BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Julai 31, 2009
Cerpen : Sehangat Kasih mu
Nama Pena : Anna Salsabil

Jari-jemari ku kaku di atas butang-butang telefon. Hatiku berbelah bahagi. Antara hendak atau tidak. Nombor yang tercatat di dalam buku telefon, ku sebut berkali-kali. Seperti aku telah menghafal nombornya walaupun tidak pernah aku mendail nombor itu. Tangan kiri yang mengenggam gagang telefon terasa basah dengan peluh. Peluh sejuk mula menitis ke dahi dalam bilik pejabat yang berhawa dingin.

"Tenang Ikeen.. anggap macam kawan biasa..dia pun orang jugak", bisik ku di dalam hati.

Aku menarik nafas, panjang dan dalam, lalu ke hembus dengan perlahan. Jariku mula menekan nombor yang telah ku hafal. Kedengaran suara wanita menjawab panggilan,
"Arif & Kamal, boleh saya bantu".
"Err…boleh saya bercakap dengan Encik Arif", kataku agak gugup.
"Boleh saya tahu siapa di sana?", tanya suara itu lagi.
"Saya…Ikeen.. Norashikeen," jawabku pendek.
"Sila tunggu sebentar puan".

Aku menanti dengan debaran yang semakin kencang. Talian ku terus bersambung.
"Hello, Arif sini". Kedengaran suaranya begitu jelas.
Aku berdehem perlahan, mencari kekuatan untuk memulakan percakapan.
"Hello Arif, ni Ikeen. Ingat lagi tak?", tanya ku menguji.
"Ikeen? Norashikeen?", Arif seperti tidak percaya.
"Ya, ni Ikeen", jawab ku perlahan.
"Hi Ikeen! Dah lama I tak dengar suara you. You apa khabar?", suaranya tenang.
"I sihat alhamdulillah, you pulak macamana?"
"Alhamdulillah..sihat sejahtera.. so what’s up? Lama tak dengar berita", tanya Arif lagi.
"Ya la.. dah lamakan, dah dekat 20 tahun. Ingatkan orang dah tak ingat kita lagi", ujarku sambil mengusik.
"Ha..ha.. mana boleh lupa" jawabnya sambil tertawa kecil.

Melihatkan tindakbalasnya yang bersahaja, debaran ku semakin reda. Rasa gugup semakin hilang. Lantas tanpa berlengah, aku terus menceritakan tujuan aku menghubunginya.

Aku sebenarnya memerlukan khidmat guaman atas permasalahanku dengan bekas suami. Aku tidak mengenali mana-mana peguam lain. Aku teringatkan Arif, seorang peguam, atau lebih tepat, dia bekas kekasihku! Kami terpisah oleh keadaan. Ah! Terlalu panjang untuk diceritakan. Perisitiwa yang cukup memilukan. Namun itu semua telah berlalu. Yang pasti, kami tidak ada jodoh.

Walaupun demikian, cinta ku yang pertama ini tidak pernah aku lupakan. Dia sentiasa berada di dalam hatiku walaupun setelah aku berkahwin dan berkeluarga. Sebab itu aku enggan berhubungan dengannya semula walaupun sebagai seorang kawan kerana hatiku pasti terguris bila mengenangkan kisah lampau. Tapi kali ini aku terpaksa kerana sudah tidak tahu kepada siapa lagi untuk aku meminta tolong. Sebab itu aku memberanikan diri untuk menghubunginya.

Setelah mendengar ceritaku, "Ikeen, you jangan risau. I boleh tolong", kata Arif. "Betul ke ni Arif?" tanya ku penuh harapan.
"Kalau betul apa yang you ceritakan, I rasa kita tak ada masalah untuk menang kes ni", jawab Arif, yakin.
"Syukur alhamdulillah. Terimakasih banyak Arif, I tak tahu nak cakap apa lagi, alhamdulillah". Aku benar-benar rasa lega.
"You cuma perlu sediakan beberapa dokumen, nanti kita jumpa untuk bincang lebih lanjut. Insyaallah I akan cuba tolong you sedaya upaya."

Aku meletakkan gagang telefon dengan hati penuh kesyukuran. Bukan saja dapat membantu dalam permasalahan ku, malahan dapat berbicara semula dengan orang yang cuba aku jauhi setelah sekian lama.

Sebenarnya telah hampir 4 tahun aku menjadi seorang ibu tunggal. Aku berpisah dengan suami ku kerana kehadiran orang ketiga. Begitulah nasib kaum isteri, bila kasih suami telah beralih arah. Mulai dari saat itu, aku lah yang menjaga dan membesarkan ke empat-empat orang anak-anakku. Dua lelaki dan dua perempuan. Pada mulanya, memang agak sukar, tapi lama-kelamaan aku dan anak2 telah dapat membiasakan diri tanpa kehadiran seorang ayah.

Cuma masalah yang timbul sekarang, bekas suamiku ingin menuntut hak sepencarian terhadap rumah yang aku dan anak-anak duduki. Sedangkan rumah itu aku yang beli dengan hasil titik peluh ku sendiri. Sebab itulah aku memohon bantuan Arif untuk mempertahankan hakku dan anak-anak.

Setelah semua dokumen ku siapkan, kami berjanji untuk berjumpa. Aku berdebar menantikan saat untuk bertemu dengannya. Pertemuan kali pertama setelah hampir 20 tahun tidak bersua ternyata telah mengembalikan nostalgia lampau. Dia tidak banyak berubah cuma tubuhnya sedikit berisi. Renungan matanya masih tajam seperti dahulu, yang bisa membuatkan hati perempuan menjadi cair. Ternyata walaupun setelah sekian lama, dia masih mampu membuatkan jantung ku berdegup kencang. Aduhai! senyumannya, dengan kumis yang nipis, begitu meresahkan.

Entah mengapa, setelah sekian lama, lelaki yang satu ini masih bisa mengoncang sanubariku. Dalam usia yang mencecah 40an, aku terasa seperti gadis remaja. Aku tersipu, malu sendiri. Kami berbual panjang. Bermula dengan perbincangan mengenai permasalahanku, sehinggalah kepada cerita-cerita diri dan keluarga. Barulah aku tahu, rupa-rupanya Arif baru sahaja berpisah dengan isterinya atas sebab-sebab yang dia masih merahsiakan. Ternyata Tuhan seperti mengatur kembali pertemuan aku dengannya setelah kami masing-masing tiada ikatan. Agak lucu kerana aku dan Arif sama-sama mempunyai empat orang cahayamata.

Hari demi hari, pertemuan demi pertemuan, tanpa aku sedari telah menyuburkan kembali rasa cinta yang telah sekian lama terpendam di lubuk hati ku. Namun aku sembunyikan perasaan ku kepadanya kerana beranggapan, kalau pun Arif ingin mencari pengganti, tak mungkin dia sudi bertemankan wanita 40an, berstatus ‘J’ dan beranak empat seperti aku! Sudah pasti dia akan mencari yang lebih muda dan cantik.

Suatu hari di pejabat, aku menerima sms dari Arif.
‘free tak mlm ni?
Aku membalas,
‘y?’
‘Klu free nak ajak dinner’
Aku terfikir, kenapa Arif nak ajak aku makan malam. Selalunya kalau berjumpa pun hanya di waktu siang. Eh, dia ni nak ajak aku dating ke? Aku tersenyum sendirian. Ish.. apa la aku ni. Belum apa2 dah berangan. Agaknya dia saja nak belanja aku makan.
Aku membalas lagi.
‘Rasanya free mlm ni. Nak dinner kat mana?’
‘you tunggu kat rmh, I dtg 8 mlm, k’
‘ok. c u tonite’

Selepas solat maghrib aku bersiap2. Aku mengenakan baju blaus sutera biru muda polos dengan kain chiffon kembang payung berbunga biru. Memakaikan tudung bercorak berjenama ‘Donnatello’ dengan warna yang sedondon. Bermekap tipis. Menyemburkan sedikit minyak wangi ‘Pleasure’ dari Estee Lauder. Aku berdiri memandang cermin. Pakaian yang ku pilih ternyata sesuai dengan tubuhku yang tinggi dan langsing.

"Boleh tahan lagi makcik ni", bisikku di dalam hati. Aku tersenyum sendiri.

Tiba-tiba hati ku sayu bila mengingatkan peristiwa dulu. Kalau lah aku sentiasa begini sejak dulu, mungkin suami ku dulu tak kan mencari yang lain. Aku terkilan. Dulu memang aku akui, aku seorang yang sangat sederhana dan simple. Tak pandai bergaya. Pakaian ku ke pejabat hanyalah baju kurung dan di rumah sekadar memakai T-shirt dan kain batik. Mungkin sebab itulah suamiku dulu mencari yang lain, lebih muda, lebih bergaya. Bila aku cuba berubah, waktu itu dah terlambat. "Tak pelah.." aku mengeluh perlahan. Dah terlambat. Tak guna dikesalkan lagi. Hidup harus diteruskan..

Anak-anak ku semuanya berada di ruang tamu. Masing-masing tengah sibuk membuat ‘homework’. Bila melihat aku melangkah keluar dari bilik, masing-masing terpegun.

"Wow!.. cantiknya ibu", jerit anak-anakku. Aku tersenyum lebar.
"Betul ke cantik? Atau puji ibu ni ada makna kut.." aku mengusik mereka.
"Tak la bu, memang ibu caaaantik sangat", kata anak bongsuku, Anis sambil datang memeluk ku.
"Ibu nak keluar dengan Uncle Arif kejap. Along, tengokkan adik-adik ye. Pukul 10 masuk tidur, tak payah tunggu. Ibu bawak kunci." Pesanku kepada Haziq, anak sulongku.

Aku bersyukur kerana Allah mengurniakan aku anak seperti Haziq. Walaupun baru berusia belasan tahun, dia sangat mengambil-berat tentang adik-adiknya. Mungkin dia sedar tanpa kehadiran seorang bapa, dia sebagai anak sulong terpaksa memikul tanggungjawab itu. Anak-anakku bersalam dan mencium ku seorang demi seorang. "Ok, ibu pergi dulu ya, assalamualaikum", kata ku. "waalaikumussalam..", jawab mereka hampir serentak.

Aku bergegas turun dari apatmenku yang terletak di tingkat 7. Sebaik keluar dari lif, di ruangan lobi, Arif sudah menunggu. Arif nampak berbeza sekali, lebih santai dengan kemeja berkotak lengan pendek berwarna hijau muda dan berseluar corduroy berwarna gelap. Ketampanannya terserlah. Mata Arif memandangku tanpa berkelip. Aku jadi malu. Lantas ku terus memberi salam.

"Jom.." ajakku terus berjalan sambil mengelak dari merenung matanya.
Arif masih berdiri. "Arif.. kenapa tercegat kat situ lagi, jom la..". Arif seperti tersentak.
Arif terus menghampiriku, dan dengan perlahan seakan berbisik dia menyebut, "you look so beautiful tonight..".
Pipi ku terasa panas mendengar pujian Arif.
"Thank you.." balas ku.
Aku cepat-cepat menuju ke kereta Arif yang di parkir berdekatan pintu lobi.

Arif membawa ku ke sebuah restoran yang agak eksklusif. Cantik sekali tempatnya. Dibina di atas tasik, dikelilingi pokok-pokok, dan dihiasi landskap ala nusantara. Aku kagum sekali kerana tidak menyangka dalam kesesakan di ibukota ini, masih ada tempat yang sebegini cantik. Tenang dan damai. Kebetulan pelanggan pada malam itu tidak begitu ramai, mungkin kerana hari bekerja.

Kami duduk di suatu sudut, di kawasan tak berbumbung. Udara malam begitu segar. Angin bertiup nyaman. Permukaan tasik berkilau membiaskan cahaya bulan. Sesekali kedengaran kocakan air. Meja kami diterangi cahaya lilin yang terpasang. Kedengaran penyanyi sedang mendendangkan lagu dengan iringan life band.

Setelah memesan makanan, aku duduk bersandar sambil memerhatikan keadaan sekeliling.
"Cantiknya tempat ni kan Arif", aku bersuara.
"Cantik.. I memang suka tempat ni. Rasa tenang dan nyaman. Makanan kat sini pun sedap", jawab Arif.
"So.. what’s the occasion? Kenapa tiba-tiba nak belanja makan pulak?" aku terus bertanya.
"Tak ada apa-apa. Saja nak belanja makan, tak boleh ke?", balas Arif.
"Bukan tak boleh.. tapi.. I rasa segan pulak. Patutnya I yang kena belanja you makan sebab dah tolong selesaikan kes I. Ni terbalik kot", kataku lagi.

Arif hanya tersenyum. Kami terdiam seketika apabila pelayan datang menghantarkan dua gelas minuman. Jus limau untuk ku dan jus oren untuk Arif.

"Keen, you tunggu sekejap ye, I nak ke depan.."

Aku hanya mengangguk sambil menyedut minuman.
Tidak berapa lama kemudian Arif datang semula dan kami hanya diam bagai melayan perasaan. Aku sedikit resah namun ku lihat Arif begitu tenang. Sekali-sekali pandangan kami bertembung, dan aku cepat-cepat memandang ke arah lain. Memang aku tidak sanggup menahan pandangan mata Arif.

Tiba-tiba kedengaran pengumuman dari penyanyi di bahagian depan restoran.
"Tuan-tuan dan puan-puan, lagu seterusnya ini adalah permintaan khas dari En. Arif untuk temannya Norashikeen. Dengarkan lagu ‘Truly’…". Muzik pun beralun..

Aku terkejut. Aku mengerutkan kening sambil terus memandang Arif.
"Ikeen, ingat tak lagi lagu ni?"
Aku terdiam. Masakan aku lupa, lagu yang selalu didendangkan oleh Arif ketika kami bercinta lebih 20 tahun dulu. Dengan petikan gitar ‘kapok’nya, di tepi tasik tempat kami selalu bertemu ketika di universiti dulu. Kami bercinta sejak dari bangku sekolah hinggalah ke universiti. Tapi hanya disebabkan satu salah faham yang kecil, kami berpisah.

Disebabkan kecewa, aku terus menerima lamaran lelaki pilihan ibubapaku. Hanya selepas aku berkahwin, barulah aku mengetahui kisah sebenarnya. Ketika itu, menangis airmata darah sekali pun tak berguna. Sebab itu, walaupun kisah percintaan kami telah lama berlalu, tapi aku sebenarnya tidak pernah melupakan segala kenangan manisku bersama Arif.

"Arif.. kenapa nak ingat lagi. Semuanya tu dah berlalu.." jawab ku dengan nada mendatar. Sebenarnya, aku mula rasa sebak.
"Ikeen.. sebenarnya.. sebenarnya.. I.. I..", Arif teragak-agak untuk meneruskan kata-katanya. Kali ini aku yang merenung tepat ke mata Arif bagaikan menunggu ayat-ayat seterusnya.
"I sebenarnya tak pernah lupakan you, Keen. Cinta I pada you masih macam dulu dan tak pernah padam..". Arif menghulur tangannya lalu menyentuh tanganku dengan lembut.

Aku serba salah. Ku lihat ke wajahnya, serius. Bagai meminta aku mempercayai kata-katanya. Aku terdiam. Tak tahu apa yang harus ku katakan. Benarkah apa yang diluahkan oleh Arif? Mungkin selama ini Arif suka bergurau. Ada sahaja perkara yang disendakan. Tapi kali ini memang berbeza.

Arif meneruskan kata-katanya, "dan I juga tau, you pun masih menyintai I, betulkan Ikeen..?"
Sebenarnya rasa cintaku pada Arif bagai tidak terbendung. Sebagai lelaki yang dewasa dan matang, ternyata Arif juga dapat merasakan gelodak jiwa yang melanda diriku. Yang pasti, aku tidak bertepuk sebelah tangan. Tanpa ragu, Arif telah meluahkan perasaannya kepada ku. Aku diam membisu tanpa sepatah kata. Hanya air jernih yg mengalir di pipiku. Tanpa perlu diucapkan, ku tahu Arif mengerti. Kasih yang terputus dulunya kembali bertaut…

-------------------------------------
Enam bulan kemudian, dengan restu anak-anak, kami disatukan dalam majlis yang serba sedehana. Majlis yang hanya disaksikan oleh ahli keluarga terdekat dan anak-anak. Bagaikan mimpi menjadi kenyataan. Episod duka sebelum ini telah kami lemparkan jauh. Yang tinggal hanyalah kebahagiaan. Cintaku kepada Arif tidak berbelah bahagi. Kasih Arif pada ku pula bagai tiada penghujung..

Walaupun berkahwin dalam usia yang agak lewat, kami bagaikan pasangan yang baru bercinta. Cuma yang berbeza, kini kami memiliki satu keluarga yang besar apabila semua anak2 berkumpul. Lapan orang kesemuanya. Berbagai perangai dan bermacam ragam. Walaupun begitu, mereka boleh menerima kehadiran ahli keluarga baru. Bergurau senda dan bemesra seperti adik-beradik sendiri.

Aku, walaupun penat menguruskan keluarga yang besar, tapi aku bahagia sekali. Arif ternyata seorang suami yang baik dan memahami. Banyak urusan rumahtangga, dia turut membantu. Anak-anak Arif juga semakin rapat denganku. Aku menyayangi mereka seperti anak-anakku sendiri. Anak Arif yang bongsu, Tasya baru berusia 4 tahun. Dia paling kecil dalam keluarga, paling comel dan paling manja serta sangat rapat dengan ku.

Begitu juga sebaliknya, anak-anakku mula menerima Arif sebagai ayah mereka. Arif tidak pernah membezakan kasih sayang. Semuanya sama rata. Tambahan pula Arif dan kedua-dua anak lelaki ku yang meningkat remaja mempunyai hobi yang sama iaitu bola, maka mereka semakin serasi.

--------------------------------------------------
Hari itu, hari minggu. Aku sibuk di dapur menyediakan juadah makan malam untuk keluarga. Kebetulan pembantu rumah kami bercuti. Sebenarnya, walaupun ada pembantu, Arif lebih suka jika makan masakan dari air tanganku. Ringkas pun tak mengapa katanya, janji aku yang masak. Anak-anak perempuan yang besar ku kerah untuk membantuku di dapur dan yang kecil bermain di ruang keluarga.

Arif dan anak-anak lelaki leka menonton perlawanan bola di ruang tamu. Riuh-rendah, gamat seluruh rumah. Begitulah akitiviti mingguan ku bersama keluarga di hujung minggu.

Tiba2 loceng pintu berbunyi. Siapa agaknya yang datang malam2 ni.
"Tolong tengok siapa yang datang!" aku menjerit dari dapur bila ku dengar tiada siapa yang membuka pintu. Aku menjengah ke ruang tamu ternyata semuanya sedang leka menonton hingga tidak ada seorangpun yang sedar bunyi loceng pintu.
"Ish..ish.. anak-beranak ni kalau tengok bola, tak ingat dunia" aku mula membebel.
"Awak semua ni tak dengar ke ada orang datang", aku mula geram.
"Ibu tolong la pegi tengok, ni tengah best ni, dah nak gol!" anak ku yang sulung menjawab.

Aku menjeling ke arah Arif yang hanya tersenyum ke arahku.

"Eee.. anak & bapak sama je!" ujarku geram sambil menuju ke arah pintu. Daun pintu ku buka perlahan, ku lihat seorang wanita yang tidak ku kenali berdiri di depan pintu. Agaknya pintu pagar tidak berkunci sehinggakan wanita itu boleh terus masuk ke perkarangan rumah.

"Ya, nak cari siapa?" Tanyaku.
"Arif ada?" Soal wanita itu.
"Ada. Ada kat dalam , err..jemput la masuk", pelawaku.
"Tak apa la. Saya tunggu di luar je", jawabnya.
"Tunggu sekejap ye nanti saya panggilkan".

Aku menuju ke arah Arif, "sayang.. ada perempuan nak jumpa".
"Siapa?" soalnya dengan mata masih melekat ke arah kaca televisyen.
"Saya tak kenal, dah la tengok bola tu.. pegi la tengok cepat."
Arif bangun dengan malas sambil membetulkan gulungan kain pelekat.
"Cepatla.. sikit", aku menggesa.
"Sabar la sayang.. I ikat kain dulu, nanti tertanggal, terkejut pulak orang tu" guraunya.
Aku terus mencubit lengannya. "Tak malu!".

Arif terus menuju ke muka pintu sambil tertawa dan aku mengikutinya dari belakang. Sesampai di muka pintu tiba-tiba Arif memberhentikan langkah. Dia seperti terpaku di situ. Perempuan itu terus meluru ke arah Arif, memegang dan mencium tangannya. Aku juga tersentak melihatkan perlakuan wanita itu.

"Siapa dia ni?" hatiku tertanya-tanya.
"Abang! Maafkan Nurul bang.. Nurul dah banyak buat silap. Nurul berdosa dengan abang", rayu wanita itu dalam tangisan yang mendayu-dayu.

Nurul? Nurul bekas isteri Arif? Bila ku amati wajahnya, barulah aku perasan ada iras-iras seperti dalam gambar yang pernah ditunjukkan oleh Arif. Tapi wajahnya banyak berubah, lebih kurus dan cengkung. Kelihatan lebih tua dari usianya yang sebenar. Arif ku lihat seperti serba salah. Dia terus menarik tangannya ke belakang.

Melihatkan suasana yang agak tegang, aku cuba untuk menenangkan keadaan.
"Jemputla masuk dulu, kita bincang kat dalam. Tak elok berdiri kat luar macam ni", cadangku. Nurul akur dan mengikut masuk ke dalam rumah.

Anak-anak semuanya mula berkumpul di ruang tamu.
"Along, angah, kalau nak tengok TV naik atas", arah ku tegas.
Melihat sahaja Nurul melangkah masuk, anak-anak Arif, kecuali si kecil yang memegang erat kaki ku, terus meluru ke arah Nurul.

"Mama! Mama! Jerit mereka sambil memeluk Nurul". Bagaikan adegan di dalam drama, Nurul terus duduk dan merangkul ketiga-tiga anaknya. Tangisan Nurul dan anak-anak bercampur baur. Hatiku jadi terusik. Tanpa aku sedari, airmataku mula mengalir ke pipi. Ternyata anak2 ini terlalu rindukan ibu mereka. Arif sejak tadi hanya diam membatu. Aku lihat ke wajahnya. Matanya juga mula kemerah-merahan. Dia mengelak dari memandang ke arah ku.

Manakala yg kecil masih tetap memegangku dengan erat. Mungkin dia masih terlalu kecil ketika ditinggalkan oleh Nurul. Aku memegang tangan Tasya, lalu aku pimpin ke arah Nurul.

"Tasya, ini mama sayang, mari sini sayang.." Nurul menghulur tangan untuk memeluk Tasya. Tasya memandangku kearah ku seperti kebingungan. Pelukannya masih kemas di kakiku.

Aku terus menunduk, memegang kedua belah bahunya.
"Tasya, inilah mama Tasya yang sebenar. Pergi salam mama, sayang.." pujukku lembut. Wajahnya yang mulus memandang lagi ke arah ku seperti meminta kepastian. Aku mengangguk sambil tersenyum. Dia memandang ke arah Arif. Arif juga mengangguk.

Perlahan-lahan, Tasya menuju ke arah Nurul dan Nurul terus mendakap Tasya dengan erat. Anak2 ku pula hanya memerhati dengan penuh kehairanan. Mereka juga tidak mengerti apa yang berlaku sebenarnya.

Setelah keadaan semakin tenang, aku mengajak Nurul duduk di ruang tamu. Anak-anaknya masih tidak renggang dari sisi Nurul. Manakala anak-anak ku pula telah ku suruh naik ke bilik masing2. Aku terus ke dapur untuk membuat air. Dapur masih berselerak. Hidangan makan malam masih belum aku sediakan.

Setelah meletakkan sedulang air teh, aku meminta izin untuk ke dapur. Sengaja ku biarkan Arif berbincang dengan bekas isterinya bersendirian. Aku kalau boleh tidak mahu camputangan dalam urusan mereka. Aku terus menyiapkan hidangan makan malam. Sambil itu aku mencuri-curi pandang ke ruang tamu. Esakan tangis Nurul kadang kala kedengaran. Arif tidak banyak bercakap. Sekali sekali aku mendengar Arif menjawab dengan suara yang agak tegas.

Setelah semuanya siap terhidang, aku menjemput Nurul untuk makan malam, kami semua duduk di meja makan. Sambil makan aku dan Arif hanya diam membisu. Bagaimanapun anak-anak Arif kelihatan gembira sekali. Tasya bagaikan melepaskan kerinduan dengan ibunya. Biasanya aku yang akan menyuapkan dia makan tapi kali ini, Nurul yang menyuapkan.

Tiba-tiba terbit rasa cemburu di hatiku melihat kemesraan mereka anak-beranak. Seketika aku terasa seperti dipinggirkan oleh anak-anak Arif. Sempat ku jeling ke arah Arif, mata kami saling berpandangan. Dari pandangan matanya, jelas Arif seperti serba salah. Mungkin dia sendiri keliru dengan kejadian malam ini yang tidak diduga.

Setelah Nurul pulang, anak2 semuanya telah masuk tidur, yang tinggal hanya aku dan Arif. Kami masih duduk di atas sofa. Arif, sedari tadi hanya diam tidak bersuara sambil menonton TV. Aku berbaring, meletakkan kepalaku di ribaan Arif. Tangan Arif ku capai lalu ku kucup perlahan dan aku letakkan ke pipi ku. Arif terus mengelus rambutku yang terurai panjang.

Akhirnya Arif bersuara, "Sayang.. abang minta maaf atas apa yang terjadi malam ni. Abang sendiri terkejut. Tak sangka perkara macam ni boleh terjadi. Maafkan abang sayang.." ujar Arif lembut.
"Kenapa abang nak minta maaf, abang tak buat salah apa-apa pun" balas ku perlahan.

Kami terdiam lagi. Suasana sepi seketika.

"Bang.., boleh Ikeen tanya sikit?".
"hmm.. tanyalah sayang." Arif terus membelai rambutku.
"Kenapa Nurul datang cari abang?"
Arif membisu.
"Kenapa abang diam? Jawabla bang.." pujukku lagi.
"Sayang.. kalau abang cakap sayang janji jangan marah ye".
"Eh! kenapa pulak Ikeen nak marah, tak pe.. cakap la..". Arif diam seketika seperti mahu menyusun kata,
"Sebenarnya sayang.. hemm... Nurul nak balik semula dengan abang."

Aku tersentak dan terus bangun. Aku memandang tepat ke arah muka Arif. "Habis abang jawab apa?" aku mula mendesak. Arif gelisah, "Abang tak kata apa-apa. Tapi dia terus merayu. Dia menyesal atas kesilapan dia meninggalkan abang dan anak2", sambung Arif.

Hatiku mula berdebar. Perasaanku menjadi tak tentu arah. Aku mula merasakan ada perkara yang tidak baik yang akan berlaku. Oh tidak! Adakah kehadiran Nurul bermakna berakhirnya kebahagiaanku bersama Arif? Usia perkahwinan kami belum pun mencecah setahun. Malah bulan hadapan baru kami akan menyambut ulangtahun perkahwinan yang pertama.

Ya Allah, ujian apakah yang mendatang ini? Aku jadi sayu. Airmataku bagai tak tertahan bila memikirkan kemungkinan yang akan berlaku. Arif memegang bahu ku, jarinya menyeka airmataku yg mula mengalir ke pipi.
"Jangan menangis sayang, walau apapun terjadi abang tak akan berpisah dengan sayang, percayalah".

Arif terus memelukku erat. Aku juga membalas pelukannya bagaikan tidak mahu dilepaskan. Aku berasa selamat dalam pelukan Arif. Aku seperti ingin mempercayai kata2 darinya, tapi hatiku mula cuak..

Malam itu semalaman aku tidak dapat melelapkan mata. Fikiran ku berputar ligat. Apakah yang harus aku lakukan. Masih tergambar, kegembiraan di wajah anak2 Arif di saat bertemu semula dengan mama mereka. Walaupun mereka telah mula rapat denganku, sudah pasti tak akan dapat mengganti tempat ibu mereka yang sebenar.

Aku semakin keliru. Adakah ini petanda bahawa aku harus berpisah dengan Arif? Perlukah aku berkorban untuk kebahagiaan anak2 Arif? Bagaimana pula dengan Arif? Apakah dia masih menyintai bekas isterinya? Persoalan demi persoalan bermain di benak fikiranku sehingga tidak sedar waktu sudah menjelang Subuh. Suara azan sayup-sayup kedengaran. Arif masih dibuai mimpi. Ku renung wajahnya yang tulus. Lelaki yang ku cintai seumur hidupku. Mampukah aku hidup tanpa Arif?

Pagi itu kami masing-masing bersiap untuk ke pejabat. Kebetulan cuti sekolah, jadi anak-anak hanya tinggal di rumah. Arif kelihatan seperti biasa, bagaikan tidak ada apa-apa yang terjadi sebelumnya. Masih sempat bergurau seperti selalu. Cuma aku yang tidak dapat menahan kesedihan. Apakah kebahagiaan yang ku kecapi ini akan berakhir.

Sepanjang hari di pejabat aku resah dan gelisah. Hampir waktu tengahari, Arif menelefon ku memberitahu Nurul akan datang mengambil anak-anaknya untuk keluar berjalan-jalan. Apa yang harus aku katakan lagi. Memang dia lebih berhak. Siapalah aku untuk menghalang seorang ibu dari berjumpa anak2nya.

Akhirnya, aku membuat keputusan, aku tidak boleh mementingkan diri. Demi kebahagiaan anak-anak Arif, aku yang harus mengundur diri. Aku tahu, pasti sukar untuk Arif membuat pilihan. Aku juga tahu Arif amat menyintaiku malah aku juga menyintainya sepenuh hati. Tapi demi masa depan anak-anak, aku harus berkorban.

Petang itu, aku pulang lebih awal. Arif masih di pejabat. Anak2 Arif pula bersama ibu mereka. Ku siapkan makan malam untuk Arif. Anak-anak ku arah mengemas baju masing2. Mereka tertanya-tanya.
"Kita nak pergi ke mana bu? Kita tak tunggu ayah balik ke?" Bertalu-lalu mereka mengajukan persoalan.
"Kita nak balik rumah lama", tegas ku.
"Tapi kenapa bu? Kenapa kita kena balik rumah lama" Mereka masih tak faham.
"Boleh tak jangan banyak tanya. Siap cepat!" aku mula meninggikan suara.

Anak2 ku kaget dan terdiam. Jarang sekali mereka mendengar aku meninggikan suara.
"Nanti ibu cerita", aku kembali memujuk bila melihatkan reaksi anak-anakku yang kebingungan. Aku menulis sekeping nota dan ku letakkan di atas almari solek dalam bilik tidur.

Aku memandang untuk kali terakhir, rumah yang dibeli oleh Arif sempena perkahwinan kami sebagai lambang kasih Arif kepadaku. Walaupun tidak sehebat Taj Mahal, tapi bagi ku itulah istana kami. Istana yang akan aku tinggalkan, dan yang ku bawa pergi hanyalah kenangan indah bersama Arif. Aku terus meninggalkan rumah dengan linangan airmata. Sepanjang perjalanan anak2 ku kelihatan sugul.

Apartmen 3 bilik, rumah yang ku duduki sebelum berkahwin dengan Arif memang sengaja tidak ku jual atau disewakan. Bagiku rumah itulah yang telah menyatukan semula aku dengan Arif. Kadang2 aku masih pulang sekadar membuang habuk. Tapi kali ini adakah aku kembali semula ke sini buat selama-lamanya. Memang jauh berbeza jika dibandingkan dengan rumah banglo milik Arif, tapi ini adalah rumah ku. Tempat aku membesarkan anak2 ku selama ini.

Setelah berkemas, aku duduk di buaian yang terletak di balkoni. Anak-anak sejak tadi terperap di dalam bilik. Mungkin mereka masih bersedih dengan tindakanku meninggalkan ayah dan adik-beradik yang lain. Aku merenung jauh, sejauh masa depan ku yang belum pasti. Aku melihat jam tangan menunjukkan hampir pukul tujuh petang. Agaknya Arif sudah pulang. Apakah dia sudah membaca nota yang ku tinggalkan.

"Kehadapan Abang yang sangat Ikeen cintai dan sanjung tinggi. Terlebih dahulu, izinkan Ikeen memohon ampun dan maaf dari abang kerana keluar dari rumah tanpa izin abang. Ikeen tahu, Ikeen berdosa, tapi Ikeen harap abang dapat memahami. Ikeen tahu abang berada di persimpangan, sama ada untuk menerima Nurul semula dalam hidup abang. Sebab itu Ikeen mengambil keputusan untuk berjauhan seketika dari abang, agar abang dapat membuat keputusan dalam keadaan tenang dan waras.

Abang… Tentunya sukar bagi abang untuk memilih, tapi demi kebahagiaan anak2 abang, Ikeen pasti abang tahu keputusan yang harus abang ambil. Fikirkanlah mereka. Ibu tiri selamanya tidak akan setanding dengan ibu kandung. Lagipun Nurul telah insaf, maafkanlah kesilapan dia. Dia lebih berhak untuk berada di sisi abang dan anak2. Terus terang Ikeen katakan, Ikeen ikhlas dan redho. Ikeen rela berkorban demi anak-anak. Ikeen sanggup terima apa saja keputusan yang abang buat.

Oleh itu dalam jangka waktu yang terdekat ini, Ikeen harap janganlah abang mencari Ikeen. Berilah Ikeen peluang untuk mencari kekuatan diri. Insyaallah tahulah Ikeen menjaga diri dan anak2. Mohon maaf sekali lagi kerana terpaksa mengabaikan tugas sebagai isteri.

Dari yang sangat mencintaimu..
Ikeen "

Deringan telefon bimbit mengejutkan aku dari lamunan. Pasti dari Arif. Memang tepat jangkaan ku. Aku serba salah untuk menjawab panggilannya.
"Assalamualaikum", jawab ku perlahan.
"Waalaikumsalam. Ikeen kat mana sekarang? Kenapa Ikeen buat macam ni?" agak keras kedengaran suara Arif.
Aku hanya diam tanpa jawapan. Arif terus memanggil-manggil. Aku masih membisu. Akhirnya dia mula berlembut,
"Sayang.. tolong jangan buat abang macam ni. Balik la dulu.. kita bincang elok-elok", pujuk Arif. Hati tu terasa cair mendengar kata-kata Arif. Tapi aku telah nekad.

Akhirnya aku bersuara, "abang, Ikeen ikhlas bang. Ini untuk kebaikan anak-anak. Ikeen nak abang bertenang dan buat keputusan secara matang dan waras", aku menjelaskan.
"Sayang, kan bang dah cakap, tak ada apa yang berubah. Abang tetap sayangkan Ikeen. Hal Nurul kita bincang kemudian. Please sayang. Balik ye" pujuk Arif lagi.
"Tak boleh bang, Ikeen tak boleh jumpa abang selagi abang belum buat keputusan. Maaf kan Ikeen bang". Aku terus mematikan telefon.

Aku menangis semahu-mahunya. Berat sekali hatiku untuk mengecewakan Arif. Aku terlalu menyintainya. Bahkan sampai bila-bila aku akan terus menyintainya. Tapi aku harus berkorban demi kebahagiaan anak-anak Arif. Aku telah memikirkan semasak-masaknya, tempat aku bukan lagi di sisi Arif. Aku dan anak-anakku telah biasa hidup sendiri. Insyaallah kami boleh hidup.. tapi benarkah aku mampu hidup tanpa Arif? Aku menangis lagi.

Sudah hampir dua minggu aku meninggalkan Arif. Terasa hidup ku kosong tanpa senyuman dan gurau senda Arif. Aku juga rindukan anak-anaknya terutama Tasya si comel. Setiap hari, Arif pasti akan menelefon dan memujukku untuk pulang, tetapi aku masih berdegil. Sedangkan hakikatnya aku amat merindui Arif. Kalau boleh aku ingin sekali berada di sampingnya. Aku ingin selalu berada dalam pelukannya.

Dia tahu aku berada di rumah lama, tetapi dia tidak berani datang kerana aku mengugut, jika dia datang, aku akan pergi ke tempat lain yang dia langsung tidak akan menemui ku lagi.

Entah mengapa, sehari dua ni aku rasa tidak sedap badan. Sudah dua hari aku tidak ke pejabat. Seperti demam tak demam. Perut ku terasa senak, pening dan tekak terasa loya. Agaknya aku silap makan dan terkena serangan gastrik. Aku malas ke klinik, dan sekadar makan ubat gastrik yang dibeli di farmasi. Tapi keadaanku semakin lama semakin teruk, aku terus muntah2 hingga tidak ada sedikit makanan yang boleh masuk ke perutku. Apa saja yg ku telan walaupun seteguk air, pasti akan ku muntahkan semula.

Aku mula risau. Selalunya ini tanda-tanda alahan mengandung. Aku memang alahan teruk jika hamil. Apakah aku hamil? Aku segera membilang kalendar, hati ku mula berdebar2. Tanpa aku sedari rupanya sudah hampir sebulan aku terlewat datang bulan.

Aku terasa begitu lemah sekali. Anak-anak juga risau melihatkan keadaan diriku. "Ibu, along bagitau ayah ye", tanya anak sulongku.
"Jangan, tolong jangan bagitau ayah. Telefon auntie Zu. Mintak dia datang".
Zu adalah sahabat baikku. Sebaik sahaja diberitahu, Zu terus datang dan membawa aku ke hospital. Aku terus di tahan di wad. Hasil ujian yang dilakukan oleh doktor, aku disahkan hamil. Kandungan ku sudah masuk 6 minggu. Perasaan ku bercampur baur, antara gembira dan sayu. Gembira kerana aku mampu mengandungkan zuriat Arif, tetapi sayu kerana memikirkan aku harus membesarkan bayi ini tanpa ayahnya.

Zu masih menemaniku di dalam bilik wad. Mujur juga aku ditempatkan hanya seorang sebilik, ada privacy. Pintu bilik dibuka, Dr Amir, pakar perbidanan dan sakit puan dan seorang jururawat masuk dan menghampiriku.
"Macamana Pn Shikeen? Masih muntah lagi?" tanya Dr Amir sambil memeriksa nadi di pergelangan tanganku. Aku mengangguk perlahan. Aku masih terbaring lesu di atas katil. Tangan ku di pasang ‘drip’ untuk memasukkan air glukos bercampur ubat. Aku terlalu lemah dan kekurangan air akibat alahan yang keterlaluan.
"Tak apa, kita baru masukkan ubat, insyaallah berapa jam lagi berkesan". Dr Amir menulis sesuatu ke dalam rekod perubatan. Kemudian dia terus merenungku lantas bertanya,
"Umur Pn Shikeen dah masuk 42 tahun ya?"
"Ya doktor".
"Puan, saya rasa puan lebih maklum akan risiko mengandung di usia 40an".
Aku mengangguk lagi. Aku tahu bahawa kehamilan dalam usia begini berisiko tinggi. Aku sebenarnya telah bersedia untuk menghadapi semua risiko kerana aku memang berharap untuk melahirkan zuriat untuk Arif. Tapi itu dulu, hati ku terusik lagi.

"Tapi tak apa, puan tak perlu bimbang. Insyaallah jika puan menjaga kesihatan dan pemakanan dengan baik, semuanya akan selamat. Lagi pun dari rekod ni, saya tengok puan tidak ada penyakit seperti darah tinggi atau diabetes, kan.".
Aku lega mendengarkan penjelasan Dr Amir.
"Suami puan mana ye?" tiba-tiba Dr. Amir bertanya.
"Dia ‘out-station’", balas ku spontan.
Ku lihat Zu menjeling tajam ke arahku.
"Baiklah Pn Shikeen, puan perlu banyak berehat. Kalau perlu apa-apa, boleh panggil jururawat ya", pesan Dr. Amir sebelum melangkah keluar.

"Tahniah Ikeen", kata Zu, sambil memeluk ku.
"Terimakasih Zu..", balas ku lemah.
"Keen, kau kena bagitau Arif", kata Zu. Aku hanya berdiam diri.
"Kau tak boleh sembunyikan perkara ni Keen, dia berhak tahu", ujar Zu lagi.

Kata-kata Zu memang ada kebenarannya. Memang pada Zu telah ku ceritakan segala-segalanya.

"Nanti la Zu, satu hari aku akan bagitau dia, tapi bukan sekarang. Aku tak nak dia buat keputusan yang tak betul. Sekarang ni Nurul dan anak2 lebih perlukan Arif. Biarlah aku berkorban, Zu, demi anak-anak Arif", jawabku.
"Itu aku faham Keen, tapi kau tak rasa ke bahawa kau jugak berhak terhadap Arif, anak yang kau kandung ni, anak Arif, Keen..", pujuk Zu lagi.
"Aku tahu Zu, tapi anak-anak Arif, lebih memerlukan ibu mereka. Anak ni belum kenal siapa ayah dia. Insyaallah aku mampu besarkan dia walaupun tanpa Arif" jawabku menahan sebak.
Zu hanya mengeleng-gelengkan kepala.

"Ok la Keen, aku ni kena belikan makanan untuk anak-anak kau la. Dah kelaparan agaknya kat rumah".
"Tolong tengok-tengokkan budak-budak ye Zu".
"Jangan risau, kau jaga diri kau. Rehat. Jangan fikir yang bukan-bukan, ok".
"Terima kasih Zu. Tak tau la aku nak buat macamana kalau kau tak ada".
"Dah tu. Jangan sebut-sebut lagi. Aku balik dulu ye Keen".

Sebaik saja Zu pulang, air mata ku terus terhambur keluar. Aku sudah tidak dapat lagi menahan air mataku. Ku biarkan saja ia mengalir laju. Aku menangis semahu-mahunya. Aku mengusap perutku perlahan. Kini sebahagian dari Arif berada dalam diriku. Penyatuan cinta ku dan Arif kini terbentuk dalam rahimku. Bukankah ini yang aku impikan selama ini? Kasihan anakku. Apalah nasibmu nak. Maafkan ibu.. Ya Allah! apa yang harus aku lakukan? Aku benar-benar bingung.

Dalam tangisan aku terlena. Aku rasakan bermimpi bertemu Arif. Arif datang kepada ku dengan senyuman. Di tangannya ada setangkai mawar merah. Arif menghampiriku, menghulurkan mawar itu kepadaku. Aku menerima dengan gembira. Arif memegang tanganku dan menciumnya dengan lembut. Airmataku menitis. Aku rindukan Arif. Aku rindukan belaiannya. Seperti aku tidak mahu bangun dari mimpi yang indah itu..

Terasa ada jemari yang mengesat airmataku. Dahi ku terasa panas seperti ada yang mengucup. Aku membuka mata perlahan-lahan. Ku lihat Arif berada di sisi kananku, dengan senyuman. Senyuman yang sangat-sangat aku rindui. Tanganku digenggamnya erat-erat.

"Sayang.." suara Arif begitu lembut menusuk ke hatiku. Aku malu menatap wajah Arif. Aku berpaling ke sisi kiri. Ku lihat anak2 Arif berada di sisi katil. Shafiq, Najwa, Haikal dan Tasya. Tasya memaut lengan ku dengan kuat.
"Ibu, ibu pergi mana? Kenapa tak balik rumah. Tasya rindukan ibu. Along, angah, kak lang & kak uda mana?" Kata-kata anak kecil yang keletah ini membuatkan airmataku kembali mengalir.

"Betul ke Tasya rindukan ibu?" tanyaku menahan sebak.
"Betul bu, ibu tak ada Tasya kena makan sendiri, tak ada orang nak suapkan Tasya. Ayah suap tak best. Jom la balik bu.." Tasya menarik-narik lenganku.
"Tasya, jangan buat ibu macam tu sayang, ibu sakit". Arif menegur anaknya.
"Ayah, ibu sakit apa?", tanya Tasya lagi.

Arif memandangku dengan senyuman yang semakin melebar.
"Sakit buatan orang!" balas Arif secara sponton.
"hah!" anak kecil itu kehairanan.
Aku segera mecubit lengan Arif.
"Aduh..! Sakitnya. Tengah sakit pun pandai cubit orang!"
"Tasya nak dapat adik!" jelas Arif.
"Eh betul ke bu? Tasya nak dapat adik. Dalam perut ibu ada adik! Bestnye!" Tasya segera memanjat katil dan memelukku dengan erat. Shafiq, Najwa dan Haikal mencium pipiku silih berganti.

Arif tersenyum lalu tunduk membisikkan sesuatu ke telingaku. Pipiku terasa panas dan merah. Sehangat kasih yang diucapkan. Aku sedar aku tidak mampu hidup tanpa Arif dan cintanya. Hanya dengan gerak bibir, aku membalas ‘I love you too..sayang’

- sekian -
posted by Penulisan2u @ 3:54 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
18 Comments:
  • At 31/7/09 12:33 PTG, Blogger azzakiah said…

    cerita yang simple n melihatkan pengorbanan seorang wanita...
    teruskan berkarya..

     

  • At 31/7/09 1:46 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    pe jd ngn nurul??

     

  • At 2/8/09 12:01 PG, Anonymous anna salsabil said…

    terima kasih atas komen.
    apa jadi pada Nurul? mungkin boleh sambung lagi

     

  • At 2/8/09 2:21 PG, Blogger khadijah said…

    cerita nya best tapi simple sangat lah.......
    cerita nurul hilang mcm tue jer....
    tapi apa2 pun cerita nie best.....
    teruskan menulis......

     

  • At 2/8/09 3:16 PTG, Blogger syasya said…

    cite ni best..ape yg jadi kat nurul x yah tahu pun x pe rasenye...sbb kalau xde nurul la best hihi...tapi congrats to writer..citer ni mmg best..

     

  • At 3/8/09 5:36 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cite ni best sgt..... coz bhs g ringkas n sedap dbaca...
    ye btol...smbg la, ape jd pd nurul...tp kalo smbg, btmbah la air mata ikeen....
    wa....tidak....nnt aku gak yg berendam airmata bc smbg cite ni..isk...isk..sadisnya...

     

  • At 5/8/09 4:23 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Best cite ni.. sweet sgt

     

  • At 6/8/09 3:12 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best, sweet story..a'ahkn pe jd pd nurul...

     

  • At 6/8/09 3:18 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cita yg sangat menarik tapi tergantung .....apa jadi pada nurul patut masa dihaspital arif cita segala-galanya, baru best, mana perginya nurul.apa pun 80%

     

  • At 6/8/09 3:22 PTG, Anonymous sifa said…

    so sweet... sedihpun ade
    hampir mengalir air mata...
    teruskan berkarya....

     

  • At 6/8/09 5:44 PTG, Anonymous wheezy said…

    comel
    teharu ble bce cte nyh...

     

  • At 10/8/09 12:58 PTG, Blogger zha80 said…

    menarik sangat....
    nak nangis...
    leleh siot...........

     

  • At 16/8/09 3:08 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam anna..
    nice story..i like it!
    sdh endinyer..
    so,next karya do de vry bes!
    gudlucks!

     

  • At 18/8/09 10:42 PG, Blogger hambaALLAH_acik said…

    hmmm.not bad....tp cepat sgt la jln cita ni....tp ok la...nak tau pe jd kat nurul 2...trus hlang je....

     

  • At 25/8/09 3:35 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cerita yang sangat comel.terbuai dengan kekacakkan arif.

     

  • At 27/8/09 1:46 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best citer ni...terharu bila baca.bg sy apa yg jd pd nurul xyah citer pun xper coz nurul 2 watak sampingan je...so kita leh fhm sendirila...

     

  • At 31/8/09 7:16 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sweet....A.1

     

  • At 14/10/09 6:19 PTG, Blogger masdila said…

    best nyer la,,,,,feeling oooo

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group