Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Assalammualaikum," Alia memberi salam. Kedengaran suara tua menyahut salamnya. Alia masuk ke rumah tersebut dengan bacaan Bismillah. "Sunyinya. Atok, Cikgu Hamidah mana?" Soalnya lembut setelah berjabat tangan dengan atoknya. "Kat dapur tu," Datuk Zamri menunding jari ke dapur. "Kenapa panggil cikgu lagi, panggil mama. Baru mesra," Usik Datuk Zamri. "Belum biasa Tok," Alia tersipu malu dan meninggalkan orang tua itu. "Wah!!!! Banyaknya lauk," Alia menghampiri ibu mertuanya yang sedang mencuci ayam yang telah di potong. "Malam ni, Alia makan kat sini je. Banyak lauk ni," Pn.Hamidah mempelawa. ‘Kalau aku makan kat sini, nanti mereka marahkan aku. Tapi, tadi aku dah ajak mereka datang, tapi mereka menolak, ahhh. Biarlah, siapa suruh tak mahu temankan aku tadi,’ Alia segera membantu Pn.Hamidah memasak. Mereka seperti ibu dan anak saling membantu dan sekali sekala bergelak ketawa bercerita apasaja. "Seronok juga bila memasak bersama-sama. Biasanya, Alia buat sorang je kat rumah. Nenek kadangkala je tolong Alia kat dapur. Itu pun dia hanya bagi tau cara dan petua saja." Alia bercerita tanpa dipinta. "Yelah. Mama pun macam kamu jugak. Selalu buat kerja sorang-sorang kat dapur ni." Pn.Hamidah sengaja membahasakan dirinya mama di depan Alia. Dia mahu Alia sentiasa ingat akan statusnya kini. Alia tunduk memandang lantai bila teringat yang dia kini sedang bersama keluarga mertuanya. "Janganlah bersedih. Mungkin ada hikmah yang kita tidak tahu, dan Allah telah aturkan untuk kita. Lagipun, kahwin muda ni, ada baiknya, bagi mengelakkan gejala buruk. Mama lega kerana Alia yang jadi menantu mama. Sebab mama kenal Alia sejak berpindah ke sini dan mama sukakan ALia." Pn.Hamidah menenangkan perasaan Alia. Walauapapun yang terjadi dia tetap menerima Alia malah amat senang sekali Alia menjadi menantunya. "Tapi saya takut kalau rakan yang lain tahu, tentu mereka menjauhkan diri dari saya. Mereka akan kata yang saya ni jahat. Buat maksiat dengan cikgu sendiri pulak tu," Alia mengesat airmatanya. "Kenapa Alia cakap macam tu? Kami tahu Alia dan Syah tak buat apa-apa, itu sudah cukup. Jangan terlalu tertekan, kamu akan menduduki SPM hujung tahun ni. Mama tak mahu kamu gagal hanya kerana dugaan seperti ini." Pn.Hamidah menasihati Alia sambil mengusap rambut Alia. "Ni kenapa tak ikat rambut?" Pn.Hamidah bertanya. Alia tersengih. "Eh!! Lupa pulak nak ikat. Tapi, Alia tak bawa ikat rambut." Alia tersengih menampakkan barisan giginya yang putih itu. Pn.Hamidah geleng kepala. "Dah 5.30 petang. Tolong kamu kejutkan, Syah tu. Dah petang macam ni dia tidur pulak. Hai…" Pn.Hamidah mengeluh mengenangkan perangai anaknya yang suka tidur pada waktu petang. "Hahhh!! Kejutkan Cikgu Syah?" Soal Alia cemas. "Kenapa?" Soal Pn.Hamidah hairan. "Err.. Takde apa-apa. Mana bilik dia?" Soal Alia gugup. Pn.Hamidah tersenyum. Tahu yang Alia gelabah. "Tu. Bilik yang tertutup rapat tu." Alia berjalan perlahan menghampiri pintu bilik Syah. Pintu di ketuk, namun tiada suara yang menyahut. Alia garu kepala. ‘Macamana ni. Nak masuk atau tak?’ Otaknya masih berfikir tetapi, tangannya sudah menolak pintu bilik tersebut. ‘Alamak!!!! Dah masuk pulak. Macamana ni?’ Syah sedang berbaring menelentang di katil diperhati lama. Perlahan Alia melangkah kaki menghampiri katil Syah dan berkira-kira hendak mengejutkan Syah. Ketika Alia tunduk hendak menyentuh lengan Syah, lelaki tersebut menarik tangan Alia hingga menyebabkan Alia terbaring sama di atas katil tersebut. Syah tergelak halus melihat wajah pucat Alia. Alia kaku bila diperlakukan sedemikian oleh Syah. "Kenapa?" Soal Syah lembut sambil tangannya membelai wajah lembut itu. Alia berusaha menolak tubuh Syah yang berat itu. "Ehhh. Tepilah. Sakit tahu tak," Alia berusaha lagi namun tetap tidak berjaya. "Lepaslah. Cikgu, saya menjerit nanti," Ugutnya. Namun Syah hanya tersenyum. "Jeritlah. Biar semua orang tahu yang kita ni sudah berkahwin. Biar si Salman tu malu sendiri sebab mengorat isteri guru dia," Syah berkata selamba. Alia menggigit bibirnya tanda geram dengan perbuatan Syah. "Jangan buat muka macam tu, tergoda saya dibuatnya," Syah sengaja mengusik Alia. Alia menjeling tajam wajah Syah yang jelas tersenyum bahagia. "Tak sangka, saya kahwin dengan budak sekolah yang garang. Bertumbuk dengan budak lelaki pulak tu. Kelak, bila kita ada anak, kita ceritakan kisah lucu Alia tu pada mereka," Syah memasang angan-angan. Alia mencebik. "Berangan. Siapa nak jadi isteri awak? Ehhh. Lepaslah, Cikgu Hamidah dah tunggu saya kat luar tu," Alia masih meronta cuba melepaskan diri dari lelaki yang selalu menganggu hidupnya. ‘Kenapa dengan dia ni? Kalau kat luar selalu buat aku marah, selalu nak kenakan aku. Cakap pun garang. Sekarang boleh jadi romantic dan bercakap lembut je dengan aku. Apa perasaan dia pada aku sebenarnya?’ Alia keliru. "Apa pulak berangan. Dah kenyataan awak ni isteri saya. Alia yang harus sedar, bahawa kini awak sudah bersuami." Syah mencubit hidung Alia. Sedang asyik dia memikirkan perasaan Syah padanya, dia tidak sedar Syah telah mengucup dahinya dengan lembut sekali. Akibat terkejut, Alia menolak tubuh Syah sekuat hati dan berdiri jauh dari Syah. Alia menggosok dahinya yang telah di cium oleh Syah sebentar tadi dengan tangannya. Syah tersenyum lucu dan berlalu ke pintu bilik. "Lain kali tak perlulah pukul orang, sekalipun awak tak suka dia, cakap elok-elok. Kasihan Salman tu. Kena pukul," Syah tergelak mengenangkan pipi Salman lebam sebelah terkena tumbukan Alia. "Siapa suruh dia gatal sangat, orang nak belajar dia asyik mengganggu je. Cikgu pun, kalau cikgu buat apa-apa kat saya, saya tak takut nak pukul cikgu tau," Alia membela diri. Syah tergelak kemudian bersuara lembut. "Sebelum terlupa. Nah. Ini untuk perbelanjaan Alia. Sekarang Alia sudah menjadi tanggungjawab saya. Kalau ada apa-apa yang Alia perlukan, jangan malu dan segan nak bagi tahu. Saya dah cakap kat abah dan abang-abang Alia, semua perbelanjaan Alia saya yang akan tanggung," Alia masih mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang patut diucap tetapi dia tetap menyambut duit yang di hulur oleh Syah. "Selebihnya, saya akan masukkan ke akaun Alia," Alia angguk kepala dan dengan berat hati dia mengucapkan terima kasih. Syah tersenyum lebar. "Errrrrr…Cikgu, masa kat bilik pengetua tadi, Cikgu Hamidah cakap, cikgu marah kat saya? Kenapa cikgu marah?" Alia baru teringat perkara yang mengganggu fikirannya semenjak dari balik sekolah tadi. "Marah? Bila masa saya marah? Nak marah pasal apa pulak. Mama bohong tu." Syah menyangkal lalu bergerak ke pintu. Dia memang marah semenjak gosip Alia dan Salman sedang bercinta tersebar di seluruh sekolah. Dia merasa lega bila mengetahui Salman hanya bertepuk sebelah tangan. "Mari keluar. Nanti mama ingat saya buat apa-apa kat Alia. Satu minggu saya kena ceramah nanti." Alia muncung mulutnya bila soalannya tidak dijawab. "Tunggu sekejap. Ni apasal rambut tak diikat?" Syah bertanya dengan wajah tegang. Alia tersengih tiada alasan yang baik untuk diberi. "Errr. Datang sini tadi rambut masih basah, getah ikat rambut pulak lupa kat asrama. Errrr…. Cikgu sendiri tu, jambang kat muka dah semakin tebal, bila lagi nak dicukur. Geli saya tengok," Alia buat muka jijik. Syah menyentuh dagunya. "Hensem apa," Katanya selamba sebelum menolak pintu bilik. Malas mahu melayan kata-kata Alia. Alia mencebik sambil mengekori langkah Syah. ‘Hensem? Dah macam monyet aku tengok.’ Alia tergelak dalam hati. "Monyet yang hensem tau. Dan juga suami awak. Ingat tu," Syah berkata selamba. Alia tutup mulut dan berasa hairan, Syah seperti tahu apa yang sedang bermain difikirannya. "Perasan," Alia segera ke dapur membantu Pn.Hamidah menyediakan makan malam mereka. "Syah dah bagi duit pada kamu tadi?" Soal Pn.Hamidah lembut sambil menyusun tapak di atas meja. Alia angguk kepala sambil tersenyum. "Mama mahu ikatan kamu berdua kekal hingga ke akhir hayat. Jaga anak mama dengan baik ye," Pn.Hamidah mengusap rambut Alia. "Tapi, Alia masih budak lagi. Alia ni nakal, degil dan suka cari pasal dengan dia. Semua orang tahu yang kami tak sebulu," Alia tunduk bermain kain tepi meja makan. "Tak mengapa, Syah tu pun masih budak jugak. Sama-samalah kamu berdua mengatasinya." Pn.Hamidah berkata tenang. Alia angguk kepala dengan lemah. Sebelum balik ke asrama, Alia sempat mengambil MP3 Syah yang terletak kat atas katil lelaki tersebut. "Cikgu, saya pinjam ni ye?" Alia buat muka simpati. "Ehhhh. Jangan mimpi. Asyik nak dengar lagu je. Sini," Syah merampas kembali MP3nya dari tangan Alia. "Huhhh. Kedekut," Ucapnya spontan. Alia terpandang telefon bimbit Syah yang terletak di atas meja ruang tamu, sementara menunggu Pn.Hamidah mengemas bekal untuk rakan-rakan di asrama, Alia membelek telefon bimbit Syah. Alia tersentak bila melihat gambar muka depan telefon bimbit tersebut adalah gambarnya. "Gambar saya," Alia berkata perlahan. Syah yang tersedar sesuatu segera merampas telefon dari tangan Alia. "Gambar saya," Alia seperti orang kena pukau. "Kenapa Cikgu ada simpan gambar saya?" Soalnya pelik. Syah berlagak selamba dan terus menyimpan telefon bimbitnya ke dalam saku seluarnya. "Cikgu," Alia masih menarik baju Syah serta menghentak kakinya meminta penjelasan. "Eiiii. Budak ni. Dah, balik lagi. Nanti risau pulak kawan-kawan awak kat asrama tu," Syah menolak tubuh Alia ke pintu rumah. Datuk Zamri dan Pn.Hamidah tersenyum melihat gelagat Alia dan Syah. "Tak aci macam ni. Cikgu ambil gambar saya tanpa kebenaran," Alia membentak sambil kakinya melangkah meninggalkan rumah tersebut. Seketika kemudian, dia berpaling, merenung tajam Syah yang tersenyum. *******************************
mna smbungannya??? xsbar nk bca.. best.. truskan usaha anda whai pnulis..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best citer ni...teruskan lagi ye...all the best to you..