BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

• Jika itu takdirNya

• Takdir milik Allah

• Disini mawar disana penawar

• Bidadari cinta

• Awekku gengster nyerr

• Black vs white

• Aku dan dia

• Memang berbaloi

• Best friend not boy friend, Nyah

• Beda tipis

• Aku tidak bernyawa lagi

• Roommate yg romantik II

• Loves comes around

• Hati

• Cinta remaja

• Kasih anak

• Selamat tinggal luqman

• Kerana dia ayahku

• Terima kasih cinta

• Aku kan ader

• Nilai sebuah persahabatan

• Hanya kau

• Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

• Kerana umar adha

• Biarkan cinta itu pergi

• 1 Disember

• Diari seorang lelaki

• Sebuah memori

• Suci nur kasih

• Badai cinta pertama

• Ceritera aku dan dia

• Ku bawa memori itu

• Darul Taqwa & dato Dr Johar

• Kau boleh blah!!

• My miss nanny

• Seandainya ku tahu

• Diari hati firdaus

• Mimpi yang pasti

• Sampai syurga

• Memang ku cinta

• Unsaid?

• Cinta lagi?

• Cinta bukan jaminan

• Cinta hakiki

• Aku, dia dan pantai

• Bisikan hati

• Selamanya Sarah

• Peeya dan payus lagilah

• Hikmah perpisahan II

• Dia

• Cinta dalam diam

• Kata terakhir darimu is love u

• Aku bukan siapa-siapa

• Aril & Akim

• Kalau ku turutkan kata hati

• Minah skuter

• Jadilah seperti aku

• Privite investigator putput

• Gadis kebaya putih

• Isteriku

• Adam II

• Misteri tengah malam

• Dollah loves joyah

• Biarku sentuh cintamu

• Lifetimes lover

• Saat itu

• Hanya dirimu

• Kasih famili

• Mulanya disini

• Ikatan kasih

• Dan akhirnya

• Kembalilah sayang

• Pelangi anganku musnah

• Cinta dalam hati

• Pergi tak kembali

• Adakah dia milikku

• Pungguk dan bulan

• Cinta terlarang

• Cintaku di RNR tapah

• Lisa

• Kasih aini hidayah

• Kantoi, jodoh atau kebetulan

• Adakah cinta bukan milikku

• Kuning vs ungu

• Pelangi cinta

• Adam

• Biarlah rahsia

• Achmad firdaus

• Jalan berliku

• Rintihan kekasih

• Namaku Aishah

• Zani pencuri rambutan

• Nur hawa balqis

• Itu sudah takdirnya

• You are my boss

• Cinta

• Antara 2 cinta

• Tragedi zam & chom

• Benang merah di-fa

• Terima kasih sayang

• Jiwa-jiwa luka

• Taqdir cinta kita

• Cintaku selamannya

• 1 hari aku jatuh cinta

• Biarku sentuh cintamu

• Aku dan kimi = cinta atau tidak?

• Cincin untuk Aisyah

• Kenapa begini jadinya

• Cinta, i need you

• Lakaran cinta abadi

• Cioccolato Caldo

• Tragedi lombong lama

• Yang sebenarnya

• Ketuk pintu hati

• Dia masih sayang

• Teman

• Cinta untukmu

• Adil fitri

• Kau, aku & mereka gila

• Hikmah perkahwinan

• Mengenangmu

• Mungkin Nanti

• Mencintainya

• Cinta si pengesek biola

• Maafkan aku luftan hafiy

• Kasih

• Hanya itu yang ku mahu

• Bermulanya diari cintaku

• Menantu untuk mama

• Sumpah itu hantu

• Diari lukisan

• Cinta gila

• Romantik

• Cintaku, dia dia kamu

• Kau atau dia

• Indahnya cinta maya

• Seseorang itu

• Nur alia natasya

• Mamat disperate

• Mencari jannah

• Cukup sekadar disini

• Sebuah memori

• Keras dan lembut

• Katak oh katak

• Hacks 1437

• Dialah suamiku

• Selamat tinggal kawan terbaik

• Pandangan matanya

• Kerana mobil

• Dia tunanganku

• Maria dan azri

• Aku terperasan je

• Blind date

• Roda hidup

• Kasihku seputih salju

• Wanginya bunga kantan

• Mahligai rindu

• Aku, dulu, kini dan selamannya

• Prinsip cinta aina

• Ikan emas, jom kawen

• Man in black vs Dona karen penang

• Cubit peha kiri

• Bantal busuk

• Hujan

• Maafkan daku

• Tombol pintu hidayah III

• Gara-gara G

• Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

• Kenangan Terindah - Hezzy Azra

• Serasi di hati - Nora Ismail

• Nama aku N - Aina Emir

• Bunga Syurga - Anita Aruszi

• Episod cinta luka - Fateen Najwa

• Sandaran kasih - Aini Marisha

• Fitrah kasih - Ilani Mysara

• Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

• Ternyata cinta - Damya Hanna

• Selagi ada dia - Aisya Sofea

• Kembalikan cintaku - Norhayati NB

• Warna hati - Meen Zulaikha

• Seribu kali sayang - Anis Ayuni

• Menanti kasih - Norzailina nordin

• Cahaya - Nura zulaikha

• Dakapan cinta - Eny Ryhanna

• Hanya kita berdua - Aina emir

• Ku Utus Rindu - Intan Arnida

• Usikan rindu - Qaira Qasidah

• Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Julai 29, 2009
Cerpen : Tombol Pintu Hidayah
Nama Pena : abg aloha

Sinar Islam memang telah lama menyinggah dalam hidup Albert sejak di bangku sekolah lagi. Sikap dan ajaran yang disampaikan dalam Islam membuat dia semakin yakin dengan niatnya. Walapun belum memeluk agama Islam, tetapi dengan adanya sokongan daripada rakan-rakan membuatkan Albert berani menyuarakan hasratnya untuk memeluk agama Islam.

Tidak mudah baginya untuk memeluk agama Islam walaupun cahaya Ilahi telah hadir dalam hidupnya tetapi keluarganya masih lagi tidak membernarkan Albert memeluk agama Islam, kononnya melanggar ajaran nenek moyang. Berdasarkan ajaran agama sebelum ini membuatkan Albert semakin serba salah dan terhimpit. Dirinya semakin terpukul apabila ada kata-kata cacian terluah dari mulut saudaranya sendiri.

"Kalau kau tetap berdegil nak peluk agama itu, kau jangan kembali ke rumah ini lagi. Hubungan kau dengan keluarga ini putus." Deras suara itu memukul keping kecil telinga Albert.

Albert terus terdiam dan dia terus masuk ke dalam bilik dan mematikan diri. Air matanya mula mengalir. Ibu yang mengandungkannya selama ini tidak menerima keadaannya lagi. Hatinya kian bergeloran dan terpukul. Jiwanya mula luluh dan runtun kuat kesakitan. Dalam pada pedih itu, tiba-tiba pintu bilik yang tidak dikunci dibuka.

"Albert, kenapa menangis ni? Biarlah dengan kata-kata mak kau. Papa yakin apa kau buat." Jason masuk melangkah ke dalam bilik.

"Papa tak marahkan Albert ke?" Albert terus merasa tenang dengan kata-kata papanya.
"Albert, tugas papa adalah mendidik kamu dan memberikan kau pelajaran. Sekarang kau dah dewasa dan pandai fikir sendiri. Papa tahu kau berminat dengan Islam dan tentu dengan sebab dan musabab yang munasabah. Perlukah papa halang jika apa yang kau buat adalah difikirkan tepat?" Terang Jason dan duduk di atas katil bersebelahan dengan Albert. Albert hanya mampu tersenyum dan mengesat air matanya.

"Terima kasih papa. Albert yakin dengan apa yang Albert buat. Papa tolong pujuk mama ek?" Albert terus mendakap papanya, hingus yang ditahan mengalir dilecupnya. Habis basah baju papanya. Albert masih lagi mengharapkan restu daripada mamanya. Bagi Albert restu daripada mama dan papanya adalah segalanya. Dia tidak kisah jika ahli keluarga yang lain menentangnya, asal saja mama dan papanya sangup menerima keadaan dia seadanya.

Ternyata Mary terdengar perbualan suami dan anaknya dari luar. Hatinya masih lagi keras dan masih lagi terpukul dengan niat anaknya itu. Dia mesti mematikan niat anaknya sebelum nenek moyangnya berang dan murka. Mary terus masuk ke dalam bilik. Jiwa dan perasaannya dibekukan.

Pada malam harinya, sewaktu semua orang sedang tidur. Mary mula dibuai mimpi yang membuatkannya terkejut. Dia melihat satu bayangan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Mimpinya seolah-olah benar dan tangisannya mula kedengaran. Dironta-ronta badannya kemudian dilihat sesuatu kejadian yang kejam berlaku di hadapan matanya.

"Jangan, jangan siksa aku. Jangan pukul aku, tolong aku nak ke jalanMu. Tolong aku, panas, panas...!" Jeritan itu berulang kali diujarkan oleh Mary. Badannya digerakkan seolah-olah seperti cacing kepanasan.

Jason yang tersedar dari lenanya bangun dan cuba menyedarkan Mary yang dalam keadaan matanya masih lagi tertutup. Kata-kata itu diulang beberapa kali, sehingga membuatkan seluruh isi rumah terjaga dari lena termasuk Albert. Mereka memadang pelik ke arah Mary dan cuba membangunkan Mary tetapi tidak berdaya. Mary meronta-ronta sehingga bantal dan cadar tercampak ke bawah.

"Ma, kenapa ni? Sedar ma, bangun ma!" Ujar keras Anita, kakak sulung Albert. Di sisinya, ada suaminya, Harry dan adiknya Micheal. Albert hanya memadang keadaan ibunya dari luar pintu. Tiba-tiba dia teringat botol air yang diberikan oleh Imam di masjid.

"Albert, kamu ambil air ini. Jangan kamu minum tetapi renjis dan sapulah di muka jika kamu menghadapi masalah yang aneh." Bicara Imam Ghani.

"Ini air apa tok imam? Kenapa Tok imam beri pada saya? Saya ni non-muslim." Balas Albert.

"Ini air Yassin. Albert, dalam Islam manusia tidak didiskriminasi dan perlu saling tolong-menolong meskipun kita berbeza agama. Saya yakin, suatu hari nanti mungkin kamu memerlukannya, jadi simpanlah dengan baik!" Jelas Imam Ghani.

Albert terus berlari menuju ke kamarnya kembali dan mencapai sebotol air Yassin yang diberikan oleh Imam Ghani. Dan kemudian dia kembali semula ke kamar mamanya. Penutup botol dibuka, belum sempat dia membuka dan merenjiskan air Yassin itu ke muka mamanya, tiba-tiba dihalang oleh adik-beradik yang lain.

"Wei, kau nak buat apa ni?" Lantang suara Anita.
"Nak ubatkan mama!" Jawab Albert ringkas.
"Tak payah kau nak tipu aku. Kau ingat aku tak tahu, entah-entah air tu kau dah jampi dan nanti mama akan ikut cakap kau. Aku dah tahu la tipu muslihat kau!" Anita mula berdebat dengan Albert.
"Nita, kenapa tuduh Albert macam tu?" Tiba-tiba Jason bersuara dan cuba meleraikan pertengkaran anak-anaknya. Keadaan Mary masih lagi membentak-bentakkan badannya. Kata-kata yang sama masih lagi kedengaran malah semakin deras bunyinya. Mary bagaikan orang disampuk. Mata dan wajahnya kemerahan.
"Tapi papa..." Kata-kata Anita dibantutkan oleh Jason.
"Tak ada tapi-tapi. Papa dah tak sanggup tengok mama kamu macam ni. Albert, cepat buat apa yang kamu nak buat!" Pinta Jason dengan keras.

Tanpa membuang masa, Albert terus menuangkan sedikit air di tapak tangan yang ditangkupnya lalu disapukan ke muka Mary. Lebihan air yang masih lagi membasahi tangannya direnjis ke seluruh tubuh Mary. Setelah disapu dan direnjis, Mary kemudiannya menjerit kuat lalu pengsan.

* * *

"Mama dah sedar? Mama macam mana? Sudah ok sikit ke?" Jason yang setia menemani Mary di sisi tersedar apabila tangan Mary digerakkan.

"Mama ok. Kenapa dengan mama?" Tanya Mary kehairanan.
"Mama semalam menjerit-jerit macam orang gila sampai takut papa dibuatnya. Lepas tu Albert sapu muka mama dengan air. Katanya air tu air bacaan Yassin Imam Ghani. Papa rasa malam tadi mama kerasuk agaknya!" Terang Jason.
"Oh ya. Baru mama teringat. Mama bermimpi, tapi mimpi mama aneh. Mama takut sangat sampai mama berlari-lari ke suatu tempat. Tapi entahlah papa, mama tak tahu nak cerita macam mana." Balas Mary.

"Mama, mungkin mama sudah dapat bayangan hidayah. Ini mungkin petanda untuk kita, apa kata kita jumpa dengan Imam Ghani dan cuba tanyakan kepada dia!" Tiba-tiba suara Albert mencelah di hadapan muka pintu.

"Mengarut. Mama tak percaya semua tu!" Mary masih lagi dengan hatinya yang beku.
"Mama, bukannya Albert suruh mama masuk Islam pun. Dia suruh kita jumpa dengan Imam Ghani dan minta pendapat dia tentang mimpi mama tu!" Jelas Jason. Matanya memandang tepat ke arah isterinya yang masih lagi berdegil. Kata-kata Jason itu membuatkan Mary berfikir lama.
"Mama, papa rasa tak salah kita mencuba!" Sambung Jason.

Kata-kata itu sekali lagi membuatkan Mary berfikir panjang. Dipandang wajah Jason yang menunggu jawapan dari mulutnya. Albert pula berdiam diri dan terpacak berdiri di hadapan mama dan papanya. Wajahnya yang tenang membuatkan Mary akhirnya menerima cadangan Jason untuk bertemu dengan Imam Ghani.

Walaupun hatinya masih lagi berkeras dan tidak mempercayai niat anaknya, namun dia ikut juga dengan kata-kata suaminya. Dia terpaksa mengikut suaminya untuk mengetahui rahsia di sebalik mimpinya. Itulah mimpi yang benar-benar membuatkan Mary tidak lena dari segala perbuatannya. Setiap masa dia memikirkan maksud mimpinya.

"Tok Imam, Tok Imam!" Jerit kecil Albert di luar halaman rumah Imam Ghani. Jason dan Mary berdiri di belakangnya. Setelah beberapa kali memanggil nama Tok Imam, akhirnya kelibatnya terlihat jua.

"Oo...Albert jemput masuk." Pelawa Imam Ghani sambil membuka pintu pagar. Dengan perlahan, Albert, Mary dan Jason melangkah masuk ke dalam rumah. Rumah Imam Ghani dihiasi oleh dengan tulisan khat jawi yang indah.

"Tok, ni saya perkenalkan. Yang ini mama saya, Mary dan ini papa saya Jason!" Albert memperkenalkan kedua orang tuanya kepada Imam Ghani. Jason hanya tersenyum manis, tetapi sebaliknya Mary yang bermasam muka.

"Apa khabar?" Sapa Imam Ghani kepada Mary dan Jason.
"Khabar baik!" Balas Jason sambil tersenyum. Mary hanya diam memakukan diri.
"Boleh saya tahu, apa hajat encik dan puan kemari?" Tanya Imam Ghani.
"Bukan saya tok, tapi isteri saya!" Sambut Jason.

Setelah beberapa kali Mary berdolak-dalih, akhirnya dia menceritakan perkara yang terjadi dan dimusykilkan selama ini. Dia menceritakan maksud mimpi yang tersurat dari awal hingga akhir. Setiap inci isi cerita tidak akan ditinggalkan. Hampir 10 minit Mary menceritakan mimpinya kepada Imam Ghani. Albert dan Jason hanya duduk mendengar cerita itu sambil meneguk air minuman yang dihidangkan oleh isteri Imam Ghani.

"Ooo... macam tu ceritanya. Maaf, saya mentafsir mimpi anda dari perspektif agama saya. Tak ada niat lain untuk mempersendakan anda!" Jelas Imam Ghani.

"Apa tafsiran tok?" Tanya Mary.
"Baiklah pada padangan saya, mimpi Puan Mary itu suatu hidayah yang diberikan Tuhan dan tidak semua orang mendapat mimpi atau perkara seperti itu. Ini merupakan keistimewaan dan Tuhan memberikan hidayah hanya dengan orang yang dikehendakiNya. Segala dosa yang kita lakukan, akan dibalas di akhirat. Jeritan kesakitan yang diceritakan tadi menunjukan balasan kepada perbuatan jahat yang mereka lakukan di dunia. Puan, maaf jika apa yang cuba saya cakapkan ini membuatkan puan kecil hati." Imam Ghani menghentikan ceritanya untuk meminta kebenaran bercerita dengan lebih mendalam.

"Baiklah, saya tak akan marah. Ceritalah!" Balas Mary.
"Puan, masalah puan ini persis dengan masalah seorang hamba tetapi lebih kritikal lagi kerana ketika itu dia baru dapat diubati beberapa hari selepas itu. Puan beruntung kerana saya bekalkan air bacaan Yassin kepada Albert. Setelah saya ceritakan kaitan mimpi yang dialami dengan Islam, akhirnya dia bersetuju dengan rela hati memeluk agama Islam."
"Apa yang imam ceritakan kepada orang itu?" Tanya Mary yang semakin berminat dengan cerita Imam Ghani.

"Sebenarnya, saya cuba beri dia sedikit nasihat dan tafsiran beberapa surah dalam Al-Quran. Seksaan api neraka yang amat dasyat untuk umat yang mengingkari dan melakukan kejahatan. Keadilan amat penting dalam Islam, tidak kira orang itu beragama Islam atau tidak. Neraka untuk mereka yang ingkar. Albert telah bertemu jalannya menghadapi Tuhan yang sebenar, dan sekarang Tuhan cuba bukakan pintu hati puan. Tidakkah puan berasa syukur kepada Yang Esa. Tuhan cuba membuka pintu hati puan, saya sebagai pembantu sahaja." Penjelasan panjang Imam Ghani yang diungkapkan secara tersirat.

Iman Ghani perlu berhati-hati menerangkan hal-hal yang berkaitan dengan agama kepada Jason dan Mary. Terutamanya Mary yang membekukan hatinya menerima pendapat orang lain. Imam Ghani meminta Mary mencari maksud tersirat dan tersurat di dalam mimpinya setelah memberi beberapa pembayang. Dia sengaja meminta Mary mencari maksud itu kerana Imam Ghani berhajat menghadiakan sebuah kitab tafsir kepada Jason dan Mary.

Setelah selesai mereka berbincang, Imam Ghani membangkitkan dirinya dari sofa lalu masuk ke dalam kamarnya. Albert yang mendiamkan diri dari tadi mula bersuara kepada papa dan mamanya.

"Mama, macam mana sekarang? Dah tenang sedikit?" Tanya Albert.
"Boleh la, tapi mama masih tak faham lagi dengan apa yang dikatakan oleh Imam tu!" Balas Mary dengan selamba.

"Biasalah tu mama. Ini berkaitan dengan soal agama, sensitif sikit. Dia suruh mama dan papa cari sendiri maksudnya. Macam Albert juga dulu masa mula-mula nak kenal Islam. Imam Ghani banyak bagi pendapat, nasihat dan pembayang kepada Albert. Selebihnya dia suruh Albert cari sendiri berkaitan dengan Islam dalam sebuah kitab tafsir yang dia hadiahkannya!"

Sedang asyik mereka berbual, tiba-tiba kelibat Imam Ghani keluar dari kamarnya. Ditangannya terlihat dua buah kitab tafsir al-Quran untuk dihadiahkan kepada Jason dan Mary. Albert hanya senyum memandang ke arah imam Ghani manakala Jason dan Mary duduk dan melirik mata antara satu sama lain.

Setelah memberi kitab itu sebagai hadiah, mereka bertiga itu meminta izin untuk pulang ke rumah. Hati Mary kian tenang dan tenteram sebaik sahaja pulang dari rumah Imam Ghani. Jason pula, semakin yakin kenapa anaknya, Albert berminat dengan agama Islam.

Sebelum masuk tidur, Mary lebih suka membaca novel. Tetapi pada malam itu, buku novel yang dibacanya diletakkan ke tepi dahulu dan digantikan dengan kitab tafsir yang diberikan oleh Imam Ghani siang hari tadi. Mary hanya membaca tulisan yang ditulis dalam Bahasa Melayu yang telah diterjemahkan. Jason yang duduk bersandar di atas katil bersebelahan dengan Mary juga membelek kitab yang diberikan.

Khusyuk Mary membaca kitab itu sehingga sedar tidak sedar, jam di dinding kamar menunjukkan pukul 3.00 pagi. Jason yang telah lama lena dibuai mimpi terbaring di atas katil. Mary mula berasa seronok membaca tafsiran kita itu. Hatinya mula tenang dengan cerita-cerita yang tertulis dalam kitab itu.

"Seronok pula baca cerita dalam kitab ini. Banyak cerita dan pengajarannya. Nak berhenti, sayang pula. Tapi tak apalah baik aku tidur dulu, esok aku sambung. Tapi bila nak ingatkan balik, ada betulnya juga dengan kata-kata tok imam tu. Mungkin ini satu petunjuk buat aku. Tiba-tiba aku dekat dengan Islam, kenapa selama ini aku cuba bekukan hati aku untuk menerima Islam?" Benak Mary.

Ternyata tafsir yang diberikan oleh Imam Ghani telah cuba membuka pintu hidayah Mary. Walaupun hanya tombol pintu hidayah sudah dipulas, tetapi Mary masih belum lagi membuka pintu itu selebar-lebarnya dan belum lagi mengorak langkah ke alam yang baharu. Mungkin ini merupakan satu permulaan yang baik untuk orang seperti Mary. Mary telah mendapat petunjuk hidayah melalui mimpi dan dibimbing oleh Imam Ghani. Semuanya terpulang kepada Mary tanpa ada paksaan. Mary membaca kitab itu dengan rela hati tanpa paksaan. Dan merasakan dirinya semakin tertarik dengan kitab itu.
posted by Penulisan2u @ 8:11 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
9 Comments:
  • At 29/7/09 9:44 PG, Blogger jejemput_hangit said…

    ALHAMDULLILLAH....
    moga2 pintu hidayah sentisa terbuka luas..
    untuk kita semua...
    islam adalah agama yang indah,suci, unik dan tersendiri..
    alangkah indahnya...
    jika kita sedar hakikat ini...
    bukan sahaja non-muslim tetapi orang islam itu sendiri..
    kadang2 kita lupa bahawa agama penting dalam kehidipan seharian... mudah-mudahan kita semua sentiasa berada didalam petunjuk dan hidayahNYA...
    YA ALLAH...
    kuatkanlah keimanan kami kepadaMU...
    tetapkanlah ia Ya ALLAH...
    dan janganlah kau pesongkan hati kami setelah kau memberi pentunjuk dan hidayah kepada kami...
    amin...

     

  • At 29/7/09 12:47 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Cerita ini bagus sekali....memberi makna yang mendalam...
    tak sangka penulis sangat kreatif dalam mempelbagaikan hasil penulisan...thaniah abg aloha

     

  • At 29/7/09 1:17 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ~ Saya suka sangat cerita ini ~
    ~ penuh dengan pengajaran dan inslamic ~
    GoOd JoB

     

  • At 30/7/09 8:26 PG, Anonymous ummiirfan said…

    salam.tahniah..mg memberi hidayah kepada pembacanya.teruskan karya anda...mg anda juga dpt manfaat pahala berganda ....amin.teruskan usaha

     

  • At 30/7/09 12:43 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    saya suke suke suke....
    cite bagus n byk pengajaran.....

     

  • At 30/7/09 6:27 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cerita ni memang best!!!
    sangat terkesan di hati..
    banyak mesej dakwah yang dihidangkan dengan idea2 yang segar. saya suka... blh x saya ambil cerpen ni untuk asgmnt saya???
    saya kena buat utk kesusasteraan islam..

    -UKM student-

     

  • At 7/8/09 7:12 PTG, Anonymous Asrul said…

    boleh aja...ambil la...
    untuk tujuan yang baik, saya benarkan..inysaAllah..

    abg aloha

     

  • At 18/8/09 2:07 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam abg aloha..
    gud story..
    cetusn idea y sgt bgos n moral of de story pn baik sgt2..
    sume org perlu bc..
    kdng y dlhrkn as a mslim pn jauh dr allah..
    keep up a gud work!!

     

  • At 29/8/09 12:13 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Shikamaru di sini. Setelah dibaca dan diteliti hasil karya anda, secara keseluruhannya plot ceritanya mudah difahami dan tidak berat. Unsur islamik yang diterapkan juga baik untuk tatapan pembaca yang menghauskan cerpen-cerpen bergenrekan Islam. Segala nilai yang diterapkan mampu memberi kesan dalam hati pembaca. Walaupun terdapat beberapa siri kekurangsesuaian berkenaan penggunaan kata, tetapi perkara itu tidak menjejaskan mesej dan perjalanan cerpen. Tahniah diucapkan.

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

 • Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

 • Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

 • Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

 • Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

 • Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

 • Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

 • Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

 • Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

 • Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

 • Biarlah YM Berbicara

 • Baju Pengantin Mak Andam

 • Siapakah Di hatiku

 • Hot Gimmick

 • Pergilah Air Mata

 • Sepupuku Suamiku

 • Hadirmu Takdirku

 • Cermin

 • Tak Mungkin Kuhindar

 • Bini Aku Tomboy Ke?

 • Jodoh Atau Cinta

 • Prince Charming

 • AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

• Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

• Rahsia penjimatan elektrik

• 117 Idea Bisnes Luar Biasa

• Webhosting Terbaik Malaysia

• Video Tutorial Bisnes Internet

• Peluang Bisnes SMS

• Google Adsense jana Duit

• Rahsia perniagaan digital

• Business Internet

• Cara Format PC

• Perkakasan membina website

• Cara membina Blog wordpress

• Buat Duit dengan Ebook

• Rahsia sistem merekrut MLM

• Menjana pendapatan di EBAY

• Tingkatkan Traffik ke website

• Tiada duit untuk kahwin?

• Rahsia Bisnes di Internet

• Panduan asas membina blog

• Jana wang dgn unit trust

• Belajar design grafik

• Bengkel website

• 10 Model Bisnes internet

• Pakej bisnes internet

• Belajar HTML website

• Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    • Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    • Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

• Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

• Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

• KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

• NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

• Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

• Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

• Kenangan Terindah - Hezzy Azra

• Serasi di hati - Nora Ismail

• Nama aku N - Aina Emir

• Bunga Syurga - Anita Aruszi

• Episod cinta luka - Fateen Najwa

• Sandaran kasih - Aini Marisha

• Fitrah kasih - Ilani Mysara

• Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

• Ternyata cinta - Damya Hanna

• Selagi ada dia - Aisya Sofea

• Kembalikan cintaku - Norhayati NB

• Warna hati - Meen Zulaikha

• Seribu kali sayang - Anis Ayuni

• Menanti kasih - Norzailina nordin

• Cahaya - Nura zulaikha

• Dakapan cinta - Eny Ryhanna

• Hanya kita berdua - Aina emir

• Ku Utus Rindu - Intan Arnida

• Usikan rindu - Qaira Qasidah

• Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

• Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

• Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

• tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

• Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

• Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

• Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

• Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

• Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

• Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

• Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

• Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

• Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

• Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

• Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group