BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, Julai 12, 2009
Cerpen : July's Nights
Nama Pena : Angelica Risza

Minggu Haluan Siswa yang memenatkan aku sudah pun berlalu. Sudah cukup seminggu aku berada di universiti ini. Pening kepala dengan nak mengisi borang tu, borang ni, serabai aku! Tapi takpe la kan, sebabnya bukan senang nak dapat masuk U ni, aku antara orang yang terpilih, bak kata PM (Pembantu Mahasiswa) di kolej aku ni la.

Kolej ni bagi aku nampak cantik sebabnya sangat unik. Kelilingnya hutan, macam hutan simpan pun ada. Pagi-pagi memang syok sebab nyaman. Tapi, agak menyeramkan jugak la bila malam.

" Wei, kau tak dengar ke pasal kolej kita ni?" Tanya Am, roomate aku pada satu malam. Dia ni kawan baik aku masa sekolah lagi, entah macammana boleh satu bilik hehe.

" Kenapa?" Aku bertanya selamba sambil membaca komik. Bagus betul! Dekat U pun boleh nak membaca komik lagi. Tapi takpe jugak, sebabnya kuliah pun belum mula lagi.

" La, kau ni memang pending betul la! Kolej kita ni berhantu siot!" Am bercerita dengan semangat waja.

" Ler, kalau ye pun, kenapa?" Aku malas nak melayan kerenah si Am ni. Bukan betul sangat budak ni. Mereng sikit. Kekadang tu orang cakap lain, dia faham ikut lain.

" Kau tak takut ke, beb?"

" Biasa je." Aku lantas menutup komik dan ke tandas. Aku membelek jam di tangan aku yang berbulu lebat ni, baru 11.30. Awal lagi nak tidur pun. Aku memang kaki tidur lewat. Pukul 2, 3 pagi selalunya baru aku tidur.

Selepas mengambil wudhuk, aku menapak ke bilik, lantas menghampar sejadah untuk solat Isyak. Kiblat yang mengarah ke arah matahari terbenam tu menghadap ke arah katil aku. Am dah bersedia untuk tidur. Aku angkat ta"bir dan mencuba untuk khusyu". Namun, kelibat wanita berpakaian putih dan berambut panjang secara tiba-tiba mengganggu solat aku. Dia tegak duduk di sudut katilku, merenungku tajam. Hatiku kuat berdebar, namun aku cuba bertenang. Mungkin cuma khayalan aku. Namun, selepas aku bangun dari sujud, "dia" masih kaku di situ!

" Allahuakbar!" Sengaja aku kuatkan suara ku bagi memberi amaran padanya. Lantas perlahan-lahan dia hilang dari pandangan. Berani betul kacau aku, tengah solat pulak tu! Mak ai. Mungkin betul apa yang disebut oleh Am tadi, kolej ni ada penunggu!

Selepas solat, aku mencapai al-Quran dan mengalunkan ayat-ayatnya merdu. Aku cuba mengabaikan gangguan "makhluk" wanita tadi, namun makin aku cuba lupakan, makin bayangannya mengejar. Aku beristighfar. Aku meletakkan kembali al-Quran tadi di dalam almariku lantas ke meja studi dan membuka laptop ku. Aku khayal sejenak, hilang di dalam game yang aku sedang godek-godek itu.

" Khairul.." Terdengar gemersik perlahan suara memanggil namaku sayu. Ahh, sudah! Dia datang lagi! Makin lama makin terasa dekat dengan telingaku, tanganku bergetar, cuba memberanikan diri memandang ke belakang, namun tiada apa-apa. Aku telan air liur untuk sekalian kalinya. Mp3 bacaan ayat al-Quran aku buka sekuat mungkin bagi menjadi "pagar" dari gangguan makhluk ghaib.

Seketika, suara yang memanggil aku tadi pun menghilang. 10 minit kemudian, telingaku menangkap bunyi ketukan di pintu. Aku memandang sekilas jam di tangan, 5 minit menghampiri pukul 1 pagi. Siapa pulak mangkuk datang bilik aku pepagi buta ni? Aku dengan malas bangun dan membuka pintu bilikku. Tiada sesiapa, cumanya angin sejuk sepoi-sepoi bahasa sahaja yang menerpa masuk ke dalam bilikku. Bulu romaku segera menegak. Subhanallah! Segera aku menutup rapat pintu bilikku dan menuju ke katil. Untuk malam ni, aku give-up!

Aku baring dan membaca ayat-ayat sebagai pelindung sebelum tidur. Aku mengambil keputusan untuk tidak menutup lampu. Sejenak, aku pun tertidur.

Geli.. Aku cuba menepis. Kemudian, tanganku seperti diusik lagi. Esh! Kacau betul la! Apa benda ni?? Aku segera membuka mata. Aku boleh menelan air liur sahaja melihatkan tanganku sedang diusap-usap lembut oleh "seorang" wanita berambut hitam panjang. Dia duduk bersimpuh di sebelahku. Tak lama, dia pun sedar yang aku sedang memandang ke arahnya, lalu dia yang sedang asyik bermain-main dengan tanganku tadi segera berpaling ke arahku.

Cantik! Cun giler! Dia senyum. Namun, tak lama dia tersenyum, bibir yang berwarna merah saga itu berubah menjadi pucat, matanya yang redup membulat dan taringnya dapat kulihat dengan nyata.

" Lailahaillallah!" Aku menempik kuat apabila dia cuba mencekikku. Aku membaca ayat Kursi di dalam hati sambil memejamkan mata. Seminit lagi dia cekik aku, mati dalam iman lah aku alamatnya! Namun, lama kelamaan, cekikan yang agak kuat tadi akhirnya lemah dan kemudian hilang begitu saja. Aku kepenatan dan tertidur kembali.

-----

Pagi esoknya, aku terbangun selepas terdengar bunyi alarm handphone Am. Pukul 6.30. Aku teringat peristiwa aku dicekik malam tadi. Tapi, aku pun tak pasti samada aku bermimpi atau pun apa. Aku bangun perlahan ke tandas. Aku kembali ke bilik selepas mengambil wudhuk.

" Subhanallah!" Muka Am tercongok di pintu bilik dengan mata layu. Tangannya menggosok-gosok mata kirinya.

" Esh! Kau ni, buat terkejut aku aje!"

" Em, kenapa dengan leher kau, Rul? Siapa cekik kau? Biru semacam aje?" Mata Am membulat merenung leherku.

" Yeke? Entah, hantu kot cekik." Aku menjawab dengan nada bergurau.

" Gila kau! Kalau betul macam mana??"

" Takde apa-apa lah, beb! Dah la, lewat dah ni, solat!"

------

Kuliah hari Khamis penuh dengan tutorialnya membuatkan aku terpaksa untuk melepak di fakultiku sahaja sepanjang hari. Pukul 6 sampai 7, ada sejam tutorial. Gila lambat baru habis!

" Woi, Ril! Kau tunggu kejap, aku nak pergi toilet. Tak tahan dah ni!"

" Okay, aku tunggu dekat luar." Ril menunggu di atas kerusi panjang berdekatan dengan tandas di situ.

" Khairul. Lama lagi ke?" Ketukan pintu dan suara yang memanggil aku membuatkan aku bengang.

" Sabar ar Ril! Aku baru bukak zip aje ni!" Kemudian aku dengar derap kaki berjalan ke sebelah tandas ku. Pintu tidak kedengaran ditutup, namun terdengar bunyi air paip yang dibuka perlahan.

" Siapa tu? Kau ke Ril?" Aku bersuara, dan dengan segera air paip di sebelah ditutup.
Aku berdebar. Kenapa lah perut aku nak buat hal waktu-waktu senja macam ni jugak? Aku bising di dalam hati.

Tik.. Tik..

Aku dengar air menitik. Aku abaikan. Aku cepat-cepat memcuci apa yang patut. Tak sempat aku menzip seluar jeans aku, aku terasa ada air menitik di pipi. Aku sapu, bukan air, tapi darah! Aku pandang ke atas, wanita berbaju putih dan berdarah di perutnya sedang melekat di siling! Rambutnya yang panjang meleret sampai ke muka ku!

" Allahuakbar!" Kuat aku menjerit dan membuka pintu tandas untuk keluar. Suara hilaian wanita jelas kedengaran. Pintu tandasku seakan terkunci dari luar. Ya Allah! Bermacam surah aku cuba baca. Aku rasa surah Yassin dah tercampur dengan ayat Kursi dah selama aku cuba membaca!

" Hik.. hik.. hik.." Suaranya begitu dekat dengan telinga aku. Aku lihat wanita tadi sudah berada di belakangku, di atas peti pam air! Senyum sekejap, kemudian mukanya berubah menjadi sayu dan hodoh. Matanya mengalir darah merah menghiasi pipinya yang putih seperti seorang Geisha. Aku kelip-kelip. Kakiku ketar.

" Ke..na..pa..?" Aku tak terdaya nak terus bertanya kepadanya lagi kerana tangannya mula dihulurkan ke arahku dengan kuku panjangnya.

" Rul!" Aku terdengar suara Ril memanggil. Kuku wanita tadi yang tak sampai 1 cm ingin mencecah ke muka ku segera terhenti. Dia melompat ke tandas sebelah dan pintu tandasku terbuka dengan sendiri.

" Rul! Kau okay tak??" Ril bertanya, namun aku diam saja. Peristiwa tadi betul-betul meng"shock"kan aku. Aku cepat-cepat melangkah keluar dan pulang ke kolej. Ril aku biar dengan seribu pertanyaan.

-----

" Khairul.. Awak di mana?" Suara wanita yang begitu syahdu terdengar lagi memanggil-manggil namaku. Uhh! Hantu ni sah dah jatuh cinta dengan aku! Aku abaikan. Rasa takut aku cuba padamkan. Aku berlakon selamba sambil terus mengemas baju untuk pulang ke rumah menghabiskan cuti hari minggu memandangkan hari Jumaat jadualku kosong.

" Am, aku balik rumah ni! Kau ada apa-apa, call aku, okay? Jangan lupa solat and mengaji!" Aku tepuk bahu Am selepas kami bersalaman.

Aku menuju ke arah motorku diparkir, masih awal lagi, baru pukul 9.30 malam. Aku meletakkan beg sandangku di dalam raga dan mula bergerak meninggalkan kolej. Perjalanan pulang ke rumah biasanya mengambil masa lebih kurang setengah jam. Namun, kali ini aku rasa macam lama la pulak! Rasa semacam je beratnya motor aku ni! Mungkin dia ikut aku balik sekali kot! Kan dah kata! Dari cermin sisi, nampak rambut hitam panjang mengerbang ditiup angin. Sesekali, terasa pinggangku digeletek. Hai, dalam banyak-banyak lelaki, kenapalah dia nak memilih aku ni jugak?

Sampai di flat tempat femiliku tinggal, aku pun turun dari motorku dan berlagak selamba. Buat-buat macam bini aku ikut aku balik jumpa mak dan bapak mertuanya. Ehem! Aku menunggu lif sampai. Tak lama, pintu lif pun terbuka. Bau bunga cempaka kuat menusuk ke dalam hidung tak mancungku.

Bismillah. Langkah kanan aku masuk ke dalam perut lif itu. Tawakkal aje la. Nak naik tangga sampai tingkat 16, tak sempat sampai aku rasa dah bermacam pesyen muka and rambut dah dia tayang kat aku nanti!

Aku berlagak steady, padahal dalam hati dah nak pecah dah berdebarnya! Aku telan air liur lagi mendengar peti lif yang aku naik itu seperti diketuk-ketuk kuat. Dari atas, bawah, kiri dan kanan! Lampunya terkelip-kelip, sekejap terpadam, sekejap menyala. Lif itu pulak bergegar-gegar semacam ada buldozer melanggar dari kiri dan kanan lif. Mak ai! Apa jadi ni?? Janganlah nak putus pulak tali lif ni! Mahu maut aku nanti!

Seorang diri di dalam lif, aku duduk bercangkung. Telinga dan mataku ku tutup rapat. Ayat Kursi ku baca sekuat hati dan akhirnya keadaan huru-hara tadinya pun kembali tenang. Pintu lif terbuka sendiri. Aku bangun dan merenung. Tingkat 16. Alhamdulillah! Aku pun keluar. Apesal aku rasa macam pelik aje? Bukan macam kat rumah aku pun? Ya Allah!

Aku terpaku di depan lif tadi. Pintu lif itu sudah pun tertutup dengan bunyi besi berkarat. Aku pandang ke hadapan. Gelap. Sunyi. Sepi. Yang ada cuma bunyi angin yang kadang kala bertiup ke muka. Darahku tersirap. Ini bukan flat rumah aku! Bukan! Aku tarik nafas panjang. Kelihatan seorang wanita berpakaian baju skirt putih dan berambut panjang tidak jauh dariku. Aku agak dia lah yang selalu mengganggu aku selama ini.

Aku mengumpul kekuatan. Perlahan-lahan aku menghampirinya. Aku dah penat berfikir apakah salah dan sebabnya aku diganggu sedemikian rupa.

" Awak.." Suaranya lembut mendayu. Mukanya tidak memandang ke arahku.

" Ya.." Lama baru aku menjawab.

" Saya.. nak mintak tolong awak."

" Tolong? Apa?" Dia berpaling ke arahku. Mukanya cantik dan ayu. Serupa amoi cina. Sekilas senyuman darinya, serentak dengan itu, kepalaku seperti dipukul kuat oleh besi dan aku pengsan di situ.

-----

Esoknya, aku tersedar dan membelek jam di tangan. Matahari menyinar, pukul 630. Takkan pagi kot, mesti lah dah petang! Aku melihat keliling, aku berada di bangunan lama dan usang yang tidak berpenghuni. Aku segera bangun, lif semalam terbuka sendiri tanpa aku menekan butangnya. Namun aku memilih untuk turun menggunakan tangga. Tak semacam di tingkat 16 pun, sebabnya aku sudah sampai ke tanah dalam masa 5 minit!

Mimpi semalam bermain-main di benakku. Mungkin si amoi cina itu memberikan petanda untuk aku. Aku cuba berfikir-fikir, akhirnya aku pun sedar bahawa tempat yang dimaksudkan oleh si hantu itu ialah di dalam hutan di hadapan kolejku! Hutan di situ tidak dibenarkan masuk. Aku pun tak tahu apa sebabnya yang menyebabkan jalan ke hutan itu ditutup. Padahal, ada jalan tar yang menuju ke arah dalam hutan tersebut.

Sampai ke kolejku, waktu sudah menginjak ke maghrib. Aku ke surau untuk solat. Dalam pukul 8 malam, aku menuju ke hutan tersebut dengan berjalan kaki. Palang yang menutup jalan tersebut aku langkah, dengan lampu torch light dari handphoneku, aku memberanikan diri melangkah ke depan. Di atas, aku nampak si dia melayang-layang menemani aku ke dalam hutan tersebut. Darahnya jatuh setompok demi setompok bersama layangannya itu namun tidak mengenai aku.

" Tolong saya.." Dia mendarat di atas tanah dan menunjukkan ke arah tanah yang berbatu-batu sedikit di atasnya. Dalam kesamaran lampu dan bulan, aku cuba mengorek sedikit tanah tersebut menggunakan tanganku. Kemudian, aku terjumpa satu tulang yang sudah agak rapuh di situ. Aku menggigit bibir.

" Awak.. tunggu sekejap. Saya lapor pada pak guard." Kekonon aku bercakap dengan dia. Kemudian aku segera berlari ke arah pondok guard di kolejku.

" Bang! Saya jumpa tulang manusia dekat dalam hutan tu!" Abang guard pun mula menghubungi beberapa rakannya. Mujur dia mempercayai aku. Kami beramai-ramai ke tempat tadi. Aku perasan dia meng"iringi" kami, melayang-layang di atas. Namun, aku sahaja yang perasan, kerana pak guard lain macam steady je. Mungkin jugak mereka dah biasa melihat benda sebegitu di sini, sebab tu mereka buat tak hairan walaupun mungkin mereka nampak.

Akhirnya, tulang-tulang itu pun dikumpul oleh polis pada malam itu juga dan dikebumikan. Sebelum dikebumi, aku nampak amoi itu tersenyum padaku di sebelah tapak kuburannya dan melambai ke arahku sebelum hilang. Rupa-rupanya, seorang pelajar U ku telah dilaporkan hilang 2 tahun dahulu, namun apa-apa pun tentangnya tidak ditemui. Di paper, aku lihat mukanya sebijik macam si dia yang suka mengganggu aku itu. Polis mengesyaki dia dibunuh, betul la seperti yang aku mimpi.

Hidup aku mula tenang selepas itu. Namun, tak sampai seminggu, aku mula terdengar namaku diseru lagi. Hantu mana pulak ni??

Novel :
Bini aku tomboy ke?
posted by Penulisan2u @ 10:28 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
52 Comments:
  • At 12/7/09 11:27 PG, Blogger bidadari cinta said…

    hish..pagi2 mcm ni bace citer, rase seram gak..!agaknyer hantu pilih kahirul tu sbb hensem kot..hihi...gurau jer..citer ni menarik gak! thanks to writer..

     

  • At 12/7/09 12:52 PTG, Blogger nadiah_abdllah said…

    haha...
    aku suka ending dia..
    'hantu mana pulak ni??'
    =)

     

  • At 12/7/09 1:11 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hahaha.... saya pun suka ending dia 'antu mana pulak ni?'

     

  • At 12/7/09 1:20 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    penulis junior um ek?hihi..
    nway..good job n boleh dibaiki lagi

     

  • At 12/7/09 1:39 PTG, Blogger nurulfzz said…

    haha..klaka la cter nih..agak2 knp antu tu pilih khairul ek?berani btol la dier nih.

     

  • At 12/7/09 2:28 PTG, Blogger Farah Shamsudin said…

    love the ending..!!

     

  • At 12/7/09 3:55 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kecut perut aku bace...ni kalo bace memalam mau xtdo aku malam tu..pape pon..good job...

     

  • At 12/7/09 5:26 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bguslah khairul ada kat u tu, bleh krangkn blangan hantu kat u tu....
    hehehe...
    best ceta nie...

     

  • At 12/7/09 6:14 PTG, Blogger umizue said…

    erm... macam movie jek.. cite ape ea?? x igt la..

     

  • At 12/7/09 7:41 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    khairul nih macam ghost whisperer la plak...

     

  • At 12/7/09 7:52 PTG, Anonymous intanisa said…

    hantu tu pilih khairul sebab hati die bersih, kot...
    yelah, khairul tu slalu mengaji al-quran, mp3 pun ayat2 quran..
    bile takut pun die bace ayat suci quran...
    anyway, good work, writer...
    nak gak tau ape jenis hantu yg die deal with lepas ni...
    sambung la, writer...

     

  • At 12/7/09 9:02 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    betol2...suke ending die..tapi kan ape maksod tajok die?? july's night?

     

  • At 13/7/09 12:12 PG, Anonymous lizz said…

    hehe..seram gak..anyway kelakar pun ada...tak dinafikan memang ada orang yg boleh nampak makhluk halus...tapi doa2 lah kita tak nampak..sbb hantu ni teramatlah hodohnya...

     

  • At 13/7/09 12:13 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    plajar um ke ni???

     

  • At 13/7/09 12:19 PG, Anonymous lizz said…

    hehe..seram tapi kelakar pun ada...tak dinafikan memang ada orng yg bleh nampak makhluk halus...tapi berdoalah moga2 kita tak nampak depa...sebab depa tu teramatlah hodoh...

     

  • At 13/7/09 10:30 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hai, seram siot. awk bdk uum ker

     

  • At 13/7/09 10:57 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bagus gak...
    pandai olah cter..
    good job
    keep it up
    chaiyok2

     

  • At 13/7/09 10:59 PG, Anonymous nad said…

    wah best...pepagi bace cita antu...
    ok la tu, kalo mlm bace cite ni kompem takut tido sorang, silap2 buka mp3 bace yassin..hehehehe
    ape pun, best! good job writer.
    tapi best lg kalo ending tu d smbung lagi...
    jadi august's night ke... kahirul ni jd pujaan dan kegilaan para hantu wanita...hehehe

     

  • At 13/7/09 11:36 PG, Anonymous dhamirah_dekno@yahoo.com said…

    seronok,
    tapi cerita die mendatar je.
    anyway god job!

    (^_^) dhamirah (^_^)

     

  • At 13/7/09 12:35 PTG, Blogger Lin said…

    erkkk suke baca cite2 seram cmnih. hebat.

    slalu baca pape aku tgelak2 sakan..ni senyap sunyi je sampai member dtg tgok apehal aku senyap je. lol

    seram beb..kelako pun adew.. sabo jelah.

    hahahaha..-da hbs br ble ktawa- huhu

     

  • At 13/7/09 1:47 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    rasenyer semua ok..juz mule2 tu da dapat agak jln citer dea..ending story dea mmg besh...ermm..tajuk x faham...sbb masuk u bulan julai ye...=p

     

  • At 13/7/09 4:52 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    seram gakk...p,,,de sambungan lg ke???
    ---sleepingcutie---

     

  • At 13/7/09 5:23 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nk tow gak ape sambungn nye,,
    cam citer tol je..
    ak pun pnh rase bnde tu dok ngadap muke ak tym tido
    siap men rmbut2 ak lg..
    tp xkn bnde tu lesbian kot..hehe
    ape2 pun best arr

     

  • At 13/7/09 5:50 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hmmmm...
    best gak cite ni...
    tak terfikir pulak pasal hantu bila tgk tajuk...

     

  • At 13/7/09 9:00 PTG, Blogger kulam0n said…

    uhuhu~
    seram kuttt.....
    takut da nk stay up...

     

  • At 13/7/09 11:30 PTG, Anonymous who am i? said…

    best la kot...
    aku ade sorg kawan yg bleh tgk mende2 nie..
    die dpt gak comunicate ngan 'sorg' hantu bdk mse kat kolej..
    ade ke bdk2 kat kolej g maen spirit of da coin gune darah haid....bangang btol....dah 2 x anta blk hantu 2...ramai gler kene histeria.....mmg gler r......aku yg jd bestfren die seram gak dgr mende2 nie..bile lme2 da lali....
    skunk nie die da pindah, x dpt la dgr cter hantu live dr die....sob...sob...sob......angelica,kalau nk update cter hantu baru tnye la kwn sy eh....hehe....

     

  • At 14/7/09 11:29 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    memang best..ni kali ke-2 aku baca lepas roomate aku kasi address blog ni..adventure gila cerita ni..walaupun aku ada kuiz math jap lagi tapi still aku sempat gak baca..hehehe..
    penulis memang pelajar um ke?rasanya minggu haluan siswa tu memang um ja yang guna kan?anyway..very good job and congrats to the writer for the very creative story...hoping for the continue of July's Night..daaa..nak pi study lak..kuiz2..(^_~)

     

  • At 14/7/09 9:29 PTG, Anonymous zL said…

    best...xla teketar2 cam baca cita antu lain..this story mcm komedi seram....hehe

     

  • At 15/7/09 8:17 PG, Blogger Farrez Hakim said…

    hahaha seram ke? tapi kelakar la gak
    bleh la layann

     

  • At 15/7/09 9:38 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    wahaha,,ske duh~
    seram2 chumel..good work.
    tp lg best kalo de sambungan..
    wt si khairul tu jd cm seekers ke, leh tlg2 antu2 tu blek tmpt dorg..ngahaha..
    tp best,,nseb baca siang2 kat umah.,,kalo kat kolej mau wasalam dah,,huhu

     

  • At 15/7/09 4:12 PTG, Anonymous tun nurul hidayah said…

    best gak....ayat xskema...but idea cite ni da byk sgt la...cube try ubah sikit jd lain..
    bakat mgolah da ade...

     

  • At 16/7/09 1:39 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    takut aku jdnye..
    uh oh..
    da la mlm2..
    rumate da tido..huwaa...
    p cite ni cam cite jgn tego skit kan..
    hehehee

     

  • At 16/7/09 11:02 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    laa..
    aku egatkn cite love story..
    tajuk romantik gile..
    sekali cite tu..
    huhuu~~

    ~nEuR0 shEwAzni~

     

  • At 16/7/09 3:25 PTG, Anonymous ritz said…

    sound like bdk um je nie..... um kan???kan???kan??? hikhik.... antu kolej mna ek??? pa2 pon...ska cte nie... gud job writer.....

     

  • At 17/7/09 4:58 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ni mesti kat uum
    agak je
    maklumla banyak benda kat sane

     

  • At 18/7/09 11:05 PG, Anonymous [ S.U.E ] said…

    so far so good....
    satu cerita yg menarik...by de way,guna ayat yang best...
    papon cograt ok...ari ni cerita antu..mayb esk2 cerita yg memberikan pengajaran...wel...troskan karya anda..

     

  • At 18/7/09 11:29 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hikssssssss
    seremmmm
    aq bce skip2 je..
    tgal swang nieee
    pepepon nice story ^-^
    tkot le aq nk nek kmpus sat g..
    iq_tayum

     

  • At 18/7/09 3:36 PTG, Anonymous truelovezza said…

    takutnya......
    dah lama tak baca ceta seram cam ni...
    masa dlm tandas tu....menakutkan...
    hehehe...
    kalau pjg cta ni lagi best....
    huh....apa pun ..
    kpd penulis...buat lah lg ceta mcm ni k....
    CHAIYOK.......

     

  • At 18/7/09 3:45 PTG, Anonymous adoyai said…

    meremang blu roma aku bc cter ni...
    adoiii

     

  • At 19/7/09 11:52 PG, Blogger farah said…

    Best citer ni..senang nak faham and ayat dia pon jelas..

     

  • At 19/7/09 2:10 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    CAYOK!! hebat gile khairul!! ngan antu pon die leh ckp.. meremang bulu ketiak den. cam tgh nengok drama. tp kan nape tajuk die 'JULYS NIGHT' ape kaitannye??

    GUD JOB WRITER!
    ~~PapaTul~~

     

  • At 22/7/09 2:00 PTG, Anonymous aurora said…

    Wowww .. naik bulu roma + bulu tengkuk walaupun baca di siang hari .. Good Job ..

     

  • At 22/7/09 3:09 PTG, Anonymous sweet princess said…

    seramnyer..tkut aku nk tido mlm nie....
    dahlah aku pon duk kt hostel nie,dpt plak bdk s'bilik yang penakut...
    waaaaaaaa..aku takut....

     

  • At 2/8/09 10:22 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    thumbs up! gud job!
    busan da bc cite cintan jak
    saye suke cerita hantu!!!
    ceritanya mengalir dan tersusun
    sedap bila membaca tak serabut
    cume mungkin boleh ditambah adegan yg lbh menaikn bulu roma/
    masukkn ide kelaka hehe..
    nway teruskan berkarya!!

     

  • At 3/8/09 5:24 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    perghhh!!!!
    aku maser muler2 bacer seram tahap gaban la..
    dhasyat ar hantu tu..
    dy mntk tlg..
    ader sprh kes dy ggu sape2 yg lalu kat tmpt dy..
    tahniah wat penulis coz berani dlm garap cerpen lain dari yg lain seperti ni..
    gud job..


    -a.s.n-

     

  • At 8/8/09 12:30 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam..
    uiks, sram nyer..
    mremng blu tngkuk aq..huhu..
    tp lg best law cta nya lbh pnjg kan?
    pa pownn,,cngrte lah wrter..=)
    -hamba Allah-

     

  • At 26/4/10 10:10 PG, Anonymous gilul syuhada' said…

    ai...setahun cerpen ni kuaq.....aku baru baca...hahahaha
    pepun..thumb ber upsssssssssss la pada penulis...aku jadik gilak seramk nik....hahahaha

     

  • At 11/5/10 11:18 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bez cter nie,i like,hehe....brni bt0l si khairul 2

     

  • At 15/8/10 10:12 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    fuh...!! seram gle.. tegak abis blu roma aku ni..hehe
    xde smbungannye ke psl suara yg dtg mengganggu khairul lps
    hantu amoi 2?

    khairul ni mmg brani..law xbrani bkn lelaki la.. hehehe

     

  • At 21/8/10 8:32 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best cite ni, suke sgt

     

  • At 18/12/10 5:01 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best r cte ni...
    lwk pn ad......
    tls la bnyk2 ag cte hntu cam ni best lak
    keepon writing...
    :)-H33 Yn6mT-

     

  • At 30/3/12 2:55 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    seram cek bca crita ni ah... but good job..

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group