Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Tepat jam 9.30 malam, Zafril memandu ke hospital. Ketika dia sampai di hadapan pintu wad, Alia sudah mahu pulang. "Dah nak balik ke doktor?" tanya Zafril ramah. "A'ah,"jawab Alia ringkas. "Nak saya hantar sampai ke kereta tak?" sengaja Zafril bertanya sekadar untuk mengacau Alia. "Tak payahlah En Zafril. Terima kasih banyak-banyak," balas Alia terus berlalu. "Betul ke ni doktor?" tanya Zafril kuat sambil tersengih-sengih namun Alia langsung tidak membalas.
Selang dua hari kemudian, baru Zafril dapat berjumpa lagi dengan Alia. Sebelum ini setiap kali Zafril datang melawat ibunya, Alia tidak bertugas. Keluar sahaja dari pintu lif, Zafril ternampak Alia sedang berbual dengan dua orang jururawat pelatih. "Hai, Dr Alia," tegur Zafril ceria. "Err…hai," Alia agak terkejut dengan sapaan Zafril. 'Aduss, apsal mamat ni muncul lagi depan aku?' desis Alia. "For you," Zafril mengunjukkan sejambak bunga ros yang sebenarnya mahu diberikan kepada ibunya. "No, thanks," balas Alia. Dua orang jururawat tadi sudah pergi tetapi mereka sempat juga melihat ketika Zafril menghulurkan bunga kepada Alia. 'Mamat ni ingat dekat taman bunga ke? Nak main romantik-romantik! Please lah…,' detik Alia sebal. "Tak nak sudah, biar saya bagi kat mama saya," sengaja Zafril berkata begitu untuk melihat reaksi Alia. Biasanya perempuan pantang diberikan bunga, pasti berseri-seri muka tetapi Alia tidak. "Bagilah… Orang sakit bagus dapat bunga sebab ia merupakan salah satu terapi agar pesakit lebih ceria dan cepat sembuh," balas Alia. Kemudian Alia terus berlalu meninggalkan Zafril yang macam blur-blur. 'Betullah, dia ni takde perasaan langsung. Kalau girlfriend-girlfriend aku pantang dapat bunga, mesti senyum je memanjang,' omel Zafril. 'Tapi Alia tu bukan girlfriend kau!' satu suara dari dalam diri Zafril kedengaran. 'A'ah kan, ya tak ya juga,' desis Zafril lagi. Kemudian baru Zafril perasan, Alia telah jauh meninggalkannya. Tanpa berlengah dia berlari mendapatkan Alia. Perbuatannya itu menarik perhatian beberapa orang jururawat yang bertugas. "Huii… siap kejar Dr Alia dengan bawa bunga tu!" bisik nurse pertama. "Mesti nak pujuk Dr Alia," nurse ke-2 menambah. "Ha'ah kak, tadi masa lelaki tu nak bagi bunga dekat Dr Alia, doktor tak nak. Mesti dia tengah merajuk dengan lelaki tu," nurse pelatih yang tadi bersama dengan Alia menyampuk. "Ya ke? Patutlah dia kejar Dr Alia," nurse pertama bersuara lagi. "Romantiknya lelaki macam tu. Dah lah hari tu siap hantar Dr Alia sampai depan pintu bilik dia," ujar nurse ke-2 mengimbas kembali kejadian dua hari lepas. "Seronoknya kalau saya ada boyfriend macam tu," nurse pelatih itu menyambung. "Dr Alia, tunggu sekejap," ujar Zafril tercungap-cungap setelah dapat menyaingi Alia. "Alia, nantilah sekejap. Saya ada benda nak cakap dengan awak ni," ulang Zafril lagi apabila Alia langsung tak mempedulikannya dan terus berjalan. "Ok, stop!" Zafril berkata dengan agak kuat. Dia sudah berhadapan dengan Alia sekarang ini. "En Zafril, this is a hospital. Could you please lower your voice," bicara Alia. "Okay, I'm sorry. Saya nak ucapkan terima kasih sebab merawat mak saya," tutur Zafril agak perlahan. "Sama-sama," balas Alia pendek. "And one more thing, I'm sorry coz scolded you last two days when my mom unconscious," Zafril berkata lagi. "It's okay," jawab Alia sambil menyelak-nyelak fail yang di pegangnya. "Alia, awak dengar tak apa yang saya cakap ni?" Zafril bertanya dengan geram kerana Alia seperti tidak mengendahkan kata-katanya. "Dengarlah, saya belum pekak lagi," ujar Alia. "Ok lah En Zafril, kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu," sambung Alia sebelum memasuki biliknya. 'Ceh, boleh dia tinggalkan aku macam ni,' omel Zafril dan kemudian dia terus memasuki bilik rawatan mamanya. "Assalamualaikum,mama… How are you feeling today?" tanya Zafril prihatin. "Better than yesterday," jawab Pn Noraida agak ceria. "Eh, awal abang sampai hari ni? Biasanya lunch hour baru abang sampai," sambungnya lagi. "Abang cabut dari office," jawab Zafril selamba. "Hish abang ni! Kalau papa tau, mesti abang kena marah nanti," balas mamanya. "Ala, tadi pun papa tengah busy entertain client. Dia takkan cari punyalah kalau abang hilang." "Mama, nah bunga untuk mama. Special abang belikan," Zafril menghulurkan jambangan bunga ros putih itu kepada ibunya. "Thanks, abang," ujar Pn Noraida sambil menyambut bunga yang dihulurkan. Perbualan anak beranak itu terhenti seketika apabila Dr Alia masuk. "Minta maaf puan kerana mengganggu" bicara Alia sopan. "Takpe doktor," balas Pn Noraida. "Saya datang ni sebab nak minta tandatangan persetujuan daripda puan untuk pembedahan pemindahan buah pinggang yang akan dijalankan pada hari Khamis depan," ujar Dr Alia berhati-hati. Waktu-waktu begini, dia perlu menjaga emosi pesakitnya yang berkemungkinan dalam keadaan risau menunggu untuk di bedah. "Bukan suami saya dah tandatangan ke?" tanya Pn Noraida. "Ya, memang suami puan dah tandatangan tapi itu untuk waris pesakit. Yang ini tandatangan dari pesakit sendiri. Saya ingat nak minta puan tandatangan semalam tapi keadaan puan belum memuaskan masa itu," jelas Alia. "Ohh, macam tu. Baiklah, saya akan tandatangan," Pn Noraida. Tangannya sudah mencapai pen yang diberikan Alia dan bersedia menurunkan tandatangannya. "Terima kasih puan," ujar Alia seraya mengambil kembali borang yang telah ditandatangani oleh Pn Noraida. "Doktor..," panggilan Pn Noraida membuatkan Alia berpaling semula kepadanya. "Nah," Pn Noraida menghulurkan sekuntum bunga ros putih yang di ambil dari jambangan kepada Alia. "Takpe lah puan," tolak Alia lembut. "Ambillah, ikhlas dari saya," ulas Pn Noraida. "Terima kasih, puan," dengan teragak-agak Alia mengambil. Kemudian dia terus berlalu, tetapi tidak sampai seminit Alia sudah terbersin-bersin. "Dr Alia, doktor alergik dengan bunga ke?" tanya Pn Noraida cemas. "Err..Ya puan," jawab Alia sebelum dia terbersin lagi sekali. "Saya tak tahu pula," balas Pn Noraida. Perlakuan Alia itu mengingatkannya kepada seseorang… "Abang, ambil bunga pada Dr Alia tu. Karang lagi teruk dia bersin," arah Pn Noraida kepada Zafril yang ketika itu sedang membaca surat khabar. Tanpa banyak kata, Zafril terus mengambil bunga di tangan Alia. kemudia dia sempat berbisik, "Apalah… dengan bunga pun alergik ke," sinis bicara Zafril. 'Habis tu dah memang aku alergik, nak buat macam mana!' balas Alia didalam hati sambil menjeling Zafril. "Saya minta maaf ya doktor," ujar Pn Noraida. "Takpe puan," balas Alia dan ingin berlalu keluar dari bilik itu. "Dr Alia, bila nak bincang pasal seminar tu?" pertanyaan dari Zafril membuatkan langkah Alia terhenti. "Minggu depan boleh?" tanya Alia kembali. "Boleh, tapi sebelum hari Khamis ya," ujar Zafril. "Sebelum hari Khamis? saya rasa, saya tak boleh la coz Isnin hingga Rabu saya outstation," jawab Alia. "Habis tu bila lagi? seminar tu kan hujung minggu ni. Cubalah doktor fikir sikit, masa dah suntuk. Nanti kalau semuanya tak berjalan dengan lancar, pihak doktor salahkan hotel kami pula," tutur Zafril tegas. "Abang…," tegur mamanya. Dia kurang senang mendengar bicara Zafril yang kedengaran agak lancang. "Yelah mama, abang nak tolong dia tapi dia yang melambat-lambatkan," jawab Zafril. 'Leceh la dia ni! Aku bukan sengaja nak melambat-lambatkan tapi aku ada komitmen lain!' omel Alia di dalam hati. "Baiklah En Zafril, hari Isnin kita bincang. Jam 9.00 pagi dekat coffee house Hotel Pearl," putus Alia. "Ok!" jawab Zafril. Alia terus berlalu, dalam fikirannya sibuk memikirkan bagaimana hendak memberitahu pengarah bahawa dia akan tiba agak lewat sedikit berbanding dengan pegawai-pegawai perubatan yang lain.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan