Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Tok,Oyeh alik nih.Ashalaikum,tuk!"Ruang rumah usang yang tadinya sunyi menyepi bergema kini dengan tempikan anak kecil itu.Sudah kebiasaan,pulang sahaja dari sekolah,atuknyalah yang menjadi sasaran utama Oyeh.
Oyeh melangkah anak tangga satu persatu.Dengan berhati-hati,dia duduk di birai pintu rumah kampung buatan kayu milik datuk dan neneknya, lantas ikatan tali kasut putihnya yang lusuh diurai. Dijinjing kasut sekolah itu ke rak rotan tidak jauh dari tempat duduknya tadi. Lalu Oyeh meletakkannya kemas, kemudian berlalu menuju kepada datuknya yang tersayang.
Pak Naim memerhati tiap satu gelagat Oyeh dari tempat persilaannya. Dalam beberapa tahun ini,Oyeh sahajalah penyeri hidup Pak Naim dan Mak Senah.Oyeh tidak seperti anak-anak Kampung Permatang yang lain.Dia itu istimewa pada pandangan sesiapa sahaja,walau setengah dari mereka, melihat Oyeh dengan pandangan yang menghina.Tidak terkecuali kedua-dua orang tua Oyeh sendiri.
Mengingatkan dua hamba tuhan yang dua orang itu,hati Pak Naim dilanda sakit. Sakit kerana dua. Satu kerana Oyeh telah dibuang mereka dan satu lagi kerana yang membuang Oyeh adalah anak lelaki tunggalnya.
"Tak apalah kalau abah dengan umi,tak mahukan Oyeh.Jamal ingat,nak hantar dia ke rumah kebajikan sahaja.Di sana nanti adalah yang sama jenis dengan dia meneman.Senang sedikit dia bergaul".Berderau darah lelaki tua itu.Sungguh tidak dia menyangka,anak yang dijaga bagai menatang minyak yang penuh ,sampai hati mengusulkan pendapat yang sedemikian.
Jamal diberi didikkan yang secukupnya.Tidak berpuas hati dengan didikan daripada guru-guru di sekolah dan tok ayah yang mengajar Jamal mengaji,dia dan isterinya sendiri tak putus-putus mamberi tunjuk ajar di rumah.'Entah dimana silap aku sehingga begini hasilnya.Ya Allah,aku memohon keampunan atas salah aku mendidik kurniaan Mu ini sehingga anaknya sendiri dipersiakan'.
"Begini sahajalah Jamal,Salmah.Kau tinggalkan sahajalah Oyeh.Biar aku jaga dia.Aku janji pada kamu berdua,aku akan didik dia sebetul-betulnya,biar nanti bila sudah besar,dia pandai memilih mana baik buruknya.Biar dia tahu menghargai kurniaan tuhan,anak sendiri.Sudahlah,kamu berdua pulang Jamal,Salmah.Baliklah."Digagahkan juga kesabarannya.Segala keringat diperah agar tangannya itu tidak bertindak.
Pak Naim terus berlalu pergi.Marahnya kini sudah sampai ke batasnya.Kesabarannya juga hampir sahaja rebah ke bumi.Waktu itu,Mak senah hanya mampu teresak-esak disamping cucunya yang satu.Air mata cuma yang mampu menggambarkan perasaan kecewanya ketika itu.
Sedang Jamal dan Salmah berpandangan sesama sendiri.Penyesalan yang terguris di hati mereka langsung tidak membatasi kelegaan yang baru diraih.Mana tidaknya,beban yang terpaksa dipukul pundak sendiri,kini sudah tiada lagi. Walau ada rasa bersalah senyum seolah-olah terukir pada wajah mereka, itu yang dilihat Pak Naim waktu itu.
"Tok,tok,tok!nyape nih.Oyeh manggil tuk ari adi agi.tok tak awab.nape…tok tak ayang Oyeh ek?".Rengetan Oyeh itu mematikan terus lamunan Pak Naim terus diusap kepala anak yang menghampirinya.
Senyuman diukir seikhlas mungkin agar perasaan yang berkecamuk terkatup rapat."Cucu atuk sudah mandikah?Zuhur?sudah tunaikan?" Oyeh yang tadinya pura-pura merajuk berpaling kearah datuknya.
Cebikan yang dimimik Oyeh menambahkan kecomelannya.Geli rasanya hati Pak Naim.Jiwanya berbunga bahagia."Lum agi.mashe Oyeh pulang olah adi,bayu masyuk waktu.Oyeh mayang ulu la,tuk.Anti,ita akan shame-shame ek,tuk,ek?."Oyeh menjawab pertanyaan Pak Naim.Lelaki tua itu mengangguk.Oyeh lantas menuju ke biliknya.
IBU DAN AYAH.
"Mashe kat shekolah adi,Cikgu cakap pashal ibu bapa.Dia tanye Oyeh mane mak ngan ayah Oyeh.Oyeh jawab,Oyeh tak ahu.Tuk ngan Opah tahu,awan-awan shuma gelak kat Oyeh."Oyeh bercerita sambil tangan kanannya menyuap nasi ke mulut.Seleranya agak besar hari ini. Mana tidaknya, kegaringan sepat goreng kegemarannya benar-benar merangsang nafsu makan Oyeh.
Namun Pak Naim dan Mak Senah terkedu.Suapan mereka terhenti.Mak Senah hanya memandang simpati anak itu.Tanpa diduga air jernih mengalir di pipinya.Wanita itu tidak setabah Pak Naim.Dia mencapai bekas air basuh tangan.Kemudian berlalu pergi.Pak Naim hanya mampu memandang,tiada langsung kudrat yang bersisa untuk memujuk.Semuanya habis dipakai demi mengawal emosi sendiri.
Nasibnya baik.Oyeh tidak terus bertanya.Oyeh lebih gemar untuk menghabiskan lauk-pauk di pinggan.Pak Naim meneruskan makan walau setiap yang ditelan terasa pahit.
*********
Alam pada hari ini,cukup selesa dan nyaman.Para penghuni Kampung Permatang,masing-masing sibuk dengan aktiviti hariannya.Kaum adam leka dengan kebun-kebun mereka manakala wanita pula sedang asyik di dapur, menyediakan hidangan tengahari buat keluarga.
Sedang Pak Naim begitu khusyuk menyemai benih padi yang baru di ambil dari dewan sivik kampung Permatang.Memang sudah jadual penduduk yang mengusahakan sawah padi,pertengahan bulan ini,padi akan disemai semula setelah selesai membajak.Pak Naim jua begitu.
"Naim,naiklah dulu!Dah lama aku lihat engkau disitu.Rehatlah sekejap!"Laungan dari teman sekampungnya,Pak Mansur membantutkan niat Pak Naim untuk menabur benih yang sedang digenggam tangannya.Ditenung lama kearah susuk yang melambainya dari jauh.
Pak Naim sudah tua.Maka,tidak hairanlah andai mata uzurnya itu sedikit kabur.Lama dia meneliti.Silauan sinar mentari yang terik tidak diam dari menggangu pandangan Pak Naim.Setelah yakin susuk itu itu milik Pak Mansur,Pak Naim membalas lambaiannya dan terus bergerak kearah pondok,tempat rehat petani-petani pada waktu itu.,dengan bahunya menggalas cangkul.
"Amboi,Naim.Rajin engkau hari ini,ya?Tidak padan dengan usiamu,tenaga kau cukup banyak.Tidak seperti mereka ini,baru setengah hari,sudah berhenti sekerat jalan."Pak Mansur memuji sedang mereka yang lain memandangnya seakan tidak berpuas hati.
Pak Mansur selalu cakap lepas.Mungkin kerana itulah ramai yang tidak sebulu dengannya."Tak adalah Mansur.Aku ini mengejar masa.Kalau aku banyakkan rehat dalam bendang itu,bagaiman pula kebun buah aku nanti.Silap-silap bertuankan tupailah pohon-pohon disitu."Tawa mengiringi jawapannya.Isi pondok itu turut sama tergelak.Seloroh Pak Naim memang menjadi.
Seorang anak muda menghulur secawan teh kepada Pak Naim.Si tua itu menyambutnya dengan senyuman ikhlas lantas menuju tempat Pak Mansur sedang bersantai.
"Oyeh bagaimana,Naim?Sihatkah?Lama benar tak aku ketemu budak itu sejak kau hantarnya ke sekolah."Pak Mansur memang akrab dengan Oyeh.Melihat kepada raut Oyeh,mengingatkan lelaki seusia Pak Naim itu kepada zaman kanak-kanaknya bersama Pak Naim.Wajah Oyeh ada iras sahabatnya itu.
"Oyeh baik sahaja,Mansur.Belajarnya juga boleh tahan.Kau tahu,peperiksaan baru-baru ini,pencapaiannya memuaskan betul.Tak salahlah tindakkan aku menghantarnya ke kelas khas sekolah itu.Cuma.."Pak Naim tidak meneruskan kata-katanya.Dia seboleh-bolehnya tidak mahu mengingat kembali peristiwa di meja makan
kelmarin dulu.Sakit hatinya.Pedih dan geram bermain-main dalam hatinya.
"Apa dia,Naim?Cakaplah?Oyeh tak suka belajar di sekolah?Dia bergaduh disekolah?Ceritalah kepada aku.Oyeh itu sudah aku anggap seperti cucuku.Sakit dia sakit aku juga,Naim"Pak Mansur memaksa kawan yang ada didepannya itu.Pak Naim serba salah.
Dilepaskan pandangannya ke tengah bendang."Dia mengungkit pasal Murad dengan Salmah."Ringkas jawapan Pak Naim.Getar suaranya jelas menampakkan perasaan hiba.Pak Mansur yang masih setia duduknya itu terkedu.Sekian lama dikenali Oyeh itu,baru kali ini disebut-sebut tentang dua orang tuanya.Tiada kata yang terlepas dari mulutnya kini.Dia juga hilang tuntas.
"Dah lama aku disini,Mansur.Aku nak habiskan satu kotak benih hari ini.Sedikit sahaja lagi.Aku pergi dulu ya,Mansur.Jemputlah ke rumah.Pasti Oyeh suka bertemu denganmu.Aku pergi dulu.Assalamualaikum."Pak Naim mencapai cangkulnya lalu menuju ke sawahnya dalam kelesuan yang masih hangat.
Pak Mansur,hanya mampu menghantar kawannya itu dengan pandangan mata.Kasihan menimpa hatinya atas apa yang bakal berlaku andai Oyeh itu,diragut semula dari Pak Naim.
Pak Mansur menyandarkan tubuhnya yang sudah kecut pada dinding pondok istirehat itu.Hakikatnya,usianya sama dengan Pak Naim tetapi kudrat mereka lain benar.Mungkin kerana Pak Naim,waktu mudanya kuat bersenam manakala dia pula,Sememangnya malas dalam pekerjaan itu.Nah,bahananya,letih senang menyerang.Dalam bising anak-anak muda berjenaka dan berkelahi,Pak Mansur terlena dalam seribu satu kegundahan.
SURAT.
Sore mendatang lagi.Kokokan ayam bersahut-sahutan menjadi jam loceng yang setia bagi golongan emas kampung Permatang itu.
"Oyeh,bangun sayang.Hari ni kan sekolah,Oyeh kena bangun awal sedikit.Banyak yang Oyeh kena buat lagi.Pergi mandi dulu,gosok gigi,lepas tu,pakai baju sekolah.Opah sangkutkan di situ.Nanti dah selesai semua,Oyeh turun sarapan,ya?Atuk dah ada tunggu Oyeh di dapur.Cepat sikit,nak."Mak Senah mengejutkan cucunya itu.Sudah menjadi rutin mengejutkan Oyeh.Cuma beberapa bulan ini sahaja,Oyeh itu dikejutkan awal.Maklumlah,dia sudah perlu ke sekolah.
"Ala opah ni,Oyeh ngantuk agi la,tak payah gi shekolah la ari ni.Leh tak,Opah?Oyeh mengantuk ni"Oyeh memang selalu begitu.Bangun tidur selalu liat.
Pernah sekali,hingga petang terlajak tidurnya.`Oyeh kena bangun juga.tak apa,kalau tak nak,Opah bagi tahu pada atuk.Biar dipiat sahaja telinga Oyeh ,macam masa Oyeh tengah mengaji,nak?"Opahnya itu mengugut.Oyeh hilang perkataan.Dia bangun malas dari katilnya menuju bilik mandi.
"Apa yang dimenugkan itu,bang?"Pertanyaan Mak Senah mengejutkan suaminya dari lamunan.Sesuatu yang sedang berlegar laju dalam mindanya,hilang terus.Ditenungnya wajah Mak Senah teliti.Mencari suatu jawapan di situ.'Bagaimana kamu nanti,Senah?Apa kamu bisa menempuhnya? Aku benar-benar tidak mampu'.
"Kenapa ini,bang?Begitu pula ditenungnya kita."Sekali lagi Mak Senah mengajukan soalan.Pada matanya,lain benar laku Pak Naim hari ini.Pak Naim sekadar menggeleng.Dicapainya cawan berisi milo panas lalu dihirup isinya.Sebentar kemudian Oyeh muncul menceriakan ruang dapur dengan rengetan dan celotehnya.
Sampai di pintu pagar sekolah,Pak Naim memberhentikan motornya."Tok,anta shampai alam lah.Oyeh penat lah jalan kaki.Ati alik,kene jalan agi."Oyeh protes dengan tindakkan Pak naim yang tidak seperti kebiasaan,menghantarnya hingga ke dalam kawasan sekolah.
"Oyeh tak payah pergi sekolah sahajalah hari ini.Kita jalan-jalan,mahu?"Oyeh terkejut dengan pelawaan atuknya itu.Selalunya atuk itulah yang akan marah,piat telinganya kalau Oyeh tak mahu ke sekolah.Peluang ini bukan selalu.Oyeh mengangguk girang lantas membonceng semula motor buruk milikan Pak Naim.
"Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang sudah kami jalankan ,kami dapati mental Oyeh kurang sihat.Tahap IQnya sangat rendah.Mungkin kerana itu,perwatakannya sentiasa kebudak-budakkan.Namun janganlah pak cik khuatir,dia tidak merbahaya kepada sesiapa.Cuma,saya berharap dia ini tidak dipinggirkan.Secara peribadinya,saya harap,anak ini tidak dihantar ke rumah kebajikan,seperti kehendak Jamal itu,pak cik."Pesanan dan nasihat doktor Khalid,yang juga kenalan lama anaknya masih diingat Pak Naim.'Apa yang dikatakan orang,apa aku peduli.Oyeh tidak cacat akalnya.Dia sihat.Lagi pula,aku yang jaga di,aku tahu dia.Dan sehingga matiku,aku yang akan bela Oyeh'.
"Tuk,andi la dengan Oyeh.Sheronok andi shungai ni,tuk.Mari la,teman Oyeh!"Anak yang sedang berendam itu,memujuk Pak Naim yang sekadar memerhatinya di tebing.Dia sekadar menggeleng dan melemparkan senyum.
"Oyeh mandi la,cu.Cepat sedikit,ya.Selepas ini kita pulang.Sebentar lagi,zuhur.Samalah dengan waktu pulang sekolah Oyeh,ya."
Sampai sahaja di laman rumahnya,Pak Naim dikejutkan dengan kehadiran sebuah kereta mewah yang terpakir di laman sempitnya.Hati lelaki tua itu disapa risau.Entah kenapa,dia rasa takut dan gundah.Oyeh yang masih membonceng dipandang sebagaimana anak kecil itu menenung hairan padanya.Wajahnya menunjukkan riak ingin tahu.Tiba-tiba,Mak Senah meluru kearahnya.
"Bang,anak kita balik,bang.Mari,kita ketemu dia.Mari,Oyeh."Wanita separuh abad itu kelihatan girang.Rindu tidak berjumpa Jamal setelah 7 tahun lamanya,terubat hari ini.Tapi,Pak Naim tidak begitu.Wajahnya masam mencuka.Digenggam erat tangan Oyeh seakan-akan tidak mahu melepaskan anak itu.Bagaikan hari ini,dia bakal berpisah dengan Oyeh.
Melangkah sahaja muka pintu,.tangannya dicapai Jamal.Dicium Jamal tangan yang membesarkannya itu.Wajah Pak Naim ditatap pilu.
"Maafkan Jamal,abah.Jamal derhaka pada abah.Pada Umi.Ampunkan salah Jamal,Abah."Air mata Jamal yang tertitis di atas tangannya,mengundang hiba Pak Naim.Matanya turut berkaca.Kini,barulah rindu dan kasih melanda jiwa.
"Sudahlah Jamal.Engkaukan anak abah.Mana mungkin abah marahkan kamu,benci kamu.Tengking abah,maknanya sayang,nak."Dua beranak itu,berpelukan.Salmah dan Mak Senah yang melihat adegan itu turut menitiskan air mata.
"Nape shume oyang nak angis ni?Oyeh nak akan,lapar.Mak chik ngan pak cik ni,shape,opah?"Oyeh memecah hiba yang merajai perasaan isi rumah itu.Jamal merapati budak itu.Dia melutut dan menggenggam bahu Oyeh."Anak ayah!"Dia lantas memeluk raga yang masih terpinga-pinga dan kebingungan.
PEMERGIAN.
Oyeh sedang melambai-lambai kearah Pak Naim dari jauh dengan senyuman terukir di bibirnya.Sekitarnya sangat gelap sehingga samar-samar pandangan Pak Naim.Dia berlari anak kearah cucunya,cuba mengapai tangan kecil Oyeh.Semakin laju larinya,semakin Oyeh jauh dari Pak Naim.Dikerah tenaga sesungguh hati agar tidak hilang cucunya itu.
Hampir sahaja dengan Oyeh,tiba-tiba susuk Jamal muncul dari belakang budak itu dengan senyum sinis terukir diwajahnya.Dipimpinnya tangan Oyeh lantas berlalu pergi,meninggalkan Pak Naim seorang dalam pekat suasana yang cukup asing.Tubuhnya lesu untuk mengejar.
"Oyeh!"Tubuh Pak Naim sudah dibasahi peluh apabila dia tersedar dari tidurnya.Mak Senah sudah tiada di perbaringan sebelah.Dikesatnya air yang membasahi muka lantas mencapai jam tangan yang diletak di atas meja sisi katilnya.
".Astaghfirullah al-azim.Sudah pagi rupanya."Pak Naim terus mencapai tuala lalu menuju tandas,berwuduk untuk bersolat subuh.
**********
Ruang tamu yang ringkas hiasanya,dilanda sunyi dengan kehadiran dua beranak yang sudah lama berpisah itu
"Abah,berkenaan surat Jamal dahulu,…"Jamal memulakan tuturnya. Setelah lama membisu.
"Abah tahu,Jamal.Tapi,kenapa sekarang?Tak tahukah engkau,tindakkanmu ini menyakitkan aku,umimu,dan Oyeh sendiri?"
"Tapi abah,dulu Jamal tak sedia,bah.Bukan Jamal dengan Salmah tak mahu Oyeh.Abah tahu,kan.Kerja kami pentingkan reputasi,imej.Dahulu kami baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan ini.Tapi sekarang,kami dah lain.Kami dah utuh ekonominya.Dan kami rasa, Oyeh lebih sesuai dengan kami."
"Senang kau becakap,Jamal.Yang menaggungnya kami!Kau hantar Oyeh itu,satu ciuman pun tak kau beri padanya.Kini,dah besar dia,kau nak ambil dari kami.Tak boleh!Aku tak mahu!Pada mata kau,dia cacatkan?Buruk.Aku ini yang tatang dia dari kecil,kau tahu?"Pak Naim menarik nafas dalam sebelum meneruskan bicaranya, "Baiknya,kau batalkan sahaja niat kau itu,Jamal.Aku tak mahu berikan cucu aku itu kepada kau.Langkah mayatku terlebih dahulu!"Amarah Pak Naim sudah berada di kemuncaknya.Dia terus bangun dari persilaannya lalu mengatur langkah keluar rumah.
"Abah,tunggu!"Pak Naim menghentikan langkah di muka pintu utama rumahnya.
"Walau apapun,Oyeh anak Jamal.Jamal yang lebih layak menjaganya,abah.Tidak kira dari segi hukum agama atau undang-undang dunia pun,Jamal yang lebih berhak."Lancar sahaja kata-kata anak itu berhujah.'Andai dulu,kau berfikir begitu,nak pasti tak akan begini.Pasti aku tak keberatan untuk berpisah dengan Oyeh'.
"Salmah!"Jeritan Jamal itu,disahut kuat oleh Salmah yang sedang membantu ibu mertuanya di dapur..
"Kemaskan kain baju kita.Termasuk Oyeh sekali,Kita pulang hari ini juga." Tersentak Pak Naim dengan keputusan Jamal itu.
Tiba-tiba jantungnya diserang sakit yang teramat.Kepalanya pusing.Namun begitu,dia meneruskan juga jalannya sedang kakinya sudah mula longlai.Isi rumah itu,hanya memandang.
Mak Senah juga begitu.Seperti kali terakhir kepulangan Jamal 7 tahun lalu,dia menangis teresak-esak.Kalau tahu begini jadinya,dihalau sahaja pasangan itu kelmarin dulu.Kenyataannya,dia sama dengan suaminya,keberatan untuk melepaskan Oyeh.
Pak Naim sudah menunggang motornya.Ditunggangnya laju,selaju yang mungkin menuju jalan besar dihadapan kediaman lama itu.
“Bam!”Bunyi kuat tiba-tiba berdentum diiringi dengan laungan tayar yang dicengkam piring brek. Sebuah kereta yang tersadai senget di jalan depan rumah keluarga Pak Naim menyembunyikan separu badan motor buruk yang dipandu Pak Naim.
"Tok!"Oyeh yang dalam perjalanan pulang dari sekolah meraung sekuat-kuatnya.Datuk yang dikasihinya kini sedang terbujur kaku di atas jalan.Dia berlari selaju lajunya kearah susuk yang sudah diam.
"Tuk!Angun,Tuk!Angan Inggal Oyeh.Oyeh sayang Tuk.Jangan pergi,tuk."Oyeh merintih.didakapnya tubuh Pak Naim yang berlumuran dengan darah.Seketika kemudian,Mak Senah dan Jamal mendekati mereka.
Alam hari itu,tiba-tiba suram. Langit mendung mengejut dengan awan hitam menyelubunginya.
sedihnyaaaaaaa...sian atuk ngan oyeh.... penulis menamatkan cerita dengan tragik, best. dialognya jg bagus..terutama dialog pak naim tak bagi jamal ambil oyeh. dialog oyeh pun comel tp tak berapa seragam..kadang oyeh sebut ekolah, kadang2 shekolah pulak..:) Penceritaan, ayatnya mengalir baik. saya suka ide cerita ini.
good story...smbgla la lg,jgn bg atuk mati lg.. xpuas lg tgk atuk borak ngan oyeh...
cite ni ingtkn aku pada sorang patient kt sni...die cacat, mum n dad die tgl kt wad xmau amik..so kami serah je kt kebajikan sbb xde waris y datang ambil.. tiap kali tgk baby ni aku mesti nges...klu boleh aku harap sgt2 mum n dad die menyesal skarang jgk...amikla bby tu n jgala...
Ada sedikit silap kecil. atuk cakap kat mansur tentang anaknya murad dan menantunya salmah sedangkan anak atuk nama jamal. takpe. sekali je salah tu. lepas tu dah betul balik. cerita yang mantap!
5 komen je?? best ape cerpen ni.. lebih baguss dari cerpen cinte2 yang sma je jalan crite, and the ending also.. memang mak bapak tak bergune betul c jamal ngan c salmah.. tp aku tgok c jamal yang tak kenal budi.. bodo sangat kejar kekayaan, anak dia di tinggalkan gtu jee.. cian atuk dia, dia yang b'susah pyh jga c oyeh,last2 mati.. hope takde laa dr kalangan kite wat cam ni kan?? hee.. gud2 stiry,i like it..
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sedihnyaaaaaaa...sian atuk ngan oyeh....
penulis menamatkan cerita dengan tragik, best. dialognya jg bagus..terutama dialog pak naim tak bagi jamal ambil oyeh. dialog oyeh pun comel tp tak berapa seragam..kadang oyeh sebut ekolah, kadang2 shekolah pulak..:) Penceritaan, ayatnya mengalir baik. saya suka ide cerita ini.