Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Setibanya Muhammad di hospital, Muhammad segera menerpa kearah kakaknya, Mariam. "Kak, Leha cam mana?" soal Muhammad, panik. Dia memandang Mariam.
"Ham, kak harap kau sabar ya dengan apa yang akak nak cakap ni," pinta Mariam.
"Baiklah, kak," Muhammad menarik nafas sedalam-dalamnya.
"Leha, dah takde. Dia meninggal masa melahirkan anak kau," Mariam memberitahu. Muhammad terduduk setelah mendengar perkhabaran dari kakaknya. Mana tidaknya, isteri yang sangat dia cintai telah pergi meninggalkan dia untuk selamanya. Tiada lagi gelak tawa Zaleha. Tiada lagi insan yang sentiasa menjaga makan dan minumnya. Tiada lagi tempat dia bermanja. Kesedihan yang dialaminya tidak dapat dibendung. Air mata lelakinya gugur akhirnya. Dia tewas. Dia menangis teresak-esak.
"Anak saya kak?" soal Muhammad, setelah dia dapat mengawal kesedihan dihatinya. Mariam membawa Muhammad ke bilik inkubator bayi. Disebabkan bayinya lahir tidak cukup bulan, mereka hanya boleh melihat bayinya dari jauh. Dari sebalik cermin itu, Mariam menunjukkan bayi Muhammad.
Bayi tersebut sangat comel. Secomel ibunya. Mukanya yang sangat suci dan bersih boleh menenangkan semua jiwa yang melihatnya. Tapi sayangnya, bayi itu bakal membesar tanpa kasih sayang ibunya.
"Akak, nak pergi daftar nama budak ni. Apa nama yang kau nak kasi kat budak tu?" tanya Mariam.
*******
DI BILIK TIDUR KEDIAMAN MUHAMMAD DAN ZALEHA Seminggu sebelum itu
"Abang, kita nak namakan anak kita ni apa ya?" soal Zaleha, sambil mengusap-usap perutnya. Tak lama lagi, dia akan bersalin. Kandungannya telah mencecah 7 bulan.
"Mmmm, abang rasa kita namakan anak kita ni Farhana Farisya," Muhammad memberikan pendapat. Dia turut membelai perut isterinya.
"Farhana Farisya? Mmmm, boleh juga tu. Sedap bunyinya. Tapi kalau kembar pulak macam mana?" Zaleha meminta kepastian. Dia memandang muka suaminya.
"Kembar? Eh, tapi hari tu Leha scan sorang je kan?" Muhammad meminta kepastian. Dia sengaja mengerutkan dahinya. Zaleha tertawa melihatkan perlakuan suaminya. Masakan suaminya tidak tahu bahawa keluarganya mempunyai genetik kembar. Malah, Zaleha sendiri mempunyai saudara kembar.
"Kalau macam tu habis la abang," sambung Muhammad. Zaleha berhenti ketawa.
“Kenapa pulak?" Kini, giliran Zaleha pula yang dahinya berkerut seribu.
"Yelah, bisness abang baru je nak naik. Tup. Tup. Nak dapat anak kembar pulak. Mati la abang,"
"Bang, anak tu kan rezeki Allah untuk kita," ujar Zaleha, serius.
"Hey, abang gurau je la. Kenapa Leha serius pulak ni?" tegur Muhammad. Dia mengusap-usap pula rambut isterinya. "Abang tak kisah pun berapa orang anak kita. Mmmm, macam ni lah, kalau tiba-tiba kita dapat anak kembar, kita namakan kakaknya Farahana Farisya dan adiknya pula Farihana Farisya, okay tak?"
"Comelnya, nama dorang," Zaleha menjerit riang.
********
HOSPITAL BESAR, KUALA LUMPUR
"Ham, kau dah fikir belum?" Mariam mengulang soalannya semula. Dia menyentuh bahu adiknya yang kelihatannya jauh mengelamun.
Muhammad tersedar dari lamunannya. "Farahana Farisya," ujarnya.
"Peliknya nama tu," Mariam mempersoalkan nama yang diberi Muhammad. "Leha suka nama tu. Katanya dia nak namakan anaknya Farahana Farisya kalau dia melahirkan kembar," Muhammad menjelaskan kepada Mariam, agar Mariam faham.
Air muka Mariam berubah, terperanjat. Cepat-cepat dia menukar riak wajahnya. "Tapi anak kau bukan kembar," Mariam, mengingatkan. Dia pelik.
"Memang bukan kembar tapi Leha kan kembar, dia berharap sangat dia beranak kembar." Jelas Muhammad, lesu.
*******
KEDIAMAN MUHAMMAD 4 tahun kemudian
"Ara, meh sini," Mariam memanggil Farahana. Farahana yang sedari tadi asyik mengejar rama-rama berhenti apabila namanya dipanggil. Dia menoleh ke arah suara itu. Dia berlari mendapatkan suara itu.
"Ara, sudahlah tu. Dah maghrib ni. Cepat masuk rumah," sambung Mariam.
"Ya, mak long. Ara datang ni," terkedek-kedek Farahana berlari menuju ke arah Mak Longnya. Mariam melihat Farahana berlari ke arahnya. Kasihan Ara, tidak sempat dia merasai kasih sayang ibunya dan kini papanya pula tidak mengendahkannya. "Mak Long, jom pergi makan, Ara lapar," rengek Farahana.
Mariam mengangkat Farahana lalu mendukungnya. "Yeye, Mak Long dukung," laung Farahana, gembira. Tanpa dia sedari sepupunya mencemburui kemesraan mereka. "Jom, Faiz," Mariam mengajak anaknya Faiz Asyraf. Faiz hanya menuruti arahan ibunya. "Ara dengan Faiz nak makan tak?" Mariam menyoal. Farahana menggeleng-geleng kepala sebagai tanda tidak mahu. Faiz hanya memerhati. "Mak Long, suapkan nak?" soal Mariam lagi. Kali ini, Farahana mengangguk. Mereka bertiga beriringan menuju ke dapur.
"Mak Long, mak mana?" Tiba-tiba, Farahana menyoal Mariam. Mariam terkedu. Dia tidak tahu bagaimana harus memberitahu Farahana hakikat sebenar. Bahawa ibunya telah meninggal dunia setelah melahirkannya.
"Mmm...mak Ara sekarang tak de....dia dah pergi ke satu tempat yang jauh sangat," Mariam cuba berkias.
"Kenapa mama tak bawa Ara sekali? Ara kan anak mama. Mana boleh mama tinggalkan Ara. Mama tak sayang Ara lagi ke?" Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Farahana.
"Bukan macam tu sayang. Mama Ara tak boleh bawa Ara sebab mama ada dua pilihan sahaja sama ada mama yang kena pergi atau Ara. Mama nak Ara tinggal sebab mama nak Ara jaga papa," jelas Mariam sambil membelai rambut Farahana.
"Tapi papa tak sayangkan Ara. Papa selalu marahkan Ara. Semua Ara buat salah," petah Farahana berkata-kata. Semenjak kematian Zaleha, Muhammad lebih suka mendiamkan diri. Dia langsung tidak mengambil berat mengenai kebajikan Farahana. Dia menganggap Farahana lah punca kematian Zaleha. Setiap kali melihat wajah si kecil itu, perasaan amarahnya membuak. Dia akan sentiasa mencari kesalahan si kecil itu.
"Ish, jangan cakap macam tu lah Ara," Mariam memotong percakapan Farahana. "Betul lah, papa tak sayang Ara. Kalau sayang mesti papa dah pergi ke majlis kecemerlangan Ara pagi tadi. Tapi papa tak pergi pun. Ara sedih sangat. Semua papa dengan mama kawan-kawan Ara datang. Tapi Ara? Mak Long je yang datang. Mak Long datang pun sebab Faiz kalau tak mesti tak datang," Farahana terus menerus menegakkan pendirian bahawa papanya sama sekali tidak menyayanginya. Mariam memandang Faiz. Faiz dari tadi asyik bermain dengan kereta mainannya.
"Dah, dah. Meh, makan. Lepas tu, pergi mandi," Mariam menukar topik perbualan. Dia segera menyuapkan Farahana dan Faiz makanan. Mereka mengangakan mulut mereka tanda ingin disuapkan makanan.
sori kalau criter tak best sangat.... thanx ya tanpa nama kalau xberapa best.... sori sebab ada sedikit perubahan here and there...sbb ada kekeliruan....tak sangka pula penulisan2u published kan...hehehe...
Pada suatu hari mohamad jatuh sakit hingga tak berupaya,ara walau pun benci dan sedih dengan sikap ayahnya dengan rela hati dia tetap menjaga ayahnya.hinggalah hati mohamad tercuit dengan sikap perihatin anaknya ara dan dia mula menyesal dengan sikapnya yang telah mengabaikan satu-satu anak yang ditinggalkan dan waris dari isterinya.lalu dia memohon maaf dari anaknya.
faiz sepupu ara yang selama ini menyimpan perasan irihati mula merasa cemburu bila ara menjadi rebutan kaum adam dan tanpa dia sedari yang selama ini hatinya mula berbunga perasaan sayang dalam diam setelah melihat ara yang membesar dengan sifat lemah lembut dan anggun sekali.
WOW!! satu kisah yang sangat mengayat hati.. sepatutnyer muhammad harus memberi kasih sayang kepada anaknyer kerana dia tahu yang anaknyer kekurangan kasih sayang seorang ibu.. tapi sebaliknyer.. kisah camni lah yang best, ade fealing2 sikit.. he3 b.t.w best.. jgn risau lah novel korang sume nyer OK..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
~skrg faiz jeles ngan ara.. nnti besaw2, mula lah cnta..
kan3?
penggunaan bahasa yg ok! jgn rosakkan bahasa yea.. syg!