Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Elina terjongket-jengket masuk ke dalam bilik muzik. Dia masuk dengan sesenyap mungkin agar kelima-lima manusia itu tidak akan menyedari kehadirannya. Saat matanya berhenti di bilik latihan, serta-merta langkahnya juga terhenti. Nampaknya mereka semua belum sampai lagi. Baguslah.
"Malunya!" Elina memegang kedua belah pipinya. Terbayang kembali kejadian memalukan semalam bagaikan baru berlaku tadi. "Er, dari mana…kau belajar menari macam tu?" tanya Ken sambil mengetap bibirnya seperti sedang menahan ketawa. Daniel sudah menunduk badannya sambil menekan-nekan perutnya. Ryosuke memalingkan wajahnya. Bahunya terinjut-injut menahan ketawa. Wu pulak, terbatuk-batuk untuk menyembunyikan tawanya. Lee seorang sahaja yang kelihatan biasa. Yang lain bagaikan sedang menahan ketawa bersungguh-sungguh.
Elina menggigit bibir. Malunya! Kenapa dia tidak sedar mereka semua sedang memerhatikannya saat dia melakukan aksi gila-gilanya tadi? Aggh! Elina menyisir rambutnya dengan tangan menutupi wajahnya. Mungkin sekarang dia kelihatan seperti hantu dalam filem seram tetapi dia tidak peduli. Apa yang dia peduli sekarang, dia mahu menyorokkan mukanya. Pipinya juga sudah pasti berubah warna sekarang. Malunya!
"Waa!" Elina berjalan ke meja makan dan merangkak ke bawah meja makan. Tangannya mencapai kain langsir dan menutupi mukanya. Jadi sekarang mukanya sudah dilindungi dengan dua lapisan. Rambut dan kain langsir!
"Yang kau menyorok bawah meja ni, kenapa?" Daniel menarik tangan Elina keluar dari meja makan. Elina terduduk selepas ditarik keluar. Dia memandang wajah Daniel yang lain. Wajahnya kelihatan kemerah-merahan. Pasti disebabkan mereka menahan ketawa.
"Kalau nak ketawa, ketawalah!" ujar Elina. Daniel dan Ken perpandangan seketika. Serentak itu ketawa mereka semua pecah. Bergegar rasanya telinga Elina mendengar ketawa mereka. Daniel, Ken dan Ryosuke sudah terduduk sambil menekan-nekan perut. Hanya Wu dan Lee yang kekal berdiri tapi Wu memalingkan badannya mengadap dinding. Sebelah tangannya memegang dinding manakala sebelah lagi menekan perutnya. Lee pulak, kekal dengan wajah selambanya sambil bersandar ke dinding. Memerhatikan kawan-kawannya dengan renungan dingin. Wajah Elina kembali memerah. Dia merangkak semula ke bawah meja. Kain langsir ditarik menutupi wajahnya yang ditundukkan. Dia betul-betul malu.
"Sudahlah. Maaf ya sebab kami ketawakan awak," Wu mencangkung mengadap Elina sambil menarik tangan Elina keluar dari situ. Hendak tak hendak, Elina terpaksa keluar. Wajahnya menunduk sambil rambutnya menutupi wajahnya. Dia masih malu. Wu mengangkat wajah Elina dengan tangan sambil meyelak rambut Elina ke telinga. Terserlah pipi Elina yang kemerah-merahan apabila dia selesai berbuat begitu. Wu tersenyum.
"Merah betul pipi kau," komen Ken. Elina memandang Daniel yang masih teruduk sambil menekan perutnya. Pipinya menjadi semakin merah. Ryosuke yang menyedari perkara itu segera menyepak Daniel menyebabkan jejaka itu segera berdiri.
"Maaf la tapi kelakar betul cara kau pukul drum dan petik guitar tadi. Kau nyanyi sambil melompat pun kelakar jugak!" kata Daniel sambil tersengeh. Elina menunduk wajah. Segera Ken menyiku Daniel kuat. Serta-merta Daniel diam.
"Maaf sebab perkara tadi. Saya guna alat muzik awak tanpa kebenaran. Lagipun saya sepahkan bilik tadi," pinta Elina perlahan. Wu tersenyum.
"Tak apa. Jarang kami dapat tengok persembahan live orang lain. Hari ini kira bertuahla," jawab Wu. Elina menutup muka dengan kedua belah tangan.
"Malunya!" Wu ketawa kecil sambil menarik tangan Elina daripada terus menutup wajahnya.
"Bagus juga awak main piano tadi? Awak belajar dari mana?" tanya Wu. Elina mengerutkan kening.
"Saya main hentam je tadi. Bagus ke?" tanya Elina kembali. Daniel tersengeh.
"Bukan waktu kau nyanyi lagu So What. Waktu itu hampir pecah gegendang telinga kami tau! Teruk betul cara kau main," komen Daniel. Elina hanya tersenyum malu.
"Oh, ayah saya yang ajarkan saya main waktu saya kecil," ujar Elina. Mereka semua mengangguk.
"Saya tak tahu yang awak pandai nyanyi. Kenapa tak beritahu kami?" tanya Ryosuke. Elina hanya tersenyum.
"Suara saya biasa sahaja jika hendak dibandingkan dengan awak semua. Memalukan saja awak dengar saya nyanyi tadi!" Elina menampar perlahan kedua belah pipinya. Membuatkan pipinya menjadi jauh lebih merah dari tadi.
"Lee, apa pendapat kau?" Ryosuke bertanya pada Lee yang masih bersandar ke dinding sambil memeluk tubuh. Lee yang waktu itu dengan memandang ke tingkap memalingkan wajahnya ke arah Elina. Mata dinginnya bertembung dengan mata Elina.
***************************************
Bum!! Elina tersentak. Dia segera meraut mukanya. Lamunannya tadi terlalu jauh. Dia teringat reaksi Lee semalam. Pelik, selalunya dia akan mengutuknya tetapi dia hanya mendiamkan diri semalam. Hm, betul-betul pelik. Wu ada mengajak dia mengikut mereka makan diluar kerana keadaan bilik muzik yang bersepah tidak memungkinkan mereka makan di situ. Lagipun dia tiada mood untuk membeli makanan . Apatah lagi mengikut mereka makan. Tentu terpaksa menahan rasa apabila dia diperhatikan seluruh pengunjung restoran nanti. Ish, tak sanggup! Akhirnya dia menolak sahaja.
Elina berjalan ke arah bunyi bising tadi. Rupanya bungkusan hadiah yang disusun tinggi sudah jatuh. Elina segera menerpa ke arah bungkusan itu. Dia takut jika barangan di dalam kotak-kotak itu pecah. Selepas Elina memerhatikannya, dia tersenyum lega apabila mendapati kandungan bungkusan itu ringan. Ini bermakna, di dalamnya bukanlah barangan kaca. Sekarang, dia harus mengemaskan semula semua sepah yang dia buat sekranag. Mujur semalam Wu memberi kelonggaran kepadanya dan dia dapat pulang awal. Mungkin dia memahami keadaannya.
Elina mengeluh perlahan sambil mengangkat beberapa kotak hadiah masuk ke bilik hujung itu. Masih diingat lagi, hanya dua kali dia masuk ke bilik ini. Mungkin kerana Lee sudah memberi amaran kepadanya tetapi sekarang dia harus masuk untuk menyimpan hadiah-hadiah ini. Takkan Lee hendak memarahinya. Dia sedang menolong jejaka itu. Lagipun tidak elok hadiah-hadiah ini bertaburan di lantai.
Saat Elina masuk ke bilik itu, keadaan masih sama. Penuh dengan hadiah dan kad sperti biasa cuma berhabuk! Elina mengeluh perlahan sebelum mula menyusun hadiah-hadiah di tangannya di ruang kosong di dalam bilik itu. Saat dia menyusun kad dan surat yang diterima Lee di almari di dalam bilik itu, matanya menangkap sebuah kotak hitam di atas almari. Pergerakan Elina terhenti seketika.
"Tak boleh!" Elina mengingatkan dirinya sendiri apabila tangannya mula bergerak untuk mencapai kotak itu. Dia masih ingat lagi, kotak itu kelihatan begitu penting kepada Lee. Sewaktu dia ingin mengambil kotak itu dulu, Lee kelihatan amat marah padanya. Lebih baik dia tidak mencari masalah dengan Lee lagi.
Elina keluar dari bilik dan mengambil beberapa kotak hadiah lagi. Dia keluar masuk ke bilik itu untuk memunggah semua hadiah dan kad yang diterima Lee. Kerjanya hampir siap apabila peluh sudah membasahi dahinya. Elina berasa rimas. Dia mengelap dahinya dengan lengan yang dipenuhi dengan kotak hadiah. Akibatnya, kotak hadiah di bahagian atas terjatuh ke lantai. Elina segera bereaksi spontan dengan berundur ke belakang agar hadiah itu tidak mengenai kakinya. Namun malang, dia melanggar almari di belakang. Sakit belakang badannya apatah lagi kepalanya dihempap dengan kotak yang terjatuh akibat perlanggaran itu.
"Ouch!" Elina terduduk sambil menggosok kepala dan pinggangnya yang perit. Matanya tiba-tiba membulat melihat kotak hitam milik Lee sudah terbuka penutupnya di atas lantai. Mendedahkan sebuah buku bewarna biru di dalamnya. Elina memandang buku itu lama sebelum tangannya bergerak perlahan-lahan ke arahnya…
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sambung la lg