BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Julai 29, 2009
Cerpen : Secebis Kasih Semalam
Nama Pena : Ridhwan Zainudin

"SAYA cintakan awak Zikri! Benar!" ucap Fatihah, tulus.

Zikri tergamam. Dia benar-benar tidak menyangka yang wanita di hadapannya ini akan mengungkapkan kata-kata keramat itu padanya. Adakah dia sedang bermimpi? Tidak, Zikri yakin dia berada di alam realiti. Namun...

"Apa yang awak merepek ni Fatihah?"

"Saya tak merepek Zikri. Saya cintakan awak!"

"Sudah Fatihah! Saya rasa awak tak sedar apa yang awak cakapkan ni,"

Fatihah mengeluh perlahan. Sampai hati Zikri berkata begitu. Salahkah dia meluahkan apa yang dirasakan dalam hatinya pada lelaki itu? Rasa cinta ini satu dosakah?

"Saya serius Zikri. Saya dah lama cintakan awak. Sejak kali pertama mengenali awak ketika bekerja di syarikat ini, awak mula mendapat tempat di hati saya," tambah Fatihah lagi.

"Tapi awak tahu yang saya dah berkahwin bukan? "

Fatihah diam. Dia tahu Zikri pasti akan bangkitkan isu itu dan dia sudah siap-sedia dengan jawapannya.

"Saya tak kisah Zikri. Saya sanggup bermadu,"

Zikri tersengih. Sudah kurang waraskah wanita di hadapannya ini? Kebiasannya perkataan bermadu itu amat digeruni oleh setiap wanita tetapi berlainan dengan Fatihah. Mengungkapkan perkataan itu seakan tidak memberi kesan di hatinya.

"Awak pasti sedang bergurau Fatihah,"

Ah, apa lagi yang boleh dikatakan untuk meyakinkan lelaki ini bahawa perasaannya benar-benar tulus? Dia menyintai Zikri. Itu yang dia pasti. Zikri yang melihat mendung di wajah Fatihah mula mengerti. Fatihah tampak tidak bergurau.

"Kenapa awak cari masalah Fatihah?"

"Cinta tak boleh dipaksa Zikri. Saya tak mampu lagi membendung rasa sayang dalam diri saya untuk awak. Saya tahu, awak juga menyimpan perasaan yang sama terhadap saya cuma awak tidak mahu mengakuinya.

Zikri tersentak! Apa yang Fatihah cuba sampaikan? Dia juga menyintai Fatihah? Gila! Dia sudah berkahwin. Masakan dia sanggup berlaku curang pada isteri tercinta.

"Saya sanggup berhadapan dengan isteri awak,"

"Bercakap memang mudah Fatihah. Tapi ia tak semudah untuk melakukannya,"

"Belum cuba belum tahu Zikri," ucap Fatihah yakin.

Zikri hairan. Dari mana datangnya keyakinan dalam diri Fatihah? Apa yang lebih menggusarkan, kenapa dia yang jadi pilihan wanita itu?



* * * * *



SIARAN televisyen malam itu tidak dapat menarik perhatian Asmaul. Dia keletihan sebenarnya. Selepas ke klinik petang tadi, dia ke pasaraya membeli barang keperluan dapur. Buat masa ini, bolehlah dia berjalan lagi. Tiga atau empat bulan akan datang, pasti tidak larat untuk bangun.

"Assalammualaikum mama," tegur Zikri.

"Waalaikumussalam papa,"

"Assalammualaikum anak papa. Buat apa tu?" ucap Zikri sambil mendekatkan bibirnya pada perut isteri tercinta yang sudah lima bulan mengandung anak sulung mereka.

Asmaul merasakan sedikit gerakan dalam perutnya seolah-olah bayi dalam kandungan memahami apa yang bapanya tuturkan.

"Apa kata doktor tadi?"tanya Zikri.

"Doktor kata semua okey bang. Doktor suruh jaga pemakanan, jangan buat kerja berat sangat, takut keguguran pula," jawab Asmaul.

Zikri merebahkan kepalanya di perut isterinya lalu telinganya ditekapkan di situ. Bunyi yang keluar dari perut isterinya itu bagai irama merdu pada pendengarannya. Di dalam perut isterinya itu ada nyawa. Ada bukti kasih dan cinta mereka. Tidak sabar Zikri menanti kelahiran anak sulungnya itu.

"Macam mana kerja hari ni bang?"

Zikri segera mengangkat kepala namun dihalang oleh tangan lembut isterinya. Perlahan-lahan rambut suaminya itu diusap. Zikri terasa betapa kasih isterinya melimpah. Persoalan isterinya itu dibiar begitu sahaja. Zikri tenggelam dalam arus cinta Asmaul yang deras.



* * * * *



"APA lagi yang awak nak Fatihah? Berapa kali saya cakap, saya tak dapat terima awak," ujar Zikri sejurus mereka berdua selesai bermesyuarat dengan ketua jabatan pagi itu.

"Kenapa awak tak boleh terima saya?"

"Sebab saya dah beristeri dan bakal berkeluarga tidak lama lagi,"

"Jadi, bagaimana dengan perasaan hati saya ini?"

"Maaf, saya memang tak boleh terima," tolak Zikri.

Fatihah menundukkan wajah. Dia dimamah kecewa. Perlukah dia berputus harap? Perlahan-lahan dia berlalu meninggalkan Zikri keseorangan. Zikri hanya memandang sayu langkah Fatihah. Dia berasa simpati pada gadis itu. Mengapa dalam banyak-banyak lelaki di dalam pejabat, wanita itu memilih dirinya sedangkan Fatihah tahu yang dia sudah mendirikan rumah tangga? Bagi Zikri, Fatihah wanita yang hampir sempurna. Wajahnya persis seorang model.

Anak matanya berwarna coklat. Alis bibirnya tebal. Wajahnya bujur sirih ditambah dengan kulit yang seputih susu namun sedikit kemerahan. Rambutnya pula lurus hingga ke pinggang, ikal mayang, hitam seperti langit malam. Ramai jejaka di syarikat ini yang menginginkannya, tidak kurang juga ada yang cuba memikat hati namun semuanya ditolak. Zikri sendiri tidak mengerti mengapa dia yang jadi pilihan sedangkan ramai lagi anak-anak muda yang sebaya dengan Fatihah, yang lebih kacak, lebih bergaya dari dirinya.

Segugus nafas berat dileraikan dari dalam dada. Tidak Zikri nafikan, sejak mereka berkenalan, ke mana-mana sahaja mereka selalu berdua. Bukan sekadar suka-suka tapi kerana tugasan. Mereka bekerja di salah sebuah syarikat pelancongan dan menjadi tanggungjawab mereka untuk mempromosikan produk dan servis yang ditawarkan di syarikat itu. Oleh kerana itu mereka selalu keluar bertugas bersama ke luar, ke syarikat atau badan-badan korporat untuk menerangkan segala pakej pelancongan yang mereka tawarkan.

Terdetik di hati Zikri, apakah kerana mereka berdua selalu meluangkan masa bersama-sama, menyebabkan gadis itu menyimpan perasaan dalam hati untuk dirinya?



* * * * *



ASMAUL menyelak langsir jendela, melihat kelibat tetamu yang hadir di depan pintu pagar. Seorang gadis berkebaya rona hijau menyapa pandangannya. Siapa agaknya gerangan gadis itu? Lantas, Asmaul membuka pintu.

"Assalammualaikum, cari siapa?" tegur Asmaul apabila mereka bertentang mata.

Fatihah menilik wanita di hadapannya atas dan bawah. Jadi inilah isteri kepada Zikri. Tampak sederhana tapi manis dipandang.

"Waalaikumussalam. Puan Asmaul ke ni?" tanya Fatihah, walau dia sudah tahu wanita ini adalah isteri Zikri.

"Ya, saya Asmaul. Cik ni..."

"Saya Fatihah, kawan sepejabat Zikri," Fatihah memperkenalkan diri.

"Oh, jemputlah masuk," pelawa Asmaul.

Fatihah melangkah masuk ke dalam rumah. Matanya meliar ke sekeliling. Ruang tamu kelihatan begitu bersih dan kemas. Pasti isteri Zikri ini rajin orangnya.

"Duduklah dulu, saya ke dapur sekejap ya,"

"Ah, tak perlu susah-susah. Saya singgah sebentar saja," tolak Fatihah, sopan.

"Ala, air bujang saja. Duduklah dulu ya," balas Asmaul lalu segera ke dapur.

Fatihah melabuhkan punggung di atas sofa empuk rona coklat cair itu. Matanya singgah pada potret perkahwinan yang tergantung di atas dinding. Jelas terpancar sinar kebahagiaan di wajah kedua-dua mempelai. Serta-merta Fatihah diasak ragu. Perlukah diteruskan hasrat hatinya? Tegarkah hati isteri Zikri mendengar apa yang bakal dikatakannya sebentar lagi?

Beberapa ketika kemudian Asmaul datang semula ke ruang tamu sambil menatang dulang berisi seteko teh ais dan sepiring kuih donut. Dulang diletak di atas meja. Perlahan-lahan Asmaul menuang air teh ais ke dalam gelas.

"Jemputlah minum," pelawa Asmaul.

"Terima kasih. Rajinnya puan buat kuih,"

"Panggil Kak As je. Ala, akak duduk rumah tak buat apa. Goyang kaki je. Itu yang tergerak hati nak buat kuih sikit. Suami akak tu suka makan donut," ujar Asmaul membuatkan raut wajah Fatihah berubah.

Fatihah tersenyum kecil. Dia mengambil gelas lalu meneguk teh ais itu perlahan-lahan. Terasa segar kerongkongnya yang kering sebentar tadi. Maklumlah, cuaca panas di luar.

"Dah lama kerja dengan Abang Zikri?" tanya Asmaul, melanjutkan perbualan.

"Lama tu tak lama. Adalah dekat setengah tahun," jawab Fatihah.

Mereka duduk berbual, bertukar-tukar cerita. Asmaul gembira kerana ada teman untuk diajak berbicara. Tidaklah dia kesunyian hari itu. Dua puluh minit kemudian, Fatihah meminta diri. Niatnya untuk berkenalan dengan isteri Zikri termakbul sudah. Cuma tinggal hajat di hati untuk meminta kebenaran berkongsi kasih dari wanita itu. Tunggulah, saatnya akan tiba jua...



* * * * *



ZIKRI terlongo. Benarkah apa yang isterinya khabarkan tadi? Fatihah berkunjung ke rumahnya siang tadi? Nampaknya gadis itu tidak bergurau. Fatihah benar-benar mahu menjadi isterinya. Zikri mula dicengkam gusar. Apa yang perlu dia lakukan?

"Baik budaknya bang. Peramah, hormat orang tua," Asmaul memuji sambil menyandarkan kepala di bahu suaminya.

Zikri tersengih. Apakah ini taktik Fatihah? Mahu menambat hati isterinya agar wanita itu lembut hati lalu menerima Fatihah sebagai isteri kedua?

"Baik benar Shikin ni. Suami curang pun masih dia terima," Asmaul mengulas drama yang sedang ditonton di kaca televisyen.

"Hai, asyik benar awak menonton. Best ke cerita ni?" tanya Zikri sekadar mahu mengubah topik perbualan.

"Drama ni tengah popular sekarang bang. Isterinya punyalah baik, tapi suami dia tetap cari yang lain. Dahlah perempuan tu yang tanggung suami dia. Tak guna dapat lelaki macam tu," ujar Asmaul.

"Em, kalau abang kahwin lagi satu apa yang awak nak buat?" entah bagaimana laju sahaja persoalan itu keluar dari bibir Zikri.

"Kalau abang kahwin lagi satu? Oh, ada pasang niat ya. Tidur luarlah jawabnya!" usik Asmaul.

"Hahaha... abang gurau je. Awaklah satu-satunya dalam hidup abang, dunia akhirat," ucap Zikri lalu menghadiahkan sebuah kucupan di ubun-ubun isterinya.



* * * * *



TIGA bulan berlalu dan keadaan Asmaul semakin sarat. Sesekali Zikri akan menelefon ke rumah bagi mengetahui keadaan isterinya. Apabila tiba waktu rehat dia akan bergegas pulang ke rumah. Asmaul akan menyambutnya di muka pintu dengan senyuman. Tentang Fatihah, gadis itu tidak pula bertindak apa-apa yang mencurigakan. Dia hanya berkelakuan seperti biasa bila mereka bekerja. Cuma sekali-sekala Fatihah akan berkunjung ke rumah, menemani isterinya. Itu pun kerana Asmaul yang tidak henti-henti bertanya tentang Fatihah.

Tengah hari Khamis itu Zikri tidak dapat pulang ke rumah kerana bertugas di luar daerah. Lantas Asmaul mengajak Fatihah datang makan tengah hari di rumah dan gadis itu terus bersetuju. Tepat pukul 12.30 tengah hari, kereta Kelisa yang dipandu Fatihah tiba di depan pintu pagar rumah teres dua tingkat itu. Selepas menikmati makan tengah hari, Fatihah mengajak Asmaul berbual di halaman. Mereka duduk di atas bangku kayu yang disediakan di situ.

"Kak, saya..." Fatihah teragak-agak untuk meneruskan kata.

"Kenapa dik?"

"Saya ada sesuatu nak beritahu kakak. Tentang Abang Zikri,"

Asmaul mula berasa tidak sedap hati. Ada sesuatu yang burukkah telah dilakukan Zikri di belakangnya?

"Kenapa dengan suami akak tu?"

"Sebenarnya..." Fatihah cuba mencari kekuatan untuk meneruskan kata namun tidak ketemu.

"Sebenarnya apa? Ish, kamu ni buat akak berdebar-debar pula," ujar Asmaul.

Fatihah menarik nafas lalu dihembuskan perlahan-lahan. Dia sudah tidak mampu lagi menanggung perasaan yang semakin sarat dalam hati. Mungkin inilah masa yang sesuai untuk dia meluahkan segalanya. Apa nak jadi selepas ini, Fatihah sudah tidak peduli. Apa yang penting, hasrat hatinya terlaksana.

"Sebenarnya saya dah jatuh hati pada Abang Zikri kak," ucap Fatihah dalam satu nafas.

Seperti yang dijangka, riak wajah Asmaul berubah kelat. Fatihah tidak kisah. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

"Saya cintakan Abang Zikri dan mahu jadi isterinya. Saya tak kisah bermadu kak. Saya sanggup terima. Asalkan kakak izinkan saya..."

"Cukup Fatihah! Fatihah sedar tak apa yang Fatihah cakap ni?" Asmaul menukas kata-kata Fatihah tadi.

"Saya sedar kak. Saya juga tak tahu macam mana saya boleh jatuh hati pada Abang Zikri. Bagi saya, bila bersama-sama Abang Zikri, saya rasa selamat. Rasa dilindungi," tegas Fatihah.

"Tapi kenapa suami akak? Kan ramai lagi lelaki bujang di luar sana?"

"Perasaan hati tak boleh dipaksa kak. Mungkin Abang Zikri jodoh yang telah ditentukan buat saya,"

Mencerlung wajah Asmaul mendengar tiap patah kata yang meniti di bibir Fatihah. Gadis ini tidak bergurau. Benar, ada api cinta yang menyala di dalam mata gadis itu. Persoalannya, mengapa Zikri yang menjadi pilihan?

"Abang Zikri tahu?"

Anggukan kepala Fatihah bagaikan belati yang menyiat-nyiat tajam hati Asmaul. Teringat perbualannya dengan Zikri dahulu.



"Em, kalau abang kahwin lagi satu apa yang awak nak buat?"



Oh, Tuhan! Tiba-tiba Asmaul rebah...



* * * * *



BILIK rawatan rapi itu masih belum dibuka. Masih belum ada khabar sejak satu jam yang lalu. Zikri mundar-mandir di hadapan pintu bilik tersebut. Dalam hati, cemas usah diteka. Jantungnya terasa bagai sedang melompat-lompat ingin menyerbu keluar. Seketika dia berhenti. Memandang gadis berbaju kurung kedah rona biru laut berbunga kecil itu dengan pandangan meluat. Serasa mahu sahaja diterkam gadis itu. Entah apa yang telah dilakukan oleh gadis itu kali ini. Apakah Fatihah sudah menyampaikan hasrat hatinya pada Asmaul? Harap-harap tidaklah.

"Macam mana isteri saya boleh pengsan?" tanya Zikri, ingin tahu.

"Saya tak tahu," jawab Fatihah.

"Mustahil awak tak tahu. Kan awak bersama-sama dia waktu tu,’ balas Zikri.

Fatihah terdiam. Perlukah dikhabarkan pada Zikri tentang apa yang telah berlaku? Akan marahkah dia?

"Kenapa Fatihah?" Zikri mendesak.

"Saya beritahu dia tentang perasaan saya pada awak..."

Nah! Tepat sekali telahan Zikri tadi. Marahnya memuncak. Belum sempat dilampiaskan, pintu bilik ICU dibuka. Seorang doktor wanita keluar. Segera Zikri menyapa untuk mengetahui keadaan isteri dan anaknya.

"Isteri dan anak encik selamat. Isteri encik perlu banyak berehat. Tekanan darahnya agak rendah. Mungkin dia stress atau ada buat kerja berat," jelas doktor wanita itu.

Zikri memanjatkan kesyukuran pada Ilahi. Mujur isteri dan anaknya selamat. Dia menoleh mencari kelibat Fatihah tetapi gadis itu sudah tiada di tempat duduknya tadi. ke manakah dia menghilang? Ah, biarlah... isteri dan anaknya lebih penting dari memikirkan gadis yang menyusahkan itu.



* * * * *



ASMAUL membelek barang-barang yang ada di dalam bakul yang dijinjitnya. Sudah cukup rasanya bahan-bahan masakan untuk makan malam nanti. Asmaul merasa ada sedikit hentakan di perutnya. Bayinya menendang mungkin. Perlahan-lahan dia mengusap perutnya yang semakin memboyot itu. Sudah tiga hari berlalu sejak dia kelauar dari hospital dan sejak itu langsung tiada khabar dari Fatihah. Ada juga dia bertanya pada Zikri dan suaminya itu mengatakan sudah tiga hari Fatihah tidak hadir ke pejabat. Asmaul tidak menyalahkan Fatihah. Dia faham apa yang Fatihah rasakan. Perasaan hati memang susah untuk diteka. Asmaul juga tidak menyalahkan Zikri. Dia tahu suaminya itu tersepit dengan keadaan.

Setelah merasakan hentakan di perutnya reda, Asmaul berjalan perlahan ke kaunter untuk membuat pembayaran. Dia ke pasaraya yang berdekatan tanpa pengetahuan suami. Kalau Zikri tahu, pasti teruk dia dimarahi. Bukan apa, Asmaul lemas duduk sendirian di rumah. Lagipun, dia ingin masak sesuatu yang istimewa untuk Zikri malam ini. Selesai membuat pembayaran, Asmaul keluar menunggu teksi. Tiba-tiba anak matanya menangkap sebuah anak patung kucing yang comel yang dipamerkan di kedai cenderamata seberang jalan. Hatinya tercuit. Boleh juga dibeli sebagai hadiah untuk bayinya ini kelak. Lantas Asmaul berjalan perlahan-lahan menyeberangi jalan. Tanpa diduga, sebuah kereta bergerak laju merempuhnya. Jeritan Asmaul bergema dengan beg plastik yang dikendong bertaburan di atas jalan yang dilumuri darah pekat merah menyala.



* * * * *



KERETA yang dipandu berhenti mengejut apabila brek ditekan kuat. Fatihah mengesat peluh yang merenik di dahi. Apa yang berlaku sebentar tadi benar-benar di luar dugaannya. Sepantas kilat ia terjadi. Fatihah mengucap di dalam hati. Apakah yang telah dia lakukan? Ternyata nafsu telah berjaya memperdayakannya, mengheret dia melakukan tindakan yang kejam. Jiwanya dilanda cemas. Kerana terlalu ikutkan perasaan, dia bertindak di luar kawalan. Sungguh, dia tidak berniat untuk mencederakan Asmaul. Dia hanya ingin menggertak namun entah bagaimana dia tidak mampu mengawal diri. Fatihah nekad. Dia menutup mata, membuatakan hati lalu melanggar Asmaul yang terkedek-kedek berjalan menuju ke kedai di seberang jalan.

‘Ya Allah! Apa yang telah aku lakukan?’ detik hati Fatihah.

Enjin kereta dihidupkan semula dan Fatihah bergegas ke hospital. Dia harus memohon maaf pada Asmaul. Dia tidak sengaja. Ya Allah, bantulah aku!



* * * * *



ZIKRI meraup wajahnya. Dia tertekan. Siapalah yang begitu kejam sehingga sanggup melanggar isterinya yang tidak bersalah itu? Apakah tiada perikemanusiaan dalam hati pemandu itu? Zikri tidak putus-putus berdoa di dalam hati agar isteri dan anak dalam kandungannya selamat.

"Zikri!" teriak Fatihah.

Zikri hanya memandang lesu langkah Fatihah yang menghampirinya. Buat apa gadis itu datang ke sini?

"Bagaimana dengan Kak Asmaul, Zikri?" tanya Fatihah, gusar.

"Aku tak tahu. Tadi doktor ada keluar sekejap. Katanya cedera Asmaul agak serius," jawab Zikri, acuh tak acuh.

"Ya Allah!" ucap Fatihah.

Bunyi pintu bilik ICU yang ditolak menarik perhatian mereka berdua. Zikri segera bertanya pada doktor lelaki yang keluar dari bilik itu.

"Maaf encik. Encik perlu bertenang. Kami sedang cuba sedaya-upaya kami. Namun saya kurang yakin yang kami mampu selamatkan kedua-duanya..." ujar doktor lelaki itu.

Zikri terduduk di atas lantai hospital. Farah pula menggigil seluruh badannya. Dia telah jadi seorang pembunuh!

"Tolong doktor! Tolong selamatkan Kak Asmaul!" rayu Fatihah.

"Kita serahkan semuanya pada Yang Maha Esa. Berdoalah..."

"Doktor! Pesakit kehilangan banyak darah. Bekalan darah kita tak mencukupi!" ujar seorang jururawat.

"Dah periksa tabung darah?"

"Sudah doktor. Memandangkan darah pesakit dari kategori B+, jenis darah yang sukar diperolehi, bekalan darah di hospital ni tak cukup," jawab jururawat itu lagi.

"Cuba telefon hospital dan klinik yang lain. Saya..."

"Ambil darah saya doktor! Ambil darah saya!" sampuk Fatihah tiba-tiba.

"Darah awak dari jenis B+?" soal doktor tersebut.

"Ya," yakin jawapan Fatihah.

"Baiklah, ikut saya,"

Zikri hanya mampu memerhati langkah Fatihah yang membuntuti doktor lelaki itu masuk ke bilik ICU. Dia tidak mampu berkata-kata. Apa yang penting adalah keselamatan anak dan isterinya. Kalau sesuatu terjadi pada mereka, Zikri tidak tahu apa yang akan melanda dirinya...



* * * * *



HAMPIR dua jam berlalu dan akhirnya pintu bilik ICU dibuka semula. Zikri yang baru sahaja pulang dari mengerjakan solat Maghrib pantas mendapatkan doktor lelaki tadi.

"Bagaimana dengan keadaan isteri dan anak saya doktor?" soal Zikri, cemas.

Doktor yang memakai tag nama Syahar itu mengukir segarit senyum sekaligus menghadirkan kelegaan dalam hati Zikri.

"Alhamdulillah, pembedahan telah selamat dilakukan. Isteri dan anak encik masih belum sedar lagi. Keadaan kedua-duanya stabil buat masa ni. Tahniah atas kelahiran bayi perempuan yang comel," ucap doktor yang bernama Syahar itu.

"Alhamdulillah..." ucap Zikri, penuh makna.

Sesunguhnya rahmat yang Tuhan berikan amat tinggi nilainya. Syukur isteri dan anaknya selamat dari segala bahaya.

"Tapi, boleh saya tanya sesuatu?" pinta doktor bercermin mata itu.

"Ada apa doktor?"

"Encik kenal dengan perempuan bernama Fatihah?"

"Kenal, dia bekerja satu pejabat dengan saya,"

"Boleh encik hubungi keluarganya?"

"Setahu saya, dia anak yatim-piatu. Kenapa dengan dia encik?"

"Begini..."



* * * * *



BAU harum kemboja putih menular di segenap ruang udara tanah perkuburan itu. kesunyian bermaharajalela di mana-mana. Hanya desiran dedaun yang sesekali menampar pendengaran, sayu. Rakan-rakan sepejabat yang lain sudah lama pulang. Tinggal Zikri keseorangan di tanah perkuburan itu. Asmaul dan anak perempuan mereka, Raudhah Fatihah masih ditempatkan di hospital buat sementara. Zikri menyandarkan kepalanya di batang pohon kemboja yang kekar. Jelas dia keletihan dan dilanda hiba. Di hospital, Asmaul baru sahaja selesai membaca Yassin untuk disedekahkan pada arwah Fatihah. Pemergian Fatihah secara tiba-tiba memang sukar untuk diterima. Namun pengorbanan yang Fatihah lakukan akan tetap diingati sampai bila-bila. Fatihah menerima serangan jantung sewaktu melakukan pemindahan darah. Serangan jantung yang terus memisahkan nyawa dari jasad. Ketentuan Ilahi, tiada siapa dapat menduga.

Asmaul terasa kehangatan dalam tubuhnya. Darah yang mengalir dalam tubuh dia dan anak perempuan mereka sebahagiannya adalah darah milik Fatihah. Secara tidak langsung, Asmaul dapat merasakan kehangatan cinta Fatihah yang mengalir dalam jiwanya. Cinta Fatihah buat suaminya, Zikri. Seperkara lagi, Asmaul akan menyimpan perihal pemandu yang melanggarnya jauh dilubuk hati. Asmaul sempat melihat gerangan pemandu tersebut sebelum matanya terkatup rapat.

Asmaul mengerti yang Fatihah bertindak tanpa mengikut kewarasan akal. Dia tidak salahkan Fatihah. Fatihah masih muda. Cuma dia kesal kerana Fatihah terlalu ikutkan perasaan. sewajarnya gadis muda itu berfikir semasaknya dan tidak membiarkan hati yang dibelit nafsu mengawal diri. Biarlah rahsia itu dikunci rapat-rapat. Kuncinya telah Asmaul tanamkan jauh-jauh di dasar hati yang paling dalam. Biarlah semuanya tinggal kenangan. Kenangan yang pahit walau ada terasa manisnya. Dan buat Zikri, secebis kasih dan ingatan Fatihah tetap akan abadi dalam hatinya sampai bila-bila.
posted by Penulisan2u @ 8:15 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
33 Comments:
  • At 29/7/09 1:03 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    fuh...full of suspense..great..juz like thriller one..haha.congrate writer

     

  • At 29/7/09 2:33 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    suspen gk ceta ne..huhuh...
    nasib hbis gk dibaca.hehehhe..

     

  • At 29/7/09 6:46 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nape aa cinta leh wat seseorg tu hilang akal??
    sy plg xske pmpuan cm2..arap2 smkin bkurang wlwpun
    kat luar sane mmg ramai mcm 2..

     

  • At 30/7/09 10:45 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ades sedih gak cite ni...asyik bace cite sedih je pg ni... ape pun tahniah writer... best giler... tapi mmg ler asmaul ni pemaaf org nye..selalu pikir po+, susah nk cr bini cmni..

     

  • At 30/7/09 11:34 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    CONGRATES for the best story...
    tapi watak fatihah mati tiba2 cam tak best skit
    kan bagus kalau dorang jadi madu.. hik hik..tak pun dia kawin dengan sesapa ke...miss lin

     

  • At 30/7/09 11:55 PG, Anonymous maslinah watti said…

    saya suka cerita ini jalan ceritanya menarik sekali..hingga saya ketawa sendirian kerana fatihah meluahkan perasaannya pd zikri..jarang wanita yg meluahkan dulu perasaannya pd lelaki yg dia kasihi..cerita ini sangat bagus tahniah kepada penulis cerita ni teruskan berkarya dengan cerita-cerita yang lebih baik lagi tahniah dan teruskan usaha...

     

  • At 30/7/09 1:15 PTG, Blogger Ridha Reewani / Rizai Reeani said…

    Salam dan selamat sejahtera semua.

    Jutaan terima kasih saya ucapkan pada komen-komen yang diberi. Saya amat hargainya.

    Saya akan ambil perhatian segala komen yang diberi untuk memperbaiki mutu penulisan saya. Terima kasih sekali lagi.

    Salam hormat,
    Ridhwan Zainudin

     

  • At 30/7/09 1:52 PTG, Blogger hambaALLAH_acik said…

    gd luck 4 writer... bez gk cita ni... leh tahan citanya...

     

  • At 30/7/09 1:53 PTG, Blogger hambaALLAH_acik said…

    tak sangka cna la fatihah 2 leh meninggal lak...tapi not bad this story..keep it up!!!

     

  • At 30/7/09 1:54 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    congratzz writer...the best story that I ever read...
    heee...jalan cerita yg menusuk jiwa dan raga..
    berjaya membawa jiwa pembaca ke dalam cerita...
    apapun tahniah...5 star *****....

     

  • At 30/7/09 2:58 PTG, Anonymous haveafun_day2@yahoo.com said…

    cerita yang amat bagus untuk dipertontonkan.
    banyak pengajaran yang dapat daripada derprn ini..
    nilai kemanusiaan yang tinggi walaupun ada perkara tanpa kewarasan akal berlaku..
    teruskan berkarya..

     

  • At 30/7/09 3:25 PTG, Anonymous misshoney said…

    tu la pmpuan skrg..
    suami org pun nak..
    cinta yang lahir pd tmpat yang xbetul adalah syaitan semata2.
    manusia dikurniakan akal untuk berfikir
    hmm..best cite ni..hihi
    geram je anil baca
    nasib baik mati pmpuan tu
    kalo x siap la kene dgn anil

     

  • At 30/7/09 4:21 PTG, Anonymous sifa said…

    cite yg menarik, selalu nyer pihak suami yg
    terkejar2 nak memadukan isteri ,nie terbalik pulak..
    mcm ini ler senang nak dibaca sbb di buat perenggan
    klu tdk tu pening kepala.... any way
    tahniah penulis.....

     

  • At 30/7/09 4:22 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    citer ni mmg best..jalan cerita nya teratur...to the writer keep it up for the good job..

     

  • At 30/7/09 9:43 PTG, Blogger Rosez Leena (Org Ganu) said…

    touching la cerpen ni..
    best n sweet n sedeyy
    nway thumbs up for u!
    all the best for next cerpen

     

  • At 30/7/09 10:59 PTG, Blogger Alfie Stole Niena said…

    pergh!!! best gila cerpen ni.. good job..teruskan berkarya!

     

  • At 31/7/09 9:23 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bodoh punya pompuan rampas laki orng..

     

  • At 31/7/09 10:25 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    this is a such a gud story ridwan!!
    hehe..
    cerpen mcm ni la yang haku tunggu2..
    isi dan penceritaan memang tersusun rapi..
    ending yang bek, leh di jadikan pengajaran..
    memang pelik tapi benar someone yang luahkan perasaan dengan orang yang da kawen..tu berani mati nama nya..
    hehe..
    KEEP IT UP BOBOY!!!!!

     

  • At 31/7/09 12:21 PTG, Anonymous Maryam Kamal said…

    ~ Simple!

    Cerita yang simple, tapi penuh dengan kejutan!
    Plot teratur + lenggok bahasa yg tepat = well done!

    Erm, penulis lelaki ke?
    First time saya baca karya lelaki sebegini touching.. =D
    Keep it up!

    Tapi, kesian Fatihah... Muda2 dah ada heart-related-problem..

    =D

     

  • At 31/7/09 4:25 PTG, Blogger Ridha Reewani / Rizai Reeani said…

    Salam dan selamat sejahtera semua.

    Jutaan terima kasih saya ucapkan pada anda semua yang sudi singgah membaca cerpen saya yang tidak seberapa ini. Ketahuilah, ulasan dan pandangan anda semua amat saya hargai dan dijadikan pemangkin semangat untuk saya terus menulis.

    Terima kasih saya ucapkan sekali lagi.
    Ada masa terluang, jemputlah singgah ke blog penulisan saya iaitu http://ridh-one.blogspot.com

    Harap boleh beri tunjuk ajar. Sekian, terima kasih... :)

     

  • At 31/7/09 4:49 PTG, Anonymous dhamirah_dekno@yahoo.com said…

    GoOd StOry!

    (^_^) dhamirah (^_^)

     

  • At 31/7/09 11:06 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ridhwan cter awk nie mmg best lar..keep it up boy..truskan usaha..tp aku nak gtau kat awk satu prkare la..bkn ke darah jnis B+ sng nak cari n drah jnis AB yg ssah nak cr..

     

  • At 1/8/09 1:41 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best giler! congratz writer!

     

  • At 2/8/09 12:58 PG, Blogger syasya said…

    citer ni best....

     

  • At 2/8/09 10:34 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    plu ke plih suami orang???
    plu ke wat org lain sengsra dmi mmuaskan hati kita??


    ppe pom ni sume cter,,,hop xder yg cm 2..
    wallahuallam...
    cter ni bleh d jdikan pngajaran...=)

    wat pnulis,,good for u...
    try wat cter yg lbih mnyentuh hati pmbaca...

    _ROSMAZMIL (^_^)

     

  • At 3/8/09 6:05 PG, Blogger Ridha Reewani / Rizai Reeani said…

    Salam dan selamat sejahtera.

    Terima kasih saya ucapkan untuk semua komen yang diberi. Saya akan ambil perhatian dan perbaiki kelemahan yang ada, Insyaallah...
    Terima kasih sekali lagi... :)

     

  • At 5/8/09 1:45 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    touching btl citer ni..... kpd semua, jadikanlah citer ni sebagai iktibar dan pedoman hidup.... hormatilah hak org lain walaupun kenyataannya memeritkan........ for writer gd job n well done!!!!

     

  • At 6/8/09 3:22 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    very touching......
    keep up the gud work.....

     

  • At 6/8/09 4:43 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    good story, pandai buat cuak2 kn pembace, byk kejutan...n cte yg menarik...congrtn...

     

  • At 6/8/09 8:17 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Tahniah!! crita bagus, gaya pnulisan ok.
    hasilkn crita yg lbh brkelainan pd msa akn dtg.

     

  • At 8/8/09 12:53 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    benci org mcm fatihah


    well writer..
    anda telah mencuri ati sy..
    chewaahh..
    gud job lah..

    =)

    xde nk komen ape2 dah

     

  • At 20/8/09 8:18 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    actly, xbce ag..
    juz bce cmmnt je..
    tp bce cmmnt2 ni wat kn aku NAK BCE..
    HOPE best r ekk..
    tp npe gne nme FATIHAH pgng wtak jahat ek?..
    apepun, gd luck ridwan.

     

  • At 20/8/09 8:26 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhu
    dah bce...
    patot r FATIHAH..
    HMM best..gud job writer.

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group