Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Jam sudah menunjukkan pukul 2.00 pagi. Tetapi gadis yang berumur 19 tahun itu masih sukar untuk melelapkan mata walaupun waktu sudah pun menjangkau tengah malam. Dia asyik berguling ke kiri dan kanan tapi matanya masih degil. Dia memandang adiknya yang berumur 12 tahun di sebelahnya sedang asyik membuai mimpi. Dia cemburu melihat keenakkan adiknya itu di alam mimpi. Sedang mata sudah mampu dijinakkan, Erin tersentak apabila telefon bimbitnya berbunyi. Mahu sahaja dia memaki orang yang menganggu ketenteramannya untuk tidur. Nasib baik itu hanyalah 'missed call'. Kalau tidak,pasti orang itu teruk dimakinya.
Bunyi meseg masuk. Dengan mata yang amat mengantuk, Erin membaca meseg tersebut. Dari seseorang yang tidak dikenalinya.
- Hai..boleh kenal x?, meseg dari orang yang tak dikenali. - Sapa ni ha?Aku kenal ke?, Erin membalas meseg tersebut dengan mata yang berat. - Sy Harizan.Awk boleh pggil sy Ejan.Sy nk kenal ngan awk,leh x?. - Ejan mane ni?Mane awk dpt no.henset sy ni??Sape bagi ha?, Erin mula bengang apabila nombor handphone nya diberi kepada orang yang dia tak kenal. - Kwn sy Hafiz yg bagi.Awk kenal kn? Dia keje jaga kat kilang mancis tu., Ejan menjelaskan kepada Erin. - Oh..Hafiz yg bagi ek??Takpela..salam perkenalan.Sy Erin. K la awk.Sy nk tido dh ni. Dh lewat sgt ni..Esok2 la kite mseg k??Bye..Nite.., Erin terus meletakkan hensetnya di atas meja dan dia terus dibuai mimpi…..
***
Erin terjaga dari tidurnya. Jam sudah pun menunjukkan pukul 8.30 pagi. Dia masih lagi berguling di atas katilnya. Dia melihat adiknya sudah pun bangun dan sedang memegang handphone nya. Erin terus merampas handphone itu dari tangan adiknya.
Oh..akak dah ade pakwe baru ek? Erni dah tengok gambar dia..Hensem gak..hehe..bagitahu mak ek??, adiknya tersenyum macam kerang busuk. Bile mase lak akak ade pakwe ni??Akak kan baru je putus ngan abang Fitri tu..Akak single k??,Erin memeluk bantal yang ada di sebelahnya. Yeke?Tadi Erni tengok ade lelaki hantar gambar kat akak.Tu sape lak?,Erni menarik bantal dari pelukan Erin. Gambar??,Erin segera membuka inbox handphone nya. Ternyata ada gambar Ejan. Ejan menghantar gambar itu pada waktu dia sedang enak tidur. Ha..sape tu?Hensem gak abang tu,Erni melihat semula gambar Ejan. Tu kawan akak..baru je kenal.. Dahla tengok tu..gi mandi..karang akak nak mandi pulak. Erni tu dah la mandi lame, Erin merampas handphonenya.
***
Erin menunggu Ejan di tepi perhentian bas. Ini merupakan 'date' pertama mereka. Hati Erin berdebar-debar kerana dia takut muka Ejan tak sama macam dalam gambar yang dikirimkan beberapa hari lepas.
Hai..ni Erin kan?Saye la Ejan. Cam kan muke saye ni?, Ejan menghulurkan tangan untuk bersalam. Hai..tak le cam sangat. Nampak berbeza sikit..Mungkin sebab rambut awak dah pendek sikit kot.., Erin bersalam dengan Ejan. So, kite nak pergi mane dulu ni??Jalan-jalan kat pekan Teluk Intan ni ke atau nak lepak kat kedai makan?, Ejan tersenyum manis pada Erin. Kite jalan-jalan dulu la..Dah penat nanti baru kite gi minum. Amacam?Ok tak?,Erin membalas senyuman Ejan. Ok..saye ikut jer..Jomla.., Ejan menarik tangan Erin. Erin tersentak. Dia tak menyangka Ejan begitu berani memegang tangannya walaupun mereka baru first time keluar dating. Sebelum ni mereka cume bercinta dalam SMS walaupun baru 3 hari kenal. Mungkin si Erin tu tak sabar nak cari pengganti pakwe dulu kot..hehe..tak tahula ek..
Nape macam terkejut je saye pegang tangan awak?Kan kite pasangan 'couple'.,Ejan melepaskan pegangan tangannya. Yela..ni kan first dating kite..tu yang tersentak bile awak tibe-tibe pegang tangan saye ni, Erin memandang wajah Ejan. Takpela..biar semua orang tahu gadis comel ni, saye yang punye.Takdela diorang berani nak kacau-kacau awak.Betul tak?, Ejan mengenggam erat tangan Erin. Yela tu..itula ayat lelaki..Tapi setianya tak jugak, Erin mencebikkan muka pada Ejan. Tak semua macam tu tau..saye ni jenis yang setia k?Ok…sekarang saye nak awak panggil saye abang, saye panggil awak ayang. Boleh?Barula betul-betul nampak kite ni pasangan kekasih,Ejan tersenyum melihat muka Erin yang sedikit terkejut. Panggil awak abang???Eee..tak biasela…, Erin membuat muka geli. Eleh..mase dengan pakwe dulu pun ayang panggil diorang abang gak kan?? Takkan dengan abang tak boleh kot, Ejan buat muke merajuk. Yela-yela cik abang sayang ooii…, Erin menarik telinga Ejan. Aduh..sakitlah sayang..Tak baik tau buat abang macam ni, Ejan mencium tangan Erin.
***
Sudah 4 bulan Ejan dan Erin menjadi pasangan kekasih yang bahagia. Tetapi mereka jarang berjumpa. Hanya sebulan sekali kerana Erin mendapat pekerjaan di Ipoh dan Ejan pula bekerja di Kilang Proton Tanjung Malim. Sewaktu Erin pulang ke kampung, Ejan pula terpaksa bekerja pada hari minggu. Itu merumitkan mereka untuk berjumpa. Lagi sehari sebelum hari raya aidilfitri menjelma, Ejan mengajak Erin keluar 'shopping' di Bandar Teluk Intan. Hati Erin berbunga-bunga riang kerana dia sudah tak sabar berjumpa dengan putera hatinya yang sudah sebulan tidak bertentang mata. Padahal dia tak tahu hari itu merupakan hari yang paling teruk akan dilaluinya.
Abang nak beli ape ni?Baju melayu dah beli ke?, Erin bertanya kepada Ejan. Dah..nak cari kasut raya je ni. Nak cari jenama Nike. Ayang tahu tak kat mane ade jual?,Ejan menggenggam tangan Erin. Ala..kat Kompleks Menara Condong tu kan ade. Takkan abang tak tahu kot..Apelah abang ni. Yeke?Manela abang tahu..abang jarang lepak situ dengan kawan-kawan. Jomla kite pergi tengok.
Sewaktu Erin sedang memilih pakaian, handphone Ejan berbunyi.
Nape abang tak nak angkat?Sape call tu?, Erin memandang Ejan. Entah..tak kenal pun nombornye..Biarla..Entah orang gila mane yang call tu,air muka Ejan mula berubah.
Handphone Ejan berbunyi lagi. Erin terus merampas handphone Ejan dan menjawab panggilan tersebut. Panggilan tersebut dari seorang perempuan.
Hello..Ye..nak cakap dengan sape?, Erin bertanya dengan sopan. Sape ni? Ejan mane?,perempuan itu bercakap kasar. Saye bakal tunang Ejan.Awak ni siape ye?Ade hal ape nak cakap dengan Ejan?, Erin menjeling Ejan di sebelah. Saye kawan dia. Saye nak jumpe Ejan kat depan Billion sekarang. Ade benda yang saye nak bagi kat dia,perempuan itu terus meletakkan telefon. Abang, kawan abang nak jumpe depan Billion tu. Ade benda yang dia nak bagi. Pergilah., Erin tidak memandang wajah Ejan. Taknak la..abang bukan kenal dia pun. Pergi jela..jom ayang temankan, Erin menarik tangan Ejan.
Mereka pun menunggu perempuan tersebut di hadapan Billion. Riak muka Ejan makin menampakkan gelisah. Erin sudah mula mengesyaki sesuatu.
Itu ke kawan abang tu?, Erin memandang seorang perempuan yang seksi, rambut yang diwarnakan dengan warna perang sedang berjalan menuju ke arah mereka. Ejan diam seribu bahasa. Persoalan Erin itu tidak dijawab. Perempuan itu datang ke arah mereka dan menarik tangan Ejan. Erin tersentak. Mereka berbual jauh sedikit daripada Erin. Erin mula mengesyaki yang perempuan itu merupakan makwe Ejan yang kedua. Erin berlalu daripada situ dan menuju ke stesen bas untuk balik ke rumah. Hatinya hancur. Ejan cuba mengejar Erin tapi baju Ejan ditarik oleh perempuan itu di tengah-tengah jalan. Erin dapat menyaksikan Ejan menolak perempuan itu dan terus berlari ke arahnya.
Ayang, ayang nak pergi mane ni??, Ejan menarik tangan Erin. Abang nak ape lagi?Abang ingat Erin tak nampak ke kejadian tadi?, Erin melepaskan pegangan tangan Ejan. Ayang salah faham ni. Itu awek abang dulu. Dia tak boleh terima yang abang nak putus dengan dia.,Ejan cuba meraih simpati Erin. Kalau bekas awek, kenape dia beria-ria sangat marah abang tadi?Ingat Erin ni bodoh sangat ke senang-senang nak tipu ha???, Erin menolak Ejan.
Perempuan itu datang ke arah Erin. Dia menarik tangan Erin. Erin menepis tangan perempuan itu.
Kak,tolong dengar ape saye nak cakap ni kak.Tolonglah..,perempuan itu memegang tangan Erin sambil menangis. Ape lagi yang kau nak cakap kat dia ha?Ayang,jangan dengar cakap dia ni, Ejan menolak perempuan itu ke tepi. Woi..kau dah mainkan hati aku,kau nak mainkan pulak hati dia ke ha??,perempuan itu mengejar Erin. Mak perempuan tu datang ke arah Ejan. Yang kau tolak anak makcik tu kenapa ha?Kalau kau dah tak suka dia, jangan beri janji palsu kat dia. Kalau tak suka, cakap terus-terang.Ini tak.Depan cakap lain, belakang ade perempuan lain. Kau ingat anak makcik tu ape ha??,mak perempuan itu memarahi Ejan. Kak, tolonglah dengar cakap saya kak. Ejan pernah 'main' dengan saya kak. Baru semalam dia meseg dengan saya cakap nak jumpe malam ni. Dia nak belikan saya kasut raya. Akak jangan la percaya cakap dia kak. Betul kak..dia pernah 'main' dengan saya. Ejan tu cuma nak main-mainkan hati akak je, perempuan tu memegang lengan Erin sambil menangis teresak-esak. Ejan datang ke arah mereka.
Ayang, jangan percaya cakap betina ni, Ejan menarik tangan Erin pergi dari situ. Woi..kau ni memang jantan tak guna!!, perempuan itu menendang kaki Ejan. Ejan membawa Erin pergi dari situ. Perempuan itu pula pergi bersama maknya.
***
Erin tak berhenti-henti menangis. Tak sangka lelaki yang dia pilih untuk menjadi tunangnya dalam masa 2 bulan lagi merupakan seorang 'playboy'. Ejan memberi penjelasan kepada Erin yang dia dengan perempuan itu merupakan bekas kekasih. Tak lebih daripada itu. Erin tidak mempercayai Ejan. Erin 'check' handphone Ejan dan ternyata Ejan mengaktifkan nombor perempuan itu di dalam 'Active 10' nya. Alasan Ejan, meseg untuk meminta putus. Nampak sangat tak logiknya. Sedang mereka berbincang, perempuan itu datang semula dengan abang dan geng-geng abangnya. Mereka menggerumuni Ejan. Erin memberanikan diri bertanya kepada abang perempuan itu.
Abang, nak tumpang tanya. Dah lame ke Ejan kawan dengan adik abang tu?. Lame dah..dari raya tahun lepas. Erin terduduk mendengar kata-kata abang perempuan itu. Erin tidak mahu pergaduhan terjadi di situ. Orang ramai menyaksikan kejadian itu. Erin mula timbul rasa malu kerana perkara itu terjadi di perhentian bas. Erin bertanya soalan yang terakhir kepada Ejan.
Ok..saye nak selesaikan perkara ni sekarang. Abang, pilih antara Erin dan dia ni. Bagi jawapan yang tepat sekarang, Erin merenung tajam wajah Ejan. Abang tak tahu la,Ejan menundukkan mukanya. Waktu jawapan itu diberi, hati Erin hancur dan tertutup rapat untuk insan yang bernama Mohd Harizan. Erin hampir rebah tetapi disambut oleh kawan yang berada di tempat itu. Kawan Erin, Azidah membawa Erin pulang ke rumah. Hari raya yang disambut esok sepatutnya disambut dengan penuh kegembiraan, bertukar menjadi kesedihan bagi Erin. Hubungan dia dan Ejan putus di situ sahaja.
***
Sudah hampir dua bulan Erin putus hubungan dengan Ejan. Gambar Ejan dan memori bersama Ejan, sudah Erin padamkan dari kamus hidupnya. Dia sudah tidak mahu ambil tahu tentang lelaki buaya itu. Erin menjalani kehidupan semula dengan ceria. Erin membuka laman web Friendster untuk membaca meseg-meseg yang dikirimkan oleh kawan-kawannya. Meseg dari abang angkatnya, Abang Anas, menarik perhatiannya. Abang Anas menyatakan bahawa kawan sepejabatnya ingin berkenalan dengan Erin. Lelaki itu bernama Shah dan bekerja tetap sebagai penjawat awam. Umur 20 tahun. Tua setahun daripada Erin. Shah meminta nombor telefon Erin melalui meseg di Friendster. Tak tahu kenape dengan senangnya Erin memberikan nombor telefonnya kepada orang yang tidak dikenalinya dengan lebih dalam lagi. Malam itu, mereka mula berbalas meseg.
- Assalammualaikum Erin, Shah memulakan meseg. - Waalaikummussalam awak, Erin membalas meseg Shah. Mereka semakin rancak berbalas meseg. Memang Erin nampak kesungguhan Shah untuk berkenalan dengannya. Sebab itu Erin tidak kekok untuk membalas setiap meseg Shah. Shah memberikan satu meseg yang amat mengejutkan Erin. Kalau difikirkan, memang tak logik Shah menulis meseg tersebut kepada gadis yang tidak sampai 24 jam dia kenali.
- Awk, sy skrg ni bukan nak cari makwe. Sy nk cari bakal isteri.. - Ha?? Dah jumpe ke?, dada Erin semakin berdebar-debar dengan meseg Shah tu. - Dah..awk la..sy dh nekad ni.Sy nk jadikan awk sebagai isteri sy suatu hari nnti..leh x??. - Sy?Nape lak awk pilih sy?Kite kn baru je kenal.Lgipun sy masih lagi serik dgn percintaan yg dulu.. Erin semakin seronok meseg dgn Shah. Shah tidak putus asa cuba memenangi hati Erin. Erin yang pada mulanya tidak percaya apa yang Shah cakapkan, mula lembut hati. Erin mula tertarik dengan sikap Shah yang tak putus asa meyakinkannya.
- Janji hbgn kite kekal dan janji dgn sy yg awk janji kawin dgn sy lbih specific be my wife. Blh janji tak??,Shah gembira apabila Erin menunjukkan tanda yang positif untuk menerima cinta sucinya. - Sy janji..tapi xkn sy je janji. Awk xjnji pape kat sy pun, Erin menerima lamaran cinta Shah. - Oh sory..ok, sy janji kawin ngan awk and be your husband. Boleh mcm tu x?, Shah berjaya meyakinkan Erin dan memenangi hati gadis pujaan nya itu walaupun mereka masih belum bersua muka. - Ok..thanks sudi menerima Erin ni. Tapi Erin ni xla lawa mane pun, Erin cuba menduga Shah. - Takpe..sy pun bukannye hensem pun. Sy xkisah. Yg pnting hati kite.Betul x? Sy janji akn setia dn syg awk smpai mati. Ni janji sy,Shah melonjak kegembiraan.
***
Selepas 2 minggu bercinta di alam SMS. Mereka pun mengaturkan pertemuan di Teluk Intan kerana Shah juga berasal dari sana. Mereka jumpe selepas Erin balik ke kampung. Pertemuan pertama mereka di hadapan Billion. Tempat Ejan kantoi dengan aweknya dulu. Tapi Erin sikit pun tidak mengingati tentang perkara yang meremukkan hatinya itu. Shah menunggu di dalam kereta Saga yang berwarna oren.
Hai ayang.Baru first time huby tengok ayang depan-depan. Memang same macam dalam gambar kat Friendster tu. Comel je. Abang tak hensem kan?,Shah memandang muke Erin dan tersenyum. Eh..takla b.. ayang biase je..Tak lawa mane pun. Hensem ke tak, lawa ke tak, yang penting hati kite. B gak yang cakap kat ayang macam tu dulu kan??, Erin tersenyum manis pada Shah. Aduh…senyuman ayang leh buat jantung huby gugurla sayang. Sayang, sebelum balik karang, huby bawak ayang jumpe family huby k?,Shah memegang tangan Erin. Jumpe family b??Hari ni jugak ke?,Erin mengerutkan dahi. Yelah..hari ni.Huby nak ayang tahu huby betul-betul series dengan ayang tau. Huby taknak ayang pikir huby same macam lelaki yang pernah mainkan perasaan ayang dulu,Shah menggenggam erat tangan Erin. Okla..Ayang ikut je,b.., Erin membalas genggaman tangan Shah. Shah membawa Erin berkenalan dengan ahli keluarganya. Erin dapat merasakan yang Shah betul-betul series dengan hubungan mereka. Erin sudah berjanji akan setia pada Shah dan akan menjaga hubungan itu sebaik mungkin. Dan Erin berdoa semoga hubungan mereka kekal hingga ke akhir hayat.
* Ini adalah kisah benar yang terjadi pada saya. Cerita di atas adalah kisah benar. Cuma nama sahaja yang saya ubah. Ini juga kisah perkenalan di antara saya dan tunang saya. Kami berkenalan pada 11 November 2008. Pada malam tu jugak kami setuju jadi pasangan kekasih. First date kami pada 22 November 2008. Hari tu juga saya berjumpa dengan family tunang saya. 23 November 2008 pula dia datang berjumpa dengan family saya. Pastu, pada 08 Disember 2008 kedua-dua belah keluarga berbincang untuk majlis pertunangan kami. Masa itu kami baru sahaja kenal dalam tempoh tak sampai sebulan. Kami pun bertunang pada 14 Mac 2009 yang lalu selepas baru kenal selama 4 bulan. Hebat kan? Segalanya tak mustahil..Itulah jodoh..Saya sendiri tak menyangka akan bertemu jodoh hanya kerana selalu online laman web Friendster. Di situ lah saya kenal dengan bakal suami saya. Jika tiada aral melintang, kami akan disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah pada bulan 6 tahun 2010.Insyaallah.. Lagi setahun je.. Doakan kebahagiaan kami berdua…
**(Nama-nama di dalam cerpen 'Mulanya Disini Sayang' adalah rekaan semata-mata)
eleh..perli ayg ek?? ape yg penting, ayg bahagia disisi b tau..xkirela ayg tulis tntg kite pendek atau x.. thanks sudi jadikan ayg ni tunang n bakal isteri b.. smoga hubungan kite kekal slamanya...
ni ieka89.. thanks ats komen korg..cite ni bnyk yg aku ubah.. tak semuanya tepat.. yg tepat tntg kecurangan ejan dn detik aku kenal ngan tunang aku..adios...
thanks atas komen n doa kalian.. thanks doakan aku bahagia dgn tunang aku.. n sape2 yg support aku.. mgkin nasib kite berbeza tapi jgn la sampai xcya lelaki.. abg kite or ayh kite pun lelaki gak.. itu ibarat awk pun xpercaya dengan family sendiri.. tawakal dan doa bnyk2 smga dapat jodoh yg jauh lebih baik..
nice story ieka89 but i plg x ska part pgang tgn msa 1st time jmpa 2... kta org puan jgn sng2 je bg org laki pgang kta tau.,apatah lg yg lbh2..DOSA..hehe. cm x cya plk 1st time msj, x knl pn lg dh blh wt perjanjian nk kwin.. kot ya pun frust kna pk dulu baik buruk sblm wt kptsn..tp nsb u baik seb jmpa org yg baik..lau sebaliknya,cmne??? LU PK LA SENDIRI... i hope u bahagia n teruskan berkarya..gud luck
haha..cite ni xde kena mengena yg hidup ataupun mati ek? lagi satu, yg bg komen tntg xknal dh wat perjanjian kawin. awk, dlm dunia ni kite kene percaya kepda takdir. kite gak xtahu jodoh kite dtg dari mane. mcm tu la gak ngan saye..sy xjangka pun sy leh kenal ngan bakal suami sy tu dlm jgka mase yg pendek. lagipun, mase first kenal, hati sy mmg dh terdetik mengatakan dia la lelaki yg sy cari selama ini.. yupp..mmg betul kata hati saya tu. dia seorang yang caring, understanding, romantic, dn dia sggup bersusah ape2 pun demi saye..thanks god...
crite nie kay.. tol r awal2 pn dh bg pegang tangan.. he.. n..ieka89 cm ak knl je..ngn klu kerete saga n frenster lg.. pe2 pn smuga berbahagia ngn tunang trsyg..adios..
wow..nice story.. so skrg dh kawen la ye.. bestnye.... tp sy nk komen ckit la..awk ni mcm cpt sgt jtuh ati kt laki.pas2 jmpe trus pgang2.. xbest la mcm 2.. sbg org islam kne la jge adab sopan ckit.. ape2 hal cite ni best.. truskn berkarya...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
woO..menarik..
apa2 pun semoga berbahagia kpd penulis..