BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Julai 20, 2009
Cerpen : Motosikal Abah
Nama Pena : Ridhwan Zainudin

BUNYI enjin motosikal jenama Yamaha terasa begitu membingitkan pada sesiapa yang mendengar tapi tidak pada Azhari. Baginya, bunyi bising motosikal buruk milik abahnya itu begitu merdu didengar. Bahkan hidup seharian rasa tidak sempurna bila tidak mendengar bunyi motosikal itu. Azhari yang berada di tingkat atas rumah yang sedang menonton cerita kartun popular ‘Upin & Ipin’ segera turun ke dapur. Pantas Azhari berlari ke muka pintu, menyambut kepulangan abahnya.
"Wah, abah bawa balik pisang!" jerit Azhari kesukaan.
Pak Jenol tersenyum melihat wajah girang anaknya. Peluh yang merenik di dahi diseka dengan jemari kasarnya. Penat berkebun sebentar tadi hilang serta-merta melihat Azhari yang girang menyambutnya di muka pintu.
"Jom, masuk. Kakak kamu mana?" soal Pak Jenol.
"Kakak ke rumah Mak Siah. Ada kenduri," jawab Azhari.
Kerusi di meja makan itu ditarik. Pak Jenol melabuhkan punggungnya di situ, melepaskan penat. Pisang nipah yang diambil dari kebun diletakkan di atas para. Boleh juga dibuat gorengan petang nanti.
"Ari dah makan?"
"Belum. Abah tentu penat. Kejap ya," ujar Azhari lalu bergegas membuka pintu peti ais lalu mengeluarkan botol plastik berisi air sejuk.
Gelas yang terletak di rak berhampiran sinki dicapai. Mencurah laju air di dalam botol itu masuk ke dalam gelas. Lantas, gelas tadi diserahkan kepada abahnya. Pak Jenol menyambut dengan senyuman. Rambut anaknya itu dielus lembut. Inilah buah hati pengarang jantungnya. Peninggalan arwah isteri tercinta. Dia hanya dikurniakan sepasang cahaya mata. Seorang perempuan yang berumur tujuh belas tahun dan seorang lelaki yang baru masuk darjah satu.
"Eh, Ari nak sambung tengok Upin dan Ipin. Kejap lagi kita makan sama ya abah," ujar Azhari.
Pak Jenol mengangukkan kepalanya tanda bersetuju. Azhari berlari anak mendaki anak tangga ke tingkat atas rumah. Di luar, mentari hangat berbahang. Angin pula terasa malas bertiup. Air sejuk di dalam gelas diteguk rakus. Hilang dahaganya. Pak Jenol baru teringat dia masih belum memberi anak-anak keli di kolam belakang rumah makan. Ayam direban sudah mula berteriak minta diisi perutnya. Lantas, Pak Jenol berlalu keluar, meneruskan kerjanya yang tertangguh itu.

* * * * *

"KENDURI apa kat rumah Mak Siah kamu tu?" tanya Pak Jenol sewaktu mereka anak-beranak sedang duduk menikmati makan malam.
"Esok, cucu Mak Siah nak cukur jambul. Abah jangan lupa datang pula. Lepas Zohor," jawab Kamilah.
"Insyaallah..." balas Pak Jenol.
Di atas meja, terhidang sambal keli dan sup sayur berserta sedikit ikan masin dan ulam petai. Azhari tidak bersuara sewaktu makan. Ikan keli masak sambal memang kegemarannya. Dia hanya membiarkan abah dan kakaknya berbual sesama mereka.
"Er... abah..." ujar Kamilah.
"Kenapa?"
"Cikgu dah tanya tentang yuran peperiksaan Ila," beritahu Kamilah membuatkan Pak Jenol tersedak.
Segera dia meneguk gelas berisi air masak di sebelahnya. Kamilah berasa kesal kerana menerbitkan isu itu sewaktu mereka sedang makan. Dia tahu, abahnya sedang berusaha mencari duit bagi menampung persekolahan dia dan adiknya itu. Namun, desakan dari guru kelasnya terasa begitu merimaskan. Setiap kali masuk ke kelas, itulah yang diminta oleh gurunya. Sudah berbuih mulut menerangkan bahawa dia akan membayar yuran itu hujung bulan nanti. Abah sudah memberitahu yang dia akan dapat upah menoreh getang di ladang Pak Karim hujung bulan nanti. Duit upah itu cukup untuk membayar yuran peperiksaannya.
"Cikgu Ila nak cepat ke?" soal Pak Jenol.
"Tak juga. Ila dah cakap hujung bulan nanti Ila bayar tapi cikgu tu tak faham bahasa agaknya. Geram juga Ila," rungut Kamilah.
"Hmm... esok abah cuba bincang dengan Pak Karim kalau dia boleh dahulukan upah abah tu," jawab Pak Jenol, membuahkan gembira di wajah Kamilah.
"Terima kasih abah," ucap Kamilah.
"Dah, makanlah. Sejuk pula lauk tu nanti," ujar Pak Jenol.
Azhari masih tidak berganjak dari mengunyah nasi berlaukan sambal keli itu. Pak Jenol masih belum membayar yuran persekolahan Azhari lagi. Kamilah harus diutamakan kerana dia akan menghadapi peperiksaan besar tahun ini. Mujur Azhari masih kecil, masih tidak mengerti apa-apa lagi.

* * * * *

"LAMBAT hari ni Pak Jenol?" sapa Ramu, salah seorang penoreh di ladang getah milik Pak Karim, penghulu kampung Seri Pinang itu.
"Motor aku meragam Ramu. Biasalah, motor dah uzur, macam tuannya," Pak Jenol cuba berjenaka pagi itu.
"Tukar saja motor yang baru. Habis cerita," cadang Ramu.
"Bercakap memang mudah Ramu, tapi mana aku nak cari duit? Bil api, air lagi. Yuran sekolah budak-budak tu lagi,"
"Pak Jenol tak nak ke jualkan tanah di baruh tu? Dengar kata ada yang berminat nat beli tanah tu," ujar Ramu lagi.
"Ish, itu tanah pusaka! Tak boleh diusik. Untuk anak-anak aku juga nanti. Hmm... tak apa Ramu, selagi motor tu masih boleh bergerak, aku pakai," balas Pak Jenol.
Ramu tidak bertanya lagi. Dia meneruskan torehan. Matahari mula bersinar terang. Tidak lagi bersembunyi di balik awan yang berambal-ambalan di dada langit. Kata-kata Ramu tadi terngiang-ngiang di telinga Pak Jenol. Ikutkan hati memang dia teringin untuk memiliki motor yang baru. Namun, mengenangkan perihal anak-anak lebih penting, Pak Jenol harus menanam impiannya itu jauh di lubuk hati. Ah, selagi motosikal itu masih boleh bergerak, biarlah...

* * * * *

"ABAH mana Kak Ila?" tanya Azhari apabila tidak nampak kelibat abahnya sedangkan jarum jam tepat menunjuk ke nombor tiga.
Kebiasaan abahnya akan pulang untuk makan tengah hari tetapi hari ini tidak. Sesuatu yang jarang dilakukan oleh abahnya itu.
"Abah ada urusan dengan Pak Karim. Kejap lagi baliklah tu," jawab Kamilah sambil melenyek ubi kayu untuk dibuat lepat.
"Oh, bukan apa. Abah dah janji nak bawa adik ke pekan petang nanti. Takut abah lupa pula," balas Azhari.
Kamilah mengukir senyum melihat telatah adiknya yang seorang itu. Dalam hati dia berdoa, semoga abahnya dapat upah pendahuluan untuk melunaskan yuran peperiksaannya.
"Kak Ila, tadi dekat sekolah cikgu suruh lukis benda yang paling adik suka," Azhari memancing kakaknya untuk berbual, mungkin bosan menunggu kepulangan ayahnya.
"Iya? Adik lukis gambar apa?"
"Tekalah kak," pinta Azhari.
"Patung Ultraman?"
"Salah. Teka lagi,"
"Hmm... TV?"
"Apalah Kak Ila ni. TV pula. Tekalah betul-betul," Azhari mendesak.
"Ish, akak menyerah kalah. Susahlah nak teka,"
"Kak Ila ni memang tak kreatif betul,"
‘Hah? Aku dikatanya tak kreatif? Tahu ke si Azhari ni kreatif tu apa? Bukan main lagi mengata aku ya,’ Kamilah bermonolog di dalam hati.
"Kreatif tu apa dik?" duga Kamilah.
"Kreatif tu maksudnya berfikir secara luar biasa. Macam nak lukis gambar rumah. Takkan nak lukis rumah je, mestilah ada langsir, pokok bunga kat tepi rumah tu. Hai, takkan Kak Ila tak belajar kat sekolah kreatif tu apa?"
Terkedu Kamilah mendengar hujah yang dilemparkan oleh adiknya yang berumur tujuh tahun itu. Budak-budak sekarang, memang petah berkata-kata. Mengalahkan dia yang dah berumur 17 tahun.
"Hah, cakaplah adik lukis gambar apa?" tanya Kamilah semula, malas mahu terus membincangkan soal kekreatifan.
"Kejap ya. Ari pergi ambil lukisan Ari tu," ujar Azhari lalu segera berlari anak mendaki anak tangga menuju ke biliknya di tingkat atas rumah papan dua tingkat itu.
Selang beberapa minit kemudian, Azhari sudah berada di hadapan Kamilah berserta dengan sekeping lukisan di tangannya.
"Nah, Ari lukis ni," ujar Azhari seraya mengunjukkan kertas lukisan di tangan pada kakaknya.
Kamilah tergelak kecil melihat gambar yang tertera pada kertas lukisan adiknya itu. Inikah dia benda yang paling adiknya sukai? Sebuah motosikal.
"Cantiknya, pandai adik lukis. Kalau tunjuk kat abah mesti abah suka," puji Kamilah.
"Tahu tak pe. Penat tau Ari lukis ni. Nanti bila dah besar Ari nak belikan abah motor macam Ari lukis ni," bicara Azhari.
"Kenapa nak beli abah motor macam ni? Kan mahal?"
"Nanti bila Ari dah besar, dah kerja, tentu banyak duit," keletah Azhari berkat-kata.
Kamilah mengukir senyum. Dia juga berharap agar taraf hidup keluarganya ini dapat diperbaiki dan yang penting, abahnya hidup bahagia...

* * * * *

"NI duit yurannya Ila. Esok, boleh serahkan pada cikgu," ujar Pak Jenol lalu menghulurkan beberapa helai wang kertas yang bergulung kemas kepada anak perempuannya itu.
Kamilah menyambutnya dengan penuh syukur. Akhirnya, dia tidak akan lagi mendengar bebelan guru kelasnya yang tidak bertimbang rasa itu. Azhari leka bermain dengan patung Ultraman dan beberapa buah patung kecil beraneka bentuk di ruang tamu itu.
"Apa kata Pak Karim abah?" tanya Kamilah, ingin tahu.
"Dia tak kisah asalkan abah selesaikan kerja. Ari, pergi bersiap. Kata nak ikut abah ke pekan," ujar Pak Jenol.
Segera Azhari menghentikan aktivitinya lalu melompat menjerit kesukaan. Sudah agak lama dia tidak ke pekan. Sebenarnya dia hanya ingin bersama-sama dengan abahnya, menaiki motosikal yang selama ini menjadi peneman setia abahnya itu ke mana-mana. Azhari suka apabila deru angin menampar wajahnya ketika membonceng motosikal. Satu perasaan yang tak dapat diungkap dengan kata-kata. Kalau boleh, Azhari tidak mahu turun dari motosikal apabila sudah menaikinya.
Kamilah yang sedang melipat pakaian menggelengkan kepala sambil tersenyum. Tahu keterujaan adiknya yang seorang itu. Agaknya, bila sudah dewasa dan tahu menunggang motosikal, bagaimanalah keadaan adiknya itu. Beberapa minit kemudian Azhari keluar dari bilik, lengkap dengan t-shirt biru berbelang putih dan seluar pendek paras lutut. Rambutnya yang pendek disikat kemas.
"Abah, Ari dah siap!" beritahu Azhari.
"Abah keluar sekejap ya. Ila nak kirim apa-apa?" tanya Pak Jenol pada anak perempuannya.
"Tak ada apa abah. Hati-hati bawa motor tu," balas Kamilah.
"Insyaallah..." ujar Pak Jenol lalu segera mendapatkan Azhari yang sudah setia menanti di sebelah motosikal buruk itu.

* * * * *

PULANG dari pekan, Azhari bergegas naik ke bilik. Sebentar tadi dia terlupa untuk menunjukkan lukisan yang dibuat di sekolah pagi tadi. Di dalam bilik, dia tercari-cari lukisan motosikal yang dilukisnya. Dari atas katil, dia beralih ke belakang almari. Dari bawah katil, dia beralih ke beg sekolah. Habis barang-barang dalam beg sekolahnya dipunggah namun lukisan yang dicari tetap tidak ketemu. Ke mana perginya lukisan itu? Azhari duduk di atas katil sambil berfikir. Seingatnya, sebelum ke pekan, dia ada menunjukkan lukisan itu pada kakaknya. Ya! Pasti kakaknya tahu di mana lukisan itu berada. Segera dia keluar dari bilik, berlari anak ke tingkat bawah.
"Ari, apa lari-lari ni? Nanti jatuh!" tegur Kamilah apabila melihat adiknya menuruni anak tangga dengan pantas.
"Kak Ila! Kak Ila nampak tak lukisan Ari tadi?" tanya Azhari tanpa mempedulikan amarah kakaknya tadi.
"Lukisan motor tu?" tanya Kamilah, sekadar untuk kepastian.
"Ha’ah, nampak tak? Nampak tak?" Azhari bertanya tidak sabar.
"Ada. Akak letak kat sebelah TV," beritahu Kamilah.
Sekali lagi Azhari berlari menaiki anak tangga ke tingkat atas. Kamilah hanya menggelengkan kepala. Kalau tersadung, baru tahu, rungut Kamilah.
"Abah! Abah!" teriak Azhari sambil turun ke tingkat bawah sekali lagi.
"Ari! Kan akak dah cakap jangan lari dalam rumah! Jatuh nanti!" Kamilah tidak dapat menahan marah lagi.
Azhari tersengih menampakkan beberapa batang giginya yang rongak. Kertas lukisan di tangan dipegang rapi.
"Abah mana kak?"
"Abah dah keluar," jawab Kamilah, masih dalam marah.
"Aik? Baru je kita orang balik dari pekan, abah dah keluar semula? Ala..." Azhari bersuara hampa.
"Kenapa ni Ari?"
"Ari baru nak tunjuk kat abah lukisan Ari ni," jelas Azhari.
"La... akak ingat apalah tadi. Kejap lagi abah baliklah tu. Ari pergi mandi dulu. Akak ada buat lepat pisang ni. Kejap lagi kita makan sama-sama,"
"Tak nak! Ari nak tunggu abah!" bantah Azhari.
"Pergi mandi dulu! Kejap lagi abah balik, Ari tunjuklah lukisan tu," pujuk Kamilah.
"Tak nak!"
"Sejak bila Ari jadi degil ni? Akak kata pergi mandi, pergi!"
"Tak nak!" bentak Azhari lalu segera berlari ke luar rumah.
Kamilah yang melihat menjengilkan matanya. Kenapa hari ini degil benar adiknya yang seorang itu? Selalunya mudah sahaja dia menyuruh adiknya itu mandi. Azhari seorang budak yang mendengar kata. Entah kenapa hari ini telinga adiknya itu dipekakan, tidak mahu mendengar arahannya. Tanpa berlengah, Kamilah meninggalkan lepat yang sedang direbusnya di atas dapur. Dia berlari mengejar adiknya. Sesekali kalau dipiat telinga adiknya itu bagus juga. Biar dia mendengar kata.
"Ari! Jangan lari! Mari sini! Akak kata pergi mandi. Kenapa degil ni?" teriak Kamilah.
Azhari ketawa besar memandang kakaknya yang terkedek-kedek mengejarnya. Mereka saling kejar-mengejar di keliling rumah.
"Ari! Tunggu! Jangan lari!" teriak Kamilah lagi dalam nafas yang semakin pendek.
Akhirnya dia terduduk di atas bangku kayu di bawah pokok rambutan berhampiran dengan jalan raya. Kamilah melepaskan penat di situ. Tercungap-cungap dia. Pantas betul adiknya berlari bagai lipas kudung. Azhari yang melihat kakak sedang berehat di bawah pokok rambutan itu segera ke sana. Di tangannya, kertas lukisan tadi masih utuh dalam genggaman.
"Yahoo!!! Kakak kalah! Kakak kalah! Kakak tak dapat kejar Ari," ejek Azhari sambil berlari sekejap ke kiri, sekejap ke kanan di hadapan kakaknya.
Tiba-tiba satu bunyi dentuman kuat kedengaran menarik perhatian mereka dua beradik. Sebuah lori berhenti di atas jalan di hadapan rumah mereka. Ada sebuah motosikal yang terperosok di bawah lori berkenaan.
"Ari, tunggu sini. Akak pergi tengok kejap," ujar Kamilah.
Orang ramai mula berpusu-pusu datang ke tempat kejadian. Riak wajah masing-masing jelas ingin tahu tentang kemalangan itu. Kamilah mencelah-celah di sebalik mereka yang berkerumun. Ada seseorang menolaknya menyebabkan Kamilah terdorong ke depan. Jelas motosikal yang berada di bawah lori itu hancur renyuk. Tunggu! Motosikal itu serasa pernah dilihat! Ya, tidak salah lagi. Mata Kamilah meliar ke sekeliling. Kepingan nombor plat motosikal rona hitam itu menarik pandangan matanya. NW 1919. Masih elok tidak berkecai. Tangan Kamilah mula menggigil.
"Kak Ila!!!" jerit Azhari menyebabkan Kamilah berpaling, mencari suara adiknya.
Tidak berapa jauh dari situ, ada sebuah lagi kumpulan kecil penduduk kampung. Kamilah terdengar suara adiknya memanggil namanya lagi. Pantas Kamilah berlari ke sana, menolak mereka yang menghalang tanpa mempedulikan mata yang memandang.
"Kak Ila!!!" jerit Azhari lagi.
Kaki Kamilah bagai dipaku ke lantai bumi. Semangatnya terasa terbang melayang. Sekujur tubuh yang berlumuran darah di depan matanya begitu menyayat hati. Benarkah? Benarkah apa yang dilihat oleh matanya saat ini?
"Abah!!!" teriak Kamilah sebelum rebah terjelepok ke tanah.

* * * * *

LUKISAN di tangan dipandang lesu. Untuk apa ditatap lukisan itu lagi, dia sendiri tidak mengerti. Lukisan yang seharusnya ditatap oleh orang yang disayangi namun sudah tiada lagi di muka bumi ini. Perlahan-lahan lukisan itu dilipat kemas lalu diletakkan di sisi. Azhari memandang kosong persekitaran ruang tamu rumahnya itu. Penduduk kampung datang dan pergi. Kakaknya kelihatan sibuk melayan tetamu. Seolah-olah di rumahnya sedang mengadakan kenduri. Ya, memang ada. Kenduri doa selamat bagi arwah abahnya yang telah pergi menyahut seruan Ilahi seminggu yang lalu.
Azhari masih ingat, keadaan abahnya yang terbujur kaku sewaktu ambulans datang membawa abahnya ke hospital. Azhari masih ingat, riak wajah kakaknya apabila diberitahu abahnya sudah tiada lagi di dunia ini. Azhari masih ingat, tubuh abahnya yang dibalut kain putih. Azhari masih ingat, saat mayat abahnya dikambus dengan tanah. Semuanya masih kuat berlegar-legar di ruang fikiran Azhari. Semuanya berlaku terlalu pantas. Dia seakan bermimpi. Mimpi ngeri yang membuatkannya ingin segera bangun dari tidur.
Namun Azhari tahu, walau berapa banyak kali dia tidur dan bangun, realiti itu tetap harus diterima. Abahnya sudah pergi meninggalkan mereka adik-beradik. Mujur masih ada Mak Su Dibah yang sanggup menjaga mereka. Azhari tidak kisah semua itu. Dia dikecam rindu. Dia hanya ingin mendengar. Walau sekali cukuplah. Azhari rindu. Rindu pada deruman enjin motosikal buruk abahnya yang entah bila akan menampar telinganya lagi...

TAMAT

Motosikal Abah: Bunyi enjin motor buruk itu, tidak lagi kedengaran lantas membuahkan rindu dalam hati
posted by Penulisan2u @ 5:16 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
26 Comments:
  • At 20/7/09 7:40 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedihnya... amat menyentuh hati. kesian budak kecik tu. :'(

    good job author!

     

  • At 20/7/09 10:27 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best la crte neh

     

  • At 20/7/09 11:12 PG, Anonymous nana said…

    sedihnya...
    teringat kenangan bersama arwah ayah

     

  • At 20/7/09 1:31 PTG, Blogger Unknown said…

    bagus2..
    cter yg lain dr yg lain..
    mneggunakna motosikal sebagai objek..

     

  • At 20/7/09 2:14 PTG, Blogger SaraGurL said…

    BEST..
    HURMMM..TERINGT KT ARWAH ABAH BILE BC CTER NIII

     

  • At 21/7/09 7:33 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    terima kasih semua sudi singgah membaca... :)

     

  • At 21/7/09 8:46 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sdhnya..
    thnih writer krn bjy mmbuatkn citer nie smpai ke hati pmbca..

     

  • At 21/7/09 2:28 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    uwaaaaaaaa.....
    sdeynyer cte nie....
    tbe2 wndu kt abahku...

     

  • At 21/7/09 5:27 PTG, Anonymous pianum said…

    Best citer ni..
    Sedey sangat-sangat..
    Cian kat azhari..

     

  • At 21/7/09 10:49 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sdey wei cte neh....
    huhu...

     

  • At 22/7/09 12:20 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ermm, penulisan bagus.. jln cerita amat menarik.. ada mesej dan teladan cuma macam belum sampai kesudahannya.. but still good.. keep your best..

     

  • At 22/7/09 1:03 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedihnya... good job penulis!! watlah lg citer sedih

     

  • At 22/7/09 5:54 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Adeh.. br je kesat air mata ni. Good job writer..
    ~~emmie_phoenix@yahoo.com~~

     

  • At 24/7/09 12:05 PG, Anonymous faz said…

    tahniah penulis..karya anda begitu menusuk2 kalbu..hehe
    cuma..kenduri doa selamat tu kena tukar kenduri tahlil kot.. =)

     

  • At 26/7/09 6:52 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    siyes.. aku jarang jumpa cter cmni kt blog ni
    asyik2 cter cinta yg nk termuntah aku bce..cerita tntg angan-angan kosong..
    cerita ni mmg best, mengalir air mata aku..

     

  • At 28/7/09 1:40 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    argh...mngalir air mate...
    tringat abah kat umah..
    rndu abah!!!

     

  • At 9/8/09 12:48 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    erm...cter neh membuatkan ak teringat kat ayah ak. skrg ayh ak dh x dapat bwk motor lg. ak rindu akan kenangan bersama ayah ak..........

     

  • At 9/8/09 10:45 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tol tu, asenye kenduri tahlil..
    pepun, gud job.. cite awk ni btol2 buat sy megalirkan air mata..huhu

     

  • At 11/8/09 2:25 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    baguih btl citer ni.gud job..cite awak mmg best..

     

  • At 14/8/09 10:14 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tahniah plot yg cukp sederhana tetapi diolah dgn begitu menarik dan berjaya menyentuh hati pembaca.teruskan berkarya agar kelemahan ada dpt diperbaiki.good luck

     

  • At 15/8/09 7:59 PTG, Blogger ~~Cho KyuYONZ~~ said…

    dulu kecik2 slalu naik moto ngn abah..
    aduhai..
    bila dah besar ni, mmg jarang la..
    tetiba rindu lak..
    hurmmmm..

     

  • At 30/6/10 2:37 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    well done writer..
    sgt mnyentuh prasaan..

    ~myamiey~

     

  • At 12/4/11 2:10 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedehnyee... ingatkan aku pd yg tiada

     

  • At 6/7/11 12:27 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Sedih la cite nie~~~
    apa rasa klu ayh @ mak kite x de erk?
    mmemang akn rse sedih..
    but..ntah r
    anwy gud luck

     

  • At 24/12/11 6:19 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nangis ak bce cite ni...
    tingat kt arwah ayah...
    huhu...
    good job writer...
    keep it up...

     

  • At 3/9/12 2:38 PTG, Anonymous Afrina said…

    sedih :'((
    Nice work ! :DD

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group