenapa?"Dengan selamba Boroi duduk di sebelah aku. Memang suka ambil kesempatan mamat ini. Mentang-mentanglah aku seorang. Biasanya dalam kelas tutorial aku akan duduk bersama Yusnita. Tetapi Yusnita tidak masuk kelas hari ini. Sakit perut katanya.
"Kau ni apahal? Banyak-banyak tempat duduk apasal duduk sini. Tak malu ke?"Mata kami bertembung. Boroi menyengih.
"Sukahati akulah. Lagipun kalau duduk sebelah kau bagus. Rasa kenyang je tengok pipi kau yang macam donat tu." Malas aku melayan karenah boroi. Dahlah aku resah memikirkan hal dengan Shahrul. Yang mamat ini pula tidak habis-habis nak menyakatku.
"Kau boleh tolong tak? Kepala otak aku ni rasa nak meletup je bila tengok muka kau. Jangan kacau aku boleh tak? Dah lah aku cukup bengang ini...Pergilah!"Aku mengeluarkan nota dalam beg.
"Kenapa?Gaduh dengan abang Shahrul ye...Itulah siapa suruh kau menggatal dengan buaya kampus itu...Tengok kan sekarang dia dah merajuk." Tercengang aku mendengar kata Boroi. Merajuk?Takkanlah pasal aku duduk sebelah Hisyam dia marah. Apasal pulak dia nak marah? Ish!Takkanlah dia cemburu. Mustahil.
"Kau pun satu. Abang Shahrul itu kan memang kuat cemburu. Yang kau pergi berkepit dengan Hisyam itu kenapa?Kan sekarang dah melepas." Pening aku memikirkan kata Boroi. Betulke apa yang mamat itu merepek.
"Mat, Ini kau punya kunci motor. Aku letak motor kat depan itu." Tiba-tiba sahaja muncul Shahrul dari arah belakang. Cepat-cepat ku alihkan pandanganku. Menyampah aku melihatnya. Sesuka hati nak macam ini. Sekejap elok sekejap marah. Takkanlah pasal sms itupun dia boleh ambil hati. Sakit hati di buatnya memikirkan hal Shahrul. Berubah tiba-tiba. Tengoklah pergi pun tanpa berkata apa-apa pun dekat aku. Berlagak betul mamat itu...Tengoklah sejauh mana dia nak berlagak. Dia lupa dengan assignment dia dengan siapa...Aku menggertap bibir.
**************************************************** Hujan lebat di luar buat aku ponteng kelas hari ini. Rasa malas pulak. Lagipun manalah ada mood nak belajar kalau Shahrul asyik masam dengan aku seminggu ini. Telefon pun tak pernah di layan. Mana tak aku bengang. Nasib baik hari ini banyak kuliah di batalkan. Mungkin para pensyarah sibuk dengan raptai majlis Kovensyen yang bakal di adakan. Dari pagi jugalah aku duduk di perpustakaan. Nak melepak sorang-sorang pun bukan boleh buat apa.Nurliza ada discussion dengan group dia. Sekurang-kurangnya kat sini boleh cuci mata. Dari jauh ku lihat sekujur tubuh yang amat ku kenali menuju ke arahku. Apalagi pura-pura tak nampaklah...Aku pura-pura kusyuk menulis sesuatu.
"Hai shila...... Liza mana?" Sapa Hisyam. Aku mengangkat bahu tidak tahu. Langsung tidak kutatap wajahnya. Control ayu beb!
"Sorang je ke?"Aku masih berpura-pura dingin dengannya. Aku mengangguk.
"Boleh saya duduk dengan awak?"Mesranya dia ini. Baru sekali jumpa pun tak sombong. Tak macam Shahrul. Kalau orang tidak kenal mesti kata Shahrul sombong dan berlagak. Nak senyum pun susah. Kekadang cakap dengan dia pun macam cakap dengan tunggul. Orangnya macam tidak berperasaan. Cakaplah apa pun dekat dia reaksinya tetap sama. Marah ke, buat lawak pun sama saja. Tapi sesekali kalau datang angin lawaknya memang tak usik orang satu hari tak sah.
"Boleh saya duduk sini?" Tanpa ku sedar Hisyam mengulang katanya lagi.
"Eh! Mana boleh. Kan banyak tempat lain lagi yang kosong...."Ku renung mata sepet di hadapanku. Bibir Hisyam mengorek senyuman. Tangannya di angkat tanda memahami. Mula mengalah.
"Wei acah je......Duduklah. ...Kita kan sama-sama ada bayar yuran perpustakaan."
"Takpelah...Saya duduk di sana sahaja." Hisyam seolah merajuk. Padan muka aku melepas aku nak beramah mesra.
"Eh janganlah gitu...Saya main-main je lah.....Sorry"Ku buat muka seposen. Wajah yang sugul tadi kembali ceria. Hisyam ketawa kecil.
"Tahu takut..." Di labuhkan duduknya di hadapanku. Rasa berdebar juga hatiku melihat lesung pipit Hisyam ini. Boleh buat aku angau dia ini. Dia ini buat aku perasan je. Banyak-banyak pelajar perempuan dalam perpustakaan ini aku jugak yang di pilihnya. Tak ke aku bertuah.
"Ada nampak Fazlina?"Muncung ku mendengar nama minah ini. Minah yang suka ribut tak tentu pasal. Aku menggeleng kepala.
"Tak tahu ke atau tak nak ambik tahu?"Tanpa ku sedar aku menggaru kepala yang tidak gatal. Banyak tanya betul mamat nilah...
"Kenapa? Kepala itu banyak kutu ke?"Soal Hisyam.
"Kutu taklah banyak. Uban banyaklah."
"Loyar buruk gak awak ini ye........."
"Mana ada buruk....Cun Apa muka saya ni."Aku menggerakkan mata hitamku menjadi seolah juling. Dan mulutku tersengih"Gelihati melihat telatahku buat Hisyam tertawa.
"Wei!Macammana kau buat kerja ha?"Terkatup mulutku aku dan Hisyam seketika. Tiba-tiba sahaja Shahrul menerpa lalu menghempas Fail kerja subject pengurusan perniagaan. Nak tersembul mataku melihat nombor kosong tentera di atas kertas kerja itu.
"Kalau ye pun nak menipu jangan libatkan aku sekali. Kalau kau tak boleh buat jangan buat!..Kau tahu tak apa yang kau buat ni namanya kerja Bodohh.kerja yang sia-sia! Kau tahu tak perbuatan kau ini sememangnya keji!" Suasana tegang membuat semua mata menerpa ke arah kami. Apatah lagi di dalam perpustakaan. Sekilas pandang ku lihat Boroi di belakang Shahrul. Tangan Boroi menarik-narik lengan Shahrul.
"Encik Fazli nak jumpa kita nanti. Kau jawab sendiri dengan En.Fazli. Aku nak kau bersihkan nama aku.Faham!"Di tumbuk meja itu dengan kuat. Tersentap jantungku di buatnya. Tanpa menghiraukan orang lain Shahrul terus beredar. Tidak sanggupku melihat sekeliling. Pastinya semua mata memandangku. Ku cuba menahan getar di hati. Mataku yang mula berkaca memandang Hisyam. Ku tahu Hisyam turut tergamam melihat sikap Shahrul. Kenapa mengherdikku sebegini rupa. Aku tidak bersalah dalam hal ini. Aku merenung fail di hadapanku. Bermacam persoalan timbul di benakku. Mengapa boleh kertas kerja aku boleh mendapat markah kosong. Pasti ada sesuatu. Dengan senyuman yang kelat aku meminta diri. Aku rasa aku patut mengetahui sebabnya pada En. Fazli sekarang juga.
"Kalau tak kisah saya tolong hantarkan."Seolah-olah memahami gelodak di hatiku. Aku tersenyum pahit. Baiknya Hisyam ku rasa waktu ini. Biarpun persahabatan ini terjalin sebentar Cuma.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan