Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Mata Julia terus melekat pada wajah Nurul Huda dengan perasaan yang sedikit terbuku. Gadis itu Nampak leka melayan perasaannya sendiri. Jemarinya dibiarkan terus bermain-main di bibir gelas minumannya. Jelas Nurul Huda hanyut di dalam dunianya sendiri. Membangkitkan rasa geram di hati Julia. Nampaknya pertemuan yang dia harapkan ceria dan riuh dengan pelbagai cerita, menjadi satu pertemuan yang sunyi dan sepi. Tidak ubah seperti dua insan yang saling tidak mengenali terpaksa berkongsi meja yang sama. "Huda…kau ada plan lain ke ?", Nurul Huda sedikit tersantap. Segera dia mengangkat muka. Bersua dengan wajah Julia yang sedikit muram. Segera sekuntum senyum terukir di bibirnya. Menanggapi renungan Julia yang kelihatan sedikit tegang. "Sorry…?",dia bersuara sambil tersengih. Dia gagal menangkap soalan Julia. Salah dia, kerana terlalu leka melayan perasaan yang berkecamuk. Julia mengeluh perlahan sambil bersandar ke kerusi. Terus merenung Nurul Huda geram. "Aku tanya…kau ada plan lain ke hari ni ?", Julia mengulangi soalannya. Melihat wajah Nurul Huda yang terpinga-pinga, dia yakin Nurul Huda langsung tidak menumpukan perhatian padanya. "Plan ? Plan apa?", Nurul Huda membalas soalan Julia, juga dengan satu soalan. Hairan sebenarnya mendengar soalan itu. Julia tersenyum sumbing. Terasa agak kaku untuk dia terus berkomunikasi dengan Nurul Huda. Nurul Huda sudah banyak berubah. Lebih banyak membisu. Dan lebih banyak melamun. Pertemuan ini terasa sedikit hambar. "Am I bothering you, Huda ?", Julia bertanya perlahan. Dia perlukan penjelasan. Mungkin Nurul Huda tidak gembira dengan pertemuan ini. Mungkin Nurul Huda tidak mahu berjumpa dengannya. Mungkin Nurul Huda tidak mahu meneruskan hubungan persahabatan ini. Terlalu jelas di matanya, Nurul Huda kelihatan langsung tidak gembira. Tidak seperti dia yang terlalu teruja untuk terus berjumpa dan berkongsi cerita dengan teman lamanya itu. "Kenapa kau cakap macam tu ?", Nurul huda bersuara pantas. Dapat dia rasakan, Julia sudah berkecil hati. Itulah Julia. Terus kekal dengan sifat sensitifnya yang tidak pernah hilang. Jemari Julia digenggam erat. "Kenapa kau tanya macam tu?", sekali lagi Nurul Huda mengajukan soalan yang sama. Julia megeluh perlahan. "Yalah. Kau macam tak happy je jumpa aku.Termenung sana. Melamun sini. Aku yang jadi boring tengok kau macam ni," Nurul Huda tergelak kecil. Itu punca soalan Julia rupa-rupanya. "I’m so sorry. Aku tak bermaksud nak buat kau jadi boring. Aku pun tak tahu kenapa aku selalu leka melayan perasaan sendiri. Tak di sengajakan. Ok! Jangan salah faham tau. Aku ulang sekali lagi. Tak disengajakan", Julia tersenyum. Hatinya kembali berbunga melihat tawa Nurul Huda. Sudah ceria seperti dahulu. Itulah yang dia harapkan dari Nurul Huda. "Kau ada masalah ya?", dia bertanya lagi setelah tawa Nurul huda sedikit reda. Nurul Huda tersenyum kecil sambil menolak rambutnya ke belakang. Soalan Julia…tiada jawapan. "Jangan nak mula lagi. Jawab soalan aku." Nurul Huda tergelak lagi. Amaran Julia kedengaran lucu di telinganya. "Honestly…I don’t know. Aku tak pasti sama ada aku ni ada masalah atau tidak. Kalau pun ada..aku tak pasti apa masalah aku." Julia menongkat dagu. "Pelik bunyinya. Daripada jawapan itu, aku cukup pasti, kau memang tengah bermasalah.", Nurul Huda cuma menggelengkan kepala bersama sekuntum senyum nipis. Matanya meliar dilayangkan ke persekitaran restoran. Menikmati aturan hidup manusia di sekelilingnya. Aturan hidup yang begitu variasi. "Oh ya! Your interview. How is it?",Julia bertanya lagi. Tidak mahu memberi ruang untuk Nurul Huda melamun lagi. Nurul Huda diam seketika. Mengingatkan temuduganya itu, membuat nafasnya menjadi pendek. Bukan temuduga yang meresahkan sebenarnya. Tapi, pertemuan pertama dengan majikannya yang membuat dia resah. "Temuduga aku? Lebih baik jangan cakap," Julia kerutkan kening. "Kenapa? Tak dapat ke?," "Alhamdulillah, dapat. Dah seminggu pun aku mula kerja," "Okaylah tu. Dah tu, apa yang buat kau tak mahu cakap pasal kerja kau ni?," Nurul Huda mengeluh perlahan. Memandang wajah Julia. "Bos aku," Julia tersengih. "Hai… takkan baru seminggu kerja dah kena goda dengan bos kot?," "Lebih dari itu kot…," "Maksud kau?"Julia bertanya dengan nada sedikit hairan. "Firhan," Julia termangu seketika. Nama Firhan seperti terlalu biasa padanya. Ligat kepalanya cuba membentuk manusia yang bernama Firhan itu. Kemudian senyumnya melebar. "Jangan beritahu Firhan yang kau sebut ni, Firhan tu…," Nurul Huda mengangguk bersama wajah yang langsung tidak ceria. Julia tergelak. "Firhan tu, majikan kau?,"soalnya bagai tidak percaya. Dan, gelaknya disambung lagi. "Janganlah gelak," Mendengar kata-kata Nurul Huda hanya membuat gelak Julia semakin riuh. "Takdir betul. Dalam banyak-banyak manusia dalam Malysia ni, kau terpaksa berkongsi tempat kerja dengan buaya tembaga tu?," "Bad luck," "Maybe good luck…," Nurul Huda mencebik. Apa yang bertuahnya apabila saban hari dia terpaksa berdepan dengan Firhan. Berdepan dengan seribu macam kerenah lelaki itu. "Aku dengar sampai sekarang dia still single. Tak kahwin-kahwin lagi," "Entah. Aku tak tahu. Bukan hal aku pun," Julia tergelak. Melihat wajah Nurul Huda yang kelat melahirkan satu déjà vu padanya. Wajah kelat itu pernah dia lihat bertahun-tahun dulu. Sebabnya juga sama. Firhan. Satu-satunya lelaki yang berjaya menghapuskan senyum di bibir Nurul Huda. Berhadapan dengan Nurul Huda saat ini, terasa seperti berhadapan dengan Nurul Huda di zaman belajarnya. Dan, dia suka akan situasi ini. "Firhan tu sekarang dah kosong semula. Aku dapat tahu dia dah break up dengan girl baru dia," "Apa kena mengena dengan aku? Bukan urusan aku pun, dia bercinta dengan siapa. Dia break up dengan siapa," "Memanglah ada kena- mengena dengan kau. Dia break up sebab kau," "Apa pula?," "Dia suka kat kau," "Mengarutlah," "Betul. Dah banyak kali dia risik pasal kau kat aku. Dia betul-betul sukakan kau," "Aku tak suka dialah," "Kenapa?," "Sebab…sebab dia tu playboy," "Kalau dia berubah?," "Kucing tak pernah lupa pada ikan. Aku tak percayalah dia boleh berubah. Lagipun, aku tak suka dialah," Julia tersenyum. "Hey!," Sapaan Nurul Huda membuat Julia tersentak. "Kenapa ni? Tiba-tiba senyum sorang-sorang?," Julia tersenyum lagi. Rupa-rupanya dia sempat menyeret kenangan ke mindanya. "Aku teringatkan kau dan Firhan. Dan cinta tidak berbalas seorang playboy terhebat. Firhan yang malang," "Cukuplah cerita pasal dia," "Macam mana dia sekarang? Aku pun dah lama tak jumpa dia. Aku Cuma dengar, dia kini dah ambil alih syarikat keluarganya. Tapi, serius…aku dengar sampai sekarang dia masih belum kahwin," "Apa yang pelik? Playboy…takkan nak kahwin cepat-cepat,"balas Nurul Huda selamba. "Amboi… kutuk bos sendiri Nampak," Nurul Huda tersenyum. "Macam mana reaksi dia bila tahu kau kerja dengan dia?," "Cukup untuk buat aku rasa rimas," Julia tersenyum. Nampaknya perasaan Nurul Huda pada Firhan tidak pernah berubah. "Aku hairanlah. Firhan tu, idola perempuan. Tapi, kau… sebelah mata pun kau tak nak pandang dia," "Tak nak cakap pasal dialah," "Mungkin dia masih tunggu kau kot?," "Mustahillah," "Tak ada yang mustahil. Sebab aku tahu dia betul-betul kecewa bila kau terus tolak dia dulu," "Ju..please. Cakap pasal lain," Julia mengeluh perlahan. belum paus sebenarnya bercerita tentang Firhan. "Yalah..yalah. Stop cakap pasal Firhan. So, nak cakap pasal apa?," Nurul Huda menjungkit bahu. "Cakap pasal kitalah. Kau dah ada kat sini, senang hati aku. Bolehlah kita jadi macam dulu-dulu," "Macam dulu-dulu?," "Ya. Maksud aku… sekarang kita boleh berkumpul seperti dahulu. Aku, Shahril..Kimi..Fairuz..Lia dan kau. Tak sabar rasanya aku nak berkumpul ramai-ramai", Nurul huda tersenyum sumbang melihat wajah Julia yang teruja. Satu lagi berita buruk untuknya. Bersediakah dia untuk berdepan dengan situasi sebegitu? Atau..berangkali sudah tiba masanya dia belajar menerima kenyataan? Satu hari pasti dia akan bertemu dengan Hakimi. Dia tidak boleh lari dari kenyataan itu buat selama-lamanya. Itu satu kenyataan yang tidak boleh dia sangkal. Sama ada kemunculannya disenangi Hakimi atau tidak, itu bukan persoalannya. Dia harus bersedia terima segala kemungkinan. Kalau Hakimi terus menghukumnya atas keterlanjuran mereka dulu, dia harus terima. Sebab apa yang berlaku bukan salah Hakimi. Dia yang bersalah. Dia yang lupa pada janji. Janji yang dia sendiri ikrarkan. "Sesekali, datanglah rumah aku. Kita makan malam sama-sama. Boleh ya." Nurul Huda diam seketika. Ingatannya pada Hakimi memaksa dia mengambil sedikit masa untul memproses kata-kata Julia. "Boleh ya?,"Julia bertanya lagi. "I’m not sure. Tengoklah nanti.", Nurul Huda menjawab dengan nada acuh tidak acuh. Matanya sempat menjeling melihat reaksi Julia, sambil menyembunyikan senyumnya. Julia yang menyedari dirinya sedang dipermainkan, pantas mencubit peha Nurul Huda, membuat gadis itu terjerit kuat. "Sakit lah Ju. Tengok, semua orang pandang kita tahu!", ujar Nurul Huda menahan sakit dan malu sekaligus. Pipinya terasa menebal apabila beberapa pasang mata melekat pada wajahnya. Julia tergelak kecil. "Lain kali, jangan main-main dengan Julia tau.", Nurul Huda mencebik sambil menggosok pehanya yang sakit. Julia turut menggosok peha gadis itu, apabila melihat wajah Nurul Huda yang kesakitan. "Alaa…kena cubit sikit pun tak boleh.", ngomelnya sambil menggosok tempat cubitannya. "Sikit kau kata? Mesti dah lebam ni." Julia tergelak. "Sorry lah. So…macamana dengan jemputan aku tu?. Boleh ya? Bawa anak kau sekali." Nurul Huda tersenyum. Pelawaan ini, kalau ditolak, bakal membuat senyum Julia hilang lagi. "Insya Allah. Kalau ada kelapangan. Tapi aku sorang saja lah. Bawa anak aku pun…nak buat apa. Buat kecoh kat rumah kau?" Julia mengeluh kecil. "Lantak kau lah Huda. Janji kau datang." Nurul Huda tersenyum kecil. Harap-harap apa yang dia lakukan ini betul. Matanya memandang wajah Julia. Ada sesuatu yang tersimpan di hati. Hatinya memberontak ingin mengajukan pertanyaan kepada Julia. Ingin sekali dia tahu segalanya tentang Hakimi. Namun lidahnya menjadi kelu. Soalan demi soalan cuma berlegar di benaknya sahaja. Tidak mampu untuk diluahkan. Dalam diam, dia sebenarnya rindukan Hakimi. Terlalu rindukan lelaki itu. Biarpun Hakimi bukan lagi miliknya, namun rindu ini tetap beraja di hati. Harapannya cuma satu. Janganlah rindu ini menjadi penghalang kebahagian lelaki itu. Dia tidak mahu Hakimi menderita lagi. Cukup sekali dia mengheret Hakimi ke dunia kepura-puraan. Cukup sekali dia menyiksa Hakimi dengan ikatan yang mengelirukan. Itu semua sudah berlalu. Itu semua sudah berakhir bagi Hakimi. Hakimi berhak mengecepai kebahagiaannya sendiri. Hakimi berhak tersenyum bahagia bersama cintanya. Dan dia tidak patut terus menjadi penghalang. Jadi…biarlah rindu ini cuma terpendam di sudut hati. Semoga, kemunculannya kali ini tidak membekas luka lama di hati Hakimi. "Huda…melamun lagi?," Nurul Huda tergelak halus. "Aku rindu kau orang semua,"akhirnya dia bersuara perlahan. Julia tersenyum. "Don’t worry, kita semua sudah sama-sama berada di sini. Bila-bila masa kita boleh jumpa. Dan, macam-macam kejutan kau boleh jumpa nanti," Nurul Huda Cuma mendengar. "Okaylah. Cukuplah bersembang. Nanti kita kena halau. Dah lama kita kat sini, order pun belum," Nurul Huda tergelak besar. Betul juga. "Okay..okay.. sebelum kena halau, baik kita cepat-cepat order," Julia turut tergelak sambil mencapai menu di atas meja.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan