BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, Julai 12, 2009
Cerpen : SKS-KL 120 Times Daily
Nama Pena : Aku Dan Sesuatu

"KL Kuala Lumpur KL Kuala Lumpur KL Kuala Lumpur " Jerit penjual tiket bas ekspres sebaik sahaja aku melangkah ke Terminal Bas Seremban. Memang jeritan sebegini tidak asing bagi aku. Itu lah cara mereka nak merebut penumpang untuk memenuhi Ĺperutĺ bas masing-masing. Makin ramai penumpang, makin banyaklah komisyen yang dorang akan dapat atas penjualan tiket.


Setiap hari inilah rutin hidup aku sejak 2 tahun kebelakangan ni. Berulang alik dengan menaiki bas ekspres untuk ke tempat kerja di Kuala Lumpur. Memang ramai orang di Seremban yang bekerja di Kuala Lumpur, maklumlah perjalanan yang mengambil masa kira 45 minit - 1 jam perjalanan, bergantung juga pada keadaan kelancaran trafik di lebuh raya.. Ramai yang memilih untuk berulang alik dari Seremban ke Kuala Lumpur, memandangkan kos sara hidup di KL yg agak tinggi. Kalau kat KL sewa sebuah bilik jer dah RM300, kat Seremban RM300 tu dah boleh dapat sebuah rumah teres untuk di sewa.


Seperti biasa, jam pukul 6.30 pagi jer aku dah terpacak kat terminal bas tu. Setelah membayar tiket aku terus jer melangkah naik ke dalam bas. Tiket bas Seremban ke Kuala Lumpur nie tak payah beli kat kaunter macam bas ekspres yang lain. Beli masa nak naik bas jer, macam bas henti-hanti tu. Sampai je dalam bas, aku terus berjalan menuju ke seat yang paling belakang sekali. Ntah..tak tau la apasal .sejak dari zaman sekolah lagi memang aku suka duk kat tempat duduk belakang, tu la port yg aku paling suka. Maybe dapat cuci mata kot, tengok awek2 yang ada kat seat bahagian depan. Hahahaha .


Aku pun melabuhkan punggung kat tempat duduk bas yang agak empuk tu. "Mintak-mintak arr takde orang duduk sebelah aku ari ni, selesa dan bebas sikit aku nak Ĺberaduĺhahahah" Bisikku di dalam hati. Kebiasaannya tempat sebelah aku adalah pilihan terakhir untuk penumpang lain duduk kalau seat lain dah penuh baru la dorang duduk sebelah aku. Al-maklumlah badan aku yang bersaiz XXL nie, makan banyak Ĺspaceĺ seat tu, maybe dorang kurang selesa. Lantak korang lar aku tak kisah duduk sorang-sorang pun, lagi selesa aper.


Nak dijadikan citer .ramai plak penumpang pada ari tu. Hmm .tiba-tiba sorang awek ni adalah penumpang terakhir yang naik bas ni. Aku tengok puas dia mencari kot-kot ada seat yang masih kosong kat bahagian depan, dia pun menuju ke bahagian belakang. Memang dah takde seat kosong lagi, melainkan kat sebelah aku jer. Dia pun terus duduk kat sebelah aku dan aku terpaksa la mencuba untuk Ĺmengecilkanĺ badan aku yang bersaiz XXL ni hahahha.


"Perghh cun gak awek yang duduk sebelah aku ni, manis jer berbaju kurung biru muda sedondon dengan tudung," Hatiku berkata. Maknanya ..aku tak dapat la tido ni, nanti buatnya aku tido, terlelap plak kat bahu awek ni karang. Buatnya berdengkur lagi naya beb aku kalau dah tido memang tido kayu sampai tak ingat dunia ohhh tidak, malu beb!!!. Untuk menghilangkan rasa ngantok, aku kunyah chewing gum jer. Sesekali aku jeling awek kat sebelah ni .nampaknya sedang berbalas-balas sms, hmm ngan pakwe la tu .awek cun macam ni mesti dah berpunya. Arghh lantak la .

####################


Bas yang aku naiki pun membelah kesunyian awal pagi di Lebuh Raya Seremban menuju ke Kuala Lumpur. Kalau tak silap aku, awek ni memang selalu naik bas tiap-tiap hari, tapi ni adalah kali pertama dia duduk kat sebelah aku. Ermm, tapi hati aku rasa lain macam pulak pagi tu .rasa macam ada kekuatan untuk aku menegur awek tu. Puas aku berfikir, ape la soalan yang aku nak tanya kat awek nih?


"Cik! tumpang tanye, jam kul berape skang ek?" Secara otomatik soalan tu yang terkeluar dari mulut aku, dia pun berpaling ke arah aku kemudian melihat jam di telefon bimbitnya.


"Hmm kul 7.15," sambil dia menjeling ke arah jam tangan aku dengan muka yang agak ketat.

"Nak gi KL ke?" Sekali lagi terkeluar soalan bodoh dari mulut aku.


"Ha ? Gi KL la takkan gi Singapore plak. Dengan nada yang agak menyindir.


Alamak kantoi mesti dia ingat aku nak ngayat dialah ni .Aku pun dah malas nak tanya apa-apa lagi, karang buatnya kene sound naya je ni. Nampak macam takde respon jer awek ni. Yelah mentang-mentang aku bukannya ensem dan macho macam Farid Kamil,Remy Ishak, Ashraf Muslim atau jejaka-jejaka idaman Malaya seangkatan denganya. Kah Kah Kah .


Tanpa aku sedari, bas yang aku naiki telah pun melalui Plaza Tol Sungai Besi menuju ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, maknanya bas akan tiba di Central Market dalam 15-20minit lagi. Sesampainya di Central Market, semua orang berpusu-pusu nak turun dari bas. Termasuklah awek yang duduk kat sebelah aku tadi. Aku tengok dia dah pun ada kat bahagian depan bas, beratur untuk turun. Perghh laju tul awek ni jalan. Maybe dia nak kejar LRT atau bas ke tempat kerja pulak maklumlah time pagi macam ni LRT ngan bas kat KL ni memang penuh macam dalam tin sardin. Memang kaya lah tokei-tokei syarikat LRT dan bas kat KL ni.


Tiba-tiba aku terlihat ada beg kertas kat tempat duduk awek tadi Hmm dia tertinggal beg la ni, tak sabar-sabar nak turun bas, sampai beg sendiri pun terlupa nak amik. Aku pun ape lagi, dengan pantas aku amik beg tu dan cepat-cepat cuba kejar awek tu. Turun jer bas aku cuba memerhatikan ke mana arah awek tadi. Ternyata dia dah tak kelihatan lagi, maybe dah naik bas la tu. Hmm..takpe la, baik aku bawak beg dia ni gi pejabat dulu lepas ni baru fikir nak buat ape. Karang duk mencari-cari dia, aku pulak yang terlewat ke pejabat. Aku pun tak periksa apa isi kadungan dalam beg kertas tu.


Sesampainya di pejabat, semua mata tertumpu ke arah ku,


"Wei Man apsal ko bawak beg kertas plak arini, warna pink lak tu nak jadi Ĺsutunĺ ker .hahahah?" Ketawa Zirwan, rakan sepejabat dengan aku. Dia ni memang selalu bergurau dengan aku dan rakan-rakan sepejabat yang lain.


"Oit mangkok! ni bukan beg aku la ade awek yang tertinggal beg dalam bas tadi" Terangku pada Zirwan dengan hati yang agak paneh sambil merenung tajam ke arahnya. Kami memang selalu bergurau dengan menggunakan bahasa yang agak kasar sedikit.


"Owh awek tertinggal beg? Apa isi dalam beg tu?" Zirwan bertanya lagi.
"Hmm ntahla" Aku pun malas nak melayan si Zirwan nih, karang tak selesai plak keje-keje aku yang berlambak kat atas meja ni. Last-last aku yang kene sound dengan bos nanti.


Rakan-rakanku yang lain pun menjalankan tugas masing-masing dengan tekun, termasuk si Zirwan tadi. Ada yang sedang menaip, menulis dan macam-macam lagi lar. Tak kurang juga yang berchatting melalui internet. "Cess salah guna kemudahan internet yang kerajaan berikan kat pejabat".Hatiku berkata. Aku pun mula membuka dan menyemak fail-fail yang bertimbun di atas meja.


"Adus mane plak pergi nye beg kertas aku ni?" Oh my god .tertinggal dalam bas pagi tadi la nie. Ina menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. "Macam mane aku nak buat ni? dalam beg tu ada diari aku dan dalam diari tu ada semua jadual-jadual aku bertemu client, dan dalam diari itu jugak lah ada sampul surat dan cek bernial RM 7000. "Mati la aku kali nie .." Hati Ina berkata.


Ina menceritakan kejadian berkenaan pada Ayu rakan karibnya di pejabat. Ayu menasihatkan Ina bertenang dan besabar, jika perlu dia menyuruh Ina memberitahu hal berkenaan kepada bos. "Oh tidak , ko gile ke? Aku kena carik gak beg tu sampai dapat, aku nak cari kat dalam bas yang aku naik pagi tadi". Ina berkeras.


"Terpulang la katkau Ina, tu pun kalau ade lagi beg ko tu dalam bas, kalau takde macam mane?" Jelas Ayu.


"Oit!...ko ni nak takut-takutkan aku plak" Jawab Ina dengan nada yang cemas. "Aku rase mesti ada kat dalam bas tu lagi, takpun driver bas tu simpankan" Ina cuba menenangkan dirinya.

####################


"Man jom gi kafe, lapar la plak" Zirwan mengajak aku makan tengah hari.


"Hmm ko pegi la makan dulu, aku tak lapar ni. Pagi tadi aku dah Ĺbelasahĺ nasi lemak 2 bungkus". Hahaha. Lagi pun aku tgh diet sekarang ni.


"Ye la tu ., kalau macam tu biar aku gi lunch dulu la ek." Zirwan pun terus berlalu dari situ untuk menuju ke cafeteria yang terletak di tingkat 3.


Aku pun terus melihat apakah barang yang berada dalam beg tersebut. Hanya terdapat sebuah diari berwarna biru tua. Tanpa melengah-lengahkan masa, satu demi satu muka surat diari itu aku selak, mana tau kot ada alamat awek tadi dalam diari ni. Terdapat sekeping sampul surat di tengah-tengah muka surat diari berkenaan.

Aiman Darlina Akhmar Binti Abd Rahim, tarikh lahir 21.03.1984. Ohh...rupa-rupanya awek ni muda setahun dari aku.Hehe. Bekerja dia sebuah syarikat perbankan di KL. Namanya lebih kurang macam nama aku pulak, bezanya aku Mohd Aiman Hakimie, Aiman je sama. Nasib baik jugak ada no hand phone dia dalam diari nie. "Baik aku call dia sekarang" Kataku dan terus mendail nombornya.

"Assalamualaikum....saya Aiman Hakimie, boleh saya bercakap dengan Cik...errr Puan Aiman Darlina?" Aku tidak pasti sama ada dia berstatus cik atau puan.

"W`salam, yer saya Cik Aiman Darlina, boleh saya tau sape tu?" Dia bertanya.

"Awak ada tertinggal diari dan beg tak? Saya terjumpa beg awak dalam bas pagi tadi, saya ingat nak kejar awak, tapi turun jer bas saya tengok awak dah tak ada"

"Ohh...yeke, syukurlah, tapi macam mana saya nak jumpe awak?"

"Macam nie...nanti saya bagi barang awak ni masa balik nak naik bas ok? Saya akan tunggu awak dalam pukul 5.30 gitu. Saya yang duduk sebelah awak dalam bas pagi tadi... ingat tak? "

"Awak rupenya...ingat. Terima kasih banyak yer sebab tolong simpankan beg dan diari saya tu.". Barulah Ina dapat tersenyum, tak macam tadi seperti banduan yang tengah menanti hukuman. Mana taknya, terdapat cek yang bernilai RM7000 dalam diari tu.

Tepat jam 5.30 ptg aku dah sedia menantinya di tempat menaiki bas. Tiba-tiba satu suara perempuan memberi salam di belakang ku, Aku segera menoleh dan menjawab salam.

"Awak ke En. Aiman Hakimie yang call saya tengah hari tadi?"

"Yup saya, nah barang awak" Aku pun menghulurkan diari yang berada di dalam beg itu kepadanya.

"Terima kasih banyak-banyak ek En.Aiman, kalau tak sebab awak, tak tau la apa yang akan jadi pada saya.". Ina begitu bersyukur kerana cek yang bernilai RM 7000 masih terdapat di dalam sampul surat berkenaan.

"Ehh....tak payah la berencik-encik dengan saya, panggil saya Man aje. Hmm...bas dah nak gerak tu, jom naik " Aku mempelawanya.

Seperti biasa aku menuju ke bahagian belakang tempat duduk penumpang, memang tu port kegemaran aku. Yang paling tak di sangka-sangka awek tu terus mengekori aku ke tempat duduk di bahagian belakang.

"Boleh saya duduk sebelah awak" Ina meminta izin.

"Boleh...ape salahnya, lagipun saya hanya bayar untuk 1 seat sajer, sebelah saya ni sapa-sapa pun bleh duduk...sila la." Aku menyuruh Ina duduk.

Macam-macam perkara yang kami bualkan sepanjang perjalanan pulang dari KL ke Seremban itu. Perjalanan yang biasanya memakan masa 1jam perjalanan aku rasakan begitu singkat. Hehe. Tanpa aku sedari, bas telah pun sampai di Seremban.

"Ok la Man, saya balik dulu, terima kasih. Jumpa lagi ek" Ina meminta diri untuk pulang setelah turun dari bas. Ina pun terus berlalu meninggalkan aku.

Keesokan harinya, aku pun menjalankan rutin harian ku seperti biasa. Seawal jam 6.15pagi aku telah pun sampai ke terminal bas untuk ke tempat kerja. Tiba-tiba hand phone ku berbunyi, bunyi itu menandakan ada SMS masuk. "Saper plak yang hantas SMS kat aku pagi-pagi buta ni" Aku kehairanan. Aku terus memeriksa peti masuk , rupa-rupanya Ina yang menghantar SMS.

"Salam, morning, ina ni...Man dah smpi lom? Ina tgu Man, kt naik bas same2 ek?"

Aku pun mempercepatkan langkah untuk ke platform menaiki bas. Setelah sampai di sana, Ina telah pun menunggu aku dengan mengukir sebuah senyuman.

"Jom naik," Aku dan Ina pun menaiki bas yang sudah sedia untuk bergerak.

####################


Hari berganti hari, pejam celik pejam celik usia perkenalan, persahabatan aku dan Ina telah pun menjangkau 6 bulan. Kini aku tidak lagi keseorangan menaiki bas, aku sudah ada teman, teman yang menjadi \'penghuni\' tetap di sebelahku setiap kali berada di dalam bas. Teman berkongsi cerita, masalah dan sebagainya. Kini aku dan Ina bukan sekadar sahabat, kami telah pun menjadi sepasang kekasih. Akulah satu-satunya lelaki yang berjaya membuatkan dia menerima cinta, setelah 3 tahun kecewa dengan teman lelakinya yang dulu. Itu pengakuan Ina sendiri pada aku.

Kami terpaksa berjauhan buat sementara waktu. Aku terpaksa menghadiri Kursus Induksi selama 2 minggu di Pulau Pangkor. Sepanjang aku berada di sana, hanya tuhan aje yang tahu bagaimana rindunya aku pada Ina buah hati ku itu. Hehe. Hanya telefon dan SMS sahaja yang menjadi medium perhubungan kami.

Kursus 2 minggu yang aku dan rakan-rakan lain ikuti telah pun berakhir, kini tiba masanya untuk kami pulang ke pangkuan keluarga dan menjalankan tugas di pejabat seperti biasa. Aku memang tak sabar-sabar untuk pulang, maklumlah dah lame tak jumpe Ina \'busyuk\' aku tu. Hehe.


Sampai saja aku di rumah pada petang jumaat, aku terus menghubungi Ina. Aku mengajaknya untuk berjumpa pada keesokkan harinya.

Tepat jam 3 petang, kami berdua telah pun berada di Taman Tasik Seremban. Aku rasa tempat ni jer lah yang paling popular bagi pasangan yang bercinta kat daerah Seremban ni. Aku dan Ina pun duduk di bangku yang di sediakan betul-betul di bawah pohon rendang berhampiran dengan tasik, memang nyaman suasana pada petang itu. Kelihatan ramai orang melakukan aktiviti riadah dan tak kurang juga keluarga yang membawa anak-anak bersiar-siar.

"Ina...awak rindu kat saye tak mase saye gi kursus?"

"Hmm...tak" Jawab Ina berseloroh.

"Haaa?....yeke? Hmm mesti dah ade yang lain kan?" Aku buat-buat merajuk la konon. Hehe.

"Lar....mane ade, orang gurau jer la. Itu pun nak amik ati ker? Mestilah Ina rindu kat Man, Man kan Ina punya teddy bear yang paling besar. Hihi. Hmm....yang Man kat sana tu, mesti ramai awek yang cun-cun kan?"

"Memang la ramai awek yg cun kat sana, tapi mana dapat lawan Ina saya. Ina cantik, anggun,menawan dan yang paling penting "busyuk" Hehehe,. Kata ku sambil ketawa, busyuk tu panggilan manje aku kat Ina.

"Yelah tu, sekeh kang" Kata ina sambil menjelirkan lidah padaku.

"Lapar la, awak nak burger? Tunggu jap ek...saya nak gi beli burger kat sana." Aku pun berlalu meninggalkan Ina untuk ke gerai burger yang berada di tepi jalan raya berhampiran taman tasik berkenaan.

"Bro...bagi burger ayam dua, coke dua" Aku membuat pesanan pada peniaga burger itu, Kalau dulu 2 biji burger ni untuk aku sorang jer...sekarang terpaksa la makan satu jer, lagi pun aku dalam proses diet sekarang ni. Hehe

Aku pun terus mendapatkan Ina, memang syok makan waktu-waktu macam ni...tepi tasik plak tu. Tapi masalahnya...aku biasa menghabiskan sebiji burger dalam masa kurang 5 minit, jadi aku kena la makan burger ni slow-slow. Haha, Takkan aku nak tunjukkan kat Ina yang aku boleh habiskan burger tu tak sampai 5 minit, jatuh la saham aku beb!

Kami pun berbual-bual sambil makan, Tiba-tiba Ina mencapai sehelai tisu yang berada dalam beg tangannya lalu mengelap mulut aku yang sedikit comot dek mayonis burger tadi.

"Ape Man nie...makan macam budak-budak jer. Hehe" Ina ketawa kecil.

"Ehh. Yeke, tak perasan lar. TQ!" Hanya tuhan yang tahu betapa malunya aku masa tu. Walaupun begitu aku rasa sangat terharu di atas perbuatan Ina tadi, dia mengambil berat pasal aku. Aku di manjakan seperti kanak-kanak pra sekolah. Kami sering menjadi perhatian apabila berada di khalayak ramai. Aku tak pasti, sama ada dorang melihat keadaan fizikal aku yang macam ni dapat teman wanita secantik Ina. Memang Ina menjadi kegilaan ramai kawan lelakinya di pejabat.

Azan asar di masjid berhampiran telah pun berkumandang. \"Ina saya nak gi semayang kat masjid tu, jom kita gi sekali ek..?\"

\"Ermm...erm.. Ina cuti la Man\" Ina senyum tersipu-sipu tanda malu.

\"Haa?... cuti ape plak? memang hari ni cuti kan...Sabtu\" Aku tanya balik kat dia, pura-pura tak paham ape \'cuti \' yang di maksudkan. Hehe

\"Man....pernah makan kasut size 7 tak? Miangnye...taknak kawan la camni. \"

\"Hahahaha...saya gurau ajer la...jangan marah. Kla....Ina duk sini jap...tunggu saya gi semayang jap. Ada orang ngorat jangan layan tau.\" Aku hanya mampu ketawa dan terus meninggalkan Ina.


Esok saya nak gi main futsal, member-member ajak. Ina nak ikut ker?"

"Boleh gak, sebab esok mak ngan ayah takda, gi kenduri umah Pak Ngah." Ina bersetuju menemankan aku.


Dah lama tak bersukan, memang azab rasanya. Sakit-sakit seluruh badan aku, seperti biasa posisi kesukaan aku ketika bermain bola sepak atau futsal. Goal Keeper! Haha. Aku rasa posisi tu la yang paling senang dan kurang pergerakkan. Lantaklah, kami bukan masuk tournament pun.
Kawan-kawanku yang lain memang selalu main futsal, sape tak kenal Helmi@Butet penyokong fanatik Liverpool, Firdaus, Shahrul, Ramdzan, Haniff dan Mail Kobau, Diaorang semua penah wakil sekolah dalam pertandingan bola sepak dan menjadi atlit kebanggaan sekolah. Aku agak slow sikit masa zaman sekolah dulu.

Selesai bermain futsal, aku segera mendapatkan Ina yang setia menanti di luar gelanggang.

"Letih ker Man? " Tanya Ina kepada ku sambil menghulurkan towel dan air mineral.

"Pancit woo....biase la jarang-jarang bersukan. TQ ek.." Wah sekali macam filem Gol & Gincu la pulak, mesti Ina ni suka tengok Gol & Gincu. Aku meneka di dalam hati.Setelah membersihkan diri aku dan Ina pun terus pulang ke rumah.

####################

Langit tidak selalu cerah, kebahagian yang aku kecapi bersama Ina rupanya tidak kekal. Lebih kurang sebulan Ina mendiamkan diri dan tidak langsung menghubungi aku. Aku rasa beratus-ratus SMS dan call aku tak di jawabnya.

Aku hairan bercampur risau, "Apakah yang berlaku pada Ina" Soalan ini sering bermain-main di benak fikiranku. Nak datang terus ke rumahnya aku tak berapa berani, maklumlah aku belum kenal lagi dengan keluarga Ina. Tak dapat dinafikan aku begitu rindu dan tak mampu hidup tanpanya.

Pada suatu petang, aku menerima 1 panggilan telefon. Nama dan nombor telefon bimbit Ina yang tertera pada skrin hand phone aku. Gembiranya hati aku masa tu tak boleh cakap...rasa macam nak melompat pun ada.

"Hello ni Aiman Hakimie kawan Kak Ina ker?"

"Yer...sapa ni?" Aku pasti yang menghubungi aku tu bukan Ina. Sebab aku kenal betul dengan suara Ina.

"Saya Suraya, adik Ina, saya baru jer on kan no kak Ina. Saya tengok ada banyak SMS dan misscall dari no abang."

"Ohh adik Ina, kenapa dengan Ina, Ina mana...kenapa dia tak call saya?" Tiba-tiba aku rasa tak sedap hati.

"Hmmm....saya nak bagi tau.... yang Kak Ina...Kak Ina.....kakak dah takde lagi bang, dia dah meninggal 2 minggu lepas". Suara Suraya tiba-tiba teresak-esak menangis memberitahu apa yang telah berlaku.

Aku terus terduduk di atas lantai, badan aku rasa tidak bermaya lagi untuk bangun. Tenaga aku sebagai lelaki selama ini terasa seperti hilang terus dari diriku. Aku hanya mampu menemui Ina di pusaranya, memberi penghormatan yang terakhir buat seorang insan yang pernah aku sayangi. Perhubungan kami hanya bertahan lebih kurang satu tahun. Aku hanya mampu berdoa agar rohnya di tempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman.

Suraya menghulurkan sepucuk surat kepadaku, katanya surat ini di tulis oleh Ina sebelum dia menjalani pembedahan. Baru aku tahu, rupa-rupanya Ina mengalami ketumbuhan di dalam perut. Patut la dia kerap ambil cuti sakit dulu, baru aku ingat.

###############

Aku melihat isi di dalam surat ini agak ringkas.

Assalamualaikum....

Man...terlebih dahulu Ina ingin memohon maaf sekiranya Ina ada terkasar bahasa atau atau apa-apa yang mengguris hati Man sepanjang perkenalan kita. Maafkan Ina, sebab tak beritahu Man pasal penyakit yang Ina hadapi ni. Ina taknak Man risau & susah hati.

Untuk pengetahuan Man, dah 2 tahun Ina disahkan doktor mengalami ketumbuhan dalam perut. Ina selalu juga menjalani rawatan di hospital.

Ina nak Man tau, yang Ina sangat menyayangi dan menyintai Man. Ina tak kisah pun keadaan fizikal Man macam mana pun. Man aje yang terlalu merendah diri.

Satu lagi...andainya Ina dah tiada. Harap Man dapat meneruskan kehidupan seperti biasa, jaga diri dan kesihatan Man baik-baik, jadi anak yang berguna pada keluarga. Ina juga berharap Man sentiasa mendoakan kesejahteraan Ina di sana.

Yang menyayangimu,

Aiman Darlina Akhmar

###############

Bermula dari detik itu,saat itu, aku kini menjadi seperti aku yang dulu. Aku kembali berseorangan, namun dalam hati kecilku, aku amat bersyukur pada Allah, kerana aku dipertemukan dengan insan sepertinya. Dia yang banyak mengajar aku erti kasih sayang,rindu,cinta,cemburu dan sebegainya.

TAMAT
---------------------------------

--\'{@ --\'{@ --\'{@ --\'{@

Salam...terlebih dahulu sy nak mohon maaf sekiranya cerita saya ni membosankan atau penggunaan ayat dan bahasa yang tidak tepat. saya tak la pandai menulis, hanya suke2. Citer ni pun saya ambil masa hanya 1 malam utk siapkan. Mohon maaf sekiranya watak-watak atau penulisan dalam ni yang berkaitan dengan sape2 yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Hanya rekaan semata-mata. HeHe. Citer ni juga merupakan penulisan saya yang pertama.

#SKS -KL adalah merupakan sebuah syarikat bas ekspres yang beroperasi di Seremban. (Buat sape2 yang tak tau la.) Bukan tujuan saya nak promote syarikat bas ni pun...1 sen haram pun saya tak dapat...wakakakaka.....

Citer ni gak saya tujukan khas buat kawan baik saya Azlina... Komen jangan tak komen...haha.

Selamat Membaca

posted by Penulisan2u @ 10:00 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
23 Comments:
  • At 12/7/09 5:37 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Salam, jalan cerita menarik & teratur dan tidak boring. percubaan yang bagus.. keep it on..

     

  • At 13/7/09 2:39 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    utk percubaan pertama, rsnya ni dh okey. mantapkan lagi ayat. kasi power

     

  • At 13/7/09 11:15 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best,keep it up...x boring

     

  • At 13/7/09 12:33 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hahahaha... lawak argh penulis nie.. siap letak pesanan lagi... tapi apa pun good tried.. tak boring.. dan bahasa pun tak meleret... hehehe.. lepas ni bleh laaa promote ktm plak... wakakaka

     

  • At 13/7/09 10:11 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kpd penulis..nape awk xbuat naik komuter ke kl? naik bas xbez la.. he2..

     

  • At 14/7/09 10:39 PG, Anonymous Aku Dan Sesuatu said…

    tq...kerana sudi baca n bagi komen.
    naik komuter? rasanya mcm dah ada citer pasal naik komuter.
    lagipun kalau gi keje naik komuter tak besh...pagi2 penuh mcm tin sadin...haha

    -Aku Dan Sesuatu-

     

  • At 14/7/09 10:53 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best,,,,,a'aa la..lawak arr penulis ni..siap de psnn...pe2 pon..gud try... =)
    ---sleepingcutie---

     

  • At 14/7/09 7:17 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best la sweet...tniah

     

  • At 14/7/09 10:46 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhu best2..................

     

  • At 15/7/09 4:02 PTG, Anonymous dhamirah_dekno@yahoo.com said…

    huish penat tu dari weremban turun kl hari2..

    Best je..
    good work

    (^_^) dhamirah (^_^)

     

  • At 15/7/09 4:46 PTG, Anonymous Aku Dan Sesuatu said…

    Assalamualaikum...tq banyak2 kerana sudi membaca & beri komen. Kalau ada apa2 komen,cadangan,cacian n makian sila email kan ke kapok_83@yahoo.com haha!.

    Citer ni idea spontan jer...tak buat ape2 plan pun. Tu yg mcm hampeh ckit. Lepas ni tak tau nak buat citer ke tak...bz ngan keje.


    -Aku Dan Sesuatu-

     

  • At 15/7/09 5:10 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best tapi sedih...

     

  • At 16/7/09 7:46 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    emm..ok la not bad...mmng baik bg percubaan pertame...
    tp klu blh cbe cri idea yg lbih fresh....utk jln cerite..
    lg stu...ko nie mcm perli ak je....ok la...keseluruhan baik..

     

  • At 17/7/09 1:35 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sori...tooo typical laaa

     

  • At 17/7/09 4:43 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best2..
    tp kt tmn tasik tu mne ade org jual burger..
    ade ke??
    A&W ade la..hehe

    two thumbs up!!

     

  • At 18/7/09 12:08 PG, Anonymous Aku Dan Sesuatu said…

    mmg la ade a&w dan takde burger. kan ker citer jer ni...
    jgn la kasi pecah lobang...wakakakakka

     

  • At 27/7/09 2:26 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    wah. dalam 1 mlm awk siapkan. boleh thn la. jln ceter pn menarik.hehehe

     

  • At 28/7/09 11:04 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best2...
    saye suke....

     

  • At 29/7/09 8:36 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ak bru trgt ari2 lpk kt tmn tsk ngn pmly pakwe ak..mmg xde beger pn..tnds pn jauh gler..

     

  • At 11/8/09 8:24 PTG, Anonymous Angel Cute said…

    best....n aku sedey....huhu...

     

  • At 15/8/09 7:10 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ala...sedey...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...ok da abes nanges..hehe

     

  • At 17/8/09 3:23 PTG, Blogger adzmarfazami said…

    tengok tajuk tergelak je.. sebab setiap hujung bulan jer saya akan nek bas sks ni.. huhuhu..

     

  • At 19/8/09 2:12 PTG, Anonymous Aku Dan Sesuatu said…

    Haha! MissNera...keje kt kl ker? sy tiap2 ari naik...dah naik jemu. hoho!
    ingat pasni wat pasal suasana edaran plak lah...tak pun united bas ke pilah tu? mueheheh....

    **Tq byk2 kepada yg sudi luangkan masa bc citer yg tak seberapa ni
    **Rasenye ni citer yg 1st n last sy buat kot...sbb bz ngan keje n sy tak la pandai menulis pun
    **Ade ape2 komen sila la email ke kapok_83@yahoo.com

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group