BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Julai 22, 2009
Cerpen : Kebahagiaan Itu Milik Kita
Nama Pena : bintang itu indah

Najwa menyeka air mata yang mengalir dipipinya. Pedih hatinya saat mencoretkan warkah buat insan tersayang, tidak lagi dipedulikan. Segalanya sudah tersurat. Tiada jodoh antara mereka. Najwa redha akan ketentuan ini. Meskipun hatinya luka berdarah, namun untuk merobohkan masjid yang akan dibina, Najwa tidak sanggup. Kebahagiaan yang dibina hasil daripada penderitaan orang lain, tidak akan kekal selamanya. Biarlah segala-galanya berakhir begini. Najwa pasrah.
Surat biru pemberian Abang Man yang masih kemas disimpan di dalam laci, dikeluarkan. Surat yang sudah terlalu lama disimpan dan dibaca berulang kali. Namun, sejak mendapat berita tentang pertunangan Abang Man dengan gadis pilihan ibubapanya, makin kerap surat itu dibaca. Dia cuba untuk mendapatkan kepastian daripada hatinya yang mula terluka dan berdarah. Sebelum surat balasan yang baru dikarangnya dihantar kepada insan yang berhak, Najwa mengambil keputusan untuk membaca kembali surat biru yang pernah diterimanya suatu masa dahulu.

'Assalamualaikum W.B.T.
Kehadapan saudari Najwa Mohd. Ridhuwan,
Wa, maafkan Abang Man kerana meluahkan segalanya petang semalam. Abang Man tidak tahu apa yang Abang Man fikirkan ketika itu. Maafkan Abg Man, Wa.
Wa, tujuan Abang Man menulis surat ini bukanlah untuk memaksa Wa menerima abang. Abang sedar, perasaan Wa terhadap abang. Tidak lebih sebagai seorang abang. Abang sedar, mungkin Wa rasa abang keliru dengan perasaan sendiri.
Tapi Wa, abang nak Wa tahu. Abang serius dengan apa yang abang katakan semalam. Abang serius inginkan Wa sebagai teman hidup abang. Abang tahu, segalanya terlalu mengejutkan. Wa pun masih baru mengenali abang. Lagi pun, Wa masih berada di semester 2 manakala abang pula semester 6. Panjang lagi perjalanan kita. Kan?
Wa, abang tak pernah sangka yang abang akan memilih suri hidup secepat ini. Seperti Wa, abang juga punya cita-cita. Abang ada tanggungjawab yang perlu abang tunaikan. Tapi, sepanjang mengenali Wa, mengenali Najwa Mohd. Ridhuwan, hati abang semakin kuat mengatakan bahawa Najwalah suri untuk abang.
Wa, abang tidak minta apa-apa komitmen daripada Wa sekarang. Abang hanya inginkan sebuah persetujuan. Andai Wa bersetuju untuk menjadi suri dalam hidup abang, abang rela menunggu sehingga Wa habis belajar. Jika Wa minta abang menunggu untuk 10 tahun sekalipun, abang akan tetap menunggu. Kerana pada abang, Wa adalah untuk abang.
Setiap detik bersama Wa, membuatkan abang takut untuk kehilangan Wa. Wa melengkapkan hidup abang. Abang tahu, tidak sepatutnya abang berkata begitu, namun, itulah apa yang abang rasa. Wa banyak mengajar abang sesuatu yang baru. Cara Wa melihat dunia, berbeza daripada cara abang memandangnya. Itulah yang membuatkan abang kagum dengan diri Najwa.
Wa, jangan kunci jawapan yang abang harapkan. Abang rela menunggu. Asalkan jawapan yang abang terima ialah 'Ya'. Sebelum meluahkan segala-galanya semalam, abang sudah berfikir masak-masak. Acap kali juga abang cuba membuang jauh perasaan ini, namun, setiap kali terlihatkan Wa, abang tidak mampu melakukannya.
Wa, maafkan abang…maafkan abang kerana menodai kepercayaan Wa terhadap abang. Abang bersalah kerana menyimpan perasaan terhadap Wa. Wa berhak marah abang, tapi jangan berdiam diri dan membiarkan abang terus dihantui rasa berdosa.
Andai hati Wa bukan untuk abang, andai abang hanya layak sebagai seorang abang sekalipun, abang tetap akan menunggu jawapan daripada Wa. Biarpun jawapan itu bakal memedihkan abang, jujurlah pada diri Wa. Jangan terima huluran perasaan abang, jika Wa rasakan wujudnya keterpaksaan.
Wa, abang tidak akan memberikan masa untuk Wa menjawab surat abang. Kerana Wa boleh mengambil semua waktu yang Wa perlukan. Tapi ketahuilah Najwa, selagi belum menerima jawapan daripada Wa, hati abang hanya untuk Wa. Jika ditakdirkan abang menemui insan lain, abang akan mengirimkan warkah biru lain buat tatapan Wa di sana.
Wa, sebaik sahaja Wa membalas surat abang, sebaik sahaja Wa menjawab pertanyaan abang, abang akan terima segala yang terjadi. Sekiranya Wa terima, Alhamdulillah. Namun, sekiranya Wa tolak, abang redha. Andai perkara itu terjadi, akan abang serahkan hati abang kepada yang lebih berhak. Hati abang walaupun dicuri oleh Wa, akan abang cuba dapatkannya kembali…untuk diserahkan kepada yang bergelar isteri.
Akhir kata, abang tidak pernah meminta untuk dipertemukan dengan insan sebaik Wa. Namun abang bersyukur kerana sempat mengenali siapa Najwa Mohd. Ridhuwan. Wa, Al-Quran ini hadiah daripada abang untuk Wa. Abang beli sewaktu abang belum mengenali Wa lagi. Sudah lama abang ingin menghadiahkannya kepada seseorang. Dan abang ingin Wa memilikinya…walau Wa tidak dapat menerima abang sekalipun, terimalah pemberian abang yang tidak seberapa ini. Sebagai tanda yang Wa pernah mengenali abang.
Yang Benar,
M. Nu'man b. Mohamad.
4.50am, 15 Zulhijjah 1425.

Najwa menyeka lagi air matanya. Nu'man, satu-satunya lelaki yang berjaya membuatkan dirinya berada dalam keadaan serba salah. Juga satu-satunya lelaki yang disayang dan dikasihi. Najwa menangis lagi buat kesekian kalinya. Apalah guna mengakuinya kini? Andai insan yang dicintai kini akan mendirikan rumahtangga dengan wanita lain? Beruntunglah Kak Wan kerana mendapat lelaki seperti Abang Man. Najwa menangis lagi.
Kenapa segala-galanya terlalu lambat? Jawablah duhai hati, mengapa kini baru berani mengakui bahawa dialah insan yang selama ini bertakhta dihati? Kenapa baru kini? Mengapa tidak empat tahun yang lepas? Tiga tahun yang lepas? Atau setahun yang lepas? Bukankah segalanya sudah jelas ketika itu? Bukankah saat menerima surat 'lamaran' itu juga segalanya sudah jelas?
Apakah engkau ingin menidakkan perasaan ini? Perasaan untuk dia yang bernama Nu'man? Tetapi, saat diri bersedia mengakui rahsia hati, segala-galanya sudah terlambat. Mana mungkin diri ini sanggup membuatkan Kak Wan menangis. Kak Wan sudah lama bersedih saat menerima berita pertunangan yang diatur keluarga setahun yang lalu. Siapa sangka, Kak Wan yang menjadi tempat luahan perasaan…rupanya pilihan keluarga insan tersayang.
Jika sahaja Kak Wan mengenali siapa 'dia' yang sering mengacau bilaukan perasaan teman sebilik ini, pasti pertunangan mereka dulu tidak akan terjadi. Pasti juga masjid yang akan dibina tidak akan berlangsung. Ah…kenapa aku tidak pernah menyebutkan namanya dulu? Daripada cerita Kak Wan, aku yakin, hati Abang Man masih untuk aku. Kerana mereka pernah bertemu empat mata dan berbincang dan dia sendiri mengakuinya.
Kenapa saat Kak Wan menceritakan tentang tunangnya yang masih menantikan jawapan daripada gadis kesayangan, tidak terlintas langsung bahawa 'Mohd' dan 'Man' adalah orang yang sama? Sudah terlalu banyak peluang yang terbit untuk aku mengenali siapa tunang Kak Wan, namun tidak satu pun berjaya aku tangkap.
Kini, bila Kak Wan sudah bersedia untuk menerima insan baru dalam hidupnya, tegarkah aku melukai dan menghancur lumatkan impiannya? Berkali-kali telinga ini mendengar doa yang Kak Wan panjatkan ketika menunaikan solat. Tangisan syahdu memohon petunjuk daripada Allah S.W.T sewaktu dinihari. Juga keazaman yang seringkali dilafazkan setiap kali kami berkongsi cerita. Kak Wan berazam, untuk menerima bakal suaminya dengan sepenuh hati. Untuk menyayangi dan mencintainya sebagai seorang suami.
Mana mungkin aku lupa, wajahnya yang bercahaya setiap kali kami berbicara soal hati. Wajahnya yang tiada tanda-tanda keterpaksaan itulah yang sering menjadi usikan aku. Sungguh, Kak Wan mengharapkan kebahagiaan daripada perhubungan ini. Kata-kata syukur Kak Wan semasa menceritakan tentang tunangnya masih terngiang-ngiang ditelinga ku.
'Mohd tu peramah orangnya. Mohd tak lokek dengan senyuman. Mohd tak pernah ketepikan soal agama walaupun nampak biasa. Mohd rajin ke masjid. Mohd selalu ingatkan akak yang hatinya masih untuk gadis kesayangannya sehinggalah gadis itu memberikan jawapan. Mohd anak yang taat kepada ibubapa. Mohd itu, Mohd ini…'
Bertuahnya Kak Wan, memiliki insan sebaik Abang Man. Warkah yang baru dikarangnya pagi tadi direnung lama. Air matanya sudah hampir kering menangisi kesilapan diri. Warkah buat insan kesayangannya itu dibuka perlahan. Najwa ingin membacanya buat kali yang terakhir sebelum menyerahkan sendiri kepada yang berhak petang esok.

Assalamualaikum W.B.T.
Kehadapan insan yang disayangi, Mohd. Nu'man b. Mohamad.
Abg, maafkan Wa kerana membiarkan abang menunggu lama. Bukan niat Wa untuk menyeksa abang, tapi Wa perlukan waktu untuk mencari ayat yang sesuai untuk dikarang buat tatapan abang.
Abang, Wa sudah tahu segalanya. Segalanya tentang pertunangan abang dan Kak Wan. Wa menangis. Menangis kerana gembira akan berita ini. Abang, maafkan Wa sekali lagi, kerana terpaksa mengecewakan abang setelah membiarkan abang lama menunggu jawapan. Wa masih dengan keputusan Wa dulu.
Abang, Wa juga bersyukur kerana dipertemukan dengan abang. Abang tak salah. Kak Wan pun tak salah. Wa yang bersalah…kerana bermain tarik tali. Seharusnya, sejak dari dulu lagi Wa berikan jawapan. Agar kita bertiga tidak terus berada dalam dilemma.
Abang, Wa kenal Kak Wan dah hampir 2 tahun. Semua perasaan Kak Wan, Wa tahu. Dan Wa tahu yang Kak Wan ikhlas menerima abang…walaupun dia tidak pernah beritahu. Abang, Wa tak layak untuk abang. Siapalah Wa, untuk menerima perasaan abang. Siapalah Wa untuk menjadi insan kesayangan abang.
Abang, terimalah Kak Wan seadanya. Dia lebih layak untuk abang. Jika abang beranggapan bahawa Wa baik, Kak Wan berganda-ganda lagi. Berilah Kak Wan peluang untuk menyayangi abang sebagai seorang kekasih. Sebagai seorang suami. Kak Wan bertuah kerana memiliki abang sebagai suami…begitu juga abang, bertuah memilikinya sebagai isteri.
Suat yang Wa tulis ini bukanlah seperti apa yang abang harapkan. Juga bukan seperti apa yang Wa rancangkan. Mujur Kak Wan ada menyimpan gambar pertunangannya dulu. Jika tidak, mungkin Wa akan melakukan satu kesalahan besar tehadap kalian berdua. Apa yang pernah terjadi, anggaplah sebagai kenangan kita. Buanglah Wa daripada hati abang, kerana Wa bukan untuk abang. Sudah ditakdirkan, tiada jodoh antara kita. Walau air mata darah sekalipun kita tangisi, segalanya sudah tersurat dan tidak mungkin akan berubah.
Sekali lagi Wa minta maaf pada abang. Kerana kelewatan suart ini. Wa doakan abang dan Kak Wan bahagia hingga ke akhir hayat.
Najwa Mohd. Ridhuwan,
9.15am, 17 Rejab 1429.

Deringan telefon mematikan lamunan Najwa. Surat biru itu dilipat kemas. Jam menunjukkan tepat pukul 5 petang. Ah…lamanya diri ini mengelamun. Najwa pantas menyeka air mata dan berdehem beberapa kali sebelum berlari mendapatkan telefon.
"Hello, assalamualaikum," sapa satu suara. Siapa ya? Najwa berkira-kira untuk bertanya.
"Sorry lambat jemput. Lupa betul. Jangan lupa petang esok, ya? Abang datang ambil Wa dekat rumah. Tunggu tau," kata lelaki itu selamba.
"Abang Man? Abang Man ke ni?" ada getaran dalam nada suara Najwa.
"Abang Man laaa…siapa lagi…? Ke, Wa tunggu abang lain?" usik Nu'man sambil tergelak kecil. Ceria suaranya…tidak seperti Najwa yang hampir kehilangan suaranya kerana terlalu banyak menangis.
"Tapi kenapa, abang? Kenapa call Wa lagi…?" Najwa bersuara lirih.
"Kenapa, Wa? Salah ke abang jemput Wa? Wa kan…" mati kata-kata Nu'man sebaik sahaja mendengarkan suara Najwa yang bergetar.
"Wa menangis ke? Menangis sebab abang lewat beritahu ye? Sori Wa…abang," bicaranya mati lagi.
"Abang, sudahlah. Segalanya dah berakhir. Tiada apa lagi yang boleh Wa harapkan dari abang…" Najwa berjauh hati. Rasa berdosa terhadap Kak Wan kerana berbicara dengan orang yang tidak sepatutnya.
"Apa yang Wa cakapkan ni? Kisah kita belum pun bermula. Macam mana nak berakhir? Dah la…cukup-cukuplah menangis tu. Nanti mata jadi macam Flower Horn, tak naklah abang bawa pergi majlis. Buat malu pengantin je…" Nu'man bersuara riang. Getaran dan nada suara Najwa meyakinkan Nu'man akan cerita yang disampaikan Wan Aisyah.
"Abang! Tak faham-faham ke, atau buat-buat tak faham?! Abang tu dah nak jadi suami, suami kepada insan sebaik Kak Wan! Jangan lukakan hati Kak Wan, abang. Mesti Kak Wan kecewa kalau tahu," tegas Najwa bersuara. Kini dirinya nekad. Lelaki itu bukan untuknya. Tetapi untuk insan bernama Wan Aisyah Bt. Wan Ahmad.
"Hati Kak Wan…hati abang macam mana, Wa? Hati Wa?" soal Nu'man mengorek rahsia yang sudah terlalu lama disimpan Najwa. Disimpan bersama hatinya yang telah dicuri suatu ketika dulu.
"Sudahlah, abang. Wa sedar salah Wa. Wa terlewat menyedarinya. Tapi semuanya sudah tak berguna. Wa doakan abang dan Kak Wan berkekalan ke akhir hayat."
"Dan biarkan Mohd. Norman kecewa? Macam tu, Najwa? Biarkan abang jadi perampas kebahagiaan kembar sendiri?" pintas Nu'man menyerang balas.
"Apa ni? Apa yang abang cakap ni? Wa pening," Najwa bersuara lemah. Tidak larat untuk terus bermain teka-teki.
"Wa, we need to talk. There are so many things I want to tell you. Not now. Not through the phone. Family Man akan datang rumah Wa minggu depan. Bincang tentang kita. Tapi sebelum tu, Man nak kita jumpa dulu. Bukan berdua. Tapi berempat. Wa, Man, Mohd dan Wan. Salah faham ini perlu dirungkaikan. Lepas tu, baru kita bincang tentang majlis kita," beritahu Nu'man tanpa penjelasan lanjut.



Epilog
Najwa tersenyum melihat gambar-gambar persandingannya dengan suami tercinta. Ya, kini sudah hampir tiga bulan dirinya bergelar isteri. Isteri kepada lelaki yang amat disayangi dan dicintai. Mohd. Nu'man b. Mohamad. Siapa sangka, salah faham yang timbul selama ini akhirnya berjaya menyatukan dua hati yang saling menyayangi. Najwa bahagia. Bahagia kerana apa yang berlaku sebelum ini benar-benar menguji kasihnya terhadap Nu'man.
Seperti yang dirancangkan, seminggu selepas perkahwinan kembar Nu'man, Norman dengan Kak Wan, mereka duduk berbincang empat mata. Salah faham yang terjadi bukanlah salah sesiapa. Menurut Norman, sebenarnya memang Wan Aisyah itu pilihan keluarganya untuk Nu'man. Tapi ketegasan Nu'man untuk terus menunggu 'buah hati'nya menyebabkan mereka beralah. Norman yang ketika itu, memang menaruh hati kepada Wan Aisyah menjelaskan segalanya kepada ibubapanya dan mereka menyambutnya gembira.
Walaupun satu universiti, entah kenapa Najwa tidak pernah terserempak dengan Norman. Patutlah kawan-kawan Nu'man selalu tersalah panggil Nu'man dengan nama Norman. Najwa tergelak kecil mengenangkan ketidakprihatinannya. Menurut Norman lagi, ketika bertemu dengan Wan Aisyah bertemankan adik Wan Aisyah dan makciknya, dia yakin dengan pilihan hatinya. Penampilan Wan Aisyah yang bertudung labuh, sempurna pada pandangannya. Tetapi, dia tidak mahu Wan Aisyah menerimanya kerana ketaatan kepada kedua orang tua semata-mata. Dia ingin Wan Aisyah menerimanya kerana dirinya.
Entah bagaimana, boleh terkeluar cerita Nu'man menunggu gadis kesayangannya. Norman menggunakan cerita saudara kembarnya yang masih setia menunggu 'kekasih hati' untuk melihat reaksi Wan Aisyah. Norman juga berharap, dengan kisah ini Wan Aisyah tidak akan terbeban untuk membuat keputusan. Sempat juga Norman menegaskan bahawa jika ada jodoh antara mereka, 'gadis' yang dimaksudkan itu akan dibuang jauh daripada lubuk hatinya. Katanya lagi, dia bersedia untuk menyayangi dan mencintai insan yang akan menjadi isterinya kelak, iaitu Wan Aisyah.
Barulah muncul episode-episod drama air mata selepas itu. Itulah pertemuan pertama dan terakhir Wan Aisyah dengan Norman. Masing-masing berpegang teguh kepada ketentuan Allah. Andai itu jodoh mereka, segalanya akan berjalan dengan lancar. Pegangan agama yang kuat kedua-dua keluarga membuatkan mereka sentiasa menjaga batas selagi belum sah bergelar suami isteri. Segalanya berjalan seperti yang dirancangkan sehinggalah tiba hari bahagia kedua mempelai. Saat menjelaskan segala kerumitan yang timbul, mata Najwa sempat menangkap senyuman bahagia insan yang dipanggil Kak Wan itu.
Setiap kali mendengarkan halangan-halangan yang terpaksa dihadapi Norman sebelum bergelar suaminya yang sah, Wan Aisyah tersenyum. Sesekali kedengaran tawa kecilnya. Najwa tersenyum gembira. Kak Wan bahagia dengan kehidupan barunya. Layanan Norman yang lembut dan penuh kasih sayang membuktikan kebahagiaan yang sedang mereka kecapi. Segalanya sudah jelas kini. Kak Wan juga memohon maaf kerana tidak dapat memberitahu sendiri perkara tersebut.
Kak Wan tahu segala-galanya seminggu sebelum pernikahan mereka. Ketika itu Najwa sedang sibuk merawat hatinya yang luka. Melarikan diri daripada bertemu dengan Wan Aisyah sedangkan ketika itu, Wan Aisyah sudah berkira-kira untuk menceritakan semua yang terjadi.
Melihatkan keadaan Nu'man dan Najwa yang sama-sama dalam kekeliruan, Wan Aisyah membuka rahsia hati Najwa yang sudah pun dianggap seperti adik sendiri. Barulah Nu'man yakin untuk berbincang dengan ibabapanya sekaligus menetapkan tarikh untuk bertemu keluarga Najwa. Biarlah hubungan antara mereka lebih bererti dengan adanya ikatan yang sah.
Memang itupun yang telah lama diharapkan Nu'man. Sebelum segal-gala kekeliruan ini terjadi. Sebelum Norman mula merisik Wan Aisyah dan sebelum Najwa mengenali Wan Aisyah. Ketika itu Najwa dan dirinya masih terlalu muda dalam mentafsir soal hati dan perasaan. Ketika Najwa menerima warkah biru darinya, iaitu empat tahun yang lalu.
Surat yang tidak sempat diberikan kepada Nu'man telah pun selamat dibaca olehnya seminggu selepas bergelar suami isteri. Tidak sudah-sudah Nu'man mengejek dan mentertawakan 'kekecewaan' Najwa ketika itu. Walaupun penat diketawakan, Najwa tidak kisah. Najwa tidak mampu untuk marah kerana dia juga geli hati apabila memikirkannya semula. Asalnya Najwa ingin membuang surat itu, namun dihalang Nu'man. Kenangan cinta katanya. Itulah satu-satunya tanda kasih mereka kerana mereka memang tidak pernah bercinta. Masing-masing berpegang teguh dengan kenyataan bahawa tiada istilah cinta sebelum kahwin menurut Islam.
Najwa menutup kembali album kenangannya. Nu'man yang leka mengemas rumah tidak sedar dirinya diperhatikan. Najwa tersenyum. Rajin Nu'man membantunya menyiapkan persiapan menyambut kedatangan Kak Wan dan Norman. Lama tidak berjumpa, rindu rasanya terhadap Kak Wan. Tidak sabar juga untuk bermain dengan si kecil Amir. Najwa bangun menghampiri suaminya. Segalanya terjawab kini. Najwa bahagia kerana dipertemukan dengan jodoh sebaik Nu'man. Tangan suaminya dipegang erat dan Nu'man membalasnya mesra. Inilah kebahagiaan yang diimpikan. Kebahagiaan ini milik mereka.
posted by Penulisan2u @ 5:28 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
8 Comments:
  • At 22/7/09 12:57 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    keliru ckit dgn citer ni tp ape2 pn best...

     

  • At 23/7/09 5:58 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    berbelit-belit...
    tapi best gak..=)

     

  • At 27/7/09 7:12 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bez ler jgk...hehehe

     

  • At 5/8/09 7:07 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huuuuuuuu.. cedih n hepinye...
    bes bangat seyh...
    hope i can have the happiness too...
    to writer, it a good work k..
    just keep it up n good luck in ur life..

    zre_ida@yahoo.com

     

  • At 7/8/09 10:04 PTG, Blogger ~candlesky~ said…

    wahhh...besshh!!

    Congratz to d writer..

    Keep it up!!

     

  • At 9/8/09 11:05 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best..tp ada part2 yg xmasuk akal.
    xkn lnsung xtau laki tu ada twin kot..

     

  • At 12/8/09 12:52 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    menarik gaya penceritaannya....
    cerita yang menariklah kesimpulannya =)

     

  • At 19/4/10 5:52 PG, Blogger Cik Bintang said…

    terima kasih atas komen. alhamdulillah. jumpa jugak cerpen ni. lupa tajuk. hehe. boleh pulak kan? apa2 pun...cerpen ni saya masukkan sekali bawah satu tempat. mudah sikit nak cari. :) terima kasih lagi sekali. insyaAllah akan cuba perbaiki. :)

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group