Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kringgggggg!! Bunyi jam loceng yang membingitkan telinganya dimatikan. Dia mengerling jam tersebut. "Ya Allah, dah pukul 7," Farahana menjerit kecil. Dia bergegas ke bilik air dan segera mengambil wuduk. Dia tidak sanggup untuk telat dalam melaksanakan solat subuh selama tiga hari berturut-turut.
Usai solat, dia tidak pernah ketinggalan untuk berdoa. Berdoa agar terbuka pintu hati papanya untuk menerima dia seadanya. Dia sendiri tidak tahu apa salahnya hinggakan papanya begitu membencinya. Segala apa yang dia lakukan, pasti salah dimata papanya. Dia keliru, malah pening memikirkannya. Dalam kegilatan otaknya berfikir, dia terlelap.
Lagu Saranghlee dari kumpulan F.T Island yang diminati Farahana berkumandang memenuhi ruangan biliknya. Farahana tersedar dari lelapnya. Dalam keadaan mamai, Farahana mencapai telefon bimbitnya lantas menekan butang hijau untuk menjawab panggilan itu.
"Hello. Assalamualaikum," Farahana memulakan bicara.
"Waalaikumsalam. Kau kat mana ni? Kau tak ingat ke kita ada rehearsal tengahari ni untuk event malam ni?" soal Azlin meminta kepastian.
"Ya Allah, rehearsal!" Farahana terjerit kecil. Ternyata dia benar-benar lupa mengenai rehearsal itu. " Wei, nanti aku call kau balik. Aku lupa lah pasal rehearsal tu. Aku siap jap. Jumpa kat sana. Tata," ujar Farahana seraya mematikan talian. Dia segera mencapai tuala yang terletak dibirai katil dan terus menuju ke dalam bilik air.
’Oh, god.’ Bisik hati kecil Azlin. Dia sudah dapat mengagak bahawa temannya itu pasti terlupa mengenai rehearsal tengahari itu. Mujurlah, Erika mengingatkan dia supaya menelefon Farahana sejam lebih awal. ‘Thanks Rik’ bisik hati kecil Azlin. Sementara itu, di Dewan Filharmonik Petronas kelihatan para technician sedang sibuk memeriksa alat elektrik untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar pada malam ini.
********
"Where’s sis Rihan?" soal Andre sambil menarik keluar kerusi untuk diduduk. Andre mencapai teko teh lalu menuangkan air tersebut ke dalam cawan miliknya. Louis turut menghulurkan cawannya untuk diisikan oleh abangnya.
"Hey, can you pour it by yourself?" tegur Andre. Namun, biarpun dia marah dengan tindakan adiknya itu, dia tetap menuangkan air untuk adiknya, Louis.. Setelah itu, dia menarik muka masam. Louis tersengih seperti kerang busuk apabila abangnya menarik muka masam.
"Enough both of you. It’s still early in the morning and both of you, already fighting," tegur Madamme Maurice, ibu kepada Louis dan Andre. Madamme Maurice mengambil tempat disebelah Louis. Meja makan yang mempunyai enam empat duduk itu hampir penuh. Tinggal beberapa lagi tempat duduk yang masih kosong.
“Where’s Rihan?" Madamme Maurice mengajukan soalan. Soalannya dibalas dengan gelengan Louis dan Andre. "Haim, Rihan mana?" soalnya lagi setelah terlihatkan kelibat adiknya, Haim. Haim hanya menggeleng. Dia bingkas bangun untuk memanggil Rihan, satu-satunya anak perempuannya tetapi ditegah Madamme Maurice.
. "Louis, get your sister," perintah Madamme Maurice. Haim menuangkan teh ke dalam cawannya. Haim memang sangat menggemari minuman itu. Malah, Rihan turut menggemarinya juga
Bagaikan lembu yang dicucuk hidungnya, Louis segera bangun dari tempat duduknya dan pergi ke bilik Rihan. Dia menguak pintu bilik Rihan, perlahan. Telinganya menangkap butir-butir kata yang diucapkan Rihan. Dia tersenyum. Pintu bilik itu diketuknya.
*****************************
"Are you nervous?" soal Louis lalu duduk dikatil Rihan. Rihan kelihatan kelam kabut mencari baju yang sesuai untuk dipakai menghadiri temuduga.
"Can’t you look?" perli Rihan. Dia mencebik. Dia meneruskan kerjanya mencari pakaian yang sesuai. Dia berpendapat bahawa Louis sengaja ingin menyakitkan hatinya dengan bertanyakan soalan yang Louis sendiri tahu jawapannya.
"Well, I think you should wear that red blouse?" cadang Louis. Dia bingkas bangun dari katil dan mengambil baju yang dimaksudkan lalu dikenakan pada badan Rihan. "You look nice in it."
"Are you sure?" Rihan meminta kepastian. Dia tidak pasti dengan pilihan sepupunya itu kerana padanya warna merah adalah sangat terang dan garang. Louis mengangguk, bersemangat.
Pada pendapat Louis, Rihan lebih sesuai memakai pakaian warna-warna terang memandangkan warna kulit Rihan yang cerah. Warna-warna itu dapat menyerlahkan kejelitaan Rihan yang berkulit warna orang-orang Asia.
"And you know what? Chill lah. Jangan nervous sangat," ujar Louis yang fasih berbahasa Malaysia. Bukan dia sahaja, abangnya Andre dan Madamme Maurice turut fasih berbahasa Malaysia. Menurut mamanya, suatu ketika dahulu, datuk dan neneknya pernah tinggal di Malaysia dan berniaga di negara itu. Kemudian mereka berpindah semula ke bumi Perancis ini.
Louis tahu bahawa hari ini Rihan akan menghadir temuduga di les Diables Au Thym, bistro milik mamanya setelah menjalani latihan selama sebulan ini. Malah, dia sendiri pelik dengan perangai sepupunya yang berkeras mahu bekerja di bistro milik mamanya. Sedangkan cuti semesternya hampir tamat. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Rihan mencapai blaus yang dipilih oleh Louis dan segera menyalinnya. Sesudah itu, dia segera turun ke ruang makan.
"You look gorgeous," puji Madamme Maurice. Dia mencapai napkin yang tersedia diatas meja lalu mengelap mulutnya.
"Thank’s aunt. Mama, mama rasa Rihan okay tak?"Rihan meminta pendapat ibunya. Madamme Haim mengangguk tanda setuju dengan pemilihan baju itu. Louis tersenyum, bangga.
"I told you, right? Merah tandanya berani. Pasti sis Rihan akan berani jawab semua soalan mama and co nanti," ujarnya penuh kepastian. Madamme Maurice berdehem.
"Mmmm, Rihan sure nak terus bekerja di situ?" Madamme Maurice meminta kepastian. Maklmunlah, dia takut anak saudaranya itu mengabaikan pelajaran demi memenuhi cita-cita ibunya, Madamme Haim, untuk menguruskan bistro itu.
Rihan menganggukkan kepala, bersemangat. Padanya, itu sahaja yang boleh dia lakukan memandangkan satu-satunya impian Rihan telah musnah.
"Rihan, cepat breakfast," perintah Madamme Maurice."Nanti lambat. Rihan tak nak kan terlambat untuk ke kelas?" Madamme Maurice mengingatkan. Rihan menggeleng kepala tanda setuju dengan auntynya. Sepantas kilat, dia cuba menghabiskan sarapannya. Haim menuangkan teh untuk anaknya.
*********
Farahana berlari-lari anak menuruni tangga. Langkahnya terhenti apabila terdengar ada suara yang menegurnya.
"Kalau kot ya pun nak cepat Ara, sarapan lah dulu," Suara Mak Mah menerjah masuk telinga Farahana. Farahana yang bergegas turun dari biliknya dari tingkat atas itu menoleh ke arah meja makan. Dia memandang Mak Mah dengan pandangan yang tertanya-tanya.
"Mak cik ni siapa?" soalnya, pelik. Setahu dia, dia tidak pernah lihat wanita yang berusia dalam lingkungan 50-an itu dirumahnya. Dia mengetap bibirnya. Dahinya berkerut seribu.
"Ni pembantu baru kita. Mak Mah," Mariam memperkenalkan. Farahana menoleh ke arah Mak Longnya. Dia memerhatikan mak longnya, Mariam mengatur langkahnya menuruni tangga, menuju ke meja makan.
"Mana Bik Ita?" soal Farahana. Dia terlupa bahawa dia harus bergegas ke tempat kerjanya. Farahana telah mengambil keputusan untuk bekerja di syarikat bapa rakannya sepanjang cuti semesternya ini. Tanpa dipelawa dia terus duduk di kerusi yang berdekatan. Beg yang dikendongnya di letakkan di atas kerusi bersebelahan. Mak Mah tanpa disuruh menuangkan teh ke dalam cawan milik Farahana tetapi ditegah Farahana.
"Kopi. Ara tak minum teh," ujar Farahana. Farahana memang menggemari minuman itu. Baginya minuman itu dapat menyegarkan matanya yang mengantuk.
"Ara nak ke mana tadi? Nampak tergesa-gesa," soal Mariam.
"Oh, my god," ujar Farahana tiba-tiba. Dia baru teringat mengenai rehearsal yang bakal berlangsung pukul 11 nanti. Dia melihat jam ditangannya. Pukul 9. Dia menyisip air kopi yang masih bersisa di cawan. Dia segera mencapai begnya dan bergegas berlari ke luar. Mak Mah hanya mengeleng-geleng. Mariam mencebik.
******
Mak Mah melatah setelah disergah oleh Pak Mail, pemandu di rumah Datuk Muhammad. Mak Mah mengurut dadanya yang berdegup kencang akibat terperanjat dengan sergahan Pak Mail. Mujurlah pisau yang berada di tangannya itu tidak di tikamnya ke Pak Mail.
"Kau gila ke? Nasib baik pisau ni tak tercucuk kau. Kang tak pasal-pasal aku jadi pembunuh," marah Mak Mah. Dia meneruskan kerjanya untuk menyiapkan makanan tengahari.
"Kau buat apa tu Mah?" soal Pak Mail. Jarak umur antara Pak Mail dan Mak Mah yang tidak terlalu jauh menyebabkan mereka selesa ber’aku’ dan ’kau’.
"Aku tengah menari ni. Kau tak nampak ke?" ujar Mak Mah. Dia malas melayan Pak Mail. Pak Mail baru sahaja pulang dari menghantar Datuk Muhammad ke lapangan terbang untuk menghadiri ke persidangan di Paris .
"Aik, jangan lah macam tu. Takkan gurau sikit pun tak boleh," sakat Pak Mail. "Aku nak bagi tahu kau ni. Kalau tengahari, kau tak perlu masak banyak sangat sebab Datuk dengan Ara selalu tak balik makan tengahari. Selalunya si Singa tu pun makan kat luar," ujar Pak Mail. Pak Mail merujuk Mariam sebagai singa memandangkan wanita itu sangat bengis dan sangat suka mencari mangsa.
"Dia tu masih macam dulu ke? Suka marah orang?"soal Mak Mah. Dulu, Mak Mah pernah bekerja dengan keluarga itu tetapi akhirnya dia berhenti kerana dia tidak tahan lagi dengan sikap bengis Mariam yang dianggap melampau.
"Makin teruk ada lah. Tapi yang aku pelik, dia tu baik pula dengan si Ara tu. Jentik budak tu pun dia tak pernah," Pak Mail menceritakan perihal Mariam.
"Sekali pun, tak pernah?" Mak Mah meminta kepastian. Pak Mail mengangguk. "Apa agaknya tujuan dia buat macam tu?" Mak Mah bermonolog. Suaranya yang sengaja di perlahankan tetap dapat di dengari Pak Mail.
"Entahlah. Semoga si Ara tu dilindungi Allah," doa Pak Mail. "Amin."
"Ni semua salah aku. Kalau aku tak tamak dulu. Kalau aku tak pentingkan diri. Pasti semua ni takkan terjadi," Mak Mah melahirkan kekesalan. Dia merasa menyesal dengan masa silamnya.
"Sudah lah tu. Yang lepas jangan dikenang. Yang penting sekarang ni," pujuk Pak Mail.
x faham laa....cita ni tntang apa hah ? pening kpala sya baca..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
tk best cite ni...
tk phm ape dia ckp...
berbelit-belit...
pening kepala bace...
lps ni tk nk bace dh la...